The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suriani Matsaat, 2021-04-25 11:19:51

PAMPLET RAMADHAN SMKDKP 2021_3

PAMPLET RAMADHAN SMKDKP 2021_3

RAMADHAN
AL-MUBARAK
EDISI 3

NUZUL QURAN
17 RAMADHAN 1442h

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK DATO’ KLANA PUTRA
71750 LENGGENG,N.SEMBILAN

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada
17 Ramadan yang disebut Malam Qadar.
Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke
Baitul Izzah di langit dunia sekaligus (30
juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut

suasana dan keperluan kepada Nabi
Muhammad s.a.w

Firman Allah S.W.T:
" Sesungguhnya Kami(Allah) telah
menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar".

Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap
datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan
kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000
bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-

Quran:
"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari

seribu bulan"

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk
dibaca semata-mata walaupun membacanya
merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh
Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari
Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu
kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku
tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu
satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu

satu huruh dan mim itu satu huruf"

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai
petunjuk dan panduan untuk diikuti dan
diamalkan oleh manusia agar sejahtera di

dunia dan di akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:

" Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-
Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk

kepada manusia dan yang menerangkan
tentang pertunjuk dan pembeza antara hak

dan batil"

Sebagai seorang muslim kita menjadikan
Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak

sebagai pedoman. Apapun perkara yang
hendak dilakukan atau diputuskan, kita
hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan
Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di

dunia dan diakhirat.

Firman Allah s.w.t:
"Jika kamu berselisih tentang apa juga
perkara maka kembalikan perselisihan itu
kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya

(hadis)"

Nabi berpesan:
" Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara dan kamu tidak akan sesat selama
kamu berpegang kepada keduanya iaitu
Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah

rasulnya"

NOTA PENTING


Click to View FlipBook Version