Tarikh: 8/9/2021
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tajuk: 1. Ujian Simpulan dan ikatan
2. Ujian Kraf Perkhemahan
Pemimpin yang bertugas: En. Hishamuddin bin Basiron
9.00 pagi – 10.00 pagi
Taklimat ujian simpulan dan ikatan dan ujian kraf perkhemahan.
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan
tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran
tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di
dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam
Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.
2.30 petang – 3.00 petang
Ujian Simpulan dan ikatan
Arahan tugasan:
1. Kenalpasti 6 jenis simpulan dan 3 jenis ikatan berdasarkan fungsi seperti dalam Jadual 1
dan Jadual 2.
2. Rakam video demonstrasi membuat simpulan dan ikatan yang jelas.
3. Hasilkan video montaj berdurasi 5 minit yang mengandungi gabungan semua demonstrasi
simpulan tersebut.
4. Tarikh akhir penghantaran ialah selewat-lewatnya 10 September 2021 (Jumaat – 11.59 mlm).
Simpulan dan ikatan yang diuji:
1. Buku sila - Menyambung 2 tali yang sama saiz dan mengikat anduh.
2. Bunga Keti - Menyambung hujung 2 tali yang berlainan saiz seperti mengikat tali kapal.
3. Tindih kasih - Menyelamatkan mangsa dengan memasukkan ikatan di keliling badan
mangsa. Lubang tali tidak terjerut semasa mengangkat mangsa.
4. Manuk - Permulaan ikatan pada kayu. Biasanya digunakan untuk mengikat benda yang
licin seperti kayu, botol dan pancang khemah.
5. Lilit balak - Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol
kayu
6. Simpul belit - Mengikat tali pada tiang dan mengikat tali khemah pada pasaknya.
7. Ikatan balak - Ikatan ini digunakan untuk mengikat kayu/buluh untuk membuat gajet-
gajet.
8. Seraya - Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan manuk.
9. Serong - Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan balak pada tempat kayu yang bersilang.
10. Lilit kacang - Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan
papan seperti pemuka meja.
4.00petang – 5.00 petang
Ujian Kraf Perkhemahan
Arahan tugasan:
Jabatan Pendidikan Negeri anda akan menganjurkan satu perkhemahan unit beruniform
peringkat negeri. Salah satu aktiviti dalam perkhemahan tersebut adalah pertandingan untuk
meguji kemahiran pelajar membina gajet perkhemahan. Sebagai ketua pasukan, anda
dikehendaki memberikan cadangan reka bentuk gajet tiang bendera yang diletakkan di kawasan
tapak perhimpunan gajet tiang bendera tersebut perlulah kukuh, ringkas dan selamat digunakan.
Merujuk kepada situasi tersebut, rakam video menghasilkan gajet tiang bender. Video anda
mestilah tidak melebihi 3 minit dan mempunyai komponen tersebut:
1. Proses melakar cadangan reka bentuk gajet tiang bendera yang sesuai. Labelkan bahan
dan jenis ikaatan – simpulan yang diguanakn pada lakaran anda.
2. Berdasarkan lakaran tersebut, bina gajet tiang bendera.
3. Terangkan aspek keselamatan yang terdapat pada gajet anda.
Tarikh: 9/9/2021
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tajuk: Pertolongan cemas: anduh besar
Pemimpin yang bertugas: Dr. Norsiah binti Bahari
Sebagai seorang anggota Unit Beruniform, pengetahuan dan kemahiran dalam bantu mula
merupakan sesuatu yang penting dan perlu dikuasai oleh kita semua. Anduh besar adalah satu
balutan untuk menyokong mangsa yang telah mengalami kecederaan pada bahagian tapak
tangan sehingga ke siku.
Anda dikehendaki menyediakan satu video yang menunjukkan balutan anduh besar yang mana
markah akan dinilai berdasarkan 4 kriteria yang berikut:
1. Cara membalut;
2. Kedudukan tangan;
3. Ikatan buku sila;
4. Kekemasan.
Sila masukkan video tugasan anda mengikut kelas yang telah disediakan. Durasi video tidak
melebihi 3 minit
Tarikh: 10/9/2021
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Pemimpin yang bertugas: Pn. Norhaslina binti Nordin
Sebagai seorang ahli perkhemahan anda dikehendaki menyediakan satu atau dua jenis
masakan rimba iaitu memasak tanpa menggunakan dapur gas, periuk, kuali atau lain-lain
peralatan memasak yang biasa digunakan di dapur rumah anda. Sebagai pengganti anda
boleh menggunakan daun, ranting, batu, jaring dawai, ruas buluh, buah-buahan tertentu,
tanah liat, lumpur dan sebagainya. Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah
minimum.
Tugasan perkhemahan maya ini adalah secara kumpulan .
Kumpulan 3 orang – 2 menu
Kumpulan 2 orang – 1 menu
Anda dikehendaki:
1. Menyedia, memasak dan menghidang makanan masakan rimba yang siap dimasak.
2. Semua persediaan memasak dan menghidang mesti dilakukan di luar rumah (out
door)
3. Kaedah memasak yang dicadangkan ialah membakar/memanggang atau merebus.
4. Gabungkan semua hasil kerja dalam satu rakaman. Setiap wakil kumpulan perlu
memuatnaik gabungan rakaman montaj dan video (ambil sedutan sahaja) ke GC
untuk penilaian. Rakaman adalah berdurasi 3-4 minit sahaja.
5. Maklumat yang perlu ada dalam rakaman montaj tersebut:
a. Nama ahli kumpulan
b. Menu
c. senarai bahan masak
d. kaedah menyalakan api (video)
e. Sedikit penerangan tentang masakan rimba yang telah anda sediakan dihujung
rakaman.
RUJUKAN
Mohd Aswadi Adam Sakeri. (2008). Pergerakan Pengakap Maktab Pengurusan Sultan Idris
pada Tahun 1953 hingga 1980. Latihan Ilmiah bagi Memenuhi Syarat Pengajian Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Sejarah, 16-127.
Pasukan Latihan Negeri Sabah. (2010). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.
Persekutuan Pengakap Malaysia.
Persekutuan Pengakap Malaysia. (2019). Portal Rasmi Persekutuan Pengkap Malaysia.
Ruwaida Md Zain. (2021, Ogos 28). Pendidikan: 120 Pengakap Kanak-kanak berkhemah
secara maya sempena kemerdekaan negara. Retrieved from BH Online.
Wong Kok Nian. (2016, Jun 18). Buletin 2010-2015 Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri
Pulau Pinang. issuu. https://issuu.com/knwong/docs/ppmnpp2010-2015