The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DBF3A
SESI 2 2022/2023

NAMA AHLI KUMPULAN:
SITI MUSYFIRAH BINTI ZAMRI
ZAHIDAH HAZWANI BT AMRAN
WAN ALYA NATASYA BT WAN AZMI
ANIS NURFARAHAIN BT ZULKEFLI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by corncrush1803, 2022-11-05 05:51:37

E-KOMIK KONTRAK KUTU EMAS FIQH MUAMALAT 1 (ECO2073)

DBF3A
SESI 2 2022/2023

NAMA AHLI KUMPULAN:
SITI MUSYFIRAH BINTI ZAMRI
ZAHIDAH HAZWANI BT AMRAN
WAN ALYA NATASYA BT WAN AZMI
ANIS NURFARAHAIN BT ZULKEFLI

Keywords: E-KOMIK,FIQH MUAMALAT 1,KUTU EMAS

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
SESI 2 2022/2023

FIQH MUAMALAT 1
ECO2073

TUGASAN BERKUMPULAN E-KOMIK
TAJUK: KUTU EMAS

DISEDIAKAN OLEH: NO.ID
NAMA BMF21-11-015
ZAHIDAH HAZWANI BINTI AMRAN BMF21-11-027
WAN ALYA NATASYA BINTI WAN AZMI BMF21-11-024
SITI MUSYFIRAH BINTI ZAMRI BMF21-11-007
ANIS NURFARAHAIN BINTI ZULKEFLI

KELAS
DBF 3A

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH HAZWANI ADHILAH BINTI MOHD ZAKI

TARIKH
5 NOVEMBER 2022

E-KOMIK
KUTU EMAS

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi kerana berkat dan keizinannya dapat kami
menyelesaikan tugasan komik bagi subjek Fiqh Muamalat 1 ini dengan
jayanya. Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah kami iaitu Ustazah
Hazwani Adhilah kerana telah memberi peluang kepada kami untuk
melaksanakan tugasan ini, serta banyak menolong kami dalam menjalankan
tugasan ini dengan baik. Tunjuk ajar beliau telah banyak membantu kami
dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan kami sendiri kerana
telah bekerjasama dalam menjalankan tugasan ini dengan baik walaupun
terdapat pelbagai halangan dan kesusahan yang dihadapi. Semoga segala
kerja keras yang telah diusahakan, dapat membuahkan hasil yang setimpal.
Aamiin.

Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas kami yang telah
banyak membantu dalam memberikan idea dan cadangan kepada kami
untuk kami melengkapkan tugasan ini dengan jayanya.
Akhir kata, terima kasih kepada semua insan yang telah terlibat tidak kira
secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan laporan bertulis
ini.

PENGENALAN

Dalam pengenalan ini, kami akan menerangkan lebih mendalam berkenaan
permainan kutu berbanding dengan permainan kutu emas. Ini kerana permainan
kutu emas merupakan permainan yang berada di bawah konsep permainan kutu.
Perbezaannya di sini hanyalah bentuk hasil yang akan kita peroleh. Sekiranya
sekumpulan individu itu bermain kutu duit, maka hasil yang akan diperolehinya
ialah duit. Tetapi jika mereka bermain kutu emas, hasil yang diperoleh boleh
didapati dalam bentuk wang atau emas (mengikut pilihan individu yang bermain).

Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan permainan kutu? Permainan kutu ini
dapat kita lihat maknanya dari dua sisi iaitu, yang pertama adalah makna dari sisi
masyarakat atau uruf, iaitu merupakan permainan yang mengumpulkan bayaran
tertentu daripada beberapa orang ahli dengan persetujuan tertentu. Dan Jumlah
yang dikumpulkan itu akan diberi kepada setiap ahli mengikut giliran sama ada
dengan cabutan atau dengan ketetapan. Manakala makna permainan ini dari sisi
shariah pula adalah, pengumpulan wang dalam bentuk hutang atau pinjaman
ikhlas dari beberapa individu atas konsep taa’wun (membantu) dengan jumlah
tertentu dan skala masa tertentu untuk tujuan maslahat kewangan. Dan
seterusnya, duit yang terkumpul itu akan diperoleh setiap ahli yang terlibat
dengan kontrak permainan mengikut giliran secara undian atau secara ketetapan.

Cara permainan bagi kutu emas ini ialah, yang pertama sekali mereka akan
membentuk satu kumpulan yang ramai untuk menjadi ahli kutu, dan salah
seorang antara mereka akan dilantik untuk menjadi mak kutu dengan persetujuan
ahli kutu yang lain. Seterusnya, sebelum permainan dimulakan mereka akan
membuat perjanjian atau undian bagi menetapkan giliran untuk menerima hasil
kutu yang akan dikumpulkan nanti. Nilai duit yang perlu dibayar oleh setiap ahli
kebiasaannya ditetapkan antara mereka sendiri dan perlu dibayar mengikut
tempoh yang ditetapkan antara mereka. Kemudiannya, duit yang telah
dikumpulkan itu akan diberi kepada ahli-ahli kutu mengikut giliran yang telah
dipersetujui antara mereka.

Seterusnya, di dalam komik ini kami akan menceritakan tentang sekumpulan
kawan yang bercadang untuk bermain permainan kutu emas. Akan tetapi,
terdapat keraguan yang muncul dalam salah seorang di kalangan mereka iaitu
Alya. Lalu, rakan-rakannya yang lain menerangkan kepadanya lebih mendalam
berkaitan isu kutu emas yang mendatangkan keraguan kepadanya. Penjelasan
tentang isu tersebut akan kami terangkan lebih lanjut di dalam komik ini. Di mana
kami bahaskan mengenai hukum-hakam permainan ini, syarat-syaratnya, elemen
yang mengharamkannya serta pendapat dan perbahasan daripada ulama-ulama
dan fatwa.

WATAK-WATAK YANG TERLIBAT

PLOT PENCERITAAN BERKENAAN KUTU EMAS









ELEMEN YANG MENGHARAMKAN

Selain daripada riba terdapat juga elemen lain yang mengharamkan kutu
emas iaitu gharar. Gharar dari sudut bahasa bermaksud kekurangan atau
ketidakjelasan (Al-Jahalah). Manakala dari sudut pandangan ulama pula
ialah, menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, beliau telah mendefinisikan
gharar sebagai sesuatu yang tiada kejelasan pada hasilnya. Maka, sesuatu
perkara yang mengandungi unsur gharar adalah dilarang oleh syarak
kerana dapat menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap pihak yang
berkontrak sama ada pihak yang menawarkan kontrak mahupun pihak
yang menerima kontrak. Hal ini demikian kerana, bagi mengelakkan
daripada berlakunya persengketaan akibat ketidakpuasan hati antara
pihak yang melakukan kontrak. Jadi, jika sesuatu kontrak itu mengandungi
unsur ketidakjelasan, pertaruhan atau perjudian, ia adalah gharar yang
mana membuatkan sesuatu kontrak telah jatuh hukum haram ke atasnya.
Ia menjadi suatu perkara yang haram kerana terdapat unsur memakan
harta orang lain dengan cara yang batil secara lansung ataupun tidak
langsung. Gharar terbahagi kepada dua kategori iaitu Gharar Fahish dan
Gharar Yasir. Maksud Gharar Fahish ialah ketidakpastian yang keterlaluan,
manakala maksud Gharar Yasir ialah ketidakpastian yang sedikit dan
biasanya diselesaikan oleh uruf dengan bertoleransi serta tidak
menimbulkan pertelingkahan antara pihak yang berkontrak. Dalam konsep
kutu emas, penganjur kutu emas mestilah menjelaskan syarat dan
peraturan permainan kutu emas itu dengan jelas tanpa menimbulkan
kekeliruan kepada ahli kutu agar tidak wujud isu gharar terhadap kontrak
yang dilakukan itu. Tamsilnya, penganjur kutu emas itu hendaklah
menjelaskan tempoh kutu itu dilangsungkan, menyatakan bayaran yang
perlu dibayar pada setiap bulan serta memberitahu jenis emas yang
mereka akan terima daripada hasil permainan kutu itu. Penganjur kutu
emas itu dilarang untuk merahsiakan hal-hal tersebut kerana ahli kutu
berhak mengetahui tentangnya, ia melibatkan harta mereka sendiri. Jika
terdapat unsur gharar dalam permainan kutu emas, kemungkinan untuk
berlaku sebarang kerugian ke atas harta pihak yang menyertai kutu
tersebut adalah tinggi.

ELEMEN YANG MENGHARAMKAN

Di samping itu, unsur penipuan juga sering berlaku dalam kutu emas ini.
Pada masa kini, ramai orang risau untuk menyertai skim kutu emas kerana
mereka beranggapan bahawa permainan kutu emas ini salah dari segi
undang – undang. Tetapi hakikatnya, kutu emas ini menjadi kesalahan dari
segi undang – undang apabila permainan ini dipromosikan dengan cara
yang tidak menepati syarak dan penganjur kutu menetapkan peruntukkan
atau syarat sewenang-wenangnya. Selain itu, masyarakat hanya
dibenarkan untuk menyertai kutu yang dianjurkan oleh individu seperti
saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan sahaja. Sebarang skim kutu
yang dianjurkan oleh mana-mana pihak perniagaan adalah dilarang kerana
kemungkinan untuk berlaku penipuan dalam kalangan masyarakat adalah
sangat tinggi kerana mereka mungkin akan ditipu oleh pihak perniagaan
demi mendapatkan keuntungan yang lebih terhadap perniagaan yang
dijalankan olehnya. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kes penipuan
yang berlaku dalam skim kutu yang dilakukan oleh orang yang tidak
bermoral, sama ada kutu duit mahupun kutu emas. Sebagai contohnya,
penganjur kutu menjanjikan hadiah dan faedah yang jauh lebih lumayan
jika sesiapa berminat untuk menyertai skim kutu dengannya dan apabila
ramai masyarakat terjebak, mereka sebenarnya telah ditipu tanpa disedari
olehnya sendiri. Ramai masyarakat telah rugi apabila menyertai skim kutu
yang mempunyai unsur penipuan, hal ini demikian berlaku kerana
penganjur kutu telah menipu dengan menjanjikan pelbagai faedah
kemudian mereka melarikan diri bersama duit yang telah berjaya
dikumpul. Perkara ini sering berlaku kerana sambutan peserta agak
menggalakkan walaupun penganjur kutu baru dikenali di alam maya
namun mereka masih tertipu dengan helah penganjur kutu tersebut akibat
daripada kelicikan penganjur kutu itu membuat pemalsuan bukti yang
menunjukkan dia merupakan seorang yang boleh dipercayai menggunakan
maklum balas baik ataupun “feedback” daripada peserta sebelumnya yang
direka sendiri olehnya. Seterusnya, terdapat juga berlakunya kes penipuan
seperti, pengurus kutu emas menjanjikan emas 999 untuk digunakan
dalam perminan tersebut tetapi secara hakikatnya emas tersebut
kehabisan stok dalam pasaran,

ELEMEN YANG MENGHARAMKAN

lalu pengurus kutu emas tersebut tidak menjelaskan kepada ahli kutu
emas yang lain serta terus menggantikannya dengan jenis emas yang lain -
atau memberikan emas yang palsu. Oleh itu, emas yang mereka perolehi
bukanlah dari jenis emas yang dijanjikan bahkan, penganjur kutu juga telah
perolehi keuntungan yang lebih tanpa diketahui oleh ahli kutu yang lain.
Daripada sini kita dapat melihat dengan lebih jelas bahwa penipuan ini
akan mengakibatkan penindasan dan ketidakadilan bahkan penganaiyaan
kepada ahli kutu yang lain. Maka penipuan mesti dielakkan dalam kutu
emas agar tidak wujudnya elemen pengharaman dalam permainan ini.

PERBAHASAN, PENDAPAT, DAN HUKUM

Asas hukum bermain kutu emas dalam kewangan islam adalah harus hukumnya
s-elagi mana tiada dalil yang menunjukkan pengharamannya.

Seperti yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum
menyertai permainan kutu emas adalah harus berdasarkan dua situasi, iaitu
situasi pertamanya ialah hukumnya harus sepertimana permainan kutu duit
yang biasa diamalkan, iaitu mengambil hukum akad Qurud Mutabadilah
(pinjam meminjam) yang dibenarkan sebahagian ulama. Kemudian, dalam hal
pembelian emas pula, ia tidak akan berlakunya riba nasi’ah (bertangguh) selagi
mana emas yang dibeli mengikut harga semasa dan dibayar secara tunai oleh
pemilik giliran.

Konsep Qurud Mutabadilah ini ialah kontrak saling pinjam meminjam. Iaitu
bermaksud seseorang itu memberi pinjam, dengan syarat dia akan diberi
pinjam pada tempoh tertentu. Oleh kerana wujud syarat “untuk meminjam,
perlu diberi pinjam” maka para ulama tidak sepakat dari sudut hukum itu
sendiri, ada sebahagian ulama yang menerima dan ada sebahagian yang
menolak. Banyak pendapat antara para sarjana kontemporari terhadap konsep
qurud mutabadilah ini antaranya ialah Sheikh Abd Aziz bin Baz, Sheikh Dr
Abdullah al-Imrani, dan Sheikh Rafiq Yunus al-Misri, iaitu mereka mengatakan
hukumnya adalah haram, kerana ia termasuk dalam hukum ‘pinjaman yang
disyaratkan, manfaat kepada pemberi pinjam‘ iaitu sama konsepnya dengan
riba’.

Namun terdapat sebahagia besar juga sarjana yang membenarkan qurud
mutabadilah ini iaitu, Sheikh Soleh Uthaymin, Dr Nazih Hammad, Dr Abd
Jabbar al-Sabhany, Dr Ahmad Muhammad al-Sa’ad. Alasan mereka dalam
mengharuskan konsep ini adalah kerana mereka berpendapat konsep saling
pinjam meminjam ini tidak termasuk dalam pinjaman yang disyaratkan
manfaat, kerana manfaaat yang diperoleh bukan untuk satu pihak sahaja tetapi
kepada semua yang terlibat. Mereka juga berpendapat perkara ini termasuk
dalam tolong-menolong ke arah kebaikan.

Seterusnya, situasi yang kedua dalam pengharusan kutu emas ini ialah
-perjanjian yang dibuat antara “Mak Kutu” dan ahli kutu yang melibatkan locked
price (menempah harga) dan jual beli emas pada waktu tertentu wajib dipatuhi
oleh semua pihak yang terlibat berdasarkan prinsip perjanjian bersama
(muwa’adah). Sebarang pelanggaran janji sekiranya mengakibatkan kerugian
pada suatu pihak, maka pihak yang melanggar janji itu perlulah menanggung
kos kerugian sebenar tersebut. Begitu juga hutang yang berlangsung sesama
ahli kutu adalah harus melihat kepada keharusan qurud mutabadilah sama
seperti situasi pertama di atas.

Perjanjian Muwa’adah di sini ialah, suatu janji timbal balik yang dibuat oleh
dua orang atau dua pihak untuk memasuki kontrak pada masa akan datang.
Konsep janji yang dibuat bersifat terikat. Dari sudut ahli kutu, mereka berjanji
untuk membeli emas tersebut pada tarikh tertentu dan “Mak Kutu” juga
berjanji untuk menjual emas dengan harga yang dijanjikan semasa awal
perjanjian dibuat. Pihak yang memungkiri janji perlu bertanggungjawab
menanggung kos kerugian sebenar yang timbul disebabkan kemungkiran janji
tersebut.

Selain itu, perkara lain yang perlu diambil kira untuk memastikan pengharusan
permainan kutu emas ini ialah syarat-syarat yang telah ditetapkan. Setiap ahli
perlu mengikut syarat-syarat yang telah dibuat antara mereka bagi
mengelakkan berlakunya pembatalan kontrak. Hal ini kerana jika berlaku
perlanggaran syarat sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati ahli-ahli lain ia
akan menyebabkan kontrak kutu emas ini tidak sah dan menjurus kepada
hukum haram oleh kerana, perasaan redha meredhai tidak ada di dalam diri
ahli-ahli kutu. Sebagai contoh, syarat yang ditetapkan pada awalnya ialah duit
kutu yang diperoleh itu mestilah digunakan untuk membeli emas, tetapi
terdapat ahli lain yang menggunakan duit itu untuk membeli barangan
keperluan yang lain dan bukan membeli emas, maka di sini berlaku
pelanggaran kontrak kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Oleh itu,
dalam memastikan kontrak permainan ini tidak terbatal, sebaiknya tidak
meletakkan syarat yang khusus sebelum bermain supaya ahli-ahli kutuk bebas
menggunakan hasil kutu yang diperoleh tanpa berlakunya ketidaksahan
kontrak.

Seterusnya, terdapat juga perkara yang boleh menyebakan pengharaman
permainan kutu emas ini antaranya ialah, perlanggaran syarat yang telah
ditetapkan oleh ahli kutu dan mak kutu seperti mana yang telah diperjelaskan di
atas. Selain itu, hukum pengharaman juga berlaku apabila tiada akad/lafaz
semasa melakukan kontrak. Di sini terdapat perbezaan daripada para ulama
iaitu seperti yang dijelaskan oleh mazhab Syafi’e, akad dalam bermain kutu
emas ini adalah haram jika tiada akad ijab dan qabul ataupun kontrak bertulis.
Akan tetapi mengikut pendapat Nawawi, jika semua yang terlibat dalam
bermain kutu saling meredhai, maka ianya adalah harus di sisi syarak. Manakala
menikut mazhab Maliki, hukumnya harus disebabkan kerana akad dalam
bermain kutu emas ini adalah akad pinjaman. Hal ini kerana, dalam konteks kutu
setiap ahli yang terlibat dalam kutu emas mengeluarkan duit pendahuluan
untuk tujuan membantu ahli yang memerlukan duit dengan syarat jumlah yang
diberikan pinjaman mestilah tidak melebihi atau terkurang dengan ahli lain agar
untuk mengelakan daripada berlakunya sebarang riba.

Kesimpulannya, hukum sebenar bagi permainan kutu adalah mengikut pada
situasi dan cara permainannya, selagi permainan itu tidak mempunyai unsur-
unsur yang mengharamkan maka hukum permainan itu adalah harus.
Sebaliknya, jika permainan itu mempunyai unsur-unsur yang menyebabkan
ianya haram, maka haram hukumnya untuk bermain.

REFLEKSI INDIVIDU

ZAHIDAH HAZWANI,

Setelah kami melaksanakan tugasan ini, banyak perkara yang telah saya
pelajari. Antaranya, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang
perkara-perkara yang melibatkan kutu emas seperti, pengertiannya, cara
permainannya, hukum bermain, syarat-syarat yang perlu diikut serta
elemen yang boleh mengubah hukum permainan ini daripada hukum harus
menjadi hukum haram. Oleh yang demikian daripada ilmu yang saya
peroleh ini dapat saya aplikasikan dalam hidup saya sekiranya perkara
seperti ini berlaku di persekitaran saya. Contohnya, saya dapat
mengelakkan diri daripada menyertai permainan kutu emas yang mungkin
boleh jatuh haram oleh kerana syarat permainannya disertakan dengan
unsur-unsur yang haram.

Oleh itu, disini dapat saya simpulkan bahawa setiap individu yang ingin
mencuba untuk bermain kutu emas ini mestilah berhati-hati dalam
bermain walaupun masih terdapat hukum harus dalam permainan ini. Hal
ini kerana, jika kita mengambil enteng terhadap perkara ini, tanpa kita
sedar ia boleh menyebabkan permainan ini jatuh hukum haram dan
mendapat dosa besar. Seterusnya, penambahbaikan yang boleh dibuat
terhadap isu ini ialah, pihak-pihak bertanggungjawab seperti media,
golongan-golongan agamawan dan pihak berkuasa perlulah menguar-
uarkan lebih mendalam berkenaan permainan kutu emas ini, supaya
mereka yang tidak mengetahui akan lebih menyedari baik buruk isu ini
sebelum melibatkan diri. Dari sini dapat kita mencegah lebih banyak
penipuan dan penindasan yang akan berlaku kepada mereka yang baru
mengenal isu ini.

REFLEKSI INDIVIDU

WAN ALYA NATASYA,

Daripada tugasan fiqh muamalat satu ini, saya dapat mengetahui elemen-
elemen yang membatalkan kontrak penyertaan kutu emas. Antaranya ialah riba,
gharar dan penipuan. Hukum kutu emas adalah harus kerana ia merujuk kepada
hukum aqad qurud mutabaddilah yang dibenarkan oleh syarak iaitu konsep
memberi pinjam dengan syarat pinjaman tersebut mestilah mempunyai tempoh
tertentu. Maka di sini jelaslah bahawa kutu emas ini memberi manfaat kepada
semua pihak yang terlibat, kerana tiada unsur penipuan dan penindasan. Untuk
menambahbaik kutu emas, penganjur skim kutu emas mestilah mengelakkan
daripada meletakkan syarat-syarat yang tidak sepatutnya kerana ia mungkin
mengandungi elemen yang mengharamkan kutu emas itu tanpa disedari.
Sebagai contohnya, dilarang mengambil bayaran yang lebih daripada
sepatutnya dengan alasan ia adalah sebagai upah. Konsep kutu emas adalah
terhalang dari riba an-nasiah maka penganjur kutu itu tidak boleh menambah
syarat lain sewenang-wenangnya.

SITI MUSYFIRAH,

Bagi tugasan ini kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih tajuk kutu emas
ini. Kumpulan kami berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Dari tugasan ini saya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan
berkaitan kutu emas. Antaranya, saya dapat mengetahui hukum menyertai kutu
emas dan perkara – perkara yang perlu dielakkan ketika menyertai kutu emas.
Hal ini kerana bagi mengelakkan wujudnya unsur yang membolehkan jatuhnya
hukum haram dalam kontrak kutu emas tersebut. Selain itu, saya juga dapt
mengetahui bahawa main kutu ini adalah salah dari segi undang – undang
sekiranya tidak menepati syarat yang ditentukan. Bukan itu sahaja saya juga
mengetahui bahawa penipuan dalam kutu emas ini banyak berlaku dalam
kalangan masyarakat pada hari ini yang mana duit yang mereka laburkan dalam
permainan ini dibawa lari oleh pengurus kutu emas tersebut. dari sini saya
dapat belajar supaya lebih berhati – hati dalam menyertai mana – mana kutu
emas ini. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara – perkara yang tidak diingini
berlaku, sebelum menyertai kutu emas kita mestilah melakukan kontrak
perjanjian bagi mengelakkan penipuan dari berlaku. Akhir sekai, kita mestilah
mempelajari ilmu muamalat agar tidak tersalah dalam melakukan perkara –
perkara yang mungkin akan menyebabkan sumber rezeki kita akan menjadi
haram ketika bermain permainan ini.

REFLEKSI INDIVIDU

ANIS NURFARAHAIN,

Daripada tugasan fiqh muamalat satu ini, saya dapat mengetahui elemen-
elemen yang membatalkan kontrak penyertaan kutu emas. Antaranya ialah
riba, gharar dan penipuan. Hukum kutu emas adalah harus kerana ia
merujuk kepada hukum aqad qurud mutabaddilah yang dibenarkan oleh
syarak iaitu konsep memberi pinjam dengan syarat pinjaman tersebut
mestilah mempunyai tempoh tertentu. Maka di sini jelaslah bahawa kutu
emas ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, kerana tiada
unsur penipuan dan penindasan. Untuk menambahbaik kutu emas,
penganjur skim kutu emas mestilah mengelakkan daripada meletakkan
syarat-syarat yang tidak sepatutnya kerana ia mungkin mengandungi
elemen yang mengharamkan kutu emas itu tanpa disedari. Sebagai
contohnya, dilarang mengambil bayaran yang lebih daripada sepatutnya
dengan alasan ia adalah sebagai upah. Konsep kutu emas adalah terhalang
dari riba an-nasiah maka penganjur kutu itu tidak boleh menambah syarat
lain sewenang-wenangnya.

RUJUKAN

WMuhaimin. (2022, April 19). Hukum kutu emas yang ramai tak tahu.
Emas2U - Tips Pelaburan Emas; Emas2U.com. https://emas2u.com/hukum-
kutu-emas-yang-ramai-tak-tahu/?
gclid=CjwKCAjwzY2bBhB6EiwAPpUpZnKDjDi1_Ygq5fXcGP66QjgvIkHkyT3S
xgpqfMPUZcbwisLgzmpd6RoCfSYQAvD_BwE

Noor, U. M. M. (2015, December 18). HUKUM MAIN KUTU moden. Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/1673-hukum-main-kutu

POWERGOLDi. (n.d.). Blogspot.com. Retrieved November 4, 2022, from
http://powergold-i.blogspot.com/2016/02/hukum-permainan-kutu-emas-
fizikal.html?m=1

Farhan, M. (2022, January 10). IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-657: HUKUM
MENYERTAI KUTU EMAS. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5090-
irsyad-al-fatwa-siri-ke-657-hukum-menyertai-kutu-emas

SILANG KATA

MELINTANG

1. Hukum permainan kutu emas dari sisi ubdang-undang (akta)
4. riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam
penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian
dikenakan caj tambahan.
6. Hukum akad qurud .......ialah seseorang itu memberi pinjam, dengan
syarat dia akan diberi pinjam pada tempoh tertentu.

MENEGAK

2. Prinsip perjanjian bersama
3. Hukum permainan kutu emas adalah.....
5. Tujuan membeli secara fizikal atau perhiasan dengan jumlah wang kutu
yang dikumpulkan.

JAWAPAN

MELINTANG

1. Hukum permainan kutu emas dari sisi ubdang-undang (akta)
4. riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam
penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian
dikenakan caj tambahan.
6. Hukum akad qurud .......ialah seseorang itu memberi pinjam, dengan
syarat dia akan diberi pinjam pada tempoh tertentu.

MENEGAK

2. Prinsip perjanjian bersama
3. Hukum permainan kutu emas adalah.....
5. Tujuan membeli secara fizikal atau perhiasan dengan jumlah wang kutu
yang dikumpulkan.


Click to View FlipBook Version