The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarkafai mbss, 2023-06-14 13:17:22

LAPORAN INOVASI 2023 - KALEJA

LAPORAN INOVASI 2023

LAPORAN KAJIAN INOVASI


ISI KANDUNGAN LAPORAN BIL PERKARA M/S 1.0 Tajuk Inovasi 1 2.0 Nama Sekolah 1 3.0 Pengenalan 3.1 – Latar belakang Peserta 1 4.0 Penerangan Hasil Inovasi 4.1 – Ringkasan Hasil Inovasi 4.2 – Tarikh Inovasi dihasilkan 4.3 – Tujuan Projek Inovasi 4.4 – Proses Pelaksanaan Projek Inovasi 4.4.1 - Proses Penghasilan KALEJA 4.4.2. – Diskripisi KALEJA 4.4.3- - Kos Bahan 4.4.4 - Proses Semasa penghasilan KALEJA 4.4.5 – Pelaksanaan Kajian KALEJA 4.4.6 – Proses Sebelum Pengunaan KALEJA 4.4..7 – Proses Selepas Penggunaan KALEJA 2 3 3 3 4 4 5 7 9 10 12 14 5.0 Kumpulan sasar dan skop liputan 15 6.0 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar 6 7.0 Pengiktirafan 19 8.0 Implikasi Kewangan 19 9.0 Penutup 19 10.0 Rujukan 20 11.0 Lampiran 21


1 LAPORAN KAJIAN INOVASI S.A.R. (KAFA INTEGRASI) MASJID BANDAR SULTAN SULEIMAN 42000 PELABUHAN KLANG DAERAH KLANG 1.0 TAJUK INOVASI KALEJA mengatasi masalah lemah jawi. 2.0 NAMA SEKOLAH S.A.R. (KAFA Integrasi) Masjid Bandar Sultan Suleiman 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. 3.0 PENGENALAN Penggunaan KALEJA (KALkulator Ejaan JAwi) adalah satu Inovasi yang dicipta bagi mengatasi masalah lemah jawi dalam kalangan murid tahun 2 S.A.R. (KAFA Integrasi) Masjid Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang 3.1 LATAR BELAKANG RINGKAS PESERTA 3.1.1 PN. MAISURAH BINTI JAAFAR (820430-06-5060) • Mula berkhidmat di KAFA Integrasi Masjid Bandar Sultan Suleiman pada tahun 2008 • Pernah memegang jawatan sebagai Guru Panjar Wang Runcit. • Kini beliau memegang jawatan sebagai Guru Kokurikulum dan Ketua Panitia Tauhid dan Fekah • Beliau pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Kajian Inovasi Peringkat Daerah Klang dengan Inovasi Stiker Husnul Khotimah pada tahun 2017 dan memenangi Naib Johan pada pertandingan tersebut. • Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Sekolah Tahun 2022


2 3.1.2 PN NORSILAWATI BINTI RAZALI (800414-03-5242) • Mula berkhidmat di KAFA Integrasi Masjid Bandar Sultan Suleiman pada tahun 2012 • Pernah memegang jawatan sebagai guru kaunseling. • Kini beliau memegang jawatan sebagai Guru Disiplin bagi sesi petang, Guru Panjar Wang Runcit dan Ketua Panitia Bahasa Arab. • Beliau pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Kajian Inovasi Peringkat Daerah Klang dengan Inovasi Stiker Husnul Khotimah pada tahun 2017 dan memenangi Naib Johan pada pertandingan tersebut. • Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Sekolah Tahun 2022 3.1.3 CIK NURUL AFIDATUL ANIS BINTI MOHD ZUKI (981120-10-6290) • Mula berkhidmat di KAFA Integrasi Masjid Bandar Sultan Suleiman pada tahun 2022 • Memegang jawatan sebagai Guru Data dan Simpeni. • Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kategori Pengurusan dan Pentadbiran Peringkat Sekolah Tahun 2022 4.0 PENERANGAN HASIL INOVASI 4.1 RINGKASAN HASIL INOVASI KALEJA adalah singkatan kepada (KALkulator Ejaan JAwi) adalah merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Hal ini kerana, produk ini mampu menarik minat murid yang lemah jawi dari segi penulisan dan bacaan melalui system permainan yang membolehkan mereka bermain sambIl belajar. Bukan itu sahaja, KALEJA ini juga menggunakan system warna dan pergerakan yang membuatkan produk ini lebih menarik dan mudah didekati oleh murid.


3 4.2 TARIKH INOVASI DIHASILKAN Inovasi ini telah dihasilkan pada 01 Mei 2023 4.3 TUJUAN PROJEK INOVASI Tujuan projek ini dihasilkan apabila guru dapat mengetahui dan mengenal pasti murid Tahun 2 di sekolah ini menghadapi masalah lemah dalam matapelajaran jawi dari segi membaca dan menulis suku kata dan penggunaan huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung melalui Latihan dan pembelajaran semasa di dalam kelas. Maka, tercetusnya idea projek KALEJA ini apabila mendapati murid suka bermain sambal belajar yang mana sebelum ini guru – guru hanya menggunakan kad imbas dan menampal kad imbas tersebut di papan putih sebagai bahan bantu mengajar yang menarik. Tetapi dengan KALEJA ini, ia akan menjadikan Bahan Bantu Mengajar guru -guru lebih menarik kerana ia menggabungkan penggunaan kad imbas yang bewarna di dalam satu permainan dan murid boleh menggerakkan kad imbas yang diletakkan dengan huruf- huruf padanan jawi yang telah dikategorikan mengikut huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung di atas landasan yang disediakan. Kajian mendapati, murid – murid lebih cenderung untuk tertarik dengan sesuatu perkara apabila menggunakan kaedah warna. Penggunaan warna telah terbukti memainkan peranan penting dalam merangsang emosi yang berlainan dan menarik perhatian murid. ( Chang,Xu, & Watt 2018). Dari situ kita telah membezakan warna bagi huruf yang bersambung dengan huruf yang tidak boleh bersambung. Dengan penggunaan Inovasi KALEJA ini, diharapkan ia dapat membantu masalah murid yang lemah jawi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam setiap matapelajaran KSRA yang dipelajari seperti Fekah, Tauhid, Akhlak adalah dalam tulisan jawi. Jika masalah lemah jawi ini dapat diatasi dari awal, maka secara tidak langsung prestasi pencapaian bagi matapelajaran KSRA yang lain juga turut dapat diatasi dengan baik.


4 4.4 PROSES PERLAKSANAAN PROJEK INOVASI ( Nyatakan jika dibuat in – house atau out- source) Proses pelaksanaan Projek Inovasi KALEJA ini adalah dibuat secara inhouse dengan menggunakan kepakaran dalaman dalam segala pelaksanaannya. Ia hanya menggunakan kepakaran guru sekolah sekaligus ia dapat mengelakkan penggunaan kepakaran luar (outsource) dan dapat menjimatkan kos penghasilan projek inovasi KALEJA. Proses pelaksanaan Projek Inovasi KALEJA ini dimulakan dengan proses penghasilan dan penciptaan KALEJA dari sudut cetusan idea dan konsep, diskripsi dan penerangan tentang papan KALEJA, serta bahan- bahan yang digunakan dalam penghasilannya. Seterusnya pengkaji akan menyatakan pelaksanaan sebelum penggunaan KALEJA kepada murid- murid dan selepas penggunaan KALEJA. 4.4.1 PROSES PENGHASILAN KALEJA ( CETUSAN IDEA ) Konsep KALEJA ini adalah hasil cetusan idea daripada alat hitung tradisonal ABAKUS atau dikenali juga sebagai SEMPUA dan alat hitung moden iaitu KALKULATOR. Secara asasnya, alat hitung sempua ini menggunakan kaedah “menggerakkan” manikmanik yang menggelangsar pada alur- alur batang yang terdapat pada sempua tersebut. Manakala alat hitung moden Kalkulator pula adalah sejenis alat digital yang akan menunjukkan nombor digit di paparan skrin apabila pengguna menekan nombornombor . Hasil gabungan kedua- dua alat hitung ini, maka terhasillah KALkulator Ejaan JAwi ini dimana ia menggabungkan kaedah menggerakkan kad huruf bewarna ke ruang susunan huruf jawi yang disediakan yang mana akhirnya huruf jawi yang akan dijawikan tersusun di ruang yang disediakan.


5 Gambar Rajah 1. 4.4.2 DISKRIPSI KALEJA 1.- Casing merupakan penutup wayar yang diambil bagi membuat laluan dan memudahkan pergerakan Kad padanan huruf yang akan dimasukkan ke dalam casing tersebut. Casing ini akan ditambap diatas board supaya tidak bergerak dan akan menjadi lebih kemas dan tersusun. (Rujuk lakaran) Gambar Rajah 2 : Wire Casing


6 2- Kad padanan huruf merupakan kad yang mengandungi huruf jawi beserta padanan huruf rumi yang mana kad ini akan digerakkan di atas casing supaya membentuk satu perkataan. Kad ini juga mengandungi dengan pelbagai warna yang digunakan bagi membezakan setiap fungsinya. Warna kuning dan merah jambu: Dua warna ini merupakan perbezaan samada huruf berikut boleh bersambung atau tidak bersambung. Warna kuning kita gunakan sebagai huruf yang boleh bersambung manakala warna merah jambu huruf yang tidak boleh bersambung. (Rujuk lakaran) Warna biru, kelabu dan hijau: Warna berikut merupakan bahagian-bahagian setiap padanan huruf. Warna biru ialah diagraf, warna kelabu pula merupakan konsonan dan warna hijau ialah vokal. Gambar Rajah 3 : Lakaran Papan KALEJA


7 4.4.3 PROSES PENGHASILAN KALEJA (KOS BAHAN) Bahan – bahan dan kos dalam menghasilkan KALEJA ini adalah kebanyakkan dari bahan- bahan terpakai dan ia dapat menjimatkan kos penghasilan projek. Keseluruhan kos bahan adalah berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja ( RM 30.00) Bagi projek KALEJA ini, pengkaji membuat dan menyiapkan bahan ini di rumah yang terdiri daripada dua saiz. Saiz besar adalah untuk kegunaan guru di dalam kelas iaitu digunakan dengan jumlah kumpulan yang besar dan Saiz kecil disediakan sebanyak 10 set untuk kegunaan setiap murid- murid di dalam kumpulan yang diwujudkan. Tempoh penghasilannya memakan masa hamper dua minggu untuk disiapkan. Berikut adalah bahan – bahan yang digunakan semasa membuat KALEJA :- Gambar Rajah 5 : Plastic Corrugated Board Gambar Rajah 4 : Kad Huruf


8 Gambar Rajah 6 : Wallpaper Terpakai Gambar Rajah 8 : PVC Wire Casing Gambar Rajah 7 : Botol Sabun Detergent Terpakai Gambar Rajah 9 : Kertas A4 Gambar Rajah 10 : Gunting, Gam, Double Sided, Cutter


9 NO BAHAN JUMLAH 1 Casing RM 8.00 2 Gam RM 3.00 3 Board RM 10.00 4 Liminate RM 9.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 30.00 Jadual 1 : Kos Bahan Penghasilan KALEJA 4.4.4 PROSES SEMASA PENGHASILAN KALEJA Gambar Rajah 11 : Proses menggunting Botol Sabun menjadikan tapak hurufhuruf Gambar Rajah 12 : Proses menampal board dengan wallpaper terpakai


10 4.4.5 PELAKSANAAN KAJIAN KALEJA 1- ALAT KAJIAN Bil. Alat Kajian a) Soal Selidik b) Pemerhatian tingkah laku c) Pemerhatian buku latihan murid 2- JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal dengan mengadakan : 1- Perbincangan dengan guru 2- Temu bual ibu bapa 30.11.2022 2. Menulis Proposal Kajian 30.03.2023 Gambar Rajah 13 : Proses memasang wire case sebagai landasan mengegrakan huruf- huruf di papan KALEJA


11 3. 1. Merancang Tindakan murid yang disasarkan (10 orang tahun 2 Firdaus) 2. Membuat KALEJA 15.04.2023 4. Melaksanakan Tindakan 1 - guru memberi murid soalan yang berkaitan dengan huruf bersambung dan tidak bersambung. 17.04.2023 5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 23.04.2023 6. Melaksanakan tindakan 2 – Menggunakan KALEJA dalam pengajaran 01.05.2023 7. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 06.05.2023 8. Melaksanakan tindakan 3 -Memberi soalan kepada murid untuk melihat tahap penguasaan selepas menggunakan KALEJA 15.05.2023 9. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 18.05.2023 10. Ujian untuk mengesan perubahan murid/guru -Latihan Bertulis 25.05.2023


12 11. Refleksi Kajian 30.05.2023 12. Menulis Laporan Kajian 08.06.2023 13. Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia dan sekolah 09.06.2023 4.4.6 PROSES SEBELUM PENGGUNAAN HASIL INOVASI (KALEJA) Matapelajaran Jawi adalah salah satu matapelajaran yang menjadi silibus kurikulum sekolah rendah agama ( KSRA ) dibawah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor. Namun, data awal yang diperoleh dari guru matapelajaran Jawi menunjukkan hampir 10 Orang murid atau sebanyak 25% dari kalangan murid- murid tahun 2 Firdaus dari S.A.R. (KAFA Integrasi) Masjid Bandar Sultan Suleiman Pelabuhan Klang, masih lemah dalam menyambung huruf akibat tidak mampu mengenal huruf- huruf yang boleh bersambung dan huruf yang tidak boleh bersambung. Maka , proses perlaksanaan inovasi KALEJA ini dijalankan untuk mengatasi masalah lemah jawi dalam kalangan murid 2 Firdaus di S.A.R. (KAFA Integrasi) Masjid Bandar Sultan Suleiman Pelabuhan Klang . Sasaran murid adalah seramai 10 orang dalam satu-satu kumpulan. Hal ini bertujuan supaya penggunaan KALEJA ini boleh dilakukan secara meluas dan murid-murid lemah ini dapat dibantu dengan lebih berfokus di dalam kumpulan yang kecil. Namun, penggunaan KALEJA ini boleh diperluaskan jika peratusan murid lemah itu lebih daripada 25%. Ini bermakna ,limitasi penggunaan KALEJA ini dihadkan kepada 10 Orang dalam satu kumpulan agar bimbingan dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus kepada kumpulan yang lebih kecil.


13 Sebelum Inovasi KALEJA ini diperkenalkan, murid – murid 2 Firdaus terlalu lemah dalam pembacaan dan penulisan huruf – huruf jawi. Hampir 25% murid kelas 2 Firdaus tidak mampu menyambung huruf yang boleh bersambung selepasnya dan tidak mengenal huruf- huruf yang tidak boleh bersambung. Ini telah menyebabkan murid- murid tersebut tidak dapat membaca dan menulis jawi dengan betul, sekaligus ia menjejaskan prestasi murid-murid bagi penguasaan matapelajaran teras KSRA yang lain. Pengkaji telah mengenal pasti beberapa orang murid yang lemah dalam membaca, menulis jawi, membezakan suku kata dan mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh disambung melalui latihan yang diberikan di dalam kelas semasa sesi PdPc dijalankan. Murid – murid seramai 10 orang ini telah dikenal pasti dan telah diasingkan bagi mengikuti kelas bimbingan jawi khas dengan menggunakan hasil inovasi KALEJA. Kelas bimbingan tersebut dijalankan pada selepas tamat sesi persekolahan bermula jam 11.05 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Gambar Rajah 14 : Murid membuat soalan Latihan menyambung huruf


14 4.4.7 PROSES SELEPAS PENGGUNAAN HASIL INOVASI (KALEJA) Selepas hampir satu bulan (1) Inovasi KALEJA ini diperkenalkan, murid- murid tahun 2 Firdaus telah menunjukkan respon dan hasil yang memberangsangkan. 7 orang responden (70%) yang dipilih mampu mengenal suku kata disamping boleh membezakan huruf- huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung dengan baik. Malah, murid – murid tersebut boleh menulisnya dengan betul. 3 orang responden (30%) lagi masih belum mahir dalam menulis huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung namun sudah mampu mengenal huruf bersambung dan tidak boleh bersambung. Selepas Latihan menyambung huruf diberikan kepada murid, penggunaan Sticker Husnul Khotimah ( hasil Inovasi tahun 2017) digunakan sebagai salah satu kesinambungan Inovasi dalam menarik minat murid- murid untuk terus membuat latih tubi dalam pengukuhan menyambung huruf jawi. Gambar Rajah 15 : Markah awal sebelum KALEJA diperkenalkan


15 5.0 KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN Kami memilih 10 orang murid daripada 39 orang murid dalam kelas Tahun 2 Firdaus. Murid-murid yang dipilih dalam kajian ini adalah murid yang lemah dalam membaca, menulis, membezakan suku kata dan penggunaan huruf yang boleh bersambung atau tidak boleh bersambung dalam jawi. 6.0 IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR Murid-murid 2 firdaus seramai 10 orang yang lemah dapat mengusai dalam penulisan dan pembacaan jawi. Penggunaan KALEJA ini juga dapat memberi Gambar Rajah 16 : Selepas inovasi ini muridmurid 2 Firdaus dapat menulis dan menyebut suku kata dengan baik. Gambar Rajah 17 : Latihan dan markah murid selepas menggunakan KALEJA


16 impak positif kepada organisasi sekolah apabila murid-murid dapat memahami penulisan jawi dalam matapelajran lain seperti Feqah,Tauhid dan Akhlak. 6.1 ELEMEN INOVATIF KREATIF KALEJA ini terhasil dari idea kumpulan kami setelah membuat pemerhatian semasa di dalam kelas apabila melihat murid-murid seronok dan sangat teruja dengan penggunaan kad huruf untuk disusun menjadi sebuah perkataan dengan lebih mudah pada papan putih. Dari hasil pemerhatian itu, kami memperkembangkan lagi idea yang sedia ada untuk ditambah lebih baik dengan menjadikan produk tersebut kepada produk yang lebih menarik seperti menambahkan warna pada kad huruf bagi membezakan huruf yang bersambung dan tidak bersambung kerana sebagaimana yang kita tahu kanak-kanak menyukai benda yang bewarna warni seperti yang telah dinyatakan pada ringkasan hasil inovasi. Bukan itu sahaja, warna dapat memberikan kesan kepada ingatan murid terhadap sesuatu yang pernah dilihat atau dipelajari, di samping warna memudahkan kita untuk mengingati semula sesuatu, sama ada ingatan itu disimpan dalam ingatan jangka pendek atau jangka panjang. Kenyataan ini sejajar dengan pendapat Dzulkifli & Mustafar (2013) yang mempercayai bahawa warna adalah pengalaman visual manusia yang paling penting. Ia berfungsi sebagai saluran maklumat yang berkesan kepada sistem kognitif manusia dan didapati berperanan penting dalam menguatkan ingatan (Olurinola & Tayo, 2015). Selain itu juga, KALEJA ini sangat memudahkan pergerakkan hurufhuruf untuk membentuk sebuah perkataan kerana rekaan yang unik dan menarik. Guru-guru juga tidak perlu menggunakan kaedah lama yang mana mereka perlu menampal kad pada papan putih. Bukan itu sahaja, KALEJA ini juga boleh dikategorikan sebagai permainan yang mampu menyelesaikan masalah pelajar yang lemah jawi.


17 6.2 ELEMEN KEBERKESANAN Penggunaan KALEJA ini memberi impak yang positif kepada 10 orang murid tahun 2 Firdaus yang lemah jawi apabila kita dapat melihat peningkatan dari semasa ke semasa bermula dari menulis, menyambung huruf, membezakan suku kata dan membaca selepas penggunan KALEJA ini. Kita juga menerima maklumbalas yang memberangsangkan daripada ibu bapa melalui Google Form atau SurveyHeart yang telah diedarkan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan KALEJA ini kepada anak mereka. Selain itu, penggunaan KALEJA dapat memberi peningkatan produktiviti serta mewujudkan kepuasan prestasi hasil dari inovasi ini. Bukan itu sahaja, malah KALEJA ini mampu menjana pendapatan. Hal ini disebabkan, ia boleh diperluaskan lagi ke sekolahsekolah lain. 6.3 ELEMEN SIGNIFIKAN Produk ini sangat mudah untuk digunakan kerana ia hanya perlu menggerakkan kad-kad huruf supaya menjadi satu perkataan. Malah produk ini juga mudah difahami dan menarik minat murid-murid untuk belajar kerana produk ini berkonsepkan bermain sambil belajar. Disamping itu, ibu bapa yang kurang mahir dalam jawi juga dapat membantu anak-anak dalam pembelajaran jawi di rumah. Ini kerana murid – murid akan dibekalkan produk ini untuk dibawa pulang kerumah. Inovasi KALEJA ini dapat menjimatkan masa, kos dan sumber manusia. Hal ini kerana, semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran, sebelum penggunaan KALEJA guru memerlukan masa yang lama untuk melaksanakan pembelajaran. Namun selepas penggunaan KALEJA masa yang digunakan sangat singkat kerana hanya pelajar sahaj yang perlu menggerakkan produk ini. Inovasi KALEJA ini telah mencapai sasaran objektif yang mana tujuan utama inovasi ini untuk membantu murid yang lemah jawi. Ini dapat


18 dilihat hasil daripada latihan-latihan yang diberikan sebelum dan selepas penggunaan inovasi ini. 6.4 ELEMEN RELEVAN Penciptaan KALEJA telah memberi impak besar kepada pencapaian murid dalam mengatasi masalah lemah jawi. Menggunakan kaedah KALEJA dapat menarik minat murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ia menjadikan PDP tidak membosankan. Selain dari itu, dengan penggunaan kaedah KALEJA juga dapat meringgankan beban guru yang mengajar. Penggunaan kaedah KALEJA juga dapat memberi sumbangan kepada organisasi atau nasional. Ini dapat dilihat apabila murid sudah dapat mengatasi masalah lemah dalam matapelajaran Jawi, sekaligus dapat mengurangkan masalah lemah dalam matapelajaranlain seperti Tauhid, Feqah dan Akhlak. Selain itu, produk ini juga dapat disebar luas penggunaannya di sekolahsekolah agama Negeri Selangor (SAN) terutamanya kepada guru- guru KAFA Negeri Selangor yang mengajar matapelajaran Jawi. 6.5 NILAI IHES KALEJA dapat menjadikan murid sentiasa bersunguh- sunguh dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin dicapai. Selain daripada itu, murid- murid juga sentiasa dapat melatih diri daripada sifat sabar apabila berhadapan dengan situasi yang menyukarkan, ia dapat memupuk sifat ingin tahu, kesungguhan dan memupuk nilai kesabaran yang tinggi dalam diri murid- murid dan menjadikaan mereka seorang murid yang berpotensi untuk berjaya.


19 7.0 PENGIKTIFARAN Setakat ini produk ini telah mendapat pengiktirafan dari Ketua Guru KAFA Integrasi Masjid Bandar Sultan Suleiman dan telah digunakan oleh murid KAFAI Masjid Bandar Sultan Suleiman. Laporan inovasi ini juga telah diterima dan diiktiraf semasa pembentangan Kajian Tindakan Dan Inovasi peringkat Daerah Klang. Pada 15 Jun 2023, Kajian Inovasi ini juga telah mendapat Naib Johan di Seminar Kajian Inovasi Peringkat Daerah Klang yang telah diadakan di SRA Sungai Udang, Klang. 8.0 IMPLIKASI KEWANGAN NO BAHAN JUMLAH 1 Casing RM 8.00 2 Gam RM 3.00 3 Board RM 10.00 4 Liminate RM 9.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 30.00 9.0 . PENUTUP Dalam merealisasikan pembelajaran yang aktif, guru perlu kreatif dalam mewujudkan pengajaran yang menyeronokkan di dalam kelas terutamanya. Kaedah ini juga memainkan peranan yang penting bagi Gambar Rajah 18 : Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Kajian Tindakan Daerah Klang


20 meningkatkan kualiti sesebuah sekolah terutamanya prestasi pelajaran serta sahsiah diri guru dan murid. Dengan kaedah ini dapat melahirkan murid yang bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu matlamat sertad melatih murid untuk bersabar dalam sesuatu tugasan. 10.0 RUJUKAN Chang, Bo., Xu, Renmei, & Watt, Tiffany. 2018. The Impact of Colors on Learning. Adult Education Research Conference 2018, University of Victoria, Canda, June 7-10. Dzulkifli & Mustafar. (2013). The influence of colour on memory performance: A review. Malaysia Journal of Medical Sciences, 20(2), 3-9. Olurinola, Oluwakemi. & Tayo, Omoniyi. (2015). Colour in Learning: It’s Effect on Rate of Graduate Students. Journal of Education and Practice, Vol.6, No.14, 20 15, 1-6. 11.0 DISEDIAKAN OLEH : Nama : Nurul Afidatul Anis binti Mohd Zuki No Tel : 014-5009324 Email : [email protected] Nama : Maisurah binti Jaafar No. Tel : 012-9125362 Email : [email protected] Nama : Norsilawati binti Razali No Tel : 013-5440970 Email : [email protected]


21 LAMPIRAN Papan KALEJA KIT KALEJA Penggunaan KALEJA Bersama murid


22 Menghadiri PRA Pembentangan Seminar Kajian Inovasi Daerah Klang Menghadiri Seminar Kajian Inovasi Peringkat Daerah Klang


Click to View FlipBook Version