The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahadila, 2023-08-11 01:17:41

Templat Perancangan PdP-KMR

SK DATO' AHMAD SAID TAMBAHAN

Keywords: KmR2023

SKDATO'AHMADSAIDTAMBAHAN TEMPLATPERANCANGAN PDR-KMR "LAMPUAJAIB"


Templat Perancangan PdP-KMR (Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran) Nama : PROJEK KmR – SDG 7 – AFFORDABLE & CLEAN ENERGY Sekolah : SK DATO’ AHMAD SAID TAMBAHAN Tajuk (1) : LAMPU AJAIB Ringkasan Projek ( 2 ) (Project Overview) : Situasi terlupa menutup lampu tandas selepas keluar dari tandas sering terjadi. Perkara ini berlaku bukan saja di rumah tetapi di premis awam seperti pejabat, sekolah dan kedai kedai. Akibat daripada situasi yang sering berlaku ini, akan berlaku peningkatan kos dari segi bil elektrik. Menghasilkan model tandas yang dilengkapi dengan lampu jimat tenaga yang berfungsi secara automatik menggunakan ‘motion sensor’. Lampu ini memberi penjimatan tenaga elektrik dengan cara berfungsi apabila terdapat pergerakan yang dikesan menyebabkan lampu akan menyala. Guru mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu dan Reka Bentuk dan Teknologi telah berkolaborasi bagi menyediakan peluang kepada murid tahun 5 mempelajari dan menghasilkan produk tugasan ini. Melalui tugasan ini murid dapat mengamalkan sikap menghargai sumber tenaga dengan penggunaan secara berhemah. Perancangan projek dirancang rapi untuk menghasilkan produk dan laporan berbentuk video. Mata Pelajaran ( 3 ): / SAINS / B. Melayu / RBT


Tahun: 5 DAHLIA Masa: 4 minggu ( 4 ) Standard Kandungan : SAINS: 5.3 Keselamatan Pengendalian Peralatan dan Penjimatan Elektrik. BAHASA MELAYU: 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. RBT : 5.1 Reka bentuk Produk Menggunakan Tenaga Boleh Baharu. Standard Pembelajaran: SAINS: 5.3.4 Menjalankan pemerhatian tentang keselamatan pengendalian peralatan dan penjimatan elektrik melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. BAHASA MELAYU: 5.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis dan kreatif. RBT: 5.1.7 Membina produk yang menggunakan tenaga boleh baharu berdasarkan lakaran. 5.1.8 Membentangkan produk yang menggunakan tenaga boleh baharu yang dihasilkan. Standard Prestasi SAINS: TP 6: Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang keselamatan pengendalian peralatan dan penjimatan elektrik ke arah kehidupan yang lestari.


BAHASA MELAYU: TP 6: Mempamerkan tahap penguasaan bahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci. RBT: TP 6 : Membuat persembahan produk yang dihasilkan secara kreatif, kemas dan boleh dicontohi. Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat: SAINS: menggunakan tenaga secara berhemah untuk kehidupan yang lestari. BAHASA MELAYU: Melaporkan projek inovasi yang dihasilkan dalam bentuk video dan templat. RBT: Menghasilkan projek reka bentuk menggunakan tenaga boleh baharu. The Big Idea : BERHEMAH PADA SIKAP BERJIMAT PADA RINGGIT Soalan Pencetus Idea: SAINS: 1. Bagaimanakah kita boleh menjimatkan elektrik akibat kecuaian daripada pengguna yang sering lupa menutup lampu? 2. Apakah kepentingan mengamalkan sikap berhemah menggunakan tenaga? 3. Bagaimanakah penciptaan produk ini dapat membantu menjimatkan tenaga ?


BAHASA MELAYU: 1. Pada pendapat kamu, apakah langkah ataupun solusi yang dapat diambil bagi menyelesaikan masalah lupa menutup lampu? 2. Sejauhmanakah anda faham tentang amalan penjimatan sumber tenaga? 3. Apakah pendapat kamu tentang sikap masyarakat tentang kempen jimat tenaga? RBT: 1. Dimanakah aplikasi lampu ajaib boleh digunakan dalam kehidupan harian? 2. Apakah alatan lain yang menggunakan sumber tenaga boleh baharu? Rancangan Pentaksiran : (6) Tugasan Jenis/Alat Pentaksiran SAINS i) Murid dapat mengenal jenisjenis litar elektrik ii) Murid dapat membanding beza litar elektrik dari ciri-ciri Kaedah : lisan dan bertulis Instrumen : peta ithink (buih berganda) Evidens : lakaran litar elektrik selari dan bersiri BAHASA MELAYU i) Murid dapat menjelaskan maksud tenaga ii) Murid dapat menulis maklumat tentang penjimatan tenaga Kaedah : lisan dan bertulis Kemahiran membaca, mengolah bahan dan menyampaikan pendapat secara lisan dan bertulis dengan bahasa gramatis. Evidens : teks pembentangan Reka Bentuk dan Teknologi i) Murid dapat merekacipta model ii) Murid dapat menyenaraikan sumber tenaga boleh baharu Kaedah : pentaksiran berasaskan projek Kemahiran mereka bentuk model tandas Evidens: Senarai bahanyang digunakan dan lakaran ringkas model tandas


Langkah Pengajaran : SAINS 1. Murid melakar jenis litar elektrik selari dan bersiri. 2. Murid melengkapkan peta i’think tentang bagaimanakah cara tenaga boleh dijimatkan 3. Murid berbincang dan menyenaraikan langkah untuk menghasilkan lampu jimat tenaga menggunakan litar elektrik BAHASA MELAYU 1. Murid berbincang isi dan maklumat penting yang perlu ada dalam teks pembentangan tentang penjimatan sumber tenaga 2. Murid membuat teks pembentangan secara kreatif RBT 1. Murid berbincang dalam kumpulan tentang lakaran model tandas 2. Murid membuat carian maklumat dalam youtube tentang cara – cara membuat rekabentuk model Sumber : 1. Rujukan laman web 2. Jurnal 3. Buku teks 4. Majalah 5. peta i’think


Timeline Projek PdP-PBL Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 1. Berbincang mengenalpasti ‘The Big Idea’ 2. Mengenalpasti tema, tajuk, SK dan SP bagi setiap panitia yang bekerjasama 3. Menyenaraikan soalan- soalan penting 4.Penerangan tentang projek dan tindaksusul dalam kumpulan 5. Mencari sumber maklumat dan info berkaitan dengan tajuk KmR-PBL SAINS: 1. Pendedahan tenaga elektrik 2. mencungkil idea murid 3. Pengenalan projek 4. Penyediaan perancangan masa 5. Pembahagian kumpulan 6. Penyediaan bahan SAINS: 1. Memantau hasil projek 2. Membuat ujikaji produk daripada segi susunan litar. 3. Menganalisis hasil ujian SAINS: 1. Penghasilan akhir produk 2. Menambah baik bahan pembentangan B. Melayu: 1. Memberi penerangan mengenai sumber maklumat yang dicari 2. Menyediakan maklumat yang bertepatan B. Melayu: 1. Menghasilkan bahan pembentangan video dan templat B. Melayu: 1. Latihan pembentangan/sho wcase RBT: 1. Melakar reka bentuk model 2. Menyenaraikan bahan yang ingin dibeli 3. Merancang bahan lain yang digunakan RBT: 1. Penyediaan projek/hasil produk 2. Membuat ujikaji dan pemantauan pada litar elektrik RBT: 1. Menambah baik produk


Perancangan Perbelanjaan Ketua Subjek : SAINS Subjek : B. Melayu & Reka Bentuk dan Teknologi BIL PERKARA ANGGARAN KOS (RM) 1. 2. 3. 4. 5. Plastik jernih Kotak terpakai Kertas warna ‘Motion sensor’ Gam/ gunting 2.00 2.00 2.00 12.00 2.00 Jumlah 20.00


Click to View FlipBook Version