fifffflffiflfflffififfffffffi Kelantan ERA BAHARU fifffflffiflffiffiffi flffiffi ffi ffifl fifffflffiffflffflffffflfffflffiffl fifflffiflffiflffi ffi flffiffi fflfifffflffiffflffflffffflfffflffiffl Institut Latihan Darul Naim | September 2023 | Bil. 19/1-2023 BULETIN
- KANDUNGAN 02 Dari Meja KETUA PENGARANG 03 BERITA ILDAN 08 BERITA Pendidikan Komuniti Asas Kesejahteraan Rakyat 09 BERITA Kelantan Ke Arah Fasa 30 Tahun Kedua 10 BERITA Kelantan Merangka ke Arah Negeri Maju 12 BERITA Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani 14 AKTIVITI & GALERI 16 BERITA Pendidikan Rabbani Diperkasakan di Tujuh Zon 18 BERITA Latihan Komuniti Rabbani (K-RABB) Kini Aktif Bergerak 20 AKTIVITI & GALERI 24 LENSA LATIHAN 26 PENDIDIKAN RABBANI Kepimpinan Dalam Konteks Kurikulum Dan Pendidikan 28 PENDIDIKAN RABBANI Perspektif Sirah Para Nabi Dalam Mengurus Emosi Semasa Bekerja DARI MEJA KETUA PENGARANG Dr. Azizi Bin Umar PENAUNG YB DATO’ DR. MOHAMED FADZLI BIN DATO’ HJ. HASSAN Pengerusi Lembaga Pengarah ILDAN Pengerusi JK Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi KETUA EDITOR • DR. AZIZI BIN UMAR KETUA EDITOR • UST. SOLEH BIN IBRAHIM EDITOR • AMIRA NUR SYAFIAH BINTI MOHAMMAD • DR.NIK ABD RAHMAN BIN NIK YAACOB • UST. HISHAMMUDIN BIN MUSTAPHA • USTAZAH. RADIN SERI NABAHAH AHMAD ZABIDI JAWATANKUASA EDITORIAL • MUHAMMAD SYAZWAN BIN CHE MOHD ARIF • NURUL AYUNI BINTI CHE ABDULLAH JAWATANKUASA EDITORIAL • AMINIY HIFZULLAH IMTIAZ BIN MOHAMAD DAUD • NIK MOHD FAKHRIY BIN AB. WAHAB • SAIFUL AMMAR BIN SIDI AHMAD SIDANG REDAKSI DR. AZIZI UMAR Pengarah ILDAN Dipinjamkan perkhidmatan daripada Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 02 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Institut Latihan Darul Naim BERITA ILDAN ILDAN BERPINDAH KE BANGUNAN BAHARU DI TUNJUNG Penyerahan Semula Anak Kunci Pejabat Lama Bermula 5 Ogos 2023, Pejabat Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah mula berpindah ke Bangunan Pejabat Baharu di Tunjung. Sebelum ini ILDAN beroperasi di dalam kawasan sekolah Maahad Sains Tok Guru (MSTG), Pengkalan Chepa sejak 2019. Sebelum 2019, ILDAN yang dahulunya dikenali sebagai Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) telah operasi di Bangunan Asrama Putera Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebelah takap pejabat lama Yayasan Islam Kelantan (YIK).ILDAN memerlukan fasiliti yang lebih selesa dan lengkap bagi memudahkan urusan gerak kerja institut ini. Sejarah Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) telah mula diasaskan sejak 2015 dengan memberikan fokus kepada latihan perguruan sebelum diberikan peranan yang lebih besar kepada penjawat awam dan pemimpin organisasi sesuai dengan sebuah institut latihan negeri. Pada 15 Ogos 2023, ILDAN telah mengadakan perjumpaan bersama Pengetua Maahad Sains Tok Guru (MSTG), Encik Mohd Nasir bin Mohd Hasbullah bagi menyerahkan kembali kunci pejabat yang telah digunakan oleh pihak ILDAN bermula 2019 sehingga Ogos 2023. Pengarah Institut Latihan Darul Naim, Dr. Azizi Umar telah memberikan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah yang mewakili Yayasan Islam Kelantan (YIK) di atas pemberian kemudahan pejabat bagi digunakan oleh pihak ILDAN. ILDAN turut menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda kenangan. ILDAN telah menjalankan lebih 80 program dan kursus sepanjang tahun 2021-2022. Sehingga Ogos 2023, pada tahun ini terdapat lebih 50 program dan kursus yang telah dijalankan melibatkan pelbagai agensi dan institusi. ILDAN telah melibatkan sasaran yang lebih meluas seperti pegawai perkhidmatan negeri, pendakwah, pegawai urusetia, pegawai korporat, pemimpin komuniti, pemimpin politik dan pemimpin pelapis. Pelbagai kursus dan program yang telah dibuat oleh ILDAN bagi mencapai sasaran. ILDAN memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kefahaman secara teori dan praktikal berkaitan dengan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI), Dasar Pendidikan Rabbani dan yang terkini modul latihan Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb). Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 03
BERITA ILDAN Institut Latihan Darul Naim YB Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri merupakan penggerak utama dan sumber rujukan kepada ILDAN. Beliau telah dilantik oleh ILDAN sebagai Felo Utama Bersekutu bermula 2021. Penglibatan beliau bermula dari awal Pembangunan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) sebagai Pengerusi Penggubal dasar tersebut. DPRK berperanan sebagai satu garis panduan dalam bidang Pendidikan Kelantan yang mempunyai 9 prinsip. DPRK kini telah diguna pakai dalam sistem Pendidikan di Yayasan Islam Kelantan dan akan berkembang ke institut pendidikan yang lain. Beliau juga memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan dasar-dasar di Negeri Kelantan , di samping giat dan aktif membangunkan modul-modul latihan serta projek penyelidikan bagi membangun serta memajukan institusi Pendidikan di Negeri Kelantan. Pengarah ILDAN telah bercuti mulai 16 Ogos 2023 bagi menunaikan fardhu haji di Makkah selama 43 hari (37 hari di Makkah dan 6 hari di Madinah). Timbalan Pengarah telah menjalankan tugas-tugas pentadbiran semasa ketiadaan beliau. Beliau telah kembali bertugas mulai 6 Ogos 2023 dan terus memasuki pejabat baharu ILDAN di Bandar Baharu Tunjong. Amanah beliau kepada kakitangan ILDAN yang lain telah diberikan secara teratur dan terperinci sepanjang ketiadaan beliau di tanah air. bercuti menunaikan IBADAT HAJI Pengarah Beliau juga aktif dalam menyampai serta menyumbangkan ilmu beliau melalui jemputan undangan seperti kursus, ceramah, syarahan perdana, wacana, bicara dan lain-lain. Beliau berkongsi idea serta pandangan yang bermanfaat demi kesejahteraan negeri Kelantan. Keberadaan beliau dalam bidang Pendidikan khususnya di Kelantan wajar diberi pujian dan penghargaan. Beliau kini telah memulakan khidmat baharu dalam bidang politik, di mana beliau telah terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Selangor dalam Pilihanraya Negeri Selangor yang lepas. Didoakan pilihan beliau di dalam bidang politik dipermudahkan dan semoga maju jaya dalam karier yang baharu tersebut. Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) mengucapkan terima kasih atas sumbangan jasa dan bakti terhadap kemajuan dan pembangunan Institut ini serta sumbangan beliau kepada Kerajaan Negeri Kelantan. KHIDMAT KEPAKARAN PROFESOR Tahniah & Terima Kasih 04 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Institut Latihan Darul Naim BERITA ILDAN Padang Kompleks Yayasan Islam Kelantan YIK 23 Syaaban 1444H | 16 Mac 2023 Kakitangan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) mewakili Pejabat Exco Pengerusi JK Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi menyertai Mahrajan Memanah Piala Pengarah YIK yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kakitangan ILDAN telah memenangi tempat pertama dalam permainan berkumpulan, manakala Saudara Saiful memenangi tempat ke 4 acara memanah kategori individu. Sukan memanah merupakan sukan yang digemari oleh Rasulullah SAW, baik sebagai aktiviti riadah mahupun sebagai senjata ketika baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat RA keluar berperang. Rasululllah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu,” (Riwayat Bazzar dan Thabarani). PESERTA ILDAN TEMPAT PERTAMA MAHRAJAN MEMANAH Satu bengkel telah diadakan bagi proses Pembinaan Instrumen Kompetensi Modal Insan dalam sektor Pendidikan dan Pembangunan Insan Negeri Kelantan. Bengkel ini telah menampilkan pakar penyelidik, Prof. Dr. Amirzal……….., Pengarah Institut Pengurusan dan Kemiskinan (INSPEK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Dalam bengkel ini ahli-ahli penyelidik termasuk dari KIAS, YTK dan IPTG telah berpeluang berkongsi ilmu strategi dan kaedah penyelidikan yang sesuai bagi kajian berbentuk kompetensi modal Insan. Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Tok Kenali, Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK pada 17 Januari 2023. Bengkel ini adalah susulan daripada bengkel pembinaan kerangka Perancangan Sumber Manusia sebelum ini. Hasil perbincangan ini juga wakil-wakil agensi telah membuat kerangka baharu kompetensi dan memurnikan draf akhir MoA yang bakal dilaksanakan bagi memperkukuhkan kerjasama penyelidikan yang melibatkan lima agensi. Ia juga disarankan menjemput ahli-ahli penyelidik lain dari KIAS bagi tujuan perkongsian penyelidikan. MEMBANGUN KOMPETENSI MODAL INSAN dalam sektor Pendidikan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 05
BERITA Pengetua timba Ilmu Kepimpinan Baharu Dalam ucapan YAB Dato’ Bentara Kanan MB Kelantan semasa Amanat Tahun Baharu 2023 menitik beratkan keperluan membangunkan Kepemimpinan Rabbani dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Seminar ini dianjurkan oleh ILDAN dengan kerjasama ahli kumpulan penyelidik daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan objektif utamanya memantapkan kepemimpinan pendidikan yang berkesan dan berkeperluan semasa. Seramai 210 orang peserta dalam kalangan kumpulan pengurusan YIK, pengetua dan penolong kanan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang hadir menyertai seminar yang diadakan di Hotel H-Elite Design, Kota Bharu pada 13 Februari 2023. Seminar yang diadakan selama sehari ini menampilkan pembentang- pembentang daripada ahli kumpulan penyelidik yang membentangkan kertas kerja yang berasaskan Kepimpinan Rabbani. Manakala, di akhir seminar tersebut diadakan sesi “Town Hall” dikendalikan oleh Profesor Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri sendiri selaku ketua kumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, UKM. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1. AMALAN-AMALAN PENGETUA CEMERLANG Oleh : Dr. Azlin Norhaini binti Mansor Mantan Pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM 2. PENGURUSAN PERUBAHAN & KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN RABBANI Oleh : Oleh : PM Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM 3. PENGURUSAN BAKAT KEPEMIMPINAN DAN PROFESIONALISME PERGURUAN RABBANI Oleh : PM Dr. Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 4. KOMITMEN KEPIMPINAN PENDIDIKAN RABBANI DALAM PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH Oleh : Oleh : PM Dr. Arifin bin Mamat Kulliyyah Pendidikan, UIAM “ Berdasarkan prinsip Kebersamaan Tanggungjawab adalah penting untuk dilaksanakan bagi mencapai amalan terbaik seperti kepemimpinan dan kompetensi pemimpin Pendidikan pentadbiran menjiwai pendidikan, kelestarian pengurusan dana dan pengukuhan amalan persekutuan.” Pengetua Timba Ilmu KEPIMPINAN BAHARU 06 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Kota Bharu - Pelancaran Modul latihan Pendidikan Rabbani telah diadakan pada 13 Februari 2023 bertempat Hotel H-Elite Design, Tunjung . Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan telah melancarkan modul tersebut. Modul yang baru dilancarkan ini adalah hasil kajian ahli kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Arifin Mamat daripada Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ahli Penyelidikan yang lain terdiri daripada Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah (UKM) dan Profesor Madya Dr Mohamed Yusoff Mohd Nor (UKM). Modul Latihan Pendidikan Rabbani akan diguna pakai oleh sekolahsekolah di bawah pengelolaan YIK dan juga institusi Pendidikan yang terdapat di Kelantan. Program Bicara Profesionalisme Guru Novis telah diadakan pada 15 April 2023 di Dewan Seminar Kompleks Yayasan Islam Kelantan (YIK). Program ini melibatkan guru- guru sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sedang mengikuti pengajian Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh Malaysia. Program yang dipengerusikan sepenuhnya oleh Us. Nik Emran Bin Nik Mustapha menampilkan 2 penceramah hebat bersama topik yang menarik. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah ILDAN Dr. Azizi Umar. Kemudian Bina Profesionalisme GURU NOVIS Modul Latihan PENDIDIKAN RABBANI dilancarkan Institut Latihan Darul Naim BERITA ILDAN Sub-tema bagi Modul Latihan Pendidikan Rabbani 1. Asas Mudir 2. Mudarris Siber 3. Islah Komuniti 4. Faqih fiddin diteruskan dengan Bicara Profesional Guru Novis oleh panel jemputan. En. Aris Pazilah Harun membentangkan topik “Tips Menjadi Guru Cemerlang”. En. Aris merupakan guru di sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan beliau juga merupakan YDP Muafakat Guru Cemerlang Kelantan. Sesi Bicara ke-2 bersama Dr. Nasuha Musa yang merupakan Penolong Pengarah Kenaziran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Dr. Nasuha membicarakan mengenai Cabaran Pembelajaran Berterusan Sepanjang Hayat. Program ini dihadiri oleh 52 orang peserta. Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 07
BERITA Pendidikan Komuniti Asas Kesejahteraan Rakyat PENDIDIKAN KOMUNITI Asas Kesejahteraan Rakyat 10 Jun 2023 | Dewan Sri Guchil Kuala Krai Menjelang Mei, suasana Hari Guru dimeriahkan dengan Himpunan Pendidikan Islam sebagai tanda penghargaan kepada guru guru atas komitmen mereka menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Sambutan hari guru kali ini telah disambut dalam bentuk himpunan pendidik bagi zon selatan negeri Kelantan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Puteh. Antara topik yang menarik telah dikupas oleh Dr. Mohd Huzairi bin Hussain merangkap Pengarah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik Negeri Kelantan (SPARK) yang bertajuk “Hala Tuju Pendidikan dalam Pembinaan Generasi Rabbani”. Forum Pendidikan Komuniti : Pendidikan Komuniti Asas Kesejahteraan Rakyat bersama panel jemputan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Johari bin Mat (Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru) dan Puan Aloha Khana Binti Ahmad @ Mohamed (Pengetua Cemerlang SMK Tok Janggut Pasir Puteh). Forum telah dipengerusikan oleh Ustaz Muzafar bin Ramli, Pengetua SMU(A) Azhariah Melor 530 pendidik peringkat zon selatan Negeri Kelantan telah hadir bagi program Himpunan Pendidik Kelantan. Program yang diadakan adalah bagi mengetengahkan asas-asas Pendidikan yang penting untuk didedahkan kepada para pendidik. Forum tersebut turut memberikan intipati yang bermanfaat kepada para pendidik yang hadir pada program berkenaan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan), manakala ucapan penutup berserta ucapan khas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan , Ustaz Che Kamaruddin Kamel bin Che Muhammad bagi mewakili Pengarah YM Engku Rajhan bin Engku Ismail. Himpunan ini juga menghargai para pendidik dengan penyampaian anugerah beberapa kategori sebagaimana berikut :- ANUGERAH SEMPENA HIMPUNAN PENDIDIK 1- ANUGERAH KEPIMPINAN (HJ.AHMAD ZAKI BIN MAT ALI - MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI ) 2- ANUGERAH KHIDMAT KOMUNITI (US. MUHAMMAD SAIFUL ADLI BIN MOHD ARIFF - SRITI AL-FURQAN TANAH MERAH) 3- ANUGERAH KETERLIBATAN AGENSI (EN. ZUHAIMI BIN ZAKARIA - SETIAUSAHA KERJA SEKOLAH ) 4- ANUGERAH MURABBI PONDOK (USTAZ YAHYA BIN YAACOB - MADRASAH MUHAMMADIAH PONDOK SUNGAI DURIAN (MMPSD) 5- ANUGERAH KHIDMAT KEPAKARAN (USTAZ MOHD ZAIDI BIN MUSTAFA - PEGAWAI UNIT DI PPD JELI ) 6- ANUGERAH MUALLIM DIGITAL (USTAZ RAJA MUHAMMAD ADIB BIN RAJA MOHAMED - MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT PULAI CHONDONG MTAQ) 7- ANUGERAH PENDIDIK MUDA (PN. SITI FATIMAH BINTI AYOB - SMU(A) Darul Ulum Jedok) 8- ANUGERAH INTEGRASI SAINS (EN. ZUWAIRI ABDUL AZIZ - MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH ) 08 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Kelantan Ke Arah Fasa 30 Tahun Kedua BERITA 03 Jun 2023 | Hotel Pulse Grande, Putrajaya Kelantan sedang mengorak langkah memasuki fasa ‘30 Tahun Kedua’ setelah menempa pelbagai perubahan dasar dan pembaharuan sepanjang tempoh ‘30 Tahun Pertama’, berteraskan dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Kongres Perdana Kelantan Sejahtera (KOPAS) telah berjaya dilaksana dengan jayanya pada 03 Jun 2023 bersamaan 14 Zulkaedah 1444H bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Pengisian Kongres ini mengupas tajuk dan tema-tema yang melibatkan penilaian semula terhadap Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang telah diguna pakai selama 33 Tahun oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Pelaksanaan kongres ini dapat mengumpulkan ideaidea baru dan cadangan penambaikan terhadap pelaksanaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan amnya dan menjurus kepada Kepimpinan, Pembangunan Insan serta Ummah, Prasarana serta Perubahan Teknologi serta Sosioekonomi yang sejahtera untuk Negeri Kelantan yang lebih baik dan mampu memajukan negeri Kelantan khususnya. Selain itu, kongres ini dilaksanakan untuk meneliti idea baharu berasaskan sumber kekuatan dan keupayaan yang sesuai dengan tuntutan semasa dan akan datang. Serta mencadangkan penyelarasan praktikal kepada kepimpinan negeri demi kelangsungan, kelestarian dan kemajuan negeri Kelantan. Kongres yang melibatkan 133 orang ini terdiri daripada ahli akademik daripada pelbagai universiti tempatan dan universiti swasta, profesional daripada pelbagai latar belakang yang berpengalaman, teknokrat dan lainlain profesion bersama juga barisan pimpinan utama Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis Perasmian Penutup kongres disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah. Kelantan Ke Arah FASA 30 TAHUN KEDUA Ucaptama YB Dato’ Mohamed Fadzli sempena Kongres Perdana Kelantan Sejahtera Ucaptama kongres disampaikan YB. Dato’ Dr. Haji Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Negeri Kelantan. Dalam Ucaptama beliau menegaskan bahawa penilai semula terhadap……………. Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 09
Kelantan Merangka ke Arah NEGERI MAJU Kongres Perdana Kelantan Sejahtera yang bersidang pada 14 Zulkaedah 1444 bersamaan 3 Jun 2023 yang membincangkan tentang Membangun Bersama Islam : Pencapaian dan Unjuran melibatkan 1 ucap utama dan 20 pembentangan kertas kerja yang telah dipecahkan 4 kluster iaitu : 1. Kluster Kepimpinan dan Governan 2. Kluster Pembangunan Insan dan Ummah 3. Kluster Prasarana dan Perubahan Teknologi 4. Kluster Sosio-Ekonomi dan Kesejahteraan Pemangkin kepada kemajuan ‘30 Tahun Kedua’ adalah budaya ekonomi Kelantan yang berdaya-saing & berdaya-usahawan, disokong kecemerlangan pendidikan & ketersediaan infrastruktur, dipandu kepimpinan berwawasan & berjiwa rakyat. Tujuh bidang fokus yang boleh diberi “nilai-tambah” di Kelantan ialah: 1. Infrastruktur Berimpak Tinggi 2. Strategi Kepelbagaian Hasil 3. Pembangunan Bandar Baharu (Edu-City, Eco-City) 4. Kelantan Sebagai Destinasi Pelancongan 5. Keberhasilan Pertanian Kelantan 6. Pembangunan Industri Hiliran Berskala Besar 7. Ikon Usahawan ‘Anak Kelantan’ Memberi nilai-tambah kepada “Keunikan Kelantan” adalah sumber kemajuan dan kemakmuran rakyat Kelantan di masa hadapan. BERITA Kelantan Merangka ke Arah Negeri Maju Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 10
Kelantan Memacu Kemajuan BERITA ILDAN Kelantan memasuki fasa kemajuan bagi MEMACU KELANTAN 30 TAHUN KEDUA – Kelantan Maju Rakyat Sejahtera. Bagi memacu 30 tahun kedua, hasil rumusan adalah seperti berikut : 1. Menerus dan menterjemah legasi kepimpinan dan inspirasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam bentuk taktikal dan pelan tindakan yang jelas 2. Menyemak dan mengaudit semula semua blueprint, dasar dan polisi yang sedia ada untuk penambahbaikan dan penyelarasan 3. Mendokumenkan Dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI) secara tersusun dan diterjemahkan melalui pelan taktikal dan pelan operasi yang jelas 4. Membangunkan konsep pembangunan berasaskan kepada MMBI dengan mengekalkan identiti Muslim 5. Menubuhkan Majlis Tindakan Perancangan Negeri untuk merancang, menyelaras, memudahcara dan memantau perancangan pembangunan negeri supaya dapat terlaksana secara konsisten. Pembentangan Kertas Kerja Sempena Kongres Perdana Kelantan Sejahtera KELANTAN MEMACU Kemajuan Kewibawaan Ulama & Kepimpinan Profesional : Satu Tuntutan Jalinan Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hamat Dekan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Pendekatan Baharu Dalam Pencegahan Gejala Sosial Prof. Dr. Rozmi Ismail Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Prasarana dan Kelestarian Teknologi : Persediaan & Hambatan Prof. Madya Dr. Hanif Yaacob Associate Professor Fakulti Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Memacu Ekonomi Kelantan Ke Arah Kesejahteraan Komuniti YB Mohd Syahir Che Sulaiman • Ahli Parlimen Bachok • Seorang pengkaji ekonomi Mantan Penolong Naib Presiden, Strategi Pembangunan (Malaysia Vision Valley) Sime Darby Property Perkongsian Kuasa dan Governan Datuk Kamilia Dato’ Ibrahim Peguambela & Peguamcara Kamilia Ibrahim & Co., Mantan Ahli Dewan Negara MBI & MMBI dan Pentadbiran Dr. Kamaruzaman Bin Yusof Mantan Dekan Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pengurusan Kewangan dan Integriti Prof. Madya Dr. Ishak Bin Hj. Suliaman Associate Profesor Akademi Pengajian Islam Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Universiti Malaya Kepimpinan dan Pembangunan Bakat Prof. Madya Dr. Mohd Nuri Al-Amin bin Endut Profesor Madya (UTP) & Group Future State Jabatan Pengurusan Dan Kemanusiaan Fakulti Sains Dan Teknologi Maklumat Universiti Teknologi Petronas Prasarana dan Pembangunan Hartanah Dato’ Prof. Dr. Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin Mantan Profesor Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia Perhutanan dan Jejak Karbon Dr. Mohd Zaki Bin Hamzah Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia Polisi Mesra Industri dan Kecekapan Logistik Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim Pengurus Digital Adoption Department, Digital Economy Ecosystem Division Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Impak Komuniti Digital Dr. Mohd Shahrul Nizam Bin Mohd Danuri Pengarah Pusat Pembelajaran Pensyarah Kanan, Pusat Pembelajaran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Budaya dan Warisan : Dialek Melayu Kelantan Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Potensi Kelantan Hub Pendidikan Islam, Tahfiz dan Bahasa Arab Nusantara Prof. Dr. Nik Mohd Rahimi Bin Nik Yusof Pensyarah Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran Universiti Kebangsaan Malaysia Keharmonian dan Perpaduan Ummah Prof. Dr. Badlihisham bin Mohd Nasir Profesor Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Rekreasi & Hiburan Keluarga Tuan Azuar Bin Md Tasi Seniman (Artis) Pemain Gitar Bass, Kumpulan XPDC Pelancongan dan Kebudayaan Dr. Tan Awang Besar Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Pengurusan Sara Hidup & Kesejahteraan Komuniti Puan Hamsatul Azura Hamzah Pensyarah Fakulti Pengurusan Multimedia University (MMU) Ekonomi, Sumber Asli & Alam Sekitar Dr Nurulhuda Binti Mohd Satar Ketua Jabatan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Urus tadbir Korporat dan Keusahawanan Hj. Mohd Nazri Bin Chik Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam Bank Islam Malaysia 11 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
BERITA Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani IBU BAPA Pendidik Utama Generasi RABBANI Pada 22 Syawal 1444H bersamaan 13 Mei 2023 telah berlangsung Kongres PIBG Kelantan yang mengumpulkan lebih daripada 900 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG ) dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan sekolahsekolah persendirian juga aktivis ibubapa dan guru. Kongres julung kali diadakan yang bertemakan “Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani” itu bertempat di Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa. Antara objektif utama kongres tersebut ialah menghidupkan semula peranan ibu bapa sebagai peranan utama dengan menjadikan institusi keluarga sebagai nukleus pendidikan negara dan mengoptimumkan peranan PIBG ke atas sekolah melalui proses pendidikan, kerjasama pembangunan sahsiah pelajar.Program ini turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negeri dan tempatan bagi merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Di Samping itu, mengadakan satu platform pembahasan di antara dua (2) orang wakil pelajar, dua (2) orang wakil dari Ibu Bapa dan dua (2) orang wakil dari guru. Tajuk perbahasan yang dipilih ialah ‘Jalinan Ibu BapaSekolah- Komuniti - Ke Mana Kita?’. Pengerusi JK Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Negeri Kelantan,YB. Dato’ Dr. Mohamad Fadzil bin Dato’ Hj. Hassan turut menghadiri kongres ini. Kongres dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah dengan menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Kongres PIBG Kelantan. Pembentangan Kertas Kerja Kemahiran Ibu Bapa Dalam Mendepani Cabaran Generasi Baharu Oleh : Prof.Dr. Rozmi Ismail Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Forum PIBG ‘Impak Ibu Bapa Positif’ Panel 1 : YB Mohd Syahir bin Che Sulaiman (Ahli Parlimen Bachok) Panel 2 : Ustazah Asmak binti Husin (Mantan Senator Negara & Selebriti Dakwah) Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 12
Ibu Bapa Pendidik Utama Generasi Rabbani BERITA Kongres PIBG Kelantan yang bersidang pada hari ini, 22 Syawal 1444H bersamaan 13 Mei 2023 anjuran Institut Latihan Darul Naim (ILDAN), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Persidangan Pengetua YIK dan Maj- lis PengetuaPengetua YIK di Dewan Besar Pusat Tarbiah Islam Kelantan dengan kehadiran perwakilan ibu bapa, guruguru, anak-anak, pemimpin tempatan, ahli politik dan kumpulan profesional. Dengan ini, telah menghasilkan beberapa resolusi dan bersetuju ; 1. Mengoptimumkan keutamaan peranan ibu bapa melalui medium Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dalam menjadikan institusi keluarga sebagai nukleus pembangunan insan negara. Bagi tujuan tersebut, keperluan mewujudkan ‘medium gabungan PIBG’ sebagai perantara dengan kerajaan. 2. Keperluan meningkatkan kemahiran ibu bapa (parenting skill) khususnya kekuatan kesabaran ibu bapa muda dalam mendepani generasi baharu. 3. Mengukuhkan pembudayaan amalan positif ibu bapa melalui panduan Penghayatan Keluarga Mawaddah dan kekuatan ketua keluarga yang Qawwam. 4. Bebanan pendidikan anak-anak yang menjadi tanggungjawab kerajaan perlulah dipikul bersama oleh ibu bapa, keluarga dan tanggungjawab sosial institusi melalui pembudayaan amalan waqaf, zakat dan sedekah secara sistematik. 5. Setiap ibu bapa perlu mengambil sikap yang lebih bersungguh-sungguh tentang keperluan tabungan kewangan pendidikan sekaligus mampu menjaga masa depan anak-anak dalam jangka masa yang panjang. 6. PIBG hendaklah menjadi sebahagian daripada sistem sokongan pendidikan yang berkesan dalam meningkatkan kemenjadian insan mulia, sahsiah dan pencapaian akademik pelajar. 7. PIBG sebagai medium utama ibu bapa perlu diperkasa sebagai wadah kesukarelawanan komuniti dalam proses pendidikan masyarakat dan penyampaian dasar-dasar kerajaan. Anugerah sempena Kongres PIBG Kelantan :- 1. KATEGORI MAAHAD KAWALANMAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU 2. KATEGORI MAAHAD PILIHAN MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN 3. KATEGORI MAAHAD KERAJAAN MAAHAD SYAMSUL MAARIF (PEREMPUAN) PULAI CHONDONG 4. KATEGORI SEKOLAH MENENGAH UGAMA ARAB SMU (A) ITTIHADIAH, TANJUNG PAGAR 5. KATEGORI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) SMU (A) AL-KAUTHAR, PERINGAT RESOLUSI SEMPENA KONGRES PIBG KELANTAN Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 13
AKTIVITI & GALERI Kepimpinan Guru Dakwah diperkasa Kursus diadakan di Dewan Kacip Fatimah, FAMA RTC Tunjong pada 13 - 14 Jun 2023 yang melibatkan penjawat awam Kerajaan Negeri Kelantan. Kursus yang menerapkan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) telah disampaikan melalui 3 teras utama iaitu ‘UBUDIYAH, MAS’ULIYAH dan ITQAN (UMI). Kursus ini diadakan selama 2 hari memberi pendedahan dan ilmu baharu kepada para peserta serta dikendalikan oleh fasilitator yang terlatih. Kursus ini juga diselangi dengan aktiviti berkumpulan dan juga sesi pembentangan mengenai isu-isu menarik yang selari dengan persekitaran para peserta. Kepimpinan GURU DAKWAH diperkasa Pemahaman UMI kepada PENJAWAT AWAM NEGERI Kursus Kejurulatihan Kepimpinan Guru Dakwah telah diadakan pada 23 Februari 2023 bertempat di H-Elite Design Hotel , Tunjung. Kursus ini melibatkan 40 orang Guru YIK, 3 pegawai YIK, 2 orang guru Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru dan 5 panel pembentang kursus yang terdiri daripada pensyarah UKM. Kursus ini juga merupakan bengkel pengujian MODUL KEPIMPINAN GURU DAKWAH yang diadakan bagi menambahbaik dan memperkemaskan lagi modul yang telah dibangunkan. Modul yang telah dirangka oleh Kumpulan Pembangunan Modul daripada kalangan Penyelidik yang diketuai oleh Dr. Muhamad Faisal Ashaari, Ketua Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam , UKM, dan 5 orang pensyarah UKM, seorang pensyarah KIAS, serta wakil YIK dan ILDAN. 5 Kumpulan telah dibentuk dan setiap kumpulan telah membincangkan skop tertentu daripada modul kepimpinan guru dakwah yang dibangunkan. Modul ini diperhalusi dan dimurnikan melalui perbincangan dalam kumpulan berasaskan modul tersebut dan pandangan ahli kumpulan mengikut situasi di sekolah masing-masing. Panel Pembentang bertindak sebagai pemudahcara dengan memperincikan modul berkaitan serta memberi penjelasan mengenai isi kandungan modul. Hasil perbincangan dalam kumpulan telah dirumuskan di hujung kursus oleh ketua penyelidik iaitu Dr. Muhamad Faisal Ashaari. Penambahbaikan dari perbincangan ini akan dikemaskini oleh para pembangun modul dan akan dibentangkan pada kursus yang akan datang. 14 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Ildan Terima Kunjungan INSPIM, Melaka AKTIVITI & GALERI Kursus diadakan di Dewan Kacip Fatimah, FAMA RTC Tunjong pada 13 - 14 Jun 2023 yang melibatkan penjawat awam Kerajaan Negeri Kelantan. Kursus yang menerapkan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) telah disampaikan melalui 3 teras utama iaitu ‘UBUDIYAH, MAS’ULIYAH dan ITQAN (UMI). Kursus ini diadakan selama 2 hari memberi pendedahan dan ilmu baharu kepada para peserta serta dikendalikan oleh fasilitator yang terlatih. Kursus ini juga diselangi dengan aktiviti berkumpulan dan juga sesi pembentangan mengenai isu-isu menarik yang selari dengan persekitaran para peserta. ILDAN TERIMA KUNJUNGAN INSPIM, MELAKA Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 15
BERITA Pendidikan Rabbani Diperkasakan di Tujuh Zon Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sebagai panduan kepada semua sektor pentadbiran kerajaan negeri termasuk pendidikan. Sektor ini dikaitkan dengan pembangunan insan. Pembangunan insan melalui pendidikan yang benar dan berorientasikan Rabbani sebagaimana yang tercatat dalam Al -Quran al-Karim. Pendidikan Rabbani dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki dengan berpandukan wahyu daripada Allah Taala. Rasulullah SAW telah memperkenalkan konsep Pendidikan Rabbani dan berkonsep belajar seumur hidup, mempraktikkan ilmu serta menyebarkannya. Dengan Dasar Pendidikan Rabbani (DPRK) yang dibina ini bertujuan meluaskan skop pendidikan yang bukan sahaja dalam konteks ‘Pendidikan Islam’ atau agama malah matai bidang- bidang lain. Dasar Membangun Bersama Islam yang berfalsafah kepada konsep “Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) adalah menjadi sandaran Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan ini. PENDIDIKAN RABBANI DIPERKASAKAN DI TUJUH ZON Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 16
Pendidikan Rabbani Diperkasakan di Tujuh Zon BERITA Pengisian Kursus Perdana Pelaksanaan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan telah dibahagikan kepada 2 (Dua) Pembentangan Kertas Kerja yang berasaskan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK). Terdapat dua (2) kertas kerja yang diketengahkan dalam kursus separuh hari ini. Antara (2) pembentangan kertas kerja tersebut adalah seperti berikut :- Pembentangan Kertas Kerja 1 Taklimat Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) Pembentangan Kertas Kerja 1 Taklimat Buku Panduan Program dan Aktiviti DPRK Buku Senarai Semak DPRK BIL TARIKH TEMPAT PENGLIBATAN 1 13 Ogos 2022 Dewan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu 160 peserta 2 24 September 2022 Dewan Jubli Perak, Lembaga Kenaf dan Tembakau, Pasir Puteh 217 peserta 3 12 November 2022 Dewan Teratai, Pantai Sri Tujuh, Tumpat 221 peserta 4 28 Januari 2023 Institut Latihan Pekebun Kecil RISDA, Bukit Sireh, Kuala Krai 160 peserta 5 04 Februari 2023 Dewan Purnama, Taman Desa Rabbana, Jeli 181 peserta 6 18 Februari 2023 Dewan KESEDAR INN, Gua Musang 70 peserta 7 24 Jun 2023 Dewan Damai Sari, Tawang, Bachok 323 peserta Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 17
BERITA Latihan Komuniti Rabbani (K-RABB) Kini Aktif Bergerak KINI AKTIF BERGERAK LATIHAN KOMUNITI RABBANI (K-RABB) Kuala Krai - Pada tanggal 25 September 2022, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan Program Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu yang dihadiri oleh 350 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan peringkat komuniti. Tujuan utama program ini dilancarkan adalah supaya 9 Budaya Komuniti Rabbani yang dibina dapat diperturunkan kepada kepimpinan masyarakat dan seterusnya dapat dihayati di dalam komuniti. Sehubungan dengan itu, Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah menjalankan 6 siri kursus Kepimpinan Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) bagi suku tahun pertama (Januari – Mac 2023). Pengisian Kursus Kepimpinan Masyarakat Budaya Komuniti Rabbani telah dibahagikan oleh beberapa modul-modul yang berasaskan Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB). Terdapat 7 modul yang diketengahkan dalam kursus 2 hari 1 malam ini. Selain itu, penganjuran kursus diadakan melalui penyebaran info dan maklumat mengenai Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb). Jadual Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) Siri Tarikh 1 11 - 12 Disember 2022 2 14 - 15 Januari 2023 3 12 - 13 Februari 2023 4 19 - 20 Februari 2023 5 27 - 28 Februari 2023 6 12 - 13 Mac 2023 7 24 Jun 2023 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 18
Latihan Komuniti Rabbani (K-RABB) Kini Aktif Bergerak BERITA Riadhah Kursus ini juga diselangi dengan aktiviti yang sihat dan cergas seperti riadhah pada waktu petang dan riadhah : Senaman Tua di waktu pagi. Peserta dikumpulkan di padang IKPK bagi mengadakan sesi riadah ini. Sesi riadhah yang dipimpin oleh fasilitator yang terlatih bagi mengendalikan sesi ini. Peserta perlu mengikut gerak geri riadhah yang dibuat oleh fasilitator. Selain itu, aktiviti permainan secara berkumpulan turut diadakan bagi membina semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta. Riadhah dalam kursus ini diadakan pada waktu petang : Hari Pertama kursus dan riadhah pada waktu pagi : Hari Kedua. Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri terjamin. Apabila beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Riadhah juga membolehkan kita menghilangkan tekanan dan menstabilkan emosi. Program kerohanian juga turut di selit dalam kursus ini. Antara program yang dijalankan adalah seperti :- Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Jemputan atau Fasilitator yang dilantik dan diadakan sama ada di dewan seminar atau di surau IKPK. Topik yang disampaikan dalam kuliah maghrib bersifat umum. Sesi ‘Recall’ dikendalikan oleh Penyelaras Program, Ustaz Hishammudin Mustapha. Sesi yang bertajuk Peranan Pemimpin dalam Masyarakat menyentuh isu-isu remaja, masalah sosial, masalah keruntuhan akhlak pada masa kini serta peranan peserta sebagai pim- pinan masyarakat. Sesi ini bagi membuka minda peserta tentang keadaan semasa masyarakat pada hari ini. Qiamullail diadakan pada jam 5 pagi yang dikendalikan oleh wakil pe- serta. Qiamullail dengan zikir-zikir ketuhanan dan disertai dengan solat sunat tahajud,solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat Antara 7 modul tersebut adalah seperti berikut :- Modul 1 : Hubungan dengan Allah – Matlamat , Budaya 1 & Budaya 2 Modul 2 : Prasyarat Kejayaan Diri – Budaya 3,4 & Budaya 5 Modul 3 : Hubungan sesama manusia – Budaya 6, 7, 8 & Budaya 9 Modul 4 : Apa peranan dan tanggungjawab kita? Modul 5 : Meneliti Agenda Penghayatan Nilai & Perubahan Sikap Modul 6 : Bagaimana Langkah menjayakan K-Rabb (Sesi Ice Breaking) Modul 7 : Bagaimana menjayakan K-Rabb (Sesi Pembentangan) Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 19
AKTIVITI & GALERI Institut Latihan Darul Naim 01 Februari 2023M | 10 Rejab 1444H - Satu bengkel pemerkasaan Penghayatan Ubudiyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) kepada para jurulatih telah dianjurkan oleh ILDAN. Ini bagi memperkasakan pengetahuan jurulatih mengenai penguasaan UMI secara lebih terperinci. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada bengkel-bengkel yang lepas dan merupakan kali ke 4 diadakan. Dua kursus UMI yang melibatkan Pegawai Penjawat Awam Negeri Kelantan telah dijalankan pada 28-29 November 2022 di H-Elite Hotel (Kumpulan N41) & 6-7 Disember 2022 di H Elite Hotel (Kumpulan Pada 05 Mac 2023 bertempat di H-Elite Design Hotel, ILDAN mengatur satu diskusi meja bulat (RTD) bagi pembinaan Pelan Tindakan Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK) melibatkan 24 agensi / institusi dan 5 panel yang terdiri daripada Dr Saupi Man Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Nurhafilah Musa (Pensyarah UKM), Dr Shukeri Mohd (Pensyarah UM), Ust Mohd Fakaruddeen Che Omar dan Ustazah Asmak Husin yang merupakan Penceramah Bebas. Diskusi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Borhamudin dan panel jemputan ini membincangkan mengenai pembangunan pelan Tindakan bagi Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK).ILDAN memainkan peranan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perbincangan ini. Panel membantu memperincikan Dasar Qawammah Lelaki Kelantan (DQLK) dan memberi penjelasan mengenai isi kandungan dasar. Hasil perbincangan dalam kumpulan akan dirumuskan oleh Dr. Saupi Man. Kemahiran Kejurulatihan dipertingkatkan Pembangunan Pelan Tindakan Dasar Qawwamah (DQLK) Pelaksana N22- N 32). Fungsi Jurulatih & Pembantu Jurulatih adalah jurulatih memfokuskan kepada pengendalian majlis manakala pembantu jurulatih membantu dari segi teknikal dan tugas-tugas khas. Keberadaan jurulatih dalam kursus yang bakal diadakan adalah sangat penting bagi memastikan pengurusan dan penguasaan mengenai UMI dapat dihuraikan dengan jelas kepada bakal peserta. Bengkel ini diadakan pada 01 Februari 2023 di Bilik Malinja, H-Elite Design Hotel, Tunjung dengan kehadiran 12 orang jurulatih terpilih. 20 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Pengurusan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) akan dibantu oleh pasukan kluster dalam menjayakan visi dan misi sebagai peneraju latihan dalam pembangunan insan berteraskan Islam. ILDAN yang dinaik taraf daripada Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK). telah mengambil inisiatif mengukuhkan legasi ILDAN dengan memperluaskan rakan kerjasama daripada pelbagai agensi. Sebanyak lapan kluster telah diwujudkan bagi memperkasakan pengurusan ILDAN yang akan berperanan sebagai satu-satunya institut latihan awam negeri. Peranan Kluster ILDAN sebagai panel rujukan untuk membantu memberikan pandangan kepada pengurusan ILDAN dan aktiviti latihan yang dijalankan. Seramai 51 orang ahli kluster yang turut dikenali sebagai panel pemerkasaan telah hadir dalam bengkel yang diadakan pada 12 April 2023 bertempat di Hotel Grand Riverview. Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Pengarah ILDAN, Dr Azizi Umar sebagai langkah mula untuk melihat hala tuju ILDAN pada masa depan. Ahli-ahli Kluster yang terlibat terdiri daripada wakil jabatan, agensi, organisasi latihan negeri, individu berpengalaman, pemegang sijil profesional, jurulatih, wakil akademik dan wakil agensi persekutuan. Pelbagai agensi dan jabatan seperti Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), JAHEAIK, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Negeri Kelantan (UKeKwa), Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan (U-Bes) turut serta sebagai kluster ILDAN. Bengkel ini diadakan secara santai dan memfokuskan kepada beberapa aspek latihan iaitu data latihan, tahap kompetensi semasa, analisis keperluan latihan, pemilihan jurulatih yang profesional dan penambahbaikan. Slot amanat khas dalam bengkel tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan, Pengerusi JK Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Negeri Kelantan. Turut hadir YB Azhar Salleh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan. Institut Latihan Darul Naim AKTIVITI & GALERI KLUSTER ILDAN Pemerkasaan Teknologi Negeri Kelantan. 1. Kluster Dasar & Maqasid Syariah. 2. Kluster Perguruan & Kepengetuaan. 3. Kluster Governan & Korporat. 4. Kluster Kepimpinan Demokrasi & Siasah. 5. Kluster Pensarjanaan & Penyelidikan. 6. Kluster Dakwah & Komunikasi Media. 7. Kluster Kepimpinan Komuniti & Keluarga. 8. Kluster Pengurusan & Profesional Muda Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 21
AKTIVITI & GALERI Institut Latihan Darul Naim 12 April 2023 | Hotel Grand Riverview Kota Bharu - Satu majlis telah diadakan bagi menghargai rakan kerjasama yang telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan ILDAN pada tahun 2021 sehingga kini. Rakan kerjasama ILDAN terdiri daripada individu dari pelbagai agensi kerajaan seperti Yayasan Islam Kelantan (YIK), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Universiti Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK), Urusetia-urusetia Kerajaan Negeri dan beberapa agensi lain.Lima kategori yang diraikan dalam majlis tersebut ialah kategori kakitangan, rakan kerjasama, jurulatih terbaik, rakan unit agensi terbaik dan anugerah khas sekalung budi. Pemilihan bagi setiap kategori adalah berdasarkan kepelbagaian sumbangan dan impak sumbangan kepada kemajuan ILDAN. Majlis penghargaan dan penyampaian anugerah disampaikan oleh YB Dato Dr Mohamad Fadzli Haji Hassan. Turut hadir YB Ustaz Azhar Salleh, Timbalan Exco, Tuan Hj Zaki Yusof, Pengarah BPSM yang juga ahli lembaga pengarah ILDAN. Turut sama berlangsung penyerahan watikah pelantikan ketua kluster ILDAN. Majlis ini dihadiri oleh seramai 70 orang ahli kluster yang telah dipilih dan diadakan juga bengkel pemerkasaan ILDAN serta Majlis Berbuka Puasa. ILDAN RAIKAN RAKAN KERJASAMA ANUGERAH KAKITANGAN CEMERLANG • Ustaz Soleh Ibrahim Penolong Kanan Kompetensi • En. Nik Mohd Fakhriy bin Ab Wahab Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran & Teknologi Maklumat) ANUGERAH KATEGORI RAKAN KERJASAMA • Ustaz Ilias bin Ahmad Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) • Ustaz Mohamad bin Yusoff Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Getting. ANUGERAH JURULATIH TERBAIK • Dr. Norhisyam Md Nawi (Jurulatih Kursus UMI) • Us. Hamdan Ismail (Jurulatih K-Rabb) ANUGERAH RAKAN UNIT AGENSI • Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Yayasan Islam Kelantan yang diwakili oleh Us. Harun Ismail ANUGERAH KHAS SEKALUNG BUDI • Cikgu Wan Ab Halim Wan Ismail 22 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Institut Latihan Darul Naim AKTIVITI & GALERI 21—24 Jun 2023 | Perkarangan Stadium Muhammad ILDAN telah mengadakan Pameran bersempena Karnival Rakyat Maju Kelantan Sejahtera. Pameran yang diadakan selama 4 Hari bermula 21 Jun 2023 sehingga 24 Jun 2023 bertempat di perkarangan Stadium Muhammad. Tujuan utama keberadaan ILDAN di pameran tersebut adalah untuk menghebahkan keberadaan ILDAN sebagai agensi pusat latihan dan pembangunan modal insan di Negeri Kelantan. ILDAN telah melebarkan fungsi organisasi ke peringkat komuniti, di mana latihan budaya Komuniti Rabbani (KRABB) telah mula berjalan dengan baik dan tersusun rapi. Pameran yang diadakan memaparkan usaha murni yang telah dilaksanakan melalui pembangunan modul dan program-program yang memfokuskan kesedaran dan kefahaman terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri Kelantan. ILDAN telah menyantuni rakyat yang hadir ke pameran tersebut dengan mengedarkan risalahrisalah berkaitan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan dan juga Program latihan Budaya Komuniti Rabbani (KRABB). Program Jaulah Tarbawi Guru Dakwah YIK diadakan pada 27 dan 28 Mei 2023. Kuala Terengganu merupakan destinasi persinggahan para guru dakwah bagi memenuhi undangan Himpunan Pendidik Kebangsaan serta Sambutan Hari Guru yang diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 40 orang guru Dakwah Yayasan Islam Kelantan menyertai jaulah tersebut. Turut diadakan Perbincangan pihak ILDAN bersama guru dakwah bagi mendapatkan pandangan dan idea bagi membangunkan modul guru dakwah YIK. KUNJUNGAN PAMERAN ILDAN Jaulah Tarbawi Guru Dakwah YIK Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 23
LENSA LATIHAN Institut Latihan Darul Naim Kajian Lapangan Diskusi Kumpulan Fokus - Fakulti Pendidikan UKM 11 Januari 2023 | H-Elite Hotel Majlis Keraian INSPIM Melaka 12 Mac 2023 | Pusat Kraftangan Kelantan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penghargaan Kakitangan ILDAN 12 April 2023 | Grand River View Hotel Kursus Kejurulatihan Kepimpinan Guru Dakwah YIK 23 Februari 2023 | H-Elite Hotel Bengkel Pembangunan Instrumen Kajian Kompetensi Kepegawaian Urus Setia Penggerak Dasar Kerajaan Negeri 17 Mac 2023 | Fakulti Kejuruteraan UKM Kongres PIBG Kelantan 13 Mei 2023 | Pusat Tarbiah Islamiah (PUTIK) 24 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Institut Latihan Darul Naim LENSA LATIHAN Kongres Perdana Kelantan Sejahtera 03 Jun 2023 | Pulse Grande Hotel, Putrajaya Kursus Perdana Pelaksanaan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) 24 Jun 2023 | Dewan Damai Sari, Tawang, Bachok Kursus Kepimpinan Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) 27-28 Ogos 2023 | Institut Latihan Pekebun Kecil (ILPK) Bukit Sireh, Kuala Krai Kursus Penghayatan Ubudiyyah, Mas’Uliyyah dan Itqan (UMI) 13- 14 Jun 2023 | Dewan Fama RTC Tunjung Majlis Solat Hajat dan Penyerahan Kunci Bangunan Pejabat Baharu ILDAN 05 Ogos 2023 | ILDAN Taklimat Pengambilan Program Lepasan Ijazah (PDGE) UUM-ILDAN 30 Ogos 2023 | Bilik Seminar YIK Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 25
PENDIDIKAN RABBANI Kepimpinan Dalam Konteks Kurikulum Dan Pendidikan Pengurusan amat berkait rapat dengan fungsi dan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Terdapat pelbagai definisi pengurusan. Menurut Ahmad Ibrahim (1991), pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan ahli-ahli organisasi dengan menggunakan semua sumber yang ada untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan yang baik tidak akan membiarkan sebarang potensi terabai dan tiada golongan yang akan terbiar. Dalam aspek kurikulum, pengurusan adalah sesuatu yang tidak dapat tidak diperlukan kerana di dalamnya terdapat pelbagai proses dan aktiviti yang perlu dilalui dan diselaraskan samada melibatkan pembinaan kurikulum atau pemantauan perlaksanaan atau penilaian keberkesanannya. Kepimpinan pula bermaksud keupayaan memimpin. Terdapat beberapa istilah Arab yang berkait dengan kepimpinan iaitu idarah, qiadah, siasah dan tadbir (al-Talib 1992). Dari konteks istilah, kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Cherington (1989) menjelaskan lagi bahawa kepimpinan sekurang-kurangnya membawa tiga makna iaitu kedudukan dalam organisasi, watak dan satu bentuk gelagat yang melaluinya seseorang mempengaruhi orang lain. Berdasarkan takrifan tersebut, kepimpinan dan pengurusan mempunyai makna yang saling bertindan. Penulisan tentang pengurusan dan kepimpinan menurut perspektif Islam telah banyak diteroka. Walaupun ciri-ciri setiap konsep tersebut sedikit berbeza tetapi gandingannya diperlukan untuk menjayakan sesuatu perancangan termasuklah dalam bidang kurikulum. Prinsip-prinsip pengurusan dan kepimpinan dalam Islam mempunyai banyak persamaan. Unsur-unsur utama dalam pengurusan Islam ialah prinsip tauhid, persekitaran, syura, organisasi dan sumber manusia. Menurut Yusof Ismail (1991), prinsipprinsip pengurusan Islam ialah mencari keredhaan Allah, melaksanakan makruf dan mencegah munkar, menjaga kesejahteraan masyarakat, membangunkan individu secara optimum, melaksanakan syura, mewujudkan jamaah, berlaku adil, berlaku ihsan dan tidak bertentangan dengan shariah Islam. Manakala unsur-unsur penting dalam kepimpinan Islam ialah Islam, pemimpin, jamaah, syura, anggota (pengikut), pendidikan dan persekitaran (Akademi Pengurusan YPEIM 2005). Biasanya penekanan diberikan kepada ciri-ciri atau syarat-syarat untuk melayakkan seseorang untuk menjadi seorang pemimpin. Menurut al-Talib (1992) prinsip-prinsip kepimpinan Islam ialah syura, adil dan kebebasan memberikan pendapat. Jika diperhatikan terdapat banyak persamaan antara unsur dan prinsip-prinsip utama pengurusan dengan unsur dan prinsip-prinsip utama kepimpinan menurut perspektif Islam. Antara persamaan yang paling jelas ialah konsep syura, jemaah, persekitaran dan keadilan. Walau bagaimanapun, pengurusan dan kepimpinan dalam konteks kurikulum hanya terbatas dalam ruang lingkup kurikulum itu sendiri. Pun begitu unsur dan prinsip-prinsip yang telah dinyatakan sebelumnya turut terpakai dalam pengurusan dan kepimpinan kurikulum khususnya dalam sub bidang pembentukan, penyebaran, penilaian dan pembaharuan kurikulum. Justeru, konsep syura (bersangka baik, kesepakatan dari segi rujukan baku, kebebasan bersuara, mandat penuh dari dari setiap anggota, keputusan berdasarkan suara terbanyak dan niat yang tulus), amal jama’i (perencanaan dan tawakal, KURIKULUM DAN PENDIDIKAN Kepimpinan Dalam Konteks Oleh : Dr. Noor Hisham Md Nawi Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan 26 Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023
Kepimpinan Dalam Konteks Kurikulum Dan Pendidikan PENDIDIKAN RABBANI bai’ah dan ketaatan, serta semangat berpasukan), persekitaran tauhidik dan lain-lain perlu diterapkan dalam semua aktiviti dan budaya pengurusan dan kepimpinan kurikulum. Memahami senario tersebut, pengurus dan peminpin kurikulum pada hakikatnya adalah seorang daie yang berkaliber dan khalifah yang berperanan. Terdapat sedikit perbezaan antara konsep pengurus dan pemimpin kurikulum dalam konteks pengajaran kurikulum. Guru sebagai pengurus dan pemimpin kurikulum dalam bilik darjah atau dewan kuliah tidaklah begitu terikat dengan konsep-konsep yang telah dinyatakan sebelumnya. Pun begitu, ruh dan semangat prinsip-prinsip tersebut seharusnya diaplikasikan. Dari sudut perlaksanaan, guru adalah individu yang paling dekat dan paling memahami kehendak kurikulum serta paling mengetahui keadaan pelajarnya. Justeru, guru sebagai agen terpenting dalam penyampaian kurikulum memainkan peranan yang besar sebagai pemimpin dan pengurus kurikulum. Pemimpin dan pengurus di sini bukanlah bermaksud sebagai orang yang terlibat di peringkat perancangan dan penggubalan sesuatu kurikulum. Pemimpin dan pengurus kurikulum di sini bermaksud seseorang yang berupaya memimpin pengajaran dan pembelajaran dan berkemampuan mengurus setiap isi kandungan dan pengalaman pembelajaran yang terdapat di dalam sesebuah kurikulum. Pemimpin dan pengurus kurikulum adalah guru yang berupaya membentuk dan menggerakkan sesuatu kurikulum, sanggup memikul dan membantu guru lain dalam melaksanakan matlamat dan proses pengajaran serta mampu membuat keputusan terbaik dalam melaksanakan sesebuah kurikulum. Dalam menguruskan kurikulum, guru berdaya kepimpinan akan merintis, memikir dan mengemukakan pengajaran yang mampu menarik perhatian pelajar, sanggup menimbang idea pelajar serta peka kepada keperluan dan perubahan pelajar. Selain itu, guru sebagai pengurus kurikulum akan bijak mengatur aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan cekap dalam pemilihan kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, peralatan dan penyusunan isi pelajaran berdasarkan kehendak dan kemampuan pelajar. Kualiti inilah yang menggambarkan seseorang guru itu mahir dan profesional dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dan pengurus kurikulum (Abu Bakar dan Ikhsan 2003). Sebagai pemimpin dan pengurus kurikulum, kedudukan dan kewibawaan guru di mata pelajar sangat tinggi. Guru ini menjadi qudwah ikutan yang hidup di depan mata pelajar. Bertuah sungguh para pelajar yang berpeluang mendapat bimbingan dan sentuhan didikan dari seorang pengurus dan pemimpin kurikulum yang berkesan. Dalam konteks kurikulum dan pendidikan, kepimpinan pendidikan yang bertanggungjawab dan amanah akan sentiasa memastikan kurikulum yang disedang digunakan para pelajar telah disemak dan ditambahbaik supaya kekal relevan dan memenuhi tuntutan zaman. Tiada kurikulum yang sempurna dan sesuai untuk semua zaman. Anak-anak berhak mendapat pendidikan terbaik dengan mengikuti sistem pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh dengan mengambil kira perkembangan ilmu dan teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan internet pelbagai benda (IoT) tanpa meninggalkan ajaran teras wahyu yang akan memandu perkembangan tersebut. Meskipun ilmu pengajian wahyu / fardu ain tidak berubah, kurikulum juga perlu dibuat semakan untuk memastikannya kekal relevan dengan perkembangan semasa khususnya dari aspek pengkaedahan bahkan berperanan untuk membimbing ilmu-ilmu lain (sains aqli / pemerolehan) agar sentiasa mematuhi orbit shariah. Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) | Buletin ILDAN Bil. 19/1-2023 27
Institut Latihan Darul Naim | September 2023 | Bil. 19/1-2023 BULETIN MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM KEBERKATAN KEMAKMURAN KEBAJIKAN Manusia dan alam pekerjaan tidak dapat dipisahkan. Keperluan dan kehendak manusia akan dapat dipenuhi apabila mereka saling berhubung dan bekerjasama antara satu sama lain. Interaksi sesama manusia ini akan melibatkan unsur psikologi dan emosi yang pelbagai. Persoalan yang timbul adalah bagaimana pengalaman para nabi menjadi pedoman kepada orang beriman dalam mengurus emosi semasa bekerja. Pengurusan emosi yang baik amat signifikan kepada orang bertakwa disebabkan matlamat hidup adalah kerana Allah S.W.T dan beroreintasikan akhirat. Setiap umat Islam dituntut mengurus serta mengawal emosi dalam apa jua situasi yang akan diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku dan sikap individu selari dengan ajaran Islam agar menjadikan para nabi contoh ikutan sepanjang hayat.. Umat Islam yang berada dalam apa jua lapangan kerjaya disarankan sentiasa memahami bahawa kisah para nabi yang diabadikan dalam al-Qur’an bukan sekadar catatan sejarah lampau, malah memancarkan cahaya dan menjadi inspirasi serta motivasi kepada umat akhir zaman ini, sebagaimana Allah S.W.T berfirman dalam Surah alIsra’, ayat sembilan yang bermaksud, “Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul”. Jesteru, tulisan ini melihat dari perspektif sirah para nabi dalam mengurus emosi dari tiga elemen, pertama pegangan aqidah yang kuat, kedua, mempunyai kekuatan dalaman atau kerohanian dan ketiga penggunaan kaedah komunikasi yang betul. Sesungguhnya, pengurusan emosi yang baik berteraskan kesempurnaan pegangan aqidah yang teguh perlu dicapai oleh setiap umat Islam dalam melaksanakan tugasan dalam kerjaya masing-masing. Kemampuan memahami matlamat jelas yang telah digariskan ajaran Islam akan membantu seseorang membuat keputusan bijak dan bertindak dengan yakin. Keyakinan itu akan mengatasi perasaan negatif seperti marah, putus asa atau kecewa yang akan mempengaruhi minda untuk berfikir secara rasional. Ambillah pengajaran dengan meneliti rintihan Nabi Ya’kob a.s berdoa merayu kepada Allah S.W.T agar dikurniakan seorang anak soleh penerus legasi mata rantai dakwah menyeru manusia mentauhidkan Allah S.W.T. Rayuan baginda diperkenankan dan ditakdirkan Nabi Yusuf a.s anak kesayangan baginda dipilih menjadi nabi dan rasul setelah berjaya dalam beberapa siri ujian getir. Disamping itu juga, tercatat dalam sirah Rasullulah s.a.w , Saidina Uthman bin Affan menyumbang sebayak 900 ekor unta dan 100 ekor kuda, Abdul Rahman bin Auf pula memberi sebanyak 200 wang perak. Saidina Umar al-Khattab, pada masa yang sama menyumbang separuh dari harta beliau, manakala Saidina Abu Bakar as-Siddiq menyumbang seluruh harta beliau dengan matlamat membantu ketumbukan tentera Islam dalam ekspidisi mencabar dan lasak menentang tentera Rom dalam Perang Tabuk. Selain itu, kejayaan para rasul melaksanakan tugas berat ini berkait rapat dengan kekuatan dalaman yang mereka miliki. Tegas Dr Che Zarrina Sa’ari dalam Jurnal Usuluddin, bil 36-2012, yang bertajuk “ Psikoterapi Islam dalam Menguruskan Tekanan Pesakit Kronik ” bahawa terapi hati akan mencetuskan komunikasi dengan Allah S.W.T seterusnya membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Terapi hati mampu memberi resolusi melalui bacaan ayat al-Qur’an, berzikir dan berdoa untuk memohon keampunan daripada Allah bagi menguatkan jiwa dan berasa tenang. Pengasingan diri Rasulullah S.A.W di dalam Gua Hira’ umpamanya adalah contoh tauladan yang wajar diikuti. Jelas difahami bahawa ibadah qiamullail yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dapat menjadikan emosi lebih positif apabila berhadapan dengan cabaran dan ujian hidup. Nabi Nuh a.s pula walaupun tidak menghadapi ujian dalam liku-liku dakwah dalam bentuk fizikal dan jasmani, baginda menerima ujian teruk berbentuk tekanan kejiwaan dan emosi. Tanpa kekuatan kerohanian yang jitu, mental yang kental, mana mungkin kemanisan kejayaan dakwah memakan masa ratusan tahun mampu dicapai. Jelas, pengurusan emosi semasa bekerja dari perspektif sirah para rasul boleh juga dilihat dari sudut penggunaan kaedah komunikasi yang tepat. Nabi Yusuf a.s dengan penuh perasaan empati menjadi seorang pendengar yang baik apabila baginda mendengar isi hati dua orang banduan yang bersama baginda berada di dalam penjara. Sebelum memberi jawapan kepada soalan berkenaan tafsiran mimpi mereka berdua, Nabi Yusuf a.s mengajak mereka supaya beriman mentauhidkan Allah S.W.T. Contoh lain dapat diperhatikan dalam sirah hidup Nabi Muhammad s.a.w ketika berlaku Perang Badar, baginda mengambil kira pandangan strategi seorang sahabat yang kurang ternama supaya tentera Islam menguasai telaga yang berada dalam kawasan pertempuran agar pihak musuh kehausan dan tidak bertenaga. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud , “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dia akan berkata dengan perkataan yang baik atau dia diam sahaja. Kesimpulannya, umat Islam yang berada dalam era digital dan dunia tanpa sempadan hari ini perlu menjadi seorang pekerja yang kompeten dengan mengurus emosi berpandukan asas-asas kaedah yang ditunjukkan oleh para utusan Allah S.W.T. Asasasas tersebut boleh dilihat dari tiga elemen, iaitu mempunyai pegangan aqidah yang betul dan kuat, memiliki kekuatan kerohanian serta cara komunikasi yang berkesan. Ketiga-tiga contoh pengurusan emosi yang baik semasa bekerja itu pasti akan memancarkan ketenangan menerangi hati insan bertawakkal mencari rezeki halal secara individu serta menatijahkan kejayaan cemerlang dalam satu pasukan yang dilaksanakan secara kolektif. Oleh : Ustaz Luqman Yusuf Guru Maahad Syamsul Maarif Lilbanat PERSPEKTIF SIRAH PARA NABI Dalam Mengurus Emosi Semasa Bekerja