The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SRII DEVI MUTEYA, 2018-10-25 13:29:55

PBS FINAL

PBS FINAL

ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA

(PPP6084)

PENILAIAN
BERASASKAN SEKOLAH

(KUMPULAN 4)

KANMANI A/P SUBRAMANIAM
M20172002135

JEEVITHA A/P HASOKAR
M20171000393

SRII DEVI A/P MUTEYA
M20172001730

PENSYARAH : DR. OMAR BIN ABDULL KAREEM





PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)

Pengenalan

 Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS
ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum
kebangsaan Malaysia.

 Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu
dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

 Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan
murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek dan
mendapat gambaran keseluruhan tentang potensi murid.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam
pendidikan kerana ia memberi maklumat
mengenai perkembangan murid kepada guru, ibu
bapa dan murid itu sendiri.

Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai
kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap

dakwaan bahawa sistem pendidikan

Negara terlalu berpaksikan

peperiksaan. Justeru, Mesyuarat

Jemaah Menteri bertarikh 17

Disember 2010 telah bersetuju

supaya Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai

sebahagian daripada Program

Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk
membangunkan modal insan secara
holistik melalui penekanan terhadap
penguasaan ilmu pengetahuan, modal
intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika
serta moral yang tinggi seperti tercatat
di dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti
Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.





Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu
akademik dan bukan akademik. Kategori akademik
terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan
Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik
(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru
untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan
sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN FORMATIF DAN
PENTAKSIRAN SUMATIF

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa,

direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses

pengajaran dan pembelajaran(P&P). Contoh instrumen

yang boleh digunakan ialah lembaran

kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,

laporan tugasan,tugasan rumah dan ujian.

Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit
pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.PS berfungsi
sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning)dan pentaksiran tentang pembelajaran
(assessment of learning).

PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod

peringkat sekolah oleh guru berdasarkan

peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran,

tugasan, garis panduan, peraturan penskoran

dan penggredan dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan

mengikut mata pelajaran.Pelaporan

dikeluarkan Lembaga Peperiksaan.

PENTAKSIRAN AKTIVITI
JASMANI,

SUKAN DAN KOKURIKULUM

Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan
dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam aktiviti sukan,
kokurikulum dan ekstra kurikulum. Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dan
Body Mass Index(BMI) dilaksanakan untuk
menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.



PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat

sekolah atau pusat untuk mengukur

kebolehan ,kemahiran berfikir, kemahiran

menyelesaikan masalah, minat,

kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum

dan proses pengajaran dan pembelajaran.



PBS memberi autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran berdasarkan
kesediaan murid. PBS membantu guru dan
murid mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid semasa pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan
itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti
pengayaan atau pemulihan mengikut
keperluan murid.

Sememangnya PBS tidak membandingkan
murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan
murid diukur bersandarkan Standard yang
harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran.
Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke
atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana
murid tidak dibandingkan dengan kumpulan
yang lebih cerdas. Maka Sekiranya
dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS
bakal mewujudkan persekitaran yang
harmonis dalam kelas untuk untuk
perkembangan individu.



KRONOLOGI PBS

2005 • Kajian Aspirasi Umum Pentaksiran
Kebangsaan telah dijalankan seluruh
negara untuk mendapat pendapat umum
mengenai sistem pentaksiran negara ini

2005 • APEC International Seminar on Educational
Assessment: East Meet West yang mengumpulkan
pakar pentaksiran dari Malaysia,United Kingdom,
Australia,Chile, Indonesia , Canada dan Brunei untuk
berbincang mengenai hala tuju pentaksiran negara ini
dan menghasilkan Resolusi Pentaksiran Pendidikan
Malaysia

2006-2010 • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
telah menjadi teras strategik PIPP (2006 –
2010) ;
• Teras 2 dalam PIPP (Membangunkan
Modal Insan) -
• Teras 6 dalam PIPP (Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan)

KRONOLOGI PBS

31 Ogos 2006 • Perkonsepsian SPPK –Hotel
Merdeka Melaka, guru dan
pegawai LP telah dilatih oleh
pakar pentaksiran daripada
Australia untuk membina
standard prestasi

18 Jun 2008 • Mesyuarat Khas SPPK Bil.1/08
20 Jun 2008 • Mesyuarat Khas SPPK Bil.2/08

4 Ogos 2008 • Mesyuarat JKP meluluskan
cadangan PBS dalam
transformasi pentaksiran

18 Ogos • Mesyuarat JPP meluluskan
2008 pelaksanaan SPPK dengan
melaksanakan projek rintis
terlebih dahulu

KRONOLOGI PBS

26 April 2009 • Program rintis di 500 buah
13 Mei 2009 sekolah

14 Mei 2009 • Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.
3/2009 pada telah memutuskan SPPK
boleh dilaksanakan

20 Jun 2010 • Pengumuman YAB Menteri
KPM mencadangkan
pemansuhan UPSR dan
PMR

Januari – • Pembangunan Sistem
April 2011 Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS)
untuk Tahun 1 secara web-
based

Tahukah anda ?

Pengoperasian PBS Jemaah Menteri pada
mula dilaksanakan di Disember 17, 2010 telah
sekolah rendah pada bersetuju supaya PBS

sesi persekolahan dilaksanakan sebagai
tahun 2011 dan sebahagian daripada
program transformasi
sekolah menengah
pada sesi pendidikan.

persekolahan tahun
2012.

11 Februari tahun ini
(2014) , KPM telah
membuat keputusan
untuk menangguhkan
PBS dan mengkaji

semula
pelaksanaannya

Kronologi Pembangunan Dan
Penggunaan SPPBS

TARIKH PERKARA

1 Januari 2011 PBS mula dilaksanakan di Tahun 1
1 Januari 2012
1 September 2011 PBS mula dilaksanakan di Tingkatan 1
23 April 2012
SPPBS mula digunakan untuk merekod prestasi murid Tahun 1
1 Jun 2012 SPPBS sekolah rendah (versi 2) dibuka dengan
1 Julai 2012 mengintegrasikan data APDM
20 November 2012 Penubuhan Meja Bantuan SPPBS
30 November 2012 SPPBS mula diintegrasikan dengan PAJSK (Komponen Bukan
1 Disember 2012 Akademik)
Tarikh tutup kemasukan prestasi dalam SPPBS

Tarikh tutup kemasukan prestasi dalam SPPBS dilanjutkan

SPPBS ditutup untuk penyenggaraan dan penambahbaikan

PUNCA PENANGGUHAN PBS

-11 FEBRUARI 2014

Guru-guru menyatakan Ibu bapa pula tidak
bahawa mereka pasti bagaimana
murid dinilai terutama
dibebankan dengan pelajar tingkatan 3
kesibukan mengisi dan
merekodkan penilaian tahun ini yang
pelajar ke dalam sistem merupakan generasi
pertama melalui PBS
komputer berpusat

PROSES KERJA UTAMA
KESELURUHAN SPPBS UNTUK GURU

MATA PELAJARAN

ISU-ISU BERKAITAN PBS

Perekodan prestasi pelajar melalui Sistem Pengurusan
PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar
diakses dan memakan masa yang lama.

• Guru-guru perlu merekod prestasi pelajar melalui Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu SPPBS melalui
atas talian (online).

• Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan
pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

• Sistem ini dibangunkan secara atas talian dan mula dilaksanakan
pada tahun 2011 bermula dengan pelajar tingkatan satu.

ISU-ISU BERKAITAN PBS

Beban tugas guru kian meningkat memandangkan
terdapat beberapa prosedur yang wajib diikuti oleh guru-
guru dalam pelaksanaan PBS.

• Guru-guru PBS terpaksa menggunakan masa yang banyak untuk
merangka penilaian (penyediaan instrumen), ulang mengajar,
pengisian data dan penyimpanan eviden yang banyak.

• Dalam menyediakan instrumen guru perlu merangka penilaian agar
setiap band, evidens dan keupayaaan murid mempunyai
kesejajaran, jadi guru-guru perlu memperuntukkan masa yang
mencukupi.

ISU-ISU BERKAITAN PBS

Pandangan dan perspektif guru-guru terhadap pelaksanaan
PBS yang menggantikan kaedah tradisional.

• Terdapat juga isu-isu berkaitan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan
guru dalam mentaksir perkembangan murid-murid. Kekurangan
pengetahuan, kemahiran dan sumber material menambahkan lagi
ketidakyakinan mereka dalam pentaksiran.

• Disebabkan sikap campur tangan ibu bapa yang hanya menuding jari,
menambahkan lagi ketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.

• Hal ini pernah diutarakan oleh Raden (2008) di mana guru
mengimpikan latihan yang profesional dalam pentaksiran bagi
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran agar mereka
boleh melaksanakan PBS dengan jayanya.

ISU-ISU BERKAITAN PBS

Kebolehpercayaan ibubapa terhadap guru tentang penilaian
yang dijalankan terhadap anak-anak mereka.

• Penilaian PBS ini adalah seratus peratus terletak pada tangan guru itu
sendiri.

• Persoalannya Sejauhmana seseorang guru itu mampu menahan
emosi mereka untuk bertahan apabila kelas yang diajar oleh mereka
itu setiap kali memberikan masalah kepada mereka saban hari tanpa
henti.

• Kadangkala ada juga guru yang tidak berani untuk menerima cabaran
kerana khuatir sekiranya nazir akan datang apabila memberikan Band
6 terhadap pelajar tersebut. Sekiranya pelajar tersebut layak untuk
mendapatkan Band 6 guru seharusnya memberikannya kepada
pelajar.

IMPLIKASI TERCETUSNYA
ISU-ISU PBS…

• Sepanjang melaksanakan PBS banyak keluhan guru diluahkan melalui
media cetak mahu pun media sosial. Pernyataan ini bertambah kuat apabila
kajian secara ‘online’ yang dijalankan oleh KPM untuk melihat persetujuan
guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir 75% guru setuju ia
dihapuskan.

• Ini juga terbukti lagi apabila wujud laman di‘facebook’ yang ingin
memansuhkan PBS. Ia disokong oleh lebih 70 ribu orang guru.

• Tambahan pula pihak KPM telah memberhentikan pelaksanaannya buat
seketika pada bulan Februari 2013 bagi mengkaji semula semua rungutan
guru tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru.

IMPLIKASI TERCETUSNYA
ISU-ISU PBS…

• Antara tindakan yang diambil adalah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan
memansuhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

• Hashim Adnan (2013) berkata ‘Guru yang selama ini dibebani tugasan yang
banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekaligus menjadikan
bebanan golongan itu terus meningkat’.

• Beliau menyambung lagi ‘prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem
akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup
tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi
penilaian sempurna.’

Bantahan Melalui Media Cetak

Selain itu, ada juga laporan dari akhbar-akhbar yang turut mempertikai tindakan
Sistem PBS ini. Menurut Nor Izzat, 2013 berpendapat ‘Sistem PBS ini kita terima
sebenarnya. Pada awalnya, sistem ini di atas kertas cantik tapi apabila sampai
kepada pelaksanaannya di sekolah-sekolah, ia mengalami banyak masalah dan

timbul perkara yang di luar jangkaan kementerian.



Bantahan Melalui Media Sosial

Bantahan Melalui Media Sosial







KONSEP PBD

• Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung
tahun 2016.

• Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan

proses yang berterusan dalam sesi PdPc bagi

mendapatkan maklumat tentang

perkembangan, kemajuan, kebolehan dan

penguasaan murid terhadap matlamat

kurikulum yang dihasratkan.

• Guru memainkan peranan penting dengan
menentukan objektif pembelajaran berdasarkan
Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir,
merancang dan membina instrumen pentaksiran,
melaksanakan pentaksiran, merekod hasil
pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran,
melapor dan membuat tindakan susulan.

OBJEKTIF PBD

• PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran
tentang kemajuan pembelajaran murid di samping
memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

• Melalui PBD, guru dapat:
mengesan pengetahuan sedia ada murid.
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran dari semasa ke semasa.
mengetahui keberkesanan PdPc.
merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah

PdPc.
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta

merta.

• Melalui PBD, murid dapat:
mengesan perkembangan diri.
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam

pembelajaran.
meningkatkan pencapaian pembelajaran.

CIRI UTAMA PBD

CIRI UTAMA PBD

CIRI UTAMA PBD

ASPEK YANG DITAKSIR

• Pengetahuan
• Kemahiran berfikir
• Kemahiran berbahasa
• Kemahiran mengira
• Kemahiran belajar
• Kemahiran bersosial
• Kemahiran manipulative
• Kemahiran amali
• Kemahiran kinestatik
• Kreativiti
• Kesihatan dan kecergasan
• Amalan nilai murni
• Sikap

TAHAP PENGUASAAN

• Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu
bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan
pembelajaran murid.

• Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras
penguasaan yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk
tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran.

• Guru perlu menyelesaikan PdPc bagi satu kelompok bidang, tema
atau kemahiran dalam Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran sebelum menentukan tahap penguasaan murid.

• PdP guru berdasarkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran manakala Standard Prestasi merupakan indikator
kepada tahap penguasaan murid.

TAHAP PENGUASAAN

TAHAP PENGUASAAN

• Pada akhir sesi persekolahan, guru perlu
menentukan Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi
sesuatu mata pelajaran.

• Tahap Penguasaan Keseluruhan ini merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Untuk
itu, guru perlu mentaksir murid secara menyeluruh
dan holistik dengan melihat pelbagai aspek
semasa proses pembelajaran murid secara
berterusan melalui pelbagai kaedah seperti
pencapaian mereka dalam ujian topikal,
pemerhatian, latihan, pembentangan, respons
murid secara lisan, kerja projek, produk dan
sebagainya.


Click to View FlipBook Version