BUKU TERMA & SYARAT
SYARIKAT
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
PENGENALAN
Buku Panduan Terma dan Syarat Perkhidmatan dirumuskan sebagai panduan kepada
kakitangan di bawah Syarikat Tourism Selangor Sdn Bhd [selepas ini dikenali sebagai
Syarikat]; berkaitan dengan peruntukan kemudahan kakitangan yang digunapakai untuk
kumpulan jawatan masing-masing. Setiap peruntukan dirumus mengikut kumpulan dan
gred jawatan dengan mengambilkira peranan jawatan tersebut di dalam organisasi.
Syarikat berhak meminda mana-mana Bahagian Terma mengikut keadaan semasa dan
kemampuan syarikat. Sebarang pertukaran ke atas Terma dan Syarat-syarat
Perkhidmatan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah Syarikat.
Semua maklumat di dalam Buku Panduan ini adalah Sulit dan Persendirian dan untuk
simpanan dan kegunaan kakitangan Syarikat sahaja. Buku ini tidak boleh diubah, dicetak
atau diedar kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran.
Buku Panduan ini adalah hakmilik syarikat. Sebelum menamatkan perkhidmatan, setiap
kakitangan perlu menyerahkan semula buku ini kepada Jabatan Pentadbiran syarikat.
(Semakan Peruntukan Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan ini dibentangkan dan mendapatkan
kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah Syarikat pada 12 Oktober 2020 untuk digunapakai oleh
Kakitangan syarikat mulai Januari 2021)
Buku Panduan ini dikeluarkan oleh : Jabatan Sumber Manusia & Pentabiran Tourism Selangor
Sdn Bhd
1
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
PENGENALAN................................................................................. 1
ISI KANDUNGAN ............................................................................ 2-3
1. TAFSIRAN ............................................................................ 4
2. PERLANTIKAN KAKITANGAN 5
Jenis Perlantikan .................................................................. 5
Syarat Perlantikan ................................................................. 5
Terma Perlantikan.................................................................. 6
3. SYARAT - SYARAT PERKHIDMATAN 6
Tempoh Percubaan ................................................................ 6
Notis Penamatan Perkhidmatan............................................ 6
Pertukaran dan Pemindahan Kerja ...................................... 7
Pinjaman Perkhidmatan (Secondment)................................ 7
Pengambilan Semula Kakitangan ......................................... 7
Umur Persaraan ..................................................................... 7
Kerjaya dan Kenaikan Pangkat ............................................. 8
Penamatan kontrak atas sebab pembubaran syarikat ....... 8
4. WAKTU KERJA 9
Waktu Kerja Rasmi ................................................................ 9
Kerja Lebih Masa ................................................................... 9
5. PENTADBIRAN GAJI 10
Gaji Pokok ............................................................................... 10
Potongan Gaji ......................................................................... 10
Caruman KWSP & PERKESO .............................................. 10
Tarikh Pembayaran Gaji ........................................................ 10
Bonus ...................................................................................... 11
Kenaikan gaji tahunan ……………………………………….. 11
6. ELAUN 12
Elaun Keraian ......................................................................... 12
Elaun Perjalanan / Perbatuan ..……………………………… 12
Elaun Telefon Bimbit …………………………………………. 12
Elaun Lesen Memandu ………………………………………. 13
2
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
Elaun Khas Perjalanan ………………………………………. 13
Elaun Yuran Keahlian Badan Profesional / Badan Iktisas.. 13
7. CUTI 13
Cuti Tahunan .......................................................................... 13
14
Cuti Sakit ................................................................................. 14
15
Cuti Sakit Berlarutan .............................................................. 15
15
Cuti Ehsan .............................................................................. 16
16
Cuti Bersalin ........................................................................... 16
16
Cuti Gantian ............................................................................ 16
Cuti Tanpa Gaji …………………………………………………
Cuti Mengerjakan IbadahHaji…………………………………
Cuti Sebelum Bersara………………………………………….
Cuti Tanpa Rekod ……………………………………………….
Cuti Perkahwinan……………………………………………….
8. PERUNTUKAN KEMUDAHAN PERJALANAN 17
Dalam Negeri …………………………………………………… 17 - 18
Luar Negara …………………………………………………….. 18 - 19
Kelayakan tiket penerbangan ………………………………... 20
9. KEMUDAHAN MUNAFAAT BENEFIT - IN - KIND 20
10. SKIM FAEDAH PERLINDUNGAN KAKITANGAN 21
Skim Insurans Hospital dan Pembedahan (Berkumpulan) … 21
Skim Insurans Faedah Hayat & Kemalangan (Berkumpulan) 22
Skim Bantuan Perubatan Pesakit Luar ………………………… 22 - 23
Skim Rawatan Pergigian ……………………………………….... 23
11. TATATERTIB DAN DISIPLIN 23
Tanggungjawab …………………………………………………… 23-24
Kod Pakaian ……………………………………………………….. 24
Keselamatan dan Sekuriti ……………………………………….. 24
12. LAMPIRAN 25
Lampiran 1 (Prosedur Tindakan Tatatertib) 25 – 28
Lampiran 2 (Carta Alir Tindakan Tatatertib) 28
Lampiran A (Insurans Hospital & Pembedahan) ………………. 29
Lampiran B (Insurans Faedah Hayat & Kemalangan)…………. 30
Lampiran C (Senarai Panel Doktor)…………………………….... 31
Lampiran D (Klasifikasi Jawatan dan Tangga Gaji)................... 32 - 33
3
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
1. TAFSIRAN bermaksud Syarikat Tourism Selangor Sdn Bhd atau
dikenali juga sebagai TSSB
Syarikat
‘Lembaga’ bermaksud Lembaga Pengarah syarikat TSSB
‘Pengurusan’
‘Kakitangan’ bermaksud Pengurusan syarikat TSSB
‘Kumpulan Jawatan’ bermaksud pekerja yang dilantik oleh syarikat secara
sepenuh masa atas perlantikan tetap / kontrak / sementara
‘Gred Jawatan’ / sambilan
‘Gaji Pokok’ bermaksud kategori jawatan samaada :
‘Keluarga’ Kumpulan Pengurusan Utama
‘Anak’ Kumpulan Pengurusan
Kumpulan Eksekutif
‘Keluarga Terdekat’ Kumpulan Sokongan
‘Panel Doktor’ Kakitangan Sementara / Kontrak / Sambilan
bermaksud klasifikasi jawatan mengikut tangga gaji dalam
sesuatu kumpulan jawatan :
Pengurusan Utama : Gred KP 1
Pengurusan : Gred KP 2 – KP 4
Eksekutif : Gred KE 1 – KE 4
Sokongan : Gred KS 1 – KS 4
bermaksud bayaran gaji tidak termasuk elaun dan bonus
bermaksud suami atau isteri pertama yang sah dan anak-
anak yang dibawah tanggungan kakitangan
bermaksud anak kandung atau anak angkat secara sah
yang dijaga oleh kakitangan, berumur kurang dari 21 tahun,
bujang dan belum mempunyai pekerjaan atau masih belajar
bermaksud keluarga sendiri, ibu bapa, adik beradik
kandung, nenek dan datuk sebelah ibu bapa dan ibu bapa
mertua
bermaksud klinik doktor perubatan yang disenaraikan
sebagai doktor syarikat yang dirujuk dalam hal berkaitan
rawatan pesakit luar (outpatient)
4
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
2. PERLANTIKAN KAKITANGAN
1. JENIS PERLANTIKAN
Perlantikan kakitangan dikategorikan seperti berikut :
a) Kakitangan Tetap
Kakitangan kumpulan ini adalah pekerja yang dilantik untuk bekerja
sepenuh masa mengikut waktu bekerja rasmi dan dibayar gaji bulanan.
Status pekerja diklasifikasikan sebagai ‘Kakitangan Tetap”
b) Kakitangan Kontrak / Sementara / Sambilan
Kakitangan kumpulan ini adalah pekerja yang dilantik untuk bekerja
sepenuh masa untuk satu tugas khusus dalam tempoh yang terhad dan
dibayar gaji atau elaun bulanan. Status pekerja diklasifikasikan sebagai
‘Kakitangan kontrak / sementara / sambilan’.
2. SYARAT PERLANTIKAN
i) Seseorang yang ditawarkan perlantikan jawatan sepenuh masa, perlu
menjalani proses temuduga, disahklan sihat oleh doktor dan
menandatangani surat persetujuan menerima perlantikan kejawatan
sebelum memulakan tugas.
ii) Kakitangan dilantik ke dalam kumpulan jawatan tertentu berdasarkan
peruntukan berikut :-
Kumpulan Jawatan Gred Dilantik oleh
Jawatan
Pengurusan Utama Lembaga Pengarah
Pengurusan KP1 Pentadbiran
Eksekutif KP2 – KP4 Pentadbiran
Sokongan KE1 – KE4 Pentadbiran
Kontrak / Sementara / KS1 – KS4 Pentadbiran
Sambilan
iii) Semua kakitangan bertanggungjawab mengemaskini semua butiran
peribadi ketika mula bertugas dari semasa ke semasa kepada Bahagian
Pentadbiran. Jika terbukti terdapat maklumat palsu, pihak Syarikat berhak
menamatkan perkhidmatan dengan serta merta.
5
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
3. TERMA PERLANTIKAN
i) Terma perlantikan dan syarat perkhidmatan kakitangan dalam Pengurusan
Utama, Pengurusan, Eksekutif, Sokongan dan Kakitangan Kontrak /
Sementara / Sambilan tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang
tersenarai dalam buku panduan ini.
3. SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
1. TEMPOH PERCUBAAN
i) Kakitangan yang baru dilantik perlu menjalani tempoh percubaan tidak kurang
dari enam (6) bulan.
ii) Sekiranya dalam tempoh percubaan prestasi kakitangan tidak mencapai tahap
yang ditetapkan oleh Syarikat, tempoh percubaan boleh dilanjutkan tidak
melebihi tiga (3) bulan lagi untuk memberi peluang kakitangan tersebut
memperbaiki prestasi.
iii) Kakitangan yang tidak disahkan dalam jawatan setelah tamat tempoh lanjutan
percubaan, perkhidmatannya akan ditamatkan oleh Syarikat dengan di beri 1
bulan notis atau di bayar 1 bulan gaji.
2. NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN
i) Dalam tempoh percubaan, mana-mana pihak boleh menamatkan
perkhidmatan dengan memberi satu (1) bulan notis atau membayar satu (1)
bulan gaji sebagai ganti notis.
ii) Bagi kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan, mana-mana pihak boleh
menamatkan perkhidmatan seperti berikut :
a) Kumpulan Pengurusan : tiga (3) bulan notis atau membayar tiga (3) bulan
gaji sebagai ganti notis.
b) Kumpulan Eksekutif / Sokongan : satu (1) bulan notis atau membayar satu
(1) bulan gaji sebagai ganti notis.
iii) Pihak syarikat boleh menamatkan perkhidmatan dengan serta merta dengan
notis dua puluh empat (24) jam tanpa sebarang rujukan kepada syarat 2 (i)
atau (ii) jika terbukti salahlaku dan ketidak cekapan semasa menjalankan
tugas atau terbukti memberi maklumat palsu semasa memohon pekerjaan.
6
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
3. PERTUKARAN DAN PERPINDAHAN TEMPAT KERJA
i) Semua kakitangan boleh ditukarkan atau dipindahkan tugas atau tempat kerja
dalam mana-mana Jabatan atau Cawangan syarikat jika perlu.
ii) Kakitangan adalah layak mendapat elaun pertukaran / pemindahan sebanyak
RM300.00 sekiranya jarak perpindahan melebihi 100km. Elaun perjalanan
perpindahan sehala mengikut kelayakan tuntutan perbatuan (mileage).
iii) Elaun pengangkutan barang-barang sebanyak RM400.00 beserta resit.
Sekiranya menggunakan kenderaan syarikat tiada elaun diberikan.
4. PINJAMAN PERKHIDMATAN (SECONDMENT) *(yang berkaitan sahaja)
Tiada
5. PENGAMBILAN SEMULA KAKITANGAN
i) Kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan secara sukarela dan bukan
atas sebab disiplin, boleh memohon untuk kembali berkhidmat di syarikat.
ii) Permohonan kemasukan yang baru mestilah tidak kurang dari enam (6) bulan
dari tarikh penamatan perkhidmatan terdahulu.
iii) Perlantikan semula dianggap sebagai perlantikan baru.
6. UMUR PERSARAAN
i) Kakitangan di wajibkan bersara ketika mencapai umur enam puluh (60) tahun
merujuk kepada tarikh lahir.
ii) Tarikh lahir yang digunakan adalah seperti yang tercatit di dalam Surat
Beranak atau jika tiada, akan mengikut tarikh yang tercatit di dalam Kad
Pengenalan.
iii) Pihak syarikat mempunyai hak mutlak untuk menawarkan mana-mana
kakitangan yang mencapai umur persaraan untuk terus berkhidmat (jika
difikirkan perlu) sehingga umur enam puluh lima (65) tahun tertakluk kepada
tahap kesihatan dan prestasi kerjanya.
7
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
7. KERJAYA DAN KENAIKAN PANGKAT
i) Kakitangan dalam perkhidmatan akan diberi peluang pengembangan kerjaya
melalui kenaikan pangkat.
ii) Kenaikan pangkat ke tangga gaji yang lebih tinggi tertakluk kepada
kekosongan jawatan, prestasi pencapaian kerja, potensi dan sikap seseorang
kakitangan.
iii) Kakitangan yang dinaikkan pangkat perlu menjalani tempoh percubaan
selama enam (6) bulan atau boleh dilanjutkan lagi selama enam (6) bulan
sebelum disahkan dalam jawatan baru.
iv) Sekiranya prestasi dalam tempoh percubaan tidak menepati tahap yang
disyaratkan, kakitangan tersebut tidak akan disahkan dalam jawatan dan akan
ditugaskan semula kejawatan asal atau yang setaraf dengan jawatan
terdahulu mengikut kadar gaji lama.
8. PENAMATAN KONTRAK ATAS SEBAB PEMBUBARAN / PENUTUPAN
SYARIKAT
i) Atas sebab-sebab tertentu, Syarikat boleh dibubarkan pada bila-bila masa yang
difikirkan perlu. Dengan pembubaran ini perkhidmatan kakitangan yang ada
akan ditamatkan.
ii) Sekiranya Syarikat dibubarkan, notis pemberitahuan secara bertulis kepada
kakitangan akan diedarkan tidak kurang dari satu (1) bulan dari tarikh
pembubaran atau jika notis kurang dari satu (1) bulan, bayaran ganti notis akan
dibuat kepada kakitangan.
iii) Sebelum pembubaran, syarikat akan berusaha mencarikan peluang pekerjaan
di mana-mana syarikat sekutu jika ada dan menawarkan penyerapan
kakitangan ke dalam syarikat tersebut jika ada.
iv) Bayaran pampasan akan dikira berpandukan peruntukan yang diluluskan oleh
Lembaga Pengarah atau mengikut Akta Kerja 1965.
8
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
4. WAKTU KERJA
1. WAKTU KERJA RASMI
Isnin hingga Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
9.00 pagi hingga 6.00 petang
Waktu Rehat
Isnin hingga Khamis : 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
Jumaat : 12.15 tengahari hingga 2.45 petang
a) Syarikat berhak untuk menyemak atau mengubah waktu kerja dan waktu rehat
pada bila-bila masa mengikut keperluan operasi dan jika difikirkan perlu.
b) Untuk Kakitangan Pengurusan dan Eksekutif, waktu kerja dijangka melebihi
tempoh yang tersenarai dari semasa ke semasa, mengikut budibicara dan
kepentingan syarikat.
2. KERJA LEBIH MASA
i) Kakitangan yang menerima gaji pokok tidak lebih dari RM2,000 sebulan layak
untuk membuat tuntutan kerja lebih masa.
ii) Jumlah kerja lebih masa dalam satu (1) bulan tidak boleh melebihi 104 jam.
iii) Kakitangan yang diarahkan bekerja sebelum atau selepas waktu kerja akan
dibayar kerja lebih masa mengikut kadar berikut :-
Hari Biasa : Kadar gaji sejam x 1.5 x jumlah kerja lebih masa
Cuti Rehat
< / > dari 8 jam : Kadar gaji sejam x 2.0 x jumlah kerja lebih masa
Cuti Umum
< / > dari 8 jam : Kadar gaji sejam x 3.0 x jumlah kerja lebih masa
9
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
5. PENTADBIRAN GAJI
1. GAJI POKOK
i) Kakitangan akan dibayar gaji pokok seperti yang ditawarkan dalam surat
tawaran perlantikan. Walaubagaimanapun, syarikat berhak menyemak dan
membuat perubahan kadar gaji pokok jika difikirkan perlu, tertakluk kepada
polisi penggajian syarikat.
ii) Kakitangan yang menjalani tempoh percubaan akan mendapat semakan gaji
pokok jika perlu sekiranya gaji pokok yang diterima di bawah tahap gaji minima
dalam tangga gaji gred jawatannya.
iii) Gaji pokok akan dibayar mengikut Tangga Gaji Gred Jawatan masing-masing
seperti yang dinyatakan di surat perlantikan.
2. POTONGAN GAJI
i) Syarikat boleh mempertimbangkan potongan gaji untuk tujuan Caruman Zakat
Pendapatan. Potongan untuk lain-lain organisasi atas budibicara syarikat.
ii) Potongan gaji memerlukan kebenaran dan persetujuan bertulis dari kakitangan
terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
iii) Jumlah potongan gaji tidak boleh melebihi had yang ditetapkan oleh Akta Kerja
1955.
3. CARUMAN KWSP DAN PERKESO (SOCSO)
i) Caruman kepada KWSP oleh Kakitangan adalah berpandukan kadar yang
ditetapkan oleh pihak KWSP.
ii) Caruman majikan adalah sebanyak 15% dari gaji pokok setiap bulan. Caruman
yang melebihi kadar biasa yang ditetapkan oleh KWSP ini adalah bertujuan
sebagai simpanan persaraan untuk kakitangan.
iii) Caruman kepada PEKESO (SOCSO) oleh kakitangan adalah berpandukan
akta PERKESO.
iv) Kakitangan akan mula mencarum pada bulan pertama perkhidmatan.
4. TARIKH PEMBAYARAN GAJI
Gaji akan dibayar tidak lewat dari 7 haribulan pada bulan berikutnya.
10
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
5. BONUS
i) Tertakluk kepada kemampuan / keuntungan syarikat serta tahap prestasi
kakitangan , bayaran bonus kepada kakitangan yang telah disahkan dalam
jawatan akan dibuat dalam tahun kewangan bonus diisytiharkan.
ii) Kadar bonus yang diisytiharkan tertakluk kepada kelulusan dan budibicara
Lembaga Pengarah syarikat berpandukan kedudukan kewangan dan
kemampuan syarikat.
iii) Kakitangan yang menamatkan perkhidmatan sebelum bonus diisytihar, tidak
layak menerima bonus.
iv) Kakitangan yang berkhidmat kurang dari dua belas (12) bulan dalam tahun
kewangan bonus berkaitan, layak dibayar bonus pada kadar prorata.
v) Kakitangan yang dalam tempoh percubaan pada tahun kewangan bonus
diisytiharkan tidak layak menerima bonus.
6. KENAIKAN GAJI TAHUNAN
i) Kenaikan gaji tahunan akan berkuatkuasa pada setiap 1hb Januari.
ii) Kadar kenaikan gaji tertakluk kepada tahap prestasi kerja dan kedudukan
kewangan syarikat.
iii) Hanya kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat
tidak kurang dari enam (6) bulan layak menerima kenaikan gaji tahunan .
11
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
6. ELAUN
Setiap kakitangan layak membuat tuntutan ke atas perbelanjaan berkaitan tugas yang
dilaksanakan tertakluk kepada kadar dan had maksima yang disenaraikan seperti
berikut :-
1. ELAUN KERAIAN * (yang berkaitan sahaja )
Untuk Kakitangan Pengurusan sahaja bagi kos perbelanjaan meraikan pelanggan
atau ‘business associates’ semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. Tuntutan balik
berdasarkan resit sebenar tertakluk kepada had maksima seperti berikut.
Kumpulan Jawatan Kadar Maksima Sebulan (RM)
Pengurus Besar 1,000.00
Pengurus Kanan 500.00
Pengurus 200.00
2. ELAUN PERJALANAN / PERBATUAN
i) Kakitangan yang menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan rasmi layak
membuat tuntutan perjalanan berdasarkan kadar perbatuan seperti berikut :
Had Perjalanan Kadar Tuntutan
500 km pertama RM0.80sen / km
501 km seterusnya RM0.70sen / km
RM0.50sen / km
Motosikal
ii) Bagi perjalanan secara berkumpulan, digalakkan berkongsi sebuah kenderaan
dan layak membuat satu (1) tuntutan perjalanan sahaja.
3. ELAUN TELEFON BIMBIT
Kakitangan yang menjalankan tugas yang memerlukan penggunaan telefon bimbit
sendiri, layak menuntut bayaran balik kos penggunaan tertakluk kepada had
maksima mengikut peruntukan Gred Jawatan seperti berikut :-
Gred Jawatan Kadar Maksima
Pengurus Besar Jumlah sebenar bil telefon
Pengurus Kanan
RM350.00 sebulan
Pengurus RM250.00 sebulan
Eksekutif RM150.00 sebulan
Sokongan RM75.00 sebulan
12
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
4. ELAUN LESEN MEMANDU
Syarikat akan membayar lesen memandu yang dikenakan oleh kerajaan kepada
semua pemandu-pemandu kenderaan syarikat. Jumlah tuntutan bayaran lesen
memandu hendaklah di tuntut setiap tahun.
5. ELAUN KHAS PERJALANAN
Syarikat memperuntukkan elaun khas perjalanan ini kepada Pengurusan Kanan
(Jawatan Gred KP2 sahaja) berjumlah RM800.00 sebulan berdasarkan tuntutan
yang dibuat melalui borang tuntutan tanpa resit untuk kos petrol, tol dan parkir.
6. ELAUN YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL / BADAN IKTISAS
Syarikat memperuntukkan elaun yuran keahlian badan professional / badan iktisas
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia kepada semua peringkat kakitangan
berjumlah RM500.00 setahun dengan hanya satu badan/ pertubuhan sahaja.
Antara jenis yuran yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti berikut:
JENIS YURAN SEKALI DALAM SETIAP TAHUN
PERKHIDMATAN
Yuran Pendaftaran /
Yuran Keahlian / /
Yuran Pemprosesan /
Yuran Tahunan /
Yuran Pembaharuan Lesen
*Hanya terhad kepada satu (1) Badan Profesional sahaja untuk
seorang kakitangan dan pegawai.
(Telah mendapatkan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah pada Oktober 2020)
13
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
7. CUTI
1. CUTI TAHUNAN
i. Setiap kakitangan layak mengambil cuti tahunan seperti berikut:
Kumpulan Jawatan < 5 tahun > 5 tahun
Pengurus Besar 25 hari 30 hari
Pengurusan 21 hari 28 hari
Eksekutif 18 hari 21 hari
Sokongan 14 hari 18 hari
ii. Cuti rehat dan cuti umum tidak termasuk dalam perkiraan cuti tahunan.
iii. Cuti tahunan boleh dikumpulkan sebanyak tujuh (7) hari untuk dibawa ke tahun
berikutnya setelah mendapat kelulusan syarikat sebelum akhir tahun. Baki cuti
yang tidak diluluskan akan dimansuhkan.
iv. Cuti perlu dilunaskan sebelum tamat kontrak. Baki cuti yang tidak digunakan
akan dimansuhkan dan syarikat tidak membayar pampasan baki cuti yang tidak
digunakan ketika menamatkan perkhidmatan.
v. Jika kakitangan tidak hadir bekerja tanpa mendapat kelulusan syarikat terlebih
dahulu, akan dikira sebagai cuti tanpa gaji.
vi. Mereka yang masih dalam tempoh percubaan pada tahun pertama berkhidmat,
boleh mengambil cuti tahunan 1/12 kelayakan cuti bagi setiap bulan
perkhidmatan.
vii.Jika cuti umum jatuh pada hari Ahad, hari kerja berikutnya adalah cuti umum
bergaji penuh sebagai ganti.
viii. Jika cuti umum jatuh pada hari Sabtu, satu hari cuti akan dikira sebagai cuti
tambahan kepada cuti tahunan.
2. CUTI SAKIT
i. Kelayakan Cuti Sakit berpandukan Akta Kerja 1955 seperti berikut :
Tahun Perkhidmatan Jumlah Hari setahun
0 -2 tahun 14
2 - 5 tahun 18
22
5 tahun keatas
14
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
ii. Cuti sakit perlu disahkan oleh Doktor Panel atau Doktor Hospital Kerajaan.
Sekiranya sijil sakit dikeluarkan oleh doktor yang bukan dari Doktor Panel
syarikat atau Hospital Kerajaan, cuti sakit tersebut tidak akan diambil kira dan
akan ditolak sebagai cuti tahunan jika masih mempunyai cuti tahunan. Jika cuti
tahunan telah habis digunakan cuti sakit tersebut akan dikira sebagai cuti tanpa
gaji.
iii. Jika gagal mengemukakan sijil cuti sakit yang sah, cuti akan dikira sebagai cuti
tanpa gaji.
iv. Sekiranya kakitangan mengambil cuti berlebihan dari yang diperakui oleh
Doktor Panel, jumlah hari yang berlebihan akan ditolak dari cuti tahun atau
dikira sebagai cuti tanpa gaji.
3. CUTI SAKIT BERLARUTAN
i. Kakitangan yang disahkan mengidap penyakit serius hendaklah
mengemukakan laporan perubatan kepada Jabatan Pentadbiran untuk
makluman.
ii. Jika kakitangan mendapat penyakit serius dan memerlukan cuti sakit yang
berpanjangan, kakitangan tersebut layak menerima cuti bergaji penuh sehingga
6 bulan berturut-turut. Walaubagaimanapun, sekiranya sakit serius memerlukan
cuti berlarutan selepas 6 bulan, cuti separuh gaji tidak melebihi 12 bulan.
Sekiranya sakit serius memerlukan cuti melebihi sehingga 12 bulan berturut-
turut, syarikat boleh menamatkan kontrak perkhidmatannya.
4. CUTI EHSAN
Atas budibicara Syarikat, kakitangan layak memohon Cuti Ehsan dengan disertai
sijil berkaitan sebagai bukti atas sebab-sebab berikut:-
a) Kematian ahli Keluarga Terdekat (Ibu, Bapa, Suami, Isteri, Anak, Adik-Beradik
Kandung, Datuk & Nenek sebelah Ibu & Bapa, Ibu & Bapa Mertua) disertai sijil
kematian:
Dalam Negeri Selangor : dua (2) hari berturut-turut
Luar dari Selangor : tiga (3) hari berturut-turut
b) Kelahiran anak (untuk kakitangan lelaki sahaja, disertai sijil kelahiran dari
hospital) : Tiga (3) hari berturut-turut tertakluk kepada lima orang anak
sahaja.
c) Bencana Alam (kebakaran / banjir/ tanah runtuh) : dua (2) hari berturut-turut
15
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
(Dibentangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bil 1/2017, 27
Februari 2017)
5. CUTI BERSALIN
i) Kakitangan wanita layak memohon cuti bersalin selama sembilan puluh (90) hari
berturut-turut termasuk cuti rehat dan cuti umum sehingga 5 orang anak.
Permohonan cuti tambahan di atas budibicara syarikat.
ii) Gaji penuh semasa cuti bersalin adalah dianggap sebagai Elaun Bersalin.
Seseorang kakitangan tidak berhak mendapat Elaun Bersalin sekiranya pada
masa kehamilan ia mempunyai lima (5) orang anak kandung yang hidup.
iii) Cuti bersalin akan bermula pada tarikh kelahiran anak.
iv) Cuti Bersalin atas sebab keguguran hanya dikira selepas kehamilan mencapai
minggu kedua puluh lapan (28). Jika kurang dari tempoh tersebut dikira sebagai
cuti sakit.
v) Sekiranya tidak hadir bekerja selepas tamat cuti bersalin tanpa kelulusan syarikat
dikira sebagai cuti tanpa gaji.
6. CUTI GANTIAN
i) Kakitangan yang tidak layak untuk tuntutan kerja lebih masa, yang diarah bekerja
pada hari rehat atau cuti umum, layak memohon cuti gantian satu (1) hari untuk
setiap kerja yang dilakukan melebihi 4 jam kerja berterusan.
ii) Cuti Gantian boleh diambil pada hari berikutnya atau pada hari lain dalam tempoh
satu (1) bulan setelah kerja dilaksanakan, tertakluk kepada kelulusan Ketua
Jabatan.
7. CUTI TANPA GAJI
Cuti tanpa gaji tidak digalakan. Kelulusan boleh dipertimbangkan sekiranya
kakitangan berkenaan telah menghabiskan cuti tahunannya dan tidak dapat
mengelak daripada bercuti atas sebab kecemasan, cuti sakit/bersalin yang
berlebihan atau tidak hadir bekerja tanpa kelulusan.
8. CUTI MENGERJAKAN IBADAH HAJI
i) Kakitangan yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun, layak memohon cuti
untuk mengerjakan ibadah Haji sebanyak tiga puluh (30) hari berturut- turut sekali
dalam perkhidmatan dan begaji penuh.
ii) Kakitangan yang berkhidmat kurang dari (3) tahun boleh dipertimbangkan cuti
secara prorate sebanyak (5) hari bagi setiap perkhidmatan.
16
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
iii) Permohonan untuk kelulusan syarikat perlu disertakan dengan jadual haji dan
perlu dikemukakan satu (1) bulan dari tarikh berangkat ke tanah suci.
9. CUTI SEBELUM BERSARA
Kakitangan layak memohon cuti sebelum bersara selama dua (2) bulan sebelum
tarikh persaraan dan akan dibayar gaji penuh.
10. CUTI TANPA REKOD
Syarikat membenarkan kakitangan mengambil cuti tanpa rekod untuk tujuan
penyertaan / mewakili syarikat, Negeri atau Negara dalam aktiviti sukan,
kebudayaan, Rukun Tetangga.
11. CUTI PERKAHWINAN
5 hari bergaji penuh untuk kakitangan yang telah disahkan di dalam jawatan bagi
perkahwinan yang sah disisi undang-undang sekali dalam perkhidmatan.
8. PERUNTUKAN KEMUDAHAN PERJALANAN
1. DALAM NEGERI
i) Kakitangan yang ditugaskan di luar pejabat yang jaraknya melebihi dari 50km dari
pejabat utama syarikat, layak menuntut balik kos perbelanjaan harian.
ii) Jenis perbelanjaan yang layak dituntut seperti berikut :-
a) Elaun Saradiri
i) Elaun saradiri atas tugas rasmi diluar pejabat, mengadakan promosi,
mengikuti lawatan kerja dan teknikal, melebihi 50 km dari pejabat dan melebihi
lapan (8) jam serta bermalam.
ii) Kadar sehari yang ditetapkan seperti berikut:
Kumpulan Jawatan Semenanjung Sabah / Sarawak
Malaysia
Lembaga Pengarah / Pengurus Besar RM 250 RM 300
Pengurusan RM 200
Eksekutif RM 150 RM 100
Sokongan RM 70
RM 80
RM 50
17
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
iii) Elaun saradiri sehari atas tugas pelancongan pakej percutian, hari keluarga
dan pakej pelajar, melebihi 50km dari pejabat dan melebihi 8 jam serta
bermalam.
Kumpulan Jawatan Semenanjung Sabah / Sarawak
Malaysia
Lembaga Pengarah / Pengurus Besar RM200 RM 250
Pengurusan RM 150
Eksekutif RM100 RM 100
Sokongan RM 100
RM 80
RM 80
b) Penginapan Hotel
i) Kemudahan penginapan hotel hanya untuk kakitangan yang perlu bermalam.
ii) Elaun penginapan di dalam negeri sekiranya syarikat tidak menyediakan
tempat tinggal, bayaran hotel mengikut kadar maksima (dengan resit) adalah
seperti berikut.
Kumpulan Jawatan Had Kelayakan
Pengurusan Bilik Deluxe
Kumpulan Eksekutif Bilik Superior/Standard
Kumpulan Sokongan Bilik Superior/Standard
iii) Kelayakan bilik adalah mengikut keupayaan / arahan syarikat.
iv) Sekiranya tidak menginap di hotel (tanpa resit) syarikat akan membayar elaun
berikut:
Kumpulan Jawatan Had Kelayakan
Pengurusan RM100.00
RM70.00
Kumpulan Eksekutif RM50.00
Kumpulan Sokongan
c) Elaun Laundri
Perbelanjaan berkaitan khidmat laundri boleh dituntut sebanyak RM20.00
sehari dengan resit sekiranya bertugas diluar daerah untuk tempoh tiga (3) hari
atau lebih.
18
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
2. LUAR NEGARA (yang berkaitan )
i) Kakitangan yang ditugaskan keluar negara, layak menuntut balik kos
perbelanjaan harian.
ii) Untuk kemudahan, kakitangan boleh memohon wang pendahuluan
perbelanjaan berdasarkan kadar yang ditetapkan. Permohonan perlu
dikemukakan sekurang-kurangnya dua (2) minggu dari tarikh perjalanan.
iii) Peruntukan elaun dalam Ringgit Malaysia dan syarikat akan mengambil kira
pertukaran wang asing yang terkini merujuk kepada kadar yang ditetapkan.
iv) Jenis perbelanjaan yang layak dituntut adalah seperti berikut :
a) Elaun Saradiri
i) Elaun saradiri sehari atas tugas rasmi ke luar Negara iaitu mengadakan
promosi, mengikut lawatan kerja dan teknikal adalah seperti berikut:
Negara / Kelayakan USD EURO
Lembaga Pengarah / 100 100
Pengurus Besar
Pengurusan 80 80
Eksekutif / Sokongan 50 50
* Kadar Pertukaran Euro dan Pound Sterling adalah merangkumi
negara Eropah
* Kadar Pertukaran USD adalah merangkumi negara seperti USA,
Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Lain-lain Negara
ii) Elaun saradiri sehari atas tugas pelancongan pakej percutian, hari
keluarga dan pakej pelajar adalah seperti berikut:
Negara Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif Sokongan
Pengurus Besar
Eropah RM 350 RM 250 RM 200 RM 200
Singapura RM 250 RM 150 RM 100 RM 100
Brunei RM 250 RM 150 RM 100 RM 100
Thailand / Indo-China RM 200 RM 100 RM 80 RM 80
Indonesia / Filipina RM 200 RM 100 RM 80 RM 80
Lain-Lain Negara RM 350 RM 250 RM 100 RM 100
b) Penginapan Hotel
i) Penignapan hotel untuk kakitangan yang bertugas ke luar Negara adalah
seperti berikut:
19
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
Kumpulan Jawatan Had Kelayakan
Pengurusan Bilik Deluxe
Kumpulan Eksekutif Bilik Superior/Standard
Kumpulan Sokongan Bilik Superior/Standard
c) Elaun Laundri
Perbelanjaan berkaitan khidmat laundri boleh dituntut berdasarkan kos
sebenar yang disertai dengan resit atau maksimun tuntutan sebanyak
RM50.00 sehari sekiranya bertugas untuk tempoh tiga (3) hari atau lebih.
d) Elaun Pakaian Sejuk
Elaun pakaian sejuk berjumlah RM1000.00 untuk semua gred dan disertai
dengan resit sekiranya menjalankan tugas rasmi dinegara yang sedang
mengalami musim sejuk/luruh. Peruntukan dibenarkan sekali dalam tempoh
tiga (3) tahun.
e) Elaun Telefon Bimbit
Kos sebenar (dengan resit) untuk semua gred. Kakitangan adalah diminta
untuk membeli sim kad luar negara tersebut semasa menjalankan tugas di luar
negara. Syarikat berhak menyemak panggilan-panggilan peribadi yang dibuat
dan kakitangan perlu membayar jumlah panggilan tersebut.
3. KELAYAKAN TIKET PENERBANGAN (DALAM NEGERI / LUAR NEGARA)
i) Untuk urusan rasmi syarikat yang memerlukan kakitangan menggunakan
penerbangan, kelayakan adalah seperti berikut:
Kumpulan Jawatan Had Kelayakan
Pengurus Besar Kelas Business
Kelas Ekonomi
Pengurusan & Eksekutif Kelas Ekonomi
Sokongan
20
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
9. KEMUDAHAN MUNAFAAT BERUPA BARANGAN
“BENEFITS-IN- KIND”*(yang berkaitan )
i) Kakitangan yang terpilih berdasarkan kedudukan dan kepentingannya dalam
syarikat, akan diberi kemudahan menggunakan peralatan syarikat. Semua
peralatan yang disenaraikan di bawah, perlu dijaga dengan rapi dan diserahkan
kembali kepada Jabatan Pentadbiran sebelum menamatkan kontrak
perkhidmatan.
ii) Kemudahan yang diberi kepada kakitangan yang terlibat diklasifikasi sebagai
munafaat “Benefits-in-Kind” dan kakitangan perlu membayar cukai pendapatan ke
atas munafaat yang diterima.
iii) Pengurus Besar / Kakitangan Pengurusan Utama sahaja layak menggunakan
kenderaan syarkat yang sesuai untuk kegunaan rasmi dan persendirian.
iv) Pengurus Besar adalah layak mendapat munafaat berupa barangan/peralatan
syarikat untuk tujuan rasmi sahaja seperti berikut:-
Rasmi Persendirian
Kereta Rasmi Kereta Rasmi
Kad Tol Kad Tol (Terhad)
Kad Petrol Kad Petrol (Terhad)
Pemandu
10. SKIM FAEDAH PERLINDUNGAN KAKITANGAN
1. SKIM INSURAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN (BERKUMPULAN)
(Group Hospitalization and Surgical Insurance)
i) Semua kakitangan dan ahli keluarga (isteri dan anak di bawah 21 tahun yang
masih belajar) diberi perlindungan di bawah Skim Insuran Hospital &
Pembedahan meliputi perkara-perkara berikut :-
a) Kos Hospital (tidak termasuk kos bersalin)
b) Yuran Profesional Pakar Perubatan
c) Kos Pembedahan
d) Rawatan rapi dan lanjutan
e) Rawatan Kecemasan
ii) Perlindungan dibawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan
oleh skim tersebut seperti Pelan Perlindungan dalam Lampiran A.
21
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
iii) Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan jumlah perlindungan
untuk kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
2. SKIM INSURAN FAEDAH HAYAT DAN KEMALANGAN (BERKUMPULAN)
(Group Term Life and Personal Accident Insurance)
i) Semua kakitangan dilindungi oleh Skim Insuran Faedah Hayat (Group Term Life
Insurance) dan Insuran Kemalangan Berkumpulan (Group Personal Accident
Insurance) 24 jam yang meliputi :-
a) Kematian
b) Ketidakupayaan Kekal
c) Ketidakupayaan Sementara
d) Rawatan Perubatan dan Pembedahan atas sebab-sebab kemalangan
ii) Perlindungan dibawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan
oleh skim tersebut seperti Pelan Perlindungan dalam Lampiran B.
iii) Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan jumlah perlindungan
untuk kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
3. SKIM BANTUAN PERUBATAN PESAKIT LUAR (OUTPATIENT)
i) Kelayakan
Skim bantuan perubatan ini meliputi kakitangan dan keluarganya seperti
berikut :-
a) Ahli Lembaga Pengarah yang bertugas sepenuh masa.
b) Kakitangan, isteri / suami yang sah dan anak-anak dalam tanggungannya yang
terdiri dari anak kandung atau anak angkat secara sah yang dijaga oleh
kakitangan, yang berumur kurang dari dua puluh satu (21) tahun dan masih
belajar.
c) Pasangan suami isteri yang bekerja di syarikat yang sama, layak menerima
kemudahan dan faedah bantuan perubatan ini secara berasingan.
ii) Jenis Bantuan
a) Jenis bantuan adalah seperti berikut:
1. Pemeriksaan perubatan pesakit luar
2. Ubat yang berkaitan
3. Rawatan Pakar yang diperakui oleh Doktor Panel
4. Rawatan kehamilan / keguguran
22
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
5. Pemeriksaan Mata dan tuntutan kos Cermin Mata maksima
RM1,500.00 setahun
6. Kos bersalin bagi setiap kakitangan/isteri kakitangan tertakluk kepada
tuntutan maksima RM2,500.00 setahun dan terhad hingga anak kelima
(anak kandung sahaja). Bilangan anak di ambil kira sebelum
berkhidmat dengan syarikat.
b) Bantuan Perubatan ini tertakluk kepada had kelayakan mengikut
kumpulan jawatan masing-masing seperti berikut:
Kumpulan Jawatan Had maksima setahun
Lembaga Pengarah / Pengurus Besar RM 6,000
Pengurus Kanan RM 6,000
Pengurus RM 5,000
Eksekutif RM 5,000
Sokongan RM 4,000
c) Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan jenis bantuan
perubatan untuk kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
d) Perbelanjaan perubatan yang melebihi had, perlu dibayar sendiri oleh
kakitangan.
iii) Syarat-syarat bantuan
a) Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan yang berkaitan dengan
kecederaan, kesakitan, atau penyakit yang dialami akibat penyertaan
kakitangan dalam aktiviti haram atau merbahaya, sukan merbahaya,
kegiatan yang menyalahi undang-undang, penggunaan dadah atau alcohol
dan percubaan membunuh diri.
b) Peruntukan perubatan ini tidak termasuk perbelanjaan alat-alat perubatan,
alat pembedahan, atau gigi palsu.
c) Semua rawatan mestilah melalui Panel Doktor syarikat seperti yang
disenaraikan dalam Lampiran C melainkan kes-kes kecemasan.
4. SKIM RAWATAN PERGIGIAN
Kakitangan layak menuntut kos rawatan pergigian tidak melebihi RM300 setahun
berkaitan rawatan ‘scaling’, ‘extracting’, dan ‘filing’ sahaja. Rawatan yang
berbentuk ‘cosmetic’ tidak termasuk dalam skim ini.
23
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
11. TATATERTIB DAN DISIPLIN
1. TANGGUNGJAWAB
i) Semua kakitangan dikehendaki mematuhi Terma dan Syarat-Syarat
Perkhidmatan, Surat Pekeliling, Peraturan dan Arahan-Arahan lain yang
dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Syarikat dari semasa ke semasa
sepanjang perkhidmatan dengan syarikat.
ii) Secara amnya kakitangan tertakluk kepada Peraturan Disiplin yang
menyenaraikan ke semua perlakuan yang harus dipatuhi oleh setiap
kakitangan syarikat. Garis panduan proses tatatertib dan disiplin boleh dirujuk
dari Manual Proses dan Peraturan Disiplin (Sila Rujuk Lampiran 1).
iii) Semasa dalam perkhidmatan, kakitangan diwajibkan mematuhi perkara-
perkara berikut :-
a) Sentiasa berkhidmat dengan jujur melunaskan tanggungjawab menurut
peraturan yang ditentukan oleh syarikat dan menurut arahan pegawai
atasan.
b) Bersedia akan sentiasa menumpukan sepenuh masa dalam bidang
tugasan yang ditetapkan oleh syarikat dan menjaga kepentingan syarikat
dan tidak melakukan apa-apa yang bercanggah dengan kepentingan
perniagaan syarikat kecuali jika diarahkan secara bertulis untuk melakukan
kerja diluar bidang kerja yang ditetapkan.
c) Bertanggungjawab menjaga dan mengendalikan dengan jujur perkara
berkaitan kewangan syarikat, harta benda, rekod akaun, dan apa-apa
barangan yang diamanahkan ketika memegang jawatan.
d) Dilarang keras memberitahu atau membocorkan rahsia syarikat kepada
mana-mana pihak luar mengenai maklumat berkaitan urusniaga syarikat,
atau rahsia perniagaan atau maklumat teknologi kepunyaan syarikat yang
diketahui semasa masih menyandang jawatan ini atau pun setelah
meninggalkan jawatan ini kecuali mendapat kebenaran secara bertulis dari
syarikat yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian.
e) Semua penemuan saintifik, penemuan proses teknikal dan rekacipta yang
tercetus dari tugasan kakitangan adalah hakmilik mutlak syarikat dan
kakitangan yang terlibat dalam tugasan ini bertanggungjawab memindah
milik apa-apa patent yang dihasilkan dari penemuan ini kepada pihak
syarikat dan bertanggungjawab memastikan dokumen yang sah difailkan
dengan pihak berkuasa bagi memastikan kesahihan penemuan dan
melindungi hak eksklusif kepentingan syarikat .
24
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
2. KOD PAKAIAN
Semua kakitangan adalah diwajibkan mengenakan pakaian yang bersesuaian
ketika dalam waktu bertugas di dalam atau di luar pejabat seperti berikut :-
a) Kakitangan Wanita
Kakitangan wanita digalakkan memakai pakaian yang sesuai dan tidak
menjolok mata ketika bertugas. Garis panduan pakaian yang diterima pakai
seperti berikut :-
i) Pakaian Kebangsaan - baju kurung atau kebaya
ii) Pakaian Berseluar – kot luaran atau ‘blause’ yang melebihi paras
punggung, tidak ketat atau terlalu jarang/nipis; sementara seluar tidak
terlalu ketat.
iii) Pakaian berskirt – skirt tidak terlalu pendek atau ketat, panjang dibawah
paras lutut.
iv) Pakaian jenis ‘T-shirt’ atau seluar ‘leotard’ atau seluar ‘jean’ tidak
dibenarkan.
v) Selipar atau ‘sneakers’ tidak dibenarkan.
b) Kakitangan Lelaki
i) Kakitangan Pengurusan dan Eksekutif digalakkan sentiasa mengenakan
kemeja lengan panjang dan bertali leher.
ii) Pakaian jenis ‘T-shirt’ atau seluar ‘jean’ tidak dibenarkan.
iii) Selipar atau ‘sneakers’ tidak dibenarkan.
3. KESELAMATAN DAN SEKURITI
i) Sekiranya berlaku kecemasan, kemalangan atau kecurian ditempat kerja,
Jabatan Pentadbiran perlu diberitahu serta merta untuk tindakan susulan.
ii) Setiap kakitangan diwajibkan mematuhi peraturan keluar masuk pejabat yang
ditetapkan oleh syarikat.
12. LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 – PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB
1. Objektif
Memastikan tatacara tindakan yang diambil memenuhi prosedur
sepertimana yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat
Perkhidmatan Tourism Selangor Sdn. Bhd.
25
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
2. Skop
Penyiasatan tatatertib dijalankan sebelum tindakan tatatertib diambil ke
atas Kakitangan Tourism Selangor Sdn. Bhd. yang telah melakukan sala-
laku, ketidakcekapan, tidak bertatatertib, pecah amanah, rasuah dan apa
saja perlakuan yang menyalahi Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan
Tourism Selangor Sdn. Bhd., Undang-Undang dan perkara-perkara yang
mencemarkan imej Syarikat.
3. Rujukan
a) Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Tourism Selangor Sdn. Bhd.
b) Surat Akuan Penerimaan Jawatan.
c) Akta Pekerja 1955.
4. Carta Aliran
Sila rujuk Lampiran 2
5. Perincian
5.1. Aduan Salah Laku Diterima
5.1.1. Sebarang aduan yang diterima samada secara lisan atau bertulis
akan direkodkan semua butiran dengan lengkap.
5.2. Jawatankuasa Siasatan
5.2.1. Jawatankuasa Siasatan akan menerima semua aduan samada
secara lisan atau bertulis.
5.2.2. Maklumat-maklumat akan dikumpulkan dan siasatan awal akan
dibuat.
5.2.3. Jawatankuasa akan berbincang dan memutuskan samada timbul
keraguan atau kesahihan fakta berdasarkan aduan yang diterima.
5.2.4. Sekiranya tiada kes, kakitangan berkenaan akan dimaklumkan dan
kes ini ditutup manakala jika ada kes maka Syarikat akan
mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada kakitangan berkenaan.
5.3. Surat Tunjuk Sebab
5.3.1. Surat Tunjuk Sebab mestilah dijawab oleh kakitangan dalam tempoh
14 hari dari tarikh surat berkenaan.
26
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
5.3.2. Sekiranya Surat Tunjuk Sebab ini dijawab oleh kakitangan dan
Jawatankuasa berpuashati ke atas fakta yang diberikan maka kes
ini akan ditutup dan dimaklumkan kepada kakitangan berkenaan.
5.3.3. Jika Jawatankuasa tidak menerima jawapan atau tidak berpuashati
dengan jawapan yang diberikan maka Jawatankuasa berhak
meneruskan tindakan.
5.4. Surat Gantung Kerja
5.4.1. Bagi tujuan penyiasatan, kakitangan yang berkenaan akan
diberitahu secara bertulis mengenai penggantungan kerja,
pertuduhan yang dikenakan serta tarikh, masa dan tempat Siasatan
Dalaman (Domestic Inquiry) akan dijalankan.
5.4.2. Penggantungan kerja tidak melebihi empat belas (14) hari dimana
kakitangan tersebut akan dibayar gaji penuh sehingga keputusan
dibuat.
5.4.3 Kakitangan boleh diarahkan untuk melapor diri di tempat kerjanya
bagi membolehkan Syarikat menjalankan siasatan.
5.4.4. Sekiranya penyiasatan tatatertib tidak dapat diselesaikan didalam
masa empat belas (14) hari dari tarikh penggantungan kerja itu,
maka kakitangan berkenaan tidak perlu melaporkan diri untuk
bertugas sehingga penyiasatan selesai.
5.4.5. Penggantungan kerja untuk tempoh empat belas (14) hari yang ke
dua kepada kakitangan berkenaan akan diberitahu secara bertulis
dan akan dibayar dengan separuh gaji sehingga penyiasatan selesai
dan sehingga keputusan dibuat.
5.5. Jawatankuasa “Domestic Inquiry”
5.5.1. Syarikat boleh melantik mana-mana pegawai/kakitangan untuk
menganggotai Jawatankuasa “Domestic Inquiry”.
5.5.2. Terma siasatan yang digunapakai boleh ditentukan oleh
Jawatankuasa seperti berlakunya transaksi, bukti, saksi dan
sebagainya yang terlibat secara langsung atau tidak.
5.6. “Domestic Inquiry”
27
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
5.6.1. “Domestic Inquiry” akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan di mana kakitangan terlibat diwajibkan hadir.
5.6.2. “Domestic Inquiry” boleh memanggil mana-mana saksi untuk
memberikan keterangan ke atas kes ini.
5.6.3. Walau apa jua dinyatakan di atas, sebelum apa-apa tindakan
tatatertib diambil terhadap kakitangan berkenaan, peluang atau
rayuan hendaklah diberikan kepada kakitangan tersebut.
5.6.4. Membuat laporan dan syor kepada Pengurusan Syarikat.
5.7. Mesyuarat Khas Pengurusan Syarikat Menentukan Hukuman
5.7.1. Jawatankuasa “Domestic Inquiry” akan membentangkan laporan
dan mengesyorkan kepada Mesyurat Khas Pengurusan hukuman
kepada kakitangan berkenaan.
5.7.2. Kakitangan terlibat akan dimaklumkan secara bertulis dan kesnya
akan ditutup sekiranya didapati tidak bersalah.
5.7.3. Jika didapat bersalah, maka Mesyuarat Khas Pengurusan akan
menentukan jenis hukuman yang setimpal yang boleh dikenakan
kepada kakitangan berkenaan secara bertulis berdasarkan rujukan-
rujukan yang digunapakai oleh Syarikat
28
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
LAMPIRAN 2 – CARTA ALIR TINDAKAN TATATERTIB
CARTA ALIR TINDAKAN TATATERTIB
ADUAN SALAHLAKU DITERIMA
JAWATANKUASA SIASATAN
ADA KES TIADA KES
MENGELUARKAN SURAT TUNJUK SEBAB KAKITANGAN TERTUDUH DIMAKLUMKAN
KES DITUTUP
JAWAB TIADA JAWAPAN/TIDAK BERPUAS HATI
BERPUASHATI MENGELUARKAN SURAT GANTUNG KERJA DAN
NOTIS SIASATAN DALAMAN
KAKITANGAN DIMAKLUMKAN (DOMESTIC INQUIRY)
DAN KES DITUTUP
MELANTIK JAWATANKUASA
“DOMESTIC INQUIRY”
“DOMESTIC INQUIRY” DIJALANKAN
LAPORAN “DOMESTIC INQUIRY”
MESYUARAT KHAS PENGURUSAN
MENENTUKAN HUKUMAN
BERSALAH TIDAK
BERSALAH
HUKUMAN SETIMPAL DIKENAKAN
KAKITANGAN DIMAKLUMKAN
RAYUAN KEPADA MESYUARAT KHAS DAN KES DITUTUP
PENGURUSAN (SEKIRANYA ADA)
KEPUTUSAN DIMAKLUMKAN 29
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
LAMPIRAN A – PELAN INSURAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN
(BERKUMPULAN)
SENARAI KEMUDAHAN
MANAFAAT Kumpulan Kumpulan Kumpulan
Sokongan Eksekutif Pengurusan
Nilai perlindungan Nilai Perlindungan Nilai Perlindungan
Tahunan: Tahunan: Tahunan:
RM 25,000 RM 35,000 RM 45,000
Bilik Hospital RM 100 RM 200 RM 250
termasuk makanan harian
Kemudahan: RM 30 RM 60 RM 90
Unit kawalan rapi
Faedah pelbagai
Manafaat Pembedahan
Bayaran Perkhidmatan Bius
Lawatan Doktor
Rawatan kecemasan
Rundingan Pakar pra- hospital
Khidmat Diagnostik pra-
hospital
Rawatan selepas keluar
hospital
Perkhidmatan Ambulans
Elaun Harian Hospital Kerajaan
(jika berkaitan)
NOTA :
Perlindungan di bawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti
Pelan Perlindungan di atas. Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan
jumlah perlindungan untuk kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
30
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
LAMPIRAN B – PELAN INSURAN FAEDAH HAYAT & KEMALANGAN
(BERKUMPULAN)
SENARAI KEMUDAHAN
MANAFAAT Kumpulan Kumpulan Kumpulan
Sokongan Eksekutif Pengurusan
Nilai perlindungan Nilai Perlindungan Nilai Perlindungan
Kematian Biasa RM 50,000 RM 75,000 RM 100,000
RM 50,000 RM 75,000 RM 100,000
Kematian Kemalangan RM 50,000 RM 75,000 RM 100,000
RM 50,000 RM 75,000 RM 100,000
Keilatan Kekal Menyeluruh
(Biasa)
Keilatan Kekal Menyeluruh
(Kemalangan )
NOTA :
Perlindungan di bawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti
Pelan Perlidungan di atas. Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan jumlah
perlindungan untuk kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
31
Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan – Pindaan 1/2021
Sulit & Persendirian
LAMPIRAN C - SENARAI HOSPITAL DAN KLINIK PANEL
i) Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), Seksyen 14, Shah Alam
ii) KPJ Selangor Specialist Hospital, Seksyen 20, Shah Alam
iii) Kumpulan Klinik Mediviron
iv) Klinik Rohana, Seksyen 9, Shah Alam
v) Klinik Nik Suzet, Seksyen 7, Shah Alam
vi) Klinik Ahmad Shah, Seksyen 18, Shah Alam
vii) Klinik Aman, Seksyen 27, Taman Alam Megah, Shah Alam
viii) Klini Cheras Jaya, Batu 9, Cheras, Kajang
ix) KPJ Tawakkal, Jalan Pahang
x) KPJ Klang, Bandar Baru Klang
xi) Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, Shah Alam
xii) Columbia Asia Hospital, Setapak, Kuala Lumpur
xiii) Columbia Asia Cheras, Kuala Lumpur
32