SESI 1 2021/2022
1.HAVINESH A/L PANDIAN 23DLS21F1028
2.HERMYRIZAL BIN LATIF 23DLS21F1006
3.NUR FATIN AQILAH BINTI MOHD ISA
23DLS21F1012
4.NUR BALQIS BINTI KHAIRUL IZUAN
23DLS21F1010
ISI KANDUNGAN
1.ASAL USUL JALUR GEMILANG 1-4
2.PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA 5-8
3.JALUR GEMILANG LAMBANG 9
PERPADUAN 10-13
4.KEPENTINGAN MENGAMALKAN
PERPADUAN
5.CARA MENGHORMATI JALUR 14-21
GEMILANG
6.ISU - ISU BERKAITAN DENGAN JALUR 22-26
GEMILANG
7. FAKTA MENARIK 27-32
7 .PENUTUP 33
8. LAMPIRAN/RUJUKAN 34
ASAL USUL JALUR GEMILANG
Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur
atau bendera itu melambangkan kecemerlangan
negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun
sama ada di dalam atau di luar negara.
Majlis Raja- Raja dengan kerjasama Majlis
Perundangan Persekutuan telah mengadakan
pertandingan pada 29 November 1949 untuk
memlih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang
bakal dibentuk pada Mei 1948. Ramai karyawan
telah mengambil bahagian dalam pertandingan
iaitu seramai 373 karyawan. Hanya 3 reka bentuk
sahaja yang berjaya ke penilaian akhir, perkenan
Majlis Raja-Raja pada 15 November 1949 dan reka
bentuk ciptaan Encik Mohamed Bin Hamzah (arkitek
Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih
sebagai pemenang dan diperakui oleh Majlis Raja-
Raja pada pada 23 Februari 1950.
ENCIK MOHAMED BIN HAMZAH 1
3 REKA BENTUK YANG
BERJAYA KE PERINGKAT AKHIR
Terdapat beberapa pindaan daripada rekaan asal Encik
Mohamed Bin Hamzah iaitu bintang dan bulan yang berwarna
putih telah ditukar kepada warna kuning yang
melambangkan warna diraja dan juga mereka menambah
bucu bintang kepada 11 bucu untuk mengambil kira jumlah
negeri yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu pada
ketika itu. dengan kelulusan daripada King George VI pada 19
Mei 1950.
Bendera Persukutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat
pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di hadapan perkarangan
Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja
Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. DI padang
Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957 bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi
seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat
kali pertama diperdengarkan kepada umum. 2
Sebelum ini jalur melintang merah dan putih hanyalah 11
tetapi telah bertambah kepada 14 jalur berikutan dengan
kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.nama
baharu bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang telah
diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pada malam
31 Ogos 1997 sempena 40 tahun kemerdekaan negara
setelah berkibar megah sejak tahun 1950.
Dato' Mohamad Hashim Mat Dris yang telah menyusulkan
dan mengilhamkan nama baharu Bendera Malaysia kepada
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 11 Julai 1995
DATO' MOHAMAD TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
HASHIM MAT DRIS
3
RINGKASAN ASAL USUL JALUR
GEMILANG
4
PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat, hormat-
menghormati antara satu sama lain atau bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum
dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
Bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara.
Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak
yang cuba menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu
perkauman dalam kalangan kaum di Malaysia.
KAUM DI MALAYSIA
5
Terdapat pelbagai usaha pihak kerajaan untuk memupuk isu
perpaduan kaum di Malaysia termasuklah memperkenalkan
Pendidikan Sivik dan Kerwarganegaraan dan Sejarah sejak di
bangku sekolah.
Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum dalam sesebuah
negara saling bekerjasama atau erti kata yang lain
berganding bahu untuk membentuk negara yang Makmur dan
damai. Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa
perpaduan dari semua kaum. Negara yang mempunyai
perpaduan 100% menyebabkan negara itu membangun
dengan megahnya. Contohnya, negara jepun yang
mempunyai perpaduan 100% menyebabkan negara itu
membangun dengan megahnya.
BUKU TEKS BAGI BUKU TEKS BAGI SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH MENENGAH
6
IBN KHALDUN
Maksud perpaduan daripada pandangan Ibn Khaldun ialah
Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan
penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan
kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks "kepuakan"
dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk
nasionalisme moden, menyerupai sistem komunalisme. Istilah
Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan. Ibn
Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap
dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau
menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya
muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan
yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa
perubahan kepada pimpinan.
7
ÉMILE DURKHEIM
Maksud perpaduan mengikut Émile Durkheim ialah jenis-jenis
perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis
masyarakat. Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan
mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teorinya
berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya, The
Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga
Kerja dalam Masyarakat). Dalam sesuatu masyarakat yang
mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan
perpaduan datang daripada warga yang serupa – warganya
berasa terkait melalui kerja, pendidikan dan latihan
keagamaan, dan cara hidup. Perpaduan mekanikal terdapat
dalam masyarakat yang "tradisional" dan masyarakat kecil.
Perpaduan organik pula muncul daripada pergantungan
saling dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan saling
bergantung ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan
warga masyarakat yang saling melengkapi, yakni
perkembangan yang terdapat dalam masyarakat "moden"
dan "industri".
8
JALUR GEMILANG LAMBANG
PERPADUAN
Sudah menjadi adat kita di Malaysia menyambut hari-
hari patriotik seperti Hari Kemerdekaan dan Hari
Malaysia di tempat -tempat awam tanpa mengira
agama, kaum dan bangsa seperti di Dataran Merdeka.
Semua masyarakat bangga mengibarkan Jalur
Gemilang dan jika ada segelintir masyarakat yang tidak
membawa bendera, mereka akan berkongsi bendera
dengan orang di sekeliling mereka.
Bukan itu sahaja apabila mereka mendengar tentang isu
isu penghinaan Jalur Gemilang masyarakat akan berasa
sangat marah dan sedih kerana Jalur Gemilang
merupakan lambang perpaduan semua kaum yang
perlu dihormati. Jika Jalur Gemilang ini tidak dihormati
bagaimana kita ingin membina perpaduan di kalangan
masyarakat? Semuanya bergantung kepada akhlak dan
moral masing- masing untuk menghormati setiap
lambang negara
9
KEPENTINGAN MENGAMALKAN
PERPADUAN
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah
dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan
yang kita kecapi sekarang ini berkekalan. Hal ini adalah untuk
mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti
rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita.
Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat
negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Kini,masyarakat
pelbagai kaum di malaysia hidup dengan bersatu padu.Sebagai bukti
di Malaysia,wujudnya sekolah kebangsaan,sekolah jenis kebangsaan
cina(SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan tamil(SKJT) yang masing
masing menggunakan bahasa ibunda,tetapi pada masa yang sama
bahasa lain boleh dipelajari.Hal ini dapat menunjukkan semua kaum
di Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana perasaan
prejudis pada kaum lain tidak wujud.
10
Imej negara akan dapat dipertingkatkan melalui perpaduan kaum.
Kita boleh lihat sendiri sikap toleransi dan hormati-menghormati
yang dicerminkan oleh masyarakat kita apabila menyambut
perayaan kaum masing-masing. Contohnya, kaum Melayu
menghormati perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan Deepavali
yang diadakan, malahan turut ikut serta memeriahkan perayaan
tersebut dengan berkongsi momen-momen terindah
bersama.Perpaduan kaum menjadikan rakyat Malaysia mudah untuk
bergaul mesra dengan masyarakat luar kerana terbiasa hidup dalam
komuniti yang mempunyai kaum yang pelbagai.. Kesannya,
perpaduan kaum secara tidak langsung dapat meningkatan imej
sebagai negara yang sejahtera, bertoleransi dan bersatu padu di
mata dunia.
11
Pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara kita dengan
semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia. Para
pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat
resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang
berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Hal ini demikian
kerana, pelancong berasa lebih selesa dan selamat berada di negara
ini walaupun suatu ketika dahulu Malaysia turut tergugat dengan
muncul dan tersebarnya wabak virus influenza H1N1 yang menjadi
topik hangat di seluruh dunia, namun industi pelancongan tetap
berkembang maju saban tahun kerana wujudnya perpaduan yang
kukuh. Timbalan Menteri Pelancongan pernah mengeluarkan
kenyataan bahawa dengan adanya sifat perpaduan dan layanan baik
mesra yang diberikan oleh rakyat negara ini kepada pelancong asing,
peratusan peningkatan industri pelancongan akan terus berlaku
meskipun agak berkurangan dengan wujudnya wabak penularan
H1N1. Tidak disangkal lagi bahawa, rakyat Malaysia dapat bergaul
mesra antara satu sama lain yang boleh terdiri daripada berbilang
kaum dan juga agama.. Seperti peribahasa ada mengatakan
muafakat membawa berkat. Jadi, perpaduan kaum bukan sahaja
dapat menyemai dan menanam sifat patriotisme di dalam diri
malahan dapat dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk
bertandang ke Malaysia.
12
Negara ini sebenarnya turut tidak terlepas daripada isu pergaduhan,
pertelingkahan dan penindasan yang pernah berlaku kepada rakyat
Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di Malaysia.
Pastinya rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah tertanam
dalam ingatan dan minda masing-masing. Pada masa itu, semua
barisan pemimpin dan rakyat telah berhempas pulas untuk mengatasi
dan menamatkan masalah penindasan tersebut. Lantasan itu, konsep
perpaduan kaum hendaklah diamalkan manakala sikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hendaklah
dielakkan bagi menjamin perpaduan kaum di seluruh Malaysia.
Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat mengekalkan
keharmonian negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang
mempunyai semangat perpaduan yang tinggi dapat hidup dalam
keadaan selesa dan hormat menghormati antara berlainan kaum.Hal
ini sekaligus membawa kepada keamanan setempat. Peribahasa
Melayu ada mengatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Pepatah ini dapat direalisasikan melalui kerjasama yang tidak
berbelah bahagi dan erat antara semua kaum serta agama. Sebagai
contoh, bekerjasam dan tolong menolong antara satu sama lain
.Jelaslah, kunci kepada kesejahteraan dan keharmonian yang
dinikmati oleh rakyat bukan hanya bergantung kepada konsep
perpaduan sahaja tetapi turut melibatkan pembukaan minda dan
fikiran yang terbentang luas mengenai penerimaan adat resam,
budaya dan nilai-nilai positif haruslah diisi di dalam diri masing-
masing agar tidak berlaku sebarang permusuhan.
13
CARA MENGHORMATI
JALUR GEMILANG
Rasa hormat harus ditanam pada rakyat dan bukan dipaksa
dengan hukum serta denda. Setiap warga negara Malaysia
yang sah perlu menghormati Jalur Gemilang.
Walaumanabagaipun, isu-isu penghinaan Jalur Gemilang
masih wujud.
Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia harus
mengetahui langkah-langkah menghormati Jalur Gemilang.
Bendera adalah sebahagian daripada identiti dan lambang
kedaulatan negara. Justeru, inilah masanya untuk rakyat
Malaysia berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik
terhadap negara dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang
sama ada di rumah, di premis perniagaan, di kenderaan, di
sekolah, institusi pengajian tinggi dan di taman-taman
perumahan sehinggalah ke desa-desa seluruh pelosok tanah
air. Ia bukan paksaan, tetapi dilakukan secara sukarela
sebagai usaha memeriahkan perayaan negara ini.
Di samping itu, rakyat harus tahu iaitu sebelum menaikkan
bendera, individu yang menaikkan bendera harus menguji
tali bendera terlebih dahulu. Hal ini demikian perlu dilakukan
bagi memastikanya teguh dan tidak mudah putus hingga
menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu hala
kibaranya. Rakyat juga harus memastikan bendera dalam
keadaan baik sebelum dinaikkan. Ini menunjukkan
penghargaan kita kepada Jalur Gemilang adalah sangat
dihormati.
14
Seterusnya, mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan
kemerdekaan atau majlis berkenaan Hari Kemerdekaan adalah
satu cara yang masyarakat harus diamalkan. Semasa perarakan
kemerdekaan berlaku, semua masyarakat Malaysia akan
berkumpul di Dataran Merdeka untuk menyambut perarakan
tersebut. Masyarakat akan mengibarkan bendera Malaysia
dengan menunjukkan semangat cinta akan negara tanpa mengira
agama dan bangsa. Berikut ialah contoh gambar Masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum mengibarkan Jalur Gemilang pada
Hari Kemerdekaan ke-56 :
15
Selain itu, pihak sekolah haruslah mendidik generasi muda
tentang cara menghormati Jalur Gemilang dan
kepentinganya. Pihak sekolah harus mengajar generasi muda
iaitu bendera yang koyak dan bertukar warna adalah
dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya
dikibarkan. Bendera hendaklah dimusnahkan dengan cara
yang sopan. Caranya ialah dengan membakar bendera
tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak
hormat kepada bendera tersebut. Hal ini demikian kerana,
apabila kita mendidik kanak-kanak tentang cara
menghormati Jalur Gemilang, mereka akan mengamalkan
sikap menghormati Jalur Gemilang pada masa hadapan dan
diikuti oleh anak-anak mereka dan seterusnya. Ini
menunjukkan bahawa penghormatan kepada Jalur Gemilang
tidak akan dihina oleh masyarakat masa akan datang.
16
Di samping itu, kerajaan harus membuat iklan tentan
cara menghormati Jalur Gemilang. Kerajaan bole
menyiarkan iklan tentang mengapa rakyat haru
menghargai Jalur Gemilang dan kesannya jika tida
menghormati Jalur Gemilang. Sebagai contoh pad
Ogos 2019, Jabatan Penerengan Malaysia menyediaka
iklan ‘Cara memasang Bendera Jalur Gemilang’
17
Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anaknya cara
menghormati Jalur Gemilang dengan menjadi teladan
kepada mereka. Sebagai contoh Ibu Bapa harus memasang
Jalur Gemilang dengan cara yang betul dan selepas
digunakan melipat dan menyimpan dengan baik di tempat
yang bersih. Dengan aktiviti demikian kanak-kanak dapat
mengetahui cara asas untuk menghargai Jalur Gemilang.
18
Sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara
Jika anda seorang awam yang memakai baju melayu dan
bersongkok,maka hendaklah berdiri tegak dengan kedua-
dua belah tangan diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya
digenggam kemas serta rapat ke badan.
Jika anda seorang awam yang memakai topi (selain topi
rasmi anggota beruniform) maka topi tersebut mestilah
dibuka dan dipegang dengan tangan kanan serta
diletakkan ke dada sebelah kiri. Tangan kiri pula
diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam
kemas serta rapat ke badan
Jika orang kelainan upaya (OKU) yang berkerusi roda,
seeloknya duduk dengan keadaan kepala dan badan
ditegakkan jika berkemampuan, kedua-dua belah tangan
di atas peha dan kaki dirapatkan
19
Sebagai tanda berkabung
Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang sebagai tanda
berkabung atas peristiwa-peristiwa tertentu akan dikeluarkan
oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan
Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri-negeri
berkenaan.
Terdapat beberapa situasi atau peristiwa yang melibatkan
pengibaran bendera separuh tiang antaranya:
Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
(pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari
pemakaman)
Kemangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
(pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari
pemakaman)
20
Sebagai tanda menghormati jenazah
Jalur Gemilang boleh menutup keranda dalam Istiadat
Pemakaman atau Pengebumian Negara.
Penggunaannya adalah sebagai satu tanda
penghormatan terakhir negara terhadap individu
berkenaan yang telah berjasa kepada negara.
Antara individu-individu yang mendapat
penghormatan negara ialah:
Pembesar-pembesar negara
Duta-duta Malaysia di luar negara
Anggota tentera/polis yang meninggal dunia semasa
bertugas
21
ISU - ISU BERKAITAN JALUR
GEMILANG
Apabila Jalur Gemilang tidak dihormati, akan membangkitkan
kemarahan di dalam jiwa rakyat yang menyebabkan
perpaduan yang terbina itu musnah akibat perbuatan
seseorang itu yang tidak menghormati Jalur Gemilang.Isu
hangat 3 tahun lalu yang masih segar dalam ingatan rakyat
Malaysia di mana kes memaparkan Jalur Gemilang dengan
bintang lima bucu ketika majlis perasmian Kejohanan Bola
Keranjang kali ke-28.
Bendera Malaysia dengan bintang lima bucu itu dipaparkan
menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian
lagu Negaraku. Walaupun insiden seperti ini mengundang
kemarahan semua rakyat Malaysia, tetapi semua individu
yang mungkin sengaja memaparkan Jalur Gemilang dengan
bintang lima bucu itu terlepas daripada apa- apa tindakan
hanya dengan kata-kata maaf. Ibarat dengan meminta maaf
dapat mengubat hati yang terluka akibat daripada perbuatan
penghinaan Jalur Gemilang itu. Memohon maaf sebenarnya
bukan jalan penyelesaian sedangkan tindakan itu dianggap
melampau dan melanggar tata susila serta tidak menghormati
lambang dan simbol kebesaran negara. 22
Bukan itu sahaja semasa sambutan Hari Kemerdekaan rasmi
negara yang ke 64 pada 31 Ogos serta sambutan Hari
Malaysia yang ke-58 pada 16 September, terdapat
sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab telah
mengibarkan Jalur Gemilang yang sudah rosak, lusuh,
terkoyak dan diubah suai dengan sesuka hati tidak harus
diterima oleh mana–mana pihak. Hal ini demikian kerana
bukan sahaja tidak melambangkan semangat patriotisme
malah memberi pandangan yang buruk terhadap pelancong
dan yang mengunjungi negara kita. Adalah penting supaya
semua pihak menghormati proses atau tatacara pengunaan
dan pengibaran bendera Jalur Gemilang bagi mengelakan
wujudnya sebarang salah faham dalam kalangan orang
ramai.
23
Tindakan tegas wajar diambil terhadap individu atau pihak
yang cuba untuk memusnahkan perpaduan di negara kita ini
termasuk tindakan tidak menghormati Bendera Malaysia.
Menurut kata Babu Abdul Salim, bekas Ketua Balai Polis Bukit
Sentosa “Jalur Gemilang lambang penyatuan rakyat berbilang
kaum dan menjadi identiti warganegara.
Topik seterusnya adalah pada September 2021, Lajnah
Penerangan dan Media Baharu PAS Kawasan Kluang telah
mengadakan agihan Jalur Gemilang kepada para pengguna
jalan raya secara pandu lalu di Jalan Ciku dan Taman
Intan.Tujuan akitiviti ini berlaku adalah untuk
menyemarakkan perpadauan antara rakyat yang pelbagai
kaum dan menyuntik semangat patriotisme terhadap negara
walaupun negeri Johor masih lagi dalam Fasa 1 Pelan
Pemulihan Negara (PPN). Aktiviti tersebut dapat melakukan
dengan berjaya kerana ada kerjasama beberapa pihak iaitu
dari Pemuda PAS Kluang, Jabatan Amal Kluang, Dewan
Muslimat PAS Kluang, Ameerah Kluang dan Guru-guru PASTI.
24
Objek seperti botol, pasu, tiang, tin dan sebagainya yang
dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera
Malaysia
Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen,
langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, tudung, songkok ,
tanjak, sampin dan pakaian
25
Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk
yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi
tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan
-Penggunaan bendera dalam penghasilan logo
Penggunaan bendera dalam infografik yang bertindih
di antara teks dan bendera
26
FAKTA MENARIK
PELUPUSAN JALUR GEMILANG
Jalur gemilang yang telah pudar warna, koyak dan
seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap
sebagai bendera yang uzur dan pengibarannya
menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera
tersebut.
TEMPAT,HARI DAN MASA MENGIBARKAN JALUR
GEMILANG
TEMPAT 27
Jalur Gemilang dikibarkan di tempat tempat:
o Kediaman
o Pejabat
o Kapal/Feri/Bot
o Kapal terbang
HARI
i) Selain daripada hari bekerja biasa Jalur Gemilang
ditetapkan untuk dikibar,hari cuti am tertentu
Persekutuan dan Negeri juga ditetapkan untuk
dikibarkan seperti:
a)Wilayah Persekutuan
· Hari Pekerja pada 1 MEI
· Hari Wilayah Persekutuan
b)Negeri-Negeri
· Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka
Baginda Yang di-pertuan Agong
· Hari Kebangsaan Pada 31 OGOS
ii) Sekolah sekolah hendaklah mengibarkan bendera
pada hari hari persekolahan.
MASA
Ø Tradisi mengibarkan bendera adalah apabila
matahari terbit dan diturunkan pada waktu
terbenam.Tradisi ini telah menjadi amalan
antarabangsa semenjak berates tahun terdahulu
terutamanya dalam Ankatan Tentera Malaysia.
Ø Pengibaran Jalur Gemilang di sekolah pula adalah
pada waktu bermulanya kelas pertama dan
menurunkannya selepas kelas terakhir tamat.
Ø Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan sepanjang hari
di atas kapal ,feri dan bot
28
SUSUNAN DAN KEDUDUKAN JALUR GEMILANG APABILA
DIKIBARKAN
Susunan kibaran Jalur Gemilang dengan bendera negeri
negeri
Susunan bendera bagi acara di dalam dewan bangunan
/ stadium
29
Susunan bendera dalam perarakan
Sekiranya bendera diarak secara sebaris, Jalur
Gemilang hendaklah mendahului bendera-bendera lain.
Jika bendera diarak secara sederet, Jalur Gemilang
hendaklah diletakkan di tengah-tengah di antara
bendera-bendera yang lain ataupun berada di hadapan
sedikit dari bendera lain
30
Jika Jalur Gemilang dibawa berarak secara terbentang,
bahagian kepala bendera hendaklah diusung
mendahului perarakan sama seperti jika bendera
dibawa dengan tiang bendera
31
HAK MENGIBARKAN JALUR GEMILANG
Setiap rakyat berhak mengibarkan Jalur Gemilang
dengan syarat mengikut arahan atau yang ditetapkan.
Jalur Gemilang perlu dikibarkan secara tertib sebagai
lambang kebesaran dan kedaulatan negara sama ada
sewaktu menaikkan atau menurunkannya. Sebelum
mengibarkan Jalur Gemilang, faktor tempat, masa, saiz
bendera, tiang dan susunan bendera sekiranya lebih
dari satu jenis bendera perlu diketahui bagi
mengelakkan kesalahan protokol mengibarkannya
Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan pada hari-hari
bekerja, Hari Kebesaran Persekutuan dan Hari
Kebesaran Negeri. Walau bagaimanapun, Jalur
Gemilang boleh dikibarkan pada bila-bila masa dan di
mana-mana selagi kesesuaian dan kehormatan
terhadap bendera terpelihara.
32
PENUTUP
Salah satu ciri utama dalam pembinaan negara ialah
menyemarakkan kasih sayang terhadap bendera
negara iaitu Jalur Gemilang. Jalur Gemilang
mencerminkan kemegahan dan patriotisme sesebuah
negara. Oleh yang demikian rakyat Malaysia mestilah
berbangga dengan Jalur Gemilang kerana hal ini secara
tidak langsung telah menguatkan lagi proses
pembinaan negara kita yang terdiri daripada pelbagai
kaum, budaya dan agama dan telah membawa nama
negara di persada dunia. Terdapat banyak cara untuk
menunjukkan rasa cinta terhadap negara, bukan sahaja
mengibar Jalur Gemilang semata - mata
Rakyat Malaysia boleh menyemai semangat patriotik
mereka dalam kehidupan seharian contohnya dalam
pemikiran, percakapan dan tindakan bagi
mempertahankan negara. Rakyat Malaysia juga boleh
menyumbangkan pendapat mereka yang baik dan
sihat demi kepentingan negara. Dengan menyatakan
perasaan melalui saluran yang betul merupakan salah
satu hak yang seharusnya diamalkan oleh semua
rakyat Malaysia yang patriotik yang cintakan negara
serta inginkan negara yang terbaik.
33
Penyelidik mengharapkan sikap Patriotisme akan terus
digalakkan di dalam kalangan rakyat Malaysia bukan
sekadar ketika musim perayaan sahaja. Semangat
patriotisme wajib dihayati kerana ia adalah teras
pertahanan negara. Oleh itu, jiwa patriotik yang
semakin hilang dalam kalangan masyarakat perlulah
dikuatkan semula. Semoga bangsa Malaysia akan
berjaya pada masa hadapan dengat semangat cinta
akan negara yang kukuh
34
LAMPIRAN/RUJUKAN
1. GOOGLE
https://eseispmstpm.blogspot.com/2014/07/perpadu
an-kaum-di-malaysia.html
https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/17/jalur
-gemilang-semarak-perpaduan-pupuk-patriotisme/
https://www.researchgate.net/publication/34431879
8_Jalur_Gemilang_Simbol_Kebersamaanhttps://www.
google.com/imgres?imgurl=https://imgv2-1-
f.scribdassets.com/img/document/282721120/original
/9300577f08/1635089269?
v%3D1&imgrefurl=https://fr.scribd.com/doc/28272112
0/DEFINISI-
PERPADUAN&tbnid=FFwakx7bncmM3M&vet=1&docid=
nmfTaminjTOpmM&w=768&h=1024&itg=1&source=sh/
x/im
2. Jary, David (1991), Collins Dictionary of Sociology,
Glasgow: Harper Collins, m/s. 774, ISBN 0-00-470804-
0 Unknown parameter |coauthors= ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Ankerl, Guy: Toward a social contract on worldwide
scale: Solidarity contract. Geneva, ILO, 1980, ISBN 92-
9014-165-4
35