RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TINGKTAN 3 TEMA: KECERDASAN MENINGKAT, KETERAMPILAN MEMIKAT
1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran BAHASA MELAYU Tingkatan 3 DEDIKASI Bidang pembelajaran/Tema Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat Tajuk Memacu Mutu Sukan Negara Standard Kandungan 4.2 Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan. Standard Pembelajaran 4.2.1 Menggunakan kiasan dan peribahasa dengan betul mengikut konteks. Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal pasti maksud peribahasa melalui aktiviti interaktif. 2. Menggunakan sekurang-kurang lima peribahasa dalam ayat yang betul dan sesuai dengan konteks. 3. Membina satu perenggang karangan berdasarkan satu peribahsa yang dipilih dan membuat pembentangan menggunakan teknologi untuk menunjukkan penggunaan peribahasa dalam situasi kehidupan harian. ABM/BBM Paparan slaid (Google Slides/Canva) Video (YouTube/Vimeo) Laman web interaktif (Quizizz/Kahoot!) Aplikasi pembentangan digital (Google Slides/Canva) Lembaran kerja digital (Google Docs/Padlet) Nilai Tanggungjawab Berkerjasama
2 Strategi Pengajaran Induksi ( 5 Minit) https://youtu.be/guNkWa6632A 1. Murid ditayangkan video video pendek yang memaparkan situasi harian yang mengandungi peribahasa (contoh, seperti kera mendapat bunga) 2. Murid diminta menganalisis video dan meneka maksud peribahasa yang ditunjukkan berdasarkan konteks situasi dalam video. Teknologi digunakan: YouTube atau Vimeo untuk menayangkan video. Langkah 1: Aktiviti 1: Perbincangan Kumpulan Menggunakan Google Docs 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberikan beberapa peribahasa untuk dibincangkan. Setiap kumpulan akan menulis maksud peribahasa dalam Google Docs secara kolaboratif. 2. Kumpulan diminta untuk menulis contoh situasi dalam kehidupan sebenar di mana peribahasa tersebut boleh digunakan. 3. Guru akan memantau aktiviti kumpulan melalui Google Docs dan memberikan maklum balas secara langsung.
3 Aktiviti 2: Penerokaan Maksud Peribahasa (15 minit) Padanan Peribahasa dengan Maksud (WORDWALL) Teknologi digunakan: Wordwall 1. Murid akan menyertai kuiz interaktif menggunakan Wordwall yang menguji mereka untuk memadankan peribahasa dengan maksud yang betul. Setiap soalan akan disertakan situasi yang berkaitan dengan peribahasa. 2. Murid diminta memilih peribahasa yang paling sesuai untuk menjelaskan situasi tersebut. 3. Guru memberi maklum balas langsung tentang jawapan yang betul dan salah untuk memastikan pemahaman yang tepat mengenai maksud peribahasa. Langkah 2: Aktiviti 1: Penulisan Ayat Menggunakan Peribahasa (Google Docs) (20 Minit) 1. Murid diberikan senarai lima peribahasa yang mereka pelajari pada langkah sebelumnya. 2. Murid diminta untuk menulis lima ayat menggunakan peribahasa yang berbeza, dengan memastikan setiap peribahasa digunakan dalam konteks yang sesuai.
4 Aktiviti 2: Pembentangan Ayat dalam Video (Flipgrid/YouTube) ( 20 Minit). Contoh Peribahasa: Bagai aur dengan tebing Seperti kacang lupakan kulit Ada udang di sebalik batu Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Seperti pahat dengan penukul 3. Murid akan menulis ayat mereka di Google Docs dan berkongsi dengan rakan sekelas untuk mendapatkan maklum balas. 4. Guru akan memberikan komen dan membetulkan ayat yang tidak sesuai atau tidak tepat. 1. Murid diminta untuk memilih satu ayat yang mereka rasa paling menarik dan merakam video menggunakan Flipgrid atau YouTube. 2. Murid akan membaca ayat yang mereka buat dan menyatakan konteks di mana peribahasa tersebut digunakan. Sebagai contoh, jika murid memilih peribahasa "Seperti kacang lupakan kulit", mereka perlu memberi contoh situasi di mana seseorang melupakan jasa orang lain. 3. Guru memberi maklum balas
5 secara individu di dalam Flipgrid atau YouTube untuk memastikan murid memahami penggunaan peribahasa dengan tepat dalam situasi sebenar. Langkah 3: Aktiviti 1: Menulis Perenggan Karangan dalam Google Docs ( 20 Minit) Aktiviti 2: Pembentangan Karangan Menggunakan Canva ( 20 Minit) 1. Murid diminta untuk membina satu perenggan karangan yang menggunakan peribahasa yang telah dipilih. Karangan tersebut mestilah menyertakan penggunaan peribahasa dalam situasi yang relevan dan sesuai. Sebagai contoh, jika peribahasa yang dipilih adalah "Bagai aur dengan tebing", murid boleh menulis karangan mengenai hubungan erat antara dua individu yang saling membantu dan bergantung antara satu sama lain. 2. Murid menulis karangan mereka secara individu dalam Google Docs, kemudian berkongsi dengan guru untuk mendapatkan maklum balas tentang penggunaan peribahasa yang betul dan struktur karangan yang sesuai. 1. Setelah karangan ditulis, murid diminta untuk membentangkan karangan
6 Penutup: mereka secara kreatif menggunakan Canva. Dalam pembentangan, murid perlu menerangkan penggunaan peribahasa yang mereka pilih, dan memberi contoh situasi kehidupan sebenar yang menunjukkan penggunaan peribahasa tersebut. 2. Murid perlu menggunakan gambar, animasi, dan teks dalam Canva untuk memperkuatkan pembentangan mereka dan menjadikan ia lebih menarik. 3. Guru memberikan maklum balas positif dan menyediakan ruang untuk perbincangan selepas setiap pembentangan untuk membincangkan kreativiti dan ketepatan penggunaan peribahasa. Pengulangan dan Refleksi Pembelajaran: 1. Murid diingatkan oleh guru untuk menyemak dan mengingat semula peribahasa-peribahasa yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajaran hari ini. 2. Guru akan meminta beberapa murid untuk
7 berkongsi peribahasa yang mereka pilih, serta contoh situasi kehidupan harian di mana peribahasa tersebut dapat digunakan. Ini akan memastikan murid memahami dengan lebih mendalam konteks peribahasa yang dipelajari. 3. Guru akan mengemukakan beberapa soalan kepada murid untuk merefleksikan pembelajaran yang telah dilakukan: "Bagaimanakah peribahasa yang telah kita pelajari dapat digunakan dalam kehidupan seharian?" "Adakah penggunaan peribahasa ini dapat meningkatkan komunikasi dan pemahaman kita dalam kehidupan harian?" "Apakah cabaran yang anda hadapi ketika menggunakan peribahasa dalam karangan dan pembentangan?
8