PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SAHSIAH
PERINGKAT DAERAH TUARAN 2022
SK PEKAN TUARAN, SABAH
ABSTRAK
• Salah laku disiplin di kalangan murid merupakan salah
satu isu yang sering berlaku di sekolah.
• Ianya melibatkan tingkah laku dan sikap yang boleh
menjejaskan peribadi dan akhlak seseorang pelajar.
• Faktor utama salah laku disiplin ini ialah sikap diri
sendiri, pengaruh rakan sebaya dan media sosial serta
persekitaran di rumah.
• Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran mengambil
pendekatan untuk melancarkan Kempen 5S.
PENGENALAN
• Sikap dan peribadi para pelajar yang agak “lepas” setelah kembali ke sekolah secara
berperingkat setelah hampir dua tahun kita terikat dengan Pandemik Covid-19.
• Sikap dan tingkahlaku yang kurang hormat, kurang patuh peraturan sekolah, kurang berdisiplin
dan kurang semangat ke sekolah sangat ketara di kalangan segelintir murid.
• Pendekatan yang diambil oleh sekolah bagi memperkasakan sahsiah dan peribadi para pelajar
ialah dengan memperkenalkan Kempen 5S.
• Kempen 5S itu adalah:
• a. Sahsiah Satria
• b. Sebarkan Salam, Ukirkan Senyuman
• c. Sopan Dan Senyap
• d. Seminit Berharga
• e. Sekeping Kad Izin
PENYATAAN MASALAH
• Menurut Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah
Pendidikan dalam Utusan Malaysia 7 November 2014 melaporkan,
Kementerian Pendidikan Malaysia merekodkan sebanyak 13,359
pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat dalm kes salah laku
disiplin bagi tempoh bulan Januari hingga Jun.
• Perbandingan masalah boleh dilihat dalam tempoh tahun 2020,
2021 dan 2022 di SK Pekan Tuaran.
• Tiga tahun pemerhatian ini diambilkira semasa kita berada dalam
fasa Pandemik Covid-19 di mana semua pihak diwajibkan berada
di dalam rumah untuk mengelakkan penularan penyakit ini.
Punca Masalah
• Masalah salah laku disiplin ini berlaku berpunca daripada
tiga perkara iaitu:
• i. Sikap Diri Sendiri
• ii. Pengaruh Rakan Sebaya dan Pengaruh Media Sosial
• iii. Persekitaran di Dalam Rumah
• Kesemua punca ini telah memberi kesan negatif yang
begitu besar dalam diri para pelajar kerana keperibadian
diri itu bukan sahaja dilihat daripada pencapaian
akademik malah dari sudut sahsiah diri juga.
a. Sikap Diri Sendiri
• Sikap acuh tak acuh di kalangan pelajar dalam
mengamalkan sikap yang baik membuatkan mereka
menganggap sahsiah peribadi tidak penting.
• Kurang mempelajari nilai-nilai murni dan ajaran agama
menjadikan mereka berkeperibadian kasar dan
melanggar etika.
• Mereka terasa menjadi baik itu tidak seronok dan statik.
• Mereka lebih suka bebas daripada berperaturan dan
amalan murni.
b. Pengaruh Rakan Sebaya
• Semasa di sekolah, murid-murid lebih suka meniru sikap rakan-
rakan yang lepas bebas dan melanggar disiplin. Rasa ‘ingin cuba-
cuba’ nakal dan ingin menjadi tumpuan pelajar lain.
• Terdapat sekelompok murid yang suka dipandang seperti hero
apabila berjaya membuat kesalahan disiplin. Faktor inilah yang
mendorong murid-murid lain ‘berani’ untuk memperlekehkan soal
sahsiah diri.
• Kekuatan iman dan Penegasan diri sendiri kurang terbentuk di
kalangan pelajar disebabkan terlalu lama dan tahap tepu ketika
berada di dalam rumah akibat Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP).
• Rasa bertuhan dan beragama itu terlalu kurang tersemai di
kalangan murid.
Pengaruh Media Sosial
• Semasa PKP, pergerakan terhad dan hanya berada di dalam
rumah membuatkan semua pihak sangat dekat dengan media
sosial. Kesemua maklumat berada di hujung jari dan mudah
didapati sekelip mata.
• Sikap ‘berguru’ dengan media sosial inilah yang membawa
pengaruh terbesar dalam hidup pelajar terutama yang melayari
perkara-perkara yang negatif, kasar, kurang beradab, malas
belajar, bermain permainan alam maya dan sebagainya.
• Murid lebih mudah terpengaruh dengan video-video dan aplikasi
yang lain dalam media sosial menirunya.
• Murid selalunya tersalah memilih perkara-perkara yang negatif
berbanding dengan nilai-nilai serta ilmu yang berguna untuk
dijadikan sebagai panduan hidup.
c. Persekitaran di Dalam Rumah
• Apabila terikat dengan PKP, keadaan terkurung di dalam rumah
membuatkan suasana di dalam rumah yang agak tegang dan
tidak selesa membuatkan pelajar berasa rimas, bergaduh dan
tidak harmoni.
• Pendekatan keluarga menangani pelbagai karenah dan sikap
anak-anak membuatkan anak menjadi tidak menentu.
• Sikap ibu bapa yang mempunyai pelbagai masalah dn sikap ibu
bapa sendiri yang kurang mementingkan pendidikan nilai-nilai
murni kepada anak-anak.
• Pengaruh adik-beradik yang mempunyai pelbagai corak sikap dan
tingkahlaku banyak memberi pengaruh yang besar kepada pelajar.
KEMPEN UNTUK ATASI MASALAH SAHSIAH
• Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran di bawah Unit Hal
Ehwal Murid telah melancarkan 5S bagi menangani
masalah salah laku disiplin di kalangan pelajar.
• Kempen 5S itu adalah:
• a. Sahsiah Satria
• b. Sebarkan Salam, Ukirkan Senyuman
• c. Sopan Dan Senyap
• d. Seminit Berharga
• e. Sekeping Kad Izin
a. Sahsiah Satria
• Program Sahsiah Satria ini diadakan sebanyak dua kali
setahun iaitu pada semester pertama dan semester kedua.
• Program ini diadakan untuk menyuntik sahsiah diri agar mereka
lebih berdisiplin dan berakhlak.
• Sahsiah Satria fasa 1 meliputi ketrampilan diri, disiplin dan
peraturan sekolah. Ianya disampaikan oleh Guru Unit Disiplin &
Pengawas serta Pegawai Perhubungan Sekolah (pihak Polis).
• Sahsiah Satria fasa 2 pula merangkumi disiplin diri, peraturan &
undang-undang negara dan keperibadian diri. Penceramah
adalah di kalangan Pegawai Perhubungan dan Penceramah
Motivasi sama ada dari kalangan Guru Kaunseling, Guru
Disiplin atau pun penceramah luar.
b. Sebarkan Salam, Ukirkan Senyuman
• Walaupun ianya kelihatan kecil tetapi dengan adanya kempen ini,
mengasuh para pelajar lebih menghormati orang lebih tua
khususnya guru-guru dan kakitangan di sekolah juga di kalangan
pelajar sendiri sekaligus mengeratkan kasih sayang dan
mewujudkan suasana harmoni.
• Semua guru akan menyebarkan kempen ini setiap minggu
semasa dalam perhimpunan mingguan sebagai galakan kepada
para pelajar untuk kekal mengamalkannya dengan kata kunci,
“Ucap Salam, Ukir Senyuman”.
• Semua murid digalakkan memberikan salam sambil senyum
kepada semua guru, kakitangan sekolah dan di kalangan murid
sendiri.
c. Sopan dan Senyap
• Kempen ini seringkali dipraktikkan dan dilakukan semasa
mengawal suasana dalam perhimpunan dan majlis-majlis
sekolah.
• Senyap itu ialah guru akan meminta semua pelajar melakukan
isyarat angkat jari telunjuk dalam kaedah dua pergerakan:
• i. Isyarat satu angkat jari ke atas
• ii. Isyarat kedua letak jari telunjuk ke bibir tanda senyap
• Kaedah ini berkesan kerana semua murid diminta senyap dan
menumpukan perhatian.
• Sopan pula menggalakkan murid-murid berjalan sopan semasa
berbaris ke dewan sekolah, kembali ke kelas dan semasa
waktu rehat.
d. Seminit Berharga
• Semua murid dikehendaki datang ke sekolah seawal mungkin dan
elakkan datang lewat.
• Murid yang lewat akan ditulis nama di dalam Buku Catatan Lewat.
Kesalahan berulang sebanyak tiga kali akan didenda dengan Kerja Amal
selepas waktu rehat seperti kutip sampah atau susun kerusi meja di
hadapan Bilik Guru (Ruang Belajar) kecuali murid datang lewat yang
mempunyai alasan munasabah.
• Murid yang mempunyai masalah kehadiran akan diberi amaran mengikut
peringkat. Murid yang bermasalah akan dilawat oleh PK HEM dan Guru
UBK dalam Program Ziarah Cakna.
• Selain itu, pihak sekolah juga melancarkan Program Jom Ke Sekolah
bagi menggalakkan para pelajar supaya rajin datang ke sekolah.
e. Sekeping Kad Keizinan
• Kempen ini juga adalah salah satu cara untuk mengawal pergerakan
murid-murid semasa mengikuti majlis sekolah dan ianya dijalankan di
Dewan Terbuka Sekolah.
• Kaedah ini dilaksanakan dengan cara meminta Kad Izin Khas apabila
hendak ke tandas supaya keadaan terkawal dan murid-murid tidak
berduyun-duyun pergi ke tandas semasa majlis berlangsung.
• Ini sekali gus mendidik murid-murid agar lebih berdisiplin dan mematuhi
peraturan.
• Kaedah Sekeping Kad Izin ini diadakan di dalam kelas iaitu setiap kelas
hanya diberikan dua keping kad izin yang akan diberikan kepada murid
yang hendak keluar dari kelas supaya dapat mengelakkan murid ponteng
kelas dan pergi ke tandas dengan kerap secara suka-suka.
• Murid yang keluar kelas tanpa Kad Izin ini menandakan mereka tidak
mendapat izin guru atau Ketua Kelas atau Penolong.
Kemenjadian Murid
• Kesemua kempen yang terangkum dalam 5S ini telah berjaya
melatih dan mendidik para pelajar sama ada ianya memberi
impak yang kecil dan juga besar.
• Ketrampilan dan sahsiah mantap akan mengalakkan mereka
menjadi pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi bersaing
untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari aspek kurikulum dan
kurikulum.
• Murid yang bijak bukan sekadar pintar di dalam akademik semata-
mata akan tetapi juga mempunyai sahsiah yang terbaik yang
mencerminkan peribadi yang berakhlak mulia.
Kesimpulan
• Kempen 5S ini telah memberikan hasil atau impak kepada para
pelajar sekali gus mengalakkan kepada kemenjadian murid itu
sendiri.
• Setiap usaha dan kempen yang dirancang dan dilaksanakan oleh
pihak sekolah merupakan inisiatif untuk mengatasi masalah salah
laku disiplin para pelajar kerana sesuatu perkara atau masalah itu
perlu ditangani dan diatasi sebaik mungkin tidak kira sama ada
kempen tersebut kecil atau pun besar namun boleh
menampakkan kesan kepada diri pelajar.
• Asuhan dan didikan itu adalah bermula dari rumah dan sekolah
adalah sebagai institusi pendidikan formal yang menyambung
usaha murni tersebut.