The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by soleh ibrahim, 2023-10-26 12:20:26

Buletin ILDAN

ILDAN

Keywords: BLTIN ILDAN

fifffflffiflfflfifffflflflfflffffl ULAMAK & TEKNOKRAT fifffflffiflffiffiffi  flffi ffi ffi ffifl fifffflffiffflffflffffflfffflffiffl fifflffiflffiflffi ffi  flffi ffi   fflfifffflffiffflffflffffflfffflffiffl Institut Latihan Darul Naim | Oktober 2023 | Bil. 19/1-2023 BULETIN Menuju Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera


Buletin ini diterbitkan selepas pembentukan kepimpinan kerajaan baharu Kelantan yang telah dipilih melalui sistem demokrasi selepas menang pilihanraya negeri Kelantan pada 12 Ogos 2023. Pada masa yang sama ILDAN yang sebelum ini terletak di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi telah berpindah kepada YB Timbalan Besar Kelantan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Serentak dengan itu, buletin ini diterbitkan buat kali pertama dengan penjenamaan nama baharu iaitu Buletin ILDAN sesuai dengan nama institusi. Sebelum ini, ia dinamakan Buletin Rabbani atas sebab penggubalan Dasar Pendidikan Rabbani telah diberi tanggungjawab kepada institut ini (sebelum ini Institut Latihan Perguruan Kelantan) untuk dibangunkan. Dalam ruangan buletin tersebut telah dimasukkan ruangruang perbincangan berkaitan dasar rabbani dan isu-isu pendidikan yang menjadi cerminan baharu kepada dasar yang digubal tersebut. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang rabbani tetap akan dikekalkan dalam wajah baharu pada masa depan melalui makalah yang lebih ilmiah. Ia bertujuan bagi membezakan antara program dan aktiviti dengan idea-idea separa ilmiah berkaitan rabbani. Pendekatan baharu yang digunakan dalam buletin ILDAN ialah pemberitaan yang bermatlamat mendidik agar memberikan impak kepada setiap pembaca. Ia tidak terikat dengan kerangka aktiviti yang berjadual seperti pemberitaan secara tradisional sebagaimana pelaporan berita akhbar harian dan media massa terkini. Perkara yang ditekankan ialah matlamat dan pengisian program di mana ia ditonjolkan sebagai ‘tagline’ utama setiap pemberitaan. KANDUNGAN Tinta PENGARAH 02 Dari Meja KETUA PENGARANG 03 BERITA Kelantan Merangka ke Arah Negeri Maju 04 BERITA Kelantan Ke Arah Fasa 30 Tahun Kedua 07 BERITA Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani 10 AKTIVITI & GALERI 12 BERITA Pendidikan Rabbani Diperkasakan di Tujuh Zon 14 BERITA Latihan Komuniti Rabbani (K-RABB) Kini Aktif Bergerak 16 LENSA ILDAN 18 AKTIVITI & GALERI 21 BERITA ILDAN 27 AKTIVITI & GALERI 28 PENDIDIKAN RABBANI Kepimpinan Dalam Konteks Kurikulum Dan Pendidikan 30 PENDIDIKAN RABBANI Kaedah Pengajaran Berkesan mengikut Ibnu Khaldun DARI MEJA KETUA EDITOR Dr. Azizi Bin Umar PENAUNG YB DATO’ DR. MOHAMED FADZLI BIN DATO’ HJ. HASSAN Pengerusi Lembaga Pengarah ILDAN Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Integriti, Sumber Asli, Pembangunan Insan & Undang-Undang Negeri Kelantan. KETUA EDITOR • DR. AZIZI BIN UMAR EDITOR • UST. SOLEH BIN IBRAHIM • AMIRA NUR SYAFIAH BINTI MOHAMMAD JAWATANKUASA EDITORIAL • UST. BORHANUDDINBIN HJ. AHMAD • DR.NIK ABD RAHMAN BIN NIK YAACOB • UST. HISHAMMUDIN BIN MUSTAPHA • USTAZAH RADIN SERI NABAHAH AHMAD ZABIDI • MUHAMMAD SYAZWAN BIN CHE MOHD ARIF • NURUL AYUNI BINTI CHE ABDULLAH JAWATANKUASA TEKNIKAL • AMINIY HIFZULLAH IMTIAZ BIN MOHAMAD DAUD • NIK MOHD FAKHRIY BIN AB. WAHAB • MOHAMAD SAIFUL AMMAR BIN SIDI AHMAD SIDANG REDAKSI DR. AZIZI UMAR Pengarah ILDAN Dipinjamkan perkhidmatan daripada Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 02 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Kelantan Merangka ke Arah NEGERI MAJU Kongres Perdana Kelantan Sejahtera yang bersidang pada 14 Zulkaedah 1444 bersamaan 3 Jun 2023 yang membincangkan tentang Membangun Bersama Islam : Pencapaian dan Unjuran melibatkan 1 ucaptama dan 20 perkongsian kepakaran yang telah dipecahkan empat (4) kluster iaitu : 1. Kluster Kepimpinan dan Governan 2. Kluster Pembangunan Insan dan Ummah 3. Kluster Prasarana dan Perubahan Teknologi 4. Kluster Sosio-Ekonomi dan Kesejahteraan Pemangkin kepada kemajuan ‘30 Tahun Kedua’ adalah budaya ekonomi Kelantan yang berdaya-saing & berdaya-usahawan, disokong kecemerlangan pendidikan & ketersediaan infrastruktur, dipandu kepimpinan berwawasan & berjiwa rakyat. Tujuh bidang fokus yang boleh diberi “nilai-tambah” di Kelantan ialah: 1. Infrastruktur Berimpak Tinggi 2. Strategi Kepelbagaian Hasil 3. Pembangunan Bandar Baharu (Edu-City, Eco-City) 4. Kelantan Sebagai Destinasi Pelancongan 5. Keberhasilan Pertanian Kelantan 6. Pembangunan Industri Hiliran Berskala Besar 7. Ikon Usahawan ‘Anak Kelantan’ Memberi nilai-tambah kepada “Keunikan Kelantan” adalah sumber kemajuan dan kemakmuran rakyat Kelantan di masa hadapan. Barisan Moderator Pembentangan Konggeris Perdana: Kiri ke Kanan: Ustazah Asmak Husin, Dr. Wan Nik Wan Yusof , Dr. Mohd Nor Hussin, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh, Dr. Nadzmi Ghazali Azmi & YB Haji Kamaruzzaman Mohamad YB Dato’ bersama YBhg. Dato’ Dr. Suhaini bin Kadiman (Ketua Jabatan Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi) merangkap Presiden Persatuan Perubahan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) mendengar pembentang sidang selari pada Kongres Perdana Kelantan Sejahtera. Kelantan Merangka ke Arah Negeri Maju BERITA Turut hadir YB Syahir Sulaiman dan Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau, dan Alam Sekitar, Encik Mohd Nasir Jamaluddin bin Ab Rahman. Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 03


03 Jun 2023 | Hotel Pulse Grande, Putrajaya Kelantan sedang mengorak langkah memasuki fasa ‘30 Tahun Kedua’ setelah menempa pelbagai perubahan dasar dan pembaharuan sepanjang tempoh ‘30 Tahun Pertama’, berteraskan dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Kongres Perdana Kelantan Sejahtera (KOPAS) telah berjaya dilaksana dengan jayanya pada 03 Jun 2023 bersamaan 14 Zulkaedah 1444H bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Pengisian Kongres ini mengupas tajuk dan tema-tema yang melibatkan penilaian semula terhadap Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang telah diguna pakai selama 33 Tahun oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Pengumpulan idea-idea baharu dan cadangan penambaikan terhadap pelaksanaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan amnya dan menjurus kepada Kepimpinan, Pembangunan Insan serta Ummah, Prasarana dan Perubahan Teknologi serta Sosioekonomi yang sejahtera untuk Negeri Kelantan yang lebih baik dan mampu memajukan negeri Kelantan khususnya. Selain itu, kongres ini dilaksanakan untuk meneliti idea baharu berasaskan sumber kekuatan dan keupayaan yang sesuai dengan tuntutan semasa dan akan datang. Serta mencadangkan penyelarasan praktikal kepada kepimpinan negeri demi kelangsungan, kelestarian dan kemajuan negeri Kelantan. Kongres yang melibatkan 133 orang ini terdiri daripada ahli akademik daripada pelbagai universiti tempatan dan universiti swasta, profesional daripada pelbagai latar belakang yang berpengalaman, teknokrat dan lainlain profesion bersama juga barisan pimpinan utama Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis Perasmian Penutup kongres disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah. Kelantan Ke Arah FASA 30 TAHUN KEDUA Ucaptama YB Dato’ Mohamed Fadzli sempena Kongres Perdana Kelantan Sejahtera Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan , Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Negeri Kelantan menyampaikan ucaptama sempena Kongres Perdana Kelantan Sejahtera. YB Dato’ berharap dengan hasil pandangan daripada pakarpakar pelbagai bidang mengikut skop kluster untuk mengidentifikasi potensi yang dapat dikembangkan di negeri Kelantan. Kelantan akan terus maju dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber daya yang ada demi merealisasikan sebuah negeri yang sejahtera serta menjadi Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. BERITA Kelantan Ke Arah Fasa 30 Tahun Kedua 04 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Kelantan memasuki fasa kemajuan bagi MEMACU KELANTAN 30 TAHUN KEDUA – Kelantan Maju Rakyat Sejahtera. Bagi memacu 30 tahun kedua, hasil rumusan adalah seperti berikut : 1. Menerus dan menterjemah legasi kepimpinan dan inspirasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam bentuk taktikal dan pelan tindakan yang jelas 2. Menyemak dan mengaudit semula semua blueprint, dasar dan polisi yang sedia ada untuk penambahbaikan dan penyelarasan 3. Mendokumenkan Dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI) secara tersusun dan diterjemahkan melalui pelan taktikal dan pelan operasi yang jelas 4. Membangunkan konsep pembangunan berasaskan kepada MMBI dengan mengekalkan identiti Muslim 5. Menubuhkan Majlis Tindakan Perancangan Negeri untuk merancang, menyelaras, memudahcara dan memantau perancangan pembangunan negeri supaya dapat terlaksana secara konsisten. KELANTAN MEMACU Kemajuan Kelantan Memacu Kemajuan BERITA Perkongsian Kepakaran Kongres Perdana Kelantan Sejahtera TAJUK BIODATA PANEL PAKAR Kewibawaan Ulama & Kepimpinan Profesional : Satu Tuntutan Jalinan Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hamat Dekan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Pendekatan Baharu Dalam Pencegahan Gejala Sosial Prof. Dr. Rozmi Ismail Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Prasarana dan Kelestarian Teknologi : Persediaan & Hambatan Prof. Madya Dr. Hanif Yaacob Associate Professor Fakulti Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Memacu Ekonomi Kelantan Ke Arah Kesejahteraan Komuniti YB Mohd Syahir Che Sulaiman • Ahli Parlimen Bachok • Seorang pengkaji ekonomi Mantan Penolong Naib Presiden, Strategi Pembangunan (Malaysia Vision Valley) Sime Darby Property Perkongsian Kuasa dan Governan Datuk Kamilia Dato’ Ibrahim Peguambela & Peguamcara Kamilia Ibrahim & Co., Mantan Ahli Dewan Negara MBI & MMBI dan Pentadbiran Dr. Kamaruzaman Bin Yusof Mantan Dekan Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pengurusan Kewangan dan Integriti Prof. Madya Dr. Ishak Bin Hj. Suliaman Associate Profesor Akademi Pengajian Islam Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Universiti Malaya Kepimpinan dan Pembangunan Bakat Prof. Madya Dr. Mohd Nuri Al-Amin bin Endut Profesor Madya (UTP) & Group Future State Jabatan Pengurusan Dan Kemanusiaan Fakulti Sains Dan Teknologi Maklumat Universiti Teknologi Petronas Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 05


BERITA Kelantan Memacu Kemajuan TAJUK BIODATA PANEL PAKAR Prasarana dan Pembangunan Hartanah Dato’ Prof. Dr. Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin Mantan Profesor Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia Perhutanan dan Jejak Karbon Dr. Mohd Zaki Bin Hamzah Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad Mantan Pensyarah Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia Polisi Mesra Industri dan Kecekapan Logistik Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim Pengurus Digital Adoption Department, Digital Economy Ecosystem Division Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Impak Komuniti Digital Dr. Mohd Shahrul Nizam Bin Mohd Danuri Pengarah Pusat Pembelajaran Pensyarah Kanan, Pusat Pembelajaran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Budaya dan Warisan : Dialek Melayu Kelantan Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Potensi Kelantan Hub Pendidikan Islam, Tahfiz dan Bahasa Arab Nusantara Prof. Dr. Nik Mohd Rahimi Bin Nik Yusof Pensyarah Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran Universiti Kebangsaan Malaysia Keharmonian dan Perpaduan Ummah Prof. Dr. Badlihisham bin Mohd Nasir Profesor Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Rekreasi & Hiburan Keluarga Tuan Azuar Bin Md Tasi Seniman (Artis) Pemain Gitar Bass, Kumpulan XPDC Pelancongan dan Kebudayaan Dr. Tan Awang Besar Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Pengurusan Sara Hidup & Kesejahteraan Komuniti Puan Hamsatul Azura Hamzah Pensyarah Fakulti Pengurusan Multimedia University (MMU) Ekonomi, Sumber Asli & Alam Sekitar Dr Nurulhuda Binti Mohd Satar Ketua Jabatan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Urus tadbir Korporat dan Keusahawanan Hj. Mohd Nazri Bin Chik Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam Bank Islam Malaysia Perkongsian Kepakaran Kongres Perdana Kelantan Sejahtera 06 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Forum PIBG ‘Impak Ibu Bapa Positif’ Panel 1 : YB Mohd Syahir bin Che Sulaiman (Ahli Parlimen Bachok) Panel 2 : Ustazah Asmak binti Husin (Mantan Senator Negara & Selebriti Dakwah) Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani BERITA IBU Pendidik Utama BAPA Generasi RABBANI Pada 22 Syawal 1444H bersamaan 13 Mei 2023 telah berlangsung Kongres Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) Kelantan yang mengumpulkan lebih daripada 900 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG ) dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan sekolah-sekolah persendirian juga aktivis ibubapa dan guru. Kongres julung kali diadakan yang bertemakan “Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani” itu bertempat di Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa. Antara objektif utama kongres tersebut ialah menghidupkan semula peranan ibu bapa sebagai peranan utama dengan menjadikan institusi keluarga sebagai nukleus pendidikan negara dan mengoptimumkan peranan PIBG ke atas sekolah melalui proses pendidikan dan kerjasama pembangunan sahsiah pelajar. Program ini turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negeri dan tempatan bagi merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Di samping itu, turut diadakan platform pembahasan di antara dua orang wakil pelajar, dua orang wakil dari Ibu Bapa dan dua orang wakil dari guru yang bertemakan ‘Jalinan Ibu Bapa- SekolahKomuniti - Ke Mana Kita?’. Pengerusi JK Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Negeri Kelantan, YB. Dato’ Dr. Mohamad Fadzil bin Dato’ Hj. Hassan turut menghadiri kongres ini. Ucapan perasmian penutup disampaikan oleh YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah , Timbalan Menteri Besar Kelantan. Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 07


BERITA Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani 1- Authoritarian bermaksud keras dan tiada kebebasan. Di mana ibu bapa mengawal segalanya termasuk tingkah laku dan sikap anak. Sebarang kesalahan terus dihukum dan tindakan ibu bapa tidak boleh dipersoalkan anak mesti patuh. Kesan daripada authoritarian, anak-anak akan… • Patuh • Rasa tidak percaya-low self esteem • Rasa tidak puas hati • Belajar tidak akan mempersoalkan sesuatu • Bermusuhan • Selalunya memberontak 2. Permisif bermaksud adalah kebebasan tanpa had. Ibu bapa selalunya mesra dan baik, tidak mengawal serta tiada peraturan kepada anak-anak. Anak jarang dihukum dan mempunyai sikap tidak mematuhi peraturan serta tiada amalan yang perlu diikuti. Kesan daripada permisif, Anak-anak akan… • Agresif • Kurang berdikari • Paling kurang mengawal diri • Paling kurang penerokaan • Selalunya tidak berpuas hati 3. Autoritatif-Demokratik adalah kebebasan dengan limit. Dimana ibubapa mengutamakan kebebasan dengan hak dan bertanggungjawab. Ibu bapa menetapkan had dan menguatkuasakan peraturan. Ibu Bapa juga bersedia mendengar permintaan anak. Kesan daripada Autoritatif-Demokratik, anak-anak akan… • Gembira, bahagia • Mesra • Pemurah • Bekerjasama • Nilai pencapaian yang tinggi • Kurang terlibat tingkah laku antisosial 4. Pengabaian-tidak kisah bermaksud ibu bapa tidak bersama dengan anak-anak dan tiada tanggungjawab. Ibu Bapa juga tidak membantu anak-anak serta tiada kawalan atau pemantauan. Ibu Bapa hanya fokus kepada keperluan mereka daripada anak-anak. Kesan daripada Pengabaian ini, Anak-anak akan… • Kawalan kendiri yang lemah • Kecekapan akademik dan sosial yang rendah • Menginternalisasikan masalah • Bermasalah dengan rakan sebaya • Prestasi sosial dan akademik yang lemah • Cenderung terlibat dalam tingkah laku berisiko Pembentangan Kertas Kerja Kemahiran Ibu Bapa Dalam Mendepani Cabaran Generasi Baharu Oleh : Prof.Dr. Rozmi Ismail Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sumber : Pembentangan Kongres PIBG Kelantan Bertajuk : ‘Kemahiran Keibubapaan Mendepani Cabaran Generasi Baru’ Oleh : Profesor Dr. Rozmi Bin Ismail, Timbalan Dekan FSSK, UKM IBU BAPA PENTINGNYA GAYA PENGASUHAN 08 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani BERITA Kongres PIBG Kelantan yang bersidang pada hari ini, 22 Syawal 1444H bersamaan 13 Mei 2023 anjuran Institut Latihan Darul Naim (ILDAN), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Persidangan Pengetua YIK dan Majlis PengetuaPengetua YIK di Dewan Besar Pusat Tarbiah Islam Kelantan dengan kehadiran perwakilan ibu bapa, guruguru, anak-anak, pemimpin tempatan, ahli politik dan kumpulan profesional. Dengan ini, telah menghasilkan beberapa resolusi dan bersetuju ; 1. Mengoptimumkan keutamaan peranan ibu bapa melalui medium Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dalam menjadikan institusi keluarga sebagai nukleus pembangunan insan negara. Bagi tujuan tersebut, keperluan mewujudkan ‘medium gabungan PIBG’ sebagai perantara dengan kerajaan. 2. Keperluan meningkatkan kemahiran ibu bapa (parenting skill) khususnya kekuatan kesabaran ibu bapa muda dalam mendepani generasi baharu. 3. Mengukuhkan pembudayaan amalan positif ibu bapa melalui panduan Penghayatan Keluarga Mawaddah dan kekuatan ketua keluarga yang Qawwam. 4. Bebanan pendidikan anak-anak yang menjadi tanggungjawab kerajaan perlulah dipikul bersama oleh ibu bapa, keluarga dan tanggungjawab sosial institusi melalui pembudayaan amalan waqaf, zakat dan sedekah secara sistematik. 5. Setiap ibu bapa perlu mengambil sikap yang lebih bersungguh-sungguh tentang keperluan tabungan kewangan pendidikan sekaligus mampu menjaga masa depan anak-anak dalam jangka masa yang panjang. 6. PIBG hendaklah menjadi sebahagian daripada sistem sokongan pendidikan yang berkesan dalam meningkatkan kemenjadian insan mulia, sahsiah dan pencapaian akademik pelajar. 7. PIBG sebagai medium utama ibu bapa perlu diperkasa sebagai wadah kesukarelawanan komuniti dalam proses pendidikan masyarakat dan penyampaian dasar-dasar kerajaan. ANUGERAH PIBG TERBAIK :- 1. KATEGORI MAAHAD KAWALANMAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU 2. KATEGORI MAAHAD PILIHAN MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN 3. KATEGORI MAAHAD KERAJAAN MAAHAD SYAMSUL MAARIF (PEREMPUAN) PULAI CHONDONG 4. KATEGORI SEKOLAH MENENGAH UGAMA ARAB SMU (A) ITTIHADIAH, TANJUNG PAGAR 5. KATEGORI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) SMU (A) AL-KAUTHAR, PERINGAT Pesanan Iman Safie “ Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosadosa kamu.” RESOLUSI SEMPENA KONGRES PIBG PERTAMA KELANTAN Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 09


AKTIVITI & GALERI Kepimpinan Guru Dakwah diperkasa Kursus yang menerapkan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) telah disampaikan melalui 3 teras utama iaitu ‘UBUDIYAH, MAS’ULIYAH dan ITQAN (UMI). Kursus ini diadakan di Dewan Kacip Fatimah, FAMA RTC Tunjong pada 13 - 14 Jun 2023 (2 hari) yang melibatkan penjawat awam Kerajaan Negeri Kelantan gred 19 dan gred 29. Kepentingan dalam kursus ini adalah memberi pendedahan ilmu baharu kepada peserta dan menguji kefahaman mengenai topik yang telah dibentangkan oleh fasilitator terlatih. Kursus ini juga diselangi dengan aktiviti berkumpulan dan juga sesi pembentangan mengenai isu-isu menarik yang selari dengan persekitaran semasa peserta. Kepimpinan GURU DAKWAH diperkasa Kursus “SMART UMI” kepada PENJAWAT AWAM NEGERI Guru Dakwah memainkan peranan yang penting bagi pembentukan sahsiah dan jati diri para pelajar. Satu kursus dianjurkan bagi memperkasa peranan kepimpinan Guru Dakwah iaitu Kursus Kejurulatihan Kepimpinan Guru Dakwah yang telah diadakan pada 23 Februari 2023 bertempat di H-Elite Design Hotel , Tunjung. Kursus ini melibatkan 50 orang peserta yang dikendalikan oleh Pensyarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kursus ini diketuai oleh Dr. Muhamad Faisal Ashaari, Ketua Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam , UKM bersama lima orang pensyarah UKM serta pensyarah daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Slot perbincangan secara berkumpulan diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai permasalahan dan penambahbaikan dalam pembentukan fungsi Guru Dakwah di peringkat sekolah dan institusi pendidikan di Kelantan. Kursus ini juga merupakan bengkel pengujian Modul Kepimpinan Guru Dakwah yang diadakan bagi menambahbaik dan memperkemaskan lagi modul yang telah dibangunkan. 10 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Ildan Terima Kunjungan INSPIM, Melaka AKTIVITI & GALERI ILDAN TERIMA KUNJUNGAN INSPIM, MELAKA Bilik Mesyuarat Exco, Kompleks Darulnaim 19 Syaaban 1444H | 12 Mac 2023 Seramai enam orang pegawai daripada Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Melaka (INSPIM) telah mengadakan lawatan ke Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) .Lawatan ini merupakan kunjung balas daripada lawatan ILDAN ke INSPIM pada 25 Julai 2022 yang lalu di samping melihat secara lebih dekat fungsi kedua-dua organisasi tersebut. Kumpulan Pengurusan INSPIM terdiri daripada Puan Norita Bt Jantan @ Janudin (Pengurus Besar INSPIM), Puan Junaidah Binti Mohammed Ali (Pengurus Operasi), Puan Mazliyana Bt Buyong merupakan Pengurus Latihan Kanan 1, Encik Syaufi Aizad Bin Shamsudin (Pengurus Latihan), Puan Mazurah Bt Mohd Saat (Pengurus Pentadbiran & Kewangan) dan En. Muhd Nizar Bin Mohd Tob sebagai Pengurus Teknokogi Maklumat INSPIM. Di kesempatan itu juga INSPIM menawarkan program yang dianjurkan oleh mereka seperti seminar, simposium, persidangan, kursus dan forum. Antara program yang dianjurkan kursus pengurusan aset, kursus pengurusan tatatertib dan kursus pemahaman pemakaian akta kerajaan dan lain-lain. Perkongsian bernas ini disampaikan oleh wakil INSPIM, Puan Junaidah. Kedua-dua organisasi mengharapkan kerjasama dua hala ini dapat diteruskan dan dikekalkan bagi meningkatkan pembangunan modal insan yang berfikiran ke hadapan. 11 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


BERITA Pendidikan Rabbani Diperkasakan di Tujuh Zon Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sebagai panduan kepada semua sektor pentadbiran kerajaan negeri termasuk pendidikan. Sektor ini dikaitkan dengan pembangunan insan. Pembangunan insan melalui pendidikan yang benar dan berorientasikan Rabbani sebagaimana yang tercatat dalam Al -Quran al-Karim. Pendidikan Rabbani dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki dengan berpandukan wahyu daripada Allah Taala. Rasulullah SAW telah memperkenalkan konsep Pendidikan Rabbani dan berkonsep belajar seumur hidup, mempraktikkan ilmu serta menyebarkannya. Dengan Dasar Pendidikan Rabbani (DPRK) yang dibina ini bertujuan meluaskan skop pendidikan yang bukan sahaja dalam konteks ‘Pendidikan Islam’ atau agama malah matai bidang- bidang lain. Dasar Membangun Bersama Islam yang berfalsafah kepada konsep “Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) adalah menjadi sandaran Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan ini. PENDIDIKAN RABBANI DILEBARKAN KE TUJUH ZON Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 12


Pendidikan Rabbani Diperkasakan di Tujuh Zon BERITA Pengisian Kursus Perdana Pelaksanaan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan telah dibahagikan kepada dua pembentangan kertas kerja yang berasaskan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK). Pembentangan Kertas Kerja 1 Taklimat Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) Pembentangan Kertas Kerja 2 Taklimat Buku Panduan Program dan Aktiviti DPRK Buku Senarai Semak DPRK BIL TARIKH TEMPAT PENGLIBATAN 1 13 Ogos 2022 Dewan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu 160 peserta 2 24 September 2022 Dewan Jubli Perak, Lembaga Kenaf dan Tembakau, Pasir Puteh 217 peserta 3 12 November 2022 Dewan Teratai, Pantai Sri Tujuh, Tumpat 221 peserta 4 28 Januari 2023 Institut Latihan Pekebun Kecil RISDA, Bukit Sireh, Kuala Krai 160 peserta 5 04 Februari 2023 Dewan Purnama, Taman Desa Rabbana, Jeli 181 peserta 6 18 Februari 2023 Dewan KESEDAR INN, Gua Musang 70 peserta 7 24 Jun 2023 Dewan Damai Sari, Tawang, Bachok 323 peserta Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 13


BERITA Latihan Komuniti Rabbani (K-RABB) Kini Aktif Bergerak KINI AKTIF BERGERAK LATIHAN KOMUNITI RABBANI (K-RABB) Kuala Krai - Pada tanggal 25 September 2022, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan Program Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu yang dihadiri oleh 350 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan peringkat komuniti. Tujuan utama program ini dilancarkan adalah supaya 9 Budaya Komuniti Rabbani yang dibina dapat diperturunkan kepada kepimpinan masyarakat dan seterusnya dapat dihayati di dalam komuniti. Sehubungan dengan itu, Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah menjalankan 11 siri kursus Kepimpinan Budaya Komuniti Rabbani (KRABB) bagi tahun pertama (Januari – Oktober 2023). Pengisian Kursus Kepimpinan Masyarakat Budaya Komuniti Rabbani telah dibahagikan oleh beberapa modul-modul yang berasaskan Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB). Selain itu, penganjuran kursus diadakan melalui penyebaran info dan maklumat mengenai Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb). Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 14


Latihan Komuniti Rabbani (K-RABB) Kini Aktif Bergerak BERITA Aktiviti Riadhah/Senaman Kursus ini juga diselangi dengan aktiviti yang sihat dan cergas seperti riadhah/senaman pada waktu petang atau waktu pagi. Aktiviti permainan secara berkumpulan turut diadakan bagi membina semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta. Riadah/Senaman adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri terjamin. Apabila beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksiktoksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Riadhah juga membolehkan kita menghilangkan tekanan dan menstabilkan emosi. Program kerohanian juga turut di selit dalam kursus ini. Antara program yang dijalankan adalah seperti :- • Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Jemputan atau Fasilitator diadakan di dewan seminar atau di surau . Topik yang disampaikan dalam kuliah maghrib bersifat umum. • Sesi ‘Recall’ dikendalikan oleh Penyelaras Program, Ustaz Hishammudin Mustapha. Sesi yang bertajuk Peranan Pemimpin dalam Masyarakat menyentuh isu-isu remaja, masalah sosial, masalah keruntuhan akhlak pada masa kini serta peranan peserta sebagai pimpinan masyarakat. Sesi ini bagi membuka minda peserta tentang keadaan semasa masyarakat. • Qiamullail diadakan pada jam 5 pagi yang dikendalikan oleh wakil peserta. Qiamullail dengan zikir-zikir ketuhanan dan disertai dengan solat-solat sunat. 9 Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) 1. Matlamat Hidup Kerana Allah dan Akhirat 2. Mengutamakan Ilmu Fardu Ain 3. Melazimi Suruhan Agama 4. Beramal dan Menyebarkan Ilmu 5. Pembudayaan Amalan Berguru 6. Tanggungjawab Keluarga, Masyarakat dan Institusi 7. Amar Makruf Nahi Mungkar 8. Cakna Kepada Persekitaran Kehidupan 9. Kesahihan Sumber Ilmu Dan Maklumat Siri Tarikh Siri Latihan 1 11 - 12 Disember 2022 2 14 - 15 Januari 2023 3 12 - 13 Februari 2023 4 19 - 20 Februari 2023 5 27 - 28 Februari 2023 6 12 - 13 Mac 2023 7 27 – 28 Ogos 2023 8 10 – 11 September 2023 9 26 - 27 September 2023 10 08 - 09 Oktober 2023 11 10 - 11 Oktober 2023 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 15


LENSA ILDAN Institut Latihan Darul Naim Kajian Lapangan Diskusi Kumpulan Fokus - Fakulti Pendidikan UKM 11 Januari 2023 | H-Elite Hotel Majlis Keraian INSPIM Melaka 12 Mac 2023 | Pusat Kraftangan Kelantan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penghargaan Kakitangan ILDAN 12 April 2023 | Grand River View Hotel Kursus Kejurulatihan Kepimpinan Guru Dakwah YIK 23 Februari 2023 | H-Elite Hotel Bengkel Pembangunan Instrumen Kajian Kompetensi Kepegawaian Urus Setia Penggerak Dasar Kerajaan Negeri 17 Mac 2023 | Fakulti Kejuruteraan UKM Kongres PIBG Kelantan 13 Mei 2023 | Pusat Tarbiah Islamiah (PUTIK) 16 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Institut Latihan Darul Naim LENSA ILDAN Kongres Perdana Kelantan Sejahtera 03 Jun 2023 | Pulse Grande Hotel, Putrajaya Kursus Perdana Pelaksanaan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) 24 Jun 2023 | Dewan Damai Sari, Tawang, Bachok Kursus Kepimpinan Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) 27-28 Ogos 2023 | Institut Latihan Pekebun Kecil (ILPK) Bukit Sireh, Kuala Krai Kursus Penghayatan Ubudiyyah, Mas’Uliyyah dan Itqan (UMI) 13- 14 Jun 2023 | Dewan Fama RTC Tunjung Majlis Solat Hajat dan Penyerahan Kunci Bangunan Pejabat Baharu ILDAN 05 Ogos 2023 | ILDAN Taklimat Pengambilan Program Lepasan Ijazah (PDGE) UUM-ILDAN 30 Ogos 2023 | Bilik Seminar YIK Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 17


AKTIVITI & GALERI Institut Latihan Darul Naim 01 Februari 2023M | 10 Rejab 1444H Satu bengkel pemerkasaan Penghayatan Ubudiyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) kepada para jurulatih telah dianjurkan oleh ILDAN. Ini bagi memperkasakan pengetahuan jurulatih mengenai penguasaan UMI secara lebih terperinci. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada bengkel-bengkel yang lepas dan merupakan kali ke 4 diadakan. Dua kursus UMI yang melibatkan Pegawai Penjawat Awam Negeri Kelantan telah dijalankan pada 28-29 November 2022 di H-Elite Hotel (Kumpulan N41) & 6-7 Disember 2022 Pada 05 Mac 2023 bertempat di H-Elite Design Hotel, ILDAN mengatur satu diskusi meja bulat (RTD) bagi pembinaan Pelan Tindakan Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK) melibatkan 24 agensi / institusi dan 5 panel yang terdiri daripada Dr Saupi Man Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Nurhafilah Musa (Pensyarah UKM), Dr Shukeri Mohd (Pensyarah UM), Ust Mohd Fakaruddeen Che Omar dan Ustazah Asmak Husin yang merupakan Penceramah Bebas. Diskusi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Borhamudin dan panel jemputan ini membincangkan mengenai pembangunan pelan Tindakan bagi Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK).ILDAN memainkan peranan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perbincangan ini. Panel membantu memperincikan Dasar Qawammah Lelaki Kelantan (DQLK) dan memberi penjelasan mengenai isi kandungan dasar. Hasil perbincangan dalam kumpulan akan dirumuskan oleh Dr. Saupi Man. Kemahiran Kejurulatihan dipertingkatkan Pembangunan Pelan Tindakan Dasar Qawwamah (DQLK) di H Elite Hotel (Kumpulan Pelaksana N22- N 32). Fungsi Jurulatih & Pembantu Jurulatih adalah jurulatih memfokuskan kepada pengendalian majlis manakala pembantu jurulatih membantu dari segi teknikal dan tugas-tugas khas. Keberadaan jurulatih dalam kursus yang bakal diadakan adalah sangat penting bagi memastikan pengurusan dan penguasaan mengenai UMI dapat dihuraikan dengan jelas kepada bakal peserta. Bengkel ini diadakan pada 01 Februari 2023 di Bilik Malinja, H-Elite Design Hotel, Tunjung dengan kehadiran 12 orang jurulatih terpilih. 18 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Pengurusan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) akan dibantu oleh pasukan kluster dalam menjayakan visi dan misi sebagai peneraju latihan dalam pembangunan insan berteraskan Islam. ILDAN yang dinaik taraf daripada Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) telah mengambil inisiatif mengukuhkan legasi ILDAN dengan memperluaskan rakan kerjasama daripada pelbagai agensi. Sebanyak tujuh kluster telah diwujudkan bagi memperkasakan pengurusan ILDAN yang berperanan sebagai satu-satunya institut latihan awam negeri. Peranan Kluster ILDAN sebagai panel rujukan yang membantu memberikan pandangan kepada pengurusan ILDAN dan aktiviti latihan yang dijalankan. Seramai 51 orang ahli kluster yang turut dikenali sebagai panel pemerkasaan telah hadir dalam bengkel yang diadakan pada 12 April 2023 bertempat di Hotel Grand Riverview. Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Pengarah ILDAN, Dr Azizi Umar sebagai langkah mula untuk melihat hala tuju ILDAN pada masa depan. Ahli-ahli Kluster yang terlibat terdiri daripada wakil jabatan, agensi, organisasi latihan negeri, individu berpengalaman, pemegang sijil profesional, jurulatih, wakil akademik dan wakil agensi persekutuan. Pelbagai agensi dan jabatan seperti Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), JAHEAIK, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Negeri Kelantan (UKeKwa), Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan (U-Bes) turut serta sebagai kluster ILDAN. Bengkel ini diadakan secara santai dan memfokuskan kepada beberapa aspek latihan iaitu data latihan, tahap kompetensi semasa, analisis keperluan latihan, pemilihan jurulatih yang profesional dan penambahbaikan. Slot amanat khas dalam bengkel tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan, Pengerusi JK Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Negeri Kelantan. Turut hadir YB Azhar Salleh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan. Institut Latihan Darul Naim AKTIVITI & GALERI KLUSTER ILDAN Pemerkasaan Teknologi Negeri Kelantan. 1. Kluster Dasar & Siasa Demokrasi. 2. Kluster Perguruan & Kepengetuaan. 3. Kluster Governan & Korporat. 4. Kluster Pensarjanaan & Penyelidikan. 5. Kluster Dakwah & Komunikasi Media. 6. Kluster Kepimpinan Komuniti & Tempatan. 7. Kluster Pengurusan & Profesional Muda Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 19


AKTIVITI & GALERI Institut Latihan Darul Naim 12 April 2023 | Hotel Grand Riverview Kota Bharu - Satu majlis telah diadakan bagi menghargai rakan kerjasama yang telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan ILDAN pada tahun 2021 sehingga kini. Rakan kerjasama ILDAN terdiri daripada individu dari pelbagai agensi kerajaan seperti Yayasan Islam Kelantan (YIK), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Universiti Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK), Urusetia-urusetia Kerajaan Negeri dan beberapa agensi lain.Lima kategori yang diraikan dalam majlis tersebut ialah kategori kakitangan, rakan kerjasama, jurulatih terbaik, rakan unit agensi terbaik dan anugerah khas sekalung budi. Pemilihan bagi setiap kategori adalah berdasarkan kepelbagaian sumbangan dan impak sumbangan kepada kemajuan ILDAN. Majlis penghargaan dan penyampaian anugerah disampaikan oleh YB Dato Dr Mohamad Fadzli Haji Hassan. Turut hadir YB Ustaz Azhar Salleh, Timbalan Exco, Tuan Hj Zaki Yusof, Pengarah BPSM yang juga ahli lembaga pengarah ILDAN. Turut sama berlangsung penyerahan watikah pelantikan ketua kluster ILDAN. Majlis ini dihadiri oleh seramai 70 orang ahli kluster yang telah dipilih dan diadakan juga bengkel pemerkasaan ILDAN serta Majlis Berbuka Puasa. ILDAN RAIKAN RAKAN KERJASAMA ANUGERAH KAKITANGAN CEMERLANG • Ustaz Soleh Ibrahim Penolong Kanan Kompetensi • En. Nik Mohd Fakhriy bin Ab Wahab Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran & Teknologi Maklumat) ANUGERAH KATEGORI RAKAN KERJASAMA • Ustaz Ilias bin Ahmad Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) • Ustaz Mohamad bin Yusoff Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Getting. ANUGERAH JURULATIH TERBAIK • Dr. Norhisyam Md Nawi (Jurulatih Kursus UMI) • Us. Hamdan Ismail (Jurulatih K-Rabb) ANUGERAH RAKAN UNIT AGENSI • Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Yayasan Islam Kelantan yang diwakili oleh Us. Harun Ismail ANUGERAH KHAS SEKALUNG BUDI • Cikgu Wan Ab Halim Wan Ismail 20 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Institut Latihan Darul Naim BERITA ILDAN PEJABAT ILDAN BERPINDAH KE BANDAR BAHARU Sejarah Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) telah TUNJUNG dirasmikan penubuhannya pada 08 November 2023 yang berperanan sebagai agensi latihan perguruan. ILPK telah dinaik taraf kepada Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) pada tahun 2020 yang telah memberi peranan yang lebih besar dan lebar sesuai dengan rangkuman dan cakupan nama sebagai sebuah institut latihan negeri. Bermula Ogos 2023, Pejabat Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah mula berpindah ke Bangunan Pejabat Baharu di Tunjung. Di mana sebelum ini ILDAN beroperasi di Pejabat milik Yayasan Islam Kelantan iaitu di Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa buat sementara waktu sementara bangunan yang dibeli siap dibangunkan dan diubahsuai. Kerangka asal bangunan telah dirangka sejak pentadbiran ILPK lagi. Setelah hampir 5 tahun (2019— 2023) bertapak di Pengkalan Chepa, akhirnya ILDAN memiliki Bangunan Pejabat sendiri setelah proses pembangunan dan pengubahsuaian telah siap sepenuhnya. ILDAN memerlukan fasiliti yang lebih selesa dan lengkap bagi memudahkan urusan gerak kerja institut ini. Kini lebih 80 program dan kursus sepanjang tahun 2021-2022, manakala setakat September 2023, terdapat lebih 50 program dan kursus yang telah dijalankan melibatkan pelbagai agensi dan institusi. Penglibatan sasaran yang lebih meluas seperti pegawai perkhidmatan negeri, pendakwah, pegawai urusetia, pegawai korporat, pemimpin komuniti, pemimpin politik dan pemimpin pelapis. Pelbagai kursus dan program yang telah dibuat bagi mencapai sasaran. ILDAN memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kefahaman secara teori dan praktikal berkaitan dengan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI), Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) dan juga terkini Modul latihan berterusan iaitu Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb). 21 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


BERITA ILDAN Institut Latihan Darul Naim Selamat Datang Keluarga ILDAN (Pengurusan & Kompetensi) Mulai 01 Oktober 2023 Warga ILDAN mengalu-alukan kedatangan Encik Borhanuddin bin Ahmad dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan & Kompetensi) Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) bermula 01 Oktober 2023. Memulakan karier sebagai Timbalan Ketua Pengelola Halaqat Negeri Kelantan pada tahun 2006 – 2010 dan kemudian berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Mohamed Fadzli Dato’ Hj Hassan, Exco Kerajaan Negeri yang kini Timbalan Menteri Besar Kelantan selama 13 tahun. Merupakan graduan Sarjana Pengajian Islam di Open Universiti Malaysia (OUM) pada tahun 2022 dan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan ILDAN menerima ahli keluarga baru dalam membantu melancarkan perjalanan gerak kerja dan operasi institut ini. Encik Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil ‘Abe Mey’ berkhidmat sebagai penyelenggara kenderaan pejabat dan pemandu. Beliau telah memulakan tugas pada 01 Oktober 2023. Beliau merupakan bekas anggota tentera yang telah berkhidmat selama 22 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Khidmat terakhir beliau sebagai pengawal peribadi dan juga pemandu di Chengal Jati Sdn Bhd. Lantikan beliau adalah berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki. Seluruh warga ILDAN mengucapkan tahniah atas lantikan ini dan diharapkan kebolehan beliau dapat melancarkan perjalanan ILDAN pada masa hadapan. Warisan (Psikologi) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2000. Di zaman kampus, beliau aktif sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pada tahun 2000 dan Presiden Markaz Siswazah Kelantan 2010 – 2014. Pada tahun 2013 beliau telah memperoleh Anugerah Tokoh Muda Negeri Kelantan 2013 (Kategori NGO) dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) pada tahun 2022. Semoga keberadaan beliau bersama ILDAN mampu meningkatkan kecekapan kompetensi, pentadbiran dan pengurusan dalam mencapai objektif, visi serta misi ILDAN. 22 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Institut Latihan Darul Naim BERITA ILDAN Padang Kompleks Yayasan Islam Kelantan YIK 23 Syaaban 1444H | 16 Mac 2023 Kakitangan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) mewakili Pejabat Exco Pengerusi JK Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi menyertai Mahrajan Memanah Piala Pengarah YIK yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kakitangan ILDAN telah memenangi tempat pertama dalam permainan berkumpulan, manakala Saudara Mohamad Saiful Ammar memenangi tempat ke 4 acara memanah kategori individu. Sukan memanah merupakan sukan yang digemari oleh Rasulullah SAW, baik sebagai aktiviti riadah mahupun sebagai senjata ketika baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat RA keluar berperang. Rasululllah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu,” (Riwayat Bazzar dan Thabarani). ILDAN MERAIH TEMPAT PERTAMA MAHRAJAN MEMANAH Satu bengkel telah diadakan bagi proses Pembinaan Instrumen Kompetensi Modal Insan dalam sektor Pendidikan dan Pembangunan Insan Negeri Kelantan. Bengkel ini telah menampilkan pakar- pakar penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dalam bengkel ini ahli-ahli penyelidik termasuk dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Yayasan Tok Kenali (YTK) juga telah berpeluang berkongsi ilmu strategi dan kaedah penyelidikan yang sesuai bagi kajian berbentuk kompetensi modal Insan. Bengkel inin diadakan di Bilik Mesyuarat Tok Kenali, Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK pada 17 Januari 2023. Ia merupakan susulan daripada bengkel pembinaan kerangka Perancangan Sumber Manusia sebelum ini. Hasil perbincangan ini juga wakil-wakil agensi telah membuat kerangka baharu kompetensi dan memurnikan draf akhir MoA yang bakal dilaksanakan bagi memperkukuhkan kerjasama penyelidikan yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan Negeri. KEPEKAAN KOMPETENSI MODAL INSAN dalam sektor Pendidikan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 23


BERITA ILDAN Pengetua timba Ilmu Kepimpinan Baharu Dalam ucapan YAB Dato’ Bentara Kanan MB Kelantan semasa Amanat Tahun Baharu 2023 menitik beratkan keperluan membangunkan Kepemimpinan Rabbani dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Seminar ini dianjurkan oleh ILDAN dengan kerjasama ahli kumpulan penyelidik daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan objektif utamanya memantapkan kepemimpinan pendidikan yang berkesan dan berkeperluan semasa. Seramai 210 orang peserta dalam kalangan kumpulan pengurusan YIK, pengetua dan penolong kanan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang hadir menyertai seminar yang diadakan di Hotel H-Elite Design, Kota Bharu pada 13 Februari 2023. Seminar ini menampilkan pembentangpembentang daripada ahli kumpulan penyelidik yang membentangkan kertas kerja yang berasaskan Kepimpinan Rabbani. Manakala, di akhir seminar tersebut diadakan sesi “Town Hall” dikendalikan oleh Profesor Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri selaku ketua kumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, UKM. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1. AMALAN- AMALAN PENGETUA CEMERLANG Oleh : Dr. Azlin Norhaini binti Mansor Mantan Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 2. PENGURUSAN PERUBAHAN & KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN Oleh : PM Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 3. PENGURUSAN BAKAT KEPEMIMPINAN DAN PROFESIONALISME PERGURUAN Oleh : PM Dr. Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 4. KOMITMEN KEPIMPINAN PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH Oleh : PM Dr. Arifin bin Mamat Kulliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). “ Berdasarkan prinsip Kebersamaan Tanggungjawab adalah penting untuk dilaksanakan bagi mencapai amalan terbaik seperti kepemimpinan dan kompetensi pemimpin Pendidikan pentadbiran menjiwai pendidikan, kelestarian pengurusan dana dan pengukuhan amalan persekutuan.” Pengetua Timba Ilmu KEPIMPINAN BAHARU 24 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Kota Bharu - Pelancaran Modul latihan Pendidikan Rabbani telah diadakan pada 13 Februari 2023 bertempat Hotel H-Elite Design, Tunjung . Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan telah melancarkan modul tersebut. Modul yang baru dilancarkan ini adalah hasil kajian ahli kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Arifin Mamat Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ahli Penyelidikan yang lain terdiri daripada Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah (UKM) dan Profesor Madya Dr Mohamed Yusoff Mohd Nor (UKM). Modul Latihan Pendidikan Rabbani akan diguna pakai oleh sekolahsekolah di bawah pengelolaan YIK dan juga institusi Pendidikan yang terdapat di Kelantan. Program Bicara Profesionalisme Guru Novis telah diadakan pada 15 April 2023 di Dewan Seminar Kompleks Yayasan Islam Kelantan (YIK). Penglibatan 65 guru- guru sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sedang mengikuti pengajian Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh Malaysia. Dua topik yang diketengahkan dalam program ini adalah “Tips Menjadi Guru Cemerlang” yang dibentangkan oleh En. Aris Padilah bin Harun merupakan guru di sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra juga merupakan YDP Muafakat Guru Cemerlang Kelantan. Manakala, Dr. Nasuha Musa (Pegawai Kenaziran Yayasan Islam Kelantan (YIK) membicarakan mengenai “Cabaran Pembelajaran Berterusan Sepanjang Hayat” Tips Guru Cemerlang 1. Bekerja ikhlas kerana Allah 2. Menguasai penyampaian ilmu dalam biliik darjah pedagogi-Abad Ke-21 3. Belajar dengan orang disekeliling kita -PLC (Profesional Learning Community/Komuniti Pembelajaran Profesional) 4. Mengamalkan Pembelajaran Sepanjang Hayat-CBD/PPB (Continous Profesional Development/Pembangunan Profesional Yang Berterusan) 5. Mempunyai Guru/Sifu En. Aris Padilah Bin Harun Bina Profesionalisme GURU NOVIS Modul Latihan PENDIDIKAN RABBANI dilancarkan Institut Latihan Darul Naim BERITA ILDAN Prinsip Pendidikan Rabbani :- 1. Ilmu Bermatlamatkan Allah 2. Kefaqihan dan Keutamaan Ilmu 3. Kemenjadian Insan Mulia 4. Pengamalan dan Penyebaran Ilmu 5. Pembelajaran dan Pengkajian Berterusan 6. Pembangunan dan Pengislahan Masyarakat 7. Kebersamaan Tanggungjawab 8. Bertepatan Realiti Semasa 9. Kelestarian Ilmu Model Pembelajaran Berterusan Sepanjang Hayat (PBSH) Dr. Nasuha Musa MODEL PBSH Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 25


BERITA ILDAN Pendidikan Komuniti Asas Kesejahteraan Rakyat PENDIDIKAN KOMUNITI Asas Kesejahteraan Rakyat 10 Jun 2023 | Dewan Sri Guchil Kuala Krai Menjelang Mei, suasana Hari Guru dimeriahkan dengan Himpunan Pendidikan Islam sebagai tanda penghargaan kepada guru guru atas komitmen mereka menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Sambutan hari guru kali ini telah disambut dalam bentuk himpunan pendidik bagi zon selatan negeri Kelantan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Puteh. Topik yang menarik dalam Himpunan Pendidik Kelantan 1. “Hala Tuju Pendidikan dalam Pembinaan Generasi Rabbani” Oleh : Dr. Mohd Huzairi bin Hussain Pengarah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik Negeri Kelantan (SPARK) 2. Forum Pendidikan Komuniti : Pendidikan Komuniti Asas Kesejahteraan Rakyat Panel Jemputan • Prof. Emeritus Dato’ Dr. Johari bin Mat (Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru) • Puan Aloha Khana Binti Ahmad @ Mohamed (Pengetua Cemerlang SMK Tok Janggut Pasir Puteh) 530 pendidik peringkat zon selatan Negeri Kelantan telah hadir bagi program Himpunan Pendidik Kelantan. Program yang diadakan adalah bagi mengetengahkan asas-asas Pendidikan yang penting untuk didedahkan kepada para pendidik. Forum tersebut turut memberikan intipati yang bermanfaat kepada para pendidik yang hadir pada program berkenaan. Ucapan khas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan , Ustaz Che Kamaruddin Kamel bin Che Muhammad bagi mewakili Pengarah YM Engku Rajhan bin Engku Ismail. Himpunan ini juga menghargai para pendidik dengan penyampaian anugerah beberapa kategori. ANUGERAH SEMPENA HIMPUNAN PENDIDIK KELANTAN 1- ANUGERAH KEPIMPINAN HJ.AHMAD ZAKI BIN MAT ALI (MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI ) 2- ANUGERAH KHIDMAT KOMUNITI US. MUHAMMAD SAIFUL ADLI BIN MOHD ARIFF (SRITI AL-FURQAN TANAH MERAH) 3- ANUGERAH KETERLIBATAN AGENSI - EN. ZUHAIMI BIN ZAKARIA (SETIAUSAHA KERJA SEKOLAH ) 4- ANUGERAH MURABBI PONDOK USTAZ YAHYA BIN YAACOB (MADRASAH MUHAMMADIAH PONDOK SUNGAI DURIAN (MMPSD) 5- ANUGERAH KHIDMAT KEPAKARAN USTAZ MOHD ZAIDI BIN MUSTAFA (PEGAWAI UNIT DI PPD JELI ) 6- ANUGERAH MUALLIM DIGITAL USTAZ RAJA MUHAMMAD ADIB BIN RAJA MOHAMED (MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT PULAI CHONDONG MTAQ) 7- ANUGERAH PENDIDIK MUDA PN. SITI FATIMAH BINTI AYOB (SMU(A) DARUL ULUM JEDOK) 8- ANUGERAH INTEGRASI SAINS EN. ZUWAIRI ABDUL AZIZ (MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH ) Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. 26 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Institut Latihan Darul Naim AKTIVITI & GALERI 21—24 Jun 2023 | Perkarangan Stadium Muhammad ILDAN telah mengadakan Pameran bersempena Karnival Rakyat Maju Kelantan Sejahtera. Pameran yang diadakan selama 4 Hari bermula 21 Jun 2023 sehingga 24 Jun 2023 bertempat di perkarangan Stadium Muhammad. Tujuan utama keberadaan ILDAN di pameran tersebut adalah untuk menghebahkan keberadaan ILDAN sebagai agensi pusat latihan dan pembangunan modal insan di Negeri Kelantan. ILDAN telah melebarkan fungsi organisasi ke peringkat komuniti, di mana latihan budaya Komuniti Rabbani (KRABB) telah mula berjalan dengan baik dan tersusun rapi. Pameran yang diadakan memaparkan usaha murni yang telah dilaksanakan melalui pembangunan modul dan program-program yang memfokuskan kesedaran dan kefahaman terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri Kelantan. ILDAN telah menyantuni rakyat yang hadir ke pameran tersebut dengan mengedarkan risalahrisalah berkaitan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan dan juga Program latihan Budaya Komuniti Rabbani (KRABB). Program Jaulah Tarbawi Guru Dakwah YIK diadakan pada 27 dan 28 Mei 2023. Kuala Terengganu merupakan destinasi persinggahan para guru dakwah bagi memenuhi undangan Himpunan Pendidik Kebangsaan serta Sambutan Hari Guru yang diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 40 orang guru Dakwah Yayasan Islam Kelantan menyertai jaulah tersebut. Turut diadakan Perbincangan pihak ILDAN bersama guru dakwah bagi mendapatkan pandangan dan idea bagi membangunkan modul guru dakwah YIK. KUNJUNGAN PAMERAN ILDAN Jaulah Tarbawi Guru Dakwah Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 27


PENDIDIKAN RABBANI Kepimpinan Dalam Konteks Kurikulum Dan Pendidikan Pengurusan amat berkait rapat dengan fungsi dan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Terdapat pelbagai definisi pengurusan. Menurut Ahmad Ibrahim (1991), pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan ahli-ahli organisasi dengan menggunakan semua sumber yang ada untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan yang baik tidak akan membiarkan sebarang potensi terabai dan tiada golongan yang akan terbiar. Dalam aspek kurikulum, pengurusan adalah sesuatu yang tidak dapat tidak diperlukan kerana di dalamnya terdapat pelbagai proses dan aktiviti yang perlu dilalui dan diselaraskan samada melibatkan pembinaan kurikulum atau pemantauan perlaksanaan atau penilaian keberkesanannya. Kepimpinan pula bermaksud keupayaan memimpin. Terdapat beberapa istilah Arab yang berkait dengan kepimpinan iaitu idarah, qiadah, siasah dan tadbir (al-Talib 1992). Dari konteks istilah, kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Cherington (1989) menjelaskan lagi bahawa kepimpinan sekurang-kurangnya membawa tiga makna iaitu kedudukan dalam organisasi, watak dan satu bentuk gelagat yang melaluinya seseorang mempengaruhi orang lain. Berdasarkan takrifan tersebut, kepimpinan dan pengurusan mempunyai makna yang saling bertindan. Penulisan tentang pengurusan dan kepimpinan menurut perspektif Islam telah banyak diteroka. Walaupun ciri-ciri setiap konsep tersebut sedikit berbeza tetapi gandingannya diperlukan untuk menjayakan sesuatu perancangan termasuklah dalam bidang kurikulum. Prinsip-prinsip pengurusan dan kepimpinan dalam Islam mempunyai banyak persamaan. Unsur-unsur utama dalam pengurusan Islam ialah prinsip tauhid, persekitaran, syura, organisasi dan sumber manusia. Menurut Yusof Ismail (1991), prinsipprinsip pengurusan Islam ialah mencari keredhaan Allah, melaksanakan makruf dan mencegah munkar, menjaga kesejahteraan masyarakat, membangunkan individu secara optimum, melaksanakan syura, mewujudkan jamaah, berlaku adil, berlaku ihsan dan tidak bertentangan dengan shariah Islam. Manakala unsur-unsur penting dalam kepimpinan Islam ialah Islam, pemimpin, jamaah, syura, anggota (pengikut), pendidikan dan persekitaran (Akademi Pengurusan YPEIM 2005). Biasanya penekanan diberikan kepada ciri-ciri atau syarat-syarat untuk melayakkan seseorang untuk menjadi seorang pemimpin. Menurut al-Talib (1992) prinsip-prinsip kepimpinan Islam ialah syura, adil dan kebebasan memberikan pendapat. Jika diperhatikan terdapat banyak persamaan antara unsur dan prinsip-prinsip utama pengurusan dengan unsur dan prinsip-prinsip utama kepimpinan menurut perspektif Islam. Antara persamaan yang paling jelas ialah konsep syura, jemaah, persekitaran dan keadilan. Walau bagaimanapun, pengurusan dan kepimpinan dalam konteks kurikulum hanya terbatas dalam ruang lingkup kurikulum itu sendiri. Pun begitu unsur dan prinsip-prinsip yang telah dinyatakan sebelumnya turut terpakai dalam pengurusan dan kepimpinan kurikulum khususnya dalam sub bidang pembentukan, penyebaran, penilaian dan pembaharuan kurikulum. Justeru, konsep syura (bersangka baik, kesepakatan dari segi rujukan baku, kebebasan bersuara, mandat penuh dari dari setiap anggota, keputusan berdasarkan suara terbanyak dan niat yang tulus), amal jama’i (perencanaan dan tawakal, KURIKULUM DAN PENDIDIKAN Kepimpinan Dalam Konteks Oleh : Dr. Noor Hisham Md Nawi Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan Felo Bersekutu ILDAN 28 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Kepimpinan Dalam Konteks Kurikulum Dan Pendidikan PENDIDIKAN RABBANI bai’ah dan ketaatan, serta semangat berpasukan), persekitaran tauhidik dan lain-lain perlu diterapkan dalam semua aktiviti dan budaya pengurusan dan kepimpinan kurikulum. Memahami senario tersebut, pengurus dan peminpin kurikulum pada hakikatnya adalah seorang daie yang berkaliber dan khalifah yang berperanan. Terdapat sedikit perbezaan antara konsep pengurus dan pemimpin kurikulum dalam konteks pengajaran kurikulum. Guru sebagai pengurus dan pemimpin kurikulum dalam bilik darjah atau dewan kuliah tidaklah begitu terikat dengan konsep-konsep yang telah dinyatakan sebelumnya. Pun begitu, ruh dan semangat prinsip-prinsip tersebut seharusnya diaplikasikan. Dari sudut perlaksanaan, guru adalah individu yang paling dekat dan paling memahami kehendak kurikulum serta paling mengetahui keadaan pelajarnya. Justeru, guru sebagai agen terpenting dalam penyampaian kurikulum memainkan peranan yang besar sebagai pemimpin dan pengurus kurikulum. Pemimpin dan pengurus di sini bukanlah bermaksud sebagai orang yang terlibat di peringkat perancangan dan penggubalan sesuatu kurikulum. Pemimpin dan pengurus kurikulum di sini bermaksud seseorang yang berupaya memimpin pengajaran dan pembelajaran dan berkemampuan mengurus setiap isi kandungan dan pengalaman pembelajaran yang terdapat di dalam sesebuah kurikulum. Pemimpin dan pengurus kurikulum adalah guru yang berupaya membentuk dan menggerakkan sesuatu kurikulum, sanggup memikul dan membantu guru lain dalam melaksanakan matlamat dan proses pengajaran serta mampu membuat keputusan terbaik dalam melaksanakan sesebuah kurikulum. Dalam menguruskan kurikulum, guru berdaya kepimpinan akan merintis, memikir dan mengemukakan pengajaran yang mampu menarik perhatian pelajar, sanggup menimbang idea pelajar serta peka kepada keperluan dan perubahan pelajar. Selain itu, guru sebagai pengurus kurikulum akan bijak mengatur aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan cekap dalam pemilihan kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, peralatan dan penyusunan isi pelajaran berdasarkan kehendak dan kemampuan pelajar. Kualiti inilah yang menggambarkan seseorang guru itu mahir dan profesional dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dan pengurus kurikulum (Abu Bakar dan Ikhsan 2003). Sebagai pemimpin dan pengurus kurikulum, kedudukan dan kewibawaan guru di mata pelajar sangat tinggi. Guru ini menjadi qudwah ikutan yang hidup di depan mata pelajar. Bertuah sungguh para pelajar yang berpeluang mendapat bimbingan dan sentuhan didikan dari seorang pengurus dan pemimpin kurikulum yang berkesan. Dalam konteks kurikulum dan pendidikan, kepimpinan pendidikan yang bertanggungjawab dan amanah akan sentiasa memastikan kurikulum yang disedang digunakan para pelajar telah disemak dan ditambahbaik supaya kekal relevan dan memenuhi tuntutan zaman. Tiada kurikulum yang sempurna dan sesuai untuk semua zaman. Anak-anak berhak mendapat pendidikan terbaik dengan mengikuti sistem pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh dengan mengambil kira perkembangan ilmu dan teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan internet pelbagai benda (IoT) tanpa meninggalkan ajaran teras wahyu yang akan memandu perkembangan tersebut. Meskipun ilmu pengajian wahyu / fardu ain tidak berubah, kurikulum juga perlu dibuat semakan untuk memastikannya kekal relevan dengan perkembangan semasa khususnya dari aspek pengkaedahan bahkan berperanan untuk membimbing ilmu-ilmu lain (sains aqli / pemerolehan) agar sentiasa mematuhi orbit shariah. Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 29


Antara kaedah yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ialah kaedah talkin atau pandang dengar. Melalui kaedah ini, guru meminta pelajar untuk menghafal sesuatu pelajaran terlebih dahulu. Contoh yang dikemukakan ialah dalam pengajian al-Quran pelajar atau kanak-kanak mestilah menghafal sesuatu ayat alQuran sebelum mereka mempelajari intipati kandungan al-Quran. Kaedah ini didapati selaras dengan taksonomi bloom yang menyatakan aras pemikiran pertama ialah menghafal sebelum ke tingkat yang lebih tinggi seperti memahami dan menganalisis. Kaedah ini dianggap sebagai meletak satu tapak yang kukuh untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi dalam menuntut ilmu. Contohnya, suatu ketika dulu sewaktu kita belajar matematik kita diminta menghafal sifir sebelum masuk kepada formula yang lebih kompleks. Kaedah pendidikan Ibnu Khaldun yang seterusnya ialah tadrij iaitu mengajar secara berperingkat dan beransuransur. Kaedah ini dianggap sangat berkesan dalam memberi kefahaman kepada para pelajar semasa proses PdP. Ibnu Khaldun telah berkata bahawa sesuatu yang harus kita ketahui ialah pengajaran ilmu pengetahuan kepada para pelajar hanya dapat dirasai berkesan apabila ia dilakukan secara beransur-ansur sedikit demi sedikit. Dr. Nik Abd Rahman bin Nik Yaacob Timbalan Pengarah (Akademik & Pendidikan) Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya wali al-din Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Rahman ibn Khaldun. Beliau dilahirkan pada tahun 1332 masihi dan meninggal pada tahun 1406 masihi. Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh sejarawan dan pemikir Islam berkaitan dengan ilmu sosiologi, politik, ekonomi dan pendidikan yang terkenal sehingga ke hari ini. Karyanya yang agung al-Muqaddimah diakui sebagai karya yang ulung oleh para sarjana daripada Timur dan Barat dan menjadi sumber kajian serta rujukan sehingga hari ini. Sebagai tokoh yang ulung, pandangan Ibnu Khaldun dalam pendidikan boleh dianggap sebagai releven dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kaedah pengajaran yang dikemukkan oleh Ibnu Khadun juga dianggap sesuai untuk dipraktikkan oleh guru-guru pada masa sekarang. Kaedah tadrij ini membolehkan para pelajar menguasai ilmu sepenuhnya dan menjadi ahli dalam ilmu tersebut. Kaedah ini dapat dilakukan oleh guru melalui 3 tahap. Tahap pertama, guru akan memberi gambaran terhadap kandungan dalam setiap bab, di samping guru akan menceritakan huraian ringkas mengenai tajuk, untuk mengenal pasti tahap kemampuan akal dan kesediaan pelajar untuk menerima ilmu. Manakala pada tahap yang kedua, guru akan mengajar pelajar pada tahap yang lebih tinggi serta memberi penjelasan secara menyeluruh. Selain itu guru juga akan membuat kaitan pelajaran dengan keadaan semasa atau bertentangan dengan tajuk yang diajar. Oleh itu daya pemikiran dan keintelektualan pelajar akan ditingkatkan. Tahap ketiga yang perlu dilakukan oleh guru ialah membuat pengukuhan dan pemantapan dengan melakukan perbincangan yang lebih berasas. Pada masa ini guru akan menghuraikan kekaburan dan kerumitan kefahaman pelajar, guru akan menjawab persoalan yang ditanya oleh pelajar. Hasilnya nanti pelajar akan mencapai tahap keahlian dalam bidang tersebut.Kaedah tadrij ini juga didapati hampir sama dengan taksonomi bloom. Ini menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun sebagai tokoh pemikir Islam yang telah mendahului zaman berkaitan konsep aras kefahaman pelajar. IBNU KHALDUN Kaedah Pengajaran Berkesan mengikut 1332-1406 PENDIDIKAN RABBANI Kaedah Pengajaran Berkesan mengikut Ibnu Khaldun 30 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Ibnu Khaldun juga meminta guru supaya menggunakan kaedah pengajaran berfokus. Melalui kaedah ini guru akan menyatakan tajuk yang jelas kepada murid dan pada masa yang sama guru tidak akan mengajar dua disiplin ilmu sekaligus dalam sesi pengajian. Kalau kita lihat apa yang berlaku sebelum ini dalam sistem pendidikan kita, subjek bahasa Inggeris dan subjek sains telah dijadikan satu subjek. Kaedah ini telah dianggap tidak berjaya sepenuhnya dan telah dimansuhkan, hanya tinggal dalam kertas soalan sahaja. Mengikut pandangan Ibnu Khaldun sekiranya dua disiplin ilmu diajar sekaligus oleh guru ia akan memberi bebanan dan kesukaran kepada pelajar kerana mereka terpaksa memikirkan dua masalah pada masa yang. Jika dua disiplin ilmu disatukan dalam satu masa maka ia akan membingunkan pelajar kerana perhatian mereka akan terbahagi dan terganggu oleh satu daripada yang lain. Dalam kaedah berfokus ini juga guru-guru tidak seharusnya memulakan pengajaran dengan permasalah yang kabur kepada pelajar. Ini kerana pelajar tersebut terpaksa menjana pemikiran bagi menyelesaikan masalah yang diajukan padanya. Selain itu, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa sesuatu ilmu pengetahuan dapat dikuasai dan dihayati oleh pelajar apabila mereka diberi kebebasan untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran yang diminatinya. Apabila pelajar telah mengembangkan keinginannya untuk mengetahui disiplin ilmu tersebut maka pelajar akan meningkatkan minat yang dengan lebih tinggi dan berusaha untuk menguasai ilmu tersebut secara keseluruhan. Pada masa yang sama para guru juga dinasihatkan tidak menuntut sesuatu yang melebihi daya kemampuan murid dari segi aspek kefahaman dan penguasaan berdasarkan tahap umum dan kesediaan pelajar dalam menguasai pelajaran. Sebaliknya jika pelajar dikelirukan semasa pengajiannya maka dia tidak dapat memahami sesuatu ilmu dan kesannya pemikiran pelajar tersebut akan tumpul, mudah berputus asa dan akan menyisih ilmu yang sedang dipelajari. Manakala kaedah pengajaran yang seterusnya ialah muhakah atau peniruan. Bagi Ibnu Khaldun kaedah ini adalah penting dan memberi kesan dalam pengajaran. Kaedah ini sama seperti lakon semula iaitu pelajar akan memindah apa yang dilihat melalui pancaindera penglihatan kepada perlakuan atau tingkahlaku berdasarkan maklumat yang diperhatikan. Oleh itu guru hendaklah menunjukkan contoh dan akhlak yang baik kepada para pelajar yang akan menjadi ikutan kepada pelajar. Kadang-kadang Allah SWT akan mempermudahkan manusia memperolehi ilmu dalam jangka masa yang singkat apabila mereka berpegang kepada amalan guru dalam bertingkahlaku. Cara ini juga boleh mengelakkan pelajar daripada memperolehi ilmu yang tidak bermanfaat sehingga merosakkan pemikiran dan kehidupan pelakunya. Kaedah Pengajaran yang seterusnya mengikut ibnu Khaldun ialah tajribah atau percubaan. Kaedah Ini dianggap penting di dalam proses pemindahan ilmu. Ibnu Khaldun seseorang pemerhati tidak akan mencapai objektif dengan hanya melakukan pemerhatian namun ia boleh mencapai objektif tersebut jika cuba melakukannya. Apabila percubaan itu dilakukan oleh pelajar maka dia dapat mengambil manfaat pengetahuan, kerana telah mengalami secara langsung apa-apa yang ingin diketahuinya. Dalam kaedah moden mungkin ia dikenali sebagai try and error. Melalui try and error inilah akan berlakunya peningkatan ilmu dan juga inovasi. Ibnu Khaldun juga memberi penekanan kepada kaedah al-Tikrar iaitu pengulangan. Mengikut beliau, kadang-kadang para pelajar tidak memahami sesuatu pembelajaran pada peringkat pertama atau kedua. Oleh itu guru di syorkan supaya mengulangi semula pengajian tersebut sehingga para pelajar dapat memahaminya. Sebaiknya pengulangan dalam proses pengajaran hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Melalui kaedah ini guru diminta supaya tidak memindah pengajian kepada tajuk yang lain sekiranya pelajar tidak dapat menguasai tajuk yang diajar. Sekiranya dipindah juga maka ilmu tersebut menjadi beban kepada pelajar kerana mereka belum menguasainya tetapi diberi tugas yang baru. Kesimpulannya pandangan ibnu Khaldun terhadap kaedah pengajaran ini dianggap lebih mendalam dan teliti. Pelaksanaan bagi sesetengah kaedah yang dikemukakan dalam pendidikan masa kini mungkin mengalami sedikit masalah, kerana beban kurikulum sekarang semakin bertambah dan kompleks. Namun adakah pertambahan beban kurikulum tersebut, akan melahirkan golongan pakar di dalam sesuatu bidang sebagaimana ulama silam. Sekiranya tidak ada jawapan untuk persoalan ini maka kaedah pengajaran ibnu Khaldun haruslah diteliti dan diberi perhatian. Kaedah Pengajaran Berkesan mengikut Ibnu Khaldun PENDIDIKAN RABBANI 31 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023


Institut Latihan Darul Naim | Oktober 2023 | Bil. 19/1-2023 BULETIN MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM  KEBERKATAN  KEMAKMURAN  KEBAJIKAN Barisan Moderator Pembentangan Konggeris Perdana: Kiri ke Kanan: Ustazah Asmak Husin, Dr. Wan Nik Wan Yusof , Dr. Mohd Nor Hussin, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh, Dr. Nadzmi Ghazali Azmi & YB Haji Kamaruzzaman Mohamad KONGRES PERDANA KELANTAN SEJAHTERA


Click to View FlipBook Version