UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
2. NILAI MURNI
MASYARAKAT MALAYSIA
2.3 SILANG BUDAYA
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
SILANG BUDAYA
Definisi
Perkongsian budaya dan adat resam masyarakat
majmuk di Malaysia
Kepentingannya:
✓ Sebagai pemangkin kepada pembentukan
masyarakat yang aman dan damai.
✓ Bagi mewujudkan perpaduan dalam berbilang
kaum.
✓ Membentuk nilai-nilai murni yang positif dan
menolak nilai-nilai negatif
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Berbagai kaum dan budaya terdapat di
Malaysia. Maka terdapat berbagai
budaya dalam berbagai aspek
Dalam aspek
Pakaian Makanan
Bahasa Perayaan
Permainan
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
India Melayu Cina
Semang Kadazan
Negrito KAUM-KAUM Punjabi
Siam DI MALAYSIA Dayak
Iban Bidayuh Senoi
Kepelbagaian agama, kepercayaan, tradisi, adat resam serta bahasa
tidak menghalang keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia. Malah
kepelbagaian ini meningkatkan lagi perasaan bangga dan sayang akan negara
dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Wesak Hari Raya Deepavali
Gawai Puasa
Tahun
PERAYAAN Baru Cina
Krismas
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
BAHASA
➢ Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan iaitu
bahasa rasmi negara Malaysia
➢ Oleh itu Bahasa Melayu digunakan dalam pergaulan antara
kaum
➢ Walau bagaimana pun, rakyat bebas bertutur dalam
pelbagai bahasa.
➢ Kebiasaannya masyarakat menggunakan bahasa ibunda
sebagai medium komunikasi
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Tradisi & Adat Resam
CONTOH ADAT MASYARAKAT MELAYU:
Adat Sebelum berkahwin dalam masyarakat Melayu:
Merisik-meminang-Bertunang
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Tradisi & Adat Resam
CONTOH ADAT MASYARAKAT CINA:
Upacara Ching Ming – menziarahi dan Membersihkan kubur.
➢ Upacara memperingati nenek moyang yang telah
meninggal dunia.
➢ Roh nenek moyang dipuja kerana berjasa.
➢ Diadakan secara besar-besaran selepas beberapa tahun
mereka meninggal dunia.
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Tradisi & Adat Resam
CONTOH ADAT MASYARAKAT INDIA:
Upacara Sadanggu - meraikan anak gadis yang cukup umur.
➢ Bertujuan mengelakkan gadis Dan keluarganya daripada
ditimpa bencana.
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Makanan Tradisional
Masyarakat
Melayu :
☺ Nasi Lemak
☺ Lemang
☺ Rendang
☺ Ketupat
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Makanan Tradisional
Masyarakat Cina:
☺ Kuih Bulan
☺ Yong Tau Fu
☺ Char Koay Teow
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
Makanan Tradisional
Masyarakat India:
☺ Muruku
☺ Idli
☺ Tosai /Capati
☺ Vadai
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
NILAI-NILAI MURNI
i. Hormat-menghormati:
➢ Tidak menghina/ merendah-rendahkan amalan tradisi dan budaya
kaum lain.
➢ Menghormati kepercayaan dan adat resam kaum lain.
ii. Toleransi
➢ Mengelak berlakunya pergaduhan dan perselisihan kaum
➢ Mewujudkan suasana yang harmoni melalui pergaulan dan
komunikasi yang mempunyai nilai toleransi antara kaum
iii. Hemah Tinggi
➢ Mewujudkan masyarakat bersopan dan berakhlak mulia
➢ Menghindar sifat angkuh dan sombong
➢ Menjaga sensiviti antara kaum
➢ Sedia mengakui kesilapan diri dan tidak menyalahkan orang lain
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
NILAI-NILAI MURNI
iv. Sopan Santun
➢ Kelakuan dan cara perhubungan yang menimbulkan suasana
selesa kepada individu
➢ Mewujudkan komunikasi berkesan dan harmoni
➢ Nilai tanda hormat sesama manusia
➢ Mengelakkan pergeseran antara kaum
v. Etika Dan Akhlak
➢ Melahirkan manusia yang berfikiran positif
➢ Membina imej dan perwatakan yang baik
➢ Melahirkan insan yang mempunyai prinsip dan jati diri yang betul
➢ Mewujudkan masyarakat Malaysia yang aman damai dan maju.
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, KMPP
SILANG BUDAYA
DI KMPP
https://youtu.be/tndfFzohiWs