The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBuletin Kolej MARA Kulim Sesi 2017/2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by webmaster, 2018-07-03 07:15:23

eBuletin Sesi 2017/2018

eBuletin Kolej MARA Kulim Sesi 2017/2018

EDISI 5 EDARAN PERCUMA
SESI 2017/2018

KMK TERUS SEMARAK 1977-2018 DENGAN
KECEMERLANGAN

- KMK JUARA KASAF 2018
- KE-3 ANUGERAH INOVASI MARA KATEGORI

PENSYARAH 2017
- 1 EMAS 1 PERAK INOVASI PENSYARAH TVET 2017
- JOHAN PIDATO TERBUKA UTP KE-20 TAHUN
- 1 BERLIAN 2 EMAS 1 PERAK INDES 2017
- 2 EMAS 3 GANGSA InIIC 2017
- 1 EMAS 1 GANGSA iCompEx 2017
- 1 EMAS 1 GANGSA iideX 2017
- JOHAN JELAJAH USAHAWAN 2017
- 1 EMAS iCompEx 2018
- 1 EMAS 1 PERAK AIREx 2018
- NAIB JOHAN ROCKET PITCH & KANVAS

JUTAWAN KONSISMA 2018
- KMK CSR DALAM DAN LUAR NEGERI

Amanat Pengarah

Assalamualaikum WBT.

1 Setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinnya buletin KMK kali ke-5 dapat dikeluarkan. Tahniah dan
syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buletin ini. Saya yakin dan percaya, tanpa komitmen,
kerjasama dan daya usaha yang bersungguh sungguh, buletin ini tidak akan dapat dikeluarkan mengikut perancangan.
Budaya penulisan ilmiah sama ada melalui buletin ataupun jurnal adalah sebahagian daripada budaya yang perlu
diperkasakan oleh para ilmuan.
Kolej MARA Kulim merupakan sebuah institusi yang menjadi koridor kepada institusi pengajian tinggi sama ada di dalam
ataupun di luar negara. Logiknya,sudah tentu KMK mesti membuktikan bahawa budaya intelektual dalam pelbagai dimensi
sentiasa diamalkan dan dijadikan penanda aras keutuhan kualiti akademik para pensyarah dan graduan yang dihasilkan.
Tahniah saya ucapkan kepada semua warga kolej kerana berjaya mengadakan pelbagai aktiviti inovasi dan juga berjaya
merangkul beberapa kejayaan inovasi diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti ini juga boleh meningkatkan
kemahiran dalam bidang kepimpinan, komunikasi dan juga pelbagai soft skill yang lain. Saya juga yakin, penglibatan para
pelajar dalam aktiviti seperti ini akan meningkatkan kualiti graduan yang dikeluarkan oleh Kolej MARA Kulim.
Saya menyeru seluruh warga akademik supaya sentiasa berusaha menghasilkan bahan-bahan penulisan yang bermutu tinggi
sesuai dengan anspirasi MARA dan negara. Untuk menjayakan misi ini, sudah tentu memerlukan usaha yang sistematik dan
bersungguh-sungguh daripada para pendidik. Visi dan Misi ini bermula dengan kajian-kajian dalam pelbagai aspek yang
diterajui oleh pasukan kerja yang bervisi dan sentiasa berkerjasama. Saya yakin dan percaya akhirnya, Kolej MARA Kulim
mampu mengeluarkan jurnal-jurnal bertaraf universiti pula. Percayalah bahawa kita bukan sahaja menjayakan misi dan visi
MARA tetapi yang lebih penting adalah kita meletakkan budaya keintektualan sebagai teras kualiti dan kewibawaan pendidikan
di Kolej MARA Kulim.
Akhir kata, ahli akademik yang inovatif, kreatif dan cemerlang akan menjamin kelangsungan dan kelestarian
pendidikan di Kolej MARA Kulim.
Sekian
Salam perjuangan, salam wawasan dan selamat maju jaya kepada semua..

YBRS. TN. HJ. ZOL HAMIDY B CHE AN
PENGARAH,
KOLEJ MARA KULIM

Sidang Redaksi

PENYELARAS PENGARANG EDITOR JURUFOTO
PN. ZURAIDAH BT PN. NOR HAPIZA EN. HAZUAR B EN. MOHAMAD
SYAFARIN B MAHTAR
MISUAN BT HADITH ABD AZIZ

PENASIHAT KETUA EDITOR GRAFIK EDARAN BULETIN & PENGARANG
EN. MOHD NIZAM PN. NORAINA BT DOKUMENTASI PN. HASNINA BT
SUAHAIMIN
B JAMALUDIN PN. ZAHARAH BT ZAINOL ABD RAOF

DOKUMENTASI PENGARANG E-BULETIN JURUFOTO
PN. SUASPARINI BT PN. AIDA RIYANI BT TN. SYED MAHAZIR B EN. MUSLIM B

PANOT CHE AZMAN SYED BULAT ABD RAOF

www.kmkulim.edu.my

KMK CEMERLANG 2

INOVASI MARATEX 2017
Sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah
komputer Kolej MARA Kulim telah menerima anugerah
dalam program Anugerah Inovasi MARA 2017 (AIM 2017)
pada 24 Oktober 2017. Kumpulan ini terdiri daripada Pn
Halimah bt Ahmad, En. Ali Hanafiah b. Othman dan Pn.
Zuritah bt Khalib. Projek yang membangunkan sistem
perekodan serta laporan intervensi pelajar diberi nama CAI
(Computer Aided Intervention ) telah menarik perhatian juri
dan melayakkan kumpulan ini mendapat tempat ketiga.
Tahniah !!!

PERTANDINGAN INOVASI PENSYARAH TVET
PENDIDIKAN TINGGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Pada 3-5 Oktober 2017 bertempat d Melaka Mall,
Ayer Keroh, telah diadakan Pertandingan Inovasi
Pensyarah TVET Pendidikan Tinggi Peringkat
Kebangsaan 2017. Kolej MARA Kulim diwakili oleh
Nursafura Bt Abd Manap, Norashdimah Bt Misdi,
Zety Shereen Bt Abu Bakar dan Riziana Bt Saari
Kolej MARA Kulim Berjaya merangkul Pingat Emas
bagi projek “Sambal Fuyoo Ibusihat” kategori
Inovasi Makanan dan Minuman manakala Pingat
Perak bagi projek ABM Fabulous Physic (Permainan
Uji Kefahaman) kategori P&P. Pertandingan ini
disertai oleh pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti
dan Kolej Vokasional Malaysia. Penyertaan Kolej
MARA Kulim adalah bagi Kategori Luar setelah
peringkat sa-ringan diadakan. Sebanyak 124 Kolej
Komuniti dan Kolej Vo-kasional Malaysia menyertai
pertandingan ini dan satu-satunya institusi MARA
yang menyertainya iaitu Kolej MARA Kulim.

KARNIVAL SUKAN KAKITANGAN KOLEJ PROFESIONAL
MARA DAN KOLEJ MARA. (KASAF 2018)

Pada 18-21 Januari 2018 yang baru sahaja
berlalu menyaksikan Kolej MARA Kulim
sebagai tuan rumah bagi Karnival Sukan

Kakitangan Kolej Profesional MARA dan Kolej
MARA. Mendapat sokongan yang padu dan
penajaan dari pihak BPT, Kolej MARA Kulim

telah mengadakan berbagai acara sukan
selama 3 hari berkampung di kolej ini.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh

Pengarah BPT En. Abd Hamid b. Hj.
Ahmad. Karnival ini menempatkan tuan
rumah Kolej MARA Kulim sebagai

pemenang keseluruhan, diikuti oleh
Kolej Profesional Beranang di tempat
ke-2 dan Kolej MARA Kuala Nerang

memperolehi tempat ke-3.

www.kmkulim.edu.my

KMK CEMERLANG

3 PERTANDINGAN PIDATO TERBUKA BELIA
SEMPENA SAMBUTAN KE 20 UTP
WAKIL : MARTINA IJU ANAK JAMBA

Pada 8 April 2017, KMK telah menyertai
pertandingan pidato anjuran UTP sempena
sambutan ulangtahun ke 20. Dengan penuh
kebanggaan, Kolej MARA Kulim telah
berjaya meraih Johan pertandingan tersebut
dan membawa pulang wang tunai
RM1000.00 beserta piala pusingan. Syabas
dan tahniah.

PERTANDINGAN “NATIONAL INNOVATION PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION &
AND INVENTION COMPETITION THROUGH DESIGN EXPOSITION (IIDEX2017)
EXHIBITION (ICOMPEX ’17)”
Seramai lapan orang pelajar telah Invention, Innovation & Design Exposition
menyertai pertandingan “National (IIDEX2017) adalah Pertandingan dan Pameran
Innovation and Invention Competition Antarabangsa Tahunan yang dianjurkan oleh
Through Exhibition (ICOMPEX ’17)” Universiti Teknologi Mara (UiTM). Objektif iidex
pada 21-23 Mac 2017. Mereka pulang 2017 adalah sejajar dengan Pelan Strategik
dengan kemenangan yang mana telah Pendidikan Tinggi Nasional iaitu meningkatkan
memperolehi pingat emas dan gangsa. penyelidikan dan inovasi. Majlis Perasmian dan
Berikut adalah maklumat penyertaan. Penutupan iidex 2017 telah disempurnakan oleh YB
Projek : PUPUS 2 IN 1 PEST CONTROL Datuk Wira Dr. Abu bakar Mohamad Diah, Timbalan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
(EMAS) Pertandingan berlangsung dari 25-29 SEPTEMBER
Penasihat :Pn Nor Sapura bt Abd Manap 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di
1. Nahdhattunnissa’ bt Bashiron Universiti teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
2. Uswatunhasanah bt Imam Yahya Sebanyak 730 penyertaan telah mengambil
3. Amal Azwa bt Che Azuha bt Mohd bahagian yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu
Projek : ANNONA MURICATA : HERBAL TEA TO Inventor, Young Inventor dan Junior Inventor. Kolej
MARA Kulim buat pertama kali menyertai ii-dex
REDUCE CANCER CELL (GANGSA) 2017 dengan menghantar dua pasukan iaitu terdiri
Penasihat : En Ali Hanapiah b. Othman dan daripada pelajar-pelajar Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Asasi Sains UMK-MARA.
Cik Riziana bt Saari Seramai dua orang pelajar dari setiap projek dibawa
1. Rabiatul Adawiyah bt Mohd Khoirussifa untuk menyertai iisex 2017 ini. Mereka terdiri
2. Nur Suhaina bt Romli daripada Muhammad Afiq Haikal Bin Ismail , Hanif
3. Nurul Auni bt Ramli Shariff Bin Che Mohd Petri, Aisyah Fatini Binti Ab-dul Razak
4. Norhayati bt A `bdul Khadir dan Nur Zihan Binti Zakaria. Nama projek mereka
adalah Easy Organisable Student Database
www.kmkulim.edu.my (EZOSD) dan Drag-O-Sauce. Mereka dibimbing
oleh Pn. Mastura Md. Yatim dan Pn. Norashdimah
Misdi Alhamdulillah, segala penat lelah
pelajar-pelajar hilang apabila mereka mendapat
pingat emas bagi projek Drag-O-Sauce dan pingat
gangsa bagi projek Easy Organisable Student
Database (EZOSD).

KMK TERBILANG 4

PERTANDINGAN INIIC DI CAMERON
HIGHLAND

Pada 18 November 2017, Kolej MARA
Kulim telah menghantar wakil di dalam
pertandingan “ Internasional Invention
& Innovative Competition” InIIC siri
2017, bertempat di Hotel Copthorn
Cameron Highland anjuran MNNF
dengan kerjasama UiTM. Kolej MARA
Kulim telah berjaya menerima:

1) 2 EMAS untuk projek “Wall Heat
Insulator” dan “Neo Charcoal”.
Penasihat :Pn Aida Riyani bt Che Azman
2) 3 GANGSA untuk projek “Spiral Candle”,
“Haha Air Cooler” dan “Tomaway”.
Penasihat : Pn Aida Riyani bt Che Azman & Pn Haffila bt Yusoff

Kesimpulannya kesemua wakil kolej tidak pulang
dengan tangan kosong. Syabas..

PROGRAM INOVASI IAITU 6TH INTERNATIONAL INNOVATION,
INVENTION AND DESIGN COMPETITION 2017 (INDES 2017)

Program Inovasi iaitu 6th International Innovation,
Invention And Design Competition 2017 peringkat
antarabangsa telah diadakan pada 6-8 NOVEMBER
2017. Seramai 4 orang guru dan 7 orang pelajar dari
Kolej MARA Kulim terlibat. Pihak kolej menghantar 3
projek. Kolej amat berbangga dengan kemenangan yang
diperolehi. Antara anugerah yang dimenangi adalah :

1. MULTIFUNCION CHECKBOOK WALLET - DIAMOND AWARD
(TROFI AND CASH RM400.00) & BEST OF 3 (GOLD MEDAL)
Dianugerahkan kepada Ahmad Muhaimin Mahadi
Penasihat : Tn Hj Mohd Nizam b. Jamaluddin
2. COMBO OIL STRAINER – GOLD MEDAL
Diwakili oleh Muhammad Asyraffuddin Ilman b. Mazman,
Nurin Darwisyah Ismail dan Nur Aina Suhaimi
Penasihat : Pn Nor Hapiza bt Hadith
3. FARADAYS POWERBANK – SILVER MEDAL
Diwakili oleh Johan Haikalsuhaimi, Nik Muhamma
Firdaus b. Nik Mohd Arif, Arfan Adam b. Sazali, Ahmad
Muhaimin b. Mahadi, Friendly Kong Su Hung
Penasihat : Pn Nor Haffila bt Yusoff

TAHNIAH...

PERTANDINGAN UMP TVET EXIBITION 2017
(My TVET 2017)

Kelab Inovasi Kolej MARA Kulim ingin mengorak
langkah proaktif dengan melibatkan diri dalam
pertandingan UMP TVET EXIBITION 2017 (My
TVET 2017) yang dianjurkan oleh Universiti
Malaysia PAHANG. TVET Memacu Kelestarian
Masa Depan ialah tajuk pertandingan ini. Kelab
Inovasi Kolej MARA Kulim telah menghantar 3
projek iaitu 1 projek dari program UNIKL, 1
projek dari program UMK dan 1 projek dari
program PRA-U USM. Pertandingan ini
berlangsung pada 18-20 September 2017 di
Universiti Malaysia Pahang. Seramai 4 orang
guru penasihat dan 6 orang pelajar terlibat.
Senarai projek yang terlibat ialah

1) Sertu Soap mendapat Pingat Emas.
Penasihat : Pn Maria Illyana bt Mohammed

2) The Amazing Of Rha dan Cat Kibble
kedua-duanya mendapat Pingat Gangsa
Penasihat :Pn Aida Riyani bt Che Azman & Pn Nor
Sapura bt Abd Manap

www.kmkulim.edu.my

KMK BERSAMAMU

5 PROGRAM KMKu STAR JUNIOR
“ENGLISH IS FUN”
Pada 23-24 Mac 2017, Kelab CSR Kolej
MARA Kulim telah menganjurkan
Program KMKu Star Junior “English Is
Fun” di Kolej MARA Kulim. Seramai 37
orang pelajar SK Permatang Tiong telah
menyertai program ini yang dibantu oleh
10 orang fasilitator yang terdiri daripada
pelajar-pelajar KMK. Berbagai aktiviti
yang dijalankan dan berjaya menarik
perhatian pelajar-pelajar cilik tersebut.
Diharapkan program seumpama ini
berterusan demi kebaikan pelajar-pelajar
sekolah dan juga pelajar-pelajar kolej.

PROGRAM CSR MENOLONG
MANGSA BANJIR
Awal November 2017, negeri-negeri di
kawasan utara Malaysia telah
mengalami musim hujan yang begitu
lebat sekali. Banjir telah melanda
beberapa tempat. Beberapa orang
warga Kolej MARA Kulim turut
berhadapan dengan situasi ini.
Rentetan daripada peristiwa itu pada 12
NOVEMBER 2016, PRD (Pembimbing
Rakan Dinamik) KMK dan Kelab
Kakitangan Akademik (KKA) Kolej
MARA Kulim telah turun padang
membantu mangsa-mangsa banjir
dengan memberi bantuan tenaga dan
keperluan asas. Diharapkan dengan
pertolongan yang kecil ini dapat
meringankan sedikit bebanan dan
menggembirakan mangsa-mangsa
banjir.

www.kmkulim.edu.my

KMK BERSAMAMU

PROGRAM CSR ‘SHINE 6
YOUR WAY’ DI RUMAH
GEMILANG SIK, KEDAH

Pada 9 - 10 Februari 2018,
satu Program CSR -
“Shine your way” telah diadakan anjuran
Pembimbing Rakan Dinamik KMKu di
Rumah Gemilang Sik, Kedah. Ia telah
melibatkan seramai 19 orang ahli PRD
dari Program Pra-U USM dan FiST
UniKL beserta 82 orang penghuni
Rumah Gemilang dari usia 8 hingga 17
tahun. Antara pengisian aktiviti yang telah dijalankan
merupakan lebih kepada pembinaan ‘self esteem’, ‘soft skill’ ,
emosi, mental, fizikal serta pendekatan akademik kepada
penghuni-penghuni Rumah Gemilang. Ramai daripada
penghuni-penghuni ini yang terdiri daripada mereka yang
berlatar belakang ibubapa yang berpendapatan rendah dan
anak yatim piatu.

PROGRAM CSR KMKULIM BERSAMA
MAAHAD TAHFIZ AL-WAFA LILBANOT

Pada 19 Oktober 2017: Kelab
CSR seramai 24 orang telah
mengadakan Program Celik
Komputer kepada pelajar-pelajar
Maahad Tahfiz Al-Wafa Lilbanot
Kulim. Pelajar-pelajar seramai 47
orang ini berumur di dalam
lingkungan 13-17 tahun. Program
ini merupakan siri yang kedua
yang mana siri pertama telah
dijalankan pada 28 September
2017 dan siri yang ketiga akan
diadakan pada 19 Oktober 2017.
Program yang berlangsung di
makmal sains komputer KMKulim
mendedahkan pelajar-pelajar
berkenaan dengan “Basic Skill
Microsoft Word and Microsoft
Excel”.

www.kmkulim.edu.my

KMK PRIHATIN

7

PROGRAM TAUTAN KASIH SEJUTA MAKNA PROGRAM ASEAN EKSPLORASI JEJAK WARISAN MELAYU DUNIA
DI PAK BARA , THAILAND
Pada 23-27 Januari 2018, Kolej MARA Kulim telah menganjurkan satu Program Asean
KMK di bawah anjuran KKA 2017 telah Eksplorasi Jejak Warisan Melayu Dunia di Pekan Baru, Indonesia. Program ini
mengadakan program khidmat masyarakat melibatkan sebilangan pelajar, pensyarah dan staf KMK di mana eksplorasi ini dapat
di Pak Bara, Thailand. Ia merupakan mengeratkan silaturahim antara Orang Melayu di Malaysia dengan Orang Melayu di
sebuah sekolah agama di kawasan luar Indonesia. Selain dapat membantu mereka, program ini juga dapat memperkenalkan
bandar. Program ini telah dijalankan pada MARA di mata dunia serta fungsi MARA di dalam Malaysia dan luar Malaysia.
28-30 April 2017. Sumbangan seperti wang
tunai serta Al-Quran, sejadah dan telekung
telah diserahkan sebagai wakaf oleh
Pengarah Kolej MARA Kulim, Tn. Hj. Zol
Hamidy Bin Che An. Matlamat utama
program adalah membantu sahabat Islam
kita yang duduk jauh di rantauan. Di
samping itu juga dapat mengeratkan lagi
silaturahim sesama kita Islam yang berada
di negara jiran kita.

www.kmkulim.edu.my

KMK KE ARAH KECEMERLANGAN 8

KEM MOTIVASI DAN PENINGKATAN DIRI PELAJAR-PELAJAR KMK 2017
Pelayaran bahtera menuju ke sebuah pelabuhan kejayaan memerlukan
kemahiran yang tinggi. Begitu juga sebagai seorang insan yang
cemerlang pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai ilmu
akademik sahaja malah seharusnya perlu berkelipan kemahiran
komunikasi, kepimpinan, keusahawan dan berbagai lagi ilmu yang
perlu. Ini penting supaya pelajar lulusan Kolej MARA Kulim perlu
lengkap ilmu dan bersedia menyaingi cabaran global di luar sana. Maka
dengan sebab itu semua unit dan program telah mendapat kerjasama
yang sebaiknya dari pihak MUAFAKAT dan tenaga pengajar KMK
untuk melaksanakan beberapa kem motivasi akademik dan juga
kepimpinan.
1. Kem BADAR KMK dijalankan pada 11-13 September 2017 di Kem

Intan Suraya, Sungai Siput, Perak melibatkan pelajar seramai 80
orang.
2. Kem Menyerlah Potensi Program MKPM pada 28-30 September
2017 di Kem Bendang Man, Sik, Kedah melibatkan lebih kurang 80
orang pelajar.
3. Kem Menyerlah Potensi Program Pra-U USM pada 5-7 Oktober 2017
di Tan Camp, Sungai Tengas, Kulim, Kedah melibatkan seramai 32
orang pelajar.
4. Kem Menyerlah Potensi Program FIST UniKl pada 19-21 Januari
2018 di TAN Camp, Sungai Tengas, Kulim, Kedah melibatkan 40
orang pelajar.

KONVENSYEN KEPIMPINAN SISWA
INSTITUSI PENDIDIKAN MARA 2017
Tarikh : 27-29 Oktober 2017
Kolej MARA Kulim telah menjadi tuan
rumah untuk Konvensyen Kepimpinan
Siswa IPMa 2017. Program ini sangat
menarik dan diselitkan informasi serta
modul yang meningkatkan keyakinan
diri setiap pelajar.

KARNIVAL PENDIDIKAN DI SEBERANG PERAI, PENANG
Kolej MARA Kulim telah menghantar pelajar untuk menyertai serta memperoleh pengalaman ke Karnival Pendidikan di Seberang Perai, Penang.
Diharap para pelajar dapat merancang kursus yang akan dipilih untuk diikuti semasa di universiti nanti.

www.kmkulim.edu.my

PENGURUSAN KMK BERTARAF GLOBAL

9 PENGANUGERAHAN SIJIL MS ISO 9001:2015 AUDIT
SURVEILLANCE 1 KEPADA KOLEJ MARA KULIM
Tarikh : 8-9 November 2017
KMK dikurniakan PENSIJILAN MS ISO 9001:2015,
Audit Surveillance 1. Sememangnya untuk mengapai
kecemerlangan dan kegemilangan untuk kolej secara
holistik, maka amat perlu untuk kolej terus
mengekalkan standard kualiti tertinggi dalam
pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sesi
audit ini diilakukan oleh PLATINUM SHAUFFMANTZ
VERITAS. Tahniah dan syabas Kolej MARA Kulim,
kerana terus mengekalkan standard kualiti yang tinggi.

LAWATAN VERIFIKASI MARA ECOSYSTEM QUALITY
STANDARD
Kolej MARA Kulim telah dikunjungi oleh Pegawai
MARA untuk Verifikasi MARA Ecosystem Quality
Standard pada 14-15 Mac 2018.
www.kmkulim.edu.my

TERUS SEMARAK 1977-2018

10

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 40 MRSM KULIM -
KOLEJ MARA KULIM
Tarikh : 3-5 Mac 2017

Kolej MARA Kulim telah menyambut ulangtahun yang
ke 40. Menerusi kerjasama Angsaraku serta
MUAFAKAT KMK dan warga KMK sendiri, suatu
sambutan telah diadakan di mana kemuncaknya ialah
Makan Malam Gala ia telah dirasmikan oleh Prof. Dato
Dr Hj Mohd Mydin B. Mohd Sheriff. Bertemakan Terus
Semarak, Kolej MARA Kulim menyambung legasi
dalam melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang pada
masa akan datang. Makan Malam Gala telah dihadiri
oleh Alumni sejak dari mula pembukaan MRSM Kulim
hinggalah ke hari ini. Sambutan ini telah berjaya
mengutip sumbangan dari Alumni berjumlah sebanyak
RM530,000.00 . Sumbangan ini akan digunakan untuk
memperbaiki serta menaik taraf KMK untuk keselesaan
pelajar pada masa akan datang.

www.kmkulim.edu.my

BERITA SUKAN & KO-K

11

KAKOM 2017
Kejohanan sukan antara Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mempamerkan semangat baharu buat KMK. Kejohanan
berlangsung di dua lokasi iaitu acara bowling di Negeri Sembilan manakala
permainan lain berlangsung di Perak. Walaubagaimana pun KMKu telah
berjaya memenangi beberapa pingat antaranya bowling, di temasya sukan
KAKOM. Tahniah semua atlit KMKu.
SUKOM 2017
Kejohanan sukan KMK telah diadakan dengan meriah di mana rumah merah
atau dikenali sebagai Red Bull telah menjadi johan keseluruhan SUKOM KMK
2017. Tempat kedua jatuh kepada Royal Jaguar yang memberi tentangan
yang sengit hingga ke akhir pertandingan petanque. Walaubagaimana pun
rezeki lebih memihak kepada Red Bull. Syabas semua yang terlibat.

www.kmkulim.edu.my

KMK DAN KOMUNITI 12

SCHOOL HOLIDAY CAMP 2017
Cuti akhir tahun sekolah 2017, KM
Kulim telah mengadakan kem sains
yang melibatkan seramai 42 pelajar
sekolah serta kanak-kanak berumur
antara 5-12 tahun. Pengisian program
adalah melibatkan aktiviti sains di
makmal dan serta aktiviti berkumpulan
di luar. Tujuan program ini agar
kanak-kanak ini diberi pendedahan
awal tentang sains serta beroleh
pengalaman belajar sambil bergembira.
Ini membina semangat dan motivasi
untuk maju ke hadapan dengan
keyakinan dalam diri anak-anak cilik ini.

PROGRAM XPEDISI PULAU MARA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT

Kelab kembara KMK telah mengadakan xpedisi Pulau MARA terdiri daripada pelajar MKPM pada 1/3/2018-3/3/2018. Di samping itu juga
pengisian program juga mengadakan aktiviti bersama penduduk tempatan. Aktiviti yang dijalankan amat menarik perhatian dan minat
kanak-kanak di situ. Sambil menjalani aktiviti lasak yang mencabar, dapat juga pengalaman bermain dengan kanak-kanak cilik di situ.
Pengalaman ini sangat berharga dan tidak dapat dilupakan.

PROGRAM INSPIRER

KeUnit Kaunseling telah mengadakan Program Inspirer pada 3 Februari 2018 iaitu
satu program motivasi yang menjemput bekas pelajar Kolej MARA Kulim yang telah
berjaya dalam bidang masing-masing. Ahli panel yang dijemput ialah Ahmad Fedtri
Yahya dan Shahril Sarapudin.

www.kmkulim.edu.my

BERITA DALAMAN

13 HARI KELUARGA DAN HARI INOVASI KMK 2017
Hasil kerjasama di antara Kelab Kakitangan Akademik dan
Kelab Staf Kolej MARA Kulim telah berjaya menganjurkan Hari
Keluarga dan Hari Inovasi KMK 2017. Majlis ini diadakan
bersama dengan Hari Inovasi KMK 2017. Walaupun majlis ini
penuh kesederhanaan tetapi ia berlangsung dengan meriah
dan penuh pengalaman manis dinikmati oleh setiap keluarga
warga kolej. Diadakan pada 20 Oktober 2017 jam 8 malam,
bertemakan warna biru dan putih, dimeriahkan dengan
pertunjukkan fesyen dari kalangan anak-anak cilik warga KMK. Selain itu juga,
KMK juga menyambut Hari Inovasi 2017. Para pensyarah dan Staf yang
berkhidmat dengan penuh dedikasi serta berinovasi telah dianugerahkan
penghargaan oleh pihak kolej. Tahniah kepada Kelab Kakitangan Akademik dan
Kelab Staf di atas penganjuran Hari Keluarga KMK 2017. Tidak lupa juga jutaan
terima kasih kepada pihak pengurusan kolej atas penghargaan yang
dianugerahkan kepada pensyarah dan staf menerusi majlis Hari Inovasi KMK
2017. Akhir
sekali jutaan
terima kasih
kepada semua
atas sumbangan
cabutan bertuah
kepada semua
hadirin.

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KMK
Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri sempena Syawal
1438 peringkat Kolej MARA Kulim telah berlangsung
dengan meriahnya di mana ramai yang datang
mengenakan baju raya yang berwarna warni tidak
dilupakan anak-anak kecil yang segak bergaya dengan
baju rayanya.
JAMUAN HARI RAYA KM KULIM BERSAMA PELAJAR
Majlis jamuan terbuka Eidul Fitri Kolej MARA Kulim sempena
Syawal 1438 telah berlangsung dengan meriahnya bersama para
pelajar serta pensyarah. Berbagai acara dan persembahan dari
pelajar memeriahkan lagi sambutan hari raya pada kali ini.

www.kmkulim.edu.my

MUAFAKAT KMK

14

PERTANDINGAN
BOWLING PIALA YDP
MUAFAKAT 2017

MUAFAKAT KMK telah

mengadakan

pertandingan bowling

tertutup di kalangan

pensyarah bagi merebut

PIALA YDP MUAFAKAT

2017. Selain itu juga, ia

menjadi satu langkah untuk

membudayakan dan

mengasah bakat pensyarah

dalam bidang sukan. Tahun ini

Piala YDP telah dimenangi oleh

jemputan wakil staff KMK.

MAJLIS IFTAR PERDANA
KMK SESI 2017/2018

Majlis Iftar Perdana telah
diadakan sejurus selesai
pendaftaran kesemua program
di KMK. Majlis ini juga
diserikan dengan kehadiran
YDP MUAFAKAT KMK, Tn.
Haji Rahim, untuk beramah
mesra dengan pelajar
baharu. Selain itu juga,
majlis ini juga bertujuan
memperkenalkan YDP
MUAFAKAT KMK 2017/18.

SESI PENYERAHAN PROGRAM MOTIVASI ILMIAH BERSAMA
YDP MUAFAKAT
SUMBANGAN MUAFAKAT Program motivasi ini diadakan pada 15
Julai 2017, hasil usahasama KMK dengan
KEPADA KKA MUAFAKAT KMK. Pengisian program
adalah untuk memberi motivasi serta
Wakil MUAFAKAT KMK Pn meningkatkan keyakinan para pelajar
Normishah telah membuat untuk belajar. Di samping itu, perkongsian
penyerahan peralatan sukan pengalaman serta pemilihan kerjaya
indoor kepada Presiden KKA mengikut program yang dipilih oleh pelajar
En. Shazmi. Diharap dengan juga dibincang bersama Tn Haji Rahim
sumbangan ini dapat iaitu YDP MUAFAKAT KMK. Tn. Haji
membudayakan kesukanan Rahim sebagai moderator membantu para
dikalangan para pensyarah pelajar untuk fokus dan membuat
bagi mengurangkan stress di perancangan kerjaya pada masa akan
tempat kerja. datang. Diharapkan program motivasi
seumpama ini dapat diteruskan.

www.kmkulim.edu.my

BERITA DALAMAN

15

KARNIVAL JOM MENIAGA , HAYYA ILA

TIJARAH 2017

Tarikh : 24-26 Julai 2017

Student Entrepreneurial Association

(SEA) telah mengadakan Karnival

Jom Niaga, Hayya Illaa Tijarah....di

mana karnival ini menjadi platform

membudayakan pelajar KMK dengan

keusahawanan. Selain itu, terdapat

banyak lagi aktiviiti yang memberi

cabaran kepada pelajar seperti

‘booth’ jualan, promosi produk,

pertunjukkan fesyen ikon usahawan

muslimin dan muslimah. Selain itu,

program kali ini juga menjemput

pelajar dari sekolah-sekolah

berdekatan untuk pertandingan MINGGU AKTIVITI DAAN MINGGU PENGHAYATAN
promosi produk. Pelajar dari sekolah ISLAM KOLEJ MARA KULIM
yang terlibat telah mempamerkan
bakat mereka dengan terbaik sekali Minggu aktiviti dan Minggu Penghayatan Islam
untuk memenangi pertandingan (MAPI) Kolej MARA Kulim berlangsung
promosi produk. serentak. Program ini dirasmikan oleh
Pengarah Kolej MARA Kulim, Tn. Hj. Zol

Hamidy Che An dan melibatkan semua

pensyarah Kolej MARA Kulim. Semua pelajar KMK telah melibatkan diri dalam pelbagai

aktiviti yang dirancang oleh Jabatan Sains, Jabatan Bahasa, Jabatan Matematik, serta

Jabatan Sains Sosial. Bagi unit Pendidikan Islam, pula menganjurkan (MAPI) di mana

programnya ialah pada waktu malam seperti ceramah agama, pertandingan azan,

qiamullai, dan sebagainya. Aktiviti sains dimulakan dengan pembedahan katak, dan

diikuti dengan aktiviti dari unit-unit lain yang amat menarik perhatian semua pelajar serta

berinformasi. Antara aktiviti yang menarik ialah `Bio explorace’, kuiz, `crossword puzzle’,

membina menara tertinggi, jatuhan telur dan lain-lain.

www.kmkulim.edu.my

BERITA LUAR 16

KONVESYEN KEUSAHAWANAN IPMa 2017
Pada November 2017 telah berlangsung
Konvensyen Keusahawanan IPMa 2017
yang melibatkan 10 insitusi di bawah
MARA. Pihak Kolej MARA Kulim telah
menghantar 21 orang pelajar untuk
menyertai konvensyen tersebut. Di
antara acara yang dipertandingkan ialah
Rocket Pitch, Jualan Booth, Busines
Plan dan Persuasive Talk. Program ini
dapat memupuk budaya keusahawanan
dalam diri pelajar yang merupakan teras
pendidikan MARA.

IPMa GLOBAL VILLAGE 2017
Pada 22 dan 23 haribulan Julai 2017, UniKL
kampus kota telah menganjurkan program IPMa
Global Village yang melibatkan semua IPMa dan
kampus UniKL. Kolej MARA Kulim telah
menghantar 10 orang pelajar dari program FIST
UniKL dan telah berjaya meraih mendapat
tempat ketiga menerusi kategori like terbanyak di
media sosial. Program ini bertujuan
mendedahkan pelajar tentang budaya, bahasa
dan konsep pengantarabangsaan secara global.
Selain itu menggalakkan semangat berpasukan,
kreativiti dan keusahawanan di kalangan pelajar.
Antara pengisian program adalah demonstrasi
kebudayaan, pameran busana tradisi, kelas
bahasa antarabangsa serta gerai jualan.

PROGRAM ASPERTANDINGAN iCOMPLEX 2018 “NATIONAL PERTANDINGAN I-ENVEX 2018
Kolej MARA Kulim telah menyertai I-ENVEX 2018
INNOVATION & INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION” peringkat antarabangsa pada 13-15 April 2018 di
Unimap, Perlis. KMK telah meraih 2 Emas menerusi
IICOMPEX ’18 projek SERTU SOAP dan DRAG-O-SAUCE.
Diwakili : Muhaimin, Danial Syakirin, Nursyamimi,
Pada 20-23 MAC 2018, Untuk kesekian kalinya Kolej MARA Kulim Nur Zihan dan Nur Aqilah
berjaya lagi merangkul pingat emas di dalam pertandingan inovasi. Penasihat : Pn Maria Ilyana bt Muhamed
Pertandingan tersebut adalah “National Innovation & Invention
Competition Through Exhibition” IICOMPEX ’18 diadakan di Politeknik www.kmkulim.edu.my
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah. Di bawah penyeliaan
Cik Riziana bt Sadri dan Pn. Suriati bt Md Noor, projek ini disampaikan
oleh 5 orang pelajar MKPM Kolej MARA Kulim iaitu: 1. Siti Nur Sarah bt
Madraham 2. Shahirah bt Zakaria 3. Nur Sabrina bt Ab. Rahman Hamidi
4. Nur Izzati Najihah bt Zaidi 5.Muhammad Aizan Nazim b. Mohd.
Khairol ….TAHNIAHHH..

17 BERITA LUAR

PERTANDINGAN KONSISMA 2018
KMK telah menyertai KONSISMA 2018 yang telah
diadakan di KPM Seri Iskandar, Perak pada 30 Mac
hingga 1 April 2018. Penyertaan kali ini, KMK tidak pulang
dengan tangan kosong, di mana, KMK telah meraih
tempat kedua bagi pertandingan Kanvas Jutawan dan
Rocket Pitch, manakala tempat ketiga bagi pertandingan
Jelajah Usahawan dan Copywriting Power. Tahniah dan
teruskan kecemerlangan.

PERTANDINGAN APPRENTICE INNOVATION & RESEARCH EXHIBITION PERKHEMAHAN BERSEPADU PROGRAM
(AIREx 2018)
Pada 17-18 April 2018, KMK telah menyertai Pertandingan Apprentice MATRIKULASI KPM 2017
Innovation & Research Exhibition (AIREx 2018) peringkat kebangsaan di
MIMET Lumut, Perak. Pensyarah pengiring ialah Pn. Maria Ilyana dan Pn. KMK telah menghantar seramai 20 orang pelajar dari
Azimah. Pembiayaian yuran dan penginapan telah disumbangkan CPS program Matrikulasi KPM untuk menyertai
Unikl. KMK telah berjaya mendapat Perkhemahan Bersepadu Program Matrikulasi KPM
i. My Wall Cladding: GOLD MEDAL (Shir Aqbar, Nuraqilah & Che 2017 pada 14-17 September 2017. Perkhemahan ini
telah diadakan di Kolej Matrikulasi Pahang, di
Nurfameyzuana). Gambang, Pahang. Pelajar Matrikulasi KPM perlu
ii. The Amazing RHA: SILVER MEDAL (Faisal Iskandar, Siti Aishah & bertanding dalam acara kawad kaki, orientering,
masakan rimba dan kraf tangan rimba. KMK telah
Muhammad Bakthiar). memenangi tempat kedua dalam acara kraftangan
rimba. Syabas dan Tahniah.
www.kmkulim.edu.my

KMK DAN AGENSI LUAR

LAWATAN PENANDA ARAS 18
KE KOLEJ MATRIKULASI

SELANGOR

Satu lawatan penanda aras ke Kolej
Matrikulasi Selangor telah diadakan
pada 2 Februari 2018. Objektif
lawatan ialah menanda aras aspek
pengajaran dan pembelajaran
pensyarah Kolej MARA Kulim dengan Kolej
Matrikulasi Selangor yang merupakan kebitaraan
kepada Centre Of Excellence in Teaching dan
memberi pendedahan kepada para pensyarah
matrikulasi KMKu tentang amalan-amalan
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di
Kolej Matrikulasi Selangor dengan lebih jelas serta
dapat berkongsi pengalaman bersama dari
kedua-dua kolej. Diharap lawatan ini dapat memberi
perkongsian ilmu dan pengalaman yang baik untuk
peningkatan profesional kerjaya ke arah
penghasilan pelajar MARA yang berdaya saing di
peringkat dalam dan luar negara.

MAJLIS PERSARAAN DATIN HJH.
ZAILAN BT MANSOR
(TIM. PENGARAH HEA KMK)
22 MAC 2018

Selamat Bersara Kolej MARA Kulim bagi pihak MARA mengucapkan “Selamat Bersara”dan sekalung
tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa yang telah disumbangkan.

Bil Nama Jawatan Tarikh Pencen
1 Pn. Aminahtun Zaharah bt Aizuddin Guru Sains Komputer 11/1/2017
2 Pn. Noradibah bt Abu Bakar Pegawai Perpustakaan 12/1/2017
3 Datin Hjh. Zailan bt Mansor TP HEA 24/3/2018
4 Pn. Farizah bt Abdullah Guru Biologi 18/5/2018
5 Pn. Rosmah bt Ibrahim Pembantu Tadbir 24/6/2018
6 Pn. Noraini bt Awang Kechik Pembantu Operasi 26/9/2018
7 En. Zakaria b Jaafar Pemandu 1/11/2018

www.kmkulim.edu.my

SEMARAK MEMORI...

TEAM FUTSAL ALUMNI MRSM KULIM KMK CAMPUS WALK 2017

MESYUARAT SAMBUTAN 40 TAHUN SEMINAR KOPERASI
MRSM KULIM - KMK

MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT 2017

PERBARISAN MERDEKA KMK 2017

MUAFAKAT 2017 /18 ANUGERAH KO-K KMK 2017

SEBARANG PERTANYAAN
BOLEH DIAJUKAN KEPADA:
PENGARAH,
KOLEJ MARA KULIM,
09000 KULIM, KEDAH.

TEL (PJBT) : 04-4906422

FAKS : 04-4906426

LAWATAN BENCHMARK KOLEJ KOMUNITI GERIK


Click to View FlipBook Version