LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MANUAL PENTAKSIRAN
KERJA KURSUS
REKA CIPTA
3763/2
MULAI SPM 2018
© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
KANDUNGAN HALAMAN
1
BAHAGIAN A - MAKLUMAT AM 1
2
1.0 Pengenalan
4
2.0 Objektif 4
4
3.0 Pentaksiran
3.1 Pendekatan 5
3.2 Pembezaan 5
3.3 Artifak 6
3.4 Folio 6
3.5 Penekanan
3.6 Rubrik Penskoran
3.7 Tempoh
3.8 Pengesahan
4.0 Jenis Instrumen
4.1 Pelaporan
4.2 Amali
5.0 Persembahan
5.1 Folio
5.2 Artifak
6.0 Pengemukaan (Submission)
6.1 Tema
6.2 Evidens
6.3 Tarikh
6.4 Pengesahan
7.0 Kaedah Penskoran
8.0 Kriteria Reka Ciptaan
9.0 Arahan Pelaksanaan Projek Reka Cipta
10.0 Maklumat Tambahan
i
BAHAGIAN B - AKTIVITI PENSKORAN 9
11.0 Aspek yang Ditaksir 10
12.0 Rubrik Penskoran
15
BAHAGIAN C - PENTADBIRAN PENTAKSIRAN 16
13.0 Pelaksanaan Pentaksiran 17
14.0 Pemantauan 21
15.0 Penyelarasan
16.0 Pengurusan Skor Calon 24
27
LAMPIRAN (Lampiran A) 28
Contoh Tema Tugasan Reka Cipta (Lampiran B) 30
Format Pendokumentasian (Lampiran C)
Format Kulit Hadapan Folio (Lampiran D)
Borang Pentaksiran
ii
BAHAGIAN
A
MAKLUMAT AM
1.0 PENGENALAN
Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta diwajibkan untuk
melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada keperluan pensijilan
peperiksaan SPM. Calon perlu mengemukakan evidens kerja kursus iaitu Artifak
(Produk) dan Folio (Pendokumentasian) dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kaedah pentaksiran dilaksanakan secara internal oleh pentaksir yang
dilantik oleh sekolah dan dipantau oleh pemantau. Penyelaras akan datang ke
sekolah untuk menyelaras markah yang diambil oleh pentaksir.
Kaedah pentaksiran dilakukan berdasarkan dua elemen iaitu komunikasi
(pendokumentasian folio) dan amali (penghasilan artifak). Kaedah ini mengukur
tahap pencapaian pelajar dalam setiap aspek mengikut konstruk yang telah
ditetapkan.
Manual pentaksiran kerja kursus (MPKK) ini disusun untuk digunakan oleh
guru Reka Cipta dalam proses melaksanakan kerja kursus. Kerja kursus ini
dilaksanakan dalam tempoh satu tahun (bermula April di Tingkatan 4 hingga Mac
di Tingkatan 5).
2.0 OBJEKTIF
Manual ini merupakan dokumen yang digunakan oleh semua pihak yang terlibat
dalam pengurusan dan pengendalian kerja kursus mata pelajaran Reka Cipta
(3763/2) mengikut peraturan berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan.
2.1 Memberi panduan tatacara pelaksanaan pentaksiran kerja kursus
Reka Cipta.
2.2 Memberi panduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyelaras
pengurusan dan pengendalian pentaksiran kerja kursus di negeri masing-
masing.
2.3 Memberi pengetahuan dan panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir
supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dalam keadaan terselaras.
2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras.
2.5 Mendapatkan persetujuan yang tinggi antara penyelaras untuk menjamin
keadilan bagi setiap calon dan kewibawaan institusi.
2.6 Memberi panduan tatacara pentadbiran sekolah untuk menguruskan
kemasukan markah secara atas talian.
1
3.0 PENTAKSIRAN
3.1 Pendekatan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan oleh pentaksir yang
dilantik oleh sekolah berdasarkan kepada aspek yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Pentaksiran untuk kerja kursus menggunakan pendekatan pengujian
autentik (authentic) iaitu calon dikehendaki mengemukakan kerja
kursus yang dibuat untuk ditaksir.
3.2 Pembezaan (Differentiation)
Pembezaan prestasi calon dalam sistem pentaksiran dibuat
berdasarkan kualiti bahan bukti / evidens yang dikemukakan oleh calon
dalam bentuk berikut:
- Artifak (prototaip atau model)
- Folio (dokumen bertulis atau bercetak tentang penghasilan artifak)
3.3 Artifak
Artifak merupakan produk yang dibina oleh calon dalam usaha
merealisasikan reka ciptaannya yang merupakan penyelesaian kepada
masalah yang telah dikenal pasti.
Artifak mestilah dibina sendiri oleh calon di bawah pengawasan
serta bimbingan guru. Bantuan daripada pihak luar, selain
daripada pengawasan dan bimbingan guru dalam
menghasilkan artifak ini tidak dibenarkan.
Pengemukaan artifak yang dihasilkan daripada jenis alat pasang siap
(ready- made) / kit / tempahan tidak diterima.
Artifak yang diterima:
- Prototaip
- Model berfungsi
- Model
Artifak yang TIDAK diterima:
- Mock up
2
3.4 Folio
Folio merupakan dokumentasi yang berbentuk nota dan lakaran yang
menunjukkan dan mempamerkan kebolehan calon dalam melaksanakan
proses reka cipta dan komunikasi.
Calon hendaklah menunjukkan dalam folio bagaimana:
mengenalpasti dan menganalisis masalah
membuat penyelidikan dan penyiasatan
menjana dan mereka bentuk idea
mengaplikasi rupa bentuk ciptaan
menghasilkan lukisan kerja 2D dan 3D
memasar reka ciptaan
Calon hendaklah menggunakan kaedah grafik yang sesuai semasa
menyediakan folio termasuk lakaran berwarna. Sebarang nota haruslah
ringkas, padat dan tepat untuk menjelaskan perincian tertentu.
3.5 Penekanan
Agihan skor keseluruhan adalah seperti berikut:
Artifak : 30 markah
Folio : 30 markah
3.6 Rubrik Penskoran
Rubrik Penskoran mengandungi:
aspek-aspek yang ditaksir
skor yang berbeza untuk berbagai tahap prestasi pencapaian dan kualiti
bukti (evidence) setiap aspek yang ditaksir.
Aspek penskoran mesti didedahkan oleh guru pentaksir kepada calon yang
mengambil mata pelajaran Reka Cipta.
3.7 Tempoh
Kerja kursus dilaksanakan dalam tempoh satu tahun bermula pada 01 April di
Tingkatan 4 hingga 31 Mac di Tingkatan 5.
3.8 Pengesahan (Authentication)
Semua bukti yang dikemukakan oleh calon pada setiap peringkat memerlukan
perakuan guru yang mengesahkan bahawa aktiviti calon itu sentiasa di bawah
pengawasannya dan sepanjang pengetahuannya dihasilkan sendiri oleh calon
tanpa bantuan daripada pihak luar.
3
4.0 JENIS INSTRUMEN
4.1 Pelaporan (Penulisan Folio)
Calon perlu menghasilkan pelaporan dan mendokumentasi proses reka
cipta dan hasil ciptaan dalam bentuk folio.
4.2 Amali (Penghasilan Artifak)
Calon perlu membina artifak iaitu prototaip, model berfungsi atau model.
5.0 PERSEMBAHAN
5.1 Folio
Calon mesti menggunakan kertas bersaiz A3 dalam bentuk landskap,
ditulis tangan atau cetakan berkomputer.
5.2 Artifak
Prototaip, model berfungsi atau model.
6.0 PENGEMUKAAN (Submission)
Calon dikehendaki mengemukakan kerja kursus berdasarkan tema yang
ditetapkan. Evidens reka ciptaan yang telah disahkan perlu dikemukakan pada
tarikh yang telah ditetapkan.
6.1 Tema
Tema tugasan bagi tahun semasa hendaklah dimuat turun daripada
laman portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.lp.edu.my.
6.2 Evidens
6.2.1 Calon dikehendaki mengemukakan evidens untuk reka
ciptaan yang telah disahkan.
• Artifak – Prototaip, model berfungsi atau model
• Folio – Dokumen bertulis tangan atau cetakan
berkomputer berkenaan penghasilan artifak
6.2.2 Pihak sekolah bertanggungjawab:
• Merekodkan pengemukaan artifak dan folio dalam Rekod
Pengemukaan Evidens (RPE).
• Menyimpan artifak dan folio yang diterima di tempat
yang selamat sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM
diumumkan.
6.3 Tarikh pengemukaan evidens
Pelaksanaan dan pentaksiran kerja kursus diperingkat sekolah berakhir
pada:
31 Mac tahun semasa Tingkatan 5 (SPM)
(1 April Tingkatan 4 hingga 31 Mac Tingkatan 5)
4
6.4 Pengesahan
Setiap evidens yang dikemukakan mestilah disahkan oleh guru pentaksir
dengan menggunakan borang Pengemukaan Evidens Calon iaitu Borang
PEC(A) untuk artifak dan Borang PEC(F) untuk folio.
7.0 KAEDAH PENSKORAN
7.1 Kaedah penskoran adalah berdasarkan Rubrik Penskoran. Skor diberi
berdasarkan prestasi pencapaian dan kualiti bukti (evidence) yang
dikemukakan calon mengikut aspek yang telah ditetapkan.
7.2 Calon wajib menguasai semua rubrik yang dikehendaki pada skor yang
lebih rendah sebelum diberi skor yang lebih tinggi bagi setiap aspek.
Rubrik iii Skor 3
Rubrik ii Skor 2
Rubrik i Skor 1
7.2 Gred pencapaian keseluruhan kerja kursus calon adalah seperti berikut:
Gred Tahap Pencapaian Jumlah Markah
Keseluruhan
A Cemerlang 50 - 60
B Kepujian
C 40 - 49
D Baik
E Memuaskan 20 - 39
Gagal 10 - 19
0-9
8.0 KRITERIA REKA CIPTAAN
Reka ciptaan yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri berikut:
mudah digunakan
mudah dikawal
mudah disenggara
selamat digunakan
tahan lasak
saiz bersesuaian
bahan bersesuaian
harga berpatutan
dapat menunjukkan fungsi
berciri teknologi hijau
5
9.0 ARAHAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS REKA CIPTA
9.1 Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) hendaklah dirujuk, digunakan dan
dipatuhi oleh guru yang mengajar Reka Cipta sebagai panduan
pelaksanaan kerja kursus.
9.2 Tema tugasan bagi tahun semasa hendaklah dimuat turun oleh guru
daripada laman portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat
http://www.lp.edu.my dan diedarkan kepada semua calon.
9.3 Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah selama satu tahun (bermula 1 April di
Tingkatan 4 hingga 31 Mac di Tingkatan 5.
9.4 Calon adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan kerja kursus
di bawah bimbingan dan pengawasan guru. Bantuan pihak luar dalam
penghasilan kerja kursus adalah tidak dibenarkan.
9.5 Guru mata pelajaran berperanan sebagai fasilitator dan pentaksir.
9.6 Guru perlu memperakukan dan mengesahkan hasil kerja calon dengan
menggunakan borang yang telah ditetapkan.
9.7 Setiap hasil kerja calon mesti dijilid dengan kemas.
9.8 Segala kos b a h a n yang diperlukan dalam penghasilan kerja kursus
ditanggung oleh calon.
9.9 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas
untuk calon menyiapkan kerja kursus.
9.10 Evidens tahun semasa yang dihasilkan calon tidak boleh didedahkan kepada
umum atau pihak yang tidak berkaitan dalam apa jua bentuk media.
10. MAKLUMAT TAMBAHAN
10.1 Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) merupakan dokumen panduan
untuk melaksanakan pentaksiran yang digunakan oleh calon, pentaksir,
pemantau dan penyelaras.
10.2 Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta perlu
melaksanakan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.
10.3 Pemantau akan mengadakan lawatan dari masa ke semasa untuk
memastikan pentaksiran kerja kursus dilaksanakan mengikut prosedur.
10.4 Penyelaras akan memastikan pentaksiran yang dilaksanakan oleh pentaksir
memenuhi standard yang telah ditetapkan.
6
BAHAGIAN
B
AKTIVITI
PENSKORAN
11.0 ASPEK YANG DITAKSIR
Aspek yang akan ditaksir adalah seperti berikut:
ELEMEN ASPEK
E 1.0 KOMUNIKASI : PELAPORAN 1.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis
(PENDOKUMENTASIAN FOLIO) Masalah
1.2 Menyelidik Reka Ciptaan Sedia Ada
1.3 Mencipta dan Mereka Bentuk Pelbagai
idea
1.4 Mengaplikasi Rupa Bentuk Ciptaan
1.5 Menghasilkan Lukisan Kerja 2D dan 3D
1.6 Memasar Reka Ciptaan
1.7 Mendokumentasi Reka Ciptaan
E 2.0 AMALI 2.1 Mengguna Bahan
(PENGHASILAN ARTIFAK)
2.2 Mengamal Keselamatan Bengkel
2.3 Menepati Tema dan Menyelesaikan
Masalah
2.4 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang Asli
2.5 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang
Berfungsi
2.6 Menepati Saiz dan Skala
2.7 Menepati Faktor Reka Bentuk
2.8 Menampilkan Ketepatan dan Kehalusan
Kerja
7
12.0 RUBRIK PENSKORAN
RUBRIK PENSKORAN REKA CIPTA (3763/2)
ELEMEN 1 : KOMUNIKASI (PENDOKUMENTASIAN FOLIO)
BIL ASPEK RUBRIK PENSKORAN CATATAN SKOR SKOR
PENUH
Menganalisis Masalah
i. Menyatakan masalah Digalakkan 1
persembahan secara 2
ii. Menyatakan masalah dengan grafik / visual
jelas Penerangan pada kata 3
kunci / sebab / kesan /
Mengenal Pasti akibat 4
Disertakan kaedah 1
1.1 dan pengumpulan data, 2 4
Menganalisis contoh: 3 4
iii. Menyatakan masalah dengan - soal selidik / temubual
(10 atau lebih 4
Masalah jelas beserta pengumpulan data
responden)
iv. Menyatakan masalah dengan - pemerhatian (5 atau
jelas, pengumpulan data dan lebih dapatan) ; dan
analisis data
jadual pengumpulan data
i. Menyatakan reka ciptaan sedia
ada / bahan rujukan Disertakan
persembahan data
ii. Menyatakan reka ciptaan sedia (contoh: graf, carta),
huraian dan rumusan
ada / bahan rujukan dan Disertakan gambar
produk dan sumber
menyatakan fungsi operasinya / rujukan / bahan rujukan
disertakan atau dilakar
Menyelidik fungsi berkaitan Dinyatakan cara produk
berfungsi dan sumber
1.2 Reka Ciptaan iii. Menyatakan reka ciptaan sedia rujukan / dinyatakan
ada / bahan rujukan, bahagian yang menjadi
Sedia Ada rujukan
menyatakan fungsi operasinya /
Dinyatakan kekuatan
fungsi berkaitan; dan dan kelemahan produk
sedia ada / dinyatakan
menyatakan kekuatan dan aplikasi atau prinsip
bahan rujukan
kelemahan
Diterangkan kesan
iv. Menyatakan reka ciptaan sedia akibat bagi kekuatan
dan kelemahan /
ada / bahan rujukan, diterangkan dan dilakar
aplikasi atau prinsipnya
menyatakan fungsi operasinya / dengan jelas
fungsi berkaitan; dan
menganalisis kekuatan dan
kelemahan
8
Mereka Bentuk, Menilai dan Mencipta Idea Ciptaan Baharu
i. Menghasilkan dua lakaran idea Lakaran dalam bentuk 1
3D 2
ii. Menghasilkan dua lakaran idea 3
yang jelas dan berlabel Idea yang dijana 4
menjurus kepada
penyelasaian masalah 5
iii. Menjana satu lakaran Lakaran perkembangan 6
perkembangan idea bagi setiap idea dilabel
lakaran idea dengan jelas dan
berlabel
iv. Menjana beberapa lakaran Setiap lakaran
perkembangan idea bagi setiap perkembangan
lakaran idea dengan jelas dan idea dilabel
berlabel
v. Menjana beberapa lakaran Menilai kekuatan dan
kelemahan hasil akhir
perkembangan idea bagi setiap perkembangan idea
(dipersembahkan dalam
Mencipta dan lakaran idea dengan jelas dan bentuk jadual)
berlabel serta menilai setiap
1.3 Mereka Bentuk hasil akhir perkembangan idea 8
Pelbagai Idea Sintesis merujuk bentuk
atau fungsi;
vi. Mencipta rekaan baharu dengan lakaran dilabel dengan
mensintesis hasil akhir jelas
perkembangan idea
vii. Mencipta rekaan baharu dengan Dinyatakan sistem / 7
mensintesis hasil akhir kaedah yang diaplikasi 8
perkembangan idea; dan dalam ciptaan
menyatakan sistem / kaedah
yang diaplikasi
viii. Mencipta rekaan baharu dengan Diterangkan sistem /
mensintesis hasil akhir kaedah yang diaplikasi
perkembangan idea, dengan bantuan lakaran
menerangkan sistem / kaedah atau penerangan yang
yang diaplikasi; dan jelas dan diterangkan
menerangkan cara beroperasi cara reka ciptaan
beroperasi
9
Mengaplikasi Reka Bentuk Ciptaan Lakaran merujuk 1
1.3 (viii) 2
i. Menghasilkan lakaran 3
persembahan dan berwarna 4
ii. Menghasilkan lakaran 1
persembahan dengan pandangan 2
perspektif dan berwarna 3
4
Mengaplikasi iii. Menghasilkan lakaran Teknik rendering 5
1.4 Rupa Bentuk persembahan dengan pandangan merujuk pencahayaan, 4
Ciptaan 5
perspektif dan diwarnakan ton dan bayang
dengan teknik rendering
iv. Menghasilkan lakaran Lengkap dan tepat
persembahan dengan pandangan merujuk kepada aplikasi
perspektif dan diwarnakan pencahayaan, ton,
dengan mengaplikasikan teknik bayang, latar belakang
rendering yang lengkap dan tepat dan muka taip (nama
produk, logo dan slogan)
i. Menghasilkan satu lukisan kerja Lukisan ortografik,
secara manual isometri atau ceraian
ii. Menghasilkan dua lukisan kerja
secara manual atau satu lukisan
kerja secara CAD
iii. Menghasilkan tiga lukisan kerja
Menghasilkan secara manual atau dua lukisan
1.5 Lukisan Kerja kerja secara CAD
2D dan 3D Lukisan manual
iv. Menghasilkan tiga lukisan kerja ortografik dan isometri
secara manual yang lengkap atau berdimensi; dan
tiga lukisan kerja secara CAD Lukisan manual ceraian
berlabel
v. Menghasilkan tiga lukisan kerja Lukisan ortografik dan
yang lengkap secara CAD isometri berdimensi; dan
Lukisan ceraian berlabel
10
i. Menyenarai bahan pembinaan 1
sebenar 2
ii. Menyenarai bahan pembinaan 3
sebenar dan menganggarkan
kos pembinaan
iii. Menyenarai bahan pembinaan
sebenar, menganggarkan kos
pembinaan dan menghasilkan
brosur
Manual pengguna
1.6 Memasar mengandungi: 4
Reka Ciptaan Arahan pemasangan
Cara penggunaan
Penyelenggaraan
iv. Menyenarai bahan pembinaan produk
Tips keselamatan
sebenar, menganggar kos
pembinaan, menghasilkan Brosur mengandungi: 4
brosur dan menghasilkan Nama produk
manual pengguna yang betul Gambar produk
dan jelas Harga
Logo dan slogan
Maklumat pengeluar
Spesifikasi produk
(fungsi, saiz dan had
muatan /
kemampuan)
Penerangan produk
1.7 Mendokumentasi i. Menghasilkan 11
Reka Ciptaan pendokumentasian reka ciptaan
mengikut format
JUMLAH SKOR ELEMEN 1 : 30
11
ELEMEN 2: AMALI (PENGHASILAN ARTIFAK)
BIL ASPEK RUBRIK PENSKORAN CATATAN SKOR SKOR
PENUH
Mengaplikasi Bahan Rekaan
i. Menggunakan bahan yang 1
bersesuaian pada artifak
ii. Menggunakan bahan yang 2
bersesuaian pada model
2.1 Mengguna berfungsi 3 4
Bahan 4
iii. Menggunakan bahan yang
bersesuaian pada prototaip
iv. Menggunakan bahan yang Bahan berteknologi
bersesuaian dan berteknologi hijau boleh dikitar
hijau pada prototaip semula, mesra alam dan
kurang mendatangkan
pencemaran
Nilai Amalan Kerja
i. Mematuhi peraturan 1
keselamatan di bengkel 2
34
ii. Mematuhi peraturan
keselamatan dan menunjukkan 4
amalan yang baik semasa
melakukan kerja di bengkel
Mengamal iii. Mematuhi peraturan
keselamatan dan menunjukkan
2.2 Keselamatan amalan yang baik semasa dan
Bengkel selepas melakukan kerja di
bengkel
iv. Mematuhi peraturan
keselamatan dan menunjukkan
amalan yang baik semasa dan
selepas melakukan kerja di
bengkel; dan menunjukkan ciri
kepimpinan / sikap proaktif yang
cemerlang / membantu rakan
(coaching)
12
Mencipta dan Mereka Bentuk Artifak
i. Menghasilkan artifak yang 1
bertepatan tema 2
3
ii. Menghasilkan artifak yang Rujuk 1.1(ii)
4
bertepatan tema dan dapat Nilai komersial merujuk
kepada artifak yang 1
menyelesaikan masalah dihasilkan lebih baik 2
Menepati Tema iii. Menghasilkan artifak yang daripada produk sedia
ada di pasaran 3
2.3 dan bertepatan tema dan dapat 1 4
Menyelesaikan menyelesaikan semua masalah 2 3
dengan berkesan 3 4
Masalah 3
4
iv. Menghasilkan artifak yang 1
bertepatan tema, dapat 2
menyelesaikan semua masalah 3
dengan berkesan dan
mempunyai nilai komersial
i. Menghasilkan artifak yang asli
Menghasilkan ii. Menghasilkan model berfungsi Hasil reka ciptaan
atau prototaip yang asli baharu / tidak
2.4 Reka Ciptaan menyerupai idea
ciptaan lain
Yang Asli
iii. Menghasilkan model berfungsi Reka bentuk / kaedah /
atau prototaip yang asli dan fungsi yang baharu
kreatif
i. Menghasilkan artifak yang dapat
menunjukkan cara fungsi
ii. Menghasilkan model yang dapat
Menghasilkan menunjukkan sebahagian fungsi Disertakan Manual
2.5 Reka Ciptaan iii. Menghasilkan model yang dapat Pengguna dan Brosur
menunjukkan fungsi sepenuhnya
Yang Berfungsi atau menghasilkan prototaip
yang dapat menunjukkan
sebahagian fungsi
iv. Menghasilkan prototaip yang
berfungsi sepenuhnya
i. Menyatakan nisbah skala pada Nisbah skala ditampal
artifak pada artifak
2.6 Menepati Saiz ii. Menghasilkan model berfungsi Nisbah skala ditampal
dan Skala yang menepati skala nisbah pada artifak
iii. Menghasilkan prototaip bersaiz Jika tiada rujuk folio
sebenar
13
i. Menghasilkan artifak yang 1
mempunyai ciri keselamatan 2
ii. Menghasilkan artifak yang 4
mempunyai ciri keselamatan dan 3
rupa bentuk yang seimbang
4
2.7 Menepati Faktor iii. Menghasilkan artifak yang 1
Reka Bentuk mempunyai ciri keselamatan, 2
34
rupa bentuk yang seimbang dan
4
dapat menunjukkan ciri mesra
JUMLAH SKOR ELEMEN 2 : 30
pengguna
iv. Menghasilkan artifak yang
mempunyai ciri keselamatan,
rupa bentuk yang seimbang,
mesra pengguna dan ergonomik
i. Membuat kemasan atau
menggunakan warna yang sesuai
ii. Membuat kemasan yang baik
dan menggunakan warna dengan
Menampilkan menarik
2.8 Ketepatan dan iii. Membuat kemasan yang baik,
menggunakan warna dengan
Kehalusan Kerja menarik dan menunjukkan
ketepatan hasil kerja
iv. Membuat kemasan yang baik,
menggunakan warna dengan
menarik, menunjukkan
ketepatan dan kehalusan hasil
kerja
JUMLAH SKOR KESELURUHAN (ELEMEN 1 + ELEMEN 2) : 60
© 2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
3
2
1
14
BAHAGIAN
C
PENTADBIRAN
PENTAKSIRAN
13.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
13.1 Persediaan Kemudahan Asas
Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan bengkel atau tempat
dalam keadaan baik dan selamat untuk menjalankan kerja-kerja
penyempurnaan kerja kursus. Peralatan dan bahan asas hendaklah
mencukupi bagi membolehkan calon melaksanakan kerja kursus.
13.2 Penjadualan
Pentaksir hendaklah melengkapkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran
supaya pentaksiran dapat dirancang dan dijalankan mengikut tempoh
yang ditetapkan (mulai 1 April di Tingkatan 4 hingga April 30 Mac di
Tingkatan 5).
13.3 Pentaksir
13.3.1 Pihak sekolah mestilah menamakan guru kerja kursus sebagai
pentaksir.
13.3.2 Pentaksir kerja kursus berperanan menjalankan pentaksiran,
merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Calon
(BSC).
13.3.3 Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan
dengan pentaksiran sehinggalah kepada penghantaran skor
secara atas talian kepada Lembaga Peperiksaan.
13.4 Penskoran
13.4.1 Pentaksir mentaksir berdasarkan aspek yang ditetapkan
13.4.2 dalam Rubrik Penskoran.
13.4.3 Semua skor untuk setiap aspek yang ditaksir mesti dicatat
dalam Borang Skor Calon (BSC) untuk setiap calon dan
kemudian dipindahkan ke Borang Skor Kelompok Calon
(BSKC).
Borang BSC dan BSKC yang telah lengkap dengan skor
perlu disimpan dan dipastikan keselamatannya kerana skor
merupakan data peperiksaan di peringkat SPM.
1355
14.0 PEMANTAUAN
Pemantauan pentaksiran kerja kursus adalah proses memastikan
pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.
14.1 Objektif Pemantauan
14.1.1 Memastikan kerja kursus dilaksanakan oleh semua calon.
14.1.2 Memastikan pentaksiran dilakukan secara adil.
14.1.3 Memastikan tiada unsur penyelewengan dalam proses
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
14.2 Tugas Pemantau
14.2.1 Memastikan kerja kursus dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
14.2.2 Memastikan evidens dan dokumen disimpan di tempat
yang selamat.
14.2.3 Menyediakan laporan untuk perhatian Lembaga Peperiksaan /
Jabatan Pendidikan Negeri.
14.3 Pemantauan dilakukan oleh dua pihak iaitu pemantau dalaman dan
pemantau luaran.
14.3.1 Pemantau Dalaman
14.3.1.1 Pemantau dalaman adalah terdiri daripada
pihak pentadbiran sekolah (Pengetua / Penolong
Kanan / Guru Kanan Teknik dan Vokasional).
14.3.1.2 Tugas pemantau dalaman ialah memastikan
segala aktiviti pentaksiran kerja kursus mematuhi
prosedur dan jadual perancangan pentaksiran yang
ditetapkan.
14.3.1.3 Pemantau dalaman mengesahkan aktiviti pentaksiran
pada ruangan yang disediakan pada BSC.
14.3.1.4 Pemantau dalaman akan mengesahkan kehadiran
penyelaras dengan menggunakan Borang
Pengesahan Kehadiran Penyelaras.
14.3.1.5 Mengambil tindakan susulan terhadap laporan
yang dikemukakan oleh pemantau luaran atau
penyelaras sekiranya ada.
14.3.2 Pemantau Luaran
14.3.2.1 Pemantau luaran terdiri daripada pegawai-pegawai
14.3.2.2 Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan
Negeri atau Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Pemantau luaran akan hadir ke sekolah yang
ditetapkan pada tarikh yang dijadualkan.
1366
15.0 PENYELARASAN
Penyelarasan kerja kursus adalah proses bagi memastikan pentaksiran yang
dijalankan oleh pentaksir memenuhi standard yang ditetapkan. Penyelarasan
pentaksiran dilakukan oleh pihak luar yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
15.1 Petugas Penyelarasan
15.1.1 Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Personel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan
mempunyai kemahiran dalam pentadbiran dan pentaksiran bagi
mengurus mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan dan
menyediakan laporan untuk Lembaga Peperiksaan.
15.1.2 Ketua Pentaksir Negeri (KPN)
Personel yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan
mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan
skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab
mengesan kelemahan dan penyelewengan yang
menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.
15.1.3 Ketua Pentaksir Kawasan (KPw)
Personel yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan
mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan
skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab
mengesan kelemahan dan penyelewengan yang
menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.
15.1.3 Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Sekolah
Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata
pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam
tugas pentaksiran. Personel berkenaan bertanggungjawab
menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod
skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar
skor calon yang telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan
secara atas talian dan salinan bercetak dengan kerjasama
Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
1377
15.2 Tugas dan Kriteria Penyelaras
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGAS
Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih. i. Menghadiri mesyuarat
Pentaksir bersama Pegawai Mata
Kebangsaan Lembaga Pelajaran, Lembaga
(KPK) Peperiksaan ii. Telah disahkan Peperiksaan.
dalam jawatan.
iii. Mengajar mata ii. Mempengerusikan
pelajaran Reka mesyuarat bersama
Cipta. Ketua Pentaksir
iv. Berpengalaman Negeri.
sebagai pentaksir. iii. Menentukan agenda
v. Berkemahiran dalam mesyuarat.
pentaksiran. iv. Mendapatkan laporan
penyelarasan daripada
Ketua Pentaksir Negeri.
v. Menghantar laporan
penyelarasan kepada
Lembaga Peperiksaan.
Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih. i. Menghadiri Mesyuarat
Pentaksir Jabatan
Negeri Pendidikan Penyelarasan Peringkat
(KPN) Negeri
ii. Telah disahkan Kebangsaan.
dalam jawatan.
ii. Menyelaras skor calon di
iii. Mengajar mata sekolah.
pelajaran Reka
Cipta. iii. Mengarahkan Pentaksir
Sekolah mentaksir semula
iv. Berpengalaman aspek yang berkaitan dalam
sebagai pentaksir. pentaksiran jika ada
keraguan serta
v. Berkemahiran dalam memaklumkan kepada
pentaksiran. Lembaga Peperiksaan.
iv. Menghantar laporan
kepada Penyelaras
Kebangsaan.
v. Menghantar laporan
penyelarasan kepada
Lembaga Peperiksaan.
3818
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGAS
Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih. i. Menghadiri Mesyuarat
Pentaksir Jabatan Penyelarasan Peringkat
Kawasan Pendidikan ii. Telah disahkan ii. Negeri.
(KPw) Negeri. dalam jawatan. iii. Menyelaras skor calon di
sekolah.
iii. Mengajar mata Mengarahkan Pentaksir
pelajaran Reka Sekolah mentaksir semula
Cipta. aspek yang berkaitan dalam
pentaksiran jika ada keraguan
iv. Berpengalaman serta memaklumkan kepada
sebagai pentaksir. iv. Ketua Pentaksir Negeri.
Menghantar laporan
v. Berkemahiran dalam kepada Ketua
pentaksiran.
Pentaksir Negeri.
Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih. i. Menghadiri Mesyuarat
Pentaksir Sekolah. Penyelarasan Peringkat
Sekolah ii. Telah disahkan Negeri / Kawasan.
jawatan
ii. Mentaksir kerja calon.
iii. Mengajar mata
pelajaran iii. Menyelaras skor calon
Teknikal yang
berkenaan. di sekolah
iv. Berpengalaman iii. Mentaksir semula kerja
dalam calon jika ada perubahan
pentaksiran. selepas diselaraskan oleh
Ketua Pentaksir Negeri /
v. Berkemahiran KPw.
dalam
pentaksiran. iv. Menghantar skor ke
Lembaga Peperiksaan
dan Ketua Pentaksir
Negeri.
vi. Mengendali mesyuarat di
peringkat sekolah
v. Memastikan borang BSC
setiap murid pindah dihantar
ke sekolah baru.
vi. Menyediakan sijil kerja
projek Teknikal yang
berkenaan bagi setiap
calon.
vii. Menyimpan rekod dan
evidens di tempat
selamat.
x. Bekerjasama dengan
Setiausaha Peperiksaan
Sekolah dalam urusan
penghantaran skor
secara atas talian.
xi. Memberi kerjasama
kepada Penyelaras
Negeri / Kawasan
dalam urusan
penyelarasan
1399
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGAS
Pentaksir Dilantik oleh i. Guru terlatih. i. Menghadiri Mesyuarat
Sekolah Sekolah. Penyelarasan Peringkat
ii. Mengajar mata Negeri / Kawasan.
pelajaran
Teknikal yang ii. Mentaksir kerja calon. iii.
berkenaan.
Mentaksir semula kerja
iii. Berkemahiran calon jika ada perubahan
dalam selepas diselaraskan
pentaksiran. oleh Ketua Pentaksir
Negeri / KPw.
iv. Menghantar skor ke
Lembaga Peperiksaan
dan Pentaksir Negeri.
v. Memastikan borang BSC
setiap murid pindah
dihantar ke sekolah baru.
vi. Menyediakan sijil kerja
projek Teknikal yang
berkenaan bagi setiap
calon.
vii. Menyimpan rekod dan
evidens di tempat
selamat.
viii. Bekerjasama dengan
Setiausaha Peperiksaan
Sekolah dalam urusan
penghantaran skor
secara atas talian.
ix. Memberi kerjasama
kepada Pentaksir Negeri
/ Kawasan dalam
urusan penyelarasan.
2400
15.3 Penyelaras dilantik oleh Lembaga Peperiksaan daripada kalangan guru
15.4 kerja kursus yang mahir dan berketrampilan.
15.5
Penyelaras akan hadir ke sekolah yang ditetapkan pada tarikh
15.6 yang dijadualkan.
15.7 Penyelaras dan pentaksir di sekolah hendaklah mencapai satu
persetujuan tentang pemberian skor serta memenuhi standard yang
15.8 ditetapkan.
Penyelaras akan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran
Penyelaras untuk disahkan oleh pemantau dalaman sekolah yang
diselaraskan.
Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras Luaran hendaklah
dibuat dalam dua salinan. Salinan pertama disimpan oleh pemantau
dalaman dan salinan kedua diserahkan kepada penyelaras luaran.
Penyelaras hendaklah mengemukakan laporan bertulis dapatan
daripada penyelarasan yang dijalankan kepada pihak sekolah dan
Jabatan Pendidikan Negeri untuk diambil tindakan sekiranya perlu.
16.0 PENGURUSAN SKOR CALON
Skor calon yang digambarkan oleh gred aspek yang diberi oleh pentaksir
menunjukkan calon telah ditaksir berdasarkan Dokumen Pentaksiran yang
merujuk kepada satu tanda aras yang telah dikenal pasti.
16.1 Pihak sekolah bertanggungjawab menyimpan skor calon di
tempat yang selamat.
16.2 Calon pindah
16.2.1 Calon yang hendak berpindah hendaklah memastikan sekolah
baru yang dipilih menawarkan kerja kursus yang sama dengan
pilihan kerja kursus yang diambil oleh mereka.
16.2.2 Adalah menjadi tanggungjawab calon yang berpindah membawa
rekod, butiran pentaksiran dan skor ke sekolah baru.
16.2.3 Sekolah asal calon bertanggungjawab untuk memastikan rekod,
butiran pentaksiran dan skor calon diterima oleh sekolah baru
calon.
16.2.4 Sekolah baru calon juga bertanggungjawab untuk memastikan
rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima daripada
sekolah asal calon.
16.3 Pihak sekolah memasukkan skor calon yang telah diselaraskan secara
atas talian pada tarikh yang telah ditetapkan dan menghantar hasil
cetakan komputer ke Jabatan Pendidikan Negeri.
2411
CARTA PETUGAS PENYELARASAN KERJA KURSUS
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KETUA
PENTAKSIR
KEBANGSAAN
JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI
KETUA PENTAKSIR
NEGERI
KETUA PENTAKSIR
KAWASAN
KETUA PENTAKSIR
SEKOLAH
PENTAKSIR SEKOLAH
2422
PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BERASASKAN SEKOLAH
Mula
1 Pentaksir Sekolah memberi
skor terhadap hasil kerja
calon
Pentaksir Sekolah menyimpan
2 skor dan evidens untuk tujuan
penyelarasan
Penyelaras Kebangsaan,
3 Penyelaras Negeri dan Penyelaras
Kawasan menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Peringkat
Kebangsaan
4 Penyelaras Negeri dan
Kawasan menyelaras skor
Ada calon di sekolah
perubahan
Jika Perlu
Penyelarasan
BINA GRAF REGREASI
Tiada Skor kekal seperti asal dan
Pentaksir Sekolah perubahan
dengan kerjasama Pentaksir Sekolah hantar ke
Setiausaha Peperiksaan 5 Lembaga Peperiksaan secara
Sekolah membetulkan
perubahan markah yang atas talian dengan kerjasama
diselaras serta Setiausaha Peperiksaan
menghantar skor secara Sekolah
atas talian ke Lembaga
Peperiksaan 6 Skor disimpan di
Peperiksaan
Hantar cetakan ke
7 JPN
Tamat
4233
LAMPIRAN
TERHAD LAMPIRAN A
CONTOH TEMA TUGASAN REKA CIPTA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2XXX 3763/2
REKA CIPTA
Satu tahun
TEMA TUGASAN KERJA KURSUS
Kertas 2
April 2XXX - Mac 2XXX
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.
2. Calon wajib melaksanakan tugasan ini mengikut aspek yang ditetapkan dalam Manual
Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK).
Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak.
3763/2 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia [Lihat halaman sebelah
TERHAD
TERHAD 2 3763/2
ARAHAN TUGASAN
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta wajib melaksanakan kerja
kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak
hadir bagi mata pelajaran Reka Cipta.
2. Kertas ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.
3. Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah selama satu tahun (bermula 1 April 2XXX
hingga 31 Mac 2XXX).
4. Calon dikehendaki mengemukakan evidens kerja kursus iaitu Artifak (prototaip atau
model) dan Folio (dokumen bertulis atau bercetak tentang penghasilan artifak).
5. Artifak dan folio mestilah dihasilkan sendiri oleh calon dibawah pengawasan serta
bimbingan guru. Pengemukaan artifak yang dihasilkan daripada jenis alat pasang
siap (ready-made) / kit / tempahan adalah tidak diterima.
6. Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK)
terkini sepanjang penghasilan evidens kerja kursus.
7. Calon hendaklah merancang, melaksana dan mendapatkan bimbingan guru
sepanjang pelaksanaan kerja kursus.
8. Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada
setiap peringkat evidens yang dikemukakan. Calon perlu akur arahan masa
penghantaran yang ditetapkan.
9. Penskoran kerja kursus calon menggunakan Rubrik Penskoran mengikut aspek
yang ditetapkan di dalam MPKK.
10. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas untuk
murid menyiapkan kerja kursus. Evidens calon perlu disimpan di tempat yang
selamat sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM diumumkan.
3763/2 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3763/2
TEMA TUGASAN REKA CIPTA
SPM 2XXX
Bencana Alam : Banjir
Saban tahun negara kita dilanda banjir. Namun peristiwa banjir besar yang melanda
beberapa negeri di Malaysia bukanlah musibah biasa kerana telah menjadi bencana alam
yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugiaan
ekonomi, kemusnahan alam sekitar serta memberi kesan kepada emosi mangsa-mangsa
banjir yang terlibat.
Sebagai seorang pereka cipta, anda dikehendaki mereka cipta alat yang dapat
membantu sebelum, semasa atau selepas ditimpa musibah bencana banjir.
TEMA TUGASAN TAMAT
3763/2 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
LAMPIRAN B
FORMAT PENDOKUMENTASIAN
A. Susunan
SUSUNAN TAJUK TAJUK KECIL / CATATAN
1 KULIT HADAPAN Rujuk Lampiran C
2 MAKLUMAT AM i. Nama Calon
ii. Angka Giliran
3 KANDUNGAN iii. No. Kad Pengenalan
4 PENGHARGAAN iv. Nama Artifak
5 PENGENALAN v. Tajuk Tema Tugasan
vi. Sinopsis
1.0 PENGENALPASTIAN vii. Gambar Foto Artifak
DAN ANALISIS
MASALAH 1.1 Penyataan Masalah
1.2 Pengumpulan Data
2.0 PENYELIDIKAN REKA 1.3 Huraian Data dan Rumusan
CIPTAAN SEDIA ADA 2.1 Pengumpulan Maklumat
2.2 Penyataan Fungsi Operasi
6 3.0 MENCIPTA DAN 2.3 Analisis Kekuatan dan
MEREKA BENTUK
(Helaian PELBAGAI IDEA Kelemahan
Kerja) 3.1 Penjanaan dan
4.0 APLIKASI RUPA
BENTUK CIPTAAN Perkembangan Idea
3.2 Penilaian Idea
5.0 LUKISAN KERJA 2D 3.3 Sintesis Idea dan Mereka
dan 3D
Bentuk Ciptaan
6.0 PEMASARAN
4.1 Lukisan Persembahan
7 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
8 LAMPIRAN 5.1 Lukisan Ortografik
5.2 Lukisan Isometri
5.3 Lukisan Ceraian
6.1 Senarai Bahan dan
Anggaran Kos
6.2 Brosur
6.3 Manual Pengguna
71. Rujukan Bertulis
7.2 Rujukan Internet
8.1 Evidens
B. Tulisan dan Lukisan
Penulisan boleh ditulis tangan atau cetakan berkomputer dan menggunakan
kertas bersaiz A3 dalam bentuk landskap.
27
LAMPIRAN C
FORMAT KULIT HADAPAN
Border 2 ¼ pt, double line Font Arial saiz 16
Font Arial Font Arial
saiz 36 bold saiz 24 bold
Font Arial saiz 16 16Font Arial saiz bold
28
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
FOLIO REKA CIPTA (3763/2)
SPM 2018
NAMA :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. ANGKA GILIRAN :
NAMA ARTIFAK :
SENARAI BORANG PENTAKSIRAN LAMPIRAN D
Bil Nama Borang Pengguna
1 Borang Skor Calon (BSC) Pentaksir
2 Borang Skor Kelompok Calon (BSKC) Pentaksir
3 Pengesahan Evidens Calon (PEC(A) / PEC(F)) Pentaksir
4 Rekod Pengemukaan Evidens (RPE) Pentaksir
5 Jadual Aktiviti Pemantauan Dan Penyelarasan Pentaksir
30
BSC
CAP SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN NO. PUSAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /
BORANG SKOR CALON
REKA CIPTA (3763/2)
Nama Calon : ........................................................................ No. KP : ................................. Angka Giliran : ................
ELEMEN 1 : KOMUNIKASI SKOR SKOR SKOR CATATAN
BIL PENUH CALON PENYELARAS
ASPEK 4
4
1.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis Masalah 8
1.2 Menyelidik Reka Ciptaan Sedia Ada 4
1.3 Mencipta dan Mereka Bentuk Pelbagai Idea 5
1.4 Mengaplikasi Rupa Bentuk Ciptaan 4
1.5 Menghasilkan Lukisan Kerja 2D dan 3D 1
1.6 Memasar Reka Ciptaan 30
1.7 Mendokumentasi Reka Ciptaan
JUMLAH SKOR:
ELEMEN 2 : AMALI SKOR SKOR SKOR CATATAN
BIL PENUH CALON PENYELARAS
ASPEK
2.1 Mengguna Bahan 4
2.2 Mengamal Keselamatan Bengkel 4
2.3 Menepati Tema dan Menyelesaikan Masalah 4
2.4 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang Asli 3
2.5 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang Berfungsi 4
2.6 Menepati Saiz dan Skala 3
2.7 Menepati Faktor Reka Bentuk 4
2.8 Menampilkan Ketepatan dan Kehalusan Kerja 4
JUMLAH SKOR: 30
JUMLAH SKOR KESELURUHAN: 60
Saya mengesahkan telah memeriksa artifak dan folio calon di atas.
Tandatangan dan Nama Pentaksir : Pengesahan Pemantau Dalaman
Tandatangan dan Cap :
BSKC
CAP SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN NO. PUSAT
BIL NAMA CALON KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /
BORANG SKOR KELOMPOK CALON
REKA CIPTA (3763/2)
ANGKA SKOR JUMLAH SKOR
GILIRAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 KESELURUHAN
Saya mengesahkan telah mentaksir dan memeriksa folio dan artifak calon di atas. Pengesahan Pemantau Dalaman
Tandatangan Pentaksir : Tandatangan dan Cap :
PEC (A)
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA cc
BORANG PENGESAHAN EVIDENS CALON (ARTIFAK) cc
REKA CIPTA (3763/2)ccc
Nama Calon : .....................................................................................................................
ANGKA NO. KAD NAMA ARTIFAK TARIKH TARIKH
GILIRAN PENGENALAN MULA SIAP
Saya mengesahkan bahawa sepanjang pengetahuan saya artifak ini dibina sendiri oleh calon ini.
Tandatangan CAP SEKOLAH
Nama Guru
Tarikh
PEC (F)
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA cc
BORANG PENGESAHAN EVIDENS CALON (FOLIO) cc
REKA CIPTA (3763/2)ccc
ANGKA NO. KAD NAMA ARTIFAK TARIKH TARIKH
GILIRAN PENGENALAN MULA SIAP
Saya mengesahkan bahawa sepanjang pengetahuan saya folio ini dihasil sendiri oleh calon ini.
Tandatangan CAP SEKOLAH
Nama Guru
Tarikh
RPE
LEMBAGA PEPERIKSAAN NO. PUSAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /
REKOD PENGEMUKAAN EVIDENS
REKA CIPTA (3763/2)
BIL. ANGKA NO. KAD NAMA CALON NAMA ARTIFAK PENGEMUKAAN TARIKH TANDA
GILIRAN PENGENALAN ( Tanda atau X ) TANGAN
FOLIO ARTIFAK CALON
Saya mengesahkan telah menerima artifak dan folio daripada calon pada tarikh yang tercatat. CAP SEKOLAH
Tandatangan
Nama Guru
Tarikh
JADUAL AKTIVITI PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN
BIL. AKTIVITI PENYELARAS ASPEK TARIKH TARIKH
/ PEMANTAU PENYELARASAN KEMASUKAN
/ PEMANTAUAN
DALAMAN SKOR
ONLINE
Pengetua /
Guru Penolong
1 PEMANTAUAN Kanan / Guru 1.1-1.3
Kanan Teknik
dan
Vokasional
Ketua
2 PENYELARASAN Pentaksir 1.1-1.4
PERTAMA Negeri / Ketua
Pentaksir
Kawasan
Ketua
3 PENYELARASAN Pentaksir 1.5-2.8
KEDUA Negeri / Ketua
Pentaksir
Kawasan
PERBEZAAN PROTOTAIP, MODEL DAN MOCK UP
Bil. Perkara Prototaip Artifak Mock up
1 Saiz / Skala Sebenar (Tidak Diterima)
Model
Dihasilkan tanpa skala
Berskala (kecil, sama atau ukuran
atau besar)
2 Bahan Sebenar Bahan membuat model Penggunaan bahan
Contoh:
asas sahaja seperti
Kombinasi sponge kertas, kadbod,
(foam bunga) + poly
putty (simen kereta) gabus, polistren, jenis
kayu lembut
mounting-board +
sponge + poly putty
fiber dan lain-lain
3 Fungsi Sebenar Keterangan fungsi Tidak menunjukkan
(berfungsi mengikut perlu ditulis dalam fungsi
spesifikasi sebenar)
folio dan dalam
manual pengguna
4 Kemasan Ketahanan produk Ketahanan produk Masih kelihatan bahan
asas atau masih
Tambah nilai estetika Tambah nilai estetika menampakkan
Tambah nilai Tambah nilai bahagian yang tidak
komersial komersial dibuat kemasan
5 Rupa Sebenar Sebenar Menyerupai sebenar
6 Bentuk Sebenar Sebenar Menyerupai sebenar
7 Warna Sesuai Sesuai Tidak diwarnakan
8 Pengujian Parameter / Makmal Tiada Tidak diuji
Model olokan
Satu penemuan Sebelum model
sebenar atau
baharu
9 Catatan Inovasi Satu penemuan prototaip dihasilkan
Boleh dipatenkan baharu
Utility innovation Bertujuan untuk
Produk ulung Inovasi menilai atau melihat
reka bentuk
Boleh dipatenkan sebenar dalam 3D
Boleh diguna Boleh dihasilkan
lebih daripada satu
unit untuk dibuat
perbandingan
36
DAFTAR KATA
Catatan: Daftar kata ini hanya untuk kegunaan mata pelajaran Reka Cipta sahaja.
Artifak : Prototaip / model yang dibina oleh seseorang pereka cipta
dalam usaha untuk merealisasikan reka ciptaannya yang
Bahan kemasan merupakan penyelesaian kepada masalah yang telah dikenal
Bertepatan pasti.
Bahan utama
Data : Bahan penyudah sesuatu projek seperti cat, syelek dan lain-
lain supaya projek kelihatan lebih cantik dan tahan lama.
Dimensi
Ergonomik : Tidak menyimpang / jitu.
Estetika
Folio (Dokumentasi) : Bahan asas / bahan yang paling banyak digunakan dalam proses
pembinaan.
Format
Harga berpatutan : Butiran atau maklumat terperinci yang diketahui / dikumpulkan
Hasil kerja kemasan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat
Inovasi kajian.
Isometri
Kaedah : Ukuran saiz sesuatu.
Kehalusan
Kukuh : Sifat-sifat fizikal produk yang memberi keselesaan kepada
pengguna.
: Nilai keindahan/kecantikan terhadap sesuatu hasil projek.
: Keterangan yang berbentuk nota, lakaran dan lukisan yang
mempamerkan kebolehan calon dalam menangani proses reka
cipta dan komunikasi.
: Susun atur pendokumentasian yang telah ditetapkan (mengikut
proses 9P).
: Harga yang bersesuaian dengan kos pengeluaran.
: Hasil kerja penyudahan sesuatu projek.
: Proses pengubahsuaian dengan menambah baik fungsi atau
reka bentuk kepada sesuatu produk.
: Lukisan yang dirujuk kepada satah ufuk yang bersudut 300
serta garisan pinggir yang berterusan pada 1 titik iaitu pusat.
: Cara / peraturan membuat sesuatu.
: Hasil kerja yang teliti / kemas.
: Tegap / kuat binaannya.
37
Kos pembinaan : Jumlah kos yang terlibat dalam pembinaan meliputi kos
bahan, kos upah dan kos sampingan.
Lakaran pemasangan
: Lukisan ceraian / lukisan terburai yang menunjukkan proses
Lukisan kerja pencantuman.
Menganalisis
Menghuraikan : Lukisan terperinci komponen projek mengikut skala.
Mengorganisasi
Menjana : Menghuraikan sesuatu penyelidikan.
Menjejas
Mensintesis : Membentangkan dan menerangkan.
Merumus
Mesra alam : Menyusun atur (lay-out) / mengatur secara sistematik.
Menyatakan
Menyenaraikan : Mengeluarkan / mewujudkan / melahirkan idea.
Model Berfungsi : Meninggalkan kesan yang tidak baik.
Nilai komersial : Menggabung.
Perspektif
: Menyatakan sesuatu dengan ringkas dan tepat serta jelas.
Prinsip
Produk : Reka ciptaan yang tidak menjejaskan alam sekitar
Prototaip
: Memaklumkan.
Ready made : Perkara yang disusun mengikut urutan angka atau abjad (not
Reka bentuk
in sequence) dari atas ke bawah.
: Produk yang dibina dengan menggunakan sama ada
bahan sebenar atau bahan alternatif, bersaiz sebenar atau
diskalakan serta boleh menunjukkan fungsi.
: Potensi barangan untuk pasaran / dipasarkan.
: Gambaran reka bentuk sebenar secara 3D dari pelbagai sudut
(secara 1 titik / 2 titik / 3 titik).
: Asas atau dasar (asas yang menjadi dasar pemikiran).
: Barang / benda (hasil) / hasil rekaan / hasil reka bentuk.
: Produk utama yang dibina dengan menggunakan bahan dan
saiz sebenar serta berfungsi.
: Barang pasang-siap yang sedia ada di pasaran.
: Rancangan/corak/bentuk yang menunjukkan susunan struktur
atau aspek-aspek sesuatu binaan dan sebagainya.
38
Reka cipta : Satu proses atau hasil aktiviti yang melibatkan elemen:
Reka Ciptaan yang asli (i) masalah atau keperluan
Seimbang (ii) siasatan
Sketsa (iii) penyelesaian
Spesifikasi
Teknologi : Produk yang dihasilkan oleh pereka itu sendiri.
Ujian makmal : Sepadan / sebanding / simetri / mengekal kestabilan.
Ujian parameter
Evidens : Lakaran yang menterjemahkan idea dalam bentuk lukisan yang
dibuat secara kasar dan cepat.
: Butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu seperti saiz,
had muatan, fungsi, had kemampuan dan sebagainya.
: Memahami ilmu pengetahuan tentang konsep, fungsi, ciri-ciri
bahan, proses pembuatan dan lain-lain untuk menyelesaikan
masalah atau merealisasikan sesuatu artifak.
: Ujian saintifik untuk menguji sifat ketahanan, tahap keselamatan
dan kualiti prototaip.
: Menguji kefungsian prototaip di tempat / situasi sebenar.
: Hasil kerja calon yang dikemukakan untuk ditaksir
3593