The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FEDERICK TENDY BIN LIPI (MOH-SARAWAK), 2024-01-22 01:12:44

HUS EMPLOYEE BOOK - DISEMBER 2023

HUS EMPLOYEE BOOK - DISEMBER 2023

HOSPITAL UMUM SARAWAK EMPLOYEE HANDBOOK Disember 2023


2 SENARAI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Perutusan Pengarah Hospital 3 Pengenalan 4 Carta Organisasi Hospital Umum Sarawak 5 Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan 7 Logo dan Lagu Rasmi Hospital Umum Sarawak 9 Dasar Kualiti 10 Dasar Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 11 Pelan Lokasi Jabatan/Unit/Klinik/Wad 12 Pelan Lokasi Berkumpul: Assembly Point 14 Urusan Lapor Diri 15 Urusan Bertukar Keluar 17 Orientsi Staf Baru 17 Gaji Dan Elaun 18 Kenaikan Pangkat / Laluan Kerjaya 19 Tuntutan 20 Peraturan Berkaitan Pengurusan Sumber Manusia 21 Peraturan Dan Kewajipan Staf Hus 23 Kemudahan 29 Sistem ICT 30


3 PERUTUSAN PENGARAH HOSPITAL Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Hospital Umum Sarawak. Employee Handbook ini disediakan sebagai rujukan kepada staf yang melapor diri di Hospital Umum Sarawak (HUS). Kandungan buku merangkumi tindakan-tindakan yang perlu diambil semasa melapor diri, dokumen-dokumen yang perlu disediakan, gambaran ringkas mengenai lokasi Jabatan/Unit/Klinik/Wad di HUS, peraturan dan kewajipan staf HUS dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak HUS. Di samping itu, Employee Handbook ini turut menggariskan ringkasan kemudahan penjawat awam secara amnya dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam. Dokumen ini juga disediakan bagi memenuhi keperluan Malaysian Society of Quality for Quality in Health (MSQH) Hospital Accreditation Standards 6 th Edition, Standard 1.2.3.2. Akhir kata, saya berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan semua staf ke HUS dan berharap agar kita dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk bersama-sama mencapai visi, misi, objektif dan piagam pelanggan HUS. Sekian, terima kasih. Dr. Ngian Hie Ung Pengarah Hospital Umum Sarawak Disember 2023


4 PENGENALAN Hospital Umum Sarawak (HUS) telah ditubuhkan pada tahun 1910 dan merupakan hospital rujukan utama di Sarawak bagi fasiliti kesihatan awam mahupun swasta di sekitar Bahagian Kuching serta pusat rujukan bagi hospital-hospital daerah seperti Betong, Sri Aman, Simunjan, Serian, Bau dan Lundu. HUS menyediakan perkhidmatan tertiari kepada 2.9 juta penduduk negeri Sarawak yang mana seramai 812,900 orang iaitu 28.03% terdiri daripada penduduk di Bahagian Kuching (Sumber: Department of Statistics Malaysia). HUS telah menjadi institusi yang amat disegani dan berkembang maju dari segi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada penduduk Sarawak termasuk negeri Sabah bagi bidang sub-kepakaran dan kes-kes perubatan lanjut (advanced medicine) setanding dengan hospitalhospital Pakar yang lain. HUS juga menjadi pusat pembelajaran pelajar perubatan dan pelatih program perubatan dan sokongan klinikal daripada Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan pelbagai institusi pengajian tinggi awam/swasta dalam Negara dan luar Negara. Pada tahun 2023, perkhidmatan HUS telah diperluaskan dan beroperasi dengan jumlah 1,009 buah katil rasmi. HUS diketuai oleh Pengarah Hospital dan dibantu oleh Timbalan Pengarah (Perubatan), Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Ketua Jabatan/Unit yang dilantik oleh Pengarah Hospital mengikut fungsi dan aktiviti perkhidmatan yang disediakan. Hospital Umum Sarawak Jalan Hospital 93586 Kuching Tel: 082-276666 Emel: [email protected] Laman rasmi: https://jknsarawak.moh.gov.my/hus/


5 CARTA ORGANISASI HOSPITAL UMUM SARAWAK


MATRON DAYANG AIDA BINTI MATJRI DR. ALBERT WONG SII HIENG DR. ANAIKI BIN ZAINI ENCIK KUEK JUI HOCK PUAN PHILOMENA SEPTIMUS AMIT DR. WONG YI SHEN ENCIK MOHD SHAREEF BIN HAFIZ MANI CIK MARRY BELARE RADIOTERAPI, ONKOLOGI & PENJAGAAN PALIATIF (RTU) PENSTERILAN (CSSU) PEMBEDAHAN NEURO PERUBATAN FORENSIK PENGURUSAN AM & ASET PUSAT SUMBER MAKLUMAT DR. VOON PEI JYE DR. MUHAMMAD SABREE BIN MOHAMED SAPIAN PUAN NURMADZIAH BINTI ABDUL KHAN DR. NAZARI BIN AHMAD TARMUZI DERMATOLOGI PENGURUSAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH REKOD PERUBATAN ORTOPEDIK PERKHIDMATAN TRANSFUSI & TABUNG DARAH PEMBANGUNAN KOMUNIKASI KORPORAT PEJABAT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DR. SITI NOR AIZAH BINTI AHMAD DR. DAYANGKU SITI RAFIDAH BT PENGIRAN HASHIM MATRON ALIMAH ANAK ASON DR. CHONG YING JIUN @ CHONG SHYH MING DR. ADAM MALIK BIN ISMAIL PUAN NUR AIN AILI ABDULLAH ENCIK FADZILY BIN ABDUL MANAN IBRAHIM ENCIK BONG KOK CHUNG @ BONG KUET CHUNG DR. TANG MIN MOON PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL PERUBATAN KESIHATAN AWAM PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR OFTALMOLOGI PATOLOGI PEROLEHAN KAWALAN INFEKSI PEMBEDAHAN PEDIATRIK PERUBATAN NUKLEAR KEWANGAN & AKAUN PSIKOLOGI & KAUNSELING KESELAMATAN PEJABAT KEJURURAWATAN DR. KOK JUAN LOONG DR. HAIROLIYANA BINTI BASMU DR. CHIN YEN MING DR. RAHMAT BIN MAJIDI PUAN CHUAY CHIA HUI ENCIK AWANG MOHD AZMI BIN ENDAL MATRON SISWANITA ANAK MAIN PEDIATRIK TEKNOLOGI MAKLUMAT KEJURUTERAAN DR. KALWINDER SINGH KHAIRA DR. RAFAIE BIN AMIN DR.SHARLYN AK PETER DR. SIOW SZE LI DR. LAU KIEW SIONG PUAN NUR AIN AILI ABDULLAH ENCIK YUSOF BIN BUJANG ENCIK MUHAMMAD SAFWAN BIN ABDUL RAHIM PERUBATAN AM OBSTETRIK & GINEKOLOGI KUALITI & LATIHAN (QATU) PEMBEDAHAN AM RADIOLOGI KEWANGAN, PEROLEHAN & PEMBANGUNAN PENGURUSAN DR. CLARE TAN HUI HONG DR. RAFAIE BIN AMIN DR. ALEX KIM REN JYE DR. ALBERT WONG SII HIENG DR LEONG BE KIM DR. HAJJAH HAYATI BINTI JA'AFAR DR. LEE YEW FONG DR. WONG KEE GING DR. NORINAWATY BINTI ABANG DAUD ENCIK WAN SAMSULRI BIN WAN HASBI DIREKTORAT PERKHIDMATAN PERUBATAN DIREKTORAT PERKHIDMATAN WANITA & KANAK-KANAK DIREKTORAT KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN DIREKTORAT PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN & KECEMASAN DIREKTORAT PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK & SOKONGAN KLINIKAL CARTA ORGANISASI HOSPITAL UMUM SARAWAK PENGARAH HOSPITAL DR. NGIAN HIE UNG JAWATANKUASA PENASIHAT PERUBATAN & PERGIGIAN (MDAC) TIMBALAN PENGARAH (PERUBATAN) I TIMBALAN PENGARAH (PERUBATAN) II TIMBALAN PENGARAH (PERUBATAN) III TIMBALAN PENGARAH (PERUBATAN) IV TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN)


DR. SIOW SZE LI TARIKH KEMASKINI: 15 NOVEMBER 2023 TERAPI PERTUTURAN AMALAN PERUBATAN DR. AMMAR BIN HASHIM PUAN CHAN CHIEW EIM PEMBEDAHAN PERGIGIAN PERKHIDMATAN DR. SHIM CHEN KIONG CIK HAMASAH BINTI HASSAN PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN (PRH) DIETETIK & SAJIAN PUAN SITI HAJAR BINTI ISMAIL PEMBEDAHAN PLASTIK KERJA SOSIAL PERUBATAN TATATERTIB DR. CHAI KOH SIANG ENCIK HAMZAH BIN BOLHAN CIK SIM LING LING OTORINOLARINGOLOGI (ENT) FARMASI PERJAWATAN, HRMIS & LATIHAN DR. SHAMINA SARA MOSES PUAN MARTINA HU SIENG MING CIK LIONG MAY LING PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC) KECEMASAN & TRAUMA PEMULIHAN CARAKERJA SUMBER MANUSIA DR. ALAN FONG YEAN YIP DR. CHAN HIANG CHUAN ENCIK MOHD ASRI BIN MOHD SHAH PUAN JOANNE BULAN PAKAR PEROLEHAN ORGAN HOSPITAL ANESTESIOLOGI & RAWATAN RAPI FISIOTERAPI ASET DR. LYDIA AK YET DR. TEO SHU CHING DR. NANCY BINTI GEORGE JETTE ENCIK OMAR BAHREIN BIN UNIN PROMOSI & PENDIDIKAN PESAKIT UROLOGI PERUBATAN REHABILITASI PENTADBIRAN AM PEMBANGUNAN INSAN ENCIK MOHAMAD ZAIDAN BIN ZULKEPLI DR.GOH YUE KENG DR. LEONG BE KIM PUAN STEPHANIE BEREMAS ANAK PADANG USTAZAH HASLINDA BINTI SHAHIR


Hospital Umum Sarawak Kementerian Kesihatan Malaysia VISI Hospital Umum Sarawak menjadi antara institusi perubatan yang cemerlang, dengan menyediakan perkhidmatan perawatan perubatan yang profesional, efisien, berkualiti dan memenuhi ekspektasi pelanggan. MISI Menyediakan perkhidmatan perubatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang berkualiti tinggi, selamat, efisyen, efektif dengan mengutamakan pelanggan. OBJEKTIF UMUM DR. NGIAN HIE UNG Pengarah Hospital Hospital Umum Sarawak Disember 2023 7 Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pesakit serta mempercepatkan proses pemulihan menerusi rawatan dan proses kejururawatan yang diselia. Menyediakan aktiviti sokongan yang sistematik dan teratur dengan mengalakkan sikap penyayang terhadap pesakit, saudara mara dan pelanggan


Piagam Pelanggan Perkhidmatan Barisan Hadapan Hospital Umum Sarawak Kementerian Kesihatan Malaysia Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti. 1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan Dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut: • Semua kes kritikal (Zone Merah) dirawat dengan serta merta • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit • Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit 2. Perkhidmatan klinik pesakit luar dan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya. 3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan. 4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin. 5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan. DR. NGIAN HIE UNG Pengarah Hospital Hospital Umum Sarawak Disember 2023 8


9 LOGO HOSPITAL UMUM SARAWAK LAGU RASMI HOSPITAL UMUM SARAWAK Hospital Umum Sarawak Kebanggaan kami Pusat segala aktiviti Kesihatan insani Perkhidmatan berkualiti Kesihatan persekitaran Bersama memajukan kesihatan Itulah budaya kami Perkhidmatan berkualiti pasti kami berikan Kepuasan pelanggan agenda utama Penjagaan pesakit pasti diutamakan Perkhidmatan berkualiti membawa perbezaan Kamilah pemimpin wawasan Teguh setia bersama Menjadi rakan setia bangsa Membangunkan kesihatan Untuk nusa dan bangs


DASAR KUALITI Hospital Umum Sarawak komited untuk memberi perkhidmatan Kepakaran klinikal dan sokongan yang beretika, selamat dan profesional melalui penjagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan sokongan, diagnostik dan rehabilitasi yang berkesan demi memenuhi kehendak pelanggan. Hospital Umum Sarawak juga komited membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan ianya sentiasa sesuai dan berkesan mengikut kehendak pelanggan dan selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Kementerian Kesihatan Malaysia. DR. NGIAN HIE UNG Pengarah Hospital Hospital Umum Sarawak 10 Disember 2023


11 DASAR EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) “Melaksanakan amalan EKSA secara berterusan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, persekitaran yang bersih, selamat dan memenuhi kepuasan pelanggan Hospital Umum Sarawak.” SLOGAN EKSA “Bersih, Kemas, Selamat” LOGO EKSA HOSPITAL UMUM SARAWAK • Daun berwarna hijau melambangkan alam sekitar dan ekosistem yang kita lindungi • Ilustrasi tangan melambangkan kakitangan bekerjasama untuk memastikan tempat kerja bersih dan selamat • Slogan EKSA Hospital Umum Sarawak: Bersih. Kemas. Selamat


12 PELAN LOKASI JABATAN/UNIT/KLINIK/WAD HUS terbahagi kepada beberapa blok/bangunan seperti berikut: 1. Blok Utama (Main Block) 2. Blok Klinik Pakar 3. Inpatient Block 4. Blok Warisan Perubatan 5. Bangunan Pusat Rawatan Harian/Day Care Centre (DCC) 6. Anjung Kasih


INPATIENT BLOCK CLINICAL RESECALORIFIER RM ( RW1 )LANDSCAPE MAIN TOWER BLOCKLANDSCAPE DUMPING RUBBISH EXISTING STAFF CAR PARK EXISTING STAFF CAR PARK HOSPITAL ENTRANCE STAFF PARKING STAFF PARKINGMULTI STOREY CAR PARK (WEST BLOCK)STAFF PARKING JALAJALAN TUN AHMAD ZAIDI ADRUCEROAD E FRL 6.20 VIE KITCHEN JABATAN RADIOTERAPI OLD MORTUARY ONE MEDICARE SDN BHD WATER TANK INFECTIOUS DISEASES ISOLATION WARD LINAC TENNIS COURT VEMEDICAL 5 ANJUNG KASIH NUCLEAR MED INSECT GREEN HOUSE HOUSE & FOOD LAB NEW LINAC TCM FORENSIC BLOCK KENYALANG BLOCK RAJAWALI CYLINDER WHITE HOUSE STORE


CLINICAL BLOCK ARCH CENTRE 1. ACCIDENT AND EMERGENCY DEPARTMENT 2. C.S.S.D. 3. ADMISSION AND REVENUE CENTRAL PLANT DAY CARE CENTRE COURTYARD MULTI-STOREY CAR PARK & MEDICAL LODGING (NORTH BLOCK) GENSET & TRANS AN TUN ABANG HAJI OPENG E JALAN HOSPITAL PATHOLOGY LAB / BLOOD BANK CENTER TAXI OKU PEDESTRIAN MALL / AMBULANCE / BOMBA ACCESS ROAD A SPECIALIST CLINICS AMBULANCE / BOMBA ACCESS EXTENSION WARD OLD JKNS ECTOR CONTROL DISEDIAKAN OLEH : UNIT KEJURUTERAAN HUS


SARAWAK GENASSEMBLFLAMMABLE STORE RECYCLE WASTE STORE CARPENTER WORKSHOP General / Clinical Waste Storage 39 Sewage Treatment Plant Area 38 MULTI-STOREY CAR PARK (STAFF) ROOF TOP HELIPAD Old Mortuary 14 F G 44 41 45 10 43 Gate: E Gate: D 97 20 30 31 92 WATER PUMP HOUSE 21 18 13 96 98 95 23 16 COLD STORAGE 22 36 17A GateA B DAY CARE CENTRE (DCC) 41 19 17B LIQUID OXYGEN TANK A5 DIESEL TANK DIESEL TANK CHIMNEY KEY / PETUNJUK: SILA IKUT ARAH ANAK PANAH KE TEMPAT BERKUMPUL MASING-MASIN


ERAL HOSPITAL LY POINT ASSEMBLY POINT – A (Access Parking) o SPECIALIST CLINICS – 19 o CHILLER PLANT ROOM - 21 o MAIN TOWER BLOCK (West Wing) - 17 o EXTENSION WARD -18 o MRI – 44 o CENTRAL PLANT ROOM – 43 o TSSU - 05 o BLOOD BANK – 05 o PATHOLOGY LAB – 05 o AMS - 05 ASSEMBLY POINT – C (Opposite JKNS) o MEDICAL HQ – 06 o SEKOLAH DALAM HOSPITAL - 06 o VECTOR CONTROL – 07 ASSEMBLY POINT – D (In front Nuclear Ward) o INPATIENT BLOCK – 42 o CLINICAL RESEARCH CENTRE (CRC) – 99 o NUCLEAR WARD - 32 o NEW KITCHEN - 16 ASSEMBLY POINT – E (Beside of ID Ward) o INFECTIOUS DIESEAS WARD – 09 o MEDICAL.5 – 11 ASSEMBLY POINT – F (Behind New Mortuary) o ENGINEERING BLOCK – 20 o AMBULATORY – 30 o WOUND CARE UNIT – 31 o NEW MORTUARY – 97 o NEW PHARMACY STORE – 92 o SEWAGE TREATMENT PLANT - 38 o CLINICAL WASTE STORAGE – 39 o MULTI-STOREY CARPARK (STAFF) o MOLEKULAR LAB –A5 o PLASTIC SURGERY - 31 * AMBULATORY * MOTUARY * STORE * ASSET OFFICE * ENGINEERING BLOCK ASSEMBLY POINT – G (Acute Psychiatric Day-care) o WARD RTU - 14 o LINAC RTU - 13 o DAYCARE PSYCHIATRIC - 96 o ACUTE PSYCHIATRIC WARD - 95 o TRADITIONAL COMPLEMENTRY MEDICINE – 10 o NEW LINAC – 98 o GREEN HOUSE / FOOD LABORATORY– 12 o INSECT HOUSE / ANIMAL – 33 o ANJUNG KASIH HOSTEL - 23 D E 42 09 32 Gate: A 33 12 11 99 e: C ASSEMBLY POINT – B (Access Parking) o DAY CARE (MEDICAL & SURGICAL) – 04 o ENDOSCOPY – 04 o SATELLITE PHARMACY – 04 o OPERATING THEATRE – 04 o MAINTOWER BLOCK (East Wing) – 17 o CLINICAL BLOCK / ETD - 41 Gate: B Kemaskini pada: 13/12/2023 C H A B C D E F G 06 07 PROPOSED MEDAN HOSPITAL ASSEMBLY POINT – H (Serapi Verdure Medital) o FOOD COURT o RETAILER SHOPS o SERAPI VERDURE / MEDITAL H SERAPI VERDURE MEDITAL NG


15 URUSAN LAPOR DIRI Staf yang melapor diri di HUS terdiri daripada kategori berikut: 1. Lantikan baru (tetap, kontrak, sessional) 2. Pertukaran masuk (dari fasiliti kesihatan KKM/agensi lain) 3. Penempatan sementara (bagi tujuan latihan/pendedahan, penempatan klinikal, pelajar elektif/latihan industri, pelatih dari Institut Latihan KKM/institut pengajian tinggi awam/swasta) 4. Personel MySTEP Lokasi melapor diri mengikut kategori staf adalah seperti berikut: Kategori Lokasi Kategori (1) dan (2) Unit Perkhidmatan, Pejabat Pentadbiran HUS Kategori (3) Unit Latihan, Tingkat 1, Blok Warisan Perubatan Kategori (4) Unit HRMIS & Perjawatan Tingkat 1, Blok Warisan Perubatan Staf dalam kategori (1) dan (2) diwajibkan melaksanakan perkara-perkara berikut semasa melapor diri: 1. Mendaftar bagi aplikasi MyWorkspace JKNS (https://apps.jknsarawak.moh.gov.my/myworkspace/); 2. Melengkapkan maklumat peribadi di dalam Sistem Staf Lapor Diri (http://10.191.128.28/myhus/); 3. Memohon pas pengenalan dan pelekat kenderaan melalui Sistem Staf Lapor Diri; gambar terkini berukuran pasport dan salinan green card perlu dikemukakan oleh staf terus ke Unit Keselamatan yang terletak di Tingkat 1, Blok Warisan Perubatan 4. Menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada pegawai yang bertanggungjawab seperti berikut: 1. Lantikan baru (tetap, kontrak, sessional) i. Surat Tawaran Pelantikan ii. Surat Setuju Terima iii. Akuan Berkanun


16 iv. Borang Pemeriksaan Kesihatan v. Aku Janji vi. Salinan keputusan tapisan keselamatan e-vetting (sekiranya berkenaan) vii. Salinan Kad Pengenalan viii. Salinan Buku dan No. Akaun Bank ix. Salinan penyata KWSP x. Salinan penyata LHDN xi. Gambar warna terkini berukuran pasport (2 keping) 2. Pertukaran Masuk (dari fasiliti kesihatan KKM/agensi lain) i. Salinan Surat Arahan Pertukaran ii. Salinan Sijil Pendaftaran Penuh (mengikut profesyen masing-masing) iii. Salinan Perakuan Amalan Tahunan (mengikut profesyen masing-masing) iv. Salinan Kad Pengenalan v. Salinan Buku dan No. Akaun Bank vi. Salinan penyata KWSP vii. Salinan penyata LHDN viii. Sijil Gaji Akhir ix. Gambar warna terkini berukuran pasport (2 keping) 5. Melengkapkan OSH-SGH Pre-Placement Screening 6. Mendapatkan surat arahan penempatan dalaman HUS daripada pejabat yang berkenaan: Bil Skim Pejabat Bertanggungjawab a. Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan Pejabat Pengarah Hospital b. Jururawat/Jururawat Masyarakat Pejabat Kejururawatan, Tingkat 3 Blok Klinik Pakar c. Penolong Pegawai Perubatan/ Pembantu Perawatan Kesihatan Pejabat Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan


17 Staf dalam kategori (3) dan (4) iaitu Penempatan sementara (bagi tujuan latihan/pendedahan, penempatan klinikal, pelajar elektif/latihan industri, pelatih dari Institut Latihan KKM/institut pengajian tinggi awam/swasta) dan Personel MySTEP dikehendaki melaksanakan perkaraperkara berikut semasa melapor diri: 1. Melengkapkan maklumat di dalam Google Form yang disediakan; 2. Melengkapkan borang permohonan pas pengenalan; gambar terkini berukuran pasport perlu dikemukakan oleh staf terus ke Unit Keselamatan yang terletak di Tingkat 1, Blok Warisan Perubatan 3. Menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada pegawai yang bertanggungjawab seperti berikut (mana yang berkenaan): i. Surat Arahan Penempatan ii. Salinan Kad Pengenalan iii. Salinan Buku dan No. Akaun Bank iv. Salinan Surat KWSP/No. KWSP Semua staf/individu dikehendaki merujuk dan memaklumkan pegawai yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang perubahan penempatan di HUS. URUSAN BERTUKAR KELUAR Untuk pegawai yang mendapat pertukaran keluar dari HUS/bersara/meletak jawatan/ditamatkan perkhidmatan/tamat penempatan, pegawai diwajibkan untuk memaklum dan melaporkan kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala urusan pentadbiran. Pegawai perlu mengembalikan pas pengenalan dan pelekat kenderaan serta menyemak dan memastikan urusan perkhidmatan diselesaikan sebelum bertukar. ORIENTASI STAF BARU Semua staf yang melapor diri diwajibkan menghadiri kursus Orientasi Staf Baru HUS yang dianjurkan oleh Unit Latihan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh melapor diri. Bagi skim Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan, orientasi dilaksanakan melalui senarai semak walkaround yang perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada Unit Latihan dalam tempoh 7 hari dari tarikh melapor diri. Staf layak menuntut mata Continuous Profesional Development (CPD).


18 Bagi skim perkhidmatan lain, staf diwajibkan untuk menghadiri kursus Orientasi Staf Baru HUS secara bersemuka yang dianjurkan setiap 2 bulan sekali. Staf layak menuntut mata Continuous Profesional Development (CPD) dan hari berkursus. GAJI DAN ELAUN Seseorang pegawai yang dilantik akan ditawarkan gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya. Pertimbangan untuk mendapatkan gaji permulaan lebih tinggi ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan: a. pengalaman relevan; dan b. kelayakan khas atau bakat. Emolumen merupakan segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain. Komponen dalam emolumen penjawat awam adalah seperti berikut: Pegawai boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 untuk Jadual Gaji Minimum-Maksimum mengikut skim perkhidmatan masing-masing.


19 KENAIKAN PANGKAT / LALUAN KERJAYA Kenaikan pangkat bermaksud peningkatan secara hakiki, dari gred ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama. Kenaikan pangkat lazimnya akan dilaksanakan apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat bukan merupakan hak pegawai, tetapi dilaksanakan atas perakuan Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan serta hanya boleh dipertimbangkan oleh suatu Lembaga Kenaikan Pangkat. Oleh itu, hanya pegawai yang layak dan mencapai merit akan dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatannya. Bagi memastikan setiap urusan kenaikan pangkat dibuat secara telus, adil dan saksama, asas pertimbangan yang digunakan adalah seperti berikut: i. kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu; ii. kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu; iii. sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; dan iv. kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat. Bagi skim perkhidmatan tertentu seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi urusan kenaikan pangkat dibuat secara laluan kerjaya tanpa kekosongan jawatan tertakluk kepada pegawai memenuhi asas pertimbangan dan kriteria kenaikan pangkat yang ditetapkan. Pelan Laluan Kerjaya bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi:


20 Bagi kumpulan pelaksana pula, kenaikan pangkat dilakukan secara time-based berasaskan kecemerlangan (TBK) bertujuan untuk menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai yang mencapai prestasi yang baik di samping menunjukkan sikap dan komitmen kerja yang positif. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan. Tempoh kenaikan pangkat secara TBK ini adalah 13 tahun serta mengambil kira penilaian kecemerlangan. TUNTUTAN Staf yang melapor diri layak menuntut tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa: 1. Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1 Tahun 2012; 2. WP 1.2 - Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Bertukar/Berpindah Rumah; 3. WP 1.4 – Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera Dan Polis) Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan hendaklah dikemukakan ke Unit Kewangan & Akaun yang terletak di Pejabat Pentadbiran HUS.


21 PERATURAN BERKAITAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) adalah satu usaha berterusan untuk memastikan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia adalah relevan dan terkini. Ia turut merangkumi satu portal yang dibangunkan sebagai sumber rujukan pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia bagi menggantikan portal sedia ada iaitu MyPPSPP. Portal MyPPSM memberi akses kepada semua dasar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE). Ia menawarkan penyelesaian kepada masalah kesukaran pengguna membuat carian jika tidak mengetahui nombor bilangan dan tahun sesuatu pekeliling dikeluarkan. Semua pekeliling perkhidmatan sumber manusia telah disusun berdasarkan 6 Kluster dan 23 Pekeliling Induk (sila rujuk Lampiran A dan B). Enam (6) Kluster berkenaan merujuk kepada aktivitiaktiviti utama perkhidmatan sumber manusia yang dilaksanakan oleh JPA. Pekeliling Induk pula adalah aktiviti-aktiviti di bawah setiap satu kluster berkenaan. Di dalam setiap satu Pekeliling Induk pula terdapat Ceraian, yang merupakan dokumen sebenar yang menjadi rujukan. Semua PP dan SPP dalam MyPPSPP adalah Ceraian dalam MyPPSM. Kluster Urusan Rujukan 1 Urusan Perkhidmatan UP.1 Pelantikan UP.2 Penempatan & Pengisian UP.3 Pemangkuan & Kenaikan Pangkat UP.4 Pengurusan Prestasi UP.5 Pengiktirafan UP.6 Kemajuan Kerjaya UP.7 Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib UP.8 Peperiksaan 2 Skim Perkhidmatan dan Perjawatan SP.1 Skim Perkhidmatan & Perjawatan SP.2 Nilai Taraf 3 Pembangunan Sumber Manusia SM.1 Dasar Pembangunan Sumber Manusia SM.2 Dasar Latihan & Penajaan 4 Saraan SR.1 Kemudahan Pakaian SR.2 Kemudahan Perubatan SR.3 Kemudahan Perumahan Kerajaan SR.4 Waktu Bekerja SR.5 Kemudahan Cuti SR.6 Pegawai Bertukar Wilayah


22 5 Pentadbiran Organisasi PO.1 Pentadbiran & Pengurusan Pejabat PO.2 Pengurusan Maklumat Sumber Manusia PO.3 Pengurusan Psikologi PO.4 Hubungan Majikan Pekerja 6 Pasca Perkhidmatan PP.1 Persaraan & Faedah Persaraan MyPPSM boleh diakses melalui portal JPA di pautan www.jpa.gov.my atau www.jpa.gov.my/myppsm


23 PERATURAN DAN KEWAJIPAN STAF HUS Semua staf HUS adalah diwajibkan untuk mematuhi segala peraturan dan kewajipan, sama ada yang dikeluarkan secara dalaman HUS mahupun yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat/KKM/JKNS dari semasa ke semasa. 1. Kelakuan dan tatatertib Semua penjawat awam adalah tetakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 2. Waktu Bekerja HUS menawarkan perkhidmatan kesihatan 24 jam, termasuk hujung minggu dan hari pelepasan am. Staf di HUS bertugas mengikut waktu pejabat atau secara syif mengikut lokasi staf bertugas. Waktu Bekerja Fleksi (WBF) telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan mengikut Ceraian SR.4.1.1 MyPPSM – Waktu Bekerja. Untuk staf yang bertugas secara syif (waktu bekerja bukan pejabat), jadual bertugas akan disusun oleh pegawai penyelia di Jabatan/Unit/Wad masing-masing. Staf yang diarahkan untuk bekerja lebih masa atau bertugas atas panggilan (on-call) adalah layak menuntut elaun kerja lebih masa atau bertugas atas panggilan mengikut kelayakan dan


24 peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Staf boleh merujuk ke Unit Kewangan & Akaun untuk tatacara tuntutan tersebut. Bagi staf yang tidak layak menuntut elaun bekerja lebih masa, staf adalah layak menuntut Cuti Gantian mengikut peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. 3. Etika Berpakaian Semua staf HUS hendaklah memastikan pakaian kerja sama ada pakaian pejabat ataupun pakaian seragam sentiasa kemas, bersih dan sopan selaras dengan peraturan etika berpakaian penjawat awam. Tanda nama dan pas pengenalan HUS hendaklah dipakai pada setiap masa di kawasan HUS. Panduan berkaitan etika berpakaian penjawat awam boleh dirujuk di Ceraian UP.7.2.3 MyPPSM UP.7 – Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib. Staf yang tidak dibekalkan pakaian seragam adalah digalakkan berpakaian batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis. Pemakaian baju scrub yang dibekalkan oleh pihak hospital hanya dibenarkan di kawasankawasan yang sepatutnya seperti di dewan bedah atau wad. Baju scrub milik hospital tidak dibenarkan dipakai di kawasan lain selain yang telah ditetapkan dan dilarang dibawa keluar dari kawasan hospital. 4. Perakuan Amalan Tahunan/Annual Practicing Certificate (APC) Adalah menjadi tanggungjawab staf untuk memohon dan mempunyai Perakuan Amalan Tahunan/Annual Practicing Certificate (APC) yang sah selaras dengan Akta profesyen masing-masing. 5. Credentialing and Privileging Staf yang menjalankan prosedur-prosedur klinikal yang telah dikenalpasti diwajibkan untuk mendapat credentialing dan privileging serta mematuhi semua peraturan yang berkaitan. Urusan ini boleh dirujuk kepada Unit Amalan Perubatan di Aras 1, Blok Warisan Perubatan. 6. myWorkspace JKNS MyWorkspace merupakan salah satu platform yang disediakan oleh Cawangan Teknologi Maklumat & Telekomunikasi (ICT), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kepada semua fasiliti Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Utara. Perkhidmatan ini akan menggabungkan sistem pengurusan identiti staf sebagai saluran komunikasi setempat, kemudahan perkongsian maklumat dan perkhidmatan digital melalui sistem aplikasi ICT.


25 Adalah menjadi kewajipan semua staf untuk mendaftar akaun myWorkspace kerana platform myWorkspace digunakan untuk pelaksanaan Incident Reporting (IR), sistem helpdesk ICT, permohonan aset ICT, deklarasi kesihatan dan lain-lain. 7. Emel Rasmi 1GovUC Semua staf diwajibkan untuk menggunakan emel rasmi 1GovUC dalam sebarang urusan rasmi. Permohonan alamat emel rasmi ini boleh dibuat melalui aplikasi MyWorkspace JKNS. 8. Human Resource Management Information System (HRMIS) Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management Information System) adalah satu projek teras di bawah Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik, bertujuan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia sektor awam. Antara modul yang terkandung di dalam aplikasi ini adalah Modul Pengurusan Rekod Peribadi, Perolehan Sumber Manusia, Pengurusan Prestasi dan Pengurusan Kerjaya, Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran dan Penamatan Perkhidmatan. Melalui aplikasi ini, maklumat staf dapat disediakan secara real-time dan boleh digunakan dalam membuat suatu keputusan strategik sumber manusia sektor awam. Oleh itu, setiap staf bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat peribadi dari semasa ke semasa. Semua staf juga diwajibkan untuk menggunakan HRMIS bagi modul-modul yang telah digunapakai seperti permohonan cuti, tuntutan perjalanan rasmi, permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian, permohonan pertukaran antara wilayah, permohonan kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu bertugas dan lain-lain modul yang digunapakai dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan berkaitan HRMIS boleh dirujuk kepada Unit HRMIS & Perjawatan di Tingkat 1, Blok Warisan Perubatan. 9. Penilaian Prestasi Tahunan Penilaian prestasi tahunan wajib dilaksanakan pada setiap tahun oleh semua staf bagi menilai prestasi dan pencapaian bagi tahun semasa. Penilaian ini dilaksanakan oleh Pegawai Penilai terhadap staf melalui submodul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau MyPerformance HRMIS. Markah penilaian tahunan adalah penting untuk menentukan kelayakan mendapat pergerakan gaji tahunan, kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), kenaikan pangkat, penganugerahan pingat serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).


26 10. MyPortfolio MyPortfolio merupakan satu dokumen rasmi yang memberi perincian deskripsi tugas dan akauntabiliti sesuatu jawatan dalam sesebuah jabatan dan merupakan alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan keseluruhannya. Semua staf wajib mempunyai MyPortfolio bagi jawatan masing-masing dan hendaklah dikemaskini melalui HRMIS. 11. Pengisytiharan Harta Semua penjawat awam diwajibkan untuk mengisytihar dan mengemaskini maklumat harta melalui HRMIS setiap 5 tahun sekali. 12. Pembelajaran Berterusan Semua staf diwajibkan untuk memenuhi keperluan 7 hari berkursus bersamaan dengan 40 mata CPD dalam setahun dengan menghadiri kursus, sesi pembelajaran secara bersemuka/atas talian, forum, seminar atau sesi Continuous Medical Education (CME)/Continuous Nursing Education (CNE) bagi mengekalkan dan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan prestasi diri. Bagi kursus dalaman anjuran HUS, permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Latihan Bersepadu (SLB). Di samping itu, staf berpeluang untuk mengikuti kursus lain yang ditawarkan oleh Institut Tabiran Awam Negara (INTAN) dan lain-lain pusat latihan dengan syarat mendapat kelulusan daripada penyelia terlebih dahulu. Permohonan kursus atas talian yang ditawarkan melalui platform e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) juga adalah digalakkan untuk dimohon. 13. Hari Bersama Pelanggan Seksyen Sumber Manusia Hari Bersama Pelanggan anjuran Seksyen Sumber Manusia diadakan bagi memberi peluang kepada staf untuk menyemak dan mengemaskini maklumat berkaitan perkhidmatan masingmasing. Semua staf adalah digalakkan untuk menyemak Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) masing-masing sekurang-kurangnya setahun sekali. 14. Keselamatan Kebakaran Semua staf HUS dikehendaki untuk mematuhi polisi dan dasar keselamatan kebakaran HUS. Staf perlu diberi orientasi dan taklimat oleh Fire Safety Officer (FSO) Jabatan/Unit/Wad/Klinik masing-masing mengenai tindakan semasa berlaku kecemasan kebakaran dan laluan kecemasan di lokasi bertugas masing-masing.


27 15. Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran Pekerja Semua staf HUS dikehendaki untuk mematuhi polisi dan dasar berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Staf perlu diberi taklimat oleh Safety & Health Liason Officer (SHLO) yang telah dilantik di Jabatan/Unit/Wad/Klinik masing-masing dan perlu peka dengan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja dan sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan tempat kerja dijaga. Semua staf boleh menghubungi operator hospital di talian 082-276666 atau sambungan 0 dan juga perlu mengetahui kod kecemasan sekiranya berlaku kecemasan seperti berikut: Warna Nama Kod Situasi Code Blue Pesakit / orang awam yang tidak sedarkan diri atau memerlukan bantuan resusitasi atau bantuan dari Pegawai Perubatan Code Red Pesakit di bilik bedah / bilik bersalin yang memerlukan bantuan segera daripada Pegawai Perubatan Code Pink Terdapat potensi atau disahkan kehilangan bayi di kawasan hospital Code Grey Terdapat pesakit bertindak agresif dan di luar kawalan di kawasan hospital terutama di Jabatan Kecemasan & Trauma Code Purple Terdapat bayi tidak sedarkan diri atau memerlukan bantuan resusitasi atau bantuan dari Pegawai Perubatan Kod Alert HUS adalah seperti berikut: Nama alert Situasi Trauma alert / code a&e red zone Terdapat pesakit didalam perjalanan atau telah berada di jabatan kecemasan yang mengalami trauma yang serius dan memerlukan perhatian segera daripada pegawai pegawai perubatan Fire alert Terdapat kebakaran atau asap yang banyak dikawasan hospital Chemical alert Terdapat tumpahan / kemalangan cecair berbahaya dikawasan hospital Flood emergency Terdapat hujan lebat berterusan melebihi ½ jam dan memaklumkan kepada kawasan kawasan / lokasi lokasi yang berisiko dilanda banjir. Suicides responding alert Terdapat kejadian atau mangsa bunuh diri dikawasan hospital umum sarawak Disaster respond alert Keadaan dimana terdapat bencana diluar kawasan hospital.


28 16. Kawalan Infeksi Semua staf HUS dikehendaki untuk mematuhi polisi dan dasar berkaitan dengan kawalan penyakit berjangkit di HUS. Pegawai perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah yang dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit di tempat kerja. 17. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pelaksanaan EKSA di HUS telah dimulakan dan semua staf dikendaki memahami dan mematuhi garis panduan pelaksanaan EKSA. 18. Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan diadakan pada setiap bulan di Auditorium CRC dan semua staf adalah digalakkan untuk menghadiri perhimpunan tersebut. 19. Perkhidmatan Sokongan HUS Terdapat lima (5) perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat konsesi One Medicare Sdn Bhd iaitu: i. Perkhidmatan pengurusan fasiliti (FEMS); ii. Perkhidmatan pengurusan biomedical (BEMS); iii. Perkhidmatan pembersihan/pencucian (CLS); iv. Perkhidmatan linen dan dobi (LLS); dan v. Perkhidmatan pengurusan sisa klinikal (CWMS) Semua staf dikehendaki memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat konsesi adalah pada tahap yang baik dan sebarang laporan/aduan boelh dibuat melalui http://asis.moh.gov.my


29 KEMUDAHAN Berikut merupakan kemudahan yang disediakan untuk kegunaan staf HUS: Bil Kemudahan Kapasiti Maks (orang) Jabatan/Unit Bertanggungjawab 1 Auditorium CRC 300 Unit Pentadbiran Am 2 Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 3, Blok Klinik Pakar 40 Unit Pentadbiran Am 3 Bilik Mesyuarat Auditorium, CRC Tingkat Bawah, CRC 20 Unit Pentadbiran Am 4 Dewan Pesona Pejabat Pentadbiran HUS 60 Unit Pentadbiran Am 5 Bilik Mesyuarat Utama Tingkat Bawah, Blok Warisan Perubatan 25 Pusat Sumber Maklumat 6 Bilik Mesyuarat Kecil Pejabat Pengarah 16 Pejabat Pengarah 7 Makmal Komputer DCC Tingkat 4, DCC 20 Jabatan Patologi 8 Bilik Mesyuarat DCC Tingkat 4, DCC 40 Jabatan Patologi 9 Bilik Seminar 1 DCC Tingkat 4, DCC 20 Jabatan Patologi 10 Bilik Seminar 2 & 3 Tingkat 4, DCC 40 Jabatan Patologi 11 Bilik Mesyuarat Kualiti Tingkat 1, Blok Warisan Perubatan 20 Unit Kualiti dan Latihan 12 Bilik Mesyuarat CRC Tingkat 5, CRC 30 Clinical Research Centre (CRC) 13 Perpustakaan Tingkat Bawah, Blok Warisan Perubatan - Pusat Sumber Maklumat 14 Bilik Mesyuarat Perpustakaan Tingkat Bawah, Blok Warisan Perubatan 15 Pusat Sumber Maklumat


30 15 Klinik Sejahtera Blok Warisan Perubatan - Jabatan Perubatan Kesihatan Awam 16 Bilik Mesyuarat Kenyalang Tingkat 3 Blok Klinik Pakar 60 Pejabat Kejururawatan 17 Bilik Mesyuarat Rajawali Tingkat 1, Blok Warisan Perubatan 30 Unit Pentadbiran Am Kemudahan lain turut disediakan untuk kegunaan staf dan pelawat HUS: 1. Tempat letak kereta bertingkat 2. Anjung Kasih 3. Kafeteria dan kedai runcit 4. Mesin ATM SISTEM ICT Untuk meningkatkan kecekapan kerja dan penyampaian perkhidmatan di HUS, pelbagai sistem atas talian telah diperkenalkan untuk kegunaan staf HUS. Berikut merupakan senarai sistem yang digunakan di HUS: 1. Laman web Hospital Umum Sarawak (hus.moh.gov.my) 2. Email MyGoVUC 3. Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) 4. Sistem Teleprimary Care (TPC) 5. Sistem Continuing Professional Development (MyCPD) 6. Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) 2.0 7. Blood Bank Information System (BBIS) v2 8. Sistem Pharmacy Information System (PhIS) 9. Critical Care Information System (CCIS) 10. Sistem ePerolehan 11. Sistem Pengurusan Aset (SPA) 12. Government Procurement Information (GPIS) 13. Sistem Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (iGFMAS) 14. Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) 15. System Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (SMS-APC) 16. Sistem Tapisan Keselamatan Atas Talian (e-Vetting) 17. Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (mySPATA)


31 18. Sistem Casemix - MalaysiaDRG (Casemix) 19. Critical Care Information System (CCIS) 20. National Obstetrics Registration (NOR) 21. Sistem Informatik Kelahiran Sarawak (IKS) 22. MyWorkspace 23. Sistem Incident Reporting (IR) 24. Sistem eLatihan 25. Sistem Staf Lapor Diri 26. Sistem Latihan Bersepadu 27. Sistem Helpdesk ICT 28. Sistem Pengurusan Katil (eKatil) 29. Sistem Patient Diagnositic & Discharge Summary (PDDS) 30. Sistem Computerised Operating Theatre Documentation System (COTDS) 31. Sistem Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) 32. Sistem Hospital Acquired Infection (HCAI) 33. Lab Information System (LIS) 34. Sistem Burn Data Registry 35. Tuberculosis Molecular Information System (TMIS) 36. Sistem i-Bite 37. Covid-19 CKPP JKNS 38. Radiology Information System 39. Synapse 40. Sistem MCDCM Reporter (Medical Imaging and Reporting) Staf yang berkenaan akan dibekalkan ID dan kata laluan untuk menggunakan sistem-sistem yang berkaitan dengan tugas atau jawatan. Latihan dan tatacara penggunaan sistem akan dimaklumkan oleh penyelia atau pegawai bertanggungjawab di Jabatan/Unit/Wad masing-masing.


32 TAMAT


Click to View FlipBook Version