SEMEN A NJU N G M ALA Y SIA S A B A H & S A RA W A K 01 JANUARI 2 0 2 3 RM 2 0 RM 2 5 MENCARI NAFKAH ADALAH IBADAH, SEMAKIN KITA BEKERJA KERAS, INSYALLAH SEMAKIN BESAR PAHALA YANG AKAN DIBERI OLEH ALLAH Soal Jawab Apa itu Harta Sepencarian? Apa itu Harta Pusaka? Bagaimana Menentukan Harta Sepencarian Dalam Harta Pusaka? "Menuju Rumahtangga Sakinah Mawaddah" Mengenai Kaedah Harta Sepencarian dalam Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam di Malaysia
Bahawa sesungguhnya kekayaan bukanya terletak pada banyaknya harta benda melainkan pada hati dan ketenganan jiwa Dari Sidang Pengarang Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera Terlebih dahulu kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapt menyiapkan medium ini untuk digunapakai dimasa hadapan. Kami selaku pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) Semester 6 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan Majalah ar-Raudhah Edisi Muamalat ini. Sidang Redaksi EDITOR MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN MOHD DALIAS PEREKA KULIT MUHAMMAD IKHWANUDDIN BIN ASRI PENGURUS PEMASARAN MUHAMMAD HAZEEQ MIRWAN BIN MOHAMAD SUKRI MUHAMMAD IMAN BIN OTHMAN MUHAMMAD FAIQ BIN HAZANI HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENGELUARKAN MANA-MANA DARIPADA TERBITAN INI DENGAN APA JUA BENTUK SEBELUM MENDAPAT KEIZINAN BERTULIS DARIPADA PENERBIT Jutaan Terima Kasih Kepada : Isi Kandungan SIDANG PENGARANG PENDAHULUAN AYUH TEROKAI HARTA SEPENCARIAN APA PULA PENGURUSAN HARTA PUSAKA? BAGAIMANA MENENTUKAN HARTA SEPENCARIAN DALAM HARTA PUSAKA? BIAR TAHU, JANGAN KELIRU PENUTUP 2 3 4 - 5 6 - 7 8 - 9 10 - 11 12 2
3 Harta sepencarian merupakan hak eksklusif yang boleh dituntut oleh isteri mahupun suami, bukan sahaja selepas berlaku perceraian, atau ketika suami hendak berpoligami, tetapi juga selepas kematian salah seorang daripada mereka (Badariah Hasbullah dan Md Yazid Ahmad, 2015). Undang-undang Keluarga Islam semua negeri di Malaysia telah mengiktiraf tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian hanya boleh dituntut oleh pasangan sahaja, sama ada suami ataupun isteri. Walaupun peruntukan undangundang telah ada, tetapi masih terdapat banyak kekeliruan terhadap proses tuntutan selepas kematian. Terutama dari aspek jenis harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian, kaedah pembuktian tahap sumbangan oleh seseorang terhadap pemerolehan harta, siapa yang layak membuat tuntutan, kadar bahagian harta yang boleh dituntut, cara pembahagian harta, prosedur tuntutan dan sebagainya. Tuntutan harta sepencarian selepas kematian kini kian popular, namun merumitkan kerana ia melibatkan harta pusaka dan memerlukan kerjasama daripada semua ahli waris yang berhak (Miszairi Sitiris dan Akmal Hidayah Halim, 2010). Tuntutan harta sepencarian selepas kematian mesti dibuat sebelum pembahagian harta pusaka dan selepas ditunaikan semua perbelanjaan pengurusan jenazah serta telah melunaskan segala hutang dan wasiat si mati.Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh pasangan semasa tuntutan poligami, selepas penceraian atau selepas kematian pihak pasangannya, manakala perkara probet dan suratkuasa mentadbir hartaadalah terletak di bawahkuasa Persekutuan dan sebarang pertikaian mengenainya terletakdi bawah bidangkuasa mahkamah sivil. Dalam bidang kuasa mal berkaitan harta pusaka berwasiat atau tidak berwasiat, terpakai Akta Probet dan Pentadbiran1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, maka mahkamah syariahhanya diberi kuasauntuk menentukan bahagian wariswarismengikut faraid sahaja(Md Yazid & IbnorAzli 2008). Berkenaanpentadbiran harta pusaka adalahterletak pada mahkamah sivil dan pentadbir tanah (Ahmad Ibrahim 1997 TN. MUHAMMAD FAIQ BIN HAZANI Graduate in Bachelor of Islamic Studies (Syariah) Judiciary, UniSZA. Diploma in Administration Islamic Judiciary, UKM, Master of Shariah Law IIUM. A Sharie Lawyer at Messrs. Khairul Sofian Anuar & Co. Active in Dakwah and an Marketing Executive of ar-Raudhah Magazine Pendahuluan
2. APAKAH HARTA YANG BOLEH DITUNTUT SEBAGAI HARTA SEPENCARIAN Ayuh Terokai Harta Sepencarian 4 1. APA ITU HARTA SEPENCARIAN? Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syaratsyarat ditentukan oleh hukum syara'. Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, Gono-gina, hareuta sihreukat, harta Suarang dan lain-lain. Harta Sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apaapa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. 3. DALIL DAN PENDAPAT ULAMA' Al-Sayuti didalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair fi al-Qawaid wa al-Furu’ ” hlm 354 bahawa; “Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara”. Al-Imam al-Shafie telah berkata didalam kitabnya “al-‘um”, hlm 328; Maksudnya: “Apabila berlaku pertelingkahan antara seorang lelaki dan seorang perempuan terhadap mata benda atau perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami rumah berkenaan, kerana mereka berpisah (bercerai); atau sekali pun tidak berpisah; atau kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daraipada mereka berdua meninggal dunia; yang mana dalam keadaan kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, berlaku pertelingkahan di antara waris kepada kedua-dua pihak atau pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak itu; maka kedudukan cara penyelesaian semuanya adalah serupa…..?” اذا اختلف الرجل والمراة فى متاعالبيت الذي هما فيه ساكنان وقد افترقا او ماتا او مات احدهما فاختلف ورثتهما او ورثت احدهما بعد موته فذالك كله سواء
Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau isteri atau ahli waris – (a) Semasa Tuntutan Poligami; (b) Selepas Penceraian; atau (c) Selepas Kematian Pihak Suami atau Isteri (oleh ahli waris). Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919. Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia. Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu (a) Sumbangan Secara Langsung. (b) Sumbangan Secara Tidak Langsung. 6. SIAPAKAN YANG BERHAK MENUNTUT HARTA DAN BILAKAH TUNTUTAN BOLEH DIBUAT? 7. BAGAIMANAKAH MAHKAMAH SYARIAH MENENTUKAN BAHAGIAN SUAMI ATAU ISTERI DALAM TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN? (b) Sumbangan Secara Tidak Langsung. Suatu sumbangan yang bukan berbentuk wang atau benda tetapi mendatangkan dan menghasilkan harta atau aset tertentu. Sumbangan ini, sama ada melalui idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta dan aset itu. 8. BAGAIMANAKAH MENENTUKAN KADAR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN? Kadar pembahagian harta sepencarian adalah berdasarkan takat sumbangan yang diberikan oleh satu-satu pihak itu dan ia juga akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan faktor yang berikut: (a) takat sumbangan yang dibuat oleh pihakpihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperoleh harta tersebut; (b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama (usaha bersama sahaja); (c) keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu. 5. APAKAH ADA HUKUM YANG DISYARAK'KAN? TN. DR MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN MOHD DALIAS (a) Sumbangan Secara Langsung. Pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah sama-sama memberikan sumbangan mereka dalam memperoleh aset dan harta berkenaan. Pasangan ini sama-sama mengeluarkan modal dan wang bagi membeli aset dan harta berkenaan. Graduate in Bachelor of Islamic Studies (Syariah) Judiciary, UniSZA. Diploma in Judicial & Advocatory Practice, USIM, Master of Shariah Law & PhD of Islamic Family Law, IIUM. A Sharie Lawyer at Messrs. Zainul Rijal & Co. Active in Dakwah and an Editor of ar-Raudhah Magazine 5
Pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat Islam merupakan suatu prosedur yang perlu difahami oleh semua pihak, khasnya masyarakat Islam sendiri. Sering kali kita dengar pertikaian akibat permasalahan harta pusaka hingga membawa kepada konflik perebutan harta. Pertikaian yang berlanjutan dan memerlukan penyelesaian mahkamah, permusuhan keluarga malah yang lebih parah sekiranya melibatkan kes jenayah seperti ugutan, ancaman nyawa dan pembunuhan. Apa Pula Pengurusan Harta Pusaka? 6 APAKAH KONSEP PENGURUSAN HARTA PUSAKA? APAKAH PUNCA PERMASALAHAN HARTA PUSAKA? Kenapa hal ini terjadi? Jawapan mudah kepada permasalahan ini ialah kerana kurangnya pengetahuan dalam menguruskan harta pusaka dalam kalangan keluarga atau waris yang terlibat. Kesannya, harta pusaka terpaksa dibekukan oleh pihak berwajib. Waris yang ditinggalkan sengsara kerana harta yang ditinggalkan tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kelangsungan hidup generasi seterusnya. Pengetahuan tentang tertib pengurusan harta pusaka Islam penting bagi memastikan kelangsungan waris yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan dengan harmoni dan mempunyai saraan ekonomi keluarga yang mencukupi KONSEP MUDAH PENGURUSAN HARTA PUSAKA Secara umum, harta pusaka bolehlah dinyatakan sebagai harta peninggalan si mati. Harta tersebut perlu diuruskan oleh waris yang masih hidup dengan tertib atau berdasarkan urutan yang sepatutnya. Pengurusan harta pusaka Islam bermula setelah berlakunya kematian dan selesainya proses pengebumian jenazah.
7 Turutan Sebelum Menguruskan Harta Pusaka TN. DR MUHAMMAD IKHWANUDDIN BIN ASRI Graduate in Bachelor of Islamic Studies (Syariah) Judiciary, UniSZA. Diploma in Administration Islamic Judiciary, IIUM, Master of Shariah Law & PhD of Islamic Family Law, IIUM. A Qadhi at Federal Shariah High Court & Co. Active in Dakwah and an Executive of ar-Raudhah Magazine Melakukan pengasingan terhadap harta yang dimiliki atau yang diuruskan oleh si mati semasa hayatnya. Melunaskan Hutang Piutang Pembahagian Harta Sepencarian Melaksanakan Wasiat Melaksanakan Faraid Berkemungkinan tidak kesemua harta yang diuruskan oleh si mati adalah kepunyaan mutlak arwah. Sebaliknya terdapat juga harta yang bukan milik mutlak si mati contohnya seperti harta amanah, harta yang telah dijual, harta wasiat, harta yang telah dihibahkan dan harta yang telah diwakafkan oleh si mati semasa hayatnya. Melunaskan hutang piutang yang ditinggalkan oleh si mati. Waris terdekat perlu mengambil tanggungjawab dalam mengenal pasti hutang yang telah dibuat oleh si mati semasa hayatnya dan melangsaikan hutang tersebut bagi pihak si mati. Harta sepencarian ialah harta yang dimiliki dan diusahakan secara bersama oleh si mati dan pasangan semasa hayatnya. Sekiranya pasangan si mati (sama ada suami atau isteri) tidak bekerja atau tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap, pasangan yang hidup juga berhak menuntut harta sepencarian. Harta sepencarian ialah harta yang dimiliki dan diusahakan secara bersama oleh si mati dan pasangan semasa hayatnya. Sekiranya pasangan si mati (sama ada suami atau isteri) tidak bekerja atau tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap, pasangan yang hidup juga berhak menuntut harta sepencarian. Melaksanakan faraid ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kepada waris yang berhak. Faraid ialah bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris.
Bagaimana Menentukan Harta Sepencarian Dalam Harta Pusaka? 8 Berlakunya penceraian. Berlakunya kematian. Suami meminta izin untuk berpoligami/bernikah secara tersembunyi kemudian diketahui oleh isteri. Sebelum kita melanjutkan topik ini, kita perlu tahu bila harta sepencarian dibolehkan. Kedua-dua pihak suami atau isteri boleh menuntut harta sepencarian apabila berlakunya perkara tersebut: KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA Takat Sumbangan Kewujudan Anak-anak dibawah Umur ( di Malaysia di bawah umur 18 tahun) dan Keperluan Mereka. Wujudnya Hutang pada Satu Pihak yang Memberi Keuntungan kepada Kedua-dua Pihak Jika berlakunya salah satu daripada perkara diatas maka dibenarkan untuk sesuatu pihak untuk menuntut harta sepencarian. Kadar yang boleh diperoleh daripada proses penuntutan harta sepencarian ditentukan oleh pihak mahkamah, ada masa penuntut boleh mendapat ½ adapula mahkamah menentukan hanya ⅓ sahaja. Penentuan pembahgian harta sepencarian pula dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu: PENDAHULUAN
FAKTOR PEMBAHAGIAN HARTA PROSES PENUNTUTAN 9 Takat sumbangan perlu diperhatikan dengan usaha bersama suami dan isteri dalam mengumpul harta dan sumbangan-sumbangan lain sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contoh sumbangan langsung adalah seperti menggunakan nama pihak lain untuk membeli rumah. Manakala Sumbangan tidak langsung pula banyak contohnya, antaranya ialah menjaga dan memelihara keharmonian keluarga, Menjaga kesihatan pasangan dan setia (tidak curang) kepada pasangan masing-masing. TAKAT SUMBANGAN Keperluan anak-anak menjadi kayu ukur kerana untuk menjaga kemaslahatan mereka. Secara terang memelihara anak itu adalah amanah daripada Allah, bahkan organisasi United Nations International Children's Emergency Fund (UNICEF) menyatakan anakanak mempunyai hak untuk membesar tanpa sebarang masalah. KEWUJUDAN ANAK-ANAK DIBAWAH UMUR (DI MALAYSIA DI BAWAH UMUR 18 TAHUN) DAN KEPERLUAN MEREKA Contoh mudah yang boleh kita lihat sekarang ini adalah apabila satu pihak membeli assets seperti rumah atau kereta dan berhutang dengan bank. Wujudnya hutang kepada satu pihak tetapi keuntungan dapat dirasai oleh kedua-dua pihak. Apabila berlakunya hal begini maka harta sepencarian boleh dituntut. WUJUDNYA HUTANG PADA SATU PIHAK YANG MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA KEDUA-DUA PIHAK Sulh ialah pengakuan dan penyerahan pasangan. Contoh suami menyatakan rumah dibeli adalah harta sepencarian dan beliau tidak mahu dituntut lalu diberikan kepada bekas isteri dan anakanak. SECARA SULH Pihak yang memiliki harta itu membayar secara beransuran kepada pihak lain dengan kadar yang telah ditetapkan. SECARA ANSURAN BALIK DIBAHAGI DUA SECARA SAMA RATA TN. MUHAMMAD IMAN BIN OTHMAN Graduate in Bachelor of Islamic Studies (Syariah) Judiciary, UniSZA. Diploma in Administration Islamic Judiciary, IIUM, Master of Shariah Law IIUM. A Sharie Lawyer at Messrs. Hafiz Othman & Co. Active in Dakwah and an Legal Officer of arRaudhah Magazine
Melangsaikan hutang si mati jika masih tersisa. Diberi bahagian kepada isteri dahulu. Barulah harta dibahagikan secara faraid. Soalan ini menjadi pertanyaan ramai kerana bukankah melalui kematian harta perlu dibahagikan secara faraid? Memang benar faraid perlu dilakukan disini, tetapi mengikut turutan seperti ini: Walaupun begitu, situasi ini hanya berlaku jika isteri melakukan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk menuntut harta sepencarian BIAR TAHU, JANGAN KELIRU Ustaz Mal, apakah yang berlaku apabila si suami meninggalkan isteri dengan asbab kematian, apakah proses yang perlu dilakukan jika si isteri ingin meminta harta sepencarian kepada waris suami? Ustaz Mal, sekiranya pasangan suami isteri membeli rumah dengan berkongsi bersama, jadi bagaimanakah kadar tuntutan dikira? Secara amnya pihak mahkamah yang akan menentukan kadar tuntutan berdasarkan sumbangan masing-masing, namun jika keduadua belah pihak setuju maka bolehlah dibahagikan secara sama rata. USTAZ MAL USTAZ MAL 10
11 BIAR TAHU, JANGAN KELIRU Tuan, saya ingin menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian ke atas rumah yang didaftarkan atas nama arwah suami. Bagaimana untuk menuntut harta sepencarian selepas kematian suami? Bagi kes harta sepencarian selepas kematian, Puan perlu memohon di Mahkamah Syariah dan Mahkamah akan menentukan bahagian puan ke atas harta milik arwah suami tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah harta tersebut dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak. Tuan, Saya berkahwin di Thailand, tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia. Adakah saya boleh menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia jika berlaku perceraian/ poligami/ kematian suami? Jika puan ingin memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia, puan perlu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Syariah Malaysia dan mendaftarkan pernikahan di Pejabat Agama terlebih dahulu. TUAN LAWYER TUAN LAWYER
Penutup Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat berhubung dengan kaedah harta sepencarian dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia, dapat disimpulkan bahawasanya harta sepencarian ini boleh dituntut sama ada daripada pihak suami atau isteri selepas berlaku kematian, perceraian dan juga poligami. Pihak suami atau isteri mesti memahami dan mengetahui bagaimana kaedah yang betul dalam menuntut hak harta sepencarian dalam harta pusaka. Tuntutan mestilah dilakukan sebelum berlaku pembahagian harta pusaka si mati. Mahkamah Tinggi Syariah merupakan tempat yang boleh dirujuk dan tempat untuk menuntut harta sepencarian tersebut. Undang-undang di Malaysia juga telah memberi hak harta sepencarian kepada pasangan suami isteri. Namun, hak tersebut perlulah dituntut melalui proses undang-undang yang mana pihak-pihak perlu mengemukakan bukti-bukti bahawa harta itu wujud serta sumbangan masing-masing terhadap perolehan harta tersebut. Jika diteliti dengan baik terhadap perkara ini, ia akan melalui beberapa proses yang agak rumit dan juga Panjang dalam menuntut hak harta sepencarian selepas berlakunya kematian suami atau isteri. 12 TN. MUHAMMAD HAZEEQ MIRWAN BIN MOHAMAD Graduate in Bachelor of Islamic Studies (Syariah) Fiqh & Fatwa, UniSZA. Master of Shariah and PhD of (Fiqh wa Fatwa), IIUM. A Islamic Officer at Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Active in Dakwah and an Executive of ar-Raudhah Magazine
دار الإرشد " " BUKANLAH KEKAYAAN ITU DENGAN BANYAKNYA HARTA DAN ANAK, AKAN TETAPI BANYAKNYA ILMU, BESARNYA KESABARAN, MENGUNGGULI ORANG LAIN DALAM IBADAHNYA, APABILA BERBUAT KEBAIKAN IA BERSYUKUR DAN BILA BERBUAT SALAH (DOSA) IA BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH. - SAIDINA ALI BIN ABI TALIB - NO 125, JALAN ILMU, PLANETARIUM METROPOLITAN, 21300 KUALA NERUS, TERENGANU, MALAYSIA 01 JANUARI 2 0 2 3 BOLEH DIBELI DI PASARAN SEKARANG "Menuju Rumahtangga Sakinah Mawaddah"