NAMA : AMNI HADFINA BINTI ABU HANIFAH
NO AHLI PPIM : SMKS1BK/265/2022
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
(singkatan: PPIM atau Puteri Islam)
ialah sebuah pertubuhan sukarela
berpakaian seragam yang bergiat
di sekolah rendah, menengah,
institut dan maktab perguruan
serta institusi-institusi pengajian
tinggi di Malaysia. Ia dirasmikan
pada 1981 oleh Raja Permaisuri
Agong ke-6, Tengku Hajah Afzan
binti Almarhum Tengku
Muhammad.
Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia mula
diilhamkan pada tahun 1960-an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Tanah Melayu (LKPI)
yang dipimpin oleh Raja Permaisuri Agong
pertama, Tunku Kurshiah binti Tunku Besar
Burhanuddin. Keanggotaannya hanya untuk pelajar
sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya
berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan
khidmat masyarakat yang bersifat memberi
bantuan kepada golongan miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan
rasminya oleh Raja Permaisuri Agong ke-6, Tengku
Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad. di
Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Toh Puan Norashikin Mohd
Seth, isteri kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman telah
dilantik sebagai Yang Dipertua PPIM pertama.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan
bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam
Kokurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di
seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan
pada 23 November 1996 bagi meluaskan
penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di
dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti
bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah
hospital. Pada 8 April 2000 pula, PPIM telah
dilancarkan ke peringkat institusi pengajian tinggi
oleh Datin Seri Endon Mahmood.
Hari Puteri
disambut pada
17 Jun setiap tahun
bagi memperingati
kelahiran PPIM.
Ia pertama kali
diadakan
di peringkat
kebangsaan
pada 20 Jun 1987.
PPIM diilhamkan oleh
YMM Tunku Puan Besar Kurshiah,
Raja Permaisuri Agong yang pertama
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun
60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM)
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah.
Kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan
khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada
golongan miskin.
PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang,
Tengku Muhammad Rahimahallah
Pada 17 Jun 1981
Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Senarai Yang Dipertua
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
sejak 1969 sehingga kini.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail
dilantik sebagai
Yang DiPertua PPIM Pertama.
Isteri Mantan Timbalan Perdana Menteri
Ke 2. ( Tun Dr Ismail ) Menerajui PPIM
dari Jun 1969 hingga Mac 1995, dan
dilantik secara rasmi pada 17 Jun 1980.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun
bagi memperingati kelahiran PPIM.
Pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan
pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988,
Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri
Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri
telah disumbangkan oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai
Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO)
di semua Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.
SUMBANGAN KEPADA PPIM:-
1. Terlibat dengan penstrukturan Perlembagaan PPIM pada tahun
1969
2. Mendapatkan kebenaran rasmi daripada KPM untuk PPIM
diiktiraf sebagai Unit Beruniform di Sekolah Menengah pada 6
Mei 1980
3. Mendaftarkan PPIM sebagai Pertubuhan yang berasingan
daripada LKPIM melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada
3 Disember di bawah Nombor Pendaftaran 815 / 88 (WP )
4. Pada 3 Disember 1988 juga diwujudkan PPIM di Peringkat
Sekolah Rendah di seluruh negara.
5. Mengaktifkan persatuan dengan dana yang amat terhad
dengan ibu pejabat PPIM yang menumpang di ruang kecil di ibu
pejabat LKPIM , Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur.
6. Pada September 1993 berusaha gigih melancarkan PPIM di
Maktab Perguruan di Malaysia
7. Menamatkan khidmat sukarela selaku Pemimpin Ulung PPIM
pada 18 Mac 1995
Y.A.Bhg. Datin Seri
Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail
dilantik sebagai
Yang DiPertua PPIM Kedua.
Isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia
ke 7. Memimpin PPIM dari Mac 1995
hingga 1 Februari 1999 .
Melancarkan Skuad Puteri pada 23 November 1996
bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di
dalam kerja-kerja khidmat masyarakat
seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.
SUMBANGAN KEPADA PPIM:-
1. Menerajui kepimpinan yang dinamik menembusi era pemodenan
dengan mewujudkan pelapis pemimpin dari kalangan pemimpin
muda belia , dengan mengadakan program Rakan Muda
Rekreasi dan Rakan Muda Masjid.
2. Mendapatkan ibu pejabat sementara di Rumah Kosong
Kakitangan Kerajaan, Jalan U-Thant untuk Pusat Operasi
Sementara PPIM dan pindah daripada Ibu Pejabat LKPIM pada 1
Mac 1996, berada selama 7 tahun di No.77, JKR 2811, Jalan U-
Thant sehinggalah beroperasi sepenuhnya di Darul Puteri pada
2 Januari 2003.
3. Mengadakan Seminar-seminar Kebangsaan dan Antarabangsa
dengan mewujudkan jaringan serta kerjasama dengan pelbagai
pihak luar sejak tahun 1995 hingga 1998. Diantaranya :- 2. -
Seminar Permasalahan Remaja Masakini di Pusat Islam pada 21
Januari 1995 3. -PenganjuranWorkshop On Media Strategy for
NGO’S di Asia Pasific Development Center pada 8 Julai 1995 -
Seminar Kebangsaan Cabaran Kesukarelaan & Prospek
Menjelang Asian ke 21 pada 20-21 Jun 1995 di Holiday Inn City
Centre - Forum Remaja dan Kekeluargaan di IKIM pada 24 Jun
1995 - Program Malindo / Indonesia pada 27-30 November 1995
di Palembang
4. Menganjurkan International Workshop:- 1. a) NuturingThe
Imagination The Role of Stories in the Development of Young
Adult pada 18 Jun 1997 di Perpustakaan Negara, Jalan Tun
Razak. 2. b) Menganjurkan Persidangan Antarabangsa
Psychology Development Identity, Personality of Muslim Youth di
UIA pada 2 Disember 1997
5. Menubuhkan dan melancarkan Skuad Puteri pada 23 November
1996 di Hotel Holiday Inn City Centre
6. Menganjurkan Strategi kutipan Dana PPIM dengan mengadakan :-
a) Program Ciyra Puteri pada 7 April 1996 di Dataran Merdeka .
Sejumlah RM 2.7 juta telah disumbangkan oleh para dermawan. b)
Konsert Amal Puteri pada 26 Julai di PWTC, sejumlah 12,513,000 juta
telah Berjaya dikutip daripada agensi Kerajaan, Swasta dan Koperat
c) Sehingga 31 Mac 1998, dana terkumpul adalah sebanyak RM
17,714,568.48 juta
7. Membangunkan Darul Puteri yang dimulakan dengan
menyempurnakan akan Majlis Doa Selamat Sempena Pecah Tanah
di Tapak Darul Puteri pada 16 Oktober 1997, di Lot PT 1609 , Jalan
Cheras , Kuala Lumpur.
8. Tidak sempat menjejakkan kaki di Bangunan gah ‘ DARUL PUTERI’
yang diusahakan dengan titik peluh sendiri Yang Amat Berbahagia
Datin Seri melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua PPIM Ke Dua
pada 1 Februari 1999
9. Alhamdulillah Nostalgia Bersama PPIM dikembalikan dengan
terlantiknya YAB Datin Seri sebagai Timbalan Perdana Menteri ke 12
dari Wanita pertama pada tahun 2018 , dengan kehadiran beliau
sebagai Perasmi Sambutan Hari Puteri Peringkat Kebangsaan pada
11 November 2018 di Premis Impiannya di Kompleks Darul Puteri.
10 . Pada 11 November 2019 bersempena dengan Sambutan Hari
Puteri 2019 , Asratel di Kompleks Darul Puteri telah dinamakan ‘
ASRATEL WAN AZIZAH ‘ sebagai tanda penghargaan PPIM kepada
beliau yang telah mengusahakan dana bagi merealisasikan
kenyataan Darul Puteri.
Y.A.Bhg. Tun Datin Paduka Seri
Endon Mahmood Ambak
dilantik sebagai
Yang DiPertua PPIM Ketiga.
Balu Kepada Mantan Perdana Menteri
Malaysia Ke 5 ( YAB Tun Dato’ Seri Hj.
Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi )
Allahyarham Datin Seri dilantik pada 30
April 1999 pada Mesyuarat Agung PPIM Kali
Ke 11. Oleh kerana keadaan kesihatan yang
tidak mengizinkan beliau untuk terus
memberikan perkhidmatan sebagai Yang
DiPertua PPIM dan meletakkan jawatan pada
30 Mac 2001
Melancarkan PPIM di institusi
pengajian tinggi pada 8 April 2000
di Universiti Islam Antarabangsa.
Y.Bhg. Puan Sri
Hajah Hazizah Haji Tumin
dilantik sebagai
Yang DiPertua PPIM Keempat.
❖ Memangku YDP mulai 30 Jun 2001
hingga 29 Mac 2002. ❖ Dilantik
sebagai Yang DiPertua pada 29 Mac
2002 pada mesyuarat Agung Kali Ke
15 pada 29 Mac 2002 ❖ Pemimpin
Ulung dari Perhubungan Negeri
Sembilan, sejak tertubuhnya PPIM
sebagai Organisasi Berdaftar pada
tahun 1988. Beliau satu-satunya
Pengerusi Negeri yang diangkat
dalam Mesyuarat Agung PPIM
menduduki kerusi tertinggi di
Peringkat Kebangsaan sebagai YDP
yang ke 4
Pada awal tahun 2004.
ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri.
Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah
binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
pada 24 Ogos 2005.
SUMBANGAN KEPADA PPIM:-
❖Usia termuda dikalanganYDP seterusnya mengorak langkah untuk
meneruskan momentum Puteri dengan tampil aktif dalam bidang Kecergasan
dan Kemahiran
❖Buat pertama kali PPIM menganjurkan Pertandingan” Golf Amal Puteri “
Peringkat Kebangsaan
❖Terakhir muncul di Program Nadwah Kepimpinan Puteri Peringkat
Kebangsaan di Lumut ,Pada 12 hingga 14 September di Pusat Kokurikulum
Pulau Pangkor ,Perak
❖14 September muncul sebagaiTetamu dalam Wawancara di TV3 dalam Slot
Malaysia Hari Ini (MHI)
❖Kepimpinan beliau terhenti satelah dipanggil Illahi pada 8 Disember 2005
1. Menerajui kepimpinan yang dinamik menembusi era pemodenan dengan
mewujudkan pelapis pemimpin dari kalangan pemimpin muda belia ,
dengan mengadakan program Rakan Muda Rekreasi dan Rakan Muda
Masjid.
2. Mendapatkan ibu pejabat sementara di Rumah Kosong Kakitangan
Kerajaan, Jalan U-Thant untuk Pusat Operasi Sementara PPIM dan
pindah daripada Ibu Pejabat LKPIM pada 1 Mac 1996, berada selama 7
tahun di No.77, JKR 2811, Jalan U-Thant sehinggalah beroperasi
sepenuhnya di Darul Puteri pada 2 Januari 2003.
3. Mengadakan Seminar-seminar Kebangsaan dan Antarabangsa dengan
mewujudkan jaringan serta kerjasama dengan pelbagai pihak luar sejak
tahun 1995 hingga 1998.
4. Diantaranya :- 2. - Seminar Permasalahan Remaja Masakini di Pusat
Islam pada 21 Januari 1995 3. -PenganjuranWorkshop On Media Strategy
for NGO’S di Asia Pasific Development Center pada 8 Julai 1995
Y.Bhg. Datin Hajah Badiah
binti Abdul Manan
dilantik sebagai
Yang DiPertua PPIM Kelima
hingga kini….
❖Memangku Jawatan Yang DiPertua dari
28 Disember 2005 hingga 23 Mac 2007
❖Dilantik sebagai Yang DiPertua Ke 5
Pada Mesyuarat Agung Kali Ke 18 pada
25 Mac 2006
Pada 24 Mac 2007,
kekosongan jawatan Yang Dipertua
telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah
Badiah Abdul Manan setelah
menang tanpa bertanding pada sesi
pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011
SUMBANGAN KEPADA PPIM:-
❖ Mantan Pegawai Pendidikan yang memegang jawatan tertinggi di
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri, adalah
figura yang tidak asing dikalangan Pendidikan dan Pelajar Sekolah serta
Institut Perguruan. Bermula dilantik sebagai Pengerusi Bersama PPIM
Perhubungan Negeri WPKL ,selaku Pengarah Pelajaran Negeri WPKL,
beliau bertanggungjawab mengukuhkan ‘Pasak’ dan ‘Taring’PPIM melalui
Kurikulum di sekolah
❖ Pengalaman sebagai Mantan Pegawai Pendidikan , Kurikulum
Bersepadu PPIM dicipta Bersama gandingan tenaga Jurulatih PPIM
❖ Selaku Mantan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia ,pengalaman
menilai pelajar di sekolah diadun untuk menciptaTeknik PenilaianTahap
PPIM dan lahirkan ciri-ciri asas Penarafan ahli-ahli PPIM berkategori
untuk pencapaian pelajar dalam bidang KoKurikulum
❖ Memantap bidang Pentadbiran dan Pengurusan PPIM diperingkat Pusat
dengan melantik Pengarah JPP untuk mengendali 2 Skop pentadbiran yang
berbeza iaitu Pengurusan Persatuan dan Pengurusan Darul Puteri.
❖ Bertanggungjawab sepenuhnya keatas pelanjutan legasi dan sejarah
masa silam PPIM dengan mengiktiraf kejayaan PPIM dan tenaga penyuntik
kemaraan PPIM ke pelusuk tanah air dan persada antarabangsa.
❖ Memperingati jasa-jasa tokoh serta sumbangan peneraju-peneraju
masa silam PPIM pada Majlis Penganugerahan Kecmerlangan PPIM iaitu “
Malam Apresiasi Puteri” yang diadakan pada 14 Mac 2015 dan
disempurnakan oleh YMM Tuanku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah
Binti AlmarhumTunku Besar Burhanuddin, selakuYang DiPertua LKPIM dan
adalah adinda kepada Pengasas PPIM AlmarhumTuanku Puan Besar
Kurshiah PermaisuriAgung Pertama Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Sumber rujukan :
1. Buku Panduan Kurikulum PPIM Sekolah
(Penyelenggara : Hajah Fatimah binti Ali dan Hajah Aizar binti Mohd Jaman)
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pergerakan_Puteri_Islam_Malaysia
3. https://anyflip.com/kfmq/rppb