The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-10-05 09:23:18

BIDANG 2: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

BIDANG 2: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

B. BIDANG MEMBUAT CORAK DAN
REKAAN

B. Bidang Membuat Corak dan Rekaan

• Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami
pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan
lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

• Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang
dibuat secara tertentu atau bebas.

Motif Corak: 

Susunan Corak: 



Orgee Sisik Ikan

Susunan Separa

Aktiviti dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan:

• Tiupan
• Titisan
• Ikatan dan celupan
• Renjisan dan percikan
• Pualaman

• Catan
• Cetakan
• Capan
• Lipatan dan guntingan
• Resis
• Kolaj
• Kaligrafi
• Lukisan

A. Corak Tidak Terancang

• Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

1. Tiupan

• Tiupan straw adalah salah satu teknik
dalam bidang mencorak dan membuat
rekaan

• Dengan munggunakan straw warna air
yang terdapat pada permukaan kertas
ditiup sehingga mendapat kesan yang
diingini.

• Alat dan Bahan:
Warna air
Warna poster
Straw
Kertas

Proses Membuat Tiupan:

2. Titisan

• Titisan merupakan satu proses
menghasilkan corak tidak terancang secara
menitiskan warna di atas permukaan
lembap, kering dan berkanji. Pelbagai
bahan warna air dan bahan warna kering
boleh digunakan. Bahan warna air dicairkan
dengan air dan bahan kering seperti lilin
dan krayon.

Alat dan bahan:
• Palet, Berus, Mancis, Kanji, Lilin dan Kertas

Lukisan

Proses Membuat Titisan:

3. Ikatan dan Celupan

PENGENALAN:
• Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar,

sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
• Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.
• Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di

Malaysia.
• Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.
• Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan

organza.

DEFINISI:
• Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan

dan jahitan yang menghasilkan corak yang menarik.

ALAT dan Bahan Ikatan Celupan:
• Kain, Tisu, Dye, Tali, Manik, batu atau bahan lain yang boleh

menimbulkan lebih kesan jalinan.

Proses Membuat Ikatan dan Celupan:

4. Renjisan dan Percikan

• Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu
teknik dalam menghasilkan corak terancang atau
tidak terancang dengan cara semburan, percikan
atau tiupan.

• Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi
keperluan domain kognitif, psikomotor dan
afektif.

• Reka corak terancang dan tidak terancang
mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi
memerlukan kemahiran, kesedaran dan
pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

• Mencipta reka corak renjis melibatkan proses
latihan berfikir yang berhubung dengan asas
rekaan dan prinsip rekaan.

Proses Membuat Renjisan dan Percikan:

5. Pualaman

DEFINISI:
• Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak

dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di
titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas
diletakkan pada permukaan air yang mengandungi
cat tersebut.

CIRI-CIRI PUALAMAN:
• Cat minyak menghasilkan kesan berkilat pada kertas.
• Cat yang dikacau di dalam air menghasilkan jalinan

yang menarik.
• Setelah kering kertas boleh dipotong untuk

membuat rekaan seperti beg kertas, penanda buku,
kad ucapan dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN MEMBUAT PUALAMAN:
• Cat minyak, Air, Kertas, Tray, Lidi dan bekas.

Proses Membuat Pualaman:

B. Corak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan,

termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

• Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia
adalah peringkat awal untuk menghasilkan
catan.Melukis dikatakan memberi kesan
keindividuan dan memberi kesan keaslian pada
karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk
meluahkan pendapat dan perasaan.

• Lukisan adalah aktiviti melakar dan melukis
menggunakan media kering.

• Mencorak menggunakan teknik lukisan dalam
aktiviti mencorak dan membuat rekaan adalah
melukis corak menggunakan media kering.

• - Media lukisan yang boleh digunakan ialah pensil,
pensil warna, krayon, arang, soft pastel dan oil
pastel.

Contoh Hasil Lukisan:

2. Catan

• Proses melukis dengan menggunakan
bahan pewarna atau cat yang disapu di
atas permukaan.

• Komponen alat dan media yang
digunakan ialah seperti cat air, cat
minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko,
minyak linsid, turpentin, kertas, kanvas
dan berus

• Di dalam bidang mencorak dan
membuat rekaan catan digunakan bagi
menghasilkan corak yang terdiri
daripada penggunaan warna air.

Proses Membuat Catan:

3. Cetakan

• Seni cetak ialah proses penghasilan karya
seni melalui teknik percetakan, biasanya di
atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip,
proses ini mampu menghasilkan salinan
karya yang sama dalam jumlah banyak, yang
dikenali cetakan atau gambar teraan.

Cetakan dalam mencorak dan membuat
rekaan
• Lazimnya dalam mebuat karya cetakan

dalam mencorak bahan yang digunakan
ialah papan lino atau alam semula jadi yang
ditebuk dan diukir seperti kentang
• Bahan diukir dengan corak yang diingini dan
dicetak di atas permukaan yang rata.

Proses Membuat Cetakan:



4. Capan

• Capan ialah teknik mengecap dengan
bahan alam atau semula jadi yang
mempunyai jalinan tertentu.

• Capan adalah berbeza dengan cetakan
kerana tidak perlu disediakan blok
cetakan.

• Imej yang dihasilkan hanya bergantung
kepada jalinan dipermukaan bahan
semula jadi atau bahan alam tersebut.
Contohnya, cap jari menghasilkan kesan
yang sama dengan jalinan yang ada pada
jari.

Proses Membuat Capan:

5. Lipatan dan Guntingan

• Aktiviti lipatan dan guntingan ialah
aktiviti melipat kertas dan
menggunting mengikut corak yang
dikendaki.

• Kertas boleh dilipat beberapa kali
atau disusun secara bertindih dan
dilipat bagi mendapatkan corak atau
imej yang berulang.

Proses Membuat Lipatan dan Guntingan:

6. Resis

• Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan
bahan air dan lilin dua bahan yang berbeza untuk
mendapatkan hasil penolakan warna. Resis
menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak
menyerap air dan dalam keadaan asal.

• Di dalam mencorak teknik resis juga digunakan untuk
menghasilkan corak yang terancang iaitu corak yang
dilakar oleh pengkarya.

• ALAT DAN BAHAN :
Krayon, Oil pastel, Lilin, Warna air, Warna poster

Proses Membuat Resis:

7.

• Kolaj ialah suatu cara menghasilkan gambar atau
corak dengan melekatkan bahan, objek atau bentuk
yang berlainan di atas asas latar. Perkataan kolaj
berasal daripada perkataan

• Perancis 'coller' yang bermaksud memperekat.
Tampalan bahan boleh disusun dan ditindih pada
permukaan rata mengikut komposisi tema atau tajuk
yang diperlukan. Kolaj melibatkan proses memilih,
memotong, menyusun, menampal dan menjahit.
Perhubungan reaksi deria, lihat dan sentuh banyak
berlaku sewaktu murid memgendalikan bahan-bahan
yg digunakan.

• Alat dan bahan:
Berus, gunting, pisau, pembaris dan bahan-bahan
semulajadi atau bahan sisa/kutipan.

Proses Membuat Kolaj:

• Kaligrafi, dari bahasa Yunani; καλλι "keindahan" + γραφος
"menulis" ) Bahasa Jepang Nihongo 日本語) adalah seni menulis
dengan indah dengan pen sebagai hiasan. Tulisan dalam bentuk
kaligrafi biasanya tidak untuk dibaca dengan konsentrasi tinggi dalam
waktu lama, karena sifatnya yang unik untuk dibaca.

• Meskipun kaligrafi dalam tulisan arab lebih dikenal, tetapi banyak
pula penerapan aplikasi ke dalam tulisan latin.

• Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi.
Biasanya isinya disadur ayat-ayat Al-Quran. Bentuknya bermacam-
macam, tidak selalu pena diatas kertas, tetapi seringkali juga
ditatahkan di atas logam atau kulit. Salah satu bentuk penerapan
kaligrafi Islam sebagai seni hias adalah di Istana Al Hamra, Spanyol.

KALIGRAFI DI DALAM BIDANG MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN
• Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan.
• Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari

ayat jawi dan Al-quran.
• Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan.

Proses Membuat Kaligrafi:


Click to View FlipBook Version