The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanimfirdaus, 2021-09-13 11:02:53

TOKOH KEMERDEKAAN IBU ZAIN

TOKOH KEMERDEKAAN IBU ZAIN

Tokoh Pejuang Kemerdekaan Wanita

IBU
ZAIN

22 Januari 1903 – 2 April 1989

Biodata Pelajar

Nama : Muhammad A’isy bin Mohammad Firdaus
No KP : 090228-13-0787
Jantina : Lelaki
Umur : 12 Tahun
Tarikh lahir : 28 Febuari, 2009
Tempat Lahir : Kuching, Sarawak
Sekolah : SK Temenggong Abdul Rahman
Daerah : Segamat
Negeri : Johor

Pendahuluan

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka merdeka memberi maksud
bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung pada yang lain.
Namun begitu kemerdekaan sebenar hanya akan dicapai apabila
seseorang itu bebas dari sikap negatif, memiliki ilmu agama yang tinggi,
tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat serta sangat sayangkan
tanah airnya.

Terdapat pelbagai cara untuk kita mananam semangat
kemerdekaan di dalam diri. Antaranya ialah dengan menghayati
sejarah, menghormati dan mengagumi pengorbanan pejuang-pejuang
kemerdekaan yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi
mempertahankan negara. Mereka ini seharusnya dijadikan contoh yang
baik kepada anak-anak genarasi kini dan akan datang. Bak kata
pepatah, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.

Kenali Latar Belakang
Ibu
Zain Tan Sri Hajjah Zainon Binti Munshi Sulaiman atau lebih
dikenali sebagai Ibu Zain dilahirkan pada 22 Januari 1903 di
Nyalas, Melaka. Ibu Zain merupakan anak ke-6 dari lapan adik
beradik. Pendidikan awalnya bermula di Methodist Girls School,
Tengkera(1909-1912), kemudian beliau ke Tengkera School
(1913-1915) sehingga lulus Junior Cambridge.

Pada tahun 1921, beliau menjadi guru di Sekolah
Perempuan Bandar Maharani, Muar Johor. Setelah beberapa
tahun berkhidmat, Ibu Zain dilantik menjadi Guru Penyelia bagi
sekolah bagi seluruh negeri Johor.

Ibu Zain berkahwin dengan Encik Haji Amin bin Ahmad pada
tahun 1934 dan dianugerahkan tiga cahaya mata. Sumbangan Ibu
Zain amat bukan sahaja dalam bidang Pendidikan tetapi juga
dalam bidang politik dan sosial.

“Apa yang kita takut, itulah yang mesti kita cuba. Setelah mencuba
pasti akan Berjaya“

- Ibu Zain -

Ibu Zain Sumbangan Dalam bidang Pendidikan

Tokoh Ibu Zain seorang yang mengambil berat tentang Pendidikan
Pejuang orang Melayu terutamanya golongan Wanita. Beliau telah
Kemerdekaan banyak mengubah pemikiran orang Melayu khususnya
Wanita dalam meningkatkan taraf pendidikan dan perkembangan
intelektual. Antara sumbanganya ialah:

▪ Membuka sebuah tadika berumur 16 tahun dan sebuah

sekolah di Pasuh Negeri Sembilan ketika berusia 17
tahun. Sekola- sekolah ini dibina dengan wangnya
sendiri dengan mengambil upah menterjemahkan tulisan
jawi ke rumi serta kerja-kerja menaip surat.

▪ Terlibat dalam menubuhkan Persatuan Guru-Guru

Sekolah Melayu.

▪ Pengasas Sekolah Agama Negeri Johor.
▪ Memegang jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-

Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun.

▪ Menghasilkan majalah untuk Wanita berjudul "Bulan

Melayu".

▪ Menjadi pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam

bagi membantu pelajar perempuan yang gagal di dalam
Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia untuk
masuk ke universiti.

Ibu Zain Sumbangan Dalam Bidang Politik
dan Sosial
Tokoh
Pejuang Tahap kecintaan Ibu Zain terhadap negara amat tinggi. Beliau banyak
Kemerdekaan menyumbang buiah fikiran dan tenaga bukan sahaja dalam bidang
Wanita politk, malah dalam bidang sosial. Antara sumbangan belau ialah:

• Pelopor politilk wanita tanah air dan menjadi anita terawal menyertai

umno dan pernah menjadi ketua kaum ibu, UMNO atau sekarang
dikenali sebagai ketua wanita UMNO

• Dilantik sebagai ahli dewan undangan negeri Johor pada tahun

1948

• Membantu memulihkan semangat golongan wanita yang dianiaya

oleh askar Jepun.

• Mendaftar diri sebagai tentera sukarela, sanggup meredah hutan

dan bergerak dari satu kampung ke kampung bagi menghalang
fahaman komunis daripada menular di kalangan masyarakat.

• Berjaya menyatukan kaum ibu untuk turut serta menentang

fahaman komunis.

• Mengetuai 150 orang wanita anggota barisan tentera sukarelawati

di Kem Majidee Johor semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia.

• Menjadi salah seorang perwakilan Persidangan Perhubungan Asia

pada tahun 1947

• Mencadangkan perayaan Hari Wanita yang diraikan pada 25 Ogos

setiap tahun dan, Hari Wanita pertama diraikan pada tahun 1962
yang dikenali sebagai Hari Ibu di Johor Bahru.

Ibu Zain Anugerah

• Pingat Sultan Ibrahim 1947.
• Anugerah Johan Mangku Negara

1958.
• Pingat Lady Of Myanmar dari

kerajaan Myanmar
• Pingat Tun Fatimah 1974.
• Tokoh Guru Kebangsaan dan Ijazah

Kehormat Sarjana Muda Sastera
Universiti Malaya 1975.
• Anugerah Darjah Setia Mahkota
yang membawa gelaran Tan Sri
1979.
• MPSI Memberi Anugerah Suluh1980
Budiman.

Penutup

Selain Ibu Zain, ramai lagi perjuangan kemerdekaan yang turut
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan dan
kemerdekaan negara seperti Tun Sir Henry HS Lee, Tun VT Sambathan,
Rentap, Mat kilau dan tok janggut. Kita sebagai generani muda, wajib
menghargai jasa-jasa mereka. Tanpa mereka, mungkin nikmat
kemerdekaan yang kita kecapi hari ini masih belum tercapai

“Agama dididik, moden dibela.

Dunia dikelek, akhirat ditatang”

Allahyarhamah Tan Sri Hajjah Zainun
Sulaiman (Ibu Zain)


Click to View FlipBook Version