The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS_JURUACARA_MAJLIS_PELANCARAN_MINGGU_SAINS_&_MATEMATIK 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahwm, 2023-05-17 23:28:24

TEKS_JURUACARA_MAJLIS_PELANCARAN_MINGGU_SAINS_&_MATEMATIK 2022

TEKS_JURUACARA_MAJLIS_PELANCARAN_MINGGU_SAINS_&_MATEMATIK 2022

1 TEKS JURUACARA MAJLIS MAJLIS PELANCARAN MINI KARNIVAL STEM SMK SERI SERDANG TAHUN 2022 ACARA SKRIP Solutasi Yang Berusaha Bonda Serina Binti Jaafar, Pengetua SMK Seri Serdang, Puan Nik Haslindar bt Che Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zalina bt Darus, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Lam Yuet Wah, Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru kanan mata pelajaran, Guru-guru SMK Seri Serdang yang Sederap Sepasukan, Seterusnya anak-anak SMK Seri Serdang yang meluncur gemilang. Assalamualaikum wbt, salam bahagia, dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Mini Karnival STEM, SMK Seri Serdang bagi Tahun 2022. Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Selangor’ Para hadirin diminta berdiri untuk nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Negeri Selangor’ (Nyanyian Lagu) Terima kasih. Para hadirin dipersilakan duduk. Bacaan Doa Hadirin sekalian, Sebelum melangkah ke agenda yang seterusnya, moleklah kiranya kita menadah tangan memohon keberkatan daripada Allah swt dengan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh En MOHD TASLIM BIN MOHAMAD KOSTOR. Dipersilakan.


2 Ucapan pengerusi majlis Hadirin yang dihormati sekalian, izinkan saya untuk mengambil alih majlis perhimpunan kita ini dan meneruskannya dengan Majlis Pelancaran Mini Karnival STEM SMK Seri Serdang bagi Tahun 2022. Tema Mini Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau dikenali sebagai STEM ini ialah ‘MENJANA SKILL, KREATIVITI DAN INOVASI’. Matlamat program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada semua murid tentang ilmu STEM yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian serta mencungkil bakat dalaman murid dalam menghasilkan inovasi, kreatif, melalui pendekatan ‘hands-on’ dan penerokaan terbuka. Ucapan Perasmian oleh Pengetua/ Pen. Kanan Pentadbiran Hadirin sekalian, Daun Semulur di pekan sari, Batang Jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan Yang Berusaha Bonda Serina binti Jaafar, Pengetua SMK Seri Serdang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Mini Karnival STEM, SMK Seri Serdang bagi Tahun 2022. (Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Nik Haslindar bt Che Hamid Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Serdang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Mini Karnival STEM, SMK Seri Serdang bagi Tahun 2022.) Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan Pengetua/Perasmi) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Bonda Serina atas kesudian beliau menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.


3 Gimik Pelancaran Minggu Sains & Matematik Majlis memohon agar Bonda Serina terus berada di atas pentas bagi menyempurnakan Gimik Pelancaran. Majlis juga ingin menjemput dan mempersilakan; 1. Puan Nik Haslindar bt Che Hamid, Pen. Kanan Pentadbiran 2. Puan Zalina bt Darus, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, 3. Puan Lam Yuet Wah, Penolong Kanan Kokurikulum 4. Puan Zaliza bt Muhammad, Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional untuk tampil ke atas pentas bersama-sama Bonda pengetua bagi menyempurnakan Gimik Pelancaran Mini Karnival STEM. (Gimik Pelancaran) Maka dengan itu, rasmilah sudah Mini Karnival STEM SMK Seri Serdang bagi Tahun 2022. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bonda Serina, Puan Nik Haslindar, Puan Zalina dan Puan Lam Yuet Wah atas kesudian menyempurnakan Gimik Pelancaran sebentar tadi. Untuk pengetahuan semua, gimik sebentar tadi adalah gabungan inovasi dan kreativiti Puan Raha bt Abdul Gani dan Encik Muhammat Zubir bin Abdul Halim. Gimik perasmian itu menggabungkan 2 jenis robot iaitu 4 ekor robot serangga yang membawa perkataan STEM dan juga sebuah Drabot. Huruf-huruf yang di bawa oleh robot-robot serangga itu membawa maksud; S untuk Science T untuk Technology E untuk Engineering M untuk Mathematics Robot serangga merupakan gabungan tiga rekabentuk iaitu reka bentuk elektrik, rekabentuk mekanikal dan reka bentuk pembuatan.


4 Manakala robot Drabot adalah gabungan reka bentuk mekatronik yang menggunakan platform Arduino yang membolehkan robot Drabot dikawal menggunakan telefon bimbit. Tayangan Multimedia Hadirin sekalian, Bersempena dengan Mini Karnival STEM pada tahun ini, ada pelbagai acara yang akan dijalankan sepanjang 4 minggu, iaitu bermula 19 September sehingga 17 Oktober 2022. Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan semua panitia di bawah 2 bidang iaitu Bidang Sains & Matematik dan juga Bidang Teknik dan Vokasional. Marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan multimedia aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Mini Karnival STEM. (Tayangan multimedia) Penutup Kita telahpun tiba di penghujung acara SEMUA murid diminta agar tidak melepaskan peluang untuk menyertai sebanyak mungkin aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pemenang. Sekian dahulu untuk hari ini. Dengarlah serangkap pantun dari saya. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara, Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan Negara. Sekian, wabillahitaufikwalhidayat, Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Nyanyian Lagu sekolah Semua hadirin diminta berdiri untuk nyanyian Lagu Sekolah.


Click to View FlipBook Version