JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN Nama Tarikh Hantar No. K/P Angka Giliran Program Ambilan Unit Nama Pensyarah : : : : : : : : MUHAMMAD NABIL FIRDAUS BIN MOHD SHAHRIL 031106-14-0557 2023242310048 PPISMP 2023 A2 DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA 22 FEBRUARI 2024 BMMB1104 (KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU) PENGAKUAN PELAJAR PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Tandatangan Cop Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:_____ _____________________Tarikh : _____________________ Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 22 FEBRUARI 2024
Karya Sastera Tradisional Muhammad Nabil Firdaus bin Mohd Shahril (A2) BMMB1104- Kesusasteraan & kebudayaan Melayu-Tugasan 1: Penghasilan produk
Objektif pembelajaran Maksud dan fungsi puisi tradisional Pantun Syair Gurindam Seloka Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional Melayu Maksud Tema Persoalan Bentuk& ciri-ciri Gaya bahasa Pengajaran 1 3 2 Fungsi Sastera Melayu Alat pendidikan Hiburan Instrumen perpaduan Menjelaskan pengertian dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi mengikut genre puisi tradisional. Isi Kandungan
Pengertian Puisi Tradisional Pantun Syair Gurindam Puisi empat baris dengan pola A-B-A-B, dengan baris pertama dan kedua berirama sama, begitu juga dengan baris ketiga dan keempat. Puisi panjang yang berirama dan bermaksud moral, sering kali mengandungi nasihat, perumpamaan, dan kisah-kisah legenda. Puisi pendek yang mengandungi ajaran moral dan nasihat, biasanya terdiri dari dua baris yang berlawanan. Seloka Puisi humoris yang mengandungi sindiran atau kritikan terhadap kehidupan sosial atau politik.
Fungsi Puisi Tradisional Pantun Syair Gurindam Menggambarkan kebijaksanaan dan keindahan bahasa Melayu, serta sering digunakan dalam percakapan seharihari. Membentuk kesedaran moral dan keagamaan, serta memperkukuhkan identitas kebudayaan Melayu. Memberi panduan dalam kehidupan sosial dan moral, sering kali digunakan untuk mengajar dan memberi pelajaran. Seloka Menghibur dan menyampaikan pesan secara tidak langsung, sering kali dijadikan alat untuk menyampaikan mesej secara halus.
Bentuk-bentuk pantun 1 2 3 4 5 Pantun Dua Kerat. Pantun Empat Kerat. Pantun Lapan Kerat. Pantun Sepuluh Kerat. Pantun Dua Belas Kerat. 6 Pantun Berkait.
Ciri-ciri pantun Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah. Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'. Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'. Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 perkataan. Setiap baris dalam pantun juga mempunyai 8 hingga 12 suku kata.
Jenis pantun dan fungsi Pantun pendidikan Memberikan pengetahuan atau nilai-nilai penting, biasanya digunakan dalam pembelajaran. Memberikan nasihat untuk memperbaiki perilaku atau menghadapi situasi tertentu. Pantun yang menghiburkan dan membuat suasan menjadi riang dengan jenaka atau kelucuan Menyampaikan ajaran atau nilai-nilai keagamaan, seperti motivasi untuk beribadah. Pantun nasihat Pantun jenaka Pantun keagamaan
Jenis pantun dan fungsi Menyampaikan kritik atau ejekan secara halus terhadap seseorang atau suatu hal. biasanya sindiran di tunjukkan secara halus di dalam pantun Menyatakan rasa cinta, perhatian, atau kasih sayang, seringkali dalam konteks romantis atau keluarga. Pantun sindiran Pantun kasih sayang
Contoh pantun Pantun pendidikan Terbit senja di langit merah, Senja indah kian temaram, Rajinkan diri ke sekolah, Hidup pasti akan tenteram. Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya, Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya. Anak kancil dikejar tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak, awak jahil mengaku lebai, disuruh mengaji nafas pun sesak, Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan, Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan, Pantun nasihat Pantun jenaka Pantun keagamaan
Contoh pantun Siakap senohong, Gelama berduri, Bercakap bohong, Lama lama mencuri. Burung melayah terkena getah, Anak lokan di tepi paya, Sayangkan ayah menurut perintah, Tolong ringankan beban kerjanya. Pantun sindiran Pantun kasih sayang
Jenis-jenis syair dan fungsi 1 2 3 Syair pendidikan. Berisi ajaran agama dan nasihat bijak. Syair agama terbahagi kepada empat, syair sufi, syair tentang agama Islam, syair riwayat cerita nabi, dan syair nasihat. Syair Syair nasihat. keagamaan Menggalakkan masyarakat untuk terus mencari ilmu Memberi pengajaran dalam bentuk syair kepada masyarakat agar memperbaiki kelakuan dari segi adab dan perlakuan.
Ciri-ciri syair Terdiri dari 4 barisnya. Ciri-ciri syair yang pertama adalah terdiri dari 4 baris. Setiap baris terdiri dari 4-6 kata. Setiap baris terdiri atas 8-12 suku kata. Semua baris merupakan isi. Memiliki rima akhir a-a-a-a. Berisi cerita atau pesan.
Contoh syair Syair pendidikan Ke sekolah luruskan niatmu, Tekadkan hati mencari ilmu. Tak rugi belajar tiap waktu, Supaya baik masa depanmu. Dijadikan tuhan duniamu, Bukan di sini akan stempatmu, Sekadar ibadah dengan ilmu, Serta amalkan dengan yakinmu Selama hidup hendaklah setia, Supaya orang sentiasa percaya, Buat baik sesama manusia, Buat jahat jauhi saja Syair keagamaan Syair nasihat
Jenis-jenis Gurindam 1 2 3 Gurindam nasihat Gurindam pendidikan Gurindam cinta
Ciri-ciri gurindam Gurindam terdiri dari dua baris dan tidak lebih di setiap ayat. Jumlah kata dari masing-masing baris hanya terdiri dari 10-14 kata. Di setiap baris bersajak A-A, B-B, dan seterusnya. Di setiap baris gurindam memiliki ikatan sebab dan akibat. Baris kedua merupakan isi. Isi atau maksud dari gurindam ada di baris kedua. Isi gurindam biasanya berupa nasihat-nasihat atau kata-kata mutiara.
Fungsi gurindam Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal. Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah ialah iman dan moral yang baik.
Contoh gurindam Gurindam pendidikan Tak ada waktu berputus asa, Yakinlah hasilnya tak sia-sia. Cinta ayah tempat berteduh, Menjadi petunjuk menjadi penyuluh. Tuntutlah ilmu sepanjang masa, Meski sampai ke negeri China. Gurindam cinta Gurindam nasihat
Jenis-jenis seloka 1 2 3 Seloka pengajaran Se Seloka nasihat loka pendidikan 4 Seloka sindiran 5 Seloka hiburan
Ciri-ciri seloka Gurindam terdiri dari dua baris dan tidak lebih di setiap ayat. Jumlah kata dari masing-masing baris hanya terdiri dari 10-14 kata. Di setiap baris bersajak A-A, B-B, dan seterusnya. Di setiap baris gurindam memiliki ikatan sebab dan akibat. Baris kedua merupakan isi. Isi atau maksud dari gurindam ada di baris kedua. Isi gurindam biasanya berupa nasihat-nasihat atau kata-kata mutiara.
Fungsi seloka Fungsi seloka iaitu untuk mengkritik sikap negatif dari masyarakat tanpa harus menyinggung perasaan dari masyarakat tersebut. Seloka juga boleh menjadi panduan atau pengajaran bagi individu. Selain itu fungsi seloka bergantung kepada isinya, untuk menyindir, mengejek, memberi pengajaran dan panduan.
Contoh seloka Seloka nasihat Anak pulang kelaparan, Anak dipangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. Bersama kita jayakan nilam, Nadi ilmu amalan membaca, Jika program sambutannya suram, Bagaikan di batu terhempasnya kata Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diui, Akan terserlah akhlak terpuji. Seloka pendidikan Seloka Pengajaran Seloka sindiran Seloka hiburan Ikan semilang ikan bilis, Ikan sardin dipanggil tuna, Harta hilang mengadu ke polis, Maruah hilang mengadu ke mana, Paling-paling pun beli coklat, Pakat mandi laut sampai berkilat, Konon nak borong pelbagai alat, Kedai tak buka muka terkulat-kulat
Fungsi Sastera Melayu Alat Pendidikan Hiburan Instrumen Perpaduan Para pengarang menterjemahkan pengalaman-pengalaman mereka melalui kisah kisah yang ditulis merangkumi bidang ilmu seperti: ekonomi, politik, sosiologi, agama Pengalaman ini dijadikan puisi yang dicampur dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya para pembaca dapat memperoleh ilmu pendidikan melalui ini. Pendidikan kesusasteraan Melayu dapat menonjolkan masyarakat yang penuh dengan kesenian kreatif, mampu meneroka keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu. Hiburan dalam sesebuah karya akan melahirkan karya sastera yang penuh dengan keseronokan. Hiburan terbentuk: Keindahan kata yang dinokapkan Irama atau rentak yang tersusun kebolehan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan: Menjadikan karya sastera seperti cerita penglipur lara Diterima oleh masyarakat sebagai karya yang disukai pada suatu ketikadahulu Sastera dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negera bangsa yang bersatu padu. Terdapat unsur dan nilai- nilai positif dalam karya Sasterawan Malaysia yangdapat memajukan fikiran dan membuka hati masyarakat tentang kepentingan perpaduan di negara. Melalui pembacaan, semua pihak terutama belia pelbagai kaum dapat memahami makna tersurat dan tersirat berkenaan semangat perpaduan dalam karya sastera.
Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional Melayu -Pantun nasihatPuas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang, Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang.
Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum apabila masak. Oleh itu, nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi, yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri. Manifestasi akal budi dalam pantun nasihat Tema Masyarakat yang berbudi bahasa dan bersikap rendah diri akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana bahasa merupakan identiti seseorang.
Bentuk dan ciri-ciri pantun nasihat 1 2 3 4 5 Terdiri daripada satu rangkap Ada pembayang dan maksudnya Bilang kata empat patah pada setiap baris Terdiri daripada 8 hingga 9 suku kata sebaris Bentuk terikat
Gaya Bahasa Here are some examples of themes that have been turned into specific ideas. Repetisi Aliterasi Contohnya, emas juga dipandang orang ( pengulangan konsonan n) Contohnya, puas sudah menanam ubi, puas sudah menanam budi Asonansi Contohnya, nanas juga dipandang orang ( pengulangan vokal a) Imej alam Contohnya, nanas, emas dan ubi
Pengajaran 1.Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang tinggi 2. Kita hendaklah mengenangi jasa orang yang telah berbuat baik kepada kita 3. Kita mestilah sentiasa merendah diri agar tidak dianggap sombong oleh masyarakat
Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional Melayu -Syair burung NuriBermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata.
Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional Melayu -Syair burung NuriSudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati.
Rangkap1: Sebuah warkah telah ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan katakata yang ditulisnya mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna. Rangkap 2: Seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, mempunyai sikap kurang sopan, berakhlak rendah dan hidup dalam keadaan miskin. Rangkap 3: Penyair memohon maaf jika tulisan daripada perasaan kecewanya menghasilkan kata-kata yang tidak menarik dalam warkah tersebut. Rangkap 4: Sebuah lembaran ditulis dengan jelas tentang adab kepada pasangan yang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran untuk meluahkan perasaan. Rangkap 5: Penyair Nasib malang yang ditempuh berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan diri sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa. Rangkap 6: Kehidupan yang terumbang-ambing tanpa arah tujuan dan tidak terurus hingga melupakan makan dan minum Rangkap 7: Tersedar daripada keadaan bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya musnah. Rangkap 8: Berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikiran tidak waras. JIka diikutkan perasaan kecewa itu, lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan begitu. Manifestasi akal budi Syair burung Nuri
Tema Syair ini menceritakan tema tentang adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menceritakan tentang adab dalam menjalani kehidupan dimana kita akan dikecewakan dalam perhubungan, kehidupan yang terumbang-ambing dan gagal berfikir secara rasional sehingga kehidupan individu tersebut boleh musnah
Bentuk dan ciri-ciri Syair burung Nuri 1 2 3 4 5 Syair ini berbentuk terikat Syair ini terdiri daripada lapan rangkap Mengandungi empat baris bagi setiap rangkap Semua baris merupakan maksud Mengandungi 3 hingga 6 patah perkataan dalam setiap baris 6 7 8 Jumlah suku kata dalam syair ini antara sepuluh hingga tiga belas suku kata Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama Rima akhir terikat (a,a,a,a)
Gaya Bahasa Here are some examples of themes that have been turned into specific ideas. Aliterasi Sinkope Contohnya, sajak dan nazam banyak tak kena Contohnya,Gundah fikir tidka tertentu ( pengulangan konsonan t) Asonansi Contohnya, Bermula warkah surat rencana( pengulangan vokal a) Simile Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu
Pengajaran 1) Kita hendaklah sedar dan bermuhasabah diri apabila melakukan kesilapan dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. 2) Kita seharusnya tabah meneruskan kehidupan walaupun menghadapi pelbagai kekecewaan dan dugaan. 3) Kita perlu sentiasa berfikir secaara rasional sebelum membuat sebarang keputusan.
Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional Melayu -Gurindam buat pelajarJika siapa rajin belajar, Banyak ilmunya boleh dikejar. Jika siapa berlajar secara ikhlas, Hindarlah diri dari sifat keji dan malas. Jika siapa hormat gurunya, Maka berkatlah segala ilmunya. Jika siapa rajin bertanya, Maka tidaklah sesat ilmunya. Jika siapa bijak mengurus masa, Banyak pengalaman dapat dirasa. Jika siapa belajar adab, Maka dirinya tidak menjadi biadap.
Rangkap1: Seorang pelajar perlulah sentiasa rajin menuntut ilmu untuk memperoleh pelbagai jenis ilmu dan pengetahuan yang baharu supaya dapat digunakan pada masa akan datang. Rangkap 2: Pelajar perlulah mengikhlaskan diri dalam menuntut ilmu agar ilmu yang diperoleh itu dapat menjadikan diri seorang itu berakhlak mulia emasa menuntut ilmu. Rangkap 3: Sebagai seorang pelajar perlulah menghormati gurunya dalam setiap aspek terutama semasa belajar agar segala ilmu yang diperoleh daripada gurunya itu akan diberkati oleh Allah SWT. Rangkap 4: Seorang pelajar perlulah bijak dalam mengurus masa agar setiap masa yang digunakan itu dapat melakukan pelbagai perkara yang berfaedah untuk kebaikkan diri. Rangkap 5: Sifat seorang suka bertanya apabila tidak memahami atau ingin memastikan sesuatu jawapan itu betul atau salah perlu dipupuk dalam kalangan pelajar agar segala perkara yang diperoleh tidak bertentangan dengan kebenaran terutama dalam pelajaran mereka. oleh itu, seorang pelajar perlu rajin bertanya kepada orang yang lebih mahir darinya. Rangkap 6: Seorang pelajar perlu sentiasa berlajar dan mengamalkan peribadi yang beradap terhadap seseorang terutamanya kepada guru agar tidak melakukan perbuatan yang keji dan perilaku yang boleh merosakkan imej sebagai seorang pelajar. Manifestasi akal budi gurindam untuk pelajar
Tema Gurindam ini membincangkan tema kejayaan dalam proses pembelajaran dan perkembangan diri melalui beberapa nilai utama, termasuk kedisiplinan, kesungguhan, penghargaan terhadap guru, pengurusan masa, etika, dan semangat bertanya. Ia menekankan bahawa dengan rajin belajar, menguruskan masa dengan bijak, dan menghormati guru, seseorang dapat meraih keberkatan dalam memperoleh ilmu.
Bentuk dan ciri-ciri gurindam untuk pelajar 1 2 3 4 5 Terdiri daripada anak kalimat iaitu kalimat utama atau kalimat induk Mengandungi dua baris serangkap dan merupakan isi. Bahasa yang digunakan bernada riang. Mempunyai rima akhir yang seragam Mengandungi empat hingga lima patah perkataan setiap baris
Gaya Bahasa Here are some examples of themes that have been turned into specific ideas. Aliterasi Contohnya, Jika siapa bijak mengurus masa (pengulangan konsonan s) Asonansi Contohnya, Jika siapa rajin belajar pengulangan vokal a) Bahasa kiasan Contohnya,Jika siapa belajar secara ikhlas, hindarkanlah diri dari sifat keji dan malas
Pengajaran 1.Kedisiplinan adalah kunci kejayaan dalam belajar. 2.Kesungguhan diperlukan untuk menghindari sifat negatif seperti keji dan malas. 3.Menghormati guru membawa berkat dalam memperoleh ilmu. 4.Pengurusan masa yang bijak membolehkan pengalaman berharga diraih. 5.Pentingnya memiliki etika yang baik dalam interaksi sosial. 6.Semangat bertanya memperdalam pemahaman dan menghindari kesesatan.
Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional Melayu -Seloka Pak Kaduk-
Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri. Manifestasi akal budi Pak Kaduk Tema Seloka Pak Kaduk bertemakan kebodohan iaitu ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perbuatan atau bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Kebodohan yang dilakukan oleh diri sendiri mengakibatkan diri seseorang itu akan ditimpa nasib malang. Sebagai contoh, kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa menggunakan akal fikiran secara waras menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib malang.
Bentuk dan ciri-ciri seloka pak kaduk 1 2 3 4 5 Berbentuk bebas atau tidak terikat Mempunyai 7 hingga 9 suku kata dalam setiap baris Rima akhirnya terdiri daripada a,b,c,c,d,e,f,c,c Mengandungi satu rangkap Mempunyai 3 hingga 5 patah perkataan sebaris
Gaya Bahasa Here are some examples of themes that have been turned into specific ideas. Aliterasi Sinkope Contohnya, nyaris mati oleh tak makan Contohnya, ayamnya menang kampungnya tergadai (pengulangan konsonan n) Asonansi Contohnya, aduhai malang Pak Kaduk( pengulangan vokal a) Metafora Contohnya, mudik menongkah surut, hilir menongkah pasang
Pengajaran 1. Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah. Sifat sabar perlu ada dalam diri setiap individu kerana kesabaran yang tinggi mampu menguji kekuatan iman seseorang dalam meyelesaikan sesuatu masalah. 2. Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang merugikan diri sendiri. Dalam melakukan apa jua tindakan, seseorang itu perlu berfikir terlebih dahulu demi memastikan tindakan yang dilakukan memberi kesan yang baik bukan sebaliknya. 3. Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan membazir. Sifat suka membazir tidak kiralah dari segi masa, wang dan sebagainya perlu dielakkan kerana hanya merugikan diri sendiri.
Rujukan
Sekian Terima Kasih