The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Monochrome Abstract Flower A4 Blank Page Border (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqbahini, 2022-06-02 01:17:25

ajik gaok

Monochrome Abstract Flower A4 Blank Page Border (1)

ISI KANDUNGAN

1.PENGHARGAAN
.
.

2.PENDAHULUAN
.
.

3.PENGERTIAN&DEFINISI
.
.

4.ISI
.
.

5.KESIMPULAN
.
.

6.RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah ,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yangdianugerahkan
kepada kami dapat juga kamimenyelesaikan tugasan ini dengan
jayanya.

Yang pertama,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
dan penghargaan kepada pensyarah kami yang tercinta puan
Shakinah Binti Mustapha kerana memberikan tunjuk ajar
kepada kami serta bimbingan daripadanya untuk membuka
ruang untuk kami menyelesaikan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga
kepada kedua ibu bapa kami yang memberi kami dorongan
untuk menyiapkan tugasan kursus yang telah diberikan. Mereka
telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral
yang tak terhingga sehingga kami mampu menyelesaikan
tugasan ini dengan jaya sekali.

Di akhir kata ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam
menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami.

PENDAHULUAN

Keadah fiqah merupakan satu prinsip umu yang
dijadikan sebagai satu panduan umum dalam

pembinaan hukum-hukum Islam apabila masalah-
masalah baharu yang memerlukan keputusan hukum
yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan sesuatau

masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan
mudah mengenai hukumnya yang sebenar melaui

rujukan kepada sumber-sumber hukum
lain.Pengunaan kaedah fiqah tidak akan menafikan

nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua
sumber utama tersebut amat penting untuk
memahami syariat dan muamalah manusia. Kaedah
fiqah ini dapat memberikan hukum secara cepat

apabila sesuatu permasalahan timbul.

PENGERTIAN & DEFINISI

Terdapat pelbagai pentakrifan menurut pandangan ulama dahulu dan sekarang, Kaedah
fiqah ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Arab, iaitu qawaid dan fiqh. Qawaid
daripada kata jamakqaidah yang bermaksud asas rumah, tapak atau prinsip (Zulekha Yusoff,
2011). Perkataan kedua iaitufiqah ialah kumpulan kaedah atau formula bagi menentukan

hukum sesuatu perkara atau isu.



Menurut istilah syarak pula, kaedah fiqh ialah sesuatu hukum yang secara umumnya
terpakai kepada kebayakan masalah-masalah cabang. Dalam istilah perundangan pula,
kaedah fiqah disebut sebagai ‘principle’, namun dibentuk dalam perkataan yang amat ringkas
dan padat di samping mempunyai makna yang luas bagi mencakupi semua masalah cabang atau
furu’ yang berkaitan dengannya. Furu’ membawa maksud prinsip-prinsip fiqah yang bersifat

umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum bersesuaian dengan
bahagian-bahagiannya. Sebahagian ulama mentakrifkan kaedah fiqah sebagai kaedah-kaedah
hukum bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan hadis. Kaedah-kaedah
tersebut menjadi asas kepada kaedah yang dapat disesuaikan dengan semua juz’iyyah atau

menjadi cabang dalam perbahasan ilmu fiqah sahaja.



Oleh itu, qawaid fiqhiyyah ialah kaedah fiqah dalam perundangan Islam yang menjadi asas
untuk memahami dan mengembangkan fiqah Islam tentang kaedah hukum. Kaedah fiqah ini

dilaksanakan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan segala hukumnya tidak ada
pembatalan lagi. Namun, kaedah ini memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk luas dan

mencakupi pelbagai bidang untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang
berpandukan nas supaya mereka berijtihad.Qawaid fiqhiyyah yang terdapat dalam Fiqh Islami

bukan dicipta secara sekali gus seperti terbentuknya undang-undang yang digubal oleh
pihak tertentu, tetapi pemahamannya berupa teks atau nas-nasnya yang digubal secara

beransur-ansur ketika ilmu fiqah sedang berkembang pesat sekitar kurun ketiga dan
keempat Hijrah oleh tokoh-tokoh ulama daripada beberapa mahab dalam kalanganahli
Takhrij (ahli yang tidak mampu ijtihad tetapi mempunyai kefahaman seperti imam al-Razi dan

lain-lain).



Qawaid Fiqhiyyah diwujudkan secara musyawarah (perbincangan), percubaan
dan penggilapan oleh tokoh-tokoh agung para fuqaha daripada pelbagai mazhab
ketika mendapatkan alas an dan dalil. Keistimewaan kaedah fiqah ialah teksnya yang
dibentuk dan disusun dalam beberapa kalimah ringkas dan padat dalam lafaz umum.
Sungguhpun ringkas dan padat, maknanya sangat luas dan mencakupi cabang-cabang
masalah yang terperinci. Kaedah fiqah tidak merangkumi kesemua masalah yang
tertentu kerana boleh dikatakan hampir setiap kaedah itu tidak boleh dipakai dalam
masalah-masalah tertentu yang dikecualikan daripadanya atas sebab-sebab tertentu
(Mohd Salleh, 1999). Kesimpulannya, kaedah fiqah merupakan suatu kaedah dalam
undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama dan fuqaha agar menjadi asas

ISI-ISI PENTING

ISI YANG PERTAMA...

A.Setiap perkara bergantung pada tujuannya

Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu
perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan seseorang sama
ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau tujuannya.
Setiap amalan yang dilakukan oleh mukalaf adalah bergantung pada
niatnya.

Kaedah ini membuktikan bahawa niat amat penting dalam penentuan baik
atau buruk,dosa atau pahala dan mencapai reda Allah SWT atau tidak.

Asal rujukan utama kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW daripada Saidin
Umar al-Khattab r.a yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud;

”Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya
setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang
hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, mak
hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang
hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena
wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana)
yang dia niatkan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Niat didefinisikan sebagai maksud atau tujuan bagi sesuatu perbuatan. Niat
diperlukan bagi membezakan antara ibadat dengan adat, pahala atau dosa,
dan bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.
Sesuatu amalan yang tidak disertai dengan niat sebenarnya tidak diterima
dan tidak dinilai oleh Allah SWT dan perundangan.

MAKSUD NIAT & KEPENTINGANNYA

1.Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk
melaksanakan sesuatu perkara.

2.Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat
dan adat,berpahala atau berdosa, bermanfaat atau
bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.

3.Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti
ibadat seseorang samada mendapat darjat amalan
soleh atauamalan toleh, mendapat status sekadar
membuat amalanatau mencapai tahap seronok
beramal, mendapat balasansyurga atau mendapat
status reda Allah SWT.

PERBINCANGAN KAEDAH

1.Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah SWT tidak perlukan
niat kerana ia sudah dimaklumi berbeza dengan yang lain.



2.Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali
bagipenentuan klasifikasinya seperti berniat solat fardu bagi

membezakandengan solat sunat atau niat solat zohur bagi membezakan
waktu.



3.Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti
nazar dankaffarat atau sunat contohnya puasa.



4.Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi
tujuanmencapai status ibadat atau bernilai di sisi Allah SWT dengan

memenuhisyarat-syarat berikut :

i)Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik danmenepati
syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang bolehmemudahkan

dan membantu kerja manusia.





ii)Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di
atashendaklah disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak

dansemasa. Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang
mampumenjadikan kerja tersusun dan efektif





iii)Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang

pentingsebagaimana yang diminta oleh tujuan syariat.
Contohnyamenyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan

dalammenghasilkan kenderaan berbanding untuk tujuan
keuntungan.

B..Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak

Maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku , maka
sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira.
Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan
oleh syak dan ragu-ragu.

Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan
hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin
tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka keyakinan yang asal itu
tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan baru yang dapat
menghilangkannya.

Kaedah ini sebenarnya diambil daripada hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;

“Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah
yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan
keyakinan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini pula firman Allah SWT dalam surah Yunus;

Maksudnya;

“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya
persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

(Surah Yunus Ayat 36)

Terdapat tujuh pecahan daripada kaedah ini, iaitu::




1) Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan.



2) Secara asalnya sesuatu itu tiada.



3) Seseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab.



4) Asal perkataan itu dikira berdasarkan maksudnya yang sebenar.



5) Sesiapa berkeadaan syak sama ada telah melakukan atau tidak,
maka ia patut menganggapnya tidak melakukan.



6) Asal setiap yang berlaku diambil kira yang paling hampir.



7) Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil lain yang
mengharamkan perkara tersebut.

1.Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya
keraguan









1) Bermaksud bahawa sesuatu perkara perlu diambil kira mengikut hukum
asal yang sedia ada. Contohnya, seseorang yakin bahawa dia masih lagi
berwuduk, kemudian dia syak atau ragu-ragu sama ada telah berhadas atau
tidak.

2) Justeru, dia perlu mengikut keadaan asalnya iaitu masih berwuduk
kecuali dia yakin bahawa dia telah berhadas.

3) Dalam hal sebegini, jika dia benar benar yakin bahaa dia berhadas, maka
dia perlu melakukan perkara yang telah diyakini iaitu telah berhadas dan
perlu berwuduk semula.

4) Dalam hal sebegini, kita patut menerima sesuau seadanya walaupun ia
kurang baik sebelum wujudnya sesuatu yang lebih baik daripadanya.

5) Apabila telah ada sesuatu yang lebuh baik, maka kita perlu
meninggalkan perkara yang kurang baik dan mengambil perkara yang lebih
baik itu.

2.Secara asalnya sesuatu itu tiada

1) Kaedah ini membawa maksud bahawa asal segala sesuatu adalah tiada,
iaitu setiap sesuatu yang ada mestilah asalnya tiada.

2) Terjadinya sesuatu perkara yang menyebabkan sesuatu itu wujud

3) Sebagai contoh, penggunaan kanta lekap pada mata atau lebih dikenali
sebagai “contact lens”.

4) Pada asalnya, si pengguna mempuyai sepasang mata yang sihat dan cukup
kuat untuk melihat, kemudian atas beberapa sebab si pengguna menjadi
rabun dan menggunakan kanta lekap untuk membantu penglihatan.

5) Maka, perkara ini dianggap harus kerana pada asalnya adalah tiada
kerana pada awalnya si pengguna kanta lekap ini mempunyai sepasang mata
yang sihat dan tidak rabun.

3.Seseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab

1) Kaedah ini bermaksud secara asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang
tanggungjawab melainkan adanya sesuatu sebab tertentu yang menyebabkan
dia mempunyai tanggungjwab.

2) Bebas daripada tanggungjawab adalah perkara asal dan terikat dengan
tanggungjawab adalah perkara yang datang kemudian.

3) Contohnya, Ahmad meminta Bahri menyimpan dan menjaga computer ribanya
tanpa ada sebarang perjanjian mahupun bayaran. Kemudian, computer riba
yang berada dibawah jagaan Bahri telah hilang. Apabila perkara sebegini
berlaku, Ahmad menuduh Bahri cuai dalam menjaga computer ribanya.

4) Jika dilihat dalam konteks islam, Bahri sebenarnya terlepas dari sebarang
tuduhan dan dakwaan.

5) Namun, oleh kerana barang tersebut perlu dijaga dan disimpan dengan baik
oleh tuannya sendiri melainkan wujud bayaran dan perjanjian kerana
bayaran tersebut adalah perkara baharu yang mengikat akan
tanggungjawabnya menjaga barang tersebut.

6) Sama juga dengan penciptaan sesuatu inovasi atau produk yang pada
asalnya seseorang itu mempunyai hak untuk bebas daripada tanggungjawab.

7)Namun, apabila berlaku cetak rompak atau hasil tiruan atas hasil inovasi
tersebyt, maka dia perlu bertanggungjawab atas perkara itu.

4.Asal perkataan itu dikira berdasarkan maksudnya yang
sebenar

1) Maksud sebenar perkataan akan diambil kira jika satu
pertikaian berlaku dalam sesuatu perkara.

2) Contohnya, dalam perihal mewakafkan harta.

3) Jika seseorang mewasiatkan sebahagian harta kepada
anaknya, maka tidak bermaksud harta tersebut diwariskan
kepada cucunya kerana maksud sebenar perkataan tersebut
adalah kepada anaknya sahaja.

5.Sesiapa berkeadaan syak sama ada telah melakukan atau
tidak, maka ia patut menganggapnya tidak melakukan

1) Kaedah ini dapat dijelaskan melalui solat.

2)Apabila seseorang berasa syak sama ada telah rukuk atau
belum, maka dia hendaklah mengambil keyakinan belum
melakukannya

3)Dalam hal sebegini, dia wajib mengulangi apa yang belum dia
lakukan,

4) Contoh lain adalah apabila seseorang itu ragu-ragu sama ada
dia telah menutup suis seterika yang digunakan atau belum lagi
sebelum keluar rumah, maka dia hendaklah masuk semula ke dalam
rumah untuk memastikan perkara itu,

5)Nah, sama bukan dengan isu solat yang saya tekankan sebentar
tadi?

6.Asal setiap yang berlaku diambil kira yang paling hampir

1) Seseorang itu mengambil wuduk di satu tempat biasa sebelum
menunaikan solat.

2) Kemudian setelah beberapa hari dia mendapat tahu tempat
wuduk tersebut mengandungi najis.

3) Maka, dia tidak wajb mengganti semula atau qada solat pada
hari hari sebelumya kerana hal ini mengambil kira perkara yang
sudah berlaku.

7.Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil lain yang
mengharamkan perkara tersebut

1) Asal sesuatu hukum bagi sesuatu perkara adalah harus kecuali terdapat
dalil yang mengharamkannya.

2) Contohnya, semua haiwan adalah halal dimakan melainkan adanya dalil
yang mengharamkannya.

3) Sama juga dengan aktiviti dan hasil penciptaan dalam bidang sains,
teknologi dan kejuruteraan asalnya adalah harus melainkan ada nas atau
dalil yang mengharamkan kegunaan dan penciptaan tersebut.

4) Contoh jelas dalam bidang telekomunikasi seperti aplikasi wechat,
facebook, twitter, Instagram, whatsapp, telegram, dan emel adalah harus
hukum penggunaannya.

5) Namun penggunaannya adalah haram apabila disalahgunakan dengan
menyebar video lucah dan berbentyk pornografi, unsur keganasan, atau
menyebar maklumat palsu, fitn

Perbincangan Kaedah

1)Kaedah ini memberikan suatu konsep yang
menjelaskan bahawapentingnya keyakinan dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Keyakinantersebut
mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang

jelas dan tiadakeraguan padanya.



2)Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang
diilhamkan olehsyaitan dan asas keyakinan yang tidak
kukuh. Gangguan-gangguan yangdatangnya daripada
kelemahan diri dan dibantu dengan dorongan jahat
syaitan menjadikan sesuatu perkara tidak pasti. Inilah
punca pendirianmanusia kerap berubah dan berlakunya

pergeseran sesama manusia.

3) Dalam konteks sains teknologi dan
kejuruteraan, maka kaedah inimenuntut suatu
keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar
mampumenghasilkankeputusan dan tindakan yang

benar dan penuh keyakinan.



4)Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara

meragukan atau cuba untuk memperdayakan saintis
dengan hasutan kebendaan, kemahsyurandan keuntungan

pasti menjadi kekangan mereka menghasilkan
rekaan,ciptaan dan penyelidikan yang terbaik.

5) Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah
berkeyakinan bahawa segalausaha mereka adalah
memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memeliharaagama,
nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Di samping itu
hasilkerja mereka dapat memberikan impak terbaik bagi

keselesaan dankesempurnaan hidup manusia

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab
untuk



mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya



dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti



manusia tidak akan hidup sempurna. Antara lainnya, dalam syariat



terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan.

RUJUKAN

1) AA209 sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam
https://www.academia.edu/3788927/AA209_Sains_Teknologi_dan_Kejuruteraan_Dalam_Islam



2)Bab5:keadah fiqah dalam sains teknologi dan kejuruteraan
https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/bab-5kaedah-fiqah-dalam-sains-teknologi.html?
m=1

3)bab5 mpu 23052
https://anyflip.com/ppeun/fqwa/basic

4)Saturday,18 february 2017 setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan atau niat
http://zahrawiyaadawiyah.blogspot.com/2017/02/431-setiap-perkara-dinilai-
berdasarkan.html?m=1

5) http://gadiselektronik.blogspot.com/2016/09/konsep-asas-kaedah-fiqah-yang.html?m=1

6)https://www.studocu.com/my/document/kolej-universiti-islam-melaka/kaedah-
fiqh/keyakinan-tidak-boleh-dihilangkan-dengan-hanya-sekadar-syak-minggu-ke-7/17124413

7)Wednesday,11 january 2017 keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
http://zahrawiyaadawiyah.blogspot.com/2017/01/keyakinan-tidak-boleh-dihilangkan.html?m=1

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version