The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kyrulakmal, 2019-07-10 03:51:39

JURNAL-MKM-VOL-7-2011

JURNAL-MKM-VOL-7-2011

Malaysian Journal of Co-operative Studies96

Kedudukan cabaran yang kelima (5) adalah kesukaran mendapatkan kakitangan
kedai koperasi yang berkelayakan dan berkemahiran dengan min 3.47. Cabaran yang
keenam (6) dengan min bernilai 3.46 mengatakan kebanyakan pilihan barangan yang
dijual di kedai koperasi adalah terhad. Manakala kekurangan modal pusingan di
kedai koperasi merupakan cabaran yang ketujuh (7) dihadapi oleh koperasi dengan
nilai min 3.42. Cabaran yang seterusnya adalah cabaran yang kelapan (8) iaitu kos
keseluruhan pengendalian kedai koperasi yang tinggi (seperti kos operasi, kos tetap,
kos berubah dan lain-lain) dan min sebanyak 3.36. Selain itu, kebanyakan harga belian
stok kedai koperasi yang tinggi berada di kedudukan yang kesembilan (9) dengan
min sebanyak 3.34. Cabaran yang kesepuluh (10) dihadapi oleh koperasi adalah
kebanyakan pelanggan yang membeli di kedai koperasi adalah bukan anggota koperasi
dengan min sebanyak 3.33. Manakala bagi cabaran pada tangga ke 11 sehingga 29
menunjukkan julat min dari 3.31 hingga 2.64 seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Cabaran yang dihadapi Semasa Menguruskan Perniagaan Runcit Koperasi

Cabaran yang Dihadapi Min Kedudukan

Persaingan dari sektor swasta yang menjalankan perniagaan 3.95 1
peruncitan
ALK kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang 3.71 2
peruncitan
Saiz kedai koperasi ini yang kecil 3.56 3
Kebanyakan kemudahan kredit yang diberikan oleh pembekal 3.52 4
adalah dalam tempoh yang pendek
Kesukaran mendapatkan kakitangan kedai koperasi yang 3.47 5
berkelayakan dan berkemahiran
Kebanyakan pilihan barangan yang dijual di kedai koperasi 3.46 6
adalah terhad
Kekurangan modal pusingan di kedai koperasi 3.42 7
Kos keseluruhan pengendalian kedai koperasi yang tinggi 3.36 8
(seperti kos operasi, kos tetap, kos berubah dan lain-lain)
Kebanyakan harga belian stok kedai koperasi yang tinggi 3.34 9
Kebanyakan pelanggan yang membeli di kedai koperasi adalah 3.33 10
bukan anggota koperasi ini
Kesukaran mengekalkan kesetiaan anggota koperasi ini untuk 3.31 11
terus membeli di kedai koperasi
Jadual 3: bersambung

97

Jadual 3: Sambungan Volume 7 2011

Cabaran yang Dihadapi Min Kedudukan

Kesukaran mendapatkan sokongan daripada anggota koperasi 3.30 12
ini untuk membeli di kedai koperasi
3.27 13
Peragaan dan susun atur barangan di kedai koperasi kurang
menarik berbanding pesaing 3.26 14

Sistem ganjaran (gaji, bonus dan lain-lain) yang ditawarkan 3.24 15
oleh kedai koperasi tidak kompetitif
3.23 16
Sistem urus niaga di kaunter kedai koperasi ini masih
menggunakan kaedah tradisional(seperti catatan buku hutang) 3.21 17

Mendapatkan bantuan kewangan dari institusi kewangan/ 3.17 18
kerajaan 3.17 19

Dasar kerajaan dalam peruncitan telah menyebabkan peluang 3.15 20
peniaga tempatan amat terhad
3.11 21
Koperasi sukar membuat kutipan hutang daripada pelanggan
3.10 22
Stok barangan yang tidak mencukupi disebabkan oleh masalah
kewangan 3.10 23

Stok barangan yang tidak mencukupi disebabkan oleh 3.06 24
kelewatan penghantaran barangan oleh pembekal 3.01 25
3.01 26
Ada sesetengah barangan yang dijual di kedai koperasi ini
tidak menepati kehendak pengguna 2.99 27
2.88 28
Terdapat pelanggan sukar menjelaskan hutang kepada kedai 2.64 29
koperasi ini

Stok barangan yang tidak mencukupi disebabkan kurang
pemantauan keluar masuk stok

Kakitangan kedai koperasi yang kerap berhenti

Lokasi kedai koperasi ini yang tidak strategik

Kurang kerjasama antara ALK dan kakitangan kedai koperasi
dalam pengurusan kedai

Tiada halatuju dalam perniagaan peruncitan yang diceburi

Rekod-rekod perakaunan tidak teratur dan sistematik

Kebocoran yang tinggi di kedai koperasi ini (seperti
kehilangan stok dan duit)

PERBINCANGAN

Hasil kajian ini menunjukkan terdapat 26 cabaran yang dihadapi oleh Koperasi
Pengguna Dewasa di Semenanjung Malaysia dalam menguruskan aktiviti peruncitan.

Malaysian Journal of Co-operative Studies98

Lima cabaran utama yang dihadapi ialah (1) Persaingan dari sektor swasta yang
menjalankan perniagaan peruncitan; (2) Ahli Lembaga Koperasi (ALK) kurang
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang peruncitan; (3) Saiz kedai koperasi yang
kecil; (4) Kebanyakan kemudahan kredit yang diberikan oleh pembekal adalah dalam
tempoh yang pendek; dan (5) Kesukaran mendapatkan kakitangan kedai koperasi yang
berkelayakan dan berkemahiran. Pada dasarnya, sejak kewujudan Koperasi Pengguna
di Malaysia, perkembangan hanya terbatas kepada aktiviti peruncitan secara kecil
kecilan dan bukan berskala besar. Konsep fizikal koperasi dan peragaan barang di
kedai koperasi masih lagi tidak dapat menyaingi pesaing dari sektor swasta khususnya
dalam aktiviti peruncitan. Sehubungan itu koperasi perlu melakukan transformasi
dengan meningkatkan imej kedai koperasi, mempelbagaikan barang yang dijual serta
menggunakan kreativiti dalam pemasaran.

Koperasi juga perlu menggunakan sistem operasi dan pengurusan yang sistematik
agar pengurusan kedai dapat dijalankan dengan lebih efektif dan efisien. Sokongan
anggota, kakitangan dan ALK adalah penting bagi memastikan gerakan koperasi
pengguna terus releven. Tenaga kerja dan anggota juga perlu memberi komitmen
sepenuhnya dan berusaha bersama-sama untuk memajukan koperasi. Elemen-elemen
dan nilai-nilai yang positif seperti profesionalisme, berintegriti, bertanggungjawab
perlu ada dan diamalkan oleh setiap pekerja, anggota dan juga ALK. Ianya merupakan
faktor penting yang dapat memastikan koperasi mencapai objektif, misi dan visi yang
telah ditetapkan.

Hasil maklumbalas dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan
koperasi, terdapat beberapa agensi pelaksana dan juga gerakan Koperasi Pengguna
sendiri terlibat dalam meningkatkan prestasi koperasi pengguna di masa-masa akan
datang bagi memastikan Koperasi Pengguna terus relevan. Cadangan-cadangan yang
diutarakan adalah seperti berikut:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK)

i. Memberi bantuan seperti subsidi, tender dan prasarana.

ii. Memberi keutamaan kepada koperasi bagi mengusahakan peluang perniagaan
dan pelaburan berdaya maju.

iii. Memberi bantuan dalam menyediakan tapak bangunan kedai, gerai dan pejabat
koperasi untuk menggerakkan aktiviti koperasi.

99

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Volume 7 2011
i. SKM mewujudkan One Stop Center di setiap daerah untuk pengumpulan produk

koperasi.
ii. Mempermudahkan dan memperbanyakkan bantuan geran dan subsidi.

Gerakan Koperasi
i. Memohon Tabung Modal Pusingan dari pihak SKM bagi menyokong aktiviti

peruncitan di koperasi.
ii. Mempelbagaikan produk, perniagaan dan menambahkan aktiviti serta pelaburan

koperasi.
iii. ALK hendaklah sentiasa mendapat bimbingan serta mengikuti beberapa kursus

di agensi penyelia koperasi seperti MKM untuk menambah ilmu pengetahuan.
iv. Menghantar ALK, kakitangan koperasi dan anggota mengikuti kursus-kursus

latihan yang berkaitan dengan peruncitan (pengurusan stok, sistem kewangan
dan lain-lain yang berkaitan) dan kepenggunaan.

PENUTUP

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh Koperasi
Pengguna Dewasa dalam aktiviti peruncitan di Semenanjung Malaysia. Dapatan
kajian telah menunjukkan bukti bahawa responden bersetuju dengan 26 cabaran
yang dihadapi oleh Koperasi Pengguna dalam menguruskan aktiviti peruncitan
di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga boleh membantu dalam memberikan
gambaran sebenar terhadap keadaan terkini dan permasalahan yang dihadapi oleh
Koperasi Pengguna dalam menjalankan aktiviti peruncitan kepada agensi pelaksana
serta gerakan koperasi pengguna itu sendiri. Ia juga dapat membantu Koperasi
Pengguna di masa akan datang dan seterusnya dalam merangka strategi yang lebih
komprehensif untuk terus berdaya saing dan berdaya tahan. Cadangan yang diutarakan
di dalam kajian ini melibatkan pelbagai usaha serta langkah proaktif yang boleh
dilaksanakan oleh agensi-agensi berwajib bagi memantapkan pertumbuhan dan
perkembangan gerakan koperasi pengguna.

Berdasarkan cabaran paling utama yang dihadapi oleh Koperasi Pengguna dalam
menguruskan aktiviti peruncitan ialah persaingan dari sektor swasta yang menjalankan
perniagaan peruncitan, maka dengan itu cadangan kajian yang akan datang dan boleh
dijalankan adalah mengenalpasti kesan-kesan positif atau negatif di dalam persaingan

Malaysian Journal of Co-operative Studies100

Koperasi Pengguna dengan pasaraya besar atau hypermarket. Kajian juga boleh
dijuruskan kepada mengenalpasti apakah permasalahan yang dihadapi oleh Koperasi
Pengguna apabila terpaksa bersaing dengan premis perniagaan ini.

RUJUKAN

Ahmad, Z. et al. (1996). Basic Retailing. Shah Alam:Institut Teknologi MARA.
Arkib Utusan Malaysia. Dasar Koperasi Negara. Dicapai pada Julai 14, 2010, daripada http://

utusanmalaysia.com.my
Cox, R. (1988). Retail Management. London: Longman Group.
Guy. (1980). Retail Location and Retail Planning in Britain. University of Wales: Institute

of Science and Technology.
International Co-operative Alliance. (2005). Co-operative History 2005, July. Dicapai pada

Oktober 06, 2008 daripada http://www.ica.coop/coop/history.html.
Khalid. (2008). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Temu duga Bersemuka.

Kuala Lumpur.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2007). Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2007.

Putrajaya.
Mohd Said, Z.A. (1990). The Structure of Retail Trade in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur:

Arenabuku.
Mokhlis, S. & Sparks, L. (2007), Consumer religiosity and shopping behavior in Malaysia.

Malaysian Management Journal, 11(1&2): 85-99.
Nik Yacob et al. (1992). Basic Marketing. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Raja Maimon Raja Yusof. (1999, Januari). Masalah dan Kegagalan Koperasi Pengguna di

Malaysia. Dimensi, 27-30.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2008). Laporan SKM 2008. Temuramah Bersemuka. Kuala

Lumpur.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2009). Laporan SKM 2009. Temuramah Bersemuka. Kuala

Lumpur.

AUTHORS’ BACKGROUND

Norazlan Hasbullah is the Director of the Research Management and
Innovation Centre as well as Chief Editor for the Malaysian Journal of

101Volume 7 2011

Co-operative Studies, at the Co-operative College of Malaysia (CCM).
He has more than 10 years experience as a trainer with CCM and besides
training, has undertaken a number of research studies related to co-operative
management. He holds a Masters in Business Administration from Universiti
Malaya, Malaysia and Bachelor in Business Administration with Honours
from Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noranita Mohd Nor has been a lecturer with the Business Management and
Entrepreneurial Centre, Co-operative College of Malaysia (CCM) since 2007.
She holds a Bachelor in Business Administration with Honours (Marketing)
and Diploma In Banking from Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Besides
being an experienced trainer in business, management and entrepreneurial,
she also provides advisory service to co-operatives and has been involved in
research studies in these areas.

Mohd Faisal Shariff has been a lecturer with the Business Management
and Entrepreneurial Centre, Co-operative College of Malaysia (CCM) since
2004. He hold a Bachelor in Economics with Honours (Marketing) from
Universiti Kebangsaan Malaysia. Besides being an experienced lecturer in
business, management and entrepreneurial, he also provides advisory service
to co-operatives and has been involved in research studies in these areas.

Ju Samsuddin Safian has been a lecturer with the Business Management and
Entrepreneurial Centre, Co-operative College of Malaysia (CCM) since 2006.
He hold a Bachelor in Business Administration with Honours (Marketing)
from Universiti Utara Malaysia. Besides being an experienced lecturer in
business, management and entrepreneurial, he also provides advisory service
to co-operatives and has been involved in research studies in these areas.

Arfizawati Abd Hadi has been a lecturer with the Business Management
and Entrepreneurial Centre, Co-operative College of Malaysia (CCM)
since 2004. She holds a Bachelor in Business Administration with Honours
(International Business) and Diploma In Banking from Universiti Teknologi
MARA, Malaysia. Besides being an experienced lecturer in business,
management and entrepreneurial, she also provides advisory service to
co-operatives and has been involved in research studies in these areas.



TAHAP PENGAMBILAN RISIKO DALAM GERAKAN
KOPERASI DI MALAYSIA

Norwatim Hj Abd Latiff

Maktab Koperasi Malaysia

ABSTRACT

Risk taking involved decision made by the co-operative board member on some forms
of investment which are funded by internal or external financing. In co-operative
entrepreneurship level research, risk taking was used to identify board members action in
developing their co-operative. Matters to assessed these items include external financing
usage, difficulty on managing the investments, instrument that chosen to setting aside of
funds excess, investment valuation method, and new high risk investment exploration.
Research showed that risk taking were still at low level when more co-operatives decided
not to use external financing because they do not dare to bear the losses and inability to
pay back their loan. More co-operatives choose to invest in safer investment . Besides
that, co-operative also less interested in managing big fund size to avoid from difficulty
in running co-operative respectively . They are more comfortable to manage fund in small
and medium size. Excess funds were also kept in fixed deposit. This obviously shows a
large amount of co-operative choose to invest in instrument of low risk as compared to
making investment in high risk instrument. At the same time, valuation method used for
co-operatives are return on investment and findings revealed that co-operatives have use
less expert service in making investment evaluation.

ABSTRAK

Pengambilan risiko melibatkan satu pembuatan keputusan oleh anggota lembaga koperasi
terhadap sesuatu bentuk pelaburan samaada dibiayai oleh pembiayaan dalaman ataupun
luaran. Dalam penyelidikan tahap keusahawanan koperasi, angkubah pengambilan risiko
telah digunakan untuk melihat gelagat anggota lembaga dalam memajukan sesebuah
koperasi. Perkara yang dinilai adalah merangkumi aspek penggunaan pembiayaan
luaran, kesukaran mengurus pelaburan, instrumen yang dipilih untuk menyimpan dana
berlebihan, kaedah penilaian pelaburan, dan penerokaan pelaburan baru berisiko
tinggi. Penyelidikan menunjukkan angkubah pengambilan risiko masih pada tahap
rendah apabila majoriti koperasi lebih cenderung untuk tidak menggunakan pembiayaan
luaran kerana mereka tidak berani menanggung kerugian dan berkemungkinan tidak
mampu menjelaskan balik pinjaman. Kebanyakan koperasi memilih untuk melabur dalam
pelaburan yang selamat.

Malaysian Journal of Co-operative Studies104

Selain itu, koperasi juga didapati kurang berminat dalam menguruskan dana bersaiz
besar kerana ingin mengelak dari kesukaran dalam menguruskan koperasi masing-
masing. Majoritinya lebih selesa menguruskan dana yang bersaiz kecil dan sederhana.
Lebihan dana yang dimiliki koperasi juga disimpan dalam bentuk instrumen simpanan
tetap. Ini jelas menunjukkan sebilangan besar koperasi memilih untuk melabur dalam
instrumen yang berisiko rendah berbanding membuat pelaburan dalam instrumen yang
berisiko tinggi. Di samping itu, kaedah penilaian yang digunakan bagi kebanyakan
koperasi ialah pulangan atas pelaburan (Return On Investment) dan koperasi-koperasi
ini juga kurang menggunakan khidmat pakar dalam membuat penilaian pelaburan.

LATAR BELAKANG
Artikel ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada Penyelidikan Tahap
Keusahawanan Koperasi di Malaysia (2009-2010) yang melibatkan penulis dengan
rakan-rakan anggota penyelidik yang lain.

Melalui ulasan karya dan perbincangan dalam kumpulan fokus, 9 angkubah
penentu tahap keusahawanan dalam koperasi telah dikenalpasti untuk dikaji dalam
penyelidikan di atas. Angkubah-angkubah tersebut ialah halatuju, tahap inovasi,
pengambilan risiko, keupayaan mengenalpasti peluang, kecekapan menguruskan
sumber, pengiktirafan, penerapan budaya keusahawanan, pengurusan berkesan dan
pengantarabangsaan.

SKOP PENULISAN
Arikel ini hanya melihat pengambilan risiko sebagai salah satu angkubah penentu
tahap keusahawanan dalam koperasi. Walaupun penyelidikan yang dijalankan
menunjukkan 9 angkubah yang dikaji sangat berkait rapat antara satu sama lain
sebagai penentu tahap keusahawanan dalam koperasi.
Pengambilan risiko yang akan dibincangkan adalah merangkumi:
i. Penggunaan pembiayaan luaran
ii. Kesukaran mengurus pelaburan
iii. Instrumen yang dipilih untuk menyimpan dana berlebihan
iv. Kaedah penilaian pelaburan
v. Penerokaan pelaburan baru berisiko tinggi

105Volume 7 2011

PERMASALAHAN KAJIAN

Sesebuah perusahaan yang berdaya tahan dan berdaya saing merupakan organisasi
perniagaan yang berinovasi dan berani mengambil risiko untuk merebut peluang
yang terdapat di persekitaran perniagaan yang dinamik. Sumbangan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor koperasi iaitu 1 peratus (2009) adalah terlalu
kecil jika dibandingkan dengan sektor lain. Gelagat pemegang taruh koperasi dalam
pengambilan risiko untuk membuat keputusan terhadap sesuatu pelaburan sangat
penting untuk menjadikan koperasi sebagai organisasi yang dinamik dan berdaya
siang. Oleh itu, satu kajian untuk mengenal pasti tahap pengambilan risiko oleh
koperasi perlu dijalankan.

Objektif

i. Untuk melihat sejauh manakah koperasi melibatkan diri dalam pelaburan yang
berisiko tinggi dengan modal yang dimiliki samaada melalui pembiayaan
luaran atau dalaman.

ii. Melihat kedudukan angkubah pengambilan risiko koperasi pada tahap
keusahawanan rendah, tahap keusahawanan sederhana dan tahap
keusahawanan tinggi.

Kepentingan Kajian/Penulisan

i. Kajian ini dapat memberi gambaran kepada agensi dan jabatan yang menyelia
dan melatih koperasi akan kedudukkan koperasi semasa dalam melibatkan diri
dalam aktiviti perniagaan. Samaada masih terikat dengan aktiviti tradisonal seperti
kredit atau kepada aktiviti yang lebih mencabar dan berisiko tetapi menjanjikan
pulangan yang lebih baik.

ii. Jabatan/agensi yang terlibat dapat merangka pendekatan yang lebih baik samaada
dari segi penyeliaan dan latihan supaya koperator-koperator lebih proaktif dan
dinamik dalam membuat keputusan pelaburan dan melihat aspek risiko dengan
lebih rasional.

ULASAN KARYA

Aspek keusahawanan dalam gerakan koperasi di Malaysia masih belum banyak
di buat kajian dan hampir keseluruhan kajian yang dibuat adalah tertumpu
kepada ciri-ciri keusahawanan individu dalam sesuatu perusahaan. Konsep
keusahawanan umumnya dikaitkan dengan penjanaan kekayaan ekonomi untuk

Malaysian Journal of Co-operative Studies106

individu, pengusaha-pengusaha dan seterusnya kepada masyarakat melalui cukai
yang dibayar kepada kerajaan. Faedah sosial keusahawanan kepada masyarakat
diakui (Venkataraman, 1977), menegaskan bahawa keusahawanan sebagai sebahagian
daripada perspektif kebajikan sosial yang tidak hanya mementingkan diri sendiri
tetapi pada masa yang sama memperkembangkan ekonomi sosial dengan menjanakan
pembaharuan dari segi pasaran, industri, teknologi, institusi, peluang pekerjaan
serta meningkatkan tahap produktiviti (Haugh & Pardy, 1999). Ini bermakna kajian
keusahawanan dalam koperasi amat relevan dalam konteks hari ini, manfaat ekonomi
dan sosial sesuatu organisasi bermotifkan keuntungan mendapat perhatian dari pelbagai
pemegang taruh (stakeholders). Aktiviti keusahawanan bukan sahaja terdapat dalam
syarikat-syarikat persendirian tetapi juga dalam gerakan koperasi. Malah, koperasi
sepatutnya mengamalkan sifat-sifat keusahawanan yang tinggi dalam mencapai
matlamat sosioekonomi anggota. Koperasi boleh dianggap sebagai entiti perniagaan
yang bertujuan untuk kepentingan sosial di mana kelebihan boleh didapati melalui
dana dari sumber dalaman dan juga luaran yang membolehkan aktiviti perniagaan
dijalankan untuk bersaing di pasaran. Dana perusahaan sosial seperti ini dikaitkan
dengan pelaburan portfolio dalam proses menjana satu jaringan perusahan sosial yang
unik. Keunikannya adalah melalui sistem penyampaian produk dan perkhidmatan
kepada anggota berbeza dengan kaedah yang digunakan dalam entiti perniagaan yang
lain. Uniknya di sini disebabkan koperasi mempunyai hubungan integrasi menegak
bermula daripada koperasi peringkat prima, menengah dan puncak (apex). Dalam
konteks koperasi juga, di samping kualiti dan kuantiti output sosial dan ekonomi, kesan
kepada persekitaran alam sekitar perlu diambilkira dalam mengukur prestasi. Jelasnya
pendekatan keusahawanan sosial dalam koperasi berorientasikan ke arah mengecilkan
jurang sosial dan ekonomi. Secara idealnya, koperasi perlu memenuhi kehendak
pemegang taruh, keperluan pasaran dan kesejahteraan masyarakat. Hasilnya nanti
perubahan sosial yang diperjuangkan oleh gerakan koperasi akan memberi perubahan
taraf hidup masyarakat keseluruhan.

Satu penyelidikan bertajuk ciri-ciri keusahawanan dan amalan pengurusan di kalangan
pengurus-pengurus koperasi di Malaysia dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari
Maktab Kerjasama Malaysia oleh Raja Maimon Raja Yusof, Sushila Devi, Jamilah
Din, Nurizah Noordin dan Noraesyah Saari (2002) mendapati hampir keseluruhan
responden memenuhi ciri-ciri keusahawanan yang disarankan oleh Geoffrey G.
Meredith, Robert E. Nelson dan Philip A. Neek (1982). Walaubagaimanapun
skor kelompok yang paling rendah (skor bawah 73%) terdiri daripada ciri-ciri
mengambil risiko, berwawasan, kreatif dan inovatif, berdikari, kualiti memimpin,
kerja keras dan keyakinan yang tinggi. Kajian ini bagaimanapun tidak mengukur
gelagat keusahawanan koperasi itu sendiri. Justeru, kajian yang melibatkan tahap

107Volume 7 2011

keusahawanan dalam koperasi adalah releven dan penting pada masa ini. Dalam
penyelidikan ini pengambilan risiko bukan dikaji sebagai satu ciri tetapi sebagai
satu angkubah melihat gelagat pemegang taruh koperasi dalam membuat keputusan
berkaitan pelaburan.

METODOLOGI KAJIAN

Kerangka sempel diperolehi daripada direktori koperasi 2007 (SKM). Jumlah koperasi
berdaftar adalah sebnyak 6084 buah koperasi. Bagaimanapun jumlah koperasi dalam
populasi ialah 2963 buah koperasi setelah ditolak koperasi sekolah (2039 buah) dan
dua koperasi perbankan. Proses pemilihan sampel adalah dengan mengklusterkan
koperasi mengikut fungsi dan kemudiannya distratakan mengikut negeri dan zon.

Instrument kajian terdiri daripada borang soal selidik yang dibahagikan kepada
dua seksyen. Seksyen A merupakan profil koperasi dan profil pengerusi/setiausaha/
pengurus dan seksyen B mengandungi angkubah-angkubah yang dikenalpasti untuk
kajian. Dua kajian rintis telah dijalankan bertujuan memastikan soalan mudah
difahami dan menepati objektif kajian.

Data dikumpul melalui temuduga bersemuka oleh penyelidik dengan bantuan pembanci.
Analisis data yang dikumpul adalah menggunakan pakej statistik SPSS melalui ujian
Kolmogorouv Smirnov analisis diskriptif, jadual silang (cross tabulation) dan chi
square (inferential analysis).

PERBINCANGAN DAN ANALISIS (OBJEKTIF I )

Penggunaan Pembiayaan Luar

Jadual 1 mengukur sejauh mana koperasi berani mengambil risiko dalam konteks
menggunakan pinjaman luar sebagai sumber pembiayaan. Dalam tempoh tiga tahun
ke belakang, kajian mendapati majoriti responden tidak mendapatkan pembiayaan
luar untuk membiayai projek mereka. Hanya 160 buah koperasi (34.6%) pernah
mendapatkan pembiayaan luaran manakala majoriti sebanyak 302 buah koperasi
(65.4%) tidak menggunakan pembiayaan luaran. Kecenderungan majoriti koperasi
untuk tidak menggunakan pembiayaan luaran menunjukkan mereka lebih berhati-hati
atau tidak mahu menanggung risiko pinjaman. Daripada jumlah koperasi yang pernah
mengambil pinjaman, 128 buah koperasi (90.7%), telah meminjam antara satu hingga
tiga kali, manakala selebihnya pernah meminjam lebih daripada tiga kali. Kekerapan
yang rendah untuk mendapatkan pembiayaan luaran menunjukkan majoriti koperasi
mempunyai tahap pengambilan risiko yang rendah.

108

Malaysian Journal of Co-operative Studies Jadual 1: Pengambilan Risiko – Pembiayaan Luaran

Pernyataan Frekuensi Peratus

Dalam tiga tahun kebelakangan Ya 160 34.6
ada pembiayaan luar biayai projek Tidak 302 65.4

Bilangan/Frekuensi pinjaman 1 - 3 kali 128 90.7
Jenis-jenis pelaburan 4 - 6 kali 8 5.6
7 - 10 kali 2 1.4
Lebih daripada 10 kali 3 2.1
12 7.5
Penubuhan subsidiari 16 10.1
Penyelesaian hutang 62 39.0
Pembelian aset
(bangunan/kedai/ pejabat 71 44.7
Modal perniagaan 34 21.4
Lain-lain

Jika dikaji dari segi jenis pelaburan yang dibuat menggunakan pembiayaan luaran,
kajian mendapati majoriti koperasi memilih untuk melabur dalam pelaburan yang
selamat. Didapati 71 buah koperasi (44.7%) menggunakan dana pinjaman tersebut
untuk dijadikan modal perniagaan, diikuti dengan 62 buah koperasi (39%) memilih
untuk melabur dalam aset seperti membeli kedai, pejabat dan bangunan.

Kesukaran Mengurus Dana (Mengikut Saiz)

Kajian mendapati, sebanyak 154 buah koperasi (34.5%) menyatakan bahawa mereka
menghadapi kesukaran dalam menguruskan pelaburan koperasi masing-masing.
Manakala majoriti koperasi (65.5%) tidak menghadapi kesukaran (Lihat Jadual 2).
Daripada jumlah responden yang menyatakan mempunyai kesukaran mengurus
pelaburan, majoritinya mengurus dana yang bersaiz sederhana berbanding dengan
saiz kecil atau besar. Dapatan ini menunjukkan anomali di mana menguruskan saiz
pelaburan yang lebih besar sepatutnya lebih sukar jika dibandingkan dengan saiz
pelaburan kecil atau sederhana. Percanggahan ini mungkin disebabkan oleh kekeliruan
responden yang mungkin merujuk kesukaran mengurus kepada saiz dana yang
kecil tetapi pelbagai dalam portfolio yang diuruskan. Namun, walaupun dikatakan
terdapat kesukaran dalam menguruskan pelaburan, kajian berpendapat bahawa tahap
pengambilan risiko masih rendah memandangkan majoriti koperasi melaporkan
masalah ini adalah dalam kalangan mereka yang menguruskan saiz dana yang kecil
dan sederhana. Dari segi saiz dana, median bagi jumlah dana bersaiz kecil adalah
sebanyak RM23,000, saiz sederhana adalah sebanyak RM150,000 dan dana bersaiz
besar adalah sebanyak RM375,000.

109

Jadual 2: Pengambilan Risiko – Kesukaran Mengurus Dana (Mengikut Saiz) Volume 7 2011

Pernyataan Ya Frekuensi Peratus
Pelaburan sukar diuruskan? Tidak
Saiz pelaburan 154 34.5
Kecil 293 65.5
Median jumlah pelaburan Sederhana
Besar 57 37.5
68 44.7
Kecil 27 17.8
Sederhana (RM)
Besar 23,000
150,000
375,000

Instrumen Simpanan yang Digunakan

Pemilihan jenis instrumen untuk menyimpan lebihan dana yang dimiliki koperasi
boleh mencerminkan tahap kesediaan mengambil risiko pemilik koperasi tersebut.
Jadual 3 menunjukkan taburan responden yang menyimpan lebihan dana dalam
pelbagai jenis instrumen simpanan yang ada di negara ini. Kajian mendapati 286
buah koperasi (67.6%) memilih untuk menyimpan dalam instrumen simpanan tetap
(fixed deposit), manakala sebanyak 121 buah koperasi (28.7%) memilih untuk melabur
dengan membeli saham tak siar harga. Sebanyak 101 buah koperasi (23.9%) melabur
dalam unit saham amanah. Jika dilihat daripada jenis instrumen yang dipilih jelas
menunjukkan bahawa majoriti koperasi memilih untuk melabur dalam instrumen
yang berisiko rendah dan secara tidak langsung mempamerkan tahap pengambilan
risiko yang rendah dalam kalangan mereka.

Jadual 3: Pengambilan Risiko: Instrumen Simpanan yang Digunakan

Pernyataan Frekuensi Peratus
Jenis-jenis instrumen simpanan
Simpanan tetap 286 67.6
Median jumlah simpanan Unit saham amanah 101 23.9
Saham tak siar harga 121 28.7
Saham siar harga 89 21.0
Lain-lain 62 14.7

Simpanan tetap (RM)
Unit saham amanah 128,012
100,000

Saham tak siar harga 96,914
Saham siar harga 170,000
Lain-lain 64,362

Malaysian Journal of Co-operative Studies110

Kaedah Penilaian yang Digunakan & Penggunaan Khidmat Pakar

Kajian mendapati majoriti responden menggunakan kaedah penilaian pelaburan
biasa tanpa mengambil kira nilai masa pada wang. Di kalangan koperasi, kaedah
yang kerap digunakan adalah pulangan atas pelaburan, 194 buah koperasi (45.6%)
diikuti dengan 131 buah koperasi (30.8%) menggunakan jangkamasa bayar balik
manakala penilaian yang lebih saintifik seperti nilai bersih semasa dan kadar pulangan
dalaman masing-masing digunakan pada kadar yang rendah. Di samping itu, majoriti
responden sebanyak 272 buah koperasi (60.4%) tidak menggunakan khidmat pakar
dalam membuat penilaian pelaburan (Lihat Jadual 4).

Jadual 4: Pengambilan Risiko:Kaedah Penilaian yang Digunakan & Penggunaan Khidmat Pakar

Pernyataan Frekuensi Peratus

Kaedah Penilaian Pulangan atas pelaburan 194 45.6
68 16.0
Pulangan sosial atas pelaburan 36 8.5
46 10.8
Kadar pulangan dalaman 131 30.8
22 5.2
Nilai bersih semasa 178 39.6
272 60.4
Jangkamasa bayar balik

Lain-lain

Menggunakan khidmat pakar? Ya

Tidak

Penerokaan Pelaburan Berisiko Tinggi

Jadual 5 menunjukkan taburan responden yang terlibat dalam penerokaan pelaburan
baru berisiko tinggi. Majoriti responden iaitu 363 buah koperasi (80.1%) menyatakan
tidak melibatkan diri dalam bidang baru yang berisiko tinggi. Daripada jumlah
koperasi terlibat dalam membuat pelaburan baru, hanya 15 buah koperasi (29.4%)
terlibat dalam projek pertanian, ternakan, perladangan dan perkapalan.

Perbincangan dan Analisis (Objektif II)

Dalam kajian bertajuk tahap keusahawanan dalam gerakan koperasi di Malaysia,
untuk menentukan nilai sumbangan setiap angkubah termasuk pengambilan risiko
dalam penentuan tahap keusahawanan koperasi, pendekatan secara indeks dibuat
untuk mengenal pasti tahap keutamaan setiap angkubah. Setiap angkubah diberi
nilai wajaran antara 0 dan 1 bagi menilai sumbangan terhadap penjanaan aktiviti

111

Jadual 5: Pengambilan Risiko: Penerokaan Pelaburan Berisiko Tinggi Volume 7 2011

Pernyataan Ya Frekuensi Peratus
Meneroka bidang baru berisiko? Tidak 90 19.9
363 80.1
5.9
Bidang baru yang diteroka Pinjaman anggota 3 15.7
Pelaburan hartanah 8 29.4
Projek pertanian/ 15
ternakan/perladangan 2.0
& perkapalan 1 2.0
Ar-rahnu 1 45.1
Kontrak 23
Lain-lain

keusahawanan koperasi. Wajaran yang lebih tinggi diberi kepada angkubah yang
dijangka memberi sumbangan besar kepada aktiviti keusahawanan. Keutamaan
dan wajaran ditentukan berdasarkan analisis dan hasil kajian pendidikan kerana
sehingga kini tiada instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi untuk
dijadikan sandaran. Oleh itu, penyelidik menggunakan konsep arbitary. Angkubah
yang dianggap memberi sumbangan besar seperti keupayaan mengenal pasti dan
merebut peluang, pengambilan risiko, inovasi dan pengurusan berkesan diberi nilai
wajaran 0.15 sementara angkubah-angkubah lain diberi wajaran 0.10 dan 0.05. Untuk
menentukan sumbangan setiap angkubah kepada proses keusahawanan setiap item
dalam angkubah tersebut juga diberi skor. Skor maksimum bagi setiap angkubah
adalah 100 manakala skor bagi setiap item diberi nilai mengikut kepentingannya
dalam angkubah tersebut.

Hasil skor penilaian terhadap tahap keusahawanan secara keseluruhannya
ditunjukkan dalam Jadual 6. Tahap keusahawanan dibahagikan kepada tiga iaitu
tahap rendah, sederhana dan tinggi. Koperasi yang mendapat skor kurang daripada
0.4 diklasifikasikan berada dalam tahap keusahawanan rendah, manakala koperasi
yang mendapat skor di antara 0.4 dan 0.6 diklasifikasikan berada pada tahap
keusahawanan sederhana. Sementara itu koperasi yang mendapat skor lebih daripada
0.6 diklasifikasikan berada pada tahap keusahawanan tinggi. Min skor keseluruhan
adalah 0.4.

112

Malaysian Journal of Co-operative Studies Jadual 6: Senarai Keutamaan dan Wajaran

Keutamaan Angkubah Wajaran** Sub item Skor
(Rank*) 0.15
0.15 Maksimum (%)

2. Keupayaan Mengenal Pasti dan 0.15 D1 10
Merebut Peluang 0.15 D2 30
D3 50
Jumlah 0.1 D4 10
3. Pengambilan Risiko 0.1
100
Jumlah
4. Inovasi C1 15
C2 20
Jumlah C3 20
6. Pengurusan Berkesan C4 20
C5 10
Jumlah C6 10
1. Hala Tuju C7 5

Jumlah 100
5. Pembudayaan Keusahawanan
A1 20
Jumlah A2 20
A3 10
A4 20
A5 20
A6 10

100

I1 5
I2 20
I3 10
I4 10
I5 10
I6 10
I7 20
I8 5
I9 10

100

B1 10
B2 50
B3 20
B4 20

100

H1 20
H2 40
H3 30
H4 10

100

Jadual 6: bersambung

113

Jadual 6: Sambungan Volume 7 2011

Keutamaan Angkubah Wajaran** Sub item Skor
(Rank*) 0.1 Maksimum (%)
E1
7. Kecekapan Pengurusan Sumber 0.05 E2 15
0.05 E3 5
Jumlah E4 5
8. Pengiktirafan 1 E5 5
E6 15
Jumlah E7 10
9. Pengantarabangsaan E8 10
E9 10
Jumlah E10 10
JUMLAH BESAR E11 10
5
F1
F2 100
F3
F4 10
F5 10
30
G1 20
G1a 30
G1b
G1c 100
G1d
20
20
20
20
20

100

900

Berdasarkan kepada Jadual 7, didapati sebanyak 251 buah koperasi (54%) berada
pada tahap keusahawanan rendah, 188 buah koperasi (40.4%) berada pada tahap
sederhana dan 25 buah koperasi (5.6%) berada pada tahap keusahawanan tinggi.
Ini menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja koperasi mempunyai
tahap keusahawanan yang membanggakan. Dapatan kajian juga menunjukkan
lebih daripada separuh bilangan koperasi yang terlibat dalam kajian ini berada
pada tahap keusahawanan rendah. Namun begitu, agak membanggakan apabila
didapati lebih kurang 40% berada pada tahap keusahawanan yang sederhana. Ini
menunjukkan satu penemuan yang menarik kerana koperasi yang berada pada
tahap keusahawanan yang sederhana berpotensi untuk meningkat kepada tahap
keusahawanan tinggi sekiranya aktiviti keusahawanan dipertingkatkan. Aktiviti
keusahawanan harus dipertingkatkan oleh koperasi-koperasi yang berada pada
tahap rendah dan sederhana manakala koperasi yang berada pada tahap tinggi perlu

114

Malaysian Journal of Co-operative Studies memantapkan aktiviti keusahawanan sedia ada dengan mengambil kira sembilan
angkubah yang diukur dalam penyelidikan ini. Ketiga-tiga tahap keusahawanan
koperasi ditunjukkan jelas melalui tipologi keusahawanan koperasi iaitu tipologi
tahap keusahawanan rendah, tipologi tahap keusahawanan sederhana dan tipologi
tahap keusahawanan tinggi. Lihat Rajah 1 di bawah:

Jadual 7: Penilaian Tahap Keusahawanan Secara Keseluruhan

Tahap Indeks Bilangan Peratus

Keusahawanan Rendah <0.4 251 54.0
Keusahawanan Sederhana 0.4 – 0.6 188 40.4
Keusahawanan Tinggi 25 5.6
Jumlah >0.6 465 100.0

Rajah 1: Perbandingan Tipologi Tahap Keusahawanan

Rajah 1 di atas menunjukkan corak tahap keusahawanan yang diperoleh daripada
purata skor bagi semua angkubah yang telah diukur pada setiap tipologi tahap

115Volume 7 2011

keusahawanan. Ia jelas menunjukkan bahawa corak skor tahap keusahawanan
adalah hampir sama dalam semua tahap cuma yang berbeza adalah dari segi
intensitinya sahaja.

Dalam aspek pengambilan risiko, kajian mendapati amalan pengambilan risiko
masih lagi rendah bagi setiap kategori. Penemuan ini menunjukkan terdapat jurang
di antara kemampuan mengambil risiko oleh koperasi dalam setiap kategori.
Ini menunjukkan kecenderungan mengambil risiko berbeza pada setiap tahap
keusahawanan. Kajian menunjukkan mereka hanya menjalankan aktiviti-aktiviti
yang berisiko rendah atau memilih untuk berada dalam zon selamat. Sebagai contoh,
majoriti koperasi memilih untuk menyimpan wang lebihan mereka dalam simpanan
tetap yang sangat berisiko rendah.

Jadual 8 menunjukkan analisis jurang antara angkubah pada ketiga-tiga tahap
keusahawanan. Bagi tahap keusahawanan koperasi tinggi dengan tahap keusahawanan
koperasi sederhana jurang angkubah pengambilan risiko adalah sebanyak 20.1%
dan antara tahap keusahawanan koperasi sederhana dengan tahap keusahawanan
koperasi rendah jurang risiko adalah sebanyak 17.5%. Ini menjadikan jumlah jurang
pengambilan risiko keseluruhannya ialah 37.6%.

Jadual 8: Analisis Jurang Antara Angkubah-angkubah Tahap Keusahawanan

Angkubah Tinggi Jurang Sederhana Jurang Rendah Jumlah
(%) (%) (%) Jurang
Pengantarabangsaan 11.5 11.3 0.2 0.2 0.0
Pengiktirafan 44.0 11.3 28.7 9.3 19.4 11.5
Pengambilan Risiko 53.2 20.1 33.1 17.5 15.6 20.6
Inovasi 63.5 22.7 40.8 22.6 18.2 37.6
Pembudayaan 63.5 23.3 40.2 18.4 21.8 45.3
Keusahawanan 41.7
Kecekapan Pengurusan
Sumber 66.7 18.2 48.5 18.5 30.0 36.7
Hala Tuju
72.5 9.4 63.1 26.6 36.5 36.0
Keupayaan Mengenal Pasti
& Merebut Peluang 85.5 28.4 57.1 13.3 37.8 41.7
Pengurusan Berkesan
85.0 8.6 76.4 5.6 70.8 14.2

Malaysian Journal of Co-operative Studies116

RUMUSAN

Secara umumnya, penemuan penyelidikan menunjukkan banyak koperasi memilih
untuk menyimpan dana yang tidak digunakan dalam bentuk instrumen kewangan yang
berisiko rendah berbanding dengan instrumen berisiko tinggi. Walau bagaimanapun,
hukum pelaburan menunjukkan bahawa lebih tinggi risiko yang diambil, maka
pulangan yang diraih juga lazimnya tinggi. Penyelidik berpendapat bahawa dengan
menganalisis instrumen simpanan kewangan yang lazim digunakan oleh koperasi,
penganalisis boleh mengandaikan tahap pengambilan risiko koperasi tersebut. Ia
menunjukkan koperasi kurang mempelbagaikan bentuk pelaburan justeru untuk
mengelak daripada mengambil risiko. Ia mungkin juga disebabkan oleh kurangnya
pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan portfolio pelaburan.

Pembiayaan luaran merujuk kepada kesediaan koperasi untuk mendapatkan
pembiayaan daripada sumber luaran bagi tujuan pelaburan. Koperasi yang mampu
menggunakan pembiayaan luaran menunjukkan tahap pengambilan risiko yang lebih
tinggi berbanding dengan koperasi yang hanya menggunakan dana sendiri. Kesediaan
mengambil pembiayaan luaran sebenarnya mendedahkan koperasi kepada risiko
hutang/kredit dan secara tidak langsung menyebabkan koperasi tersebut lebih komited
terhadap pelaburan yang ingin dibuat dengan dana yang diperoleh daripada luar.
Kekerapan menggunakan sumber pembiayaan luaran juga menunjukkan kemampuan
koperasi membayar balik pinjaman sesuai dengan tahap risiko yang diambil. Di
samping itu, jenis pelaburan yang dibuat menggunakan sumber pembiayaan luaran
boleh mencerminkan tahap pengambilan risiko koperasi terbabit.

Kesukaran mengurus pelaburan boleh dijadikan satu daripada dimensi pengukuran
tahap pengambilan risiko dalam kalangan responden. Lazimnya, saiz pelaburan berkait
rapat dengan kesukaran mengurus dan pengambilan tahap risiko. Misalnya, koperasi
yang mengurus saiz dana pelaburan yang kecil, kurang menghadapi kesukaran dalam
menguruskan risiko berbanding dengan koperasi yang terlibat dalam mengurus dana
pelaburan bersaiz besar.

Kaedah penilaian projek atau pelaburan yang digunakan oleh koperasi dalam menilai
daya maju dan seterusnya membuat keputusan pelaburan juga boleh dijadikan
pengukur tahap pengambilan risiko koperasi terbabit. Lazimnya, kaedah kuantitatif
dan mengambil kira nilai masa pada wang (time value of money) dilihat sebagai
kaedah berkesan dalam membuat penilaian pelaburan. Ia juga melambangkan tahap
kesediaan mengambil risiko sesebuah koperasi.

117Volume 7 2011

Kesanggupan koperasi untuk meneroka peluang pelaburan baru yang pastinya
berisiko lebih tinggi juga mencerminkan tahap pengambilan risiko yang tinggi oleh
koperasi yang ada membuat pelaburan sedemikian. Penyelidik menggunakan kriteria
ini sebagai salah satu pengukur tahap pengambilan risiko kerana ia dengan jelas
menunjukkan kecenderungan koperasi untuk mengambil risiko yang lebih tinggi
justeru mengharapkan pulangan yang lebih tinggi.

RUJUKAN

Norwatim Abd Latiff, Mohd Rasydi Abd Rashid, Suraya Husin, Ayu Diana Awang, Mohd
Nusi Abdul Rahman, Mohamed Dahlan Ibrahim, Abdul Aziz Abdul Latif, Ghazali
Ahmad & Mohd Rafi Yaacob. (2009). Tahap Keusahawanan dalam Gerakan Koperasi
di Malaysia. Maktab Kerjasama Malaysia.

B.D. Sharma. (2007). Co-Operative Legislation and Policy in Asia-Pacific a Study. New
Delhi: International Co-operative Alliance.

Davis, P. (1996). Co-Operative Management Development: Peter Davis Publication and
Distribution Area ICA.

Drucker, P.F. (2008). Management: Revised Edition. New York: Harper Collins.

Glancey, K. & Pettigrew, M. (1997). Entrepreneurship in the small hotel sector. International
Journal of Contemporary Hospitality Management, 9(1): 21-24.

Muenkner, H.H. (1987). Koperasi untuk Si Kaya atau untuk Si Miskin. Indonesia: Publication
And Distribution Area.

Haugh, H.M. & Pardy, W. (1999). Community Entrepreneuship in North East Scotland.
International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research, 5(4):163-172.

Hayati Md. Salleh. (2008). Gerakan Koperasi di Malaysia. Petaling Jaya: Maktab Kerjasama
Malaysia.

Hollenstein, H. (2005). Determinants of International activities: Are SMEs different? Small
Business Economics, 24(5): 431-450.

Kuratko, D.F. & Hodgetts R.M. (2004). Entrepreneurship Theory, process, practice.
Melbourne: Australia South-Western.

Kyriakos, K., M. Matthew, et al. (2004). “The impact of co-operative structure and firm culture
on market orientation and performance.” Agribusiness 20(4): 379.

McClelland, D. (1967). The Achievement Society New York. London, Free Press

Munkner, H.H. (1974). Co-Operative Principles and Co-Operative Law. Marburg: Lahn
Physical Description Area 153 p

Malaysian Journal of Co-operative Studies118

Raja Maimon Raja Yusof, Sushila Devi, Jamilah Din, Nurizah Noordin & Noraesyah Saari.
(2002). Ciri-ciri Keusahawanan dan Amalan Pengurusan di kalangan Pengurus-pengurus
Koperasi di Malaysia. Monograf Penyelidikan, Maktab Kerjasama Malaysia.

Ronstadt. (1988). “The Corridor Principle.” Journal of Business Venturing 3: 31-40.

Schaper, M. & Volery, T. (2007). Entrepreneurship and Small Business. Australia, Pacific
Rim Perspective, 2nd. Edition. Milton Qld: John Wiley & Sons.

Wilson, N.C. & Slokes, D. (2005). Managing creativity and Innovation: the challenges for
cultural entrepreneurs. Journal of small business and enterprise development, 12(3):
366-378.

AUTHOR’S BACKGROUND

Norwatim Abd Latiff is the Head of International and Higher Education
Centre at the Co-operative College of Malaysia (CCM). She has more than
28 years experience in conducting training and providing advisory services
for co-operatives in Malaysia. Norwatim Abd Latiff has carried out a
number of research studies related to co-operative management. She holds a
Masters in Business Administration (1994) and Bachelor in Economics with
Honours (1979) from the University of Malaya, Malaysia. She also holds
PostGraduate Diploma in Co-operative Management Consultancy (1984)
from Netherland.

ISSN 1823-5387 VOLUME 7 2011

Research Management and Innovation Centre
CO-OPERATIVE COLLEGE OF MALAYSIA

103, Jalan Templer, 46700 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 603-7964 9000 Fax: 603-7957 0434
E-mail: [email protected]


Click to View FlipBook Version