The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOSIOLOGI: KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 816-25-norhananayuni, 2024-03-09 21:03:26

SOSIOLOGI: KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN

SOSIOLOGI: KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN

2


2.1 BAHASA Isi Kandungan PENGENALAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN. FAKTOR WUJUD KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN 1.0 2.0 2.2 BANGSA 2.3 AGAMA DAN KEPERCAYAAN 3.0 3.1 MENGERATKAN PERPADUAN ANTARA KOMUNITI SEKOLAH. 1 2 3 4 5 6 7


Isi Kandungan 4.0 RUMUSAN 3.3 KETIDAKSAMAAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI DI SEKOLAH RUJUKAN 3.2 GURU AKAN DAPAT BELAJAR DAN MENGETAHUI KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG MURID DENGAN LEBIH MENDALAM. 8 9 10 11


Kepelbagaian sosiobudaya dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang bangsa, bahasa, adat resam, kaum, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan serta jantina yang telah diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Dalam sebuah institusi pendidikan, kewujudan kepelbagaian sosiobudaya akan memberi kesan secara tidak langsung kepada perkembangan pendidikan secara umumnya. Salah satu aspek yang dapat digunakan untuk menentukan baik buruknya kualiti sebuah Lembaga pendidikan (sekolah) ialah hubungan dan gabungan yang baik antara ibu bapa, guru, murid, kakitangan dan sekolah (Rahminur Diadha, 2015). Oleh itu, banyak faktor yang mewujudkan kepelbagaian sosial dalam komuniti sekolah dan semestinya mempunyai kesan dari segi positif mahupun negetif. 1.0 PENGENALAN 1


2.0 FAKTOR WUJUD KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN Terdapat beberapa faktor kewujudan kepelbagaian sosiobudaya dalam komuniti sekolah dan pendidikan antaranya ialah: 2.1 BAHASA 2.2 BANGSA 2.3 AGAMA DAN KEPERCAYAAN 1 2


Bahasa kebangsaan sangat penting bagi pembinaan identiti sesebuah negara (Sharifah Darmia Sharif Adam, 2019). Uniknya negara Malaysia kerana mempunyai pelbagai bahasa dan loghat mengikut latar belakang budaya masing-masing. Di pendidikan menengah, pendidikan menawarkan kepada pelajar dalam mempelajari bahasa seperti bahasa mandarin dan perancis. Sudah diketahui, bahasa mandarin merupakan bahasa kedua dan banyak digunakan di seluruh dunia. Selain itu, terdapat variasi loghat yang digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah. Contohnya, loghat Kelantan, kedah dan jawa. Dengan wujudnya pelbagai bahasa selain bahasa kebangsaan ini, maka timbul kepelbagaian sosial dalam kalangan komuniti sekolah. Hal ini dapat memudahkan pelajar komunikasi, bergaul dengan rapat dan selesa berinteraksi antara komunti sekolah. Contohnya, pelajar melayu boleh menggunakan bahasa mandarin yang dipelajari ketika berinteraksi dengan guru berbangsa cina mahupun rakan berbangsa cina. Malahan, Di Malaysia, bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan merupakan bahasa pengantar utama yang bertindak sebagai alat komunikasi dan perhubungan dalam bentuk penulisan, lisan mahupun bahasa isyarat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Contohnya, penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam program PIBG yang dilaksanakan di sekolah. Penggunaan bahasa kebangsaan menjadikan semua komuniti sekolah dapat memahami isi kandungan yang disampaikan. Oleh itu, kepelbagaian bahasa yang dipelajari menunjukkan terhadap wujud pelbagai sosiobudaya di sekolah. 2.1 BAHASA 3


Selain itu, kehadiran pelbagai bangsa juga merupakan faktor dalam wujud kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Persekitaran sekolah yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya membolehkan mereka memasuki anak-anak di sebuah sekolah yang berdekatan. Walaupun begitu, sistem pendidikan Malaysi terdiri daripada tiga jenis aliran, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)). Ibu bapa berhak dalam menetapkan sekolah anak-anak dalam menerima pendidikan. Bagi kaum cina dan india, mereka lebih memilih untuk menempatkan anak mereka di sekolah aliran masing-masing. Sama juga seperti kaum melayu gemar memilih sekolah jenis kebangsaan cina kerana mempunyai kelebihan tersendiri. Namun, terdapat segelintir ibu bapa kaum cina dan india memilih dalam meletakkan anak mereka di sekolah kebangsaan berdekatan kerana mempunyai beberapa faktor seperti jarak sekolah yang jauh, ekonomi tidak stabil, persekitaran kediaman baik dan ada sifat kesedaran dalam diri ibu bapa untuk meningkatkan perpaduan. Dengan adanya kepelbagaian bangsa di sekolah, dapat memberi kesedaran kepada guru dalam memupuk perpaduan antara kaum, bangsa, agama dan budaya. Contohnya, mengadakan sambutan hari kemerdekaan dengan meriah bagi meraikan kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di sekolah. Kemasukan pembelajaran di sesebuah sekolah adalah berpunca daripada pilihan ibu bapa, jadi hubungan antara sekolah dan keluarga adalah saling mempengaruhi (Ngien Ming Ming & Ching Thing Ho, 2016). Maka wujudnya kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. 2.2 BANGSA 4


Seterusnya, kepelbagaian sosiobudaya dari aspek agama dan kepercayaan. Setiap bangsa di Malaysia ini mempunyai kepercayaan dan agama individu sendiri seperti islam, buddha, hindu, kefahaman animisme dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar pemerintahan yang bercorak keislaman. Islam terpilih kerana kesucian dan kesempurnaan ajaran itu tersendiri seperti mengamalkan cara hidup hormat-menghormati keharmonian alam, mudah difahami dan rasional serta tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-mata tetapi merangkumi kesemua ras manusia sedunia (Ahmad Munawar Ismail et.al, 2012). Namun setiap individu bebas memilih dalam beragama. Pada masa yang sama, murid membawa ke sekolah pelbagai nilai dan kepercayaan yang diwariskan kepada mereka oleh ibu bapa. Asuhan dan didikan yang diterima oleh seseorang murid dari persekitaran keluarga menimbulkan perbezaan pengetahuan dari segi agama. Oleh itu aktiviti kerohanian bagi setiap kamu diasingkan. Aktivti kerohanian di sekolah rendah kebangsaan dilaksanakan seminggu sekali dan kebiasaan dijalankan pada setiap hari jumaat. Contohnya, bagi agama islam bacaan surah yassin dan agama selain islam melakukan aktiviti moral. Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah diterapkan ilmu dan pengetahuan tentang kepelbagaian agama kepada murid. Penerapan ini dapat melahirkan murid yang berpengetahuan untuk bertoleransi iaitu dengan saling hormat menghormati, menerima dan menghargai individu mahupun masyarakat yang berlainan agama dalam persekitaran hidup mereka (Jeffry Simson et.al, 2020). Secara keseluruhanya, agama berlainan yang dibawa oleh komuniti sekolah telah mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya yang mampu memberi manfaat dalam kehidupan. 2.3 AGAMAN DAN KEPERCAYAAN 5


3.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN Dengan kewujudan kepelbagaian sosiobudaya di institusi pendidikan, pastinya terdapat implikasi terhadap komuniti sekolah dan pendidikan sama ada dalam konteks positif mahupun negetif. Antaranya ialah: 3.1 MENGERATKAN PERPADUAN ANTARA KOMUNITI SEKOLAH 3.2 GURU AKAN DAPAT BELAJAR DAN MENGETAHUI KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG MURID DENGAN LEBIH MENDALAM. 3.3 KETIDAKSAMAAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI DI SEKOLAH 6


Antara implikasi kepelbagaian soiobudaya dari aspek positif ialah dapat mengeratkan perpaduan antara komuniti sekolah. Pembentukan perpaduan perlu bermula di peringkat awal iaitu seawal sekolah rendah dengan galakan daripada komuniti sekolah (Hasnul Husna Hussien & Mohd Syariefudin Abdullah, 2018). Perpaduan antara komuniti sekolah amat penting bagi menjayakan pendidikan agar berjalan dengan lancar. Antara contoh aktiviti yang dilaksanakan dalam mengeratkan pepaduan ialah aktiviti gotong royong membersihkan sekolah. Program ini boleh melibatkan semua komuniti sekolah seperti guru, kakitangan sekolah, murid dan lebih-lebih lagi ibu bapa yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya. Hal ini dapat mewujudkan suasana sekolah yang bersih, ceria dan dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam melaksanakan pendidikan sekali gus mengeratkan silatulrahim antara komuniti sekolah lebih lagi ibu bapa dan guru. Dengan perpaduan yang ditunjukkan oleh komuniti sekolah, pendidikan dapat dikembangkan dengan menerapan nilai-nilai murni dalam diri murid seperti nilai kerjasama, nilai menghormati dan sebagainya (Hussein Haji Ahmad & Haneza Ab. Hamid, 2015). Hal ini menunjukan pendidikan bukan sahaja berfungsi dalam memenuhi keperluan hidup semata-mata, malahan berperanan dalam mewujudkan penyatuan dalam kalangan Masyarakat (Nur Ayuni Nusaibah Husin & Amir Hasan Dawi, 2019). Oleh itu, pihak komuniti sekolah haruslah memainkan peranan dalam menyatupadukan perpaduan masyarakat dengan memperbanyakan lagi aktiviti sosial. 3.1 MENGERATKAN PERPADUAN ANTARA KOMUNITI SEKOLAH. 7


Implikasi positif dalam kalangan komuniti sekolah yang seterusnya ialah guru akan dapat belajar dan mengetahui kepelbagaian latar belakang murid dengan lebih mendalam. Setiap murid di sekolah datang dari pelbagai latar belakang ekonomi keluarga, tahap kebolehan dalam pembelajaran dan latar belakang sosiobudaya. Contohnya, kedatangan pelajar cina dan india di sebuah sekolah melayu atau pelajar melayu ke sekolah cina dan india yang mempunyai latar belakang sosialbudaya yang berbeza. Hal ini, menunjukan guru dapat mempelajari budaya yang berbeza bagi setiap murid. Maklumat yang diperolehi daripada setiap murid dapat membantu guru dalam menyampaikan pembelajaran dan maklumat dengan berkesan seterusnya dapat meningkatkan pencapai akademik murid. Misalnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, topik yang diajar oleh guru pada masa itu adalah berkaitan dengan kebudayaan sesebuah kaum. Guru dapat gunakan maklumat yang dipelajari daripada murid sebagai nilai tambah dalam memberi penerangan yang jelas kepada murid. Hal ini menunjukan golongan pendidik merupakan individu yang berperanan penting menghasilkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi (Anuar Ahmad & Nelson Jinggan, 2015). Selain itu, dengan mengetahui kepelbagian budaya di sekolah, dapat mewujudkan sikap sedar dan hormat-menghormati guru-guru terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid di sekolah. Contohnya, guru perlu menyambut semua perayaan bagi setiap kaum seperti Hari Raya Aidilftri untuk kaum melayu, hari raya cina untuk kaum cina dan hari Deepavali untuk kaum india. Secara tidak langsung guru dan murid dapat menjalinkan hubungan yang positif di antara mereka. Guru berkesan adalah guru yang dapat membina hubungan yang baik dengan pelajarnya dari segi emosi, selamat, boleh dipercayai serta melayaninya secara berperikemanusiaan (Norashikin Abu Bakar et.al, 2015). 3.2 GURU AKAN DAPAT BELAJAR DAN MENGETAHUI KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG MURID DENGAN LEBIH MENDALAM. 8


Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya juga memberi implikasi yang negetif iaitu ketidaksamaan bahasa dalam komunikasi di sekolah. Kehadiran pelbagai kaum dan bangsa di sesebuah institusi menjadikan banyak bahasa dan dialek dan digunakan oleh murid. Hal ini kerana kurang kesedian pelajar dalam menggunakan bahasa melayu serta kurang dipraktikkan dalam komunikasi seharian. Ibu bapa lebih cenderung kepada penggunaan bahasa ibunda ketika berada di rumah. Contohnya, ibu bapa yang berasal dari negeri kelantan menggunakan perkataan “Tokse” yang membawa maksud “tidak mahu” dalam bahasa melayu semasa di rumah. Selain itu, murid berbangsa cina dan india yang sememangnya mengguna bahasa ibunda ketika berada di rumah semasa beinteraksi dengan keluarga. Hal ini menyebabkan murid terbiasa dengan dialek dan bahasa tersebut dan seterusnya menggunakan di sekolah. Oleh itu, kegunaan dialek dan bahasa ini menjadikan interaksi komuniksi antara murid dan guru, sesame rakan mereka mahupun komuniti sekolah tidak berkesan dengan baik kerana penggunaan bahasa yang sukar difahami. Dialek hadir daripada satu pengaruh budaya seperti penjajahan, perkahwinan, penghijrahan, pendidikan, dan ekonomi (Nuradlin Syafini Nawi & Zaleha Embong, 2020). Oleh itu, pihak sekolah dan guru haruslah memainkan peranan bagi meningkatkan penggunaan bahasa yang betul seperti mengadakan minggu bahasa. Hal ini dapat membantu murid sedikit sebanyak dalam menggunakan bahasa yang betul dan seragam ketika berinteraksi di sekolah mahupun di luar sekolah. Menurut Rosliah Kiting & Shira Eariy Janedeh (2023), keseragaman bahasa penting untuk mewujudkan sistem pendidikan yang jelas dan sekata. 3.3 KETIDAKSAMAAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI DI SEKOLAH 9


Pendidikan di Malaysia terdiri dari pelbagai jenis sekolah yang mempunyai sosiobudaya tersendiri. Persekitaran dan komuniti sekolah dari pelbagai kaum, bahasa, agama, bangsa, adat resam dan kelas sosial menyediakan peluang dalam meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid mahupun komuniti sekolah. Sekolah merupakan tempat masyarakat umum Malaysia berkumpul dalam menerima pendidikan. Hal ini sejajar dengan peranan sekolah iaitu perpaduan perlu diterapkan semasa di bangku sekolah lagi kerana perpaduan merupakan konsep asas bagi generasi muda membina sistem negara bangsa (Idrul Hisham Ismail et al., 2024). Secara holistik, faktor-faktor yang menunjukkan wujudnya kepelbagaian sosiobudaya di sesebuah sekolah sedikit sebanyak mampu memberi implikasi dari segi positif serta negetif kepada komuniti sekolah, sekolah sendiri dan pendidikan. Oleh itu, sebagai warga pendidik kepelbagaian sosiobudaya dalam sekolah bukan menjadi halangan dalam meningkatkan pendidikan anak bangsa dalam menerajui dunia. 4.0 RUMUSAN 10


RUJUKAN 11


RUJUKAN 12


Click to View FlipBook Version