The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pss.smkseriampangan, 2022-10-28 22:05:24

Teroka Sabah

Teroka Sabah

Keywords: majalah

DESTINASI PELANCONGAN ANDA

TEROKA
SABAH

BAH! MARILAH

Pelancongan dan Istimewanya Sabah
Bumi di bawah bayu
Jangan lepaskan peluang!

Pengembaraan

Banyak pulau
cantik

on his fNirisktmtiamtiepaetrcNuYtiFaWn terindah
anda bersama keluarga tercinta
di Sabah

E-MAJALAH | JAN2022

TINTA EDITOR

Assalmualaikum dan salam sejahtera. EDITOR: FAZLIATUN AIN
MUHD KHAIRUL ANWAR
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah, NURUL WAWIDAH
rahmat dan kurnianya. Buat pertama kalinya, Majalah
Teroka Sabah dapat diterbitkan didalam bentuk e-
majalah akan menemui pembaca. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua
editor Majalah Teroka Sabah ini dan Dr. Marzalina
sebagai penasihat majalah ini yang tidak jemu memberi
nasihat dan tunjuk ajar untuk kami menjayakan majalah
ini. Majalah Teroka Sabah ini merupakan sebuah
majalah pelancongan di SABAH yang akan
memfokuskan tempat-tempat menarik yang boleh
dilawati pelancong Malaysia sendiri ataupun pelancong
dari negara lain. Setiap keluaran edisi majalah ini akan
memfokuskan tempat yang berlainan. Disebabkan
Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah
menjejaskan industri pelancongan Malaysia. Banyak
hotel dan inap desa (homestay) tidak dapat beroperasi
seperti biasa. Tidak terkecuali juga peniaga-peniaga
yang beroperasi di kawasan pelancongan turut terjejas
kerana tiada sebarang aktiviti pelancongan sepanjang
tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Oleh itu,
kami cuba membantu para pemain industri pelancongan
Malaysia dengan cara menpromosi perniagaan mereka
didalam majalah ini. Kami dengan adanya e-majalah
dapat membantu mereka yang terjejas.

NUR ATIQAH

KEISTIMEWAAN SABAH Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang
terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua
PELANCONGAN terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di
DI SABAH utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di
dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang
OLEH: NUR ATIQAH dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga
sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana
kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di
bawah laluan angin monsun. Jangan terkejut di negeri
Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini sebenarnya terdapat
pelbagai “port” yang mengancam. Sampaikan ada
setanding dengan luar negara. Jom kita lihat.

Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai “KK”
merupakan bandar keenam dirasmikan di Malaysia
pada tahun 2000. Kita memerlukan kira-kira 3 jam
penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali
sebagai Jesselton, iaitu ibu negeri Sabah yang terletak
di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat
pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar
ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut
China Selatan. Kedudukannya yang berhampiran
dengan Gunung Kinabalu menyebabkan ia diberi
nama Kota Kinabalu. Bandar ini juga merupakan
destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang
popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga
Borneo. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu
daripada pusat perindustrian dan komersial utama di
Malaysia Timur.

ARTIKEL UTAMA | 1

Sabah juga mempunyai pelbagai pulau dan hutan
yang menarik sehingga ke taraf antrabangsa.
Terdapat satu pulau di Sabah yang mencatatkan
kunjungan pelancong luar paling tinggi
berbanding pulau lain iaitu Pulau Sapi. Pulau Sapi
popular dalam kalangan pelancong bagi aktiviti
snorkeling dan menyelam. Ia dibangunkan
dengan kemudahan seperti jeti, tempat berkelah,
tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan
bilik air. Hutannya pula didiami oleh macaques.
Pulau sapi sangat istimewa kerana merupakan
pulau yang paling ramai dikunjungi oleh
pelancong luar berbanding pulau-pulau lain
dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman saperti
Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau
Sulug. Ini kerana pulau Sapi terkenal dengan air
lautannya yang bewarna hijau kebiru-biruan atau.
Warna tersebut dikenali sebagai warna turqoise.

KEUNIKAN ARTIKEL UTAMA | 2
SABAH

Pulau kecil seperti permata di Laut Sulu,
Lankayan telah diisytiharkan sebahagian
daripada Kawasan Perlindungan Marin yang
besar untuk mengamalkan konsep eko-
pelancongan. Pulau ini dikelilingi oleh pantai
berpasir putih yang tiada tandingannya,
menawarkan penginapan yang elegan dan indah
di semua 23 chalet pinggir laut yang luas. Pulau
Lankayan ini adalah kawasan yang sesuai untuk
mencari ketenangan dan ia juga mempunyai
kawasan menyelam yang cantik. Bermula bulan
Mac hingga Mei, whale shark boleh dilihat disini,
ini adalah ‘dream date’ bagi mereka yang suka
menyelam.

PAGE 07

SABAH MAJU JAYA

FAKTA MENARIK
MENGENAI
SABAH

Negeri di Bawah Bayu, Tahukah anda bahawa kajian
Sabah, adalah negeri kedua hidupan liar yang dibuat oleh
terbesar di Malaysia, yang National Geographic
terdiri daripada 13 negeri dan mendedahkan bahawa 10
3 wilayah persekutuan. kilometer persegi Sabah
Dengan kawasan yang mempunyai lebih banyak
menjangkau 72,500 kilometer flora dan fauna daripada
persegi, dipenuhi dengan Amerika Utara dan Eropah
pantai yang dikelilingi oleh digabungkan? Hutan di
Laut China Selatan di Sabah dikelaskan sebagai
bahagian Barat, Laut Sulu di hutan hujan dimana saintis
bahagian Timur Laut dan menganggarkan ia pada 130
Laut Celebes di bahagian juta tahun - salah satu yang
Timur, Sabah terletak di tertua di dunia! Kinabalu
bahagian paling utara Borneo Park, yang meliputi kawasan
dan juga merupakan pulau sekitar Gunung Kinabalu
ke-3 terbesar di dunia. merangkumi kira-kira 754
kilometer persegi. Ia adalah
Sabah secara kebiasaannya syurga botani untuk
adalah panas dan cerah himpunan spesis tumbuhan
sepanjang tahun. Dalam iklim dan hidupan liar yang paling
tropika seperti ini, ia adalah luar biasa di dunia . Tumbuh-
dinasihatkan untuk tumbuhan di taman boleh
berpakaian selesa dalam kain berubah dari hutan tropika
linen yang ringan, kain jenis rendah yang subur ke
kapas, baju kemeja-T, seluar padang rumput alpine sejuk
pendek, atau seluar jeans dan lain-lain. Rafflesia, bunga
untuk mengelakkan rasa terbesar di dunia, juga
terlalu panas. Hujan juga ditemui di sini. Bunga parasit
adalah biasa sepanjang ini mengambil masa kira-kira
tahun, tetapi ia boleh menjadi 9 bulan untuk mekar, tetapi
jauh lebih lembap ketika hanya hidup untuk 3-4 hari
musim Monsun Timur Utara dengan mengeluarkan bau
(Oktober - Februari), dan yang tidak menyenangkan
panas / kering antara bulan untuk menarik serangga
Mei dan September. seperti lalat untuk
pendebungaan.

Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan yang ditutur secara luas
di seluruh etnik di Sabah. Walau bagaimanapun, orang Sabah
bercakap Bahasa Malaysia dengan dialek Sabahan Baku, sedikit
berbeza daripada dialek orang Malaysia Barat. Selain daripada
bahasa ibunda masing-masing seperti Kadazan, Dusun, Bajau, dan
Murut; bahasa Mandarin dan beberapa dialek Cina seperti Hakka
dan Kantonis, serta bahasa Inggeris juga dituturkan di sini.

ARTIKEL UTAMA | 3

TIPS UTAMA PERCUTIAN

3 BAJET

OLEH: MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN SHAHRIL

Percutian bajet merupakan satu keinginan bagi setiap yang ingin
merancang untuk menikmati pelancongan yang terbaik di mana ianya
memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada seseorang itu.

MEMBUAT TEMPAHAN AWAL




Perancangan awal amat diperlukan bagi

menikmati percutian bajet yang telah

dirancang. Hal ini dapat mengurangkan

kos yang tinggi jika anda membuat

segala persediaan tempahan dnegan

lebih awal. Sebaiknya segala bentuk

tempahan ini dibuat 3-6 bulan lebih

awal dari tarikh percutian anda. Bagi tempahan awal penginapan,

kebiasaanya tidak memerlukan deposit
Oleh itu, penetapan tarikh percutian dan menggunakan terma free
anda harus dibuat dahulu sebelum cancellation di mana anda bebas untuk
meneruskan proses tempahan ini. membatalkan tempahan pada bila-bila
Tempahan awal yang diperlukan adalah masa jika berlaku sebarang masalah.
seperti tempahan penginapan dan

pengangkutan percutian.

Bagi tujuan pengangkutan, anda boleh menikmati dengan harga yang

jauh lebih murah jika anda melakukan tempahan awal bagi tiket

pengangkutan percutian. ARTIKEL SAMPINGAN | 4

TEMPAHAN BERPAKEJ

Tempahan awal yang dibuat akan lebih berpatutan jika anda
memilih untuk membuat tempahan berpakej. Tempahan
berpakej merangkumi tempahan pakej penuh percutian yang
telah siap merangkumi penginapan, pengangkutan dan
makanan.

BERCUTI DI LUAR MUSIM

Bagi mendapatkan percutian bajet yang terbaik,
anda diingatkan untuk merancang tarikh
percutian anda di luar musim kemuncak seperti
pada cuti persekolahan dan cuti umum.
Hal ini kerana, musim kemuncak sedemikian akan sedikit sebanyak
boleh merugikan anda di mana ianya memerlukan kos yang sangat
tinggi daripada harga penginapan dan tiket pengangkutan yang
mahal.
Tambahan pula, peluang untuk anda kunjungi ke tempat-tempat
yang menarik mungkin sangat tipis kerana telah dipenuhi dengan
pelancong-pelancong lain juga turut bercuti ketika pada waktu itu.
Oleh itu, rancangalah tarikh percutian anda sebaiknya bagi
mengelakkan perkara-perakara sebegini berlaku.

Tips-tips yang diberikan oleh penulis amat berguna kepada pelancong yang
ingin melancong atau bercuti ke sesebuah tempat. Manfaat daripada

mengikuti tips ini bukan sahaja boleh mengurangkan kos dan masa tetapi
juga dapat memudahkan urusan proses percutian tersebut

ARTIKEL SAMPINGAN | 5

TEKA SILANG KATA

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

Melintang Menegak




2. Salah satu gua kapur terbesar 1. Tempat bersejarah di Pulau Pinang
4. Tasik buatan manusia yang terbesar di 3. Gunung yang tertinggi di Malaysia
Asia Tenggara 5. Salah satu bukit yang terdapat di negeri
8. Pulau di Kedah Pahang
9. Tempat beribadat bagi kaum Hindu 6. Salah satu tapak warisan dunia UNESCO
11. Kawasan bijih timah terbesar di dunia 7. Salah satu pasar malam yang terkenal dan
12. Kubu pertahanan Portugis tersibuk
13. Ibu negeri Perak 10. Tempat perlancongan di Sabah
14. Salah satu pulau terindah di Malaysia
15. Salah satu pasar terapung yang terdapat RUANGAN KREATIF | 6
di Malaysia

PANTUN BUMI DI
BAWAH BAYU

OLEH: FAZLIATUN AIN

Orang lama simpan rahsia,
cara mengelak disengat lebah.
Tanahnya luas di Timur Malaysia,
dikenali sebagai negeri Sabah.

Puteri raja sungguh pemalu,
apabila bertemu dengan si putera.
Di Ranau terletak Gunung Kinabalu,
puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Lepas kenyang tidur lena,
berselimut dengan kain batik.
Pulau Sipadan terletak di Semporna,
lautnya jernih pantainya cantik.

Dalam hutan ada si badak,
di tepi kolam ada si itik.
Kota Kinabalu ramai sumandak.
bahasanya lembut orangnya cantik.

RUANGAN KREATIF | 7

BERITA SEMASA

OLEH: NURUL WAWIDAH

Manfaat sektor SABAH BUKA SEMULA
pelancongan Sabah GELEMBUNG
hingga ke mata dunia PELANCONGAN

Kerajaan dan KOTA KINABALU: Gelembung pelancongan akan dibenarkan semula
rakyat Sabah bagi membantu mengaktifkan kembali aktiviti pelancongan di Sabah,
perlu berani serta dalam masa terdekat.
memanfaatkan
sektor Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk
pelancongan bagi Jafry Arrifin, berkata ia selaras keputusan kerajaan melonggarkan
mengangkat prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang sudah
negeri hingga melengkapkan vaksin COVID-19.
dikenali di
seluruh dunia. Beliau berkata, pelaksanaan semula konsep pelancongan itu juga
. sejajar dengan pembukaan pusat pelancongan di Sabah yang
dibenarkan untuk individu lengkap vaksin dalam daerah sama.
Malah, jelas Pengarah Eksekutif Katanya, konsep gelembung pelancongan akan membolehkan
Sofield Petroleum Sdn Bhd, Shafiqah pelancong tempatan melancong di luar daerah masing-masing,
Zairina S Zamzaini berkata, beliau namun ia perlu dilakukan melalui agensi pelancongan dan hotel yang
berharap kualti kehidupan di menyediakan perkhidmatan berkenaan.
Malaysia dan Sabah khanys termasuk
perkhidmatan dapat ditingkatkan. v"Agensi pelancongan dan pihak hotel bagaimanapun perlu
mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Shafiqah Zairina turut mahu, (COVID-19) sebelum melaksanakan gelembung pelancongan.
penggunaan revolusi industri (IR) 4.0, "Pelancong mesti dibawa dari satu lokasi ke lokasi lain, mesti
data raya dan kepintaran buatan menempah awal, manakala pekerja operator pelancongan, hotel,
dapat dilaksanakan dalam konteks resort dan inap desa mesti sudah lengkap vaksin," katanya dalam
Malaysia. kenyataan, hari ini.

SKY MIRROR LABUAN DI BERITA SEMASA | 8
PULAU LARAI-LARAI,
TARIKAN TERBAHARU
PELANCONG

LABUAN: Labuan
bakal memiliki
tarikan ‘Sky
Mirror’ apabila
fenomena
semula jadi itu
dilihat berlaku di
Pulau Larai-Larai
di perairan
Kampung
Bebuloh di sini.

Pulau yang baru ditemui itu terletak kira-kira
15 minit perjalanan dengan bot dari jeti
Kampung Bebuloh Laut, didapati belum
diterokai dan menawarkan pemandangan
unik.
Apabila air surut dengan paras air laut
menurun, pulau itu kelihatan terbentang luas
sebesar saiz dua padang bola sepak.
Fenomena Sky Mirror telah menjadikannya
lokasi tepat untuk menghasilkan gambar
yang menakjubkan dan kreatif serta menarik
ramai pelancong dan jurugambar profesional
untuk merakamkan pemandangan indah itu.
Fary berkata Perbadanan Labuan akan
membina infrastruktur seperti jeti untuk
operator bot tempatan membawa pelancong
ke pulau itu.

KUNDASANG SABAH DISKAUN SEHINGGA 50%

KUNDASANG

"Rasai pengalaman anda berada di awang-
awangan"

Sah sehingga 30 December 2022!

Dapatkan diskaun yang lebih banyak sekarang dengan menempah sebelum 3 Mac 2022.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.kundasang-hotel-separuh-harga.com

RUANGAN IKLAN | 9

50% OFF

TEMPAH SEKARANG!

tELEFON: +6088 213 494
EMAIL: [email protected]
ALAMAT: E34-2, First Floor, Block E Kepayan Perdana
Commercial Centre, Jalan Kepayan 88200 Kota Kinabalu,

Sabah Malaysia.







RUANGAN IKLAN | 10

PAKEJ PULAU
MABUL 2022:

HANYA RM 600
5-10 ORANG

3 HARI 2 MALAM

✅ 1 malam di UC MABUL CHALET / UC
SEMPORNA HOTEL
✅ Penghantaran lapangan terbang (Tawau –
Semporna)
✅ Pemandu sebagai Tour Guide (Tour
Leader)
✅ Tiket-tiket aktiviti
✅ Makan minum
✅ Boat Transfer Semporna – Mabul Island
Return
✅ 2 Boat snorkeling gear
✅ Set penuh Snorkeling
✅ Bilik privasi, bilik air, penghawa
dingin/kipas

RUANGAN IKLAN | 11

Pakej Pulau Bum Penginapan di Bum Bum
Bum Reef & Trip Kenderaan persiaran
Semporna Island berpermit
'Islands Hopping
Hopping Pemandu pelancong
profesional
PAKEJ SMART Bot berpermit
3H2M | 2–10 orang pelancongan
Hidangan & makan minum
OLEH: NURUL WAWIDAH Snorkeling Trip
Peralatan keselamatan

RUANGAN IKLAN | 12


Click to View FlipBook Version