The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA_KUMPULAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahlaily02, 2021-05-27 22:42:10

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA_KUMPULAN 3

PEMANTAPAN
KESEPADUAN NASIONAL

MALAYSIA

28 MEI 2021

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN : JABATAN PERDAGANGAN
KOS / KOD KOS : ETIKA DAN PERADABAN / MPU 201032
TAJUK E FOLIO : PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD FAISAL

NAMA AHLI KUMPULAN / NOMBOR KAD MATRIK :
- NUR IZZAH LAILI BINTI AZMI MURAD ( 15DRM20F2004 )
- NUR ANIS ZULAIKHA BINTI KHAIRON ( 15DRM20F2006 )
- NURUL ANISAH BINTI KAMARUDIN ( 15DRM20F2010 )

- IRDINA KHADIJAH BINTI AMAT ( 15DRM20F2014 )

ISI KANDUNGAN

01 PENGHARGAAN 03 OBJEKTIF 05 ISI MAKLUMAT

MUKASURAT 1 MUKASURAT 3 MUKASURAT 5
SEHINGGA

MUKASURAT 33

02 PENGENALAN 04 DEFINISI 06 KESIMPULAN

MUKASURAT 2 MUKASURAT 4 MUKASURAT 34

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kepada illahi dengan limpah
rahmat yang dianugerahi kepada kami untuk bersama sama berjuang dalam
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan ini
kepada pensyarah kami iaitu Encik Mohammad Faisal atas tunjuk ajar yang
diberikan untuk kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, kami
juga ingin mengucapkan tahniah kepada diri kami sendiri, Nurul Izzah Laili Binti
Azmi Murad, Nurul Anisah Binti Kamarudin, Nur Anis Zulaikha Binti Khairon dan
Irdina Khadijah Binti Amat atas segala usaha dan perjuangan yang telah dilakukan.
Walaupun, kami adalah satu bangsa dan agama, ia tetap dapat memupuk sikap
berkerjasama antara pasukan.

Akhir sekali, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala
kekurangan dan kesalahan yang telah dilakukan tanpa sedar.

PENGENALAN

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat, seperti
Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai akar etika dan peradaban yang berbeza
dan terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuannya
perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia berkongsi persamaan dan mencari titik
pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan
mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia sejak
merdeka. Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus
meneruskan dimantapkan. Ia dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak
dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan
penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas
2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional.

OBJEKTIF

● Memahami proses pemantapan
kesepaduan nasional di
Malaysia

● Memahami konsep kesepaduan
sosial dan kesepaduan nasional

● Menjelaskan proses dan usaha
ke arah mencapai kesepaduan
nasional

DEFINISI

Di Malaysia, kebudayaan berfungsi penting dalam proses pembangunan negara kerana keperibadian
Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan. Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup yang bersifat di Malaysia. Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup
yang tersendiri. Budaya ini muncul akibat proses manusia menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Budaya akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahan dan percampuran antara entiti
budaya yang berbeza ini akan menyebabkan berlakunya asimilasi, akulturasi dan akomodasi budaya. Untuk
itu, budaya yang diamalkan dalam masyarakat mempunyai ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain.
Keragaman budaya ini akan membawa kepada pembinaan tamadun sesebuah masyarakatyang diwarisi dan
bersifat dinamik. Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat
melahirkan cara hidup yang bersifat di Malaysia.

ISI MAKLUMAT

05.1 MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN

Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan
tenteram tanpa menggugat keamanan.Tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa
dan negara akan bergolak setiap masa.Hal ini boleh dilihat di negara-negara bergolak
apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada
bantuan luar. Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa dan kebuluran
serta kemiskinan tidak terpisah daripada kehidupan. Betapa pentingnya perpaduan perlu
dibina dan dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap
rakyat dalam negara ini. Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan
Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan,
"Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata
mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-
detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat"

DETIK PERPADUAN

● Detik Perpaduan adalah saat yang

boleh dilihat berlaku dalam

kehidupan seharian masyarakat.

Antara suasana yang sering dilihat

menunjukkan muncul perpaduan

adalah detik-detik ketika pergaulan

di pasar, mengadakan majlis

perkahwinan, tempat makan,

sokongan dalam sukan, memberi

bantuan ketika bencana,

mengunjungi tempat percutian,

menikmati cuti umum pelbagai

perayaan, hadir menonton filem di

pawagam dan sebagainya.

PERKAHWINAN “ STREET
WEDDING “

● Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara

mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman
perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar.
Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan besar,
ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat
memandangkan terdapat ruang yang khas berserta
tempat letak kereta yang cukup.

● Namun,suasana apabila majlis perkahwinan dilakukan

di taman-taman perumahan.Ianya menimbulkan
suasana yang sesak dan kawasan meletak kenderaan
para tetamu sangat terhad dengan kehadiran ramai
jemputan.Jika dilihat kepada peruntukan undang-
undang dalam negara.Ianya merupakan satu kesalahan
mendiri dan menyelenggara sesuatu halangan di

tempat awam.

SUKAN
• Ssebagai contoh, Atlet Badminton

Negara, Datuk Lee Chong Wei adalah
berbangsa Cina, namun semua rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa
menyokong dan meminati setiap
perlawanan beliau di setiap
pertandingan badminton.

• Begitu juga dengan sukan-sukan yang
lain. Tidak kira apa bangsa dan agama,
ianya tidak menjadi halangan untuk
peminat dan menonton serta
menyokong setiap aksi yang
dipersembahkan kerana pemain sukan
bukan bermain untuk diri mereka malah
mereka bermain untuk negara.

DETIK PERBEZAAN

Apakah perkara yang
membezakan antara anda
dengan orang disekeliling anda?
Adakah perbezaan-perbezaan ini
menyukarkan kehidupan anda
setiap hari? Kita tidak boleh lari
daripada perbezaan khasnya
berkaitan dengan budaya bangsa
Malaysia.Perbezaan ini perlu
dilihat daripada aspek positif
untuk mengukuhkan lagi
perpaduan dan hubungan antara
kaum.

SAMBUMTAaNrPsERAYAAN PENGEBUMIAN JENAYAH

Detik perbezaan dalam Pengebumian mempunyai Apabila berlaku sesuatu
sambutan perayaan di kaitan dengan anutan jenayah, pastinya kita akan
Malaysia jelas kelihatan
kerana sambutan perayaan agama seseorang. Walau melihat apakah jenis
selalunya mempunyai kaitan bagaimanapun, agama jenayah yang dilakukan.
dengan kebudayaan dan tidak menghalang untuk Apabila telah pasti sesuatu
agama setiap agama yang seseorang penganut jenayah tersebut, maka
pelbagai. Namun hal ini bersedih dan menghormati akan terlintas dalam minda
tidak dapat dilihat sebagai atas kehilangan salah siapa yang terlibat dalam
perbezaan yang akan seorang ahli keluarga yang jenayah tersebut. Hal ini
menggugat perpaduan berlainan bangsa dan adalah satu sikap yang
bangsa kerana setiap agama. Ziarah menziarahi
juga digalakkan sebagai salah kerana semua
budaya dan agama memberi sokongan kepada jenayah tidak ada kaitan
mempunyai ciri-ciri yang dengan sesuatu bangsa.
ahli keluarga yang
tertentu. kematian orang yang

disayangi.

PENYATUPADUAN

CABARAN-CABARAN DALAM MENYATUPADUKAN ETNIK DI MALAYSIA

Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan mengeratkan hubungan dan hubungan yang baik
dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan
pemeliharaan hubungan ini. Terdapat beberapa faktor yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam
masyarakat kita.

1) Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur budaya. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini

sememangnya tidak dapatdielakan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendiri yang
menjadi identiti mereka.

2) Faktor kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurang interaksi. Faktor ini timbul akibat

kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja
kerana tidak memahami bahasa lain.

3) Faktor ketiga ialah perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan juga telah mengakibatkan kurang interaksi

antara kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya
atau tidak perkara ini masih wujud

4) Faktor keempat ialah wujudnya, kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh

menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk menerangkan sesuatu
isu. Ini bagi mengelakan pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda
dan pemikiran rakyat masyarakat.5)Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada
masyarakat lain.

KEJAYAAN MALAYSIA SEBAGAI MASYARAKAT MAJMUK

1. Kejayaan atlet negara meraih pingat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017)

dan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap pasukan kebangsaan adalah bukti
perpaduan di negara ini masih utuh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri
Joseph Kurup, berkata sukan berupaya memecah tradisi atau penguasaan kaum serta
etnik tertentu, selain mencetus semangat patriotik.

2. Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan,

malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali
gus dapat bersama dalam suasana aman serta hamoni.

3. Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan

masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana
harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.



USAHA USAHA DALAM MEMBENTUK KESEPADUAN DI MALAYSIA

• Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya

• Keterangan : Setiap orang tidak akan dipaksa untuk menganuti agama yang
dipilih sebaliknya mereka bebas untuk memilih agama yang dikehendaki.

• Setiap orang haruslah menghormati hak agama masing-masing

• Keterangan : Mengelakkan pergaduhan atau perselisihan faham yang akan
timbul apabila sesuatu individu yang menghina agama lain.

• Masayarakat haruslah menjaga dan mempertahankan agama masing-masing yang

telah diwarisi
• Keterangan : Mengelakkan agama daripada lesap pada masa yang akan datang
supaya generasi depan masih menganuti agama masing-masing.

USAHA USAHA DALAM MEMBENTUK KESEPADUAN DI MALAYSIA

• Pihak swasta mestilah memenuhi peranannya iaitu memberi dan menyalurkan

maklumat yang betul tentang isu-isu sensitif.
• Keterangan : Peranan ini dapat megelakkan dan membendung konflik antara
parti-parti yang akan merebak terhadap masyarakat.

• Masyarakat haruslah berkenalan dan memahami antara satu sama lain untuk

mengelakkan isu etnik yang lain.
• Keterangan : Masyarakat haruslah mempunyai pengetahuan agamai lain supaya
tidak melakukan perkara yang dilarang oleh sesuatu agama. Ini akan
menimbulkan isu-isu etnik.

• Para parti-parti politik juga haruslah memastikan perpaduan antara satu sama lain

untuk mengelakkan daripada mengugat isu etnik

KEUTUHAN PERPADUAN ETOS BANGSA MALAYSIA 1

• ANTARA matlamat utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk memupuk dan

memperkukuh lagi perpaduan kaum. Perpaduan kaum adalah prasyarat penting yang
boleh menjamin kestabilan, yang amat diperlukan untuk kemajuan negara.Selepas 53
tahun pembentukan negara bangsa Malaysia, tidak dapat dinafikan wujud suasana
muhibah antara kumpulan etnik utama Melayu, Cina dan India di Semenanjung.

• Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai suku peribumi, selain kumpulan etnik

Melayu dan bukan Melayu, khususnya Cina, memperlihat hal yang sama. Malah
hubungan etniknya lebih harmoni berbanding di Semenanjung.Dalam hubungan
etnik, faktor kaum didapati menjadi elemen utama untuk sama ada menyatupadukan
atau memecahbelahkan penduduk multietnik.

KEUTUHAN PERPADUAN ETOS BANGSA MALAYSIA 11

• Kemajmukan etnik dalam bentuk saling kebergantungan antara kelompok Melayu dan

bukan Melayu bukan saja menjadi asas penting untuk masyarakat Malaysia bergerak
ke hadapan. Tetapi yang lebih penting lagi ialah ia menandakan penerimaan hakikat
bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dengan kelompok Melayu/Bumiputera
sebagai kelompok majoriti/dominan, dan kelompok bukan Melayu sebagai minoriti
yang penting.

• Dalam kerangka politik begini, kelompok bukan Melayu yang tidak pun menikmati

status lebih rendah, bebas mengamalkan cara hidup masing-masing. Mereka
dibenarkan mengekalkan budaya masing-masing dalam bentuk utuh, sambil pada
masa sama diterima menyertai secara aktif dalam semua institusi politik, ekonomi dan
pendidikan negara.

KEUTUHAN PERPADUAN ETOS BANGSA MALAYSIA 11V

• Dalam konteks perpaduan kaum, Gagasan 1Malaysia tidak menganjurkan sebarang

perubahan sosial, sama ada drastik atau beransur-ansur, yang boleh mendatangkan
kesan negatif kepada, sama ada kelompok Melayu mahupun bukan Melayu.
Perpaduan kaum yang diformulasikan dalam Gagasan 1Malaysia, sebetulnya kaedah
lama untuk meneruskan kemajmukan etnik yang disenangi selama ini oleh semua
kaum.

• Bagaimanapun, tekad untuk menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia dalam

Gagasan 1Malaysia, perlu diakui sebagai luar biasa, jika dibandingkan dengan
sebelumnya. Ini antaranya dapat dilihat pada penggunaan ‘penerimaan’ yang
menggantikan ‘toleransi’ dalam kempen sebelum ini. Dengan menerima bahasa,
budaya dan agama kaum lain dengan fikiran terbuka sebagai keunikan, kita
sebetulnya menerima hakikat Malaysia dulu, kini dan selama-lamanya adalah negara
majmuk.

KEPENTINGAN PERPADUAN
DI MALAYSIA

KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA

• Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,
pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut
kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris
supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,
masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang
yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Antara
kepentingannya ialah :

RAJAH

1) Dapat Membangunkan Ekonomi Negara

• Kepentingan perpaduan ialah dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan

yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing
untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza
kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras
dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.
Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam
membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di
Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi
negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara lain.



2 ) Dapat Meningkatkan Imej Negara

• Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan

imej negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa
kini sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan
yang berterusan membina negara yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang
ada pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perintis
untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ketokohan
yang ada pada beliau telah menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan
orang yang boleh bersuara untuk membela nasib mereka di pentas dunia. Selain
kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali di pentas antarabangsa adalah kerana
kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai buktinya, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-9
paling aman di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas
yang berpengkalan di Amerika Syarikat.



3 ) Dapat Menarik Pelancong Asing

• Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk

melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam
keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat
Malaysia. Industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun
kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan
bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada
pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi
walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat
dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama
lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Seperti peribahasa Melayu ada
menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum
bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai
pelancong asing ke negara kita.



4 ) Dapat Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni

• Seterusnya,masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia

dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran
sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu
ketika dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai
keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu
dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling bekerjasama,
menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang
berbuah dua kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak
menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang
sama bahasa lain boleh dipelajari.



5 ) Dapat Menjamin Keamanan Negara

• Akhirnya,dapat menjamin keamanan Negara kerana pihak kerajaan sentiasa membuat

anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan
banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu,
kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari
keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan
kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan.
Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri
teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan
lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati
antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan
perselisihan faham antara kaum.

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH
PERPADUAN DI MALAYSIA

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN DI MALAYSIA 1

• Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang

kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut
sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan
aman dan damai.

• Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni

“Bersekutu Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.
Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.Antara
usaha-usahanya ialah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan
untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang
kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan.
Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama
lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN DI MALAYSIA 11

• Seterusnya, usaha-usaha memperkukuh perpaduan di Malaysia ialah mengamalkan

amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena
hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih
mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat
yang saling menghormati. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih
ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia
utuh.Akhirnya,usaha untuk memperkukuhkan perpaduan kaum adalah mewujudkan
sekolah untuk semua kaum.Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar
dalam satu sekolah yang sama.Contohnya,Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh
kerajaan.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuhkan perpaduan
antara kaum.



KESIMPULAN

KESIMPULAN

• Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah

meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa
perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh
sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan
suasana hidup yang porak peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan
kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara. Kesimpulannya, semua
pihak harus berganding bahu dan tidak menharapkan pihak kerajaan semata-mata
dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun "bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing" kerana perpaduan kaum itu
hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan
sempurna dan bersikap bertolak ansur.

SUMBER MAKLUMAT

➢ https://perpaduannegara.blogspot.com/2020/09/perpaduan.html?m=1

➢ http://azman2020.blogspot.com/2010/08/keutuhan-perpaduan-etos-bangsa-

malaysia.html?m=1

➢ https://etikaperpaduandimalaysia.blogspot.com/2020/10/e-folio-perpaduan-di-

malaysia.html?m=1


Click to View FlipBook Version