Tajuk: Si Montel dan Durinya
Nama Penulis: NUR ANIS BALQIS BINTI NORAZMAN
Nama Pensyarah: DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT
Sinopsis: Cerita ini mengisahkan tentang seekor anak landak yang bernama “Si Montel”. Si Montel
merupakan seekor anak landak yang ceria tetapi mula kurang keyakinan diri untuk keluar dari rumah
dan bermain dengan rakan-rakannya. Hal ini berlaku disebabkan duri pada badannya yang sangat
tajam dan menyebabkan rakan-rakannya tidak ingin mendekatinya lagi. Sejak berlakunya suatu
tragedi yang tidak diingini semasa bermain, Si Montel menjadi semakin pendiam dan lebih banyak
melakukan halnya sendiri di rumah. Keadaan Si Montel itu amat membimbangkan ibunya. Oleh itu,
ibunya mula memujuk Si Montel untuk pergi bermain di hutan semula. Semakin hari, keadaan Si
Montel makin baik dan dia mula mengikuti ibunya pergi mencari makanan di hutan. Namun, suatu
kejadian yang tidak diduga berlaku di hutan yang melibatkan nyawa rakan-rakan Si Montel. Walaupun
berlaku pertelingkahan antara Si Montel dan rakan-rakannya, Leo dan Si Comel. Si Montel masih
mahu menyelamatkan mereka dengan ikhlas.
Watak dan Perwatakan:
Si Montel (anak landak)-Seekor landak yang ceria dan berani.
Si Comel (anak kucing)-Seekor anak kucing yang manja.
Leo (anak musang)-Seekor anak musang yang suka merendahkan diri haiwan lain.
Ibu landak-Ibu landak yang penyayang dan suka membantu.
Hitam (ibu Si Comel)-Ibu kucing yang bersikap batu api.
Musang (ibu anak musang)-Ibu musang terlalu memanjakan anak.
Ah Lim (pemburu 1)-Seorang yang tamak duit.
Raju (pemburu 2)-Seorang pemburu yang tiada belas kasihan.
Leha (penjual haiwan 3)-Seorang yang mementingkan diri.
Babak 1
Pada suatu pagi, Si Montel berasa teruja untuk mengikuti ibunya ke hutan untuk mencari makanan
bersama Musang, Hitam dan anak-anak mereka iaitu Leo dan Si Comel. Ibu landak turut memberi
kebenaran kepada Si Montel untuk bermain bersama-sama Leo dan Si Comel berhampiran hutan.
Tanpa berlengah lagi, ibu landak dan Si Montel mula pergi ke hutan. Musang dan Hitam pula pergi ke
hutan bersama-sama dengan anak mereka.
Ibu landak: Selamat pagi Si Montel. Jom ikut ibu pergi ke hutan nak? Ibu nak pergi cari makanan sikit
ni. Haa jomlah…ikut ibu. Musang, Hitam dan anak-anak mereka pun ada nanti. Jadi, bolehlah kamu
bermain dengan Leo dan Si Comel nanti…kan seronok.
Si Montel: Selamat pagi ibu! Mestilah nak ikut…yeayyy (nada gembira).
Ibu landak: Jom kita pergi sekarang takut lewat pula.
Si Montel: Jom.
Setibanya di hutan
Ibu landak: Itu pun mereka. Jom cepat! Mesti mereka baru sampai sini juga (berlari anak).
Si Montel: Baiklah ibu.
Musang: Dah sampai pun.
Ibu landak: Ya lah. Maaf la lambat sikit. Jomlah kita cari makanan. Anak-anak semua main elok-
elok…jangan pergi jauh.
Si Montel, Leo dan Si Comel: Baiklah!
Babak 2
Keesokan petang, Ibu landak, Musang dan Hitam pergi lagi ke hutan bersama-sama anak mereka. Di
hutan, Si Montel, Leo dan Si Comel bermain bersama sementara ibu mereka mencari makanan. Tiba-
tiba, duri Si Montel terkena tubuh Leo semasa mereka sedang berlari-lari. Disebabkan itu, Leo
mengalami kecederaan dan dia terus menangis sambil memanggil ibunya. Musang segera
mendapatkan anaknya dan memarahi Si Montel. Ibu landak cuba menenangkan keadaan tetapi
keadaan menjadi lebih teruk kerana Hitam turut menyalahkan Si Montel. Tanpa mereka sedar, penjual
haiwan memerhatikan mereka.
Si Montel: Hari ni kita main kejar-kejar nak?
Leo dan Si Comel: Nakkk!
Mereka bertiga pun mula bermain
Leo: Aduhhhhh!! Sakitnya badan aku! (Menjerit kesakitan)
Si Montel: Maafkan aku Leo, aku tak sengaja terlanggar kau. (nada risau)
Si Comel: Bahayanya duri kau!
Leo: Ibuuuuuuu…tolonggg…(menangis).
Musang: (berlari mendapatkan Leo) Eh anak akuu cedera! Ni mesti duri Si Montel kan?
Leo: Ya ibu. Ini duri Si Montel yang hodoh tu (menangis).
Musang: Kamu sungguh nakal Si Montel! Jangan bermain dengan anak aku lagi lepas ni! (nada
marah)
Ibu landak: Sudahlah jangan begini. Itu kan kemalangan yang tidak sengaja.
Hitam: Alasan! Mari kita pulang, Musang.
Si Montel: Sa…sa…ya…minta maaf (menangis).
Penjual haiwan ternampak mereka berkumpul.
Leha: Uishhh! Banyaknya haiwan. Ni kalau jual mesti dapat banyak duit. Aku kena upah pemburu
untuk tangkap haiwan ni.
Penjual haiwan beredar.
Si Montel beredar meninggalkan mereka.
Si Montel: (Mula menyanyi) rasa sedih hmm…rasa sedih, sedih hmm…hei lihat aku sedih, rasa sedih,
sedih hmm…(melodi lagu rasa sayang hei).
Babak 3
Seminggu kemudian, Si Montel masih mengurungkan dirinya di dalam bilik dan hanya keluar untuk
makan. Ibunya risau akan keadaan Si Montel. Pada waktu makan tengah hari, ibu landak bertanya
kepada Si Montel bilakah dia hendak keluar bermain dengan rakan-rakannya semula.
Si Montel menjawab pertanyaan ibunya. Selepas dipujuk oleh ibunya, Si Montel pun pergi keluar
bermain berhampiran hutan seorang diri sambil cuba mencari rakannya. Setibanya di hutan, Si Montel
ternampak Leo dan Si Comel bermain bersama. Dia memberanikan diri untuk berjumpa mereka tetapi
mereka memarahinya. Tanpa mereka sedar, ada manusia yang sedang memerhatikan mereka.
Manusia tersebut ialah Ah Lim dan Raju yang sedang berbual dengan Leha tentang wang yang
mereka akan dapat sekiranya berjaya menangkap landak, musang dan kucing.
Ibu landak: Si Montel, ibu risau dengan kamu asyik terperap dalam bilik je. Kamu okey? (nada risau).
Si Montel: Hmm…okey ibu (nada sayu).
Ibu landak: Betul? Kalau dah okey bila kamu nak pergi bermain lagi dengan rakan-rakan? Dah lama
kamu tidak pergi bermain. Pergilah keluar bermain di hutan sambil tu cuba cari kawan (nada
memujuk).
Si Montel: Ye betul…kalau begitu baiklah ibu. Petang nanti Si Montel pergi keluar bermain.
Ibu landak: Macam ni lah anak ibu!
Si Montel tiba di hutan.
Si Montel: Emm…hai Leo, Si Comel. Boleh aku bermain sekali?
Si Comel: Kami tidak mahu bermain dengan kau.
Si Montel sedih dan pulang ke rumah.
Dalam masa yang sama Leha, Ah Lim dan Raju sedang memerhatikan Si Montel, Leo dan Si Comel.
Leha: Aku nak korang tangkap haiwan tu faham! (mencampakkan botol air ke tanah)
Ah Lim: (Terkejut dan marah) Ishhh aku tahulahh…habis patah chopstick aku nak buat makan dim
sum ishhhh…orang nak makan pun tak senanglah. Tapi tak apa, agak-agak berapa duit aku akan
dapat?
Leha: Maaflah, nanti aku kira duit kau lepas kau dah tangkap haiwan tu semua.
Raju: (Nada jahat) Kau nak kami tangkap guna cara kasar ke cara lembut? Hahaha.
Leha:Terpulang kepada korang. Yang aku tau haiwan tu aku punya.
Babak 4
Keesokan paginya, ibu landak dan Si Montel pergi ke hutan untuk mencari makanan lagi. Setibanya
di hutan, mereka terserempak dengan Musang, Hitam dan anak-anak mereka. Musang dan Hitam
menjeling ibu landak dan Si Montel. Ibu landak dan Si Montel tidak peduli akan mereka. Si Montel
mengikuti ibunya masuk ke dalam hutan dan mencari makanan bersama-sama. Musang dan Hitam
juga masuk ke dalam hutan, manakala Leo dan Si Comel bermain di kawasan berhampiran hutan.
Dalam masa yang sama, Ah Lim dan Raju sedang memerhatikan pergerakan Leo dan Si Comel dan
bersedia untuk menangkap mereka. Namun, tindakan mereka sempat dihalang oleh ibu landak dan
Si Montel.
Ibu landak: Si Montel, mari ikut ibu pergi hutan.
Si Montel: Baiklah ibu.
Di hutan,
Musang dan Hitam: (Menjeling ibu landak dan Si Montel).
Ibu landak: Abaikan mereka, jom pergi.
Si Montel: Jom ibu.
Di sekitar hutan, kelihatan Leo sedang bermain dengan Si Comel sambil diperhatikan oleh Ah Lim dan
Raju.
Ah Lim: Raju, kita masuk dalam hutan tu lepastu kita terus tembak musang dan kucing tu.
Raju: Jom.
Dalam hutan, Ah Lim dan Raju sedang meniarap dan menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan
tembakan ke arah Leo dan Si Comel. Secara kebetulan, Si Montel ternampak perbuatan Ah Lim dan
Raju dan segera memberitahu ibunya.
Si Montel: Ibu! Mari sini lihat tu Leo dan Si Comel dalam keadaan bahaya!
Ibu landak: Eh haah lahhh! Si Montel ikut ibu perlahan-lahan kita pergi kat pemburu tu dan kita
gunakan duri kita untuk cucuk tapak kaki mereka. Bahaya ni! Nyawa Leo dan Si Comel sekarang
bagai telur di hujung tanduk.
Si Montel: Baiklah!
Si Montel dan ibunya mencucuk kaki Ah Lim dan Raju hingga berdarah. Ah Lim dan Raju menjerit
kesakitan dan melepaskan tembakan ke udara menyebabkan Musang dan Hitam segera berlari
melihat apa yang berlaku.
Ah Lim dan Raju terus keluar dari hutan dalam keadaan cedera.
Musang: Kenapa niiii? Apa yang berlaku ni landak? (nada cemas).
Ibu landak: Pemburu cuba nak tembak Leo dan Si Comel. Aku dan Si Montel cucuk kaki mereka untuk
halang perbuatan jahat mereka.
Musang dan Hitam: Terima kasih landak! Kau telah selamatkan anak kami. Kami tak tahu apa akan
terjadi jika kau dan anak kau tiada (nada bersyukur).
Ibu landak: Tidak mengapalah. Aku ikhlas membantu.
Leo dan Si Comel: Terima kasih kerana selamatkan kami. Maafkan kami Si Montel. Kami janji tidak
akan mengejek kamu lagi. Kita jadi kawan baik ya.
Si Montel: Sama-sama. Hmm...
Babak 5
Musang, Hitam dan anak-anak mereka pergi ke rumah ibu landak dan Si Montel pada waktu petang
untuk memberikan buah tangan sebagai tanda minta maaf. Mereka pun berbaik. Ibu landak
menasihati Leo dan Si Comel untuk tidak merendahkan diri haiwan lain supaya tidak berlaku kejadian
yang sama lagi.
Musang dan Hitam: Landak! Kami datang ni.
Ibu landak: Ehh masuklah.
Musang: Sebenarnya kami nak minta maaf lagi sekali. Ambillah buah tangan dari kami ni landak. Kami
nak berkawan dengan kau.
Ibu landak: Susah-susah je. Terima kasih. Aku sudah maafkan.
Leo dan Si Comel: Kami pun minta maaf sebab mengejek Si Montel.
Ibu landak: Makcik harap kamu berdua sedar bahawa merendahkan diri haiwan lain tu perkara yang
tidak baik. Kita tak tahu siapa yang akan ada dengan kita masa kita susah. Jadi, kamu kena hargai
kewujudan rakan kamu.
Leo dan Si Comel: Baiklah makcik.
-Tamat-