The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ISMASHASYA IZZATI BINTI SHIRMI, 2019-05-30 20:15:31

EKONOMI PERCUKAIAN

EKONOMI PERCUKAIAN

KAJIAN
EMPIRIK

DAN
IMPLIKASI

DASAR

ISMASHASYA IZZATI
BINTI SHIRMI
(A164247)

ISI KANDUNGAN

Nisbah Cukai

Perubahan Komposisi dan
Saiz Cukai

Penentu Nisbah
Cukai

Daya Cukai

.

NISBAH CUKAI

DEFINISI :

Takrifan: Peratus hasil cukai (H)
berbanding dengan keluaran kasar

(KNK) pada sesuatu tempoh
tertentu

FORMULA  = H / KNK

Berubah apabila H atau Jika kadar perubahan
KNK berubah dengan adalah sama, NH akan
kadar yang berbeza
malar

Kajian lepas

H INRICHS (1966)

Perhubungan positif antara bahagian hasil kerajaan
dengan tingkat pembangunan ekonomi bermakna apabila
nisbah di kalangan semua negara (negara maju dan negara

membangun).

CHELLIAH (1975)

Kajian ini berasaskan 2 tempoh (1953-1955) hingga (1966-
1968). Nisbah H/KNK naik lebih daripada dua pertiga negara.
Purata nisbah bertambah daripada 11.3% kepada 13.8%.

Ekonomi bercorak Dinamik dimana :

Kadar pertambahan cukai (ΔH/H) > Kadar pertambahan
KNK (ΔKNK/KNK)

( ΔH / ΔKNK) > ( H/KNK )
Istilah ekonomi; nisbah ( ΔH / ΔKNK) ialah
kecenderungan mencukai sut (KCS); dan nisbah ( H/KNK )
= NH dikenali sebagai kecenderungan mencukai purata

(KCP)

Syarat pertambahan nisbah cukai

( H/ H ) > ( KNK / KNK )

( H / KNK ) > ( H / KNK )
( H / KNK ) - kecenderungan mencukai sut (KCS)
( H / KNK ) - kecenderugan mencukai purata (KCP)

( KCS > KCP ) - KCS/ KCP > 1

Keanjalan cukai, €C - kadar perubahan cukai akibat
daripada kadar perubahan KNK

€C = ( H / H) > ( KNK / KNK )
=( H / KNK x (KNK / H )
=( H / KNK ) / ( H / KNK )

Bila KCS > KCP, maka €C > 1 - bermaksud apabila KNK
bertambah 1%, maka cukai akan bertambah > 1%

PERUBAHAN KOMPOSISI

DAN SAIZ CUKAI

Dalam proses pembagunan ekonomi, komposisi, saiz dan kadar
pertumbuhan asas cukai seperti nilai tanah, perdangan luar, output,
pendapatan isi rumah didapati berubah. Ini perlu, agar jurang antara
belanjawan dengan hasil tidak keterlaluan. Keupayaan kerajaan bagi
menambahkan hasil bergantungan pada sifat dan perubahan asas
cukai ini, kecekapan pentadbiran dan kerjasama daripada penduduk
negara itu. Perubahan komposisi dan saiz cukai negara membangun
dilihat satu persatu pada 2 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai
penggunaan dan cukai pendapatan. Cukai pembangunan ialah cukai
import, cukai eksais dan cukai jualan. Cukai pendapatan merupakan
pendapatan persendirian dan pendapatan syarikat.

Pada awal pembangunan ekonomi , negara membangun banyak
bergantung pada cukai penggunaan seperti cukai import, jualan dan
eksais. Cukai penggunaan menyumbang 2/3 daripada hasil cukai bagi
negara yang membangun dan cukai ini senang ditadbir. Cukai ini
dikenakan terhadap penggunaan barang mewah yang kebanyakannya
barangan import, ini akan dapat meningkatkan tabungan dan
pertukaran asing yang digunakan untuk membeli barang modal yang
perlu.

Cukai import mudah ditadbir berbanding dengan cukai penggunaan
lain kerana barangan yang dibawa masuk hanya terhad ke beberapa
tempat sahaja. Apabila pembangunan tercapai, kepentingan cukai
ini akan berkurangan. Perkembangan pengeluaran perindustrian
dalam negeri akan menurukan jumlah import dibandingkan jumlah
KNK, kejatuhan nisbah ini, potensi cukai import berkurangan dan
keupayaan memungut cukai keluaran dan jualan dalam negeri
meningkat. Cukai eksais ialah cukai dikenakan terhadap barangan
yang banyak digunakan tetapi tidak dianggap perlu seperti rokok
dan arak. Cukai ini mudah ditadbir dengan jumlah pengeluaran yang
sangat kecil tetapi ia akan menjadi rumit ditadbir jika
penambahan jenis barangan ini. Cukai jualan diperkenalkan untuk
menambah sumber hasil selain cukai import dan untuk mengatasi
kelemahan cukai eksais.

Hampir semua negara membangun mengenakan cukai pendapatan
yang merupakan sumber potensi hasil yang besar apabila pendapatan
bertambah, dan hasilnya juga kan bertambah secara automatik dan
sesuai dengan konsep keserataan kerana cukai pendapatan progresif
dapat mengaut sebahagian harta pendapatan golongan kaya dalam
negara. Bagaimana pendapatan dapat dibelanjakan dan
mempengaruhi cukai pendapatan sebagaimana kerjaan
mengacualikan cukai pendapatan bagi perbelanjaan yang
dibelanjakan seperti contoh membeli insuran nyawa. Hanya mereka
yang berpendapatan tetap dalam bentuk upah dan gaji dapat
dikenalpasti untuk dikenakan cukai

Cukai pendapatan  dapat dibahagikan kepada 2 jenis  :

1.       Cukai Pendapatan Persendirian

Cukai persendirian diamalkan di negara-negara maju.
Afrika telah memperkenalkan cukai pendapatan
bersengat-jumlah bayaran disesuaikan secara kasar
dengan pendapatan benar atau anggaran. Pendapatan
dinilaikan contoh jumlah ternakan atau pokok tanaman.
Cukai ini digabungkan dengan sistem pendapatan apabila
pendapatan naik. Cukai yang berasaskan anggaran dan
bukan pendapatan benar, ia akan menggalakkan kegiatan
ekonomi.

2.       Cukai Pendapatan Syarikat

Cukai ini perlu untuk mendapatkan hasil semasa daripada
keuntungan syarikat.

Untuk menarik pelaburan swasta /asing negara akan mengenakan
konsesi cukai atau galakan. Galakan/konsesi cukai dalam 2
bentuk iaitu Kredit Pelaburan dan Kelepasan cukai. Konsesi
Cukai, pelabur asing digalakkan agar beban cukai syarikat dapat
dikurangkan dan dapat mempengaruhi pola pelaburan dengan
memberikan insentif pada industri yang utama. Kepentingan
cukai ini ialah dapat melihat peratus nilai berbagai-bagai cukai
daripada jumlah hasil cukai dan melihat pada nisbah sesuatu
jenis cukai itu kepada KDNK.

Pada keseluruhannya jumlah hasil cukai dan komposisinya berubah
apabila KNK bertambah maka jumlah hasil cukai turut bertambah.
Kadar pertambahan hasil cukai melebihi kadar kenaikan KNK
kerana keanjalan cukai adalah positif. Apabila KNK naik 2 pola
perubahan iaitu :

1. Kebergantungan cukai luaran (cukai antarabangsa) beralih
kepada cukai dalam negeri seperti cukai pengeluaran dan cukai
urusniaga dalaman. Ini menyebabkan hasil pungutan cukai
antarabangsa berkurangan dan pungutan cukai tempatan
bertambah. KNK rendah, pembangunan ekonomi secara relatif
kecil dan menyebabkan negara bergantung kepada cukai
eksport dan import.

2. Perubahan dalam kumpulan cukai langsung iaitu
kebergantungan cukai kepala kepada cukai pendapatan apabila
KNK negara meningkat.

PENENTU NISBAH CUKAI

Faktor yang mempengaruhi NH :

f ( Y/ N ; X + M / KNK ; darjah Pengewangan ; G /
KNK ; inflasi ; komposisi eksport ; KNK / KNK

Y/ N - Pendapatan perkapita
X - eksport
M - import

KNK - perubahan KNK

Pembolehubah yang terpenting ialah Y / N dimana
pembolehubah ini mempunyai pertalian dengn
nisbah cukai

HINRICHS (1966)

NH dengan pendapatan perkapita mempunyai hubungan positif
yang kuat. (AS$300-AS$750).
Tingkat pembangunan ekonomi yang tinggi apabila pendapatan
perkapita lebih daripada (AS$750) (syarat yang cukup).
Negara membangun mempunyai pendapatan perkapita <
daripada AS$300.
Pendapatan per kapita tidak penting dari segi menentukan NH.
Penting adalah darjah keterbukaan ekonomi.

Mengapa pendapatan per kapita
penting dalam menentukan NH ?

Kenaikan pendapatan per kapita menjamin
adanya tingkat pendapatan minimum yang boleh
dicukai

Keupayaan boleh cukai yang tinggi dan
memudahkan lagi pungutan hasil

Dapat mengukur dana wang tersedia
yang dapat dicukai

   Pembolehubah Kedua ;  X + M / KNK

Punca hasil berasaskan sektor perdagangan luar

Saiz sektor perdagangan luar (kesan sampingan
terhadap keupayaan memungut cukai)

Lebih besar sektor perdagangan luar, lebih banyak
lagi pengeluaran tanaman kontan lagi unit
pengurusan dan lebih luas perbandaran dan
perindustrian.

Pembolehubah G :

Pembolehubah penting menentukan NH

Kenaikan G memerlukan sumber untuk membiayainya
melalui hasil cukai

Fungsi diwujudkan lebih baik kerana dari segi
ekonometrik :

H^/ KNK ) = a0 + a1 Y^ / N + a2 ( X +^ M ) / KNK + a3 G^ /
KNK ;

a1 , a2 , a3 > 0 ; a1 , a2 , a3 sangat bererti

DAYA CUKAI

Perbandingan NH sebenar dan NH potensi dimana;

NH sebenar – adalah jumlah data yang ada pada satu tingkat KNK yang
diberi manakala NH potensi adalah kadar NH yang dapat dicapai pada
sesuatu tingkat KNK diberi daripada anggaran ekonometrik dan ia
merupakan nilai jangkaan

Mencari Nisbah;
α = ( H / KNK ) / (H / KNK )
= NH potensi / NH sebenar

Positif: α > 0 ; kecil, α < 1 , cukai yang dipungut adalah besar dan
sebaliknya cukai yang dipungut adalah kecil

Kelemahan Nisbah :

Nisbah ialah pengukur daya
cukai dan merupakan
pengukur yang statik.

Persamaan itu tidak NH mengambil kira bahagian
mengambil kira segi penawaran sahaja iaitu daya

permintaan dan memungut dan
keinginan cukai mempersoalkan daya
seperti , berapa
banyak boleh dicukai membayar.
dan hendak dicukai. Ukuran dinamik digunakan
mengambilkira keanjalan
cukai; lebih tinggi keanjalan
cukai , lebih banyak cukai

dapat dipungut.

Bahagian ini sangat penting untuk
menentukan lebihan defisit
belanjawan.

Soalan : Kira nilai keanjalan cukai dan berikan maksudnya

Berikut merupakan maklumat berkaitan negara AA :

Hasil cukai ( RM juta ) : Keluaran Negara Kasar (RM juta) :
Asal : 4000 Asal : 40 000
Baru : 8000 Baru : 60 000

Jawapan :

Keanjalan cukai = % Hasil cukai / % KNK
= (8000-4000) / 4000 x 100 / (60000-400000 / 40000 x 100
= 100 / 50
=2

Maksud : Bagi setiap peningkatan 1% dalam KNK akan
menyebabkan Hasil cukai meningkat sebanyak 2%.
Nilai keanjalan lebih dari 1 menunjukkan lebih banyak cukai
yang dapat dipungut.


Click to View FlipBook Version