Pengakap Malaysia @mediarasmippm @PengakapMY PENGAKAP MALAYSIA Pengakap e-Buletin Khas Majlis Pengakap Negara PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI MALAYSIA K U R S U S I N D U K S I A H L I M A J L I S P E N G A K A P N E G A R A 2 0 2 3 - 2 0 2 5 B A W A K E L A I N A N
2 Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 Ibu Pejabat, Persekutuan Pengakap Malaysia, Jalan Hang Jebat, 50150, Kuala Lumpur, MALAYSIA pengakapmalaysia.org [email protected] +603 2078 0836 Sidang redaksi e-Buletin, Jawatankuasa Pengurusan Profil Kepengakapan Negara PPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kepimpinan Tertinggi PPM, Bahagian-Bahagian PPM dan staf Ibu Pejabat Kebangsaan PPM yang menjayakan penerbitan e-Buletin. Bagi sebarang makluman dan pertanyaan, sila email ke : [email protected] PENASIHAT : Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin (B) PENASIHAT TEKNIKAL : Haji Nasaruddin bin Shamsuddin KETUA EDITOR : Haji Ahmad Sabri bin Haji Saad PEN. KETUA EDITOR : Muhammad Azhari bin Mohd Daman Huri EDITOR: Muhammad bin Yusoff Haslina binti Aziz WARTAWAN Mohammed Sofian bin Baharom JURUGAMBAR: Edwin Lam Zhen De PEREKA GRAFIK: Mohd Khusairey bin Mazalan SIDANG REDAKSI Seluruh jentera kakitangan PPM telah bertungkus-lumus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan Kursus Induksi Ahli Majlis Pengakap Negara 2023. Kali ini, kedai pengakap mudah alih diwujudkan di perkarangan dewan kursus bagi memudahkan ahli-ahli majlis untuk memiliki aksesori seperti skaf, lencana, epolet dan lain lain dengan lebih mudah. Bahagian Profil Kepengakapan turut sama membantu untuk menjayakan keperluan dokumentasi dalam kursus ini. 'Scout Shop' di Kursus Induksi Ahli Majlis Pengakap Negara 2023-2025 Gambar foto di atas menunjukkan kakitangan Ibu Pejabat PPM sedang membantu proses pendaftaran peserta Kursus Induksi Ahli Majlis Pengakap Negara 2023.
3 Ahli pengakap seluruh negara diseru untuk memulakan tahun ini dengan penuh bersemangat serta iltizam yang tinggi. Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Dato' Dr Mohd Zin Bidin berharap tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan memberi peluang untuk semua ahli pengakap lebih berjaya dan cemerlang. "Dengan ketibaan tahun 2023 ini, maka bermulalah lembaran baharu untuk kita merencanakan kehidupan yang lebih cemerlang di masa yang akan datang," katanya ketika menyampaikan perutusan tahun baharu 2023. Dato' Dr. Mohd Zin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ahli pengakap yang bekerjasama menjayakan program-program dalam tahun 2022. Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 MULAKAN 2023 DENGAN PENUH SEMANGAT - PEMANGKU KETUA PENGAKAP NEGARA Sebagai tanda penghargaan tambah beliau, Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Negara telah meluluskan 1,379 Anugerah, Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang telah disampaikan pada 17 Disember lalu dalam satu istiadat yang penuh bermakna. Ujarnya, penganugerahan tersebut sebagai tanda penghargaan dan terima kasih PPM khususnya kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang sentiasa mencurah bakti kepada bangsa dan negara melalui aktiviti kepengakapan. Beliau turut menyeru kepada semua ahli pengakap untuk memastikan program-program pada 2023 adalah berlandaskan kepada Enam Kunci Strategik dan 11 Fokus Hala Tuju PPM.
4 Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 Pelaksanaan kerangka pembangunan dunia Kepelbagaian lencana Pemerkasaan Inovasi Kepengakapan berasaskan komuniti Pembangunan kerohanian Pendigitalan dalam pengakap Pengurusan aset yang bijak Penjenamaan pengakap Pengurusan sumber pengetahuan Pemerkasaan pembangunan lestari dan mampan Pemerkasaan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Enam kunci strategik itu mencakupi ; Perkembangan keahlian dengan mengekalkan konsep 'kepelbagaian dan kebersamaan'. Mengoptimumkan penggunaan sumber dan aset serta meneroka peluang bagi menjana pendapatan Komunikasi dan perhubungan yang efektif untuk mewujudkan imej korporat yang positif dalam kalangan masyarakat Tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berintegriti dan responsif dalam semua urusan Golongan dewasa dalam kepengakapan yang berusaha meningkatkan kemahiran, komitmen dan kecekapan Program golongan muda yang menarik, relevan dan mencabar Dalam pada itu, 11 Fokus Hala Tuju PPM merangkumi :
5 AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA 2022-2025 PELAJARI HALA TUJU PPM SUBANG JAYA, Selangor - Kursus Induksi Majlis Pengakap Negara yang diadakan di Dorsett Grand Hotel Subang, Selangor merupakan sebuah platform untuk mempelajari hala tuju Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Program yang berlangsung pada 10 hingga 12 Februari 2023 itu turut memberikan penerangan kepada ahli-ahli Majlis Pengakap Negara berhubung organisasi PPM. Dalam program tersebut, Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Prof Dato’ Dr Mohd Zin Bidin telah memberi pencerahan tentang hala tuju dan pelan strategik PPM. Dato' Dr. Mohd Zin yang juga Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara juga menekankan berhubung keperluan bagi semua pihak memberi impak positif kepada kehidupan generasi seterusnya. Dalam kehidupan ini, jelas beliau, terdapat keperluan untuk seseorang dalam generasi ini untuk mengubah karakter kehidupan generasi lain di bawahnya. Menurut beliau, usaha tersebut supaya generasi di bawahnya meneruskan kesinambungan itu malah dapat mengubah generasi yang lain dengan penambahan dan gandaan. Jelasnya, ini dilakukan sehingga kesemua generasi tersebut akan berubah menjadi yang terbaik dan profesional dalam pelbagai bidang. Dalam taklimat itu juga, Dato’ Pemangku Ketua Pengakap Negara telah menerangkan kepada ahli majlis yang baharu tentang pemindahan Ibu Pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) ke Kuala Lumpur. Selain itu, beliau menarik perhatian ahli majlis tentang pergerakan pengakap yang dibina dengan penuh profesional dari seluruh negara di semua peringkat, bermula dengan WOSM, wilayah-wilayah dalam bahagian dunia, dan juga Organisasi Pengakap Kebangsaan (NSO) setiap negara. Dato’ Dr. Mohd Zin yang juga Ahli Jawatankuasa Pengakap Wilayah Asia Pasifik (APR) turut memaklumkan bahawa rantau Asia Pasifik mempunyai 36 negara dan mempunyai sebanyak 56 juta ahli pengakap. Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025
SUBANG JAYA, Selangor - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini menerima sumbangan sebanyak RM1.5 juta dari syarikat Mybrush Industries Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Johor. Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut diadakan semasa program Kursus Induksi Majlis Pengakap Negara yang berlangsung di Dorsett Hotel Subang, Selangor. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ahli Majlis Pengakap Negara PPM, Dato’ Lee Fook Yuen dan Ng Seong Mor kepada Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Prof Dato’ Dr Mohd Zin Bidin dan Bendahari Pengakap Negara, Tan Sri Dato' Abdullah Taib. Penyerahan turut disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Dato’ Ahmad Shazilly Ismail Bakti. Dato’ Dr Mohd Zin yang juga Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara seterusnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua Dato’ Lee Fook Yuen dan Ng Seong Mor atas sumbangan berkenaan. Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pihak penyumbang atas kesudian mendermakan wang sebegitu banyak kepada PPM untuk kegunaan pembangunan dan pergerakan pengakap di Malaysia. Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 PPM TERIMA SUMBANGAN RM1.5J 6
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) optimis bahawa pergerakan pengakap akan terus menjadi sebuah pergerakan kokurikulum yang terbesar, relevan, popular dan terbaik di negara ini. Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Dato' Dr Mohd Zin Bidin berkata, perkembangan jumlah keahlian pengakap di negara ini menunjukkan impak positif dengan peningkatan 18 peratus keahlian berdaftar pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya. "Diharapkan jumlah keahlian pengakap akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang. "Pengakap akan terus menjadi pergerakan kokurikulum yang terbesar, relevan, popular dan terbaik," katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2023 hari ini. Sementara itu, Dato' Dr. Mohd Zin turut menyarankan agar ahli pengakap menggunakan kaedah hibrid dalam melaksanakan program, perjumpaan dan ujian berkaitan kepengakapan. Menurutnya, langkah itu adalah bagi meningkatkan jumlah penerima anugerah dalam kalangan ahli pengakap. "Pandemik COVID-19 telah membawa kesan ketara dalam pelaksanaan aktiviti kepengakapan. Ini termasuk proses perolehan lencana, Anugerah Rambu, Anugerah Pengakap Raja, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Anugerah Scout of The World Award dan juga Anugerah Manikayu. "Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pemimpin-pemimpin di pelbagai peringkat untuk memastikan jumlah penerima anugerah-anugerah tersebut dapat dipertingkatkan." "Kita telah beralih kepada penggunaan teknologi untuk menjalankan program, webinar, ujian, mesyuarat dan majlis rasmi tanpa bersemuka," katanya. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa proses penyediaan draf Perlembagaan PPM dan pengemaskinian Policy Organisation and Rules (POR) sedang dilaksanakan. "Perlembagaan PPM yang kemas dan mantap akan memperkukuhkan lagi tadbir urus dan memperkasa organisasi ke tahap yang lebih tinggi. "Pelbagai aktiviti dan program bagi memperkasa PPM ke tahap dunia telah dan akan terus dilaksanakan," tambahnya. Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 PENGAKAP TERUS JADI PERGERAKAN KOKURIKULUM TERBESAR, RELEVAN, POPULAR DAN TERBAIK. Sumber Foto: PPM Negeri Johor 7
8 SUBANG, Selangor - Kursus Induksi Majlis Pengakap Negara yang berlangsung pada 10 hingga 12 Februari 2023 dilihat dapat mencetuskan semangat 'esprit de corps' dalam kalangan ahli Majlis Pengakap Negara yang baharu dipilih. Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Dato' Ahmad Shazilly Ismail Bakti berkata, semangat itu penting supaya majlis tersebut boleh bergerak sederap sebagai satu pasukan yang saling bekerjasama. Berdasarkan pengamatannya, ahli-ahli Majlis Pengakap Negara yang dipilih bagi sesi 2023-2025 dilihat memiliki semangat yang kuat. "Azam (ahli-ahli Majlis Pengakap Negara yang baharu) untuk menyumbang kepada pengakap itu nampaknya begitu tinggi sekali," katanya ketika ditemui pada Kursus Induksi Majlis Pengakap Negara. Kursus Induksi Majlis Pengakap Negara yang diadakan di Dorsett Hotel Subang, Selangor merupakan platform untuk mempelajari hala tuju Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Program yang berlangsung pada 10 hingga 12 Februari 2023 itu turut memberikan penerangan kepada ahliahli Majlis Pengakap Negara berhubung organisasi PPM. Mengulas lanjut, Dato' Ahmad Shazilly berkata, beliau berharap matlamat-matlamat yang ditetapkan pada kursus induksi berkenaan dapat dicapai dengan jayanya. Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 "KURSUS INDUKSI CETUS 'ESPRIT DE CORPS' DALAM KALANGAN AHLI" - Dato' Ahmad Shazilly Ismail Bakti Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara
PPM HANTAR 491 AHLI PENGAKAP KE JAMBORI DUNIA DI KOREA 2023 “We must change boys from a ‘what can I get’ to a ‘what can I give’ attitude.” -Baden-Powell 9 Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 "Dalam sejarah Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) inilah kali pertama Kontinjen PPM menghantar paling ramai peserta ke Jamboree Dunia di Korea pada bulan Ogos 2023 iaitu seramai 491 orang peserta,” ujar Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Cik Norma binti Noordin dalam pembentangan beliau. Pesuruhjaya Program Negara, YBhg. Tuan Mohd Zairie bin Zaharin menerangkan kepada Ahli Majlis dengan lebih jelas bahawa Jawatankuasa Program Negara menyahut cabaran 11 fokus utama yang diutarakan oleh YBhg Dato' Pemangku Ketua Pengakap Negara dengan memilih beberapa inisiatif yang lebih mementingkan penglibatan muda remaja di dalam pergerakan pengakap seluruh negara. Dalam pembentangan Pasukan Latihan Negara pada Kursus Induksi Ahli Majlis Pengakap Negara 2023, Pesuruhjaya Latihan Negara, YBhg. Dr. Ekbert Yong Yen Loong telah memaklumkan kepada Ahli Majlis Pengakap Negara betapa mudahnya mendapat manikayu lebih-lebih lagi dengan sistem ‘intergerated online’ terkini yang dibina oleh PLN sendiri, memudahkan sesiapa sahaja ahli dewasa untuk mengikuti kursus tersebut di mana sahaja mereka berada dan disepanjang masa.
Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Lee Fook Yuen David Oh Seong Keat Shahrizal bin Mohd Saderi YB Dato' Mohd Imran bin Tamrin Dr. Naniyati binti Shuib Dato Mohd Nizar bin Haji Zakaria Azmi Nashriby bin Abu Zahar Ir. Mohd Aris bin Bernawi Ariffin bin Mohd Nor Dato' Dr. Beh Chun Chuan 10 Carta Organisasi Ketua Pengakap Negara / Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin (B) (Pemangku Ketua Pengakap Negara) Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Dato' Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Setiausaha Majlis Pengakap Negara Bendahari Majlis Pengakap Negara Dato' Haji Ahmad Zaini bin Haji Jaafar Dato' Mohamad Safri bin Datuk Haji Abdilah Haji A. Rahman bin Hassan Dato' Johari bin Abdul Dato' Muzammil bin Mohamad Haji Jumaat bin Ibrahim Dato' Rashidy bin Jamil Al-Rashid Nordin bin Mohamadin Datin Norliza binti Mohd Noor Ong Ewe Keat Ahli Majlis Pengakap Negara Ar. Prof. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus Ts. Lani bin Ibrahim Tan Sri Dato' Haji Abdullah bin Haji Taib Datuk Zamani bin Tambichek Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Majlis Pengakap Negara (MPN) sah memegang jawatan bermula dari 2023 sehingga 2025 Carta Organi sas i Majli s Pengakap Negara Tahun 2023-2025
Ahli Majlis Pengakap Negara Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin (B) Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Zamani bin Tambichek Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Setiausaha Majlis Pengakap Negara Ts. Lani bin Ibrahim Bendahari Majlis Pengakap Negara Tan Sri Dato' Haji Abdullah bin Haji Taib Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Ar. Prof. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus Dato' Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara 4 11
12 Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 Dato' Muzammil bin Mohamad Ahli Majlis Pengakap Negara Nordin bin Mohamadin Haji Jumaat bin Ibrahim Haji A. Rahman bin Hassan Ahli Majlis Pengakap Negara Dato' Haji Ahmad Zaini bin Dato' Johari bin Abdul Haji Jaafar Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Dato' Mohamad Safri bin Datuk Haji Abdilah Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Dato' Rashidy bin Jamil AlRashid Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Datin Norliza binti Mohd Noor Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Ong Ewe Keat Ahli Majlis Pengakap Negara David Oh Seong Keat Shahrizal bin Mohd Saderi Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Yang Dipilih Majli s Pengakap Negara
9 Majlis Pengakap Negara Penggal 2023-2025 Dato Mohd Nizar bin Haji Zakaria Ahli Majlis Pengakap Negara YB Dato Mohd Imran bin Tarmin Datuk Lee Fook Yuen Ahli Majlis Pengakap Negara Dr. Naniyati binti Shuib Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Dato Dr. Beh Chun Chuan Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Ir. Mohd Aris bin Bernawi Azmi Nashriby bin Abu Zahar Ahli Majlis Pengakap Negara Ariffin bin Mohd Nor Ahli Majlis Pengakap Negara 13 “An invaluable step in character training is to put responsibility on the individual” -Baden-Powell
7 Tuan SAC (B) Wan Abdul Aziz bin Wan Hamzah “Scouting is a game for boys under the leadership of boys under the direction of a man.” -Baden-Powell 14 Majlis Pengakap Negara Ah Penggal 2023-2025 li Majlis Pengakap Negara Prof. Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod Datuk Azuan Effendy bin Zairakithnaini Ahli Majlis Pengakap Negara Dato' Sri Khairul Safawi bin Tajuddin Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Yang Dilantik Majli s Pengakap Negara Owen Chen Chee Onn Ahli Majlis Pengakap Negara Datuk Mohd Ridhwan bin Tun Mohd Ali Ng Siong Mor Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Ahli Majlis Pengakap Negara Pemangku Ketua Pengakap Negara, Dato' Dr Mohd Zin, memberikan cenderahati kepada konsultan WOSM yang juga ahli pengakap dari Singapura, Dr. Mohd Effendy Rejab, yang telah sudi memberi ceramah kepada ahli-ahli Majlis Pengakap Negara, PPM. Seluruh ahli Majlis Pengakap Negara, mengucapkan terima kasih di atas kesudian YBhg Dr. Mohd Effendy hadir berkongsi pengalaman beliau dalam pembangunan kepengakapan sepanjang pengalamannya diseluruh dunia. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menganjurkan Asia-Pasific Region (APR) Partnership Forum (Forum Perkongsian Rantau Asia-Pasifik) di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25-28 Mei ini. Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan Facebook PPM: persekutuan pengakap malaysia. Perkara itu diumumkan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBhg Tuan Haji Ahmad Sabri Saad dalam ceramahnya di Kursus Induksi Ahli Majlis Pengakap Negara hari ini. PPM BAKAL ANJUR APR PARTNERSHIP FORUM 2023 MEI INI Ahli Majlis Pengakap Negara
15 SELAYANG PANDANG 20 23 Kursus Induksi Majlis Pengakap Malaysia Dorsett Subang Hotel Selangor
©2023 Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Persekutuan Pengakap Malaysia terlebih dahulu. Terbitan oleh: Unit Buletin Jawatankuasa Profil Kepengakapan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia