SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK SEPANG SELANGOR
PENDIDIKAN SENI VISUAL
APRESIASI
SENI
bersama Teacher Farida
3 bahagian :
1. Pendahuluan
2. Pengalaman
3. Perasaan
1. PENDAHULUAN
Tajuk karya
Teknik yang digunakan
Alat dan bahan
Contoh :
Tajuk karya saya ialah Terendak Lampu Bercahaya.
Saya telah menggunakan teknik pualaman yang digabungkan dengan teknik
tiupan serta lipatan dan guntingan dalam menghasilkan corak tidak terancang
pada Terendak Lampu saya.
Alat dan bahan yang saya gunakan ialah kertas lukisan, sabun pencuci pinggan,
warna air, besen, gunting, penyedut minuman, gam, lidi dan lampu.
2.PENGALAMAN
Unsur seni
Prinsip rekaan
UNSUR SENI
3 unsur seni yang biasa di aplikasi kan ialah :
PRINSIP REKAAN
Kaedah atau pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan
seni visual
7 PRINSIP
REKAAN
3 prinsip rekaan yang biasa di aplikasi kan ialah :
1. Harmonii 5. Irama dan Pergerakan
– Dalam istilah seni harmoni – Pergerakan ialah keadaan yang
merupakan hasil ulangan dan rentak bergetar, bergoyang, berayun,
unsur seni yang sesuai dan berpancar, bersinar-sinar dsb
– Pergerakan dapat dilihat melalui
seimbang kesan angin, air, ombak, taufan dsb
– Harmoni wujud dalam penggunaan
6. Kepelbagaian
garisan dan warna – Kepelbagaian dapat dihasilkan
melalui penggunaan unsur seni
ATAU seperti garisan, rupa dan warna
2 . Kontra yang pelbagai dalam sesuatu
– Kontra wujud jika ada unsur-unsur gubahan
seni yang bertentangan dalam satu
gubahan dari segi saiz dan warna
- Fungsi kontra ialah untuk menarik
perhatian, memberi fokus dan
mengelakkan kebosanan
Unsur seni 2. PENGALAMAN
Prinsip rekaan
Contoh :
Saya telah mengaplikasikan beberapa unsur seni dan prinsip rekaan.
1. Melalui teknik tiupan , saya telah menghasilkan garisan berpancar. Manakala teknik pualaman
telah menghasilkan garisan beralun.
2. Manakala, jalinan yang telah saya hasilkan ialah jalinan tampak dimana ianya tidak boleh
disentuh atau dirasa.
3. Warna yang saya gunakan ialah warna asas iaitu biru, kuning serta merah dan ditambah
dengan warna merah jambu iaitu warna tertier.
1 & 2Kesan kontra dalam karya saya ditimbulkan oleh penggunaan kepelbagaian warna yang
bertentangan untuk lebih menarik perhatian. ATAU
Kesan harmoni dalam karya saya dihasilkan oleh penggunaan kepelbagaian warna yang
seimbang.
3. Saya juga menggunakan prinsip rekaan irama dan pergerakan dimana corak yang saya
hasilkan mempunyai pergerakan berpancar dan beralun.
seronok - teknik baru 3. PERASAAN
teruja - kepelbagaian warna
gemar meneroka alat dan bahan
gembira - rakan
Contoh :
Saya berasa amat seronok kerana berpeluang mencuba teknik yang tidak pernah saya pelajari
sebelum ini.
Saya juga sangat teruja dalam menghasilkan karya ini kerana saya amat suka kepelbagaian
warna yang digunakan.
Yang paling menyeronokkan ialah meneroka alat dan bahan bagi melihat bagaimana ianya
dapat menghasilkan corak tidak terancang dan bagaimana campuran warna menghasilkan
warna yang berbeza.
Walaupun karya ini dihasilkan di rumah masing-masing, kegembiraan masih tetap dirasai
apabila rakan-rakan juga berjaya menghasilkan karya yang menarik dan kami dapat lihat hasil
masing-masing di flipgrid.
CONGRATS KIDS!
Love the art that you create.
THANK YOU
TEACHER FARIDA
SCHOOL OF THE ARTS 6 USM 2021