The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bmf2007085, 2021-05-14 05:58:43

FIQH MUAMALAT

FIQH MUAMALAT

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

FIQH MUAMALAT 1
ECO2073

SYUF’AH / HAK AL-IRTIFAK (HAK KEJIRANAN)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NOMBOR ID
MUHAMMAD SAFWAN BIN SHUHAIMI BMF20-07-015
BMF20-07-016
AIDIEL SYAKIER BIN HAMZAH BMF20-07-036
AISHAH HANI BINTI IDRIS BMF20-07-075
BMF20-07-085
NURUL HUDA BINTI IZZUNIDDIN
NURIN INSYIRAH ZAHIEN BINTI MAHMUD

KELAS: DBF3C

DISEDIAKAN UNTUK: ASHIKIN BINTI SALLEH

TARIKH HANTAR: 14 MEI 2021

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah SWT kerana memberi kami kesihatan yang

baik bagi menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Seterusnya, kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Madam Ashikin kerana telah mengajar dan
memberi tunjuk ajar bagi tajuk tugasan ini. Terima kasih juga kepada Madam Ashikin kerana
memberikan kami tugasan ini kerana banyak yang kami dapat pelajari dalam proses
menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih juga kepada semua ahli kumpulan Aidiel, Safwan, Aishah, Huda dan
Nurin yang telah memberi kerjasama yang baik dari mula sehingga selesai tugasan ini.

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4-7
Isu Pertama 8-9
Isu Kedua
Isu Ketiga 10 - 11
Isu Keempat 12 - 14
Rujukan
Nota Kaki 15
16

2

PENGERTIAN SYUF’AH
AS-Syuf’ah berasal dari kata Asy-Syaf’u yang berarti Adh-Dhammu

(menggabungkan), hal ini dikenal di kalangan orang-orang Arab. Pada zaman jahiliyah,
seseorang yang akan menjual rumah atau kebun didatangi oleh tetangga, partner (mitra
usaha) dan sahabat untuk meminta Syuf’ah (penggabungan) dari apa yang dijual. Kemudian
ia menjualkannya, dengan memprioritaskan yang lebih dekat hubungannya daripada yang
lebih jauh. Pemohonnya disebut sebagai Syafi’.

Sedangkan menurut syara’ Syuf’ah adalah, pemilikan barang Syuf’ah oleh Syafi’ sebagai
pengganti dari pembeli dengan membayar harga barang kepada pemiliknya, sesuai dengan
nilai yang biasa dibayar oleh pembeli lain

3

1. ISU PERTAMA

“Saya bermaksud menjual tanah saya. Lalu beberapa kerabat saya menyatakan ingin
membeli tanah tersebut. Namun, tetangga saya memprotes keinginan saya untuk
menjualnya kepada kerabat saya tersebut dengan alasan bahwa ia lebih berhak membeli
tanah itu atas dasar hak Syuf'ah (Syuf'ah adalah hak untuk membeli terlebih dahulu, Penj.).”

• HURAIAN

Apabila syafi’ mengetahui adanya penjualan benda yang termasuk kategori syuf’ah
dan berminat untuk membelinya, maka wajib baginya untuk segera menggunakan haknya.
Kerana apabila tidak menyegerakan meskipun telah mengetahui, maka hak syuf’ahnya
menjadi gugur. Ketentuan ini dibuat untuk mencegah terjadinya kemudharatan bagi pihak
yang akan menjual. Dikatakan demikian, karena kepemilikannya terhadap barang yang akan
dijual belum bersifat tetap, sehingga tidak memungkinkan untuk dikelola dan
dikembangkan.

Dalam suatu akad yang terkait objek tertentu, maka janganlah menjual kepada
orang lain yang tidak dikenal, terutama sebelum ditawarkan kepada mitranya yang lebih
dulu dikenal. Jika syuf’ah terjadi untuk lebih dari satu orang syafi’ dan masing-masing
merupakan pemilik saham secara terpisah, maka setiap syafi’ mengambil barang jual beli
tersebut sebatas jumlah sahamnya saja. Karena suatu hak yang dapat mendatangkan
faedah hanya bergantung pada sebab kepemilikan sehingga harus disesuaikan dengan batas
kepemilikannya.

Kalau yang berhak untuk syuf’ah itu ada beberapa orang, mereka berhak mengambil
sekadar bagian masing-masing. Mengambil Syuf’ah hendaklah dengan segera, berarti
apabila ia mengetahui bahwa serikatnya sudah menjual bagiannya, hendaklah ia segera
menuntut syuf’ah. Maka apabila dilalaikannya, hilanglah haknya untuk mengambil barang itu
dengan paksa.

Namun disamping untuk mitra syirkah, hak syuf’ah juga dapat berlaku terhadap
tetangga. Dalam kehidupan bertetangga, apabila mereka mempunyai hak milik bersama
(saling berdekatan), misalnya berupa tanah pekarangan, maka bagi masing-masing berlaku
hak syuf’ah ketika salah satu pihak akan menjualnya. Dalam suatu riwayat, Jabir r.a
menyatakan bahwa Rasulullah bersabda:

4

“Tetangga itu lebih berhak mendapatkan hak syuf’ah tetangganya. Jika ia sedang bepergian,
harus ditunggu untuk menerima syuf’ah, apabila jalan keduanya satu. Hak syuf’ah itu tetap
berlaku, meskipun tidak ada ditempat”. (HR.Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Hak syuf’ah bagaikan ikatan yang mudah dilepas. Melalui transaksi dengan pihak
tertentu, hak syuf’ah bias menjadi tidak berlaku. Kemungkinan transaksi bisa terjadi, ketika
pemilik hak syuf’ah sendiri tidak memanfaatkan haknya untuk mengambil alih kepemilikan
objek yang akan dijual.

Hak syuf’ah dilarang untuk dialihkan kepada pihak lain, kecuali telah memenuhi syarat
untuk mendapatkan hak syuf’ah. Sebab pengalihan hak syuf’ah kepada pihak lain (asing)
yang tidak memenuhi syarat, akan bertentangan dengan tujuan disyariatkannya syuf’ah dari
pemilik pertama. Tujuan syuf’ah ialah untuk menghindari kemudharatan akibat jatuhnya
kepemilikan objek tertentu ke tangan orang lain yang belum dikenal.

‫َقضاى َر ُس ْو ُل الل ِه َصلّى الل ُه َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم بِال ُش ْف َع ِة فِى ُك ِّل ِش ْر َك ٍة لَ ْم تُ ْق َس ْم ُر ْب َع ٌة أَ ْو َحا ِءطٌ لاَيَ ِح ُّل لَ ُه أَ ْن‬
‫َي ِب ْي َع َحتّى ُيٶ ِذ َن َشرِ ْي ُك ُه َفإِ ْن َشآ َء أَ َخ َذ َوإِ ْن َشآ َء تَ َر َك َفاإِ َذا َبا َع َولَ ْم ُي ْٶ ِذ ْن ُه َف ُه َو اَ َح ُّق بِه‬

“Rasulullah saw telah menetapkan adanya hak syuf’ah atas tiap perserikatan terhadap
rumah atau kebun. Tidak dihalalkan seorang diantara anggota persekutuan itu menjual
barang yang mereka miliki sebelum izin perserikatannya. Jika seorang anggota perserikatan
itu ingin (membeli hak hak yang akan dijual oleh partnernya) maka ia boleh mengambil dan
bila ia tidak berminat, ia pun boleh meninggalkannya. Jika penjualan itu berlangsung tanpa
seizin para koleganya dalam pemilikan itu, maka para anggota perserikatan itulah yang
paling berhak atas bagian yang dijual tersebut”.

5

• PANDANGAN ULAMA’ / SYARAK
Imam Muslim meriwayatkan dari Jabir RA, ia berkata:

‫ لاَ يَ ِح ُّل لَ ُه أَ ْن‬.‫َق َضى َر ُسو ُل َّلَّل ِا صلى الله عليه وسلم بِال ُّش ْف َع ِة فِى ُك ِّل ِش ْر َك ٍة لَ ْم تُ ْق َس ْم َر ْب َع ٍة أَ ْو َحائِ ٍط‬
‫يَبِي َع َح َّتى ُي ْؤ ِذ َن َش ِري َك ُه َفإِ ْن َشا َء أَ َخ َذ َوإِ ْن َشا َء تَ َر َك َفإِ َذا بَا َع َولَ ْم ُي ْؤ ِذ ْن ُه َف ْه َو أَ َح ُّق بِ ِه‬

Maksudnya: “Rasulullah SAW menetapkan syuf’ah dalam semua persekutuan yang belum
dibahagi; samada rumah ataupun kebun, tidak halal bagi seseorang menjualnya sehingga
dia mengkhabarkan kepada kawannya. Jika dia mahu, dia berhak mengambil dan jika mahu,
dia berhak ditinggalkan. Apabila dijual, namun belum memberitahukannya, maka ia lebih
berhak terhadapnya.” (Riwayat Muslim, no. 1608)
Terdapat ulama’ yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang pengertian as-syuf’ah
antaranya adalah menurut Sayyid Sabiq pula al-syuf’ah ialah pemilikan benda-benda syuf’ah
oleh syafi’i sebagai pengganti dan pembeli dengan membayar harga barang kepada
pemiliknya sesuai dengan nilai yang biasa dibayar oleh pembeli lain (Sayyid Sabiq, 1997,
fiqh al-sunnah, hl 45)

6

• KAEDAH PENYELESAIAN
Terdapat beberapa kaedah penyelesaian yang dapat dilakukan antaranya ialah mengikut
undang-undang semasa, telah berbentuk undang-undang sebagai pilihan atau ijtihad
pemerintah yang wajib ditaati. Maka, kes tersebut perlu dikemukakan dihadapan makhamah
supaya dapat mengelakkan perselisihan dalam mendapat hak syuf’ah sesama kaum kerabat.
Selain itu, peraturan dan undang-undang yang diambil melalui pemerintahan Mesir,
tetangga tersebut tidak mempunyai hak Syuf'ah atas tanah tersebut. Hal ini kerana,
"Seseorang tidak boleh berpegang pada hak Syuf'ah jika akad jual beli terjadi antara orang
tua dan anak, antara suami dan istri, atau antara kerabat hingga derajat keempat, atau
antara keluarga besan hingga derajat kedua." (Undang-Undang (UU) Sipil pasal 393 alenia
(b)).

7

2. ISU KEDUA
Kes Tengah lawan Ibrahim. Ibrahim telah menuntut harta sepencarian yang merupakan
sebuah rumah yang dibina atas tanah kepunyaan kedua pihak. Harta dibahagi 3 bahagian,
dua suami satu isteri. Isteri tidak puas hati dan merayu ke mahkamah Rayuan, rayuan
ditolak. Gaji Ibrahim RM65 sebulan selepas 8 tahun RM120, gaji isteri cabut semai dan
tenun kain RM5. Tenaga kerja lebih kepada suami.
Dari tuntutan harta sepencarian ini, terdapat juga hak syuf’ah kerana melibatkan harta
‘iqar. Dalam Islam, tuan punya tanah yang berkongsi atau tuan punya tanah yang berjiran
diberi hak keutamaan untuk membeli tanah yang akan dijual oleh rakan kongsi atau
jirannya. Dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan tuntutan terhadap
harta sepencarian jika salah satu pihak berhasrat untuk membeli harta tanah tersebut
mengikut harga pasaran.

8

• KAEDAH PENYELESAIAN
Terdapat beberapa kaedah penyelesaian yang dapat dilakukan antaranya ialah kaedah
Sulh iaitu dengan cara berdamai sama ada melalui pengakuan dan penyerahan hak milik
kepada satu pihak lagi atau nilai harta yang dipersetujui dibahagi mengikut persetujuan.
Persetujuan ini boleh dibuat samada di luar mahkamah atau di hadapan pegawai sulh dan
kemudian ianya akan diendors sebagai satu perintah oleh mahkamah.
Selain itu, melalui persetujuan semasa perbicaraan sedang berlangsung. Hakim biasanya
akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama.
Maka persetujuan ini akan diendors sebagai satu perintah Mahkamah.
Akhir sekali, sekiranya kaedah-kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian,
maka mahkamah akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak pihak. Seterusnya
mahkamah akan memutuskan pembahagian harta tersebut melalui perintah mahkamahHak
Tetangga dalam Akad Syuf'ah.

9

3. ISU KETIGA
Isu hak Sabasun dalam isu tapak tanahnya di Terengganu. Ia adalah milik bumiputra dan
rakyat tempatan Terengganu yang telah diusaha besarkan sehingga dapat menyaingi
Hypermarket antarabangsa berdekatan seperti Giant dan Mydin. “Sistem tanah Torrens
memberikan kuasa penuh kepada kerajaan dan penguasa untuk menentukan hak pemilikan
dan pemanfaatan tanah, iaitu isu hak Sabasun dalam Isu tapak tanahnya di Terengganu”

Sistem tanah Torrens memberikan kuasa penuh kepada kerajaan dan penguasa untuk
menentukan hak pemilikan dan pemanfaatan tanah. Berbeza dengan Islam, di mana sistem
undang-undang Islam adalah pengantara antara kerajaan dan rakyat Dalam isu Sabasun ini,
dari segi Islam, mereka telah berhak mendapatkan tanah tersebut khususnya setelah
mereka merujuk kepada pihak pejabat tanah pada tahun 1995 dan tiada apaapa kegunaan
yang dirancang untuk dibangunkan di atas tanah tersebut. Dari segi hukum Ihya'nya pihak
Sabasun sudah berhak ke atas tanah tersebut dan juga berhak ke atas tanah tempat letak
kereta paya disebelahnya berdasarkan kepada hukum Syuf'ah. Jika mahkamah hari ini
adalah mahkamah Islam, maka secara pastinya pihak Sabasun akan menang di Mahkamah
apabila Lawan MBKT dalam isu tanah ini. Sabda nabi SAW. Barangsiapa yang
membangunkan tanah yang bukan milik sesiapa, maka tanah tersebut adalah menjadi hak
miliknya. Apa-apa sahaja usaha yang zalim (selepas itu). adalah tidak berhak (untuk
mengambilnya). - (Hadis Sahih riwayat Imam Malik)

10

• KAEDAH PENYELESAIAN
Sebaiknya menggunakan sistem Islam kerana melalui sistem Islam dapat memberi hak
sama rata terhadap masyarakat atau rakyat seperti tanahnya di Terengganu dijual kepada
Sabasun mengikut hukum Syuf’ah. Syuf’ah ialah hak rakan kongsi atau jiran mengambil
bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran. Mengikut sabda
Nabi Muhammad SAW: Jiran kediaman adalah lebih berhak ditawarkan jualan tersebut
berbanding orang lain (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Tarmizi dan lain-lain). Manakala,
kesan penggunaan sistem Torren berisiko amalan rasuah berleluasa. Sistem Torren ialah
kuasa mereka yang memegang kuasa iaitu semua tanah yang bukan milik individu adalah
milik kerajaan yang tidak boleh dimiliki oleh rakyat secara sah melainkan dengan izin
penguasa. Ia merupakan satu sistem yang dihapuskan oleh Nabi S.A.W. dengan
menggantikan sistem Islam yang adil untuk semua. Kesan sistem Torren yang dapat
mencetuskan rasuah adalah kerana dalam kedaan terdesaknya penguasa menginginkan
harta tanah untuk kepentingan keuntungan. Di dalam Islam, adalah sangat mustahil untuk
rasuah mencelah masuk justeru undang- undang Islam telah menetapkan pemilikan tanah
melalui pembuktian siapa yang mendahului pembangunannya. Rakyat dan kerajjan
ditengahi (digaris pandukan) oleh undang- undang tanah yang dibuat oleh pencipta manusia
itu sendiri, justeru undang-undang ini adalah bersifat Qadim. Ia sangat berbeza dengan
sistem undang-undang tanah moden, sistem undang-undang tanah moden, ia wujud setelah
seseorag manusia mendapat kuasa. Maksud Al-Qadim ialah di mana undang-undang tanah
Islam telah digubal sebelum manusia memegang tampuk khalifah di muka bumi ini.

11

4. ISU KEEMPAT

Isu disuatu kawasan kejiranan dimana terdapat jiran yang menyakitkan hati melalui
percakapan atau perbuatannya. Adakah perlu berpindah atau bersabar dengan perbuatan
tersebut? Untuk pengetahuan isu ini juga pernah dilalui oleh Nabi kita Nabi Muhammad
SAW. Rasulullah pesan jika kita disakiti jiran ialah bersabar. Abu Hurairah menceritakan,
ada seorang lelaki bertemu Nabi Muhammad lalu mengadu perihal jirannya. Maka baginda
SAW berpesan: “Pergilah dan bersabarlah.” Selepas itu, lelaki tersebut datang mengadu lagi
perihal yang sama sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Nabi Muhammad mengarahkan:
“Pergilah dan campakkanlah barang-barang di rumah kamu ke jalan.” Maka, lelaki tersebut
pun mencampakkan barang-barangnya ke jalan hingga menyebabkan orang ramai yang lalu
bertanya kepadanya.

Pada pandangan mufti pula, Agama Islam amat menitikberatkan perkara-perkara
berkaitan dengan kejiranan. Hal ini banyak diingatkan oleh junjungan besar Nabi
Muhammad SAW melalui hadith-hadithnya yang menyeru agar berbuat baik kepada jiran
tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Berdasarkan ayat al quran surah al-Nisa’:36
yang bermaksud “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat
dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba
yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri.” Ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut
untuk berlaku baik kepada jiran ni menunjukkan tuntutan agar berlaku baik kepada jiran
merupakan satu tuntutan yang besar sepertimana tuntutan agar menyembah Allah SWT.
Untuk itu, Allah SWT menyediakan azab yang pedih buat orang yang suka menyakiti
jirannya.

12

Azab yang pedih buat orang yang suka menyakiti jirannya juga ada di sebutkan di
dalam hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan
masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.”
[Riwayat Muslim (73)]. Hadith lain daripada Abu Hurairah RA juga berkata “Telah berkata
seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini
terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti
jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.”
[Riwayat Ahmad (9675)][Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada Syeikh
Syu’aib al-Arna’outh]. Oleh itu, kita dituntut untuk berlaku baik kepada jiran kerana tuntutan
tersebut datang daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Selain itu juga, Allah SWT
menyediakan hukuman yang berat kepada orang-orang suka menyakiti jirannya. Tambahan
pula, Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang menimpa
serta berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah
SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada
jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti.

• KAEDAH PENYELESAIAN
Merujuk kepada isu atau permasalahan di atas, ianya boleh diatasi dengan beberapa

kaedah yang boleh diusahakan. Kaedah yang pertama ialah banyakkan bersabar. Kita
sebagai seorang muslim yang hidup berjiran perlu lebih banyak bersabar dengan kelakuan
jiran kita. Jika kita mendapat jiran yang baik, ia adalah rezeki buat kita namun sekiranya
jiran kita itu ialah seorang yang kuat marah ataupun dalam bahasa yang agak kasar kurang
beradab hendaklah kita sebagai muslim bersabar dengan perangainya itu. Hal ini kerana di
dalam Islam, sifat sabar merupakan sifat yang sangat hebat dan terpuji malah dikasihi oleh
Allah SWT. Kita juga tidak usahlah menghiraukan caciannya itu selagi mana kita mampu
bersabar, pedulikan cacian yang dilontarkan kepada kita dan tidak perlu kita membalasnya
untuk mengelakkan pertelingkahan atau pergaduhan yang lebih besar di mana boleh
membahayakan keselamatan kita dan jiran itu sendiri.

13

Seterusnya, kaedah yang boleh digunakan apabila kita sudah tidak mampu bersabar
dengan jiran kita ialah, mengadu atau melaporkan kepada pihak yang berautoriti di kawasan
kejiranan kita tanda kita tidak berpuas hati di atas tindakan jiran kita iaitu memaki atau
mencela. Hal ini supaya, pihak berkuasa tersebut dapat mengambil tindakan terhadap jiran
kita yang suka maki atau mencela kita. Ini bukanlah bertujuan untuk menghukum semata-
mata namun ianya untuk memberi kesedaran kepada jiran kita tersebut supaya dia insaf
dan lebih menjaga tutur kata dengan orang lain terutamanya jiran sendiri. Namun selepas
aduan dibuat, janganlah pula kita membangkitkan lagi kemarahan sesama kita sebaliknya
biar keadaan reda dan barulah mula bertegur atau yang lebih baik meminta maaf dan tidak
semestinya si pemaki meminta maaf terlebih dahulu sebaliknya kedua-dua belah pihak harus
menurunkan ego untuk berbaik.

Akhir sekali, kaedah yang boleh dicuba ialah bercakap atau menyatakan
ketidakpuasan hati kita kepada jiran kita yang suka memaki secara berterus terang. Namun
dalam menggunakan kaedah ini, sebagai jiran yang baik janganlah pula kita memberitahu
dalam keadaan yang marah atau menggunakan nada suara yang tinggi dan sebagainya.
Sebaliknya beritahulah jiran kita itu secara sedikit tegas namun dengan keadaan yang
harmoni. Oleh yang demikian, mungkin jiran kita akan mula menyedari akan kesilapannya
dan memohon maaf terhadap kita. Apabila kita berbaik dengan jiran kita ia tidak merugikan
kedua-dua pihak sebaliknya menjadikan hidup aman kerana tidak bermusuhan.

14

RUJUKAN
1. https://www.sinarharian.com.my/article/60592/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Tak-sempurna-

iman-jika-sakiti-perasaan-jiran
2. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://muftiwp.gov.my/artik

el/irsyad-al-hadith/3060-irsyad-al-hadith-siri-ke-340-jiran-yang-suka-mencela-dan-
mencaci&ved=2ahUKEwjN7cq0jsfwAhV6xzgGHfj4AGoQFjAGegQIFBAC&usg=AOvVaw3S1
-7MqH0BCawcaEhBmlid&cshid=1620924641877
3. https://core.ac.uk/download/pdf/45258723.pdf
4. https://www.radiorodja.com/18119-bab-syufah-kitab-matan-abu-syuja-ustadz-dr-
erwandi-tarmizi-ma/

15

NOTA KAKI
1. H.Sulaiman Rasjid, 1954, Fiqh, hlm 338
2. Sayyid Sabiq, 1997, fiqh al-sunnah, hl 45
3. AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE-438: HARTA SYUF'AH
4. Kitab Matan Abu Syuja’

16


Click to View FlipBook Version