TUKO
KALER
KUNING
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
EANINGFUL
EASURABLE
ALLEABLE
CEKAP CEPAT CERMAT
SEULAS BICARA
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Transformasi Pendidikan Pahang,
Alhamdulillah, rakaman kesyukuran yang teramatnya kepada Allah SWT kerana dengan izin serta limpah
kurnia-Nya, buku Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) dapat direalisasikan penerbitannya.
Penulisan buku ini bertujuan untuk memberikan penerangan tentang hala tuju pendidikan negeri Pahang
bagi tempoh 10 tahun akan datang. Penghasilan transformasi ini sangat signifikan lebih-lebih lagi apabila
sistem pendidikan kita akan memasuki fasa terakhir gelombang ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berkewajaranlah langkah proaktif ini dilaksanakan sejajar dengan pemikiran
bijak pandai yang menyatakan bahawa apabila mengingini kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak
tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.
Transformasi Pendidikan Pahang yang bertunjangkan CITra Pahang (Change, Innovation,
Transformation) dengan slogan Cekap, Cepat, Cermat diharapkan dapat memacu kecemerlangan
pendidikan di negeri Pahang yang pada akhirnya nanti akan memberikan impak kepada kemenjadian
murid secara holistik.
Bagi mencapai aspirasi yang diimpikan dalam persekitaran yang semakin berdaya saing ini, Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang tidak terkecuali dan semestinya mengorak langkah sederap agar transformasi
ini menjadi tunjang kepada pengukuhan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Pengetua, guru
besar, guru-guru, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan untuk menjayakan transformasi ini kerana
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, seliang bagai buluh. Iltizam dan kerjasama semua pihak
menjadi sinergi agar CITra Pahang ini menjadi realiti yang membanggakan kita warga Pahang.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Transformasi
Pendidikan Pahang serta semua pihak yang memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau
sebaliknya atas inisiatif yang padu untuk menghasilkan Transformasi Pendidikan Pahang. Besarlah
harapan kita semua agar usaha murni ini memperoleh rahmah dan barakah daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
SEULAS BICARA
“Transformasi Pendidikan Pahang
bersifatkan 3M iaitu
Meaningful (bermakna),
Measurable (boleh ukur) dan
Malleable (mudah olah)
boleh menjadi pemacu dalam
memenuhi aspirasi pendidikan
Negeri Pahang
berfokuskan kemenjadian
murid yang holistik”
HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
Pengarah Pendidikan Pahang
DEFINISI LOGO
T terbentuk daripada 2 P yang diapit bersama:
T = Transformasi, P (merah) = Pendidikan, P (biru) = Pahang
Biru: Merah:
Profesionalisme dalam Futuristik
pendidikan negara
Kuning:
Di bawah
naungan Sultan
Putih: Gading:
Sistem pendidikan yang Melambangkan
identiti Pahang
bermutu tinggi dan
membentuk insan yang
berkualiti serta berilmu mulia
Gabungan Biru + Merah:
Transformasi
CITra
Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang
Logo CIT:
Digabungkan menjadi bentuk kunci
Bentuk gajah:
Mewakili Pahang
Putih: Kuning: Merah:
Sistem pendidikan yang bermutu Di bawah Futuristik
tinggi dan membentuk insan yang naungan Sultan
berkualiti serta berilmu mulia
RINGKASAN
EKSEKUTIF
Transformasi Pendidikan Pahang (TPP)
(2021 – 2030)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 merupakan dokumen strategik
hala tuju pendidikan yang holistik. PPPM 2013 - 2025 berhasrat mengoptimumkan kemenjadian
murid melalui peningkatan kualiti sistem pendidikan.
Dalam merealisasikan Gelombang 3 (2021 - 2025), semua sekolah, guru dan pengetua/guru
besar (PGB) perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi
untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan
sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.
Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang
mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) komited untuk
meningkatkan prestasi pendidikan negeri secara menyeluruh dengan menghasilkan Transformasi
Pendidikan Pahang (TPP) sebagai satu wadah penambahbaikan yang mengambil kira pelbagai
cabaran semasa. TPP ini bersifat meaningful (bermakna), measureable (boleh ukur) dan malleable
(mudah olah) kepada semua peringkat yang terlibat iaitu sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan JPNP.
1 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
RINGKASAN
EKSEKUTIF
TPP merupakan pemangkin hala tuju pendidikan bermakna bagi mendepani perubahan dan
keperluan mendatang berasaskan model setempat yang merujuk aspirasi sistem dan aspirasi murid
dalam PPPM 2013 - 2025. TPP juga ialah suatu inisiatif strategik untuk menterjemah gerak kerja
pengurusan, seiring dengan Fokus & Gerak Kerja KPPM 2020; Bersama-sama Melangkah Lebih
Jauh, Fokus & Gerak Kerja KPPM 2019; Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Fokus & Gerak
Kerja Profesional KPPM 2018; Melangkah ke Hadapan.
Matlamat TPP berfokus kepada kemenjadian murid:
● Pencapaian minimum murid Pahang (sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam
Pentaksiran Bilik Darjah, Melepasi Tahap Minimum dalam UPSR, Layak Mendapat Sijil dalam
SPM, Lulus Penuh Semua Mata Pelajaran dalam STPM dan ‘Maqbul’ (Lulus) dalam STAM);
● Kemenjadian murid Pahang yang holistik;
● Kesediaan mendepani IR4.0 dan IR5.0 (murid Pahang berkemahiran serta pemikir yang
mempunyai nilai sahsiah yang tinggi); dan
● Kesediaan bekerja dan berdaya saing (mempunyai bina upaya insan dan kebolehpasaran).
TPP memberikan gambaran jelas tentang: ● Model Guru Pahang;
● Model Pemimpin Sekolah Pahang; dan
● TPP: Aspirasi Sistem; ● Model Sekolah Pahang.
● TPP: Aspirasi Murid;
● Model Murid Pahang;
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 2
RINGKASAN
EKSEKUTIF
Fokus utama TPP merangkumi 10 Transformasi:
● Murid ● Sekolah
● Guru ● Kolej/Pusat Tingkatan 6
● MLT ● PPD
● SLT ● JPN
● Bilik Darjah ● Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta
Pendekatan nilai dalam tindakan diberikan penekanan dengan memperkenalkan slogan “cekap,
cepat dan cermat” bagi meningkatkan profesionalisme, integriti dan kualiti kerja.
Keberkesanan transformasi yang diharapkan melalui formula:
Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang
TPP akan melalui 3 fasa tempoh pelaksanaan:
● Fasa I: Fasa Permulaan;
● Fasa II: Fasa Pemantapan; dan
● Fasa III: Fasa Penerusan.
Usaha untuk merealisasikan TPP ini akan menghadapi cabaran yang menuntut warga pendidikan
negeri Pahang agar memantapkan ilmu dan kemahiran, kesiapsiagaan, kesefahaman, kepantasan
bertindak dan kebijaksanaan membuat keputusan. Diharapkan TPP ini akan menjadi panduan bagi
membentuk kefahaman yang menyeluruh kepada semua warga pendidikan negeri Pahang.
Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amatlah dituntut bagi memastikan agenda
memartabatkan pendidikan negeri Pahang menjadi realiti.
3 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
MATLAMAT
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 4
TPP: ASPIRASI SISTEM
5 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
TPP: ASPIRASI MURID
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 6
MODEL MURID
CIRI
MODEL MURID
7 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
MODEL GURU
CIRI
MODEL GURU
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 8
MODEL PEMIMPIN
CIRI
MODEL PEMIMPIN
9 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
MODEL SEKOLAH
CIRI
MODEL SEKOLAH
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 10
10 FOKUS UTAMA
PIBKS MURID GURU
MLT
JPN TRANSFORMASI SLT
PPD BILIK DARJAH
KOLEJ/PUSAT
TINGKATAN 6
SEKOLAH
11 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
TRANSFORMASI MURID
INISIATIF #1:
PEMERKASAAN POTENSI DAN BAKAT MURID
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 12
TRANSFORMASI GURU
INISIATIF #2:
PEMANTAPAN KEBITARAAN GURU
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 16
TRANSFORMASI PASUKAN
PEMIMPIN PERTENGAHAN
(MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT)
INISIATIF #3: PENINGKATAN KUALITI
DAN KEBERKESANAN MLT
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 20
TRANSFORMASI PASUKAN
PEMIMPIN SEKOLAH
(SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 24
TRANSFORMASI
BILIK DARJAH
INISIATIF #5:
PEMBUDAYAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN
MENYERONOKKAN
Menyediakan Kelas
yang Kondusif
Membudayakan
Pembelajaran
Berpusatkan Murid
Memantapkan
Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)
Membitarakan
Kokurikulum dan
Pendidikan Luar
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 28
TRANSFORMASI
SEKOLAH
INISIATIF #6:
PEMUGARAN
SEKOLAH BERWATAK
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 32
TRANSFORMASI
KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6
INISIATIF #7:
PEMUGARAN KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6
SEBAGAI PILIHAN UTAMA
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 38
TRANSFORMASI PPD
INISIATIF #8:
PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 44
TRANSFORMASI JPN
INISIATIF #9:
PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Membudayakan Memperkukuh Memperkukuh
Kepimpinan Jaringan dan Integriti dan
dan Jalinan Kompetensi
Pengurusan Personel
Berkesan
Melestarikan Memberikan
Persekitaran Khidmat
Bekerja yang Sokongan
Kondusif Kepakaran
kepada PPD
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 50
TRANSFORMASI IBU BAPA,
KOMUNITI DAN SWASTA
INISIATIF #10:
PEMANTAPAN HUBUNGAN DAN SOKONGAN
Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 54
58