PENDAPAT
PAKAR
DR. WAN HASLINA WAN ABDUL HALIM
Wan Abdul Halim (1982) pula
telah membuat konsepsi
kejiranan sebagai sifat atau
semangat bekerjasama antara
jiran. Ia merupakan
perhubungan antara satu
sama lain. Bagi masyarakat
Melayu, hidup bermasyarakat
atau berjiran sudah menjadi
lumrah. Misalnya, dalam
semua aktiviti sosial mereka
saling membantu antara satu
sama lain. Dimensi-dimensi
ini seperti tolong-menolong
itu sendiri adalah asas kepada
pembinaan komuniti dalam
masyarakat.
51
SOALAN
1. Apakah cara agar seseorang itu mendapat ketenangan hidup ?
Mempunyai fikiran terbuka dan tidak bergantung kepada apa-apa
selain daripada Allah. Apabila melakukan sesuatu perkara
kekalkan kesedaran bahawa semuanya boleh dengan keizinan
Allah S.W.T. Inshallah kita akan tenang dan tidak tertekan.
Bermunajat kepada Allah dan bermushabah diri setiap hari
Hargailah diri kita sebagai hamba Allah yang paling mulia. Apabila
kita memuliakan diri kita maka kita tidak akan melakukan sesuatu
yang boleh menghina diri kita iaitu melakukan dosa.
Buang segala kebencian kerana kebencian akan memakan diri
sendiri.
Mengubah cara berfikir. Masalah yang dihadapi tidak akan dapat
diatasi dengan cara berfikir yang sama semasa masalah itu mula
terjadi. Contoh: Kenapa saya ada masalah asyik bergaduh dengan
kawan? Ini kerana pada masa itu fikiran saya negatif. Jadi saya
tidak boleh menggunakan fikiran yang sama untuk
menyelesaikan masalah itu. Maka saya perlu mengubah fikiran
saya itu kepada positif.
Bertindak dengan bijak. Kebijaksanaan ialah keupayaan untuk
memilih atau mengelakkan pemikiran yang melemahkan kita.
Oleh sebab itu, perkataan melambangkan nilai diri kita.
52
PANTUN
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Jika pelita sudah menyala,
Bawalah pula ke anjung surung,
Jika kita semua bersaudara,
Sama-samalah hidup bergotong-royong.
Berdasarkan dua rangkap pantun di atas kita dapat
mengetahui bahawa amalan bergotong-royong adalah
amalan yang amat dititikberatkan dalam kalangan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Amalan bergotong
royong adalah amalan masyarakat yang tolong-menolong
suatu ketika dulu. Sekarang, amalan itu tidak diamalkan lagi
dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, pada zaman
moden sekarang, masyarakat masing-masing sibuk dengan
dunia dan pekerjaan masing-masing.
53
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Selain itu, sikap dan persepsi
semangat kejiranan merujuk masyarakat perlu berubah.
semangat membantu Masyarakat hendaklah
masyarakat setempat memandang semangat
terutama jiran bersebelahan kejiranan ini sebagai satu
dalam kehidupan seharian perkara penting dalam
mereka. Sememangnya kehidupan bermasyarakat.
semangat kejiranan ini Semangat ini perlulah
semakin hilang dalam diutamakan dalam sebarang
masyarakat kita sehingga tindakan yang ingin
menimbulkan pelbagai isu dilaksanakan oleh masyarakat.
semasa pula. Jadi, ada banyak Jelaslah, paradigma yang baru
kaedah yang boleh ini memastikan semangat
dilaksanakan untuk kejiranan akan terus mekar
memastikan semangat ini dalam masyarakat kita.
berterusan kerana memang
ada kepentingannya.
Dalam situasi ini, kepentingan
semangat ini sudah pasti
dalam mewujudkan
semangat perpaduan. Dalam
masyarakat berbilang kaum
yang wujud di negara ini
pemupukan konsep
perpaduan amat strategik.
Sesuatu masyarakat sesebuah
negara itu terbentuk daripada
individu yang saling berjiran
sebelum berkembang
menjadi satu umah. Oleh itu,
semangat kejiranan menjadi
titik tolak pembentukan
konsep perpaduan nasional
54
Kata-Kata Akhir
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semua
pujian dan syukur adalah kepada Allah SWT dan kita bergantung pada
rezeki dan bantuan daripada-Nya. Dengan kasih dan berkat-Nya,kami
berjaya menyelesaikan projek kami iaitu kajian lapangan berkaitan
dengan Unit Perpustakaan. Kami juga bertanggugjawab atas apa yang
kami perkatakan dalam laporan kami ini.
Justeru, kami berharap agar laporan kami ini boleh membantu membuka
mata ramai pihak dalam merealisasikan dan mengendalikan amalan
kejiranan ke arah yang lebih bermatlamat dan berdaya saing.
Malah kami juga berharap agar masyarakat yang hidup berjiran dapat
menyelesaikan segala isu-isu yang kami bangkitkan dalam laporan ini
supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan damai serta berdaya
saing.
55
RUJUKAN
1. http://semangatkejiranandas5apsis.blogspot.com/2016/11/
2. https://mawdoo3.com/%D8%A3%D8%AD%D8%A7%D8%AF%D9%8A%D8%AB_
%D8%B9%D9%86_%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%A7%D8%B1
3. https://www.google.com.my/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/60592
4. https://www.google.com.my/amp/s/kaimislam.wordpress.com/2012/10/22/penting
kan-diri-sendiri/amp/
5. https://www.1media.my/2018/06/personaliti-tv-ustazah-asmak-husin.html?m=1
6. https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/25/sikap-mementingkan-diri-sendiri-
individualistik/
7. https://harakahdaily.net/index.php/2017/05/23/semangat-kejiranan-perlu-dipupuk/
8. https://www.ikram.org.my/berita/artikel/item/4294-semangat-kejiranan-semakin-
pupus.html
9. http://www.ukm.my/geografia/images/upload/5.2011-3-Yusof%20dkk%20ukm-
melayu-ed-katiman-2.pdf
10. https://ms.wikipedia.org/wiki/Jiran