NOTA PAMERAN MAAL HIJRAH
2021M/1443H
PERINGKAT SK TAMAN TAWAU
21 OGOS 2021
SABTU
TEMA MAAL HIJRAH TAHUN 2021M/1443H:
“MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI”.
PENGENALAN
❖Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari
yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa
penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota
Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.
❖Awal Muharram (juga dikenali sebagai Maal Hijrah)
disambut meraikan permulaan Tahun Baru Islam.
❖Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun
baru bagi takwim hijrah.
❖ Namun Tahun Hijrah Rasullah SAW dari Makkah ke Madinah itu
diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
- Muharram berasal dari perkataan haram, bermaksud ditegah
merupakan bulan yang dianggap suci selain bulan Ramadan.
Pada masa ini, umat Islam dilarang untuk berlawan. Oleh itu,
kebiasaannya bulan ini dikhaskan untuk berkabung dan
keamanan.
❖ Diraikan sebagai bulan pertama dalam tahun Islam, ianya bersamaan
dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke
Kota Madinah pada tahun 622 Masihi dan dianggap sebagai masa untuk
menilai diri serta titik perubahan.
- Orang Islam meraikan acara ini di seluruh dunia. Orang Islam bermazhab
Sunni berpuasa dan meraikan hari ini mengikut Sunnah Nabi Muhammad
SAW, juga menghormati Nabi Musa yang menyelamatkan rakyat Israel dari
Firaun, kebiasaannya pada hari ke-10.
- Pada hari ke-10 Muharram, kebanyakan umat Islam mula berpuasa sedari
matahari terbit dan tidak makan sehinggalah lewat petang. Orang Islam
akan memasak nasi manis, juga dikenali sebagai Bubur Asyura dan
berkongsi sesame ahli keluarga dan rakan-rakan semasa berbuka puasa.
Pada waktu ini juga kebanyakan umat Islam berkumpul di masjid untuk
menyambut tahun baru Hijrah.
KONSEP HIJRAH
MAKNA HIJRAH
SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH
KEPENTINGAN HIJRAH
KONSEP MAAL HIJRAH
• Penghijrahan mempunyai pengertian yang lebih luas dan
mendalam iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran
dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.
• Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin
berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai
keadaan seperti perubahan dari segi sikap dan cara
berfikir.
LATAR BELAKANG
• Kalendar Hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman
Rasulullah SAW. Kalendar ini hanya bermula pada zaman
Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A.
TERDAPAT BEBERAPA CADANGAN PARA
SAHABAT UNTUK MENENTUKAN TARIKH
• Tarikh Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad
SAW.
• Permulaan Tarikh Islam pada tarikh Hijrah Nabi SAW.
• Tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah SAW
dibangkitkan sebagai Nabi dan Rasul.
BULAN MUHARRAM
• Bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada
asasnya, Muharram bermaksud ‘diharamkan’ iaitu Allah
SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah.
• Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah
pembukaan Makkah (Al-Baqarah:91). Sejak pemansuhan
itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat
harian tanpa terikat lagi dengan larangan berperang.
• Rasulullah SAW telah menamakan Bulan Muharram sebagai
Bulan Allah (Shahrullahi).
PERISTIWA PENTING DALAM BULAN
MUHARRAM
• 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah
hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar
Hijriah).
• 10 Muharram – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu
banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan
kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku
peristiwa-peristiwa berikut:-
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya
sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja
Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang
dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah
berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa
dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
AMALAN-AMALAN SUNAT PADA BULAN
MUHARRAM
1.Berpuasa. Maksud Hadis:Barang siapa berpuasa satu hari dalam
bulan Muharram, pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud
Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram,
iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat,zikir dan sebagainya.
3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar
sebanyak 3 kali.
4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.
KESIMPULAN
LAGU 1 MUHARRAM
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
• Semoga Maal Hijrah 1443H ini dapat memberi pengalaman
penghayatan kepada murid-murid di samping dapat
mengubah sikap murid kepada yang lebih baik dan
berakhlak mulia. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Mudah-mudahan segala usaha dan tenaga yang telah
disumbangkan diberkati Allah S.W.T. Semoga kita terus
bersatu padu dengan lebih kukuh dalam membentuk negara
dan agama yang mantap sesuai dengan tema Maal Hijrah
yang dipilih pada tahun ini.
SEKIAN
TERIMA KASIH