Bab 2: Pasaran
2.1.1 Hukum Permintaan
1. Permintaan (DD) ialah keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau
perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.
2. Permintaan individu ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada
suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
3. Permintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh kuasa beli atau kemampuan membayar.
Ceteris paribus - hal atau faktor lain tidak berubah.
4. Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap
barang tersebut dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti diminta terhadapnya
dengan andaian ceteris paribus.
Hukum Permintaan
Harga Naik, Kuantiti Diminta Berkurang P, Qd
Harga Turun, Kuantiti diminta Bertambah P, Qd
Hubungan harga dan kuantiti diminta dapat adalah negatif atau songsang.
Hukum permintaan dapat dijelaskan dengan menggunakan jadual permintaan dan keluk permintaan.
2.1.2 Keluk permintaan individu
Permintaan individu ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada
suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Jadual Permintaan Individu menunjukkan kuantiti yang diminta terhadap sesuatu barang oleh pengguna pada pelbagai
tingkat harga dan dalam suatu tempoh masa tertentu.
Keluk Permintaan Individu ialah rajah/graf yang menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta
dalam suatu tempoh masa tertentu. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
Keluk Permintaan Pasaran
1. Permintaan Pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam sesuatu
pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
2. Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkah secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam
pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Jadual permintaan pasaran menunjukkan kuantiti yang diminta terhadap sesuatu barang oleh semua individu pada
pelbagai tingkat harga dan dalam suatu tempoh masa tertentu.
Keluk permintaan pasaran ialah keluk yang dibentuk dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh
setiap individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
2.1.3 Penentu Permintaan Penentu Permintaan
A. Harga Barang itu
B. Bukan Harga Barang itu
Harga Barang lain Cita rasa Pendapatan Musim
Dasar Kerjaan
Jangkaan Harga Masa Depan
Rajah Penentu Permintaan Bukan Harga Barang itu
Harga Barang itu Pengurangan Pertambahan
permintaan permintaan
a ke c
Penguncupan
permintaan
a ke b
Pengembangan
permintaan
Faktor / Penentu Permintaan DD bertambah DD berkurang
1. Harga barang itu (HBI) HBI turun / murah /jatuh HBI naik / mahal
2. Bukan harga barang itu
a. Harga barang lain:
i. Harga barang penggenap Harga barang penggenap menurun Harga barang penggenap
meningkat
ii. Harga barang pengganti Harga barang pengganti naik
Harga barang pengganti
b. Cita rasa pengguna (CTP) CTP naik CTP menurun
c. Pendapatan pengguna (PP) PP naik PP turun
d. Musim (M) Musim perayaan Bukan musim perayaan
e. Jangkaan harga pada masa depan (JHMD) JHMD meningkat JHMD menurun
d. Dasar kerajaan:
i. Kadar cukai (KC) KC menurun KC meningkat
ii. Subsidi (S) Memberi subsidi Menghapuskan subsidi
2.1.4 Perubahan dalam kuantiti diminta dan 2.1.5 Perubahan Permintaan
Perubahan dalam Kuantiti Diminta Perubahan Permintaan
(∆ dalam Qd) (∆DD)
a ke c x ke z
Penguncupan Pengurangan
permintaan permintaan
a ke b x ke y
Pengembangan Pertambahan
permintaan
permintaan
- Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan - perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu akan
perubahan dalam kuantiti diminta. mengakibatkan perubahan permintaan.
- Perubahan kuantiti diminta ditunjukkan oleh - Perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan keluk
pergerakan ke atas (penguncupan permintaan) atau ke permintaan sama ada bergerak ke kiri (pengurangan permintaan)
bawah (pengembangan permintaan) di sepanjang atau ke kanan (pertambahan permintaan) selari dengan keluk
keluk permintaan yang sama. permintaan asal.
- perubahan ini menyebabkan harga dan kuantiti - perubahan ini menyebabkan kuantiti diminta berubah tetapi
diminta berubah. harga tetap.
2.1.6 Hukum Penawaran
1. Penawaran (SS) merujuk kepada kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh
pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.
2. Hukum penawaran menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti ditawarkan dan
sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti ditawarkan dengan andaian ceteris paribus.
Hukum Penawaran
Harga Naik, Kuantiti Ditawar Naik P Qs
Harga Turun, Kuantiti Ditawar Turun P Qs
Hubungan antara harga barangan dengan kuantiti ditawarkan adalah positif / langsung.
Hukum penawaran dapat dijelaskan dengan menggunakan jadual penawaran atau keluk penawaran.
3. Penawaran firma ialah kuantiti barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga
dalam jangka masa tertentu.
4. Jadual Penawaran firma menunjukkan jumlah kuantiti yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh para pengeluar pada
pelbagai tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.
5. Keluk Penawaran firma ialah rajah/graf yang menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan
dalam suatu tempoh tertentu. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
2.1.7 Jadual dan Keluk Penawaran Pasaran
1. Penawaran pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam
pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
2. Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkah secara mendatar kuantiti ditawar oleh setiap firma dalam
pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
3. Jadual Penawaran pasaran menunjukkan jumlah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu
ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
4. Keluk Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkah secara mendatar kuantiti ditawar oleh setiap firma
dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
5. Keluk penawaran pasaran ialah keluk yang dibentuk dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawar oleh
setiap firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
2.1.8 Penentu Penawaran
Penentu Penawaran
A. Harga Barang itu B. Bukan Harga Barang itu
Harga faktor Tingkat Cuaca Matlamat
pengeluaran teknologi pengeluar
Jangkaan Harga Masa Depan Dasar Kerjaan
Rajah Penentu Penawaran Bukan Harga Barang itu
Harga Faktor Pengeluaran, Jangkaan Harga Masa Depan,
Harga Barang itu Tingkat Teknologi, Cuaca, Matlamat Pengeluar, Dasar
Kerajaan
a ke c
Penguncupan a ke c
penawaran Pengurangan
penawaran
a ke b a ke b
Pengembangan Pertambahan
penawaran
penawaran
Faktor Penentu Penawaran SS bertambah SS berkurang
1. Harga barang itu (HBI) HBI naik / mahal HBI turun / murah /jatuh
2. Bukan harga barang itu
a. Harga faktor pengeluaran (HFG) HFG menurun HFG meningkat
b. Tingkat teknologi (TT) TT moden / canggih TT tradisional / ketinggalan zaman
c. Matlamat pengeluar (MP) MP kuasa pasaran
d. Cuaca MP maksimumkan keuntungan
e. Jangkaan harga pada masa depan (JHMD) Cuaca baik Cuaca buruk
d. Dasar kerajaan: JHMD menurun
JHMD meningkat
i. Subsidi (S) Memberi subsidi
Menghapuskan subsidi
2.1.9 Perubahan dalam kuantiti ditawar dan 2.1.10 Pubahan Penawaran
Perubahan dalam Kuantiti Ditawar Perubahan Penawaran
(∆ dalam Qs) (∆SS)
- Perubahan harga barang itu sendiri akan - perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu akan
mengakibatkan perubahan dalam kuantiti ditawar. mengakibatkan perubahan penawaran.
pergerakan dari keluk S0 ke S1 dikenal sebagai pertambahan
pergerakan dari titik a ke titik b dikenal sebagai penawaran
pengembangan penawaran
pergerakan dari keluk S0 ke S2 dikenal sebagai pengurangan
pergerakan dari titik a ke titik c dikenal sebagai penawaran
penguncupan penawaran
- Perubahan yang mengakibatkan keluk penawaran bergerak ke
- Perubahan yang bergerak di sepanjang keluk kiri atau ke kanan.
penawaran
- Harga dan kuantiti ditawar berubah. - Harga tetap kuantiti ditawar berubah
2.1.11 Keseimbangan Pasaran
1. Pasaran ialah suatu tempat atau situasi yang membolehkan penjual dan pembeli berinteraksi sama ada
secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu tingkat harga dalam tempoh
masa tertentu.
2. Pasaran boleh dibahagi kepada pasaran langsung dan pasaran tidak langsung.
3. Secara jadual, keseimbangan pasaran (E) berlaku apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar.
Pasaran bebas daripada lebihan atau kurangan.
4. Secara rajah, keseimbangan pasaran (E) berlaku apabila keluk permintaan pasaran besilang dengan keluk
penawaran pasaran.
5. Ketidakseimbangan pasaran merujuk kepada keadaan apabila berlakunya lebihan permintaan (DD›SS) atau
lebihan penawaran (SS ›DD) di pasaran.
6. Lebihan permintaan (›DD)merujuk keadaan apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan dalam
pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
7. Lebihan penawaran(›SS) merujuk keadaan apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta dalam
pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
Rajah A: Kesimbangan Pasaran
1. Pada harga RM5, berlaku lebihan permintaan
2. Harga ↑→ Qd ↓; Qs ↑
3. Pada harga RM15, berlaku lebihan penawaran.
4. Harga ↓ → Qd ↑; Qs↓
5. Titik E, DD = SS → keseimbangan pasaran
Label:
1. E = Equilibrium = Keseimbangan
2. D = Demand = Permintaan
3. S = Supply = Penawaran
2.1.14 Perubahan keseimbangan
1. Perubahan Keseimbangan merujuk kepada perubahan permintaan (∆DD) dan perubahan penawaran (∆SS).
2. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh penentu bukan harga barang itu.
Perubahan permintaan (∆DD Perubahan penawaran (∆SS)
2.2.1 Keanjalan Harga Permintaan
1. Keanjalan harga permintaan ( ) mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada
peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus.
2. Permintaan anjal (Ed ›1) merujuk kepada suatu keadaan apabila peratus perubahan harga kurang daripada
peratus perubahan kuantiti yang diminta. (Barang mewah)
3. Permintaan tak anjal(Ed ‹1)merujuk kepada suatu keadaan apabila peratus perubahan harga adalah lebih
besar daripada peratus perubahan kuantiti yang diminta. (Barang keperluan)
Rumus:
Keanjalan harga permintaan Ed = Q1 - Q0 X 100%
= Peratus Perubahan Kuantiti Diminta Q0
Peratus Perubahan Harga P1 - P0 X 100%
P0
Ed = %Qd
%ΔP
Petunjuk : Ed = Keanjalan harga permintaan
% = Peratus Δ = Perubahan 0 = asal
Q = Kuantiti diminta P = Harga 1 = baru
Pekali keanjalan harga permintaan
• nisbah peratus perubahan kuantiti diminta bagi sesuatu barang kepada peratus perubahan harga barang itu.
• bertanda negatif kerana hubungan antara harga dan kuantiti yang diminta adalah negatif
Keanjalan Harga Permintaan Anjal dengan Tak Anjal Permintaan Tak Anjal
Permintaan Anjal
Berdasarkan keluk di atas, Berdasarkan keluk di atas,
1. peratus perubahan harga kurang daripada peratus 1. peratus perubahan harga melebihi peratus
perubahan kuantiti diminta (%ΔP %ΔQd ) perubahan kuantiti diminta (%ΔP %ΔQd )
2. Ed 1 2. Ed 1
3. keluk DD lebih landai 3. keluk DD lebih curam
4. terdiri daripada barang kehendak 4. terdiri daripada barang keperluan
2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
Penentu Anjal Tidak anjal
Barang mewah Barang keperluan
Jenis barangan (pengguna akan mengurangkan DD (pengguna tetap membeli barang tersebut
apabila harga ↑) walaupun harga ↑)
Faktor jangka masa Jangka masa panjang Jangka masa pendek
Bilangan barang (mudah cari barang pengganti) (sukar cari barang pengganti)
pengganti Banyak barang pengganti Barang yang kurang / tiada barang pengganti
cth : minuman bergas cth : minyak petrol
Nisbah perbelanjaan Sebahagian besar pendapatan boleh Perbelanjaan terhadap barang keperluan
pendapatan guna dibelanjakan ke atas barang ini adalah lebih kecil daripada jumlah pendapatan
Bilangan kegunaan Banyak kegunaan – cth : tepung gandum Penggunaan terhad – tepung atta
Ketagihan
Tahap ketagihan rendah Tahap ketagihan yang tinggi – cth: rokok
Ketahanan barang
Barang tahan lama – cth : kereta Barang tidak tahan lama – cth : susu segar
(boleh disimpan lama)
2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
Keanjalan Harga Permintaan Harga Kesan Terhadap Jumlah Hasil
1. Anjal Naik Menurun
Turun Meningkat
2. Tak anjal Naik Meningkat
Turun Menurun
Anjal Tak anjal
Penurunan harga barang tersebut akan Peningkatan harga barang tersebut akan
menyebabkan peningkatan dalam jumlah hasil dan menyebabkan peningkatan dalam jumlah hasil dan
sebaliknya sebaliknya
Contohnya ; harga barang turun Contohnya ; harga barang naik
Harga (RM) Kuantiti (unit) Harga (RM) Kuantiti (unit)
20 60 40 100
16 90 72 80
Bagaimana keanjalan permintaan mempengaruhi Bagaimana keanjalan permintaan mempengaruhi
jumlah hasil pengeluar? jumlah hasil pengeluar?
• Penyelesaian :
= 90 – 60 RM16 – RM20 Penyelesaian :
= 80 – 100 RM72 – RM40
60 RM20 100 RM40
Ed = - 2.5
Ed = - 0.25
• Didapati nilai nilai Ed > 1 Didapati nilai nilai Ed < 1
• Barang anjal Barang tidak anjal
• Penurunan harga yang sedikit akan menyebabkan Peningkatan harga yang banyak akan menyebabkan
peningkatan dalam jumlah kuantiti diminta lebih penurunan dalam jumlah kuantiti diminta yang sedikit
besar. Kesannya jumlah hasil meningkat
• Kesannya jumlah hasil meningkat
Bukti :
Bukti : Jum. hasil asal = RM40 x 100 = RM4000. Jum. hasil baru =
Jum. hasil asal = RM20 x 60 = RM1200. Jum. hasil baru RM72 x 80 = RM5760. Pertambahan jum.hasil :
= RM16 x 90 = RM1440. Pertambahan jum.hasil : = RM5760 – RM4000 = RM1760
= RM1440 – RM1200 = RM240
Kesimpulannya :
Kesimpulannya : • Bagi barang yang permintaannnya tak anjal, kenaikan
• Bagi barang yang permintaannnya anjal, penurunan
harga barang akan menyebabkan jum.hasil meningkat
harga barang akan menyebabkan jum.hasil
meningkat
2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran (Es )
1. Keanjalan harga penawaran ( ) mengukur peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada
peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus.
2. Penawaran tak anjal (Es ‹1) merujuk kepada suatu keadaan apabila peratus perubahan harga lebih besar
daripada peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan.
3. Penawaran anjal (Es ›1) merujuk kepada suatu keadaanapabila peratus perubahan harga kurang daripada
peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan.
Rumus:
Keanjalan harga penawaran Es = Q1 - Q0 X 100%
= Peratus Perubahan Kuantiti Ditawar Q0
Peratus Perubahan Harga P1 - P0 X 100%
P0
Es = %Qs
%ΔP
Petunjuk : Es = Keanjalan harga penawaran
% = Peratus Δ = Perubahan 0 = asal
Q = Kuantiti diminta P = Harga 1 = baru
Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal Penawaran Tak Anjal
Penawaran Anjal
Berdasarkan keluk di atas, Berdasarkan keluk di atas,
1. peratus perubahan harga kurang daripada 1. peratus perubahan harga melebihi peratus
peratus perubahan kuantiti ditawar perubahan kuantiti ditawar (%ΔP %ΔQs )
(%ΔP %ΔQs ) 2. Es 1
2. Es 1 3. keluk SS lebih curam
3. keluk SS lebih landai 4. barang pertanian
4. barang perkilangan
Strategi untuk maksimumkan hasil ialah : Strategi untuk maksimumkan hasil ialah :
menurunkan harga barang menaikkan harga barang
Beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai Beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai
pembeli pembeli
Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar lebih besar Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar lebih kecil
daripada subsidi pembeli daripada subsidi pembeli
2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran
Penentu Anjal Tidak anjal
Tambahan kos Hanya memerlukan tambahan kos Memerlukan tambahan kos pengeluaran yang
pengeluaran yang sedikit sangat besar
Corak penggunaan faktor Faktor pengeluaran mudah diperoleh dan Memerlukan faktor pengeluaran tertentu atau
pengeluaran ditambahkan sukar diperoleh
Faktor masa Jangka masa panjang kerana faktor Jangka masa pendek kerana penambahan
pengeluaran mudah diubah pengeluaran adalah terhad
Bilangan firma dalam Bilangan firma dalam pasaran banyak Bilangan firma dalam pasaran adalah sedikit
pasaran
Mobiliti faktor Boleh dipindahkan dengan mudah dari 1 Mobiliti faktor pengeluaran adalah rendah /
pengeluaran tempat ke tempat lain / dari 1 keluaran ke tidak boleh dipindahkan dengan mudah
keluaran lain
Ketersediaan stok atau Mempunyai stok yang banyak Stok kurang / tiada stok
inventori (bahan mentah / brg siap)
2.2.9 Kepentingan Keanjalan Harga
A. Firma
1. Jumlah hasil diperoleh dengan mendarabkan harga barang dengan kuantiti diminta barang itu.
2. Keanjalan harga permintaan mempengaruhi perubahan jumlah hasil.
3. Rajah di bawah ini menunjukkan hubungan keanjalan harga permintaan di sepanjang keluk permintaan
dengan jumlah hasilnya.
Huraian keluk
Pada bahagian keluk permintaan yang
anjal, penurunan harga oleh firma akan
menyebabkan peningkatan dalam
kuantiti dan menyebabkan peningkatan
dalam jumlah hasil.
Dan sebaliknya pada keluk yang tidak
anjal, penurunan harga oleh firma akan
mengurangkan kuantiti permintaan dan
menurunkan jumlah hasil.
B. Kerajaan
1. Konsep keanjalan harga permintaan (Ed) dan keanjalan harga penawaran (Es) penting dalam menjalankan
polisi cukai dan subsidi
2. Beban cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli dan pengeluar / jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh
pembeli dan pengeluar juga bergantung kepada Ed dan Es.
Percukaian
• Pengenaan cukai tak langsung oleh kerajaan kepada pengeluar akan menambahkan kos pengeluaran pengeluar
• Maka jumlah penawaran akan turun pada setiap tingkat harga
• Pengurangan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kiri
Rajah di bawah ini menunjukkan kesan cukai per unit 1. Keseimbangan pasaran asal : keluk DD
terhadap minuman ringan yang mempunyai permintaan bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E0 .
anjal.
Harga keseimbangan P0 dan kuantiti
keseimbangan Q0 .
2. Pengurangan penawaran : pengenaan cukai
meningkatkan kos pengeluaran dan keluk
penawaran beralih ke kiri (S0S0 ke S1S1 ) dan
keluk permintaan tetap (DD).
3. Harga cenderung naik.
4. Kuantiti diminta menurun sehingga mencapai
keseimbangan pasaran baharu pada titik E1
apabila keluk S1S1 bersilang dengan keluk DD.
5. Kuantiti keseimbangan baharu Q1 .
6. Beban pengguna sebanyak P0P1E1A .
7. Beban pengeluar sebanyak CP0AB
8. Kesimpulannya, apabila keanjalan harga
permintaan itu anjal, beban pengguna kurang
daripada beban pengeluar.
Rajah di bawah ini menunjukkan kesan cukai per unit 1. Keseimbangan pasaran asal : keluk DD
terhadap rokok yang mempunyai permintaan tak anjal. bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E0 .
Harga keseimbangan P0 dan kuantiti
keseimbangan Q0 .
2. Pengurangan penawaran : pengenaan cukai
meningkatkan kos pengeluaran dan keluk
penawaran beralih ke kiri (S0S0 ke S1S1 ) dan
keluk permintaan tetap (DD).
3. Harga cenderung naik.
4. Kuantiti diminta menurun sehingga mencapai
keseimbangan pasaran baharu pada titik E1
apabila keluk S1S1 bersilang dengan keluk DD.
5. Kuantiti keseimbangan baharu Q1 .
6. Beban pengguna sebanyak P0P1E1A .
7. Beban pengeluar sebanyak CP0AB.
8. Kesimpulannya, apabila keanjalan harga
permintaan itu tidak anjal, beban pengguna
melebihi beban pengeluar.
B : Subsidi
1. Kerajaan memberi subsidi (bantuan kewangan) kepada pengeluar untuk mengurangkan kos pengeluaran firma
dan keluk penawaran akan beralih ke kanan dan permintaan tetap.
2. Jumlah subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar bergantung kepada darjah keanjalan harga
permintaan.
Rajah di bawah ini menunjukkan kesan subsidi per unit 1. Keseimbangan pasaran asal : keluk DD bersilang
terhadap diesel yang mempunyai permintaan tak anjal. dengan keluk S0S0 pada titik E0. Harga
keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0.
2. Pertambahan penawaran : pemberian subsidi
menurunkan kos pengeluaran firma dan keluk
penawaran beralih ke kanan (S0S0 ke S1S1) dan
keluk permintaan tetap (DD).
3. Harga cenderung turun.
4. Kuantiti diminta meningkat sehingga mencapai
keseimbangan pasaran baharu pada titik E1 apabila
keluk S1S1bersilang dengan keluk DD.
5. Kuantiti keseimbangan baharu Q1. kuantiti
keseimbangan Q0 .
6. Pertambahan penawaran :
7. Subsidi yang dinikmati oleh pengguna P1P0BE1.
8. Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar P0SAB.
9. Kesimpulannya, apabila keanjalan harga
permintaan itu tak anjal, subsidi yang dinikmati
oleh pengguna lebih besar berbanding pengeluar.
Rajah di bawah ini menunjukkan kesan subsidi per unit 1. Keseimbangan pasaran asal : keluk DD
terhadap sos tomato kepada perusahaan kecil dan bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E0. Harga
sederhana (PKS) yang mempunyai permintaan anjal. keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan
Q0.
2. Pemberian subsidi menurunkan kos
pengeluaran firma dan keluk penawaran
beralih ke kanan (S0S0 ke S1S1) dan keluk
permintaan tetap (DD).
3. Harga cenderung turun.
4. Kuantiti diminta meningkat sehingga mencapai
keseimbangan pasaran baharu pada titik E1
apabila keluk S1S1 bersilang dengan keluk DD.
5. Kuantiti keseimbangan baharu Q1 .
6. Subsidi yang dinikmati oleh pengguna P1P0BE1.
7. Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar P1P0BE1.
8. Kesimpulannya : Apabila keanjalan harga
permintaan itu anjal, subsidi yang dinikmati
oleh pengeluar lebih besarberbanding
pengguna.