Bahasa Melayu Tahun 6 bersama Cikgu Esther
STANDARD PEMBELAJARAN : 4.2.2 Mempersembahkan puisi dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. STANDARD KANDUNGAN : 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
PEMAIN 1 PEMAIN 2 Cikgu esther martha MARI BELAJAR PANTUN MARKAH 2500 MULA LOG MASUK
01 07 12 aPA ITU PANTUN ? ciri-ciri pantun cara melafazkan pantun empat kerat jenis pantun ISI KANDUNGAN
adakah anda sudah bersedia? Jom mula !
ISI KANDUNGAN APA ITU PANTUN ?
PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi.Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. PANTUN
ISI KANDUNGAN CIRI-CIRI PANTUN
cIRI-CIRI PANTUN Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar empat hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
CIRI-CIRI PANTUN Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. PANTUN DUA KERAT PANTUN EMPAT KERAT
Bagi pantun dua kerat, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud. PANTUN DUA KERAT CONTOH PANTUN DUA KERAT Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. PANTUN DUA KERAT Pembayang Maksud
PANTUN EMPAT KERAT Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.
Puas saya bertanam ubi, Nenas juga dipandang orang, Puas saya menabur budi, Emas juga dipandang orang. PANTUN EMPAT KERAT Pembayang Maksud
ISI KANDUNGAN CARA MELAFAZKAN PANTUN EMPAT KERAT
baca dahulu setiap baris pantun dan kenal pasti cara sebutannya. ISI KANDUNGAN 01 07 12 Lafaz pantun bagi setiap baris haruslah mempunyai jeda iaitu di antara perkataan kedua dan perkataan ketiga. intonasi bagi baris pertama dan ketiga adalah sama manakala intonasi Bagi baris kedua dan keempat adalah sama. elakkan lafaz pantun dengan terlalu laju.
Kalau ada /sumur di ladang, Boleh saya /menumpang mandi, Jika ada /umur yang panjang, Boleh kita/ berjumpa lagi. PANTUN EMPAT KERAT
ISI KANDUNGAN JENIS PANTUN
PANTUN KIASAN Akar memanjat pohon ara, Nampaknya cantik berseri laman, Besarnya hajat tidak terkira, Hendak memetik bunga di taman.
PANTUN NASIHAT Lemak kubis santan kelapa, Ikan haruan dimasak cuka, Taatlah kepada ibu dan bapa, Jangan menjadi anak derhaka.
PANTUN PERIBAHASA Tiada kudrat hendak ke ladang, Apa lagi mengayun cangkul, Betapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.
Mari lafazkan pantun nasihat ini bersama-sama!
Masak lemak dengan kelapa, Kelapa dicari oleh sang kera, Cintai ibu sayangi bapa, Pasti hidup aman sejahtera. PANTUNNASIHAT TEMA: KELUARGA Ayam jantan berkokok megah, Tandanya subuh telah tiba, Nasihat ibu jangan ditegah, Takut nanti musibah menimpa. Penat sungguh ke ladang anggur, Ladang terletak di seberang titi, Ayat menasihat ibu menegur, Itulah tanda kasih sejati. Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar kepangkal kelapa, Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada ibu dan juga bapa.
Masak lemak dengan kelapa, Kelapa dicari oleh sang kera, Cintai ibu sayangi bapa, Pasti hidup aman sejahtera.
Ayam jantan berkokok megah, Tandanya subuh telah tiba, Nasihat ibu jangan ditegah, Takut nanti musibah menimpa.
Penat sungguh ke ladang anggur, Ladang terletak di seberang titi, Ayat menasihat ibu menegur, Itulah tanda kasih sejati.
Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar kepangkal kelapa, Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada ibu dan juga bapa.
Sekian, Terima Kasih
Berminat untuk belajar berpantun melalui SILA IMBAS QR CODE DI ATAS Video Youtube ?