The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rossa's Demo and Gaming Channel, 2020-05-28 06:50:40

VIT C n HA

VIT C n HA

Keywords: Vitamin C + HA Skincare



MRAAWNAUTAALNPVRITOADMUIKN
C + HA TERMAJU
PENJAGAAN
KULIT INTENSIF

1

PPAENNGDEUNAANLAN
RUJUKAN
RINGKAS

PENJAGAAN KULIT
INTENSIF ARTISTRYTM
memperkenalkan perintisan
antipenuaan terbarunya:
Rawatan Vitamin C + HA
Termaju serta perangsang
antioksidan. Rawatan pengisi
pintar untuk mengurangkan
dan membantu mencegah
penampilan garis ekspresi.

22

APA ITU RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF
ARTISTRY?

Ia merupakan rawatan ARTISTRY pertama yang sangat berkuasa untuk mengurangkan
penampilan garis ekspresi, menambah perlindungan antioksidan serta membantu mencegah
kemunculan garis-garis yang disebabkan oleh serangan persekitaran pada masa depan dengan
penggunaan berterusan. Dengan penutup pengaktifan inovatif, ia memberikan tahap kuasa
Vitamin C yang tiada tandingannya pada penjagaan kulit ARTISTRY serta Asid Hialuronik
dwitindakan atau penggalak penghidratan “HA” – menjadikan kulit anda tampak lebih muda,
lebih licin dan lebih gebu.

APAKAH 3 MANFAAT TERATAS RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU?

1. Terbukti secara klinikal dalam mengurangkan dengan ketara semua garis ekpresi utama
termasuk kedutan pada sudut mata, garis senyum, kedutan di dahi/garis kerisauan, garis
kening/garis kerutan dan garis 11.

2. Mengembalikan semula penampilan pejal dan penuh pada kulit untuk tampak gebu dan
muda.

3. Membantu mencegah penampilan garis yang disebabkan oleh serangan persekitaran
dengan perlindungan antioksidan yang hebat.

APAKAH YANG MEMBUATKAN RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU ISTIMEWA?

1. Ia menambah kuasa penentang kedutan dan perlindungan antioksidan yang luar biasa
kepada regimen penjagaan kulit ARTISTRY harian anda dengan teknologi berbilang untuk
mengurangkan dan membantu mencegah penampilan garis ekspresi.

2. Ia mempunyai penutup pengaktifan pertama jenama ARTISTRY yang mengekalkan
ketulenan dan kuasa Vitamin C 100% tulen hingga ke saat pelanggan memulakan rawatan.

3. Ia diilhamkan oleh rawatan suntikan pengisi pakar dermatalogi*.

*Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik

3

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

KEDUTAN PADA
SUDUT MATA.
GARIS SENYUM.
KEDUTAN DI DAHI/
GARIS KERISAUAN.
GARIS KENING/
GARIS KERUTAN/GARIS 11.

Dahulu, kedutan pada wajah adalah sebahagian daripada
kehidupan. Hari ini, rawatan baru iaitu prosedur serum
profesional dan juga di rumah membolehkan wanita melicinkan
penampilan garis-garis dan memperlihatan diri mereka dengan
keyakinan baru. Mari mulakan dengan mengetahui punca-
punca garis ekspresi.

4

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

MENJELASKAN GARIS EKSPRESI:
LATAR BELAKANG SAINS

Garis ekspresi disebabkan oleh gabungan faktor-faktor yang kompleks. Penuaan,
pendedahan kepada matahari, malah tekanan boleh memberi kesan yang ketara dan
pastinya menjadikan mana-mana garis kecil kelihatan lebih buruk.

Tetapi saintis ARTISTRY telah menentukan bahawa tiga faktor paling penting yang
menyebabkan dan mengurangkan penampilan garis ekspresi: Pergerakan, Kegebuan dan
Antioksidan.

• Pergerakan: Tindakan berterusan otot-otot muka anda yang tidak dapat dielakkan apabila
mereka senyum, mengecilkan mata, risau dan berkerut.

• Kegebuan: Merujuk kepada keupayaan dalaman kulit anda untuk kekal gebu dan
terhidrat – dengan itu kelihatan licin serta kekal anjal dan bingkas terhadap
pergerakan dan tekanan mikro.

• Antioksidan:Pengekal kemudaan penting yang meneutralkan kesan penuaan oleh
pengoksidaan di atas dan di dalam permukaan kulit.

PERGERAKAN

Kulit muda memang mampu menangani lipatan dan regangan yang disebabkan oleh
pergerakan wajah anda. Sebarang garis yang terbentuk apabila anda membuat ekspresi
hanyalah bersifat sementara dan tidak hairanlah ia dipanggil “garis ekspresi sementara”.
Apabila anda merehatkan wajah anda, kulit mempunyai keanjalan untuk membingkas
seperti asal atau begitulah nampaknya.

Di bawah permukaan kulit, setiap penguncupan otot wajah anda akan mewujudkan
tekanan mikro pada kulit dan struktur sokongannya. Akhirnya, tindakan mekanikal dan
fizikal ini melemahkan keanjalan kulit dan kulit tidak lagi membingkas sepenuhnya:
garis sementara mula berubah menjadi kedutan kekal. Ini dikenali sebagai “penuaan
mekanikal”. Selain lenturan, regangan dan lipatan, lama-kelamaan kulit akan hilang
keanjalannya secara semula jadi yang menjadikannya kurang berupaya untuk pulih
daripada pergerakan harian.

Garis ekspresi ialah jenis kedutan yang paling dalam dan mungkin yang paling sukar
ditangani. Antara sebabnya adalah walaupun anda merawatnya, kawasan itu masih
mengalami tekanan mikro pergerakan wajah yang mewujudkan kedutan. Itulah
sebabnya, menjaga kulit anda dengan baik terutamanya rangkaian sokongannya adalah
sangat penting dalam melambatkan permulaan kedutan kekal dan membantu membaiki
penampilan kedutan yang anda sudah nampak.

5

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

Tebal atau nipis? Besar atau kecil?

Saintis ARTISTRY tahu bahawa ketebalan kulit di kawasan kedutan mempunyai kesan
langsung kepada penampilannya. Bayangkannya sebagai sekeping fabrik tebal atau
kerajang aluminium yang nipis. Jika anda renyukkan fabrik itu, anda akan mendapat
gelombang lebih besar yang bergulung dan kedutan dalam. Jika anda renyukkan
kerajang itu, anda akan mendapat garis kecil, tajam dan cetek.
Begitu juga dengan wajah anda. Kawasan yang berkulit tebal seperti dahi terutamanya
di antara kening, menunjukkan kedutan yang lebih besar, lebih dalam dan lebih
beralun. Kulit di kawasan mata yang nipis juga terdedah kepada jenis serangan
penuaan lain, jadi di situlah biasanya anda akan melihat garis pertama anda.

Di Mana dan Mengapa?

Di manakah anda akan mendapat garis ekspresi? Di mana-mana sahaja kulit anda
bergerak apabila otot-otot wajah membentuk ekspresi, terutamanya yang biasa seperti
senyum, mengecilkan mata dan berkerut. Imej di halaman berikutnya menunjukkan
kawasan kebanyakan wanita akan melihat garis ekspresi.

Kedutan pada sudut mata
Kedutan di Dahi/Garis Kerisauan

Garis Kening/Garis Kerutan/Garis 11 Garis Senyum

6

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

Jika anda mahukan bukti bahawa pergerakan berulang-ulang ialah punca kedutan, lihat
sahaja lengan anda. Lengan bawah anda; di antara pergelangan tangan dan siku sering
terdedah kepada matahari, sabun yang mengeringkan dan banyak lagi. Kulit di sana sama
usianya dengan kulit muka anda. Tetapi kulit lengan bawah tidak pernah berlipat atau
berkedut, jadi walaupun kita sudah berusia 50-an dan 60-an, kita masih tidak melihat
kedutan khusus di situ. (Memang benar kebanyakan wanita mengalami permukaan
berkedut atau garis halus secara keseluruhannya apabila kulit hilang ketegangannya.
Tetapi keadaan ini disebabkan rantaian kejadian yang berbeza daripada garis ekspresi dan
cenderung untuk muncul kemudian.)

Ramalan Nasib Wajah

Mahu lihat di mana anda mungkin mengalami garis ekspresi? Hanya perlu
buat satu ekspresi. Garis sementara yang terbentuk apabila anda senyum
atau berkerut hampir pasti akan menjadi kekal pada masa depan. Ini bukan
cerita rekaan, ini fizik. Namun jangan putus asa: membantu kulit anda kekal
anjal dan terhidrat sepenuhnya boleh melambatkan dan mengurangkan
kemunculan garis serta kedutan pada masa depan dengan ketara.

Ulasan Ringkas: Pergerakan semula jadi wajah adalah satu punca utama garis

ekspresi. Oleh itu, memperbaharui dan mengekalkan rangkaian sokongan kulit dan
keanjalannya adalah kunci untuk menangani kemunculannya.

7

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

KEGEBUAN

Faktor utama kedua dalam mengekalkan kulit kelihatan licin dan muda ialah kegebuan.
Kegebuan merujuk kepada isipadu kulit; kulit gebu apabila ia terhidrat sepenuhnya –
penuh dengan air. Bayangkan belon air: terkulai dan tidak bermaya jika hanya berisi sedikit
air tetapi licin dan teguh apabila penuh. Tekan dan ia akan membingkas serta-merta.
Walaupun menambah kelembapan kepada kulit penting untuk mengekalkan kulit gebu,
(itulah sebabnya pakar ARTISTRY menyarankan supaya anda menggunakan pelembap
dua kali sehari) ia juga penting untuk membantu kulit sentiasa lembap dan di sinilah Asid
Hialuronik atau HA bertindak.
HA ialah polimer (rantaian molekul) yang dihasilkan secara semula jadi dalam kulit anda.
Ia mempunyai ciri-ciri “hidrofilik” luar biasa yang bermaksud ia sukakan air! Di dalam
kulit anda, ia bertanggungjawab mengikat jumlah molekul air yang besar, menyatukannya
dengan kuat agar air kekal dan menjadikan kulit anda gebu. Molekul air boleh datang dari
dalam tubuh anda (seperti apabila anda minum dan mencernakan segelas air) atau dari
luar seperti apabila anda menyapu pelembap, malah dari udara di sekeliling anda pada
hari yang lembap. Walau apa pun sumbernya, HA sangat berkesan. Ia boleh mengikat
kira-kira 1,000 kali ganda beratnya dalam air*. Ini kuasa menggebu yang hebat!
Selain mengikat air, gabungan HA dan molekul air membentuk gel lembut dan
menggebukan yang mengisi setiap sudut dan celah permukaan kulit. Strukturnya
yang seperti jeli melicinkan penampilan kulit, menggebukan garis halus yang jelas dan
menampan kulit untuk memberikannya keanjalan dan kebingkasan tambahan.

8

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

Kulit yang kelihatan sihat dan muda mensintesiskan Asid Hialuroniknya sendiri untuk
membantu mengawal atur tahap kelembapan dan membantu kulit kekal gebu, licin
dan anjal. Namun seiring dengan peningkatan usia, pengeluaran HA kulit menjadi
perlahan sementara enzim dan kerosakan persekitaran terkumpul mula melemahkan
dan menurunkan HA yang ada di sana. Akibatnya? HA semula jadi kita kurang
berkesan mengikat air apabila kita semakin tua. Kulit menjadi lebih “tidak gebu”, oleh
itu ia menjadi kurang berupaya untuk membingkas daripada pergerakan wajah harian.
Garis ekspresi dan kedutan mula muncul; tidak lagi gebu.

Ulasan Ringkas: Untuk menjadikan kulit tetap gebu, licin dan tiada garis, meningkatkan

Asid Hialuronik atau HA kulit amat penting terutamanya apabila kita semakin tua.

Inspirasi: Rawatan Pengisian

Dalam melawan kedutan, sesetengah wanita
memilih untuk berjumpa pakar dermatologi
beberapa kali setahun untuk menerima
rawatan suntikan pengisi. Walaupun mahal,
pengisi ini berkesan menangani kedutan dan
menjadikannya gebu semula dengan cecair
yang disuntik (kerap kali termasuk Asid
Hialuronik). Isipadu cecair itu akan memenuhi
kedutan. Namun, akhirnya cecair itu diserap
oleh tubuh dan tiba masanya untuk rawatan
baru. Kemungkinan juga ada kesan sampingan
termasuk kemerah-merahan atau sakit di
sekitar kawasan suntikan atau tindak balas
alahan kepada bahan dalam pengisi. Selain itu,
rawatan itu hanya berkesan pada kedutan yang
disasarkan untuk diisi.

* Tamer Mahmoud, Hyaluronan and synovial joint function, distribution and healing:
Interdisciplinary Toxicology, Vol. 6(3): 111–125. 2013, Page 114

9

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

ANTIOKSIDAN

Antioksidan ialah faktor utama ketiga dalam mengekalkan kulit kelihatan cantik dan lebih
muda menawan. Anda mungkin pernah dengar tentang molekul istimewa ini dan tidaklah
memeranjatkan kerana antioksidan penting untuk menentang penampilan penuaan
pramatang. Pada dasarnya, ia mudah: antioksidan = baik, radikal bebas = jahat. Sudah
pasti, sains di sebaliknya lebih rumit tetapi ia juga membantu untuk memahami SEBAB ia
sangat penting.
Apakah persamaan antara epal perang, paku berkarat dan kedutan? Kerosakan radikal
bebas! Dari segi kimia, radikal bebas yang terdapat di dalam udara sekeliling dan tubuh
kita adalah molekul yang sangat reaktif. Molekul kecil ini bergerak mencuri elektron
daripada molekul jirannya lalu menukar jirannya kepada radikal bebas juga. Ia adalah satu
tindak balas berantai pencurian elektron. Apabila molekul kehilangan elektron, cara ia
berfungsi tidak lagi sama. Jika tindak balas berantai berterusan terlalu lama, anda boleh
melihat kesannya dengan mata anda sendiri. Epal yang rangup, lut sinar bertukar menjadi
lembut dan perang. Paku besi yang kuat bertukar menjadi berkarat mengelupas. Sokongan
kulit yang licin dan gebu menjadi lemah, akhirnya mengakibatkan kedutan yang jelas.
Di sinilah molekul lain bergelar antioksidan menjadi penyelamat. Pada tahap kimia,
antioksidan sangat pemurah – ia mampu memberi elektron kepada radikal bebas tanpa
mengubah caranya bertindak. Jadi, radikal bebas mendapat apa yang diingini dan berhenti
mencuri; kami katakan bahawa radikal bebas telah dineutralkan. Tindak balas berantai
dihentikan dan kerosakan tidak merebak. Antioksidan seperti Vitamin C yang merupakan
antara antioksidan yang terbaik ialah sumber terpenting untuk tubuh kita membantu
melindungi daripada radikal bebas dan tanda penuaan ketara yang berpunca daripada
kerosakan radikal bebas.

Ulasan Ringkas: Ia benar-benar semudah antioksidan = baik, radikal bebas = jahat.

Vitamin C pula ialah antara antioksidan terbaik yang pernah ditemui.

10

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

TEKNOLOGI UTAMA DALAM
RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU

Diilhamkan oleh prosedur pengisi profesional* yang berkesan namun invasif, saintis
ARTISTRY telah menghasilkan Rawatan Vitamin C + HA Termaju untuk mengurangkan
penampilan garis ekspresi dengan ketara dan dramatik. Walaupun ia tidak memberikan
hasil yang sama dengan suntikan yang mahal, ia dapat mengurangkan penampilan garis
ekspresi dengan ketara dan dramatik. Selain itu, ia membantu mengekalkan kegebuan
semula jadi kulit anda, menghasilkan penampilan lebih sihat, lebih muda secara
menyeluruh dan jika digunakan berterusan akan membantu mencegah kemunculan garis-
garis pada masa depan akibat serangan persekitaran – sesuatu yang tidak boleh dilakukan
suntikan pengisi.

Rawatan Vitamin C + HA Termaju menangani tiga faktor utama garis ekspresi –
Pergerakan, Kegebuan dan Antioksidan dengan dua teknologi hebat: Kompleks Vita-C
dan Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan. Yang paling penting, oleh sebab kedua-dua
teknologi ini membantu menentang punca-punca utama garis ekspresi, rawatan baru ini
amat berkesan mengurangkan keseluruhan penampilan garis ekspresi.

*H asil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik

11

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

KOMPLEKS VITA-C
MENGGABUNGKAN VITAMIN C TULEN 100% DALAM PENUTUP
PENGAKTIFAN DAN EKSTRAK CERI ASEROLA YANG DILULUSKAN NUTRILITE
DI DALAM SERUM
• Manfaat antipenuaan berganda
• Perlindungan antioksidan yang berkuasa
• Inovasi pembungkusan paling berkesan

Rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF ini termasuk pekatan Vitamin C yang tertinggi
dalam rumusan ARTISTRY. Ia bukan sekadar Vitamin C. Kompleks Vita-C ialah adunan
pintar Vitamin C Tulen 100% yang ditempatkan di dalam penutup pengaktifan inovatif
kami, ditambah dengan Vitamin C diperkuat fitonutrien kami yang terdapat dalam Ekstrak
Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE di dalam serum itu.

KUASA C
Vitamin C ialah bintang antipenuaan tindakan berganda yang terkenal dalam membantu
membaiki kemunculan garis ekspresi dengan menguatkan lapisan permukaan dalam kulit.
Ia juga antioksidan yang luar biasa. Faktor-faktor ini membantu menjadikan Vitamin C
sebagai bahan penentang kedutan terunggul.
Menguatkan Kulit
Vitamin C membantu menguat dan mengekalkan rangkaian sokongan penting kulit. Antara
manfaat yang meningkatkan keremajaan ialah ia membantu menjadikan kulit lebih anjal
dan tahan terhadap tekanan mikro dalam pergerakan wajah.
Mengurangkan Garis Ekspresi
Apabila kekuatan dan keanjalan kulit diperbaharui, Vitamin C juga membantu
mengurangkan penampilan garis dan kedutan termasuk garis ekspresi yang dalam.
Melindungi pada Masa Hadapan
Vitamin C adalah antara antioksidan terkuat yang terhasil secara semula jadi yang diketahui
oleh sains. Ini bermakna ia mengambil radikal bebas iaitu molekul berbahaya yang boleh
menyebabkan tanda-tanda penuaan yang jelas dan meneutralkannya agar ia menjadi tidak
berbahaya. Ini membantu memberikan kulit penampilan terbaik sekarang dan dengan
penggunaan berterusan membantunya kelihatan kekal lebih muda pada masa hadapan.

12

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

KESTABILAN VITAMIN C TULEN 100%
Walaupun Vitamin C yang disapu secara topikal terkenal dengan kehandalan
antipenuaannya, ia mewujudkan satu cabaran kepada perumus penjagaan kulit:
sebaik sahaja Vitamin C tulen dilarutkan dalam satu larutan (seperti serum atau krim)
ia mula lemah dan hilang keberkesanannya dengan pantas. Vitamin C terlarut tersebut
kekal berkuasa selama sekurang-kurangnya 30 hari untuk menghantar kebanyakan
kelebihannya. Tetapi hingga ke suatu tahap selepas itu, ia menjadi sangat terjejas hingga
tidak dapat lagi menunaikan janji-janjinya. Ini satu perkara besar apabila botol atau tiub
penjagaan kulit berada beberapa bulan di dalam gudang, bot atau para kedai sebelum
pelanggan menerimanya!
Untuk mengatasi ketakstabilan ini, kebanyakan jenama penjagaan kulit terkenal
menggunakan Vitamin C bentuk alternatif yang lebih stabil dalam larutan. Walaupun
Vitamin C alternatif ini (dan produk yang menggunakannya) boleh menjadi sangat
berkesan, hakikatnya sel kulit perlu melalui “langkah tambahan” untuk mengubah bentuk
alternatif kepada Vitamin C tulen 100% sebelum ia boleh digunakan sepenuhnya oleh
kulit. Ini bermaksud kulit anda tidak boleh memperoleh manfaat bentuk aternatif dengan
mudah atau cepat. Dalam kata lain, apabila kulit menerima Vitamin C Tulen 100%, ia
memperoleh manfaat penuh secara langsung – tidak perlu langkah tambahan.
ANALOGI: Bayangkan sebiji oren di dalam kulitnya. Kulit tersebut melindungi isi supaya
anda boleh membawanya ke mana-mana sepanjang hari dan ia masih banyak jus. Tetapi
anda pasti mahu mengupas kulitnya sebelum anda makan oren itu! Vitamin C bentuk
alternatif ini sama seperti kulit oren: ia melindungi dan mengekalkan Vitamin C tetapi anda
perlu membuka pelindungnya untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada Vitamin C
tulen di dalamnya.

Penutup Pengaktifan Inovatif

Kini pasukan ARTISTRY membawakan adunan inovatif untuk memberikan sebanyak
mungkin Vitamin C diaktifkan yang paling tulen, paling berkuasa dan paling segar kepada
pelanggan. Penutup pengaktifan memastikan serbuk Vitamin C Tulen 100% kering dan
stabil hingga pelanggan sedia menggunakan rawatan. Dengan sekali tekan, Vitamin
C Tulen 100% dilepaskan ke dalam serum, larut dengan serta-merta apabila anda
menggoncangnya untuk mencetuskan kuasa penuh antipenuaan Vitamin C. Apabila
pelanggan mengikuti saranan penggunaan, rawatan itu cukup kira-kira 30 hari, jadi
keberkesanan Vitamin C kekal pada tahap optimum sepanjang tempoh itu *.

Memandangkan Vitamin C Tulen 100% kami tidak mengandungi sebarang bahan
tambahan atau alternatif, kulit anda akan menyerapnya dengan mudah dan cepat serta
anda boleh menggunakannya dengan serta-merta. Selain itu, potensi antioksidannya lebih
besar berbanding Vitamin C bentuk alternatif.

*A pabila Rawatan Vitamin C + HA Termaju yang diaktifkan menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan boleh
melihat warna kuning mula terbentuk dalam rumusan. Ini petunjuk visual yang membantu menunjukkan produk
menghampiri hujung puncak kemujarabannya. Walaupun produk masih selamat untuk digunakan, kami sarankan
agar mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.

13

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

LEBIH BANYAK C: KOMPLEKS VITA-C
Rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF bukan setakat Vitamin C Tulen 100% yang
terdapat dalam penutup pengaktifan. Sebaik sahaja butang dalam penutup ditekan,
Vitamin C Tulen 100% dicampurkan dengan Ekstrak Ceri Aserola yang diluluskan
NUTRILITE – daripada Ceri Aserola yang ditanam di ladang AMWAY yang disahkan
organik – untuk menghasilkan Kompleks Vita-C.
Ceri Aserola yang masam ini ditanam di ladang Fazenda AMWAY NUTRILITE do Brasil
kami yang terletak di wilayah Gurun Caatinga, timur laut Brazil. Di wilayah hutan
belukar dan separa gersang ini kami menyokong dusun buah Ceri Aserola terbesar
di dunia. Secara idealnya, buah dituai semasa masih hijau dan belum matang iaitu
ketika kepekatan Vitamin C berada pada puncaknya – sangat pekat hinggakan sebiji
Ceri Aserola kecil yang hijau mengandungi lebih banyak Vitamin C daripada buah
14

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

oren bersaiz sederhana. Memandangkan setiap ceri di atas pokok matang pada
kadar yang berbeza-beza, buah yang dituai mestilah diasingkan dengan tangan di
ladang mengikut warna. Ceri berwarna hijau yang kaya dengan Vitamin C digunakan
dalam Ekstrak Ceri Aserola dan yang merah akan dikeluarkan dan digunakan untuk
tujuan lain.
Dengan menggabungkan Vitamin C Tulen 100% dan Ekstrak Ceri Aserola yang
diluluskan NUTRILITE, Rawatan Vitamin C + HA Termaju menyimbahi kulit anda
dengan salah satu pengekal keremajaan terbaik – semua antioksidan berkuasa
daripada Vitamin C Tulen 100% serta rangsangan tambahan daripada Ekstrak
Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE. Seperti yang dinyatakan, antioksidan
meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit untuk membantu menjadikan
kulit kelihatan lebih muda, lebih lama.

15

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

ADUNAN ASID HIALURONIK DWITINDAKAN
• Merangsang lembapan untuk kulit gebu
• Bertindak di pelbagai tahap

Rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF menjadikan kulit kekal gebu dan terhidrat
dengan pekatan Hialuronik (HA) yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY. Adunan Asid
Hialuronik Dwitindakan yang dihasilkan dengan teliti berfungsi di pelbagai tahap untuk
menangani kehilangan semula jadi HA yang boleh menonjolkan penampilan garis ekspresi.

PENGGEBUAN PELBAGAI TAHAP + ISIPADU

16

TEKNOLOGI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan dalam Rawatan Vitamin C + HA Termaju berfungsi
dengan serta-merta dan lama-kelamaan untuk membantu melicinkan penampilan garis
ekspresi dan membantu meningkatkan penampilan kulit yang gebu dan berisi.

Mengapa kami memanggilnya “Dwitindakan”? Ia berfungsi dalam dua cara! Saintis
ARTISTRY menggabungkan polimer HA berlainan saiz yang menyasarkan tahap
permukaan kulit yang berbeza dengan kesan pelengkap.

1. Kegebuan Serta-Merta di Tahap Atas: Di tahap atas permukaan kulit, filamen HA
yang lebih besar dengan “berat molekul tinggi” memberikan kesan kegebuan serta-
merta. Saiznya menyebabkan ia tidak dapat menembusi secara mendalam. Oleh itu,
ia kekal di tahap atas, tempat isipadu tambahan lebih penting.

2. Kelembapan dan Keanjalan di Tahap Bawah: Helaian HA “berat molekul
rendah” yang halus mampu menembusi ke dalam permukaan kulit. Di sana, ia
meningkatkan dan mengimbangkan tahap kelembapan dalaman kulit, menjadikan
kulit lebih terhidrat dan lebih anjal lama-kelamaan.

Campuran ini direka secara khusus untuk menangani pengeluaran dan keberkesanan HA
semula jadi kulit yang semakin perlahan dan berkurangan apabila kita semakin tua. Oleh
sebab HA boleh mengikat kira-kira 1,000 kali beratnya dalam air*, Adunan Asid Hialuronik
Dwitindakan meningkatkan penghidratan dalaman kulit secara dramatik.

Di setiap tahap, kulit mendapat semula kegebuan, kelihatan berisi dengan penampilan
yang licin dan sihat. Kulit juga boleh pulih daripada pergerakan harian wajah dengan lebih
baik – agar ia lebih tahan terhadap penampilan garis ekspresi kekal.

DIILHAMKAN OLEH PENGISI DERMA

Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan yang menggebukan ini diilhamkan oleh persediaan
Asid Hialuronik yang digunakan dalam prosedur dermatologi**. Namun begitu, oleh sebab
ia disapu pada permukaan kulit (bukannya disuntik di bawah kulit), Rawatan Vitamin
C + HA Termaju meningkatkan penghidratan kulit, tampak sihat dan menggebukan
penampilan garis halus dengan serta-merta.

* Tamer Mahmoud, Hyaluronan and synovial joint function, distribution and healing:
Interdisciplinary Toxicology, Vol. 6(3): 111–125. 2013, Page 114

**H asil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik

17

PRESTASI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

Rawatan Vitamin C + HA Termaju terbukti secara klinikal
dalam mengurangkan SEMUA garis ekspresi yang jelas.

Rawatan Vitamin C + HA Termaju ialah rawatan pengisi pintar kami yang bertindak
dalam pelbagai cara untuk mengurangkan penampilan penuaan. Diilhamkan oleh
rawatan suntikan pengisi pakar dermatologi*, serum revolusioner ini:
1. M ula melicin dan mengurangkan penampilan garis ekspresi dengan serta-merta.

2. Terbukti secara klinikal mengurangkan semua garis ekspresi yang jelas termasuk
kedutan pada sudut mata, garis senyum, kedutan di dahi/garis kerisauan, garis
kening/garis kerutan/garis 11.

Dalam hanya 1 minggu, garis menjadi gebu dengan ketara.
Selepas 4 minggu, pengimejan 3D termaju menunjukkan pengurangan dalam jumlah
kedutan termasuk garis kening/garis kerutan/garis 11.
86% wanita yang diuji secara klinikal menunjukkan pengurangan dalam semua garis
ekspresi. Wanita mendapati pengurangan walaupun pada garis yang paling degil
selepas 12 minggu.

3. M engembalikan penampilan penuh dan berisi pada kulit untuk tampak gebu dan
muda.

Dalam hanya 1 minggu, 81% wanita rasa kulit mereka licin dan lembut.
Dalam 4 minggu, 78% wanita mendapati kulit yang gebu dan kembali bingkas seperti
kulit muda.

4. M embantu mencegah penampilan garis ekspresi dengan perlindungan antioksidan
berkuasa daripada serangan persekitaran.

Berbanding dengan oren: Gram dengan gram, rumusan ini memberikan 95% lebih
banyak perlindungan antioksidan berbanding dengan oren.
Berbanding dengan rumusan kami yang sebelum ini: rumusan ini memberikan 35%
lebih banyak perlindungan antioksidan berbanding dengan Rawatan Vitamin C +
Keladi.

* Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik

18

PRESTASI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

IMEJ KLINIKAL SEBELUM & SELEPAS

Kedutan pada sudut mata – Asas Kedutan pada sudut mata
– Selepas 4 Minggu

Kedutan pada sudut mata – Asas Kedutan pada sudut mata
– Selepas 8 Minggu

Garis Kening/Garis Kerut/ Garis Kening/Garis Kerut/
Garis 11 – Asas Garis 11 – Selepas 4 Minggu

19

PRESTASI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

Pengimejan 3D Termaju

Garis Kening/Garis Kerut/Garis 11 Garis Kening/Garis Kerut/Garis 11
Asas Selepas 4 Minggu

IMEJ KLINIKAL SEBELUM & SELEPAS

Kedutan di dahi/Garis kerisauan Kedutan di dahi/Garis kerisauan
Asas Selepas 4 Minggu

Kedutan di dahi/Garis kerisauan Kedutan di dahi/Garis kerisauan
Asas Selepas 8 Minggu

20

PRESTASI

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

Wanita sangat suka dengan apa yang mereka lihat
dan juga apa yang mereka tidak lihat:

“Saya tidak rasa saya perlu bersembunyi di sebalik
garis ekspresi saya lagi.”
"Orang melihat saya, bukan kedutan pada
sudut mata saya."
"Saya rasa cantik tanpa risiko kelihatan kaku.”"
"Saya kelihatan lebih muda dan menarik."
" Kulit saya kelihatan segar, semula jadi,
jelas lebih licin."

21

PRODUK

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

ARAHAN PENGGUNAAN

UNTUK MENGAKTIFKAN PRODUK

Sebelum menggunakan produk, anda mestilah mengaktifkannya seperti berikut:
1. Tanggalkan penitis daripada botol serum dan gantikan dengan penutup pengaktifan.

Untuk memudahkan anda, kartonnya telah direka untuk meletakkan penitis semasa
beberapa langkah berikutnya.
2. Tekan butang di atas Penutup dengan kuat untuk mengeluarkan serbuk Vitamin C
Tulen 100% ke dalam serum.
3. Goncang dengan kuat selama 30 saat hingga serbuk betul-betul larut.
4. Gantikan penutup pengaktifan dengan penitis.
Nota untuk Pengaktifan
Buih: Jangan bimbang jika anda nampak buih selepas digoncang. Ia tidak akan
menjejaskan rawatan dan akan hilang dalam masa satu jam. Untuk mengelakkan buih
kelihatan (contohnya jika anda membuat demostrasi rawatan ini kepada pelanggan baru),
aktifkannya pada malam sebelum menggunakannya kali pertama.
Rasa Berbiji: Jika rawatan rasa berbiji atau berpasir pada kulit selepas pengaktifan,
serbuk belum betul-betul larut. Goncang dengan kuat selama 30 saat lagi.

22

PRODUK

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

UNTUK MENYAPU PRODUK SELEPAS PENGAKTIFAN AWAL

Setiap pagi dan malam selepas membersih dan menyegarkan kulit anda, letakkan
4-5 titik rawatan diaktifkan ke tapak tangan anda kemudian sapu pada muka dengan
hujung jari. Sapu menyeluruh dengan memberi tumpuan pada garis ekspresi yang
ketara sambil mengelak daripada terkena mata. Susuli dengan pekatan dan pelembap
penjagaan kulit harian.
Masa untuk Botol Baru: Apabila Rawatan Vitamin C + HA Termaju yang diaktifkan
menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan mungkin melihat warna kuning mula terbentuk
dalam rumusan. Ini merupakan petunjuk visual yang membantu menunjukkan produk
hampir di penghujung puncak kemujarabannya dan sudah tiba masanya untuk memesan
botol baru. Walaupun produk kekal selamat untuk digunakan, kami sarankan agar
mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.

23

BEKASNYA

Rawatan Vitamin C + HA Termaju dipersembahkan
dengan kecantikan yang sofistikated dan sentuhan
klinikal yang diilhamkan oleh sains. Botolnya
diperbuat daripada kaca jernih agar pelanggan
boleh memantau warna rawatan. Penitis kaca
direka untuk memberikan jumlah rumusan
yang tepat dalam setiap titisan. Di dalam karton,
anda juga diberikan penutup pengaktifan yang
mengandungi serbuk Vitamin C Tulen 100% serta
tempat yang direka khas untuk meletakkan penitis
ketika anda menggunakan penutup pengaktifan.

24

PRODUK

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

HARUMAN

Haruman PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY membangkitkan deria dengan deburan
bauan sitrus yang mempesonakan dan herba segar. Hasilnya ialah rasa yang menyegarkan
dan girang, diikuti dengan keasyikan nada tengah bunga-bungaan dan diakhiri dengan
kenikmatan eksotik lagi sofistikated haruman dasar.

NADA ATAS NADA TENGAH NADA DASAR

• Selasih • White Rose Absolute • Kayu Cendana
• Clary Sage • Jasmine Absolute • Kesturi
• Sitrus (Limau Gedang • Lily of the Valley • Amber
• Bunga Oren • Pic
dan Mandarin) • Neroli
• Cassis

Nada Atas daripada Selasih, Clary Sage, Limau Gedang, Limau Mandarin dan Cassis

Nada Tengah daripada Ros Putih, Melur, Lily of the Valley, Bunga Oren dan Neroli

Nota Asas daripada Kayu Cendana, Kesturi, Amber dan Pic

25

SOALAN LAZIM

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

PRODUK
ADAKAH MANAFAAT YANG DICAPAI DENGAN RAWATAN VITAMIN C + HA
TERMAJU SETANDING DENGAN SUNTIKAN PENGISI PAKAR DERMATOLOGI

Walaupun Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak bertindak benar-benar sama seperti suntikan
pengisi, namun ia mempunyai banyak manfaat yang sama*. Ia mengurangkan penampilan
garis ekspresi secara dramatik dan membantu mencegah penampilannya pada masa hadapan
akibat serangan persekitaran. Tambahan pula, ia membantu mengekalkan kegebuan kulit anda
dan memberikan penampilan yang lebih sihat, lebih muda secara keseluruhan – sesuatu yang
tidak boleh dilakukan oleh suntikan pengisi*.

*Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik

ADAKAH MANA-MANA BAHAN ATAU TEKNOLOGI DALAM INFUSI PENGGALAK
YANG EKSKLUSIF KEPADA PRODUK ARTISTRY ATAU AMWAYTM?
APAKAH YANG MEMBUATKANNYA UNIK?

Ada, kami memasukkan Ekstrak Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE. Ekstrak Ceri
Aserola ini eksklusif kepada penjagaan kulit ARTISTRY dan mengandungi nilai antioksidan
yang sangat tinggi kerana ia merupakan sumber antioksidan Vitamin C yang kaya dan
semula jadi. Malah, Ceri Aserola telah ditunjukkan sebagai salah satu sumber Vitamin C
semula jadi yang paling kaya, jauh lebih banyak daripada buah sitrus yang dahulunya
dipuji-puji. Ceri Aserola ialah bahan yang digunakan secara bersepadu dalam produk
ARTISTRY dan ditanam di ladang AMWAY yang terbesar dan mengeluarkan Ceri Aserola
sepanjang tahun.

APAKAH UJIAN KLINIKAL ATAU SOKONGAN MAKMAL YANG TERSEDIA
UNTUK RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU?

Ujian klinikal, pengguna dan in-vitro telah dilaksanakan untuk menyokong dakwaan
keselamatan dan keberkesanan Rawatan Vitamin C + HA Termaju. Kajian telah
dilaksanakan untuk memastikan rumusan ini diterima dengan baik, berkesan dan
memenuhi jangkaan pengguna.

26

SOALAN LAZIM

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

BAGAIMANA RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU BERBEZA DARIPADA
RAWATAN VITAMIN C + KELADI?

Walaupun Rawatan Vitamin C + Keladi telah menjadi kegemaran pelanggan dan ABO
selama hampir 20 tahun, Rawatan Vitamin C + HA Termaju menggabungkan teknologi
inovatif dan penemuan saintifik terkini. Rumusan baru tersebut menawarkan lebih banyak
perlindungan antioksidan Vitamin C termasuk kuasa menggebu Asid Hialuronik. Inilah masa
yang paling sesuai untuk memperkenalkan pelanggan kepada kemajuan produk yang besar.
Berikut adalah beberapa perbezaan khusus antara kedua-dua rumusan:

• R awatan Vitamin C + HA Termaju mempunyai jumlah Vitamin C tertinggi yang pernah
ditawarkan dalam produk penjagaan kulit ARTISTRY – 20% lebih banyak dalam
isipadu daripada rumusan sebelum ini.

• R awatan Vitamin C + HA Termaju memberikan perlindungan antioksidan 35% lebih
banyak daripada rumusan sebelum ini.

• R awatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi Vitamin C Tulen 100% dalam
penutup pengaktifan yang inovatif – yang pertama untuk penjagaan kulit ARTISTRYTM.

• R awatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan
untuk mengembalikan penampilan yang gebu, penuh dan muda.

Pengguna lebih menyukai Rawatan Vitamin C + HA Termaju berbanding Rawatan Vitamin C
+ Keladi kerana semua ciri-ciri berikut:
1. keseluruhan
2. keseluruhan bekas
3. penampilan bekas
4. bekas yang memudahkan penggunaan
5. bekas yang inovatif
6. mudah mencampurkan serbuk dengan serum
7. mudah menyapu
8. rasa kulit secara keseluruhan
9. rasa kulit secara keseluruhan semasa menyapu
10. penampilan kulit secara keseluruhan

27

SOALAN LAZIM

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

BAGAIMANAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU DIDAFTARKAN?

Rawatan Vitamin C + HA Termaju didaftarkan sebagai kosmetik umum dalam semua
pasaran kecuali Korea. Di Korea, ia dikelaskan sebagai kosmetik fungsian.

ADAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU MENGANDUNGI SEBARANG
BAHAN YANG DIPEROLEH DARIPADA HAIWAN?

Tidak, Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak mengandungi bahan yang diperoleh
daripada haiwan.

ADAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU DIUJI PADA HAIWAN?

Tidak, Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak diuji pada haiwan.

ADAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU MENGANDUNGI PARABEN?

Tidak. Rawatan Vitamin C + HA Termaju telah dikekalkan kemujarabannya dengan
berkesan tanpa menggunakan paraben. Ia boleh dikelaskan sebagai bebas paraben.

ADAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU MENGANDUNGI GLUTEN?

Tiada bahan daripada gandum atau barli dimasukkan dalam Rawatan Vitamin C + HA
Termaju.

APAKAH JANGKA HAYAT RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU DAN BERAPA
LAMA SAYA BOLEH GUNAKANNYA SELEPAS IA DIBUKA?

Jangka hayat produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk diaktifkan
dengan menekan butang dan mencampurkan serbuk Vitamin C Tulen 100% dengan
serum, kami menyarankan agar produk itu digunakan dalam masa 30 hari untuk
memastikan keberkesanan penuh produk.
NOTA: Apabila rawatan yang diaktifkan menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan mungkin
melihat warna kuning mula terbentuk dalam rumusan. Ini merupakan petunjuk visual
yang membantu menunjukkan produk hampir di penghujung puncak kemujarabannya.
Walaupun produk kekal selamat untuk digunakan, kami sarankan agar mengaktifkan botol
baru selepas 30 hari.

28

SOALAN LAZIM

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

BAGAIMANA RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU HARUS DISIMPAN?

Sebelum dan selepas pengaktifan, Rawatan Vitamin C + HA Termaju harus disimpan di
tempat dingin, kering dan jauh daripada cahaya matahari terus.

• J auhkan daripada haba dan cahaya: Haba dan cahaya termasuk cahaya matahari terus
boleh menjadikan produk bertukar kuning lebih cepat dan bolen mempercepatkan
“kehilangan kuasa” semula jadi akibat pengoksidaan dalam rumusan.

• Pertimbangkan untuk menyimpannya dalam peti sejuk: Menyimpan dalam peti sejuk
tidak perlu tetapi ia membantu memperlahankan potensi penguningan dan “kehilangan
kuasa”.

29

SOALAN LAZIM

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

PENGGUNAAN PRODUK
ADAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU SERASI DENGAN PRODUK
PENJAGAAN KULIT ARTISTRY LAIN?

Ya, ia serasi secara estatik. Namun begitu, apabila menambah produk kepada rutin
penjagaan kulit anda, amalan yang baik ialah hanya memperkenalkan satu produk
baru pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya satu minggu sebelum
memperkenalkan sebarang produk baru yang lain. Oleh sebab rumusan PENJAGAAN
KULIT INTENSIF ARTISTRY termasuk Rawatan Vitamin C + HA Termaju sangat berkuasa,
kami sarankan agar anda menyesuaikan rutin penjagaan kulit berdasarkan sensitiviti kulit
yang anda rasai sendiri.

BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN REGIMEN ARTISTRY SEDIA ADA
BERSAMA-SAMA RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU INI?

Boleh! Rawatan Vitamin C + HA Termaju dihasilkan untuk ditambah kepada regimen
ARTISTRY sedia ada anda. Gunakannya sebelum pekatan harian anda.

MENGAPAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU SAYA HABIS SEBELUM
30 HARI?

Pastikan anda hanya menggunakan 4-5 titik rumusan pekat ini untuk setiap sapuan. Jika
anda menggunakan lebih, ia tidak akan cukup untuk 30 hari.

30

SOALAN LAZIM

RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

KESELAMATAN & PENCEGAHAN
ADAKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU SESUAI UNTUK KULIT
SENSITIF?

Rawatan Vitamin C + HA Termaju telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan individu
yang mempunyai kulit sensitif. Dalam ujian ini, tiada bukti tindak balas alahan atau
kerengsaan yang melampau. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa tiada program
ujian yang boleh menjamin semua individu yang ingin menggunakan produk ini tidak akan
mengalami tindak balas.

BOLEHKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU DIGUNAKAN DI
SEKELILING MATA?

Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak disyorkan untuk digunakan secara langsung pada
mata atau kelopak mata. Penggunaan di sekeliling kawasan mata hendaklah dihadkan
kepada kedutan pada sudut mata (sudut luar mata) di sepanjang garis ekspresi. Elakkan
produk daripada memasuki mata.

JIKA SAYA (ATAU PELANGGAN) MENGALAMI SEBARANG SENSASI SELEPAS
MENYAPU RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU, APAKAH YANG HARUS SAYA
LAKUKAN?

Sensasi berdenyut-denyut dan kemerahan memang dijangkakan bagi sesetengah
pengguna, biasanya orang yang yang kulitnya lebih sensitif. Sensasi ini adalah sementara
(bermaksud ia tidak lama) dan suatu yang normal semasa menggunakan Rawatan Vitamin
C + HA Termaju. Walau bagaimanapun, jika denyutan itu menyebabkan kerengsaan kulit,
basuh produk berkenaan dan hentikan penggunaannya.

BOLEHKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU DIGUNAKAN SELEPAS
SELARAN MATAHARI? BAGAIMANA PULA SELEPAS RAWATAN KOSMETIK
YANG KUAT?

Secara amnya, kami tidak mengesyorkan penggunaan sebarang produk kosmetik selepas
selaran matahari atau setelah sebarang rawatan kosmetik yang menyebabkan keradangan
melampau. Rawatan Vitamin C + HA Termaju dan mana-mana produk lain hendaklah
digunakan hanya setelah keradangan reda. Untuk penggunaan selepas pengelupasan
kosmetik atau rawatan laser, pelanggan hendaklah mendapatkan nasihat doktor.

BOLEHKAH RAWATAN VITAMIN C + HA TERMAJU DIGUNAKAN SEMASA
HAMIL?

Bahan dalam Rawatan Vitamin C + HA Termaju ditunjukkan selamat digunakan oleh semua
wanita. Kajian keselamatan kosmetik tidak dilakukan ke atas wanita hamil. Memandangkan
keadaan kulit berubah semasa hamil, keputusan sama ada hendak menggunakan produk ini
atau tidak perlu dibincangkan oleh wanita tersebut dengan doktornya.

31

PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

GAMBARAN KESELURUHAN

CARTA PERBANDINGAN PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

PRODUK Rawatan Vitamin C Pengelupasan Serum Pemejal
+ HA Termaju Memperbaharui Antikedutan

MASALAH Garis ekspresi, hilang kegebuan Kekasaran, kekusaman, Kedutan, hilang
kelupasan kepejalan/keanjalan

PENYELESAIAN Pengurangan kedutan yang jelas Lapisan baru kulit dan Memejal dan
dan kulit menjadi gebu pengelupasan memperbaharui sel kulit

HASIL Mengurangkan penampilan 93% wanita melihat Memperbaiki kepejalan
semua garis ekspresi utama. kulit yang lebih lembut, dan keanjalan kulit di
Mengembalikan penampilan licin bak sutera, malah samping mengurangkan
kulit yang penuh dan anjal untuk berseri-seri selepas 1 kedutan yang jelas.
penampilan yang gebu dan
muda. Ia juga antioksidan yang penggunaan.

berkuasa.

TEKNOLOGI Pengisi Pintar Enzim Pintar Retinol Pintar

Kompleks Vita-C menampilkan Enzim Cendawan Retinol digabungkan
Vitamin C Tulen 100% dengan Meneutral Sendiri, Ekstrak dengan Kompleks
sistem penghantaran penutup
pengaktifan, termasuk Adunan Mucor Miehei Sasaran perencat EGFR
dan ekstrak penenang
Asid Hialuronik Dwitindakan

MANFAAT BERBANDING Pengisi Boleh Suntik Pengelupasan Kimia Preskripsi Retin-A
DENGAN RAWATAN Topikal
PROFESIONAL**

PENGGUNAAN 2x setiap hari, pagi dan malam 2x setiap minggu selama 1x setiap malam
6 minggu bukan pada hari

yang berturut-turut

BEKAS Botol 12ml dengan penutup Botol pam tanpa udara Tiub aluminium rintangan
pengaktifan dan penitis 20ml dengan gegelang tinggi tanpa udara 30ml

aluminium

32

PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

GAMBARAN KESELURUHAN

Program Pemulihan Pelicin Kulit Termaju Infusi Penggalak
14 Malam Kerosakan kulit akibat pencemaran
Tekstur kulit tidak sekata,
Kulit kurang jernih, liang yang jelas
keseluruhan kulit rosak

Pemulihan dan pembaikan Mentekstur semula dan Menulenkan dan merangsang
kulit mengurangkan liang yang ketara rawatan penjagaan kulit

261% peningkatan dalam 90% wanita menunjukkan Kulit kelihatan gebu dan segar.
Kejernihan! Memulihkan penambahanbaikan dalam Merangsang penghantaran pekatan
kulit secara mendalam penampilan saiz liang selepas 4 harian ARTISTRY anda dengan lebih
untuk kelihatan sihat dan minggu. Mentekstur semula kulit
untuk kulit yang tiada cela, rasa licin baik sebanyak 4 kali*.
lebih muda. bak baldu dan sempurna.

Laser Pintar Pengecil Liang Pintar Nyahtoksin Pengoksigenan Pintar

Deep Night Action 7 Kompleks Pelicin yang menangani Kompleks Nyahtoksin
Complex dikuasakan oleh 5 faktor yang mendorong kepada Pengoksigenan Pintar dan Teknologi
sistem yang menenangkan
untuk 7 tahap Pemulihan tekstur kulit yang tidak sekata. Kristal Cecair

dan Pembaikan

Rawatan Mempermuda Rawatan Laser Berperingkat Rawatan Muka Pengoksigenan
Wajah – Foto IPL

1x setiap malam selama 2 2x setiap hari, pagi dan malam 2x setiap hari, pagi dan malam
minggu, 4x setiap tahun

1.5ml x 14 pam mini Pam tiub celup 30ml atau 50ml Botol 150ml dengan pengecil
bukaan

33

PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY

GAMBARAN KESELURUHAN

MEMILIH RAWATAN PENJAGAAN KULIT
ANTIPENUAAN ARTISTRY YANG TEPAT

Semua rumusan ARTISTRY ini memberikan manfaat antikedutan yang jelas.
Inilah cara untuk memilih rumusan yang sesuai untuk pelanggan anda.

PRODUK Usia Teknologi Utama Bagaimana Sasaran Pilih jika anda
Pelanggan paling bimbang

Tipikal tentang…

Rawatan 22-50+ • K ompleks Vitamin C terkenal • G aris Ekspresi …garis ekspresi
Vitamin C + Vita-C sebagai bahan dan tanda-tanda
HA Termaju menampilkan multitindakan • Kegebuan
Penjagaan Vitamin C dan antioksidan awal penuaan
Tulen 100% • Garis Pada lain serta
KULIT berkuasa sementara Masa Depan
INTENSIF • A dunan Asid Asid Hialuronik mencegah tanda-
Hialuronik tanda penuaan
Dwitindakan (HA) menggebukan pramatang
kulit dari dalam.

Pekatan 25-45 • LifeSirt Peptida dan • G aris, Kedutan …mengurangkan
Serum Youth bahan-bahan • Keserian penampilan
• Peptida lain membantu kedutan sedia
Xtend™ Mikro-X6 menggalakkan ada dan
jaringan sokongan menambah
baik keserian
kulit. keseluruhan

Pekatan Esen 40+ • Kaviar Merah Rumusan dengan • Menegangkan …menegang
Penegang Pekatan Kaviar Kontur Wajah dan membentuk
Youth • P eptida
Mikro-X6 Merah membantu • Memejal penampilan
Xtend Ultra kulit yang rosak kontur muka
kelihatan lebih • Garis, Kedutan serta memejal
tegang dan pejal dan melicinkan
serta membantu • Seri Kemerah- penampilan
merahan
mengembalikan seri kedutan
kemerah-merahan.

Serum Pemejal 40+ • Retinol Retinol mencantik • Kedutan …menangani
Antikedutan dan melicinkan Dalam garis yang dalam
PENJAGAAN • K ompleks permukaan kulit dan memejalkan
KULIT Sasaran • Hilang
INTENSIF Eksklusif pada tahap mikro. Kepejalan kulit kendur

34

© Copyright 2017 AMWAY (B) Sdn. Bhd., AMWAY (Malaysia) Sdn. Bhd. (22062-P) AJL93010 and AMWAY (Singapore)
35
Pte. Ltd. (197902465G). All rights reserved.


Click to View FlipBook Version