PENGANTAR KESUSASTERAAN
MELAYU
(BMMB3193)
NAMA: NORSYAMIMI NATASHA BINTI ROSE AFFENDY
KELAS: 11C
TARIKH: 10 OKTOBER 2022
NAMA PENSYARAH: DR. ARFAH BINTI AHAMAD
Pengenalan Teori
Sastera
1 KONSEP
2 CIRI-CIRI
3 SIFAT
KONSEP
TEORI
TEORI SASTERA
Perkataan teori merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa
Yunani iaitu theoria yang membawa maksud pemandangan.
Menurut Abd. Rahim (2017), makna ini makin berkembang sehingga
membentuk makna pemandangan, penglihatan dan kepercayaan.
Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) pula, teori
secara umumnya ialah suatu pendapat atau pandangan yang
dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara.
Teori sastera merupakan satu bidang yang berkaitan mengenai suatu pemahaman
yang mempunyai hubungan terhadap definisi, hakikat, prinsip konsep dan sebagainya.
Teori sastera dikatakan juga suatu rangka yang digunakan oleh para pengkaji untuk
menilai dan membuat pentafsiran terhadap karya tertentu. Terdapat pelbagai takrifan
dan konsep teori sastera. Menurut Rene Wallek (1988), teori sastera ialah pengajian
mengenai prinsip kesusastraan, kategori dan kriterianya meliputi teori kritikan dan
teori sejarah sastera.
CIRI DAN
BENTUK
CIRI DAN BENTUK
Menurut John Lye (1998), teori sastera
merupakan suatu proses untuk memahami apa
itu sifat sastera, apa fungsinya, apa hubungan
teks dengan pengarang, bahasa, pembaca
sejarah dan masyarakat. Teori sastera juga
mengkaji keratan rentas kesusteraan bagi zaman
tertentu, lokasi geografi atau mengenai latar
belakang atau identiti penulis untuk membuat
kesimpulan tentang persamaan dan perbezaan
dalam karya sastera yang serupa.
CIRI DAN BENTUK
Untuk memperoleh pemaham yang mendalam
semasa membaca sastera, terdapat pelbagai
aliran teori sastera iaitu teori feminis, teori pasca
moden, teori pasca strukturalis dan sebagainya.
Teori sastera ini sangat penting untuk melakukan
penghayatan secara luas terhadap sastera global
bagi para pengkaji. Teori sastera juga dikatakan
boleh mempengaruhi sastera, teks yang
mencabar untuk berkembang serta membentuk
menjadi bidang baru
Sekian terima
kasih