The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SEMERAK KALI KE 30

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dila Wahab, 2021-10-22 02:40:21

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SEMERAK KALI KE 30

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SEMERAK KALI KE 30

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK
05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

[email protected]

TARIKH: 23 OKTOBER 2021 HARI: SABTU MASA: 2.30 PETANG Dirasmikan Oleh :
PUAN HAMIDAH BINTI ABDULLAH
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru

TEMPAT: APLIKASI GOOGLE MEET

PENGETUA Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam SEMERAK.

PN RAMLAH BINTI YAHYA Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30
Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak pada tahun ini.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa dan waris yang dapat menghadirkan diri pada
Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Sememangnya Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi dan amat penting bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah ini untuk mencapai kecemerlangan anak-anak pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah murid.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru. Dengan
permuafakatan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu kualiti
murid di sekolah, seterusnya dapat menghasilkan kemenjadian murid yang lebih cemerlang.

Ibubapa dan guru berpisah tiada, mempunyai peranan saling lengkap melengkapi, bersatu hati, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing
dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.

Justeru itu, saya berharap agar pemuafakatan yang terjalin akan terus padu antara ibu bapa, guru dan masyarakat. `Seikat bagai sirih,
serumpun bagai serai`.

Oleh itu, marilah sama sama kita bersatu hati mengambil peranan dan tanggungjawab membimbing dan mendidik bagi melahirkan anak
anak yang cemerlang akhlak, akademik dan kebolehpasaran yang tinggi serta menjamin kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Akhirnya, Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih serta tahniah kepada semua AJK PIBG, Guru & AKP SEMERAK
yang telah bertungkus-lumus menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Seberang Perak pada tahun ini.

Ibubapa dan guru berpisah tiada.
Budaya muafakat prestasi meningkat.
Kesatuan hati kerja menjadi.

Sekian, terima kasih

‘SEMERAK SEPAKAT, KEJAYAAN CEMERLANG”

1

Bismillahirahmanirrahim… YDP PIBG

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua warga SEMERAK PN HAMIDAH BINTI ABDULLAH

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia keizinan –Nya dapat kita adakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 bagi 2
tahun 2021. Disini, ingin saya menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua ibubapa/waris serta
guru-guru ke mesyuarat kita pada kali ini secara maya. Kehadiran tuan/puan sekali gus mencerminkan sokongan yang jitu kepada
SEMERAK.

Perhubungan erat antara ibubapa/waris dengan warga sekolah yang sedia terjalin telah membuahkan hasil yang baik dimana persepakatan
dan permuafakatan telah dicapai dengan sebaiknya. Amatlah saya harapkan hubungan sebegini dapat diteruskan sampai bila-bila.
Tambahan pula apa sahaja yang direncanakan oleh pihak sekolah merupakan sesuatu yang terbaik kepada pendidikan anak-anak kita.
Tidak ketinggalan juga Ingin saya ucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang begitu komited dalam usaha memberi sumbangan
dari segi tenaga dan kewangan demi kecemerlangan anak-anak pelajar.

“SEMERAK SEPAKAT, KEJAYAAN CEMERLANG”

Oleh itu, saya bersama-sama barisan AJK PIBG ingin mengajak semua ibubapa/waris berganding bahu dan bersedia dalam apa jua
keperluan pada masa depan bagi membantu warga pendidik SEMERAK merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara” terhadap anak-anak pelajar.

Terima kasih warga pendidik SEMERAK kerana tidak jemu mendidik dan melayani karenah anak-anak pelajar. Hanya Tuhan sahaja yang
mampu membalas segala usaha murni tuan/puan.

Sekian, terima kasih

2.30 PETANG: PENDAFTARAN WARIS

2.45 PETANG: BACAAN DOA
UCAPAN ALUAN PENGETUA SMK SEBERANG PERAK
(PUAN RAMLAH BINTI YAHYA)
UCAPAN ALUAN PERASMI - YDP PIBG
(PUAN HAMIDAH BINTI ABDULLAH)

3.15 PETANG: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 BERMULA
CABUTAN BERTUAH
BERSURAI

3

USUL 1:

NAMA PENCADANG: En Mohd Nadzri bin Ismail-PK Pentadbiran

CADANGAN: Slip Pentaksiran PBD sangat penting. Bagi pelajar yang
hilang dan meminta pihak sekolah mencetak semula slip
yang baharu akan dikenakan denda. Menerusi Mesyuarat
AJK PIBG Kali ke-4 pada 26 September 2021, mesyuarat
sebulat suara bersetuju mengenakan denda RM5.00 buat
kali pertama dan double bagi cetakan seterusnya. Hasil
kutipan denda akan dimasukkan ke tabung PIBG.

KEPUTUSAN:

4

1 Menyambut kehadiran pelajar SPM Promax 2020 semasa pembukaan sekolah bulan 2/2021
2 Bantuan Zakat (barangan)
3 Bantuan Zakat (telefon dan data internet)
4 Bantuan kepada keluarga pelajar yang terkesan Covid-19
5 Bantuan kepada anak-anak yatim
6 Kelas tambahan tingkatan 6
7 Majlis bacaan yaasin mingguan di aplikasi google meet
8 Program anak-anak angkat (pentadbir dan guru)
9 Ujian Tilawah Al-Quran & Hadis (abang dan kakak angkat t6 membantu adik-adik t5)
10 Menyambut kehadiran pelajar STPM 2021 semasa pembukaan sekolah pada 10/10/2021
11 Menyambut kehadiran pelajar PPKI semasa pembukaan sekolah pada 17/10/2021

5

Pengetua/Penasihat Pn Ramlah binti Yahya
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hashroh binti Mehad
En Mohd Nadzri bin Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran Pn Siti Rohayu binti Abdul Karim
Penolong Kanan Kokurikulum En Mohd Yusof bin Mohd Salleh
Penolong Kanan Tingkatan 6 Pn Tuanpah Nor Hafiza binti Shariff Abd Aziz
Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn Hamidah binti Abdullah
Pn Haslina binti Awang @ Hashim
YDP PIBG Pn Nurulfadhilah Binti Abdul Wahab
Naib YDP PIBG Pn Noor Azie Haryanis binti Abdul Aziz
Setiausaha PIBG Pn. Hashima bt. Abd. Rahman
Bendahari PIBG En Muhammad bin Sharif @ Ghazalli
En. Nordin bin Ishak
AJK Waris En Ayob bin Ali
AJK Waris En Mazlan bin Mansor
AJK Waris Pn Khairul Fadzillah binti Kamaruddin
AJK Waris En Khairil Azmi Faizi bin Ahmad
AJK Waris Pn Salina binti Abdullah
AJK Waris
AJK Guru
AJK Guru

6

AGENDA 1 Aluan Pengerusi
AGENDA 2 Membentang & Mengesahkan Minit Mesy Agung Tahun Lepas Kali Ke-29
AGENDA 3 Perkara Berbangkit
AGENDA 4 Membentang & Menerima Laporan Kegiatan PIBG Tahun 2020/2021
AGENDA 5 Membentang & Mengesahkan Penyata Kewangan Yang Berakhir Pada 31.12.2020
AGENDA 6 Perbahasan usul & cadangan
AGENDA 7 Hal - Hal Lain
AGENDA 8 Ucapan Penangguhan

7

Tarikh : 11 Mac 2020
Hari : Rabu
Masa : 2.15 Petang
Kehadiran : 120 orang
Tempat : Dewan Bitara SMK Seberang Perak
Perasmi : Yang Berusaha Encik Mohd Yazid bin Hassan, (Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru.)

Agenda 1 : Aluan Pengerusi
1.1 Tuan Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kehadiran para waris di atas kehadiran mereka dalam
mesyuarat Agung PIBG kali ke-29. Tuan Yang Dipertua mengganggap mesyuarat PIBG hari ini mencatatkan jumlah kehadiran yang paling
ramai berbanding tahun-tahun lepas.

1.2 YDP sebagai mewakili ibubapa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya merangka dan melaksanakan
Mesyuarat Agung kali ke 29 ini.

1.3 YDP berharap agar para waris mendapat manfaat di atas perjumpaan ini serta sama-sama memberi pandangan dan cadangan yang
bernas untuk kemajuan para pelajar SMK Seberang Perak.

8

1.4 Tuan YDP PIBG memaklumkan pada hari ini terdapat beberapa lagi program akan dijalankan melibatkan para ahli mesyuarat iaitu
serahan Bantuan Persekolahan Murid RM 100 dan Program Cabutan Bertuah selepas mesyuarat ini berakhir.

1.5 Tuan YDP PIBG mengalukan kehadiran Puan Pengetua SMKSP, Puan Ramlah binti Yahya ke sekolah ini. Tuan YDP berharap sebarang
urusan tentang murid-murid SMKSP, para hadirin bolehlah merujuk dan bertemu dengan pihak pengetua.

Agenda 2: Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke -28
2.1 Setiausaha PIBG, Puan Noor A’syikhin binti Osman membentangkan minit mesyuarat Agung kali ke 28 bermula halaman 8 hingga 12
untuk disokong dan disahkan.

2.2 En Syed Baharom bin Syed Husin mencadangkan agar minit mesyuarat kali ke 28 disahkan dan disokong oleh Pn Roshakaria binti
Sharkawi.

2.3 Minit mesyuarat tersebut disokong sebulat suara.

Agenda 3: Perkara-perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.

Agenda 4: Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG 2019/2020
4.1 Setiausaha membentangkan aktiviti PIBG dengan merujuk halaman 5 di dalam buku program.

9

Agenda 5: Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 1 Jan 2019 hingga 31 Disember 2018

5.1 Pn Noor Azie Haryanis binti Abd Aziz selaku bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan dari 1 Januari 2019 sehingga 31
Disember 2019 bermula daripada halaman 13 hingga 15 untuk disokong dan disahkan.

5.2 Tuan Syed Baharom bin Syed Husin mencadangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan ini disokong dan disahkan. Cadangan ini
disokong oleh Encik Wan Anuar.

Agenda 6 : Membahaskan Usul

6.1 Usul pertama dicadangkan oleh Encik Md Hairie bin Abu Bakar. Usul ini mencadangkan semasa waktu pulang, murid yang belum dijemput
oleh waris berada dalam dewan sekolah untuk meningkatkan keselamatan murid. Cadangan ini terbatal kerana waris ini tidak hadir.

6.2 Usul kedua dicadangkan oleh Encik Nordin bin Ishak. Usul ini mencadangkan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan tingkatan lima
diadakan lebih awal. Usul ini diterima.

6.3 Puan Pengetua memaklumkan pada cuti pertengahan penggal pertama akan datang, SMKSP menganjurkan Program Pakej Percutian
bulan Mac iaitu program kelas tambahan yang pertama untuk calon SPM dan PT3 selama tiga hari iaitu hari Ahad, Isnin dan Selasa.Kelas
tambahan ini akan disusuli oleh pelbagai program berfokus SPM dan PT3

6.4 Puan Pengetua menggalakkan para waris tingkatan 1, 2 dan 4 memastikan para murid hadir ke sekolah setiap hari semasa hari
persekolahan untuk belajar dan menjalani Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

6.5 Usul ketiga dicadangkan oleh Puan Hamidah binti Abdullah. Usul ini mencadangkan sumbangan PIBG tahunan dinaikkan kepada RM30.

Usul ini diterima melalui persetujuan undian dengan para hadirin dalam dewan. 10

6.6 Puan Pengetua memaklumkan kadar sumbangan PIBG di sekolah ini adalah kadar yang terendah yang dikenakan oleh sekolah di sekitar
ini. Kutipan yang dibuat digunakan semata-mata untuk anak-anak murid sahaja. Pelbagai program dapat dilaksanakan dengan lebih baik jika
kadar sumbangan ini dinaikkan.

6.7 Puan Pengetua memaklumkan hadiah Program Cabutan Bertuah pada hari ini adalah hasil tajaan dan sumbangan para guru dan staf
SMKSP dan tidak langsung membelanjakan peruntukan PIBG. Hadiah-hadiah yang disediakan pula hanya diterima oleh para waris sahaja.

6.8 Tuan Syed Baharom bin Syed Husin memberikan pandangan para guru di sekolah ini adalah penyumbang utama kepada kebajikan anak
didik lebih dari yang sepatutnya dari segi masa, wang dan tenaga. Oleh itu, kenaikan sumbangan PIBG tahunan amat dialu-alukan dan jika
mampu, para waris boleh menyumbangkan lebih daripada RM 30.

Agenda 7: Pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG 2018/2020 dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2020/2022
7.1 Secara rasminya Encik Mohd Yazid bin Hassan selaku YDP PIBG sesi 2018/2020 mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2018/2020 pada
jam 3.28 petang.

7.2 Pihak sekolah bersetuju melantik Encik Mohd Yazid bin Hassan selaku pengerusi sementara dan Puan Noor A’syikin binti Osman sebagai
pencatat.

7.3 Pemilihan AJK guru akan ditentukan oleh pihak sekolah

11

7.4 Pemilihan YDP PIBG dan AJK ibu bapa dijalankan melalui undian oleh semua ahli yang hadir.

7.5 Pengerusi membuka cadangan untuk perlantikan yang berikut:

a. Calon YDP PIBG : Puan Hamidah binti Abdullah

Pencadang : Encik Mohd Yazid bin Hassan

Penyokong : Puan Haslina binti Awang

Undian : 95

b. Calon YDP PIBG : Encik Ayob bin Ali

Pencadang : Encik Mohd Yazid bin Hassan

Penyokong : Encik Shahidan bin Shamsudin

Undian : 32

c. Calon YDP PIBG : Encik Nordin bin Ishak

Pencadang : Encik Wan Anuar bin

Penyokong : Encik Ayob bin Ali

Undian : 21

d. Calon YDP PIBG : Puan Haslina binti Awang

Pencadang : Encik Mohd Yazid bin Hassan

Penyokong : Encik Wan Anuar bin

Undian : 69

7.6 Encik Abd Aziz bin Hasan mencadangkan agar cadangan ini ditutup dan disokong oleh Encik Wan Anuar.

12

7.7 Keputusan undian adalah seperti berikut:

a. Puan Hamidah binti Abdullah dilantik sebagai YDP PIBG bagi sesi 2020/2022
b. Puan Haslina binti Awang dilantik sebagai Naib YDP PIBG bagi sesi 2020/2022
c. Encik Ayob bin Ali dilantik sebagai AJK PIBG bagi sesi 2020/2022
d. Encik Nordin bin Ishak dilantik sebagai AJK PIBG bagi sesi 2020/2022

7.8 Pengerusi membuka cadangan untuk perlantikan yang berikut:

a. Calon AJK PIBG : Puan Khairul Fadzillah binti Kamaruddin

Pencadang : Puan Hashroh binti Mehad

Penyokong : Puan Tuanpah Nor Hafiza binti Shariff Abdul Aziz

b. Calon AJK PIBG : Puan Nor Hashimah binti Abdul Rahman

Pencadang : Encik Mohd Yazid bin Hassan

Penyokong : Encik Wan Anuar

c. Calon AJK PIBG : Encik Muhamad bin Shariff @ Ghazali

Pencadang : Encik Mohd Nazri bin Ismail

Penyokong : Puan Nor Hashimah binti Abdul Rahman

d. Calon AJK PIBG : Encik Mazlan bin Mansur

Pencadang : Puan Hamidah binti Abdullah

Penyokong : Encik Yusof bin Ismail

13

Agenda 8 : Hal-hal lain

8.1 Encik Ayob bin Ali memberikan pujian dan penghargaan kepada urusetia mesyuarat agung PIBG pada hari ini kerana berjaya menghasilkan buku
program yang cantik. Tetapi beliau menyarankan pada masa hadapan, saiz tulisan dalam buku ini dibesarkan untuk memudahkan pembacaan.

8.2 Tuan YDP PIBG bersetuju dengan pandangan Encik Ayob bin Ali dalam perkara ke–24 dan berharap perkara ini mendapat perhatian untuk
mesyuarat agung akan datang

8.3 Tuan Syed Baharom bin Syed Husin mencadangkan supaya pihak urusetia mesyuarat agung PIBG turut melampirkan pencapaian atau prestasi
semasa para murid dan sekolah dalam bentuk statistik, graf atau grafik ringkas untuk tiga tahun berturut-turut. Ini memudahkan para hadirin ambil
maklum perkembangan sekolah.

8.4 Tuan YDP PIBG bersetuju dengan cadangan ini dan memaklumkan hadirin bahawa ini adalah pandangan yang amat baik. Walau bagaimanapun,
data-data ini para waris boleh peroleh dalam buku program Hari Anugerah Cemerlang (HAC).

Agenda 9 : Ucapan Penangguhan
9.1 Puan YDP PIBG yang baharu, Puan Hamidah binti Abdullah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mantan YDP PIBG, Encik Yazid bin
Hassan yang telah banyak berjasa kepada SMKSP

9.2 Puan YDP PIBG berharap dapat meneruskan kerjasama yang baik dengan para waris dan jika sesiapa mempunyai sesuatu isu,permasalahan atau
kemusykilan tentang PIBG SMKSP, mereka dialu-alukan mengadakan sesi bertemu sama ada di rumah atau sekolah.

9.3 Puan YDP PIBG berharap kerjasama yang lebih erat dapat dipupuk dan semua hadirin dan para waris dapat memantau anak-anak demi kejayaan
mereka

14

9.4 Puan YDP PIBG yang baharu, Puan Hamidah binti Abdullah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mantan YDP PIBG, Encik Yazid
bin Hassan yang telah banyak berjasa kepada SMKSP.

9.5 Puan YDP PIBG berharap dapat meneruskan kerjasama yang baik dengan para waris dan jika sesiapa mempunyai sesuatu
isu,permasalahan atau kemusykilan tentang PIBG SMKSP, mereka dialu-alukan mengadakan sesi bertemu sama ada di rumah atau sekolah.

9.6 Puan YDP PIBG berharap kerjasama yang lebih erat dapat dipupuk dan semua hadirin dan para waris dapat memantau anak-anak demi
kejayaan mereka

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.05 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

____________________________ ____________________________
PN NOOR A’SYIKHIN BINTI OSMAN PN HAMIDAH BINTI ABDULLAH
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SMK Seberang Perak SMK Seberang Perak

15

PENDAPATAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM BIL NOTA PERKARA RM

1. Baki pada 01/01/2020 13,101.26 1. A PIBG 16,717.31
700.00
2. Bayaran Sumbangan PIBG 3,940.00 2. B Peningkatan Akademik
(T1, T2 dan T3) 890.50
3. Bayaran Sumbangan 2,250.00 3. Baki di bank pada 31/12/2020
C Peningkatan Akademik : RM 4,488.08
Peningkatan Akademik (T4 dan T5) Baki di tangan
: RM 48.00
(T1, T2 dan T3)
Jumlah: RM 4,536.08
4. Bayaran sumbangan 2,190.00

Peningkatan Akademik

(T4, T5)

5. Bayaran Sumbangan 90.00

Pemantapan Sahsiah

6. Bayaran Sumbangan Tidak 40.00

Hadir Mesyuarat Tunggakan

2020 (Fathi)

7. Faedah Bank 3.71

JUMLAH PENDAPATAN 21,614.97 JUMLAH PERBELANJAAN 18,307.81
4,488.08
Baki di bank pada
31/12/2020 48.00
Baki di tangan pada
31/12/2020

16

A. PIBG RM
1. Caj bank 14.00
160.00
2. Kudapan Mesy. AJK 1 1,000.00
169.00
3. Sumbangan Hari Sukan Sekolah 1,300.00
83.85
4. Sumbangan Persaraan Tn Hj Ahmad Saifuddin 73.89
5,433.70
5. Sumbangan Mesy.Agong 950.80
752.00
6. Sumbangan Persaraan Pn Quah Siew Eng 80.00
600.00
7. Sumbangan Persaraan Pn Siti Khadijah 450.00
1,170.00
8. Sumbangan Pembayaran Bahan-bahan SOP (Guan Soon Hin) 200.00
4280.07
9. Sumbangan Pembayaran Bahan-bahan SOP (Pustaka Alor Setar)
16,717.31
10. Sumbangan Pembayaran Bahan-bahan SOP (Koperasi SEMERAK)

11. Kudapan Mesy AJK 2

12. Sumbangan Pembelian Kerusi Batu

13. Pembayaran Gaji Guru Ganti September (Khairun Nuha)

14. Pembayaran Gaji Guru Ganti Oktober-November (Khairun Nuha)

15. Kudapan Mesy AJK 3

16. Sumbangan Perkhidmatan Fotostat

JUMLAH

17

B. PENINGKATAN AKADEMIK T1, T2 & T3 RM
1. Sumbangan Kem Kepimpinan Pelajar 700.00
700.00
JUMLAH
RM
C. PENINGKATAN AKADEMIK T4 & T5 700.00
1. Sumbangan Kem Kepimpinan Pelajar 190.50
890.50
2. Sumbangan Dialog Prestasi SPM Bersama Waris
JUMLAH Disemak oleh,

Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………………………......
(EN. SHAIFUL RIZAN BIN SAAD)
……………………………………………………………… …………………………………………………..
(NOOR AZIE HARYANIS BINTI ABDUL AZIZ) (IZMAZATULAMILIA BINTI ISMAIL) Juruaudit Luar PIBG 2020
SMK Seberang Perak
Bendahari PIBG 2020 Juruaudit Dalaman PIBG 2020
SMK Seberang Perak SMK Seberang Perak

18

JAWATANKUASA INDUK)

Pengerusi:
Puan Ramlah binti Yahya (Pengetua)

Naib Pengerusi:
Pn Hashroh binti Mehad (Pk Hem)
En Mohd Nadzri bin Ismail (Pk Pentadbiran)
Pn Siti Rohayu binti Abdul Karim (Pk Kokurikulum)
En Mohd Yusof bin Mohd Salleh (Pk Tingkatan 6)
Pn Tuanpah Nor Hafiza binti Shariff Abd Aziz (Pk Pendidikan Khas)

Setiausaha:
Pn Nurulfadhilah binti Abdul Wahab

Bendahari:
Pn Noor Azie Haryanis binti Abdul Aziz

Penyelaras:
Pn Siti Rohani binti Azizan (Gk Teknik Dan Vokasional)

Pn Tan Choon Heong (Gk Matematik Dan Sains)
Pn Wan Nur Arija binti Wan Hamidon (Gk Bahasa)

19

JAWATANKUASA PELAKSANA)

AJK PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU AJK PENCATAT MINIT
1. Pn Nurul Nazila binti Mat Kahairi 1. Pn Hamidah binti Mohd Saad
2. Pn Zainab binti Yaacob 2. Pn Faizah binti Abu Bakar
PENGACARA MAJLIS AJK FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI
1. Pn Siti Aliah binti Rosli 1. Pn Amirah binti Rahayadin
2. Pn Salina binti Abdullah
BACAAN DOA 2. Pn Rodziah binti Ramli
1. En Khairul Bazli Bin Ahmad AJK TEKS PERASMI /YDP PIBG
BENDAHARI
1. Pn Hazida binti Ismail
1. Pn Noor Azie Haryanis binti Abd Aziz AJK TEKS PENGETUA
AJK JEMPUTAN IBU BAPA & MERUMUS USUL/CADANGAN IBU BAPA 2. Pn Mahfudzoh binti Hanafiah
AJK CABUTAN BERTUAH CENDERAMATA PERASMI
1. Pn Halimaton Saddiah binti Abu Bakar 1. Pn Rose Liza binti Mohd Khorish
2. Pn Che Pauziah binti Che Mat 2. En Al Husain bin Amin
3. Pn Khadijah binti Abdul Manaf 3. Pn Ku Mushrifah bt Ku Mustafa

AJK BUKU PROGRAM DIGITAL DAN ATUR CARA AJK TEKNIKAL
1. Pn Nurulfadhilah binti Abdul Wahab 1. Pn Nur Fadzillah binti Yusof
2. Pn Siti Roslinda binti Abdul Hakim 2. En Mohd Izhar bin Ariffin
AJK BANNER / BACKDROP 3. Pn Noor Azira bt Mohd Hussin
1. Pn Munirah bt Bokti AJK JEMPUTAN PERASMI DAN AJK PIBG WARIS
2. Pn Mazuein bt Mustafa 1. En Khairil Azmi Faizi bin Ahmad

20

&

MINIT MESYUARAT AGUNG KE-30
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

SESI 2020/2022
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK
JALAN TERATAI PUTIH, TAMAN BERJAYA,05050 ALOR SETAR, KEDAH.

Sekalung Budi

Yang Dipertua dan Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Seberang Perak
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya

kepada

Ibubapa/ Waris
Guru-guru dan staf sokongan

serta

Semua pihak yang telah memberi Kerjasama, sokongan, tenaga dan material
untuk menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG
SMK Seberang Perak

Kali Ke-30
Tahun 2021

21


Click to View FlipBook Version