The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Name Taufik, 2022-08-08 11:05:21

Bayu & Edisi 2015

Terima kasih semua.....

Mari Berdoa 1
Doakan Aku
Amalan Pemakanan Pengurusan
Kurikulum
Sihat Motivasi Diri
Senarai Kandungan Pengurusan
Setulus Ingatan HEM
Kisah Teladan
Kata Aluan
Profil Sekolah Pengurusan
Diari Sekolah Kokurikulum
Dulu dan Kini
Tahukah Anda
Bingkisan Bah Kuning
Ketua Pengarang Sama Tak Serupa
Pentadbiran
Pahit Manis
Sekolah Bersama
GST SMKG
Penulisan
Kretaif
Salam Perpisahan
Album Kelas
2015
Autograf

2

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN GETING

16080 PENGKALAN KUBUR KELANTAN

Setulus Ingatan Diterbitkan Oleh :
Daripada : Unit Majalah dan Dokumentasi

Tuan Pengetua SMK Geting, 16080 Pengkalan
Majlis Tertinggi Sekolah Kubor, Kelantan.

Kelab Guru Dan Staf Telefon: 09-7211169
Persatuan Ibubapa
Dicetak Oleh :
Dan Guru Unipress
Semua Guru Dan Para
Belakang KBMC, Lot 104,
Pelajar Smk Geting Jalan Pencawang TNB Lundang,

15150 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon: 09-7434924

3

STESEN MINYAK
CALTEX

Lot 985, Kg. Telaga Lanas, 16080 Pengkalan Kubor, Kelantan
Tel: 012-983 6042

“Nikmati Perjalanan Anda
Dengan Caltex”

Cawangan: Wakaf Bharu Service Station, PT 209, Kg. Padang Lati,
16250 Wakaf Bharu, Kelantan

4

5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pengetua,
guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Geting,
Pengkalan Kubor, Kelantan, khasnya sidang redaksi majalah ‘Bayu
7’ kerana berjaya menerbitkan majalah edisi ke-9 tahun 2015

sebagai usaha bersama bagi menuju ke arah pendidikan berkualiti.
Saya percaya melalui penerbitan majalah tahunan ini, pelajar-pelajar berpeluang mengasah bakat dan kebolehan
masing-masing dalam penulisan, lukisan dan grafik sama ada yang bercorak ilmiah mahu pun kreatif.

Kejayaan menerbitkan‘Bayu 7’ini secara tidak langsung menggambarkan kejayaan sekolah dalam pelbagai
bidang sama ada kurikulum atau kokurikulum. Semua aktiviti dan peristiwa ini sudah pasti akan menyemarakkan
lagi semangat para pelajar dalam proses pembelajaran dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, semua pihak
termasuk pihak pengurusan guru-guru, kakitangan sokongan atau ibu-bapa perlu melipatgandakan usaha masing-
masing bagi mencapai pendidikan berkualiti.

Pelajar-pelajar pula berkewajipan turut sama memperkuatkan azam dan meningkatkan usaha mengikut
proses pembelajaran dengan penuh ketekunan. Usaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai yang baik adalah
penting untuk memperoleh kejayaan. Saya percaya, dengan kerjasama ibu bapa, PIBG dan warga pendidik, pelajar
yang berilmu dan berketerampilan dapat dilahirkan.

Sebagai sebuah institusi pendidikan sekolah menjadi aset penting untuk menjana kecemerlangan pelajar
dari segi ilmu, bina insan dan berketerampilan sebagai mana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Bagi mencapai cita-cita ini, usaha yang jitu dan semangat kerja berpasukan perlu dihayati oleh semua pihak.
Di samping itu, setiap sekolah mesti ada keinginan untuk disenaraikan salah satu daripada Sekolah Berprestasi
Tinggi(SBT).

Akhir kata syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Geting,
Pengkalan Kubor, Kelantan, atas kelahiran majalah ‘Bayu 7’.
Selamat maju jaya dan salam 1 Malaysia.

DATO’ SERI DMIReAnJtAerMi PAeHnDdZidIRikBaInNMKaHlaAyLsIiDa

6

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,
limpah dan kurniaNya, umur kita telah dipanjangkan untuk melangkah ke
tahun 2015 ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi –tinggi tahniah
kepada pihak sekolah atas penerbitan majalah sekolah tahun 2015 ini.
Saya percaya penerbitan majalah sekolah ini ialah hasil kerjasama dan
komitmen semua warga sekolah terhadap kejayaan sekolah.

Kini dalam mengharungi era globalisasi generasi muda khususnya

para pelajar berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bakal menguji kematangan, keupayaan, dan kemampuan
mereka untuk berfikir serta membuat keputusan yang tepat untuk diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara,
Justeru para pelajar perlu diasuh, dibentuk, dan dididik dengan pelbagai ilmu kemahiran dan pengetahuan untuk
melengkapkan diri mereka dalam meng hadapi pelbagai cabaran dan rintangan ini.

Dalam hal ini, pihak sekolah perlu memainkan peranan secara berkesan dan sistematik dalam mendidik,
mengasuh,dan melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran bagi membolehkan mereka
berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini, sekaligus menjadi aset berharga untuk memacu kemajuan
dan pembangunan pada masa hadapan .Pembangunan diri pelajar yang seimbang dari aspek emosi, rohani,
jasmani, dan intelek perlu ditekankan supaya selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Seterusnya, setiap lapisan masyarakat perlu memberi komited yang padu bersama-sama menjayakan
agenda pendidikan negara serta menyematkan perasaan bahawa anak-anak kita ialah tanggungjawab bersama.
Lantaran itu, usaha untuk menjayakan agenda pendidikan negara tidak harus diletakkan di bawah tanggungjawab
Kementerian Pendidikan Malaysia semata-mata sebaliknya harus dipikul dan dikongsi bersama oleh semua pihak.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi majalah ‘Bayu 7’ atas usaha dan inisiatif menerbitkan
majalah ini. Semoga penerbitan majalah ini akan membawa manfaat kepada pelbagai pihak terutama dalam
mengiktiraf peranan sekolah sebagai institusi penjana modal insan berkualiti untuk negara.
Selamat Maju Jaya

DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

7

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia
Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada SMK Geting kerana telah

memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan
kata alu-aluan di dalam majalah Bayu 7 bagi tahun 2015 ini. Saya juga
mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menyampaikan ucapan
tahniah dan syabas kepada pihak Badan Redaksi Bayu 7 atas kejayaan
dan iltizam yang tinggi menerbitkan majalah tahunan sekolah ini yang mampu menjadi rakaman dokumentasi
maklumat dan peristiwa penting sepanjang tahun 2015. Walaupun pada era teknologi digital dan maya abad ini,
pendokumentasian maklumat melalui majalah seumpama ini masih lagi relevan dan penting.
Sesungguhnya tahun 2015 ini merupakan tahun terakhir kepada warga pendidikan negeri Kelantan untuk berusaha
menterjemahkan inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Gelombang 1: Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 agar dapat menghasilkan natijah yang bermakna kepada murid-murid. Sebagai warga
pendidik yang berintegriti, marilah kita semua berusaha merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan matlamat untuk menghasilkan murid yang bukan hanya
cemerlang akademik tetapi turut mempunyai sahsiah diri yang baik dan beridentitikan nasional.
Selaras dengan itu, selaku teraju utama kepimpinan warga pendidikan di Kelantan, saya menyeru dan mengajak
barisan pentadbir,guru-guru,anggota kumpulan pelaksana dan ahli komuniti untuk bersama-sama menggembleng
idea, tenaga dan komitmen bagi menjayakan agenda pendidikan nasional dan negeri sebagaimana yang
terkandung di dalam PPPM 2013-2025. Saya juga ingin mengajak semua warga pendidik dan murid-murid sekolah
untuk sentiasa istiqamah dan bersemangat tinggi dalam melakukan gerak kerja pendidikan agar kejayaan dan
kecemerlangan pendidikan di Kelantan dapat dipertingkatkan.
Akhir kata saya mendoakan warga pendidik SMK Geting terus dapat memberi sumbangan terbaik kepada
kejayaan anak-anak murid dan diharapkan majalah Bayu 7 ini dapat menjadi sumber rujukan dokumentasi sekolah
sepanjang masa.
“Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan”

TUAN HAJI AB. AZIZ BIN ABDULLAH
Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan

8

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas
atas penerbitan majalah Bayu 7 edisi kesembilan ini. Penghargaan saya juga
dihulurkan kepada Badan Redaksi majalah sekolah ini kerana sudi memberi
penghormatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Sesungguhnya penerbitan majalah sekolah merupakan suatu wadah yang
diguna pakai untuk menunjukkan kejayaan yang dicapai oleh segenap warga
sekolah yang sentiasa bekerjasama, mempunyai iltizam, inisiatif, dan kreativiti.
Majalah ini juga mencatat segala agenda kurikulum dan kokurikulum
sepanjang tahun selaras dengan objektif pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang bermaklumat, proaktif,
kritis, dan kreatif, di samping menyuntik semangat berkarya serta minat membaca dalam kalangan warga SMK
Geting. Selain itu, majalah ini dapat mempamerkan imej positif sekolah ini seterusnya diharapkan mampu mencapai
kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.
Seiring dengan peredaran masa merentasi era globalisasi, setiap pelajar perlu dididik melalui proses
pembelajaran yang kondusif boleh melahirkan pelajar yang mampu menangani segala perubahan pada masa
hadapan. Minda pelajar harus disemai dengan motivasi kukuh yang lahir melalui kesedaran dan keinginan dalam
menuntut ilmu bagi mewujudkan modal insan yang cemerlang.

Keikhlasan dan pengorbanan para guru tidak dapat dinilai dengan segunung intan. Kejayaan dan
kecemerlangan serta keluhuran sahsiah anak-anak didik merupakan kejayaan yang paling berharga buat para
guru. Semoga guru-guru tidak jemu mencurahkan khidmat bakti demi kegemilangan bangsa, negara dan agama.
Saya doakan agar warga SMK Geting sentiasa memiliki iltizam yang tinggi bagi memusatkan segala usaha ke
arah merealisasikan misi dan visi sekolah ini. Seluruh warga sekolah perlu melakukan anjakan paradigma dalam
pemikiran demi melahirkan insan berfikiran global.

Akhir kalam, terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli jemaah sekolah, guru-guru, kakitangan
pentadbiran sekolah, ibu bapa termasuk PIBG dan para pelajar yang saya kasihi kerana sehingga kini, warga SMK
Geting berjaya menunjukkan semangat dan dedikasi yang tinggi. Sesungguhnya, usaha itu tangga kejayaan. Semoga
terus berjaya.
Sekian, wassalam dan selamat maju jaya.

HAJI CHEKOetMuaAPRegBaIwDNaaMiePrOaehnHdTAiudMmikApaaDnt

9

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Saya bersyukur ke hadrat

Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk melakar coretan dalam
majalah Bayu 7 yang menjadi kebanggaan warga SMK Geting (SMKG) ini.
Kepada para pendidik dan anak-anak yang saya kasihi, semoga anda semua

sentiasa berada di bawah naungan-Nya.

Tahun 2014 telah menampilkan pelbagai cabaran suka dan duka

yang telah kita hadapi bersama. Pada bulan Oktober 2014, SMKG
kehilangan Penolong Kanan Pentadbiran apabila Tn. Hj. Mohd Naim bin
Ismail dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SMK Mahmud Mahyidin. Dengan ketiadaan PKP selama beberapa
bulan itu, kita umpama burung yang kepatahan sayap. Namun begitu, cabaran itu telah berjaya kita hadapi bersama.

Sesi persekolahan 2015 dimulakan dengan cabaran paling besar apabila beberapa buah negeri di negara
kita telah dilanda bencana banjir yang agak luar biasa pada Disember 2014. Bencana ini bukan sahaja telah
memusnahkan harta benda awam, malah turut menjejaskan institusi pendidikan ketika semua pihak sudah bersedia
untuk memulakan sesi persekolahan 2015. Sesungguhnya, bencana banjir yang berlaku wajar dijadikan sebagai
iktibar dan peringatan daripada Allah SWT tentang kelemahan serta kelalaian kita sebagai khalifah di muka bumi
ini.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada para penolong kanan baharu iaitu En. Anuar bin Musa yang dilantik
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wan Manap bin Wan Ismail yang dilantik sebagai Penolong Kanan Hem
dan juga En. Che Abdul Hashim bin Ibrahim yang dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Harapan saya agar
mereka dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan
sekolah kita yang tercinta ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga
SMKG yang telah bertungkus-lumus bekerja keras sepanjang tahun 2014 untuk menjayakan harapan dan cita-cita
kita. Marilah kita bersama-sama mengeratkan kerjasama, persefahaman dan menggemblengkan tenaga untuk
kemajuan dan kejayaan bukan sahaja milik kita, tetapi yang lebih penting untuk anak-anak kita, generasi yang akan
memacu negara ke puncak kejayaan pada masa hadapan.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

HAJI GHAZALI BIN IBRAHIM
Pengetua SMK Geting

10

Asssalamualaikum dan salam 1Malaysia
Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan
majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan
kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan

kepada AJK Sidang Redaksi Bayu 7 2015.
Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama
ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi Bayu 7, kita
dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai
pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah
dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik dan sahsiah.
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih
kepada para ibu bapa yang menyokong segala usaha PIBG secara langsung atau tidak langsung demi kemajuan dan
kesejahteraan murid-murid. Ibu bapa perlu lebih prihatin dengan tuntutan dan keperluan dunia pendidikan hari ini
yang penuh cabaran dan berdaya saing. Kepada guru-guru pula diucapkan ribuan terima kasih kerana tidak jemu-
jemu mendidik murid-murid demi masa depan mereka. Budi baik guru akan setiasa dikenang. Para pelajar pula
hendaklah merebut peluang yang ada untuk memajukan diri. Janganlah dipersia-siakan segala usaha guru-guru
yang sentiasa ikhlas mendidik anak muridnya.
Pemuafakatan antara guru dengan ibu bapa merupakan tunjang penting dalam melahirkan kejayaan anak-anak.
Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan
diri mereka sebelum melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan membuahkan hasil yang optimum
dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini,
komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian
diutamakan.
Akhirul kalam, saya mendoakan SMK Geting sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha akan diberkati Allah SWT.
Semoga terus berjaya dalam pelbagai bidang.
Sekian, terima kasih.

Yang DipertuaEPNI.BIGSMSMAKILGBeItNingD2A0U1D5

11

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya

saya diberi ruang untuk menyampaikan mesej kepada warga SMK Geting
pada tahun ini.
Saya percaya, kecemerlangan hanya akan dapat dicapai seiring dengan
kelangsungan pematuhan peraturan sekolah dan disiplin secara menyeluruh.

Asas disiplin yang ampuh dan utuh amat penting dalam pembentukan
sahsiah dan kemenjadian pelajar. Amalan kecaknaan semua pihak banyak
membantu dalam pembentukan modal insan ini.

Pada era globalisasi ini, ditambah lagi dengan bahang kepesatan dalam bidang pendidikan, menuntut
kita untuk lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baharu perkembangan semasa. Selari dengan
aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara pada zaman millenium ini, memerlukan kita banyak
berkorban dalam pelbagai aspek. Kejujuran dan keikhlasan menjadi tunjang kepada guru untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam suasana ceria dan gembira sehingga menimbulkan keseronokan pelajar
dalam menimba ilmu.
Besarlah harapan saya agar para pelajar dapat menjaga budi bahasa, bertingkah laku mulia dan menjadikan
sekolah sebagai tempat menimba ilmu serta kemahiran yang diperlukan untuk masa depan masing-masing.Ingatlah
bahawa ilmu tanpa akhlak yang baik pasti akan membinasakan masa depan kita. Seseorang itu akan disanjung
sekiranya diri dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan dan dihiasi dengan
cahaya ketaatan kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, kita semua ada peranan masing-masing dalam membentuk dan melahirkan pelajar
cemerlang yang seimbang terutamanya sahsiah dan tingkah laku. Seterusnya menjadi insan bertakwa dan berbudi
bahasa yang sememangnya menjadi darah daging kita sejak berzaman dahulu. Islam yang menjadi anutan kita
menjadi tunjang atau panduan kehidupan kita untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Akhir sekali, saya berdoa agar segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan adanya sifat-sifat
kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar yang tertanam dalam sanubari
setiap warga SMK Geting. Insya-Allah.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
HAJI WAN MANAP BIN WAN ISMAIL
Pengerusi LemBbayagua7PEednigsia2ra0n1g5

12

Bismillahirrahmanirrahim…..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh….
Ungkapan Alhamdulillah saya ucapkan sebagai tanda syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, Majalah Bayu 7 dapat menemui

pembaca sekalian untuk edisi yang ke-9 pada tahun 2015. Salawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabatnya sekalian.
Terima kasih diucapkan kerana masih diberi kepercayaan untuk menerajui
majalah kesayangan ini. Saya berharap semoga kualiti penerbitan majalah
ini semakin baik dan meningkat seiring dengan arus perkembangan
teknologi.
Dalam mengejar sesuatu kejayaan kita semestinya mementingkan
kesepakatan dan muafakat. Seperti kata pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. Majalah
Bayu 7 tidak dapat dihasilkan dengan sempurna tanpa kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak. Sememangnya
setiap usaha yang kita lakukan hendaklah dilakukan dengan bekerjasama,berkongsi idea dan sama-sama berkorban
masa dan tenaga. Dalam masa yang sama kita tidak lupa untuk sentiasa memastikan kejayaan adalah milik kita
bersama.
Kepada guru dan pelajar semua, catatan dalam majalah ini merupakan dokumentasi yang menggambarkan watak
SMKG yang sebenar. Ianya mengukir sejarah kenangan yang indah, nostalgia dan senyum tangis warga sekolah
serta memori lampau yang menuju kematangan bersama. Sebenarnya segala kejayaan dan kegagalan adalah satu
pengalaman yang sangat berharga demi mendewasakan kita semua.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, tenaga dan masa sehingga lahirnya majalah edisi ke-9 ini.
Kepada pihak pentadbir, Lembaga Pengarang, Badan Redaksi Bayu 7 serta semua yang terlibat terima kasih atas
sumbangan anda kalian bagi memastikan majalah kesayangan ini terus bersinar umpama sebutir bintang di alam
ini.
…..Bayu 7,
Kau umpama sebutir bintang
Agar dirimu terus bersinar
Menerangi alam semesta ini
Memaparkan isi hati warga smkg

Semoga dipayungi reda Ilahi
Sekian, terima kasih
USTAZ DUPNenIyYeAlaBraINsBPaOeyTnueH7rMb2i0Ata1Nn5

13

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan
salam 1Malaysia.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya

berpeluang untuk menitipkan sepatah dua kata dalam majalah Bayu 7
edisi Kesembilan ini. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan
kepada semua ahli Badan Redaksi yang telah bertungkus lumus
menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada

warga SMK Geting yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan penerbitan majalah ini.
Tanpa disedari, saya telah meranum akal dan mematangkan fikiran di sekolah ini selama lima tahun.
Sepanjang berada di sini,banyak ilmu yang dikutip telah membentuk saya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin
dan berketrampilan dalam semua aspek sama ada fizikal atau mental. Tambahan pula tugas saya sebagai Ketua
Pelajar amatlah mencabar kerana kematangan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghadapi
pelbagai situasi yang mencabar. Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan tunjuk ajar kepada
Badan Pengawas Sekolah dan pengalaman yang sememangnya tidak dapat dijual beli di mana-mana sekaligus
menjadikan semua pengawas sekolah sebagai insan yang komited dan amanah terhadap tugas yang diberikan.
Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru di SMK Geting.
Saya juga ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua warga SMK Geting, terutamanya kepada
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM pada penghujung tahun nanti. Saya berharap kalian
berusahalah bersungguh-sungguh supaya dapat meraih kejayaan kerana usaha merupakan salah satu kunci
kejayaan. Insya-Allah dengan usaha yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang setimpal dengannya. Bak kata
pepatah, “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili pelajar-pelajar tingkatan lima ingin memohon maaf andai kata ada
tersilap bahasa, terlanjur kata dan menggores hati guru-guru sekalian. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat
dilaksanakan demi melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan merekalah yang mengubahnya
sendiri. Akhir kalam, sentiasalah hormati guru dan tuntutlah ilmu kerana Allah dan sentiasalah berdoa kepada-Nya.
Semoga SMK Geting bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

CHE MOHAMAD NIZAM BIN CHE HUSSAIN
Ketua Pelajar SMK Geting 2015

14

Bismillahirrahmanirrahim…..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam
1Malaysia kepada semua warga SMK Geting.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayah-Nya, kami
sebagai anggota Badan Redaksi Bayu 7, telah berjaya menerbitkan sebuah
lagi majalah sekolah yang amat dinantikan keluarannya oleh seluruh warga
SMK Geting, iaitu Bayu 7 Edisi Kesembilan.

Saya selaku Ketua Editor amat berbesar hati untuk menyampaikan sekalung
penghargaan kepada pihak sekolah, khususnya ayahanda Pengetua, Tuan
Haji Ghazali Bin Ibrahim kerana telah memberi kepercayaan kepada saya
bagi memimpin Badan Redaksi Bayu 7 pada tahun ini. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan Badan Redaksi kerana sentiasa memberi
sokongan dan kerjasama sepanjang pembikinan majalah ini. Sesungguhnya tugas sebagai Ketua Editor amat berat
untuk dipikul tanpa bantuan dan komitmen daripada semua pihak.
Majalah Bayu 7 mula diterbitkan pada tahun 2006 hasil cetusan idea mantan Pengetua SMK Geting,Tuan Haji
Refin Bin Jusoh. Sehingga kini, majalah ini masih lagi kekal sebagai sumber inspirasi dan tatapan ilmu buat warga
SMK Geting khususnya dan semua pembaca umumnya. Selain itu, Bayu 7 juga merupakan satu wadah dokumentasi
yang memaparkan segala impian dan kejayaan sekolah. Pelbagai informasi berbentuk laporan dan nukilan tentang
kejayaan mahupun cabaran yang dilalui oleh warga SMK Geting. Kepada rakan-rakan yang menghantar karya
mereka, ribuan terima kasih saya ucapkan kerana sudi menyumbangkan hasil penulisan kreatif mereka untuk
dihidangkan dalam majalah ini.
Saya amat berharap agar penerbitan majalah Bayu 7 Edisi Kesembilan ini dapat mengukuhkan dan
meningkatkan lagi kualiti akademik dan kokurikulum di samping memberi peluang kepada pelajar mengembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Saya juga ingin memohon ribuan kemaafan jika terdapat cacat
cela dan kekurangan dalam penerbitan majalah ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah (s.w.t)
dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Semoga SMK Geting akan terus maju sebagai sebuah teratak
ilmu yang cemerlang dan terunggul seiring dengan pembangunan sejajar dengan objektif pendidikan negara.
Sekian, terima kasih.

CHKEetHuAa DEdHiItRorABBayTuC7HEEdHisiA2S0A1N5

15

LoKgoet&erBaenngdaenra

1981 : Tahun pembukaan SMK Geting.

Moto SMK Geting : Rajin Usaha Jaya

Buku : Buku melambangkan khazanah ilmu pengetahuan. Demi mencapai
kejayaan dalam pelbagai bidang dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Para pelajar SMK Geting perlu membaca
dan belajar. Inilah satu-satunya cara untuk mencapai kejayaan dan kemajuan.

Obor : Melambangkan penyuluh hidup. Para pelajar perlu berdedikasi, gigih dan bersungguh-sungguh menuntut
ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu pengetahuan penuh di dada maka ia boleh membimbing dan memandu manusia /
pelajar dalam kehidupan yang lurus dan diredhai.

Ikan Lelumba : Ia melambangkan latar belakang keluarga pelajar dan penduduk di sini yang majoritI terlibat dalam
aktiviti yang berkaitan dengan perikanan. Para pelajar seharusnya menghayati sifat ikan lelumba yang cerdik, pintar
dan dikatakan selalu menolong orang yang menghadapi masalah dalam pelayaran.

WARNA

Kuning : Kuning adalah warna Raja. Ia menunjukkan gambaran negara yang berdaulat dan mempunyai identiti sendiri.

Merah : Melambangkan semangat dan keperwiraan. Ia dipilih untuk membuktikan bahawa para pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Geting memiliki semangat yang tinggi dan berkobar-kobar dalam semua lapangan yang
diceburi.

Biru : Melambangkan kelembutan dan kemesraan. Ia
dipilih kerana lokasi sekolah yang berhampiran dengan
Laut China Selatan. Diharapkan para pelajar SMK
Geting memiliki ciri-ciri lemah-lembut, mesra dan
bersopan-santun.

16

17

Blok pentadbiran asal.

Pengetua pertama

Allahyarham Mohamed Bin Awang Puteh

Mengikut rekod pejabat tanah tumpat,rancangan membina bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan
Geting (SMKG) bermula sekitar tahun 1975. Pada tahun 1978, dengan keluasan 8A.692D, kerja-kerja
pembinaan mula dijalankan.

SMKG telah memulakan persekolahan satu sesinya pada hari Ahad 3hb Mei 1981 dengan bilangan
pelajarnya seramai 324 orang. Mereka telah diagihkan ke kelas-kelas seperti berikut:
Tingkatan 1:
- 2 kelas Sains Pertanian
- 3 kelas SPU/SRT
Tingkatan 2:
- 1 kelas Sains Petanian
- 2 kelas SPU/ERT

Mereka adalah pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Chabang Empat dan Sekolah Menengah Dato
Biji Wangsa yang dipilih berdasarkan sekolah saluran asal masing-masing. Meraka ini datangnya
dari 13 buah kampung sekitar iaitu Pengkalan Kubor, Geting, Tebing, Neting, Tanjung, Mertua, Banjir,
Ketil, Tuju, Jejuluk, Telaga Lanas, Pak Krau dan Kok Bedolah

Bangunan asal SMKG hanyalah bangunan pentadbiran dan kelas (Blok Anggerik), bangunan makmal
dan kelas (Blok Bakawali), bangunan seni perusahaan dan kantin. Sekitar tahun 1982, sebuah musalla
telah berdiri megah hasil sumbangan ihsan seorang dermawan dari Kuala Lumpur. Pertambahan
yang pesat menyebabkan perlunya diadakan persekolahan dua sesi pada tahun 1983. Namun setelah
bertambahnya beberapa bangunan lagi, persekolahan satu sesi bermula semula pada tahun 1989.
Kini SMKG telah mempunyai 18 buah blok termasuk bangunan asrama baru yang indah dengan

keramaian 1780 orang pelajar.

Blok pentadbiran baru. Bilangan guru perintis seramai 18 orang termasuk
Tuan Pengetua, En. Mohamad Bin Awang Puteh,
10 orang guru dari Sekolah Menengah Dato Biji
Wangsa dan seorang dari Sekolah Menengah
Kampong Laut. Pada 4 Mei 2014, Tuan Haji Ghazali
Bin Ibrahim telah dilantik sebagai Pengetua, kedua
belas di SMK Geting. Beliau menggantikan Tuan
Haji Jasbi Bin Mohd Sam yang bersara wajib pada
11 Mac 2014. Bilangan guru di SMKG juga telah
bertambah kepada 106 pada April 2015. Manakala
staf sokongan berjumlah 15 orang.

18

Falsafah Sekolah

Murid-murid Sekelah Menengah Kebangsaan Geting berpotensi
dan berkeupayaan untuk mencapai perkembangan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi dan intelek. Justeru itu, SMKG akan
menggemblengkan semua sumber dan kekuatan untuk melengkapkan
muris-murid sekolah ini bukan sahaja dari aspek pengetahuan dan
kemahiran, malah nilai-nilai disiplin dan akhlak yang perlu mereka
terima. Tenaga pendidik yang ada diyakini akan dapat melahirkan
murid yang terbaik dan insan yang mempunyai daya ketahanan yang
tinggi bagi memenuhi aspirasi individu dan masyarakat yang sejahtera
dengan kehendak dan tujuan negara.

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto Sekolah

Rajin Usaha Jaya

Piagam Pelanggan

• Kami menjamin layanan yang mesra dan saksama serta sentiasa
bersedia membantu menyelesaikan sebarang masalah dan keperluan
anda.
• Kami komited untuk membantu dan membimbing anda mencapai
kejayaan dan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
• Kami sentiasa peka, prihatin dan sedia berkhidmat bagi memenuhi
kehendak dan menjaga kepentingan semua pihak.
• Kami berusaha memupuk dan memastikan semua warga sekolah
mengamalkan nilai-nilai murni serta memiliki sahsiah dan akhlak
mulia.

19

Matlamat Sekolah

• Meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik pelajar
khususnya dalam PT3 dan SPM.

• Mewujudkan persekitaran dan iklim sekolah yang menarik, ceria
dan harmoni..

• Melahirkan warga yang sentiasa mengutamakan pendidikan dan
budaya ilmu..

• Meningkatkan mutu disiplin dan moral yang tinggi dalam
kalangan pelajar sehingga mencapai tahap “Zero Defect”.

• Berusaha memupuk ciri-ciri sahsiah, etika, akhlak mulia dan
membentuk insan kamil. .

• Melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam bidang ICT.

• Segala tugas dan tanggungjawab akan dipikul dan dilaksanakan
secara bersama dengan penuh ikhlas, amanah dan bijaksana.

• Mewujudkan hubungan baik dan positif dengan masyarakat demi
kepentingan bersama.

Lagu Sekolah...

GAGASAN SMKG

SMKG sekolah kita, Ayuhlah kawan semua,
Menabur jasa merata-rata, Tuntut ilmu membuat jasa,
Hidup berbakti akhlak mulia, Untuk agama, bangsa dan negara,
Demi masa depan kita, Tunggak wawasan gagasan kita

Semua guru disayangi,
Khidmat bakti tetap disanjungi,
Berdedikasi menjana kami,
Insan kamil seimbang jeri,

Penulis lirik : Ustaz Hassan
Komposer : Pn. Nurkamariah Binti Ramli, En. Rahimi Bin Muhammad, En. Zuki Bin Mohd Noor

20

@SSiMnarKHaGrian

Warga SMK Geting Merakamkan Ucapan Takziah
Kepada Keluarga Penumpang Dan Anak Kapal Mh370.

21

PN. RAMLAH BT HAYAT

EN. ABDULLAH BIN
MOHAMED

PN. MAIZURA BT
DERASED

PN. NUR KAMARIAH BT PN. HUSMAHWATI BT
RAMLI HUSSIN

EN. ELIAS BIN ABDULLAH

22

23

24

01 7 Januari: Program Gotong-Royong Pasca

Januari 2015 - Banjir Di SMK Mahmud Mahyidin
11 Januari: Pendaftaran Pelajar Sesi 2015.
14 15 Januari: Orientasi Pelajar Tingkatan 1

18 Januari: Penyampaian Bantuan Khas

Awal Persekolahan 2015

20 Januari: Sambutan Maulidur Rasul

1436H

22 – 24 Januari: Kem Kepimpinan Badan

Pengawas Sekolah

1 Februari: Penyampaian Watikah 02
Pelantikan Pengawas Sekolah
Februari 2015
5 Februari: Kejohanan Merentas Desa
Peringkat Sekolah

9 Februari: Pasca Banjir Bersama YB DUN
Pengkalan Kubor

14 Februari: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33

03Mac 2015

1 Mac: Majlis Runding Cara dan Penetapan Target SPM 2015.
2 Mac:Program Pemantapan Sahsiah Pelajar Tingkatan 4
3 Mac:Selangkah Ke UITM dan Pameran Kerjaya
8 - 12 Mac:PKBS 1
13 - 21 Mac:Cuti Pertengahan Penggal Pertama
24 Mac:Penyampaian Memo Naik Pangkat Kepada Penolong-Penolong Kanan
29 Mac:Pelancaran Program ATHAM (SUHAKAM)

5 April: 04 april 2015
Penyampaian
Watikah Pelantikan
Pengawas Koperasi, PSS, ICT, BOSS

dan PRS
6 April: Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid PPD Tumpat

19 April: Pelancaran Program Sekolah Penyayang
29 April: Lawatan Ke Pesta Buku Kelantan 2015
29 April: Majlis Anugerah Kecemerlangan Asrama
30 April: Rehat Minda Bersama UMT

25

05

Mei 2015

2 Mei: Malam Amal PIBG 2015
13 Mei: Bacaan Yassin Untuk Allahyarham Sir Mohd Rozaidi Bin Awang
18 Mei: Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
10 - 28 Mei: Peperiksaan Pertengahan Tahun
28 Mei: Taklimat Pelaksanaan PBPPP

29 - 31 Mei: Cuti Pertengahan Tahun

06

1 - 13 Jun: Cuti Pertengahan Tahun Jun 2015

16 Jun: Program Pembangunan Sahsiah Diri dan

Disiplin Murid PPD Tumpat

17 Jun: Majlis Runding Cara Akademik SPM

21 Jun: Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan

10 - 28 Mei: Peperiksaan Pertengahan Tahun

07Julai 2015

1 Julai: Majlis Berbuka Puasa Asrama
12 Julai: Program Ngaji@SMKG
13 Julai: Majlis Khatam Al-Quran Dan Pembahagian Wang Zakat
13 Julai: Mesyuarat Guru Kali Kedua

27 Julai: Pelancaran Bulan Dakwah & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
28 & 30 Julai: Program Masih Ada Yang Sayang PT3
29 Julai: Runding Cara Bersama Ibu Bapa PT3

3 - 5 Ogos: Peperiksaan Percubaan PT3.

6 Ogos: Program Praktikal Penyembelihan Binatang

9 Ogos: Anugerah NILAM 2015

14 Ogos: Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pengetua SMKG

16 Ogos: Pelancaran Kempen Kiba

Jalur Gemilang Dan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Ogos: Kursus Peningkatan Profesionalisme
4/2015

24 - 26 Ogos: Karnival Sukan Dan
Permainan

30 Ogos: Sambutan Ambang
0822 Siri 2015

Ogos

Merdeka Asrama

31 Ogos: Kembara merdeka

bersama KTM

26

TUBUH BADAN MANUSIA

Operasi Otak Bersamaan Dengan Jumlah Kuasa Bagi Sebiji
Mentol 10 watt. Otak manusia menggunakan lebih kurang
200 kilokalori sehari yang bersamaan dengan 10 watt
kuasa. Sebagai perbandingan yang lebih jelas, 10 watt itu
bersamaan dengan 1/10 daripada kuasa yang digunakan
oleh sebiji mentol dengan kekuatan 100 watt.

Badan ‘bersalin’ Kulit Setiap Tujuh Tahun. Adakah anda
sedar, sebanyak 25 000 000 sel anda sudah mati sebaik
saja anda habis membaca ayat ini! Jangan bimbang,
pada masa sama badan terus menghasilkan 300 bilion sel
setiap hari bagi menggantikan sel yang rosak dan musnah.
Perkara ini berterusan sehingga semua sel digantikan dengan
lengkap selama tujuh tahun.

Isyarat Saraf Bergerak Selaju 250km sejam. Isyarat saraf bergerak
sangat laju, iaitu sehingga 250 kilometer sejam. Ini bersamaan dengan
kelajuan kereta Formula 1. Bagaimanapun, kelajuan ini bergantung kepada
sesetengah saraf. Sebagai contoh, jari yang terbakar akan cepat menghantar
isyarat kepada otak terus kemudian dihantar kembali kepada jari terbabit
supaya menjauhi api dalam tempoh sekelip mata.

100 000 Batu Panjang Salur Darah Manusia. Jika disambungkan kesemua salur
darah yang ada pada seorang kanak-kanak kecil, anda akan dapat sehingga
60 000 batu panjangnya. Lebih menakjubkan lagi bagi orang dewasa pula
panjangnya boleh mencecah sehingga 100 000 batu. Jika dililit pada bumi
pula, salur darah terbabit akan dapat membuat lebih daripada empat lilitan!
Sel bertindak balas dengan niat atau fikiran anda. Minda sangatlah berkuasa
dan benar-benar mengawal segala kelakuan dan tingkah laku tubuh anda.
Berita baiknya, anda mendapat mengawal minda anda dan menyalurkannya
kepada jalan yang lebih baik. Sentiasalah berfikiran positif kerana fikiran positif
akan juga menarik perkara positif, seperti menguatkan fungsi imunisasi tubuh.

Susunan Oleh;
Mohd Faiz Bin Mohd Fauzi
4 SAINS 1

27

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puja dan puji hanya milik Allah yang dengan nikmat-Nya
maka sempurnalah segala amal kerja kebaikan. Selawat dan salam buat
Rasulullah, ahli keluarganya, sahabat dan golongan yang mengikut jejak
langkah mereka dengan ihsan sehingga hari pembalasan.

Alhamdulillah, atas izin dan kurnia Allah, pihak Badan Redaksi merakamkan
kesyukuran dengan terbitnya majalah tahunan sekolah iaitu Bayu 7 edisi
ke 9, 2015. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat
dalam menyiapkan majalah ini sehingga berada di tangan anda semua.
“MURID BERADAB, ILMU BERKAT, GENERASI HEBAT” menjadi ‘tag line’
Bayu 7 edisi kali ini. Penyair Arab, Syauqi Bay pernah berkata “Sesuatu
bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik, apabila akhlak mereka
rosak, musnahlah bangsa tersebut”.

Namun pada hari ini, fenomena yang cukup membimbangkan kerana adab
murid terhadap guru kian terhakis. Pelajar perlu disedarkan bahawa adab-
adab terhadap guru perlu disematkan, dihayati dan diamalkan bukan untuk
kepentingan guru, tetapi untuk kepentingan mereka.

Ketahui pelajar, dua natijah yang bakal anda nikmati apabila beradab
terhadap guru iaitu REDHA GURU dan ILMU YANG BERKAT. Guru akan

senang hati dengan murid yang beradab. Secara tidak langsung akan
menjalin hubungan baik dan dengan ini, mudahlah bagi guru
untuk menyampaikan ilmu. Reda guru akan membawa redha
Allah. Apabila reda Allah dan reda guru diraih, ilmu yang
disampaikan itu bakal menjadi ilmu yang berkat iaitu
ilmu yang berupaya menjana perkara-perkara seperti
mendekatkan diri kepada Allah, ilmu itu juga dapat
diamalkan dalam kehidupan seharian bukan sekadar untuk
lulus dalam peperiksaan semata-mata. Ilmu yang berkat
juga akan mendorong seseorang untuk meningkatkan amal
kepada Allah dan menabur bakti kepada manusia.

Tidak salah menghasilkan ahli sukan ternama, tetapi
alangkah baik sekiranya mereka ini beradab dan sentiasa
ingat akhirat. Tidak salah menghasilkan ahli profesional
dan teknokrat yang hebat, tetapi negara akan lebih bertuah
kalau mereka ini sentiasa sedar bahawa tugas mereka
adalah ibadah dan amanah. Semua ini bermula di rumah
dan dibajai di sekolah.

Pastinya kita sebagai guru akan melakukan apa sahaja,
agar murid menjadi beradab, menerima ilmu yang berkat,
seterusnya menyumbang kepada lahirnya generasi hebat.

RAMLAH HAYAT
Ketua Pengarang Bayu 7

28

Kulit Depan Terbaik Kulit Belakang Terbaik
NOR HAFIZA BT ROSLI NOR EZATI BT AWANG HUSSIN

Pengerusi Pengawas ICT Pengerusi Pengawas Koperasi

Iklan Terbaik Gambar Guru Terbaik
MOHD FAIZ BIN MOHD FAUZI HAWA NAJIHAH BT HAMZAN

Pengerusi Pengawas PSS Pengerusi PRS

“Diharapkan PN. LATIFAH BT MOHD ZAIN
Bayu 7 tahun ini lebih Guru Paling Senior Di SMKG
“Semoga Bayu 7 sentiasa
berkualiti untuk sarat dengan info-info terkini,
tatapan kita semua”.
PN. ROBIYAH BT AWANG LAH terus berkembang dan
Guru Paling Senior Di SMKG memahatkan memori indah

untuk semua”. “Saya doakan
majalah Bayu 7 terus

menjadi bahan
dokumentasi
utama sekolah kita”

NURUL ASILAH
Pelajar Harapan SPM 2015

“Saya berharap
kualiti majalah
Bayu 7 dapat ditingkatkan
dari semasa ke semasa”.

PN. NIK NURAIBY FEBRY BT IBRAHIM
Pengasas Kiosk KOSMEG

29

PEN. KETUA PENGARANG: EN. TAUFIK AWANG

KETUA PENGARANG: PN. RAMLAH HAYAT

PENYELARAS: UST. DUNIYA &
EN. WAN ASMAZLEM

AHLI LEMBAGA PENGARANG: PN. SITI NORMAH, PN. ROHANI@ROY,
PN. HUSMAHWATI DAN PN. HASMAWATI

PENGURUS FOTOGRAFI: EN. MOHD ADZHAR JURUKAMERA: EN. CHENG, EN. MOHD NORHISYAM DAN
EN. AZMEE

30

EDITOR UNIT TUGAS KHAS
DARI KIRI: HADHIRA (KETUA), AMIRUL & SYAZWANI DUDUK DARI KIRI: ANIS SOFEA & FAIDHUL (KETUA)

BERDIRI DARI KIRI: ATIKAH & AIN NATASYA

UNIT ICT
DARI KIRI: HASMIMI, SHARMIRA, FARIZUWAN (KETUA), ROSNANI & FITRI AMINI

UNIT FOTOGRAFI
DUDUK DARI KIRI: DANIEL & AZRUL

BERDIRI DARI KANAN: FAIZ (KETUA), SYAFIKA, ZETI, ZULAIKHA, SUHA & ALWANI

31

32

Anugerah Citra

MAJALAH SEKOLAH 2014

Tarikh : 15 Oktober 2014
Tempat : Ruang Legar KB Mall

33

Majlis Kesyukuran Bayu 7

Tarikh : 19 Oktober 2014
Tempat : Bilik PdP PAK

34

35

36

AMAA SNI ENTERPRISE
Lot 1894-A, Jalan Pasir Pekan Pasir Mas
16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Tel: 019-9788604

Kabamlimaaniktdaimntneaugnnl,aiwdslaa,arnmkkiathnnoiapdtk-meeua,lpteknfigooktsaokpsatnat,

37

38

DARI KANAN: TUAN HAJI WAN NORDIN BIN WAN SALLEH (GKTV),
EN. ALAMIN BIN TAHIR (GKB), EN. CHE ABD HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO),
EN. ANUAR BIN MUSA (PKP), TUAN HAJI GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA),

TUAN HAJI WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM).
EN. AB GHANI BIN ALI (GKSM) DAN EN. MAHADI BIN YAAKOB (GKSS)

DUDUK DARI KANAN: EN. HASIM BIN KAMARUDDIN, TUAN HAJI CHE ISMAIL BIN CHE HASSAN,
EN. NIK AZLAN BIN NIK MOHD AFFANDI, EN. MOHAMAD ADZHAR BIN MOHAMAD, EN. AB GHANI BIN ALI (GK SM),
TN. HJ. WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM), TN. HJ. GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA), EN. ANUAR BIN MUSA (PK P),
EN. CHE ABDUL HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO), EN. ELIAS BIN ABDULLAH, EN. ZAKIRUDIN BIN ISMAIL DAN EN. FAUZI BIN IBRAHIM.

BERDIRI DARI KANAN: PN. NORASIAH BT AB RAZAK, CIK CHE RAFIDAH BT JUSOH, PN. HASMAWATI BT MAT HASAN,
PN. FADZILAH BT ABDUL SATTAR, PN. NOOR ARTIQAX BT MOHAMMED, PN. ADIANA BT SAID,

PN. WAN HASNI BT WAN MUHAMMAD KHALID, PN. WAN NOR SINAWATI BT WAN ABD KADIR, PN. RAMLAH BT HAYAT,
PN. ROHANA BT IBRAHIM, PN. NORBAIZURA BT ADNAN DAN YM TENGKU AHLAMIAH BT TUAN MOHD AMIN.

39

40

DUDUK DARI KANAN: US. HUSSAIN BIN MUHAMMAD, EN. CHE HASSAN BIN CHE MAHMOOD,
US. DUNIYA BIN OTHMAN, EN. ABDULLAH BIN MOHAMAD, EN. MAHADI BIN YAAKOB (GK SS),
TN. HJ. WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM), TN. HJ. GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA),

EN. ANUAR BIN MUSA (PK P), EN. CHE ABDUL HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO),
EN. WAN ASMAZLEM BIN WAN MUHAMMAD, EN. CHUAN A/L EH TEM, US. ABD RAZAK BIN HUSSIN DAN EN. AZMEE BIN DIN.

BERDIRI DARI KANAN: EN. TAUFIK BIN AWANG, PN. ROSELIZA BT MOHAMED, PN. RODIAH BT NAN,
PN. WAN SURYANI BT WAN HUSSIN, PN. ROBIYAH BT AWANG LAH, PN. FADILAH BT YACOB, PN. NUR KAMARIAH BT RAMLI,
PN. CHE MAZITTA BT MUSTAPHA, PN. SURAYAR BT ISMAIL, PN. HALAWIAH BT SHEIK HASSAN, PN. FARIDAH BT IBRAHIM,

PN. MUHAIBAH BT HUSSIN, PN. AZMAL BT MUHAMMAD, PN. ROHAIZAN BT RAMLI, PN. NOOR HAYATI BT IBRAHIM DAN
EN. CHAN CHAK REN A/L CHAU LAN.

DUDUK DARI KANAN: PN. ZAHARIAH BT ISMAIL, EN. CHENG EIK SOON, ALLAHYARHAM MOHD ROZAIDI BIN AWANG,
EN. ZULKIFLI BIN SULAIMAN, EN. ALAMIN BIN TAHIR (GK B), TN. HJ. WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM),

TN. HJ. GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA), EN. ANUAR BIN MUSA (PK P), EN. CHE ABDUL HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO),
EN. KAMARUL ZAMAN BIN MOHD YUSOF, EN. IRWAN BIN ZAKARIA DAN PN. ROHANI BT YAACOB.

BERDIRI DARI KANAN: PN. MAZNAH BT MAT JUSOH, CIK KHOO SIEW SUAN, PN. FILZAH BT CHE AMZAH, CIK LIM YORK FANG,
PN. MAIZURA BT DERASED, PN. HUSMAHWATI BT HUSSIN, CIK TEO BIN LUAN, PN. ROHANI BT YUSOF, PN. AZIZAH BT ABD RAHMAN,
PN. SHAZURA AKHMAR BT ISMAIL, PN. NAIZAWATI BT MAHAMAD, PN. NIK NORAINI BT ISMAIL DAN PN. SITI NORMAH BT ABDULLAH.

41

42

DUDUK DARI KANAN: EN. MOHD HADADI BIN DERAHIM, TUAN HAJI ZAINAL BIN SARIB, EN. MOHD ZUL HASYMI BIN MOHD YUSOFF,
TUAN HAJI WAN NORDIN BIN WAN SALLEH (GK TV), TN. HJ. WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM),

N. HJ. GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA), EN. ANUAR BIN MUSA (PK P), EN. CHE ABDUL HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO),
EN. MOHD NASARUDDIN BIN MOHAMED DAN YM KU MARUDZI BIN CHE KU MUDA.

BERDIRI DARI KANAN: PN. RAGAYAH BT ISMAIL, PN. ROHAIZAH BT ABD WAHAB, PN. SALWANI BT ISMAIL,
PN. NIK NORIZA BT NIK YUSOF, YM TENGKU HARLINA BT TK. SENIK, PN. ZAINON BT MAT DAN PN. ROZATI BT SENIK.

DEPAN DARI KANAN: PN. ROHANA BT SALLEH (CC), EN. WAN NORDIN BIN WAN SALLEH (GKTV), EN.ALAMIN BIN TAHIR (GKB), EN. CHE ABDUL HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO), EN. ANUAR BIN MUSA (PKP), 43
EN. GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA), EN. WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM), EN. AB GHANI BIN ALI (GKSM), EN. MAHADI YAAKOB (GKSS) DAN PN. HASMAH BT AWANG LAH.
BELAKANG DARI KANAN: PN. WAN MUNAH BT WAN ABDULLAH, CIK ROHIDAWATI BT MUHAMAD, PN. MAZIAH NOR BT MAT, PN. SITI NOOR BT ISMAIL, EN. MOHAMED BIN MUDA,
EN. AHMAD ZAKRI BIN IBRAHIM, EN. MIDIN BIN HAMAT, EN. MOHD YURIZA BIN ZAINOL, PN. MAZNAH BT ABD KADIR, PN. SITI ZAHARAH BT ZAKARIA, CIK SITI KHATIJAH BT RAMLI DAN
PN. NOOR HABIBI BT MAH HASSAN.
TIADA DALAM GAMBAR: EN. KAMAL BIN RIFIN DAN PN. NUR ATIQAH BT ABD GHANI.

44

DEPAN DARI KANAN: EN. ZAKIRUDDIN BIN ISMAIL, EN. TAUFIK BIN AWANG, TN. HJ. ABD RAHIM BIN MOHAMED, EN. IZZUDIN BIN YAACOB, EN. WAN ASMAZLEM BIN WAN MUHAMMAD,
EN.ALAMIN BIN TAHIR (GKB), TN. HJ. WAN NORDIN BIN WAN SALLEH (GKTV), EN. CHE ABDUL HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO), EN. ANUAR BIN MUSA (PKP), TN. HJ. GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA),

TN. HJ. WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM), EN. AB GHANI BIN ALI (GKSM), EN. MAHADI BIN YAAKOB (GKSS), TN. HJ. CHE ISMAIL BIN CHE HASSAN, EN. MOHD ARIFIN BIN CHE HARUN,
EN. HASIM BIN KAMARUDDIN, EN. CHENG EIK SOON DAN UST. MOHD AZHAR BIN MOHD ZAIN.

TENGAH DARI KANAN: EN. ABDULLAH BIN MOHAMED, EN. HASMADI BIN MAT KASIM, EN. MOHD AZAN BIN MOHAMED NOOR, EN. MOHD NASARUDDIN BIN MOHAMED, UST. HUSSAIN BIN MUHAMAD,
EN. AZMI BIN ISMAIL, EN. MOHD NORHISYAM BIN BAKORI, EN. NIK AZLAN BIN NIK MOHD AFFANDI, YM KU MARUDZI BIN CHE KU MUDA, EN. AZMEE BIN DIN@AHMAD, EN. MOHD ZUL HASYMI BIN MOHD YUSOFF,

EN. FAUZI BIN IBRAHIM, EN. CHAN CHAK REN A/L EH TEM, EN. MOHD ZALANI BIN CHE AWANG, EN. CHE HASSAN BIN CHE MAHMOOD DAN UST. DUNIYA BIN OTHMAN.
BELAKANG DARI KANAN: EN. MOHAMAD ADZHAR BIN MOHAMAD, EN. CHUAN A/L EH TEM, EN. KAMARUL ZAMAN BIN MOHD YUSOF, EN. ROSLI BIN MOHAMED NOOR, EN. WEE CHU GAN,
EN. MOHD HADADI BIN DERAHIM, EN. MOHD ZULKIFLI BIN SULAIMAN, EN. BAKRI BIN ABDUL RAHMAN, TN. HJ. ZAINAL BIN SARIB, UST. ABD RAZAK BIN HUSSIN, EN. ELIAS BIN ABDULLAH,

EN. IRWAN BIN ZAKARIA DAN EN. YEP CHYE HOCK.
TIADA DALAM GAMBAR: EN. ZULKIFLI BIN AWANG BESAR

DEPAN DARI KANAN: PN. ROHANA BT IBRAHIM, PN. RAMLAH BT HAYAT, PN. WAN MARHANA BT WAN NAMAT@WAN HUSSIN, PN. HUSMAHWATI BINTI HUSSIN, PN. NOOR ARTIQAX BT MOHAMMED, 45
PN. NUR KAMARIAH BT RAMLI, EN. ALAMIN BIN TAHIR (GKB), TN. HJ. WAN NORDIN BIN WAN SALLEH (GKTV), EN. CHE ABDUL HASHIM BIN IBRAHIM (PK KO), EN. ANUAR BIN MUSA (PK PENTADBIRAN),

TN. HJ. GHAZALI BIN IBRAHIM (PENGETUA), TN. HJ. WAN MANAP BIN WAN ISMAIL (PK HEM), EN. AB GHANI BIN ALI (GKSM), EN. MAHADI BIN YAAKOB (GKB), PN. NORHANA BT ISMAIL,
USTZH. HALAWIAH BT SHEIK HASSAN, PN. LATIFAH BT MOHD ZAIN, PN. ROBIYAH BT AWANG LAH, USTZH. FADILAH BT YAACOB, PN. SALWANI BT ISMAIL.

TENGAH DARI KANAN: PN. RAGAYAH BT ISMAIL, USTZH. RODIAH BT NAN, USTZ. ROHAIZAN BT RAMLI, USTZH. MUHAIBAH BT HUSSIN, PN HASMAWATI BT MAT HASSAN, PN. FADZILAH BT AB SATTAR,
PN. NIK NURAIBY FEBRY BT IBRAHIM, PN. ROHANI BT YUSOF, PN. NIK NORIZA BT NIK YUSOFF, PN. AZIZAH BT ABD RAHMAN, PN. SHAZURA AKHMAR BT ISMAIL, PN. WAN HASNI BT WAN MUHD KHALID,
PN. SURAYAR BT ISMAIL, PN. CHE MAZITTA BT MUSTAPHA@AHMAD, PN. ADIANA BT SAID, PN. CHE ANIZA BT CHE ABDULLAH, PN. TENGKU HARLINA BT TENGKU SENIK, PN. ROHAIZAH BT ABDUL WAHAB,

PN. THEN BEN CHIN, PN. NORAINI BT ISMAIL, PN. ROZATI BT SENIK, USTZH. ROSELIZA BT MOHAMED.
BELAKANG DARI KANAN: PN. NOOR HAYATI BT IBRAHIM, CIK CHE RAFIDAH BT BT JUSOH, PN. WAN SURYANI BT WAN HUSSIN, CIK LIM YORK FANG, CIK KHOO SIEW SUAN,
YM TENGKU AHLAMIAH BT TUAN MOHD AMIN, USTZH. AZMAL BT MUHAMMAD, PN. FARIDAH BT IBRAHIM, PN. NAIZAWATI BT MAHAMAD, PN. ZAHARIAH BT ISMAIL, PN. WAN NOR SINAWATI BT WAN ABD.KADIR,
CIK TEO BIN LUAN, PN. ZAINON BT MAT, PN. FILZAH BT CHE AMZAH@HAMZAH, PN. SABRENA BT MUSTAFFA, PN. NOR BAIZURA BT ADNAN, PN. ROHANI BT YAACOB, PN. SITI NORMAH BT ABDULLAH,

PN. NOR ASIAH BT ABD RAZAK, DAN PN. SITI FATIMAH BT MOHD AMIN.
TIADA DALAM GAMBAR: PN. MAIZURA BT DERASED, PN. MAZNAH BT MAT JUSOH DAN PN. WAN IRWANI BT WAN ISMAIL.

46

47

SETIAUSAHA: PN. NORHANA BT ISMAIL

SETIAUSAHA: PN. ROHANA BT SALLEH

48

SETIAUSAHA: EN. TAUFIK BIN AWANG
SETIAUSAHA: EN. IRWAN BIN ZAKARIA

49

EN. ANUAR BIN MUSA TUAN HAJI AB RAHIM BIN MOHAMAD PN. HALAWIAH BT SHEIK HASSAN

GRED: DG48 GRED: DG48 GRED: DG44
JAWATAN UTAMA: PK PENTADBIRAN JAWATAN UTAMA: SETIAUSAHA BADAN DISIPLIN JAWATAN UTAMA: PSU BADAN DISIPLIN

PN. ROHAIZAN BT RAMLI PN. ADIANA BT SAID PN. WAN SURYANI BT WAN HUSSIN

GRED: DG48 GRED: DG41 GRED: DG44
JAWATAN UTAMA: GURU KELAS JAWATAN UTAMA: SETIAUSAHA E-CAKNA JAWATAN UTAMA: BENDAHARI PIBG

EN.WWAANNMASUMHAAMZLMEAMDBIN EN. MOHAMED BIN MUDA YM TENGKU HARLINA BT TK. SENIK

GRED: DG44 GRED: N4 GRED: DG44
JAWATAN UTAMA: KP KEMAHIRAN HIDUP
JAWATAN UTAMA: SETIAUSAHA KOKURIKULUM JAWATAN UTAMA: PEMBANTU OPERASI

50

EN. KAMARUL ZAMAN BIN MOHD YUSOF PN. ZAHARIAH BINTI ISMAIL

MULA KHIDMAT: 01/01/2015 MULA KHIDMAT: 01/01/2015
OPSYEN: BAHASA INGGERIS OPSYEN: BAHASA INGGERIS
SEKOLAH ASAL: SMK PANGKAL KALONG SEKOLAH ASAL: SMK SULTAN YAHYA PETRA 1

PN. SITI FATIMAH BT MOHD AMIN NUR ATIQAH BT ABD. GHANI

MULA KHIDMAT: 01/01/2015 MULA KHIDMAT: 12/02/2015
OPSYEN: BIMBINGAN & KAUNSELING PEM. PNGURUSAN MURID
SEKOLAH ASAL: SMK TENGKU INDRA PETRA II SEKOLAH ASAL: SK SRI WANGI

PN. ROHANA BT SALLEH PN. CHE MAZITTA BINTI MUSTAPHA@AHMAD

MULA KHIDMAT: 04/05/2015 MULA KHIDMAT: 01/01/2015
KETUA PEMBANTU TADBIR OPSYEN: SEJARAH
SEKOLAH ASAL: SMK KAMPONG LAUT
SEKOLAH ASAL: SMK SUNGAI ASAP


Click to View FlipBook Version