The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MOHAMAD IZZUDDIN BIN AMER
KESUSASTERAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU, 2023-03-18 08:47:19

BMMB 1104

MOHAMAD IZZUDDIN BIN AMER
KESUSASTERAAN MELAYU

Keywords: KESUSASTERAAN MELAYU

ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Biodata diri ….2 1.0 konsep 1.1 takrifan 1.2 jenis bentuk & ciri ….3 1.2.1 prosa tradisional ….4 1.2.2 prosa moden ….5 1.2.3 puisi tradisional ….6 hingga 7 1.2.4 puisi moden …..7 2.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 2.1 alat pendidikan ….7 2.2 kritik sosial ….8 2.3hiburan ….8 2.4 dakwah ….8 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI ….9 3.1PANTUN ….9 3.2SELOKA ….10 3.3GURINDAM ….11 hingga 12 3.4 SYAIR ….13 hingga 14 4.0KESIMPULAN ….14


BIODATA DIRI Assalamulaikum dan Salam Sejahtera......Nama MOHAMAD IZZUDDIN BIN AMER.Saya merupakan anak kelahiran Negeri Kedah ,berusia 19 tahun dan dilahirkan pada tanggal 14 JANUARI 2004 bertempat di Hospital Besar Alor Setar . Saya merupakan anak kelima dari lima orag adik neradik Saya bersekolah rendah di Sekolah Rendah Felda Guar Napai Kedah dan kemudiaannya meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba .Setelah mengakhiri peringkat sekolah menengah dengan keputusan Sijil Penilaian Sekolah Menengah yang cemerlang saya meneruskan pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pendidikan Sekolah Rendah bagi subjek Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Keda 2


1.0 KONSEP 1.1 TAKRIFAN Menurut Prof Dr Hashim Awang dalam Artikel akademik hal 2 beliau menyatakan asal usul sastera bermula dari perkataan sanskrit iaitu sastra.kata asas “sas”yang membawa maksud mengarahkan atau mengajarkan manakala “tra” pula merujuk atau bermaksud alat.Awalan “su” yang ditambah membawa maksud keindahan manakala awalan “ke” dan “an” bermaksud menyeluruh.Jika di rangkumkan secara menyeluruh perkataan kesusasteraan bermaksud alatan yang indah untuk pengajaran dan memberikan panduan serta petunjuk . Dalam masa yang sama dari bidang pendidikan pula kesusasteraan Melayu membawa maksud hasil karya asal yang berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada dalam bentuk novel, cerpen , drama,sajak , prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangkan konsep JERI iaitu jasmani ,emosi,rohani dan intelek disamping menerapkan nilai kemanusia dan citra manusia yang terdpat dalam bahan sastera ini. Dari pendapat tokoh dan aspek diatas dapat kita simpulkan bahawa kesusasteraan dan kebudayaan kebudayaan Melayu mempunyai nilai ekslusif yang penting dalam menjadikankan identiti bagi masyarakat Melayu serta berperanan dalam membentuk jati diri dan pengembangan amnya dalam Wilayah asia tenggara ini khususnya dalam negara kita iaitu negara Malaysia. 3


1.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI Tiap-tiap sastera Melayu yang dihasilkan mempunyai jenis , bentuk dan ciri yang tertentu tidak kira sama ada lisan mahupun bertulis. 1.2.1 PROSA TRADISIONAl Prosa tradisional adalah sebuah jenis karya sastera yang berasal dari tradisi lisan masyarakat suatu daerah atau negara. Prosa tradisional biasanya diceritakan secara lisan dari generasi ke generasi dan kemudian ditulis. Prosa tradisional biasa berupa cerita rakyat, legenda, dongeng, mitos, atau cerita hikayat yang diwariskan dari nenek moyang. Mitos Cerita Mitos dianggap benar-benar terjadi serta dianggap sebagai peristiwa aneh tetapi penting serta dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku pada zaman lampau . cerita mitos ini juga di sampaikan secara turun temurun.tetapi kini tidak dianggap mitos apabila ada tokok tambah berdasarkan agama yang atau kepercayaan yang dianut. Lagenda Cerita lagenda dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci .lagenda dianggap merupakan komunikasi lisan bercorak kisah -kisah tokoh atau kisah pahlawan . Cerita Rakyat Cerita rakyat merupakan cerita berbentuk prosa dan tidak dianggap sebagai benar berlaku di dunia sebenar. Namun cerita rakyat biasanya mempunyai nilai imaginasi serta magis .cerita rakyat ini juga diselitkan beberapa hiburan berbentuk puisi atau lagu .ploy cerita rakyat lebih kepada bersifat kronologi . 4


1.2.2 PROSA MODEN Prosa moden adalah sebuah jenis karya sastera yang berkembang pada masa modern atau kontemporeri atau masa kini. Prosa moden biasanya ditulis menggunakan bahasa yang lebih formal, memiliki struktur yang kompleks dan cenderung memperlihatkan eksperimental dalam penulisan. Jenis prosa ini muncul pada awal abad ke-20 dan giat berkembang secara signifikan selepasnya. Cerpen Cerpen merupakan akronim gabungan perkataan cerita dan pendek . cerpen menggambarkan sikap, perasaan ,pandangan ,pandangan dan fikiran pengarang malah memberi gambaran tentang masalah sosial , politik atau ekonomi .dari bentuk perwatakan ,cerpen terdapat perkembangan plot perwatakan . Novel Novel pula merupakan prosa rekaan panjang di dalam yang di muatkan sebagai buku daripada sebuah kehidupan .istilah novel berasal daripada istilah yang berasal daripada bahasa itali aiatu novella yang membwa istilah sebagai benda kecil yang baru. Drama Drama adalah sebuah karya sastera yang ditulis dalam bentuk dialog dan boleh dipentaskan di atas panggung. Drama sering juga disebut sebagai teater, dan dapat dimainkan sebagai sebuah pertunjukan atau pementasan yang dihadiri oleh penonton. 5


1.2.3 PUISI TRADISIONAL Pantun Pantun adalah salah satu bentuk puisi tradisional yang banyak ditemukan di negara Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Pantun biasanya terdiri daripada empat baris dengan pola a-b-a-b . Setiap baris pada pantun biasanya terdiri dari 8 atau 12 suku kata. Pantun juga seringkali menggunakan gaya bahasa berupa figuratif seperti perbandingan, metafora, atau simile, yang memperindah atau menghidupkan isi pantun tersebut. Syair Syair memiliki pola rima yang khas, biasanya terdiri dari empat baris dengan pola a-b-a-b atau a-a-b-b.Syair juga menggunakan bahasa yang indah dan kaya akan kata-kata yang berima dan berirama, sehingga memiliki bunyi yang harmonis dan enak untuk didengar.Isi syair biasanya berkaitan tentang cinta, keindahan alam, nasihat, atau pengalaman hidup.Syair biasanya diungkapkan dengan nada yang khas, seperti halus, lembut, atau merdu, dan seringkali dinyanyikan atau diiringi dengan alat musik tradisional. Seloka Seloka terdiri dari empat baris dalam satu bait, dan biasanya terdiri dari beberapa bait. Seloka memiliki irama dan nada yang khas, serta mudah diingat dan diucapkan. Mengandung sindiran atau kritik sosial yang halus, humor, dan kebijaksanaan. Tidak terikat pada tema tertentu, tetapi sering kali menggambarkan kehidupan 6


seharian. Gurindam Gurindam adalah jenis puisi atau sastera Melayu yang terdiri dari sepasang bait dengan rima akhir yang sama pada setiap baitnya. Biasanya, gurindam ditulis dalam bahasa Melayu klasik dan mengandung nasihat, hikmah, atau nilai-nilai kebijaksanaan yang bertujuan untuk memberikan motivasi atau memberikan petunjuk dalam kehidupan. 1.2.4 puisi moden sajak Sajak berbentuk bebas dan tidak terikat .hujung akhir pada tiap-tiap baris sajak juga bebas . tiada had perkataan untuk setiap baris . 2.0 fungsi sastera melayu 2.1 alat pendidikan Kebanyakkan hasil karya Kesusasteraan Melayu banyak memaparkan dan memberikan pengajaran serta nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Karya-karya sastera yang dihasilkan sarat dan penuh dengan mesej untuk memberikan kesedaran yang kompleks kepada masyarakat bagi bertujuan mengubah pemikiran masyarakat Melayu serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai murni yang dibawa oleh karya sastera. Sebagai contohnya, cerita binatang Sang Kancil dengan buaya yang bertujuan memberi mesej kepada masyarakat supaya jagangan mudah tertipu dan tidak sesekali mempunyai sifat tamak didalam diri. 7


2.2 kritikal sosial Kesusasteraan Melayu yang terhasil pada masa dahulu adalah sedikit sebanyak sebagai teguran serta kritikan terhadap masyarakat supaya jagan lah bersikap sebagaimana yang digambarkan dalam watak sesebuah karya sastera tersebut . Peradaban Melayu juga sangat menjaga peradaban masyarakat terdahulu. Sikap-sikap yang tidak baik akan ditegur dengan sopan dan berkias tidak secara berterus-terang dan menyinggung perasaan. Hal ini bagi membendung tindakan serta menegur malahan menjaga tatasusila masyarakat supaya kaya dengan adab dan kebijaksanaan. Contohnya, Seloka Pak Pandir yang banyak memberikan kritikan kepada masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang sia-sia serta perlu berfikir sebelum bertindak. 2.3Hiburan Kebanyakkan Karya sastera turut membawa kepada unsur keseronokan yang indah dan menghiburkan . Keindahan ini dapat dilihat melalui kata-kata yang diungkapkan dan irama serta rentak yang telah disusun dalam sebuah karya sastera . Karya sastera ini juga berperanan serta mampu untuk membelai emosi pendengar dengan menyajikan unsur-unsur kelucuan dan sebagainya. Contohnya, karya sastera seperti pantun jenaka dan pantun teka-teki yang banyak memberikan unsur-unsur hiburan dan lucu bagi bertujuan menghiburkan masyarakat Melayu pada zaman dahulu dahulu. 2.4 Dakwah Dalam hasil kesusasteraan Melayu pada zaman dahulu eleman dakwah dapat diterapkan dalam kesusasteraan Melayu. Proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek atau ejen dakwah. Islam sangat menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan dengan dasar nilai islam sebagai agama suci. Hal ini dapat dilihat dalam syair perahu yang mana mengambarkan masyarakat dahulu supaya berpegang teguh terhadap pegangan agama. Oleh sebab itu, bahasa dakwah dalam sastera amat penting agar dapat menyatukan dan menghiburkan masyarakat . 8


3.0 MANIFESTAS AKAL BUDI Manifestasi akal budi merupakan salah satu aspek penting dalam bagi mengungkapkan serta menterjmehkan pemikiran dan akal budi bagi masyarakat orang Melayu pada zaman dahulu.Penggunaan ini berlaku sejak dari zaman dahulu melalui pengamatan yang cukup tinggi terhdap beberapa aspek misalnya persekitaran sekeliling , tingkah laku , gaya atau norma hidup serta adat dan budaya. Oleh itu akal budi ini dikategorikan dalam 4 aspek iaitu pemikiran ,gaya hidup, pertuturan serta tingkah laku yang menggambarkan keadaan masyarakat Melayu zaman dahulu. 3.1 manifestasi akal budi dalam pantun. Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang, Puas sudah menanam budi, Emas juga di pandang orang. Manifestasi akal budi yang terdapat daripada pantun diatas ialah aspek pemikiran .Secara tersiratnya pada dua pembayang pantun diatas aspek alam iaitu ubi dan nanas dibanding bezakan . Ubi diibarat sebagai budi manakala Nanas pula diibaratkan sebagai emas .hal ini menggmabarkan pemikiran sekaligus perlakuan masyarakat Melayu pada Zaman dahulu lebih melihat serta berfikiran emas adalah lebih penting dari segala-galanya. Hal ini juga dapat kita kaitkan bahawa sifat orang berbudi yang diibaratkan sebagai ubi yang kian berisi didalam tanah dan hal ini juga menjadi salah satu manifestasi akal budi dari segi pemikiran masyarakat zaman dahulu yang berfikiran tidak suka menunjuk-nunjuk apabila melakukan sesuatu kebaikan. Justeru itu, akal budi yang terdapat dalam pantun ini mendidik serta mengajar masyarakat dahulu jangan bersifat tamak dengan mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi luaran semata-mata dan lebih mengutamakan sifat atau nilai berbudi dan merendah diri . 9


3.2 manifestasi akal budi dalam Seloka Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. Md. Ali Bachik (Penyelenggara) Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003 Dewan Bahasa dan Pustaka. Manifestasi akal budi yang terdapat dalam seloka Emak Si Randang ini ialah manifestasi akal budi dalam aspek perlakuan Masyarakat Melayu. Dalam seloka ini mencerita kan perbuatan emak si Randang yang mengutamakan tetamu atau pedagang lebih daripada anaknya sendiri yang pada akhirnya tidak memberikan apa-apa faedah kepadanya. Oleh hal yang demikian ,disebabkan ini lah aspek manifestasi akal budi perlakuan yang mencerminkan sekaligus menyindir masyarakat Melayu dahulu yang lebih mementingkan tetamu daripada anak sendiri , meskipun kelihatan sopan tetapi perkara tersebut tidak sepatutnya tidak keterlaluan sehinggakan berhutang dan membiarkan anaknya kelaparan dan hal keterlaluan in jugalah diterjemahkan didalam seloka Emak Si Randang ini. oleh itu, Kesimpulannya masyarkat zaman dahulu tidak seharusnya keterlaluan dalam berbuaik baik dan menyisihkan anak-anak mereka kerana bak kata pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jagan sekali. 10


3.3 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM GURINDAM DUA BELAS FASAL TIGA Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. 11


Secara rangkuman menyeluruh Gurindam Dua Belas Fasal Tiga ini mecakupi manifestasi akal budi dari segi perlakuan hal ini dibuktikan melalui kesemua ragkap yang melibatkan penjgaan anggota tubuh daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Manifestasi akal budi perlakuan dalam gurindam ini menggambarkan masyarakat zaman dahulu yang sentiasa menjaga anggota tubuh agar tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik agar tidak berlaku perkara yang tidak mereka ingini.Misalnya rangkap dua mengingatkan serta menggmabrkan masyarakat zaman dahulu agar memelihara kuping atau telinga agar tidak mendegar khabar atau berita yang tidak baik atau perkara yang jahat . Pada masa yang sama dalam Gurindam 12 fasal 3 ini juga mencerita kan pemikiran masyarakat zaman dahulu agar sentiasa berhati-hati serta manjaga anggota badan dan hal ini boleh dikaitkan dengan akal budi pemikiran misalnya pada rangkkap ke 6 gurindam ini mennyatakan untuk menjaga anggota tengah iaitu hati kerana masyarakat zaman dahulu berfikir hati ini memudahkan seseorang menjadi lemah serta hilang semanngat. Berdasarkan ketujuh-tujuh rangakap gurindam yang dipaparkan kita dapat lihat manifestasi akal budi perlakuan dan pemikiran masyarakat dahulu serta gambaran peringatan dan nasihat yang diberikan melalui gurindam tersebut terhadap masyarakat ketika itu agar sentiasa menjaga pelakusn mereka agar terus menjaga sopan santun dan bertatasusila. 12


3.4 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nasta. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan. Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah tautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. Syair Burung Nuri Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh. Puisi Melayu Tradisi, 1996 13


Dalam Syair Burung Nuri ini terdapat aspek gaya hidup masyarakat yang dapat kita kaitkan dengan akal budi gaya hidup .Perkara ini dapat kita nilai serta terjemahkan melalui syair ini yang mana di dalamnya terdapa terdapat aspek adab dalam kehidupan masyarakat Melayu. Misalnya pada rangakap ketiga syair tersebut penulis meminta maaf sekiranya penulisannya tidaklah begitu menrik serta menggunakan beberapa perkataan yang kurang sopan . Hal ini kita dapat liht bahawa syair ini turut menggambarkan masyarakat zaman dahulu yang berbudi bahasa dengan memohon maaf akan setiap kesalahan yang mereka lakukan. Dari kaca mata lainnya Syair Burung Nuri ini juga turut memperlihatkan akal budi dari aspek pemikiran kerana syair ini turut memaparkan masyarakat yang tidak mudah berputus asa misalnya pada rangkap ke tujuh syair ini memperlihatkan serta menggambarkan masyarakat zaman dahulu yang sedar dan tidak berguna hidup dalam kekecewa yang boleh menghancurkan kehidupan mereka .Kesimpulannya syair Burung Nuri ini dapat menggambarkan kepada kita akal budi masyarakat zaman dahulu dari aspek gaya hidup serta pemikiran . 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya kesusateraan Melayu padat dengan kandungan yang menyentuh perkara seperti konsep kesusateraan melayu yang menggunakan bahan yang indah sebagai wadah atau altan untuk menyampaikan ajaran atau petunjung disamping dalam masa yang sama memperlihatkan gaya hidup masyarakat zaman dahulu yang mana menjadi asbab lahirnya amanifestasi akal budi yang juga merangkumi dari aspek pertuturan perlakuan serta pemikiran yang mana memberikan mamfaat serta peringatan terhadap masyarakat Melayu pada masa tersebut sehingga kedepannnya. 14


Click to View FlipBook Version