The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh:
Nur Azlyana Antasha Binti Azlan, 2022062310044.
Tugasan 2: Penghasilan Produk
Ini merupakan produk yang telah saya hasilkan bagi penilaian pentaksiran berterusan bagi kod subjek GKEB1072 Kemahiran Belajar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlyanaantasha28, 2023-07-01 14:52:22

GKEB1072 KEMAHIRAN BELAJAR : e - Pemasaran (e - Marketing)

Disediakan oleh:
Nur Azlyana Antasha Binti Azlan, 2022062310044.
Tugasan 2: Penghasilan Produk
Ini merupakan produk yang telah saya hasilkan bagi penilaian pentaksiran berterusan bagi kod subjek GKEB1072 Kemahiran Belajar.

Keywords: GKEB1072 Kemahiran Belajar

e-Pemasaran (e- Marketing) GKEB1072 KEMAHIRAN BELAJAR Disediakan oleh: NUR AZLYANA ANTASHA BINTI AZLAN


ISI KANDUNGAN 01. Pengenalan Diri 04. 7 Kesilapan e- Pemasaran 02. Pengenalan e- Pemasaran ( e-Marketing) 05. Cara-cara Mengatasi Kesilapan e- Pemasaran 03. Medium e-Pemasaran 06. Kesimpulan


PENGENALAN DIRI NAMA: NUR AZLYANA ANTASHA BINTI AZLAN ANGKA GILIRAN: 2022062310044 OPSYEN: BAHASA MELAYU (SK) 2 AMBILAN: PPISMP JUN 2022


PENGENALAN


Apa itu e-Pemasaran? Pemasaran ditakrifkan sebagai satu aktiviti perniagaan untuk menarik pelanggan dengan menonjolkan nilai produk atau perkhidmatan bagi tujuan penjualan produk.Matlamat dan fokus utama aktiviti pemasaran adalah sepatutnya menjana wang kepada perniagaan bukan menyebabkan perniagaan kehilangan wang.Tetapi , seringkali perniaga terlupa akan matlamat asal pemasaran dalam keghairahan mengejar kecaggihan teknologi.Kelemahan dalam e- Marketing boleh mengakibatkan kerugian kepada perniagaan. E-Marketing atau pemasaran secara elektronik merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip dan Teknik pemasaran melalui media elektronik, khususnya internet.e-marketing adalah proses pemasaran jenama yang menggunakan medium internet sebagai medium utama.Ia meliputi unsur-unsur pemasaran secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan menggunakan pelbagai teknologi untuk membantu perniagaan berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan.e-Marketing merangkumi semua aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui internet dengan matlamat untuk menarik pelanggan baru, mengekalkan pelanggan semasa dan membangunkan identiti jenama produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.


MEDIUM PEMASARAN ELEKTRONIK


Terdapat beberapa medium elektronik yang digunakan oleh syarikat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.Antaranya ialah: I. Laman web korporat (corporate info) II. Laman web Perniagaan (business online transaction) III. E-mel dan mobile marketing IV. Laman blog V. Laman sosial Facebook VI. Google VII. Instagram VIII. Youtube


7 KESILAPAN e-PEMASARAN


K e s i l a p a n p e r c a t u r a n b o l e h menyebabkan perniagaan hilang peluang untuk menjua l semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.Antara kesilapan yang sering terjadi dalam dunia e- pemasaran adalah: 1. Deskripsi Produk Yang Lemah Dan Tidak Menyeluruh • Maklumat yang ingin dikomunikasikan oleh peniaga kepada pelanggan harus dinyatakan mengikut kehendak pelanggan. • Sesetengah produk atau perkhidmatan tidak merangkumi perkara seperti saiz barangan, berat, kepelbagaian warna, bahan yang digunakan, cara pengendalian dan harga. • Laman web tidak memaparkan gambar produk atau perkhidmatan yang tidak menggambarkan ciri-ciri produk sebenar yang ditawarkan. 2. Maklumat ‘Hubungi Kami’ (Contact Us) Tidak Dikemas Kini • Maklumat berkenaan perniagaan tidak lengkap. • Maklumat perniagaan tidak dikemaskini. • Tiada nombor sambungan terus kepada individu yang bertanggungjawab (Responsible Person). • E-mel dan Telefon tidak berbalas. 3. Tiada Halaman Penyataan Polisi Perniagaan • Perniagaan atau syarikat dalam talian tidak banyak menitikberatkan kepentingan penyataan dasar dan polisi perniagaan (policy page). • Terma perjanjian perkhidmatan tidak dinyatakan dalam bahasa yang mudah untuk difahami • Halaman dasar tidak dipaprkan di mana-mana halaman web atau sudut yang mudah dilihat oleh bakal pelanggan. 7 Kesilapan e-Pemasaran


6. Penggunaan Ayat dan Promosi Pengiklanan yang Berlebihan. • Koperasi berlebihan dalam mengiklankan kelebihan dan keunikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. • Pelanggan mendapati produk dan perkhidmatan yang dibeli/langgan tidak seperti yang diiklankan. • Elemen yang dipamerkan dalam laman web atau mana-mana medium elektronik ridak merujuk kepada produk atau perkhidmatan sebenar yang ditawarkan oleh perniagaan. • Menggunakan gambar atau mana-mana imej dari google. 4. Amalan Perniagaan Secara Konvensional (Old Timer Customer) diabaikan • Pakar-pakar pemasaran memberi idea bahawa golongan yang patut dijadikan sasaran adalah golongan remaja dan muda antara umur 20 hingga 45 tahun. • Golongan yang berumur 45 tahun ke atas sering dilupakan. • Pemasaran melalui elektronik tidak merangkumi semua aspek demografi pelanggan. 5. Laman Media Sosial Tidak Berfungsi Sebagai Medium Pemasaran Sosial. • Fokus Pemasar adalah untuk menjual (overselling) sahaja. • Tidak menggunakan visual. • Terlalu banyak muat turun status di laman sosial. • Mengabaikan komen/tweet. • Mengasingkan pemasaran media sosial daripada medium elektronik lain. • Mempromosikan Produk dan Perkhidmatan Sebelum Bersedia. • Koperasi tidak menyampaikan produk/perkhidmatan yang dijanjikan pada tarikh yang telah dijanjikan. • Koperasi tidak mempunyai kuantiti produk yang mencukupi sebelum membuat promosi dan pengiklanan secara besar- besaran di laman web. • Koperasi mempunyai kuantiti yang terhad. • Koperasi tidak menyatakan dengan jelas kuantiti dan bilangan unit yang ada di dalam stok. • Membuka tempahan pre-order sewaktu koperasi kurang pasti dengan kebolehan untuk mendapatkan produk tersebut.


CARA-CARA MENGATASI KESILAPAN e-Pemasaran


i. Pautan kepada halaman terma perjanjian perniagaan harus dipaparkan di setiap laman web. ii. Elakkan penggunaan bahasa- bahasa jargon atau terminologi yang hanya boleh difahami oleh golongan-golongan tertentu sahaja dan harus dinyatakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. i. Deskripsi yang jelas, ringkas dan kaya dengan maklumat. ii. Memaparkan gambar produk dari setiap sudut dan kebolehan untuk zoom produk mengikut kehendak pelanggan. 1. Teknik dalam imej dan spesifikasi produk 2. Hubungan dengan Pelanggan (contact us) i. Paparkan maklumat lengkap seperti (Alamat perniagaan, nombor yelefon, e-mel, lokasi perniagaan (GPS), WhatsApp, Facebook, Lokasi Kedai, Nombor Faks, Live Chat Room, Borang Pertanyaan). ii. Paparkan maklumat ‘Hubungi Kami’ ini di setiap halaman dan satu halaman khas/berasingan. 3. Pernyataan dan terma perniagaan


i. Memaparkan nombor telefon yang boleh dihubungi. ii. Meletakkan beberapa pegawai perhubungan pelanggan agar pelangan boleh berhubung pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu lama. iii. Hantar e-mel auto reply kepada semua mesej yang anda terima sama ada melalui e-mel atau telefon mudah alih. 4. Perniagaan secara konvensional i. Membuat perhubungan dengan pelanggan secara Internet. ii. Menggalakkan fenomena eWoM (Electronic Word Of Mouth). iii. Elakkan penggunaan gambar, perkataan yang diambil dari google atau laman web syarikat lain. 5. Penggunaan Ayat dan Promosi Pengiklanan yang Berlebihan i. Pastikan Kempen Pengiklanan adalah realistik, boleh dipercayai dan berfokuskan pelanggan. ii. Elakkan tempahan pre-order sekiranya perlu tingkatkan strategi pusingan produk; iii. Komunikasi bersepadu dengan bahagian lain seperti operasi dan pengeluaran. 6. Mempromosikan Produk Dan Perkhidmatan Sebelum Bersedia


KESIMPULAN Pemasaran boleh dirumuskan sebagai satu proses seni yang menghubungkan syarikat dengan pelanggan dan bagaimana koperasi dapat memastikan permintaan pelaggan dipenuhi melalui kewujudan nilai.Justeru, kewujudan medium-medium elektronik secara tidak langsung memberi hala tuju yang baru kepada aktiviti pemasaran dengan menghubungkan syarikat terus dengan pelanggan tanpa had sempadan berbekalkan kos pemasaran yang minimum. Namun demikian, kegagalan sesebuah perniagaan dalam menggunakan medium elektronik ini sebagai satu medium pemasaran dengan baik akan memulangkan kos yang lebih besar kepada perniagaan.Justeru itu, sesebuah perniagaan yang ingin menggunakan medium elektronik sebagai platform dalam memasarkan produk dan perkhidmatan perlulah memastikan perancangan yang terperinci tanpa mengabaikan setiap elemen-elemen penting dalam pemasaran elektronik.


SUMBER RUJUKAN Nur Faeza Yahya (2015 , Julai), E- Marketing: 7 Kesilapan Pemasaran Elektronik, https://dev.ikkm.aidan.work/images/dokumen /penerbitan/demensi/demensi-koop-46/46- 2.pdf


Click to View FlipBook Version