BAHAGIAN B : PEMAHAMAN [35 markah] SOALAN 6 Set 1 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Berdasarkan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014, didapati bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia ialah majalah, akhbar, buku ilmiah, novel dan fiksyen manakala bahan dalam talian pula ialah bukan fiksyen, komik dan jurnal. Statistik ini menunjukkan bahawa anggapan masyarakat memilih bahan bacaan yang kurang nilai ilmiah adalah kurang tepat. Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia membaca bagi tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang. Bahan bacaan juga dipilih sebagai bahan hiburan bagi mendapatkan motivasi serta untuk tujuan pendidikan. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa masyarakat kita berada di landasan yang betul jika diukur daripada jumlah dan jenis bahan bacaan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memupuk Budaya Membaca’, Berita Harian, 15 Januari 2017 Bahan 2 Salah satu cabaran yang kita hadapi hari ini untuk menggalakkan budaya membaca ialah pengaruh digital ke atas masyarakat. Pengaruh digital begitu besar sehingga sumber pembacaan tradisional seperti surat khabar dan buku semakin diketepikan, malah banyak syarikat akhbar terpaksa menggulung tikar kerana jualan merosot manakala buku tinggal mengumpul debu di perpustakaan atau di atas rak. Hari ini hampir semua akhbar mempunyai versi digital dan buku juga diterbitkan secara digital. Pembacaan masih kekal sebagai satu budaya kerana membaca adalah amalan asas kepada pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan. Amalan membaca boleh menyebabkan seseorang bukan saja kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan malah berkebolehan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan baik dan berkesan. Dari segi sains, amalan membaca menjadi salah satu kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan di samping berkeupayaan memperkuat rangkaian otak manusia serta mampu merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baharu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perluas Amalan Budaya Membaca’ oleh Suraya Roslan, Harian Metro, 13 Februari 2020
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata mengumpul debu. [2 markah] Berdasarkan Bahan 2, rangkai kata mengumpul debu bermaksud menghimpun habuk. (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tujuan sebenar masyarakat di negara ini menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya hidup? [3 markah] Merujuk Bahan 1, tujuan sebenar masyarakat di negara ini menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya hidup adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang. Dalam Bahan 2 pula, tujuannya adalah sebagai amalan asas kepada pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan. (iii) Minat membaca merupakan amalan berfaedah kepada masyarakat terutamanya remaja yang perlu mempunyai ilmu pengetahuan sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan remaja. [3 markah] Pada pendapat saya, langkah yang boleh diambil untuk menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan remaja ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen berkaitan dengan kepentingan amalan membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan seseorang. Selain itu, ibu bapa perlulah menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi dengan menjadi suri teladan. (iv) Pusat sumber sekolah anda akan mengadakan program Jom ke Pusat Sumber sempena sambutan Bulan Membaca Kebangsaan. Sebagai seorang ketua pengawas pusat sumber sekolah, cadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan untuk menyemarakkan program tersebut. [4 markah] Sebagai seorang ketua pengawas pusat sumber sekolah, cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan untuk menyemarakkan program tersebut adalah dengan mengadakan pertandingan bacaan paling banyak di pusat sumber agar murid lebih bersemangat untuk meneroka ilmu di samping mendapat hadiah. Selain itu, pusat sumber sekolah menjemput tokoh ilmuwan untuk berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada murid supaya mereka mendapat penerangan yang lebih jelas tentang kepentingan amalan membaca. Seterusnya, pusat sumber sekolah mengadakan sesi bicara buku yang disampaikan oleh murid yang mendapat anugerah tokoh NILAM untuk dijadikan inspirasi kepada murid-murid lain.
Set 2 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kemarahan yang tidak terkawal boleh merosakkan perhubungan, menjejaskan keterampilan diri, malah bagi seorang guru atau pensyarah marah bukan tanda ketegasan, tetapi mungkin kegagalan pengurusan emosi. Hal ini boleh kita lihat sebelum ini berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial membabitkan seorang pensyarah dan pelajarnya. Sebagai manusia, marah antara emosi yang sukar dikawal, namun cara kita mengurus dan mengendalikannya amatlah signifikan bagi mengelakkan diri daripada terbabit dalam kancah sensasi. Tentu saja kemarahan tidak disenangi kebanyakan orang walaupun pada masa sama kita turut mengakui ada kalanya hanya dengan kemarahan mampu memberi pengajaran. Kemarahan boleh menyedarkan seseorang untuk kembali ke dalam realiti masalah diharungi. Realiti kehidupan dari perspektif psikologi menjelaskan, faktor umur seseorang menjadikan individu itu lebih mudah untuk terasa hati, berasa kurang disayangi dan mudah melenting dengan hal yang sebelum ini dianggap biasa atau normal dan boleh diterima. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kawal Emosi Marah, Jaga Tutur Kata’, Oleh Siti Aminah Hoo Muhammad Aripin Hoo, Berita Harian Bahan 2 Perasaan marah disebabkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran merangkumi lingkungan sosial dan alam sekitar. Faktor lingkungan sosial adalah seperti suasana kerja, bebanan tugas, dan sikap rakan. Faktor alam sekitar pula adalah seperti cuaca dan bencana alam. Faktor dalaman pula berkaitan dengan sikap seperti panas baran dan tidak mampu mengawal diri untuk menghadapi tekanan. Apabila anda marah, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Selain itu, tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina juga akan bertambah. Kemarahan juga akan menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang. Sesorang yang dalam keadaan marah juga cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat. Perasaan ini perlu dikawal. Oleh itu, apabila seseorang dalam keadaan marah, dia perlu mendiamkan diri. Perlakuan diam ini dapat meredakan pertengkaran daripada terus berlanjutan. Tindakan ini dapat mengelakkan perkara yang yang lebih buruk daripada berlaku dan tidak mengeruhkan keadaan. Sumber: www.myhealth.gov.my/pengurusan-kemarahan/) Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM, Tema 14- muka surat 198
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata sikap rakan. [2 markah] Maksud rangkai kata sikap rakan ialah……………………………………………………………… (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan buruk yang akan timbul sekiranya kemarahan tidak dapat dikawal. [3 markah] Merujuk Bahan 1, kesan buruk yang akan timbul sekiranya kemarahan tidak dapat dikawal ialah…………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………….… Dalam Bahan 2 pula, kesan buruk yang akan timbul sekiranya kemarahan tidak dikawal ialah …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… (iii) Kemarahan yang tidak dapat dikawal dengan baik boleh membawa kesan yang buruk. Pada pendapat anda, apakah punca menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal kemarahan? [3 markah] Pada pendapat saya, punca seseorang itu tidak dapat mengawal kemarahan dengan baik adalah kerana………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………... ………………………………………………………………………………………… Punca seterusnya adalah kerana………………………………..…………………………………………… ………………………………………………………………………………………………... ………………………………………………………………………………………………..
(iv) Anda mempunyai rakan yang panas baran dan sukar untuk mengurus kemarahan sehingga menyebabkan hubungannya dengan orang lain terjejas. Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah cara anda membantu rakan anda untuk mengatasi masalah ini? [4 markah] Sebagai rakan yang prihatin, cara saya membantu rakan saya untuk mengatasi masalah ini adalah dengan………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………. .…………………………………………………………………………………………………………… Selain itu, saya akan…………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………….……… …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… …………………… Seterusnya, saya akan………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………
Set 3 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sukan elektronik atau e-sukan ialah fenomena global sekarang daripada industri permainan dan boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Beribu-ribu pekerjaan juga telah dicipta dalam industri e-sukan, termasuk pemain, jurulatih, pengurus acara, pengadil, pereka permainan, media dan penulis, pakar pemasaran dan sebagainya. Kerajaan juga boleh mempromosikan pencapaian dan kisah kejayaan industri e-sukan. Hari ini, penghasilan permainan memerlukan pasukan profesional berkemahiran tinggi dalam bidang pendigitalan bahan grafik, pengaturcaraan bunyi dan aksara digital, dan penciptaan kandungan kreatif. Ini telah mencetuskan minat usahawan teknologi muda lain untuk meneroka industri pembangunan permainan. Kursus pengkhususan dalam reka bentuk permainan seperti pembangunan perisian permainan, seni dan reka bentuk permainan serta pengaturcaraan permainan ditawarkan oleh universiti dan kolej tempatan serta institusi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tersenarai antara 10 Kategori Utama Industri Kreatif, E-Sukan Mampu Pacu Pertumbuhan Ekonomi Baharu’, M-Star, 25 Disember 2021 Bahan 2 Sekarang ini permainan elektronik, e-sukan semakin mendapat tempat setelah pelbagai usaha dan program dilakukan bagi mengiktiraf permainan teknologi ini. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan belia, tetapi juga kanak-kanak dan menjadi satu trend serta industri baharu yang harus diterima oleh semua golongan masyarakat. E-sukan juga dapat memupuk semangat kekitaan antara pemain sebagai satu pasukan untuk bersaing bagi menjuarai mana-mana pertandingan. Tanpa disedari e-Sukan boleh dijadikan sebagai satu kerjaya, iaitu sebagai pemain profesional dengan menjana pendapatan lumayan daripada aktiviti dalam talian atau secara langsung yang dibuat melalui laman sosial seperti Facebook. E-Sukan ini juga dapat membantu menyerlahkan keyakinan dan kemahiran pemain dalam sesuatu pertandingan. E-sukan mampu menjana minda untuk berfikir dengan lebih kritikal dan pantas dengan menggunakan kemahiran yang ada untuk menumbangkan pihak lawan. Adalah tidak menghairankan e-sukan bakal diwujudkan sebagai pertandingan berskala global yang diadakan secara serentak di seluruh dunia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘E-sukan: Jana Minda, Jana Pendapatan’ oleh Alwin Lawrence, Suara Sarawak, 16 Julai 2020
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata mencetuskan minat. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan manfaat-manfaat yang diperoleh golongan belia sekiranya mereka terlibat dalam e-sukan? [3 markah] (iii) Pada hari ini, e-sukan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja dan pihak kerajaan turut memberikan sokongan dalam permainan ini. Namun begitu, pencapaian negara dalam e-sukan belum mencapai tahap yang membanggakan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan pencapaian e-sukan negara agar setanding dengan pencapaian negara luar? [3 markah] (iv) Anda telah terpilih untuk menyertai satu pasukan e-sukan di Malaysia. Pada masa yang sama anda akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi. Ibu bapa anda tidak bersetuju dengan keputusan anda untuk menyertai pasukan tersebut dengan alasan permainan ini boleh mengganggu pelajaran. Sebagai seorang anak, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk membuatkan ibu bapa anda bersetuju dengan keputusan tersebut. [4 markah]
SKEMA JAWAPAN SET 2 (i) Maksud rangkai kata sikap rakan - tingkah laku / perangai / akhlak / kawan / sahabat (ii) Kesan buruk yang akan timbul sekiranya kemarahan tidak dapat dikawal Bahan 1 P1 merosakkan perhubungan P2 menjejaskan keterampilan Bahan 2 P3 kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat. P4 tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina juga akan bertambah. P5 menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang P6 cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat (iii) Punca-punca PI faktor tekanan atau stres P2 daya pemikiran yang tidak rasional P3 sifat kesabaran yang rendah P4 faktor genetik atau psikologikal P5 kegagalan mengawal emosi P6 rasa penat selepas seharian bekerja (iv) Cara-cara membantu rakan P1 menasihati mereka supaya tarik nafas dan berfikir sebelum bercakap sesuatu P2 mendiamkan diri dahulu dalam kiraan sepuluh kemudian baru bercakap. P3 berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah P4 mengambil wuduk / solat P5 berjumpa dengan kaunselor
Set 3 (i) Maksud rangkai kata mencetuskan minat - Menerbitkan / menimbulkan / keinginan / kemahuan (ii) Manfaat-manfaat yang diperoleh golongan belia Bahan 1 P1 memperoleh pekerjaan P2 mempunyai kemahiran tinggi dalam pendigitalan bahan grafik, pengaturcaraan bunyi dan aksara digital, dan penciptaan kandungan kreatif Bahan 2 P3 memupuk semangat kekitaan antara pemain sebagai satu pasukan P4 boleh dijadikan sebagai satu kerjaya P5 membantu menyerlahkan keyakinan dan kemahiran P6 menjana minda untuk berfikir dengan lebih kritikal dan pantas (iii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan P1 mengadakan latihan atau bengkel untuk pemain e-sukan secara percuma P2 kerajaan menaja setiap pasukan yang bertanding di peringkat negara atau antarabangsa P3 mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar e-sukan P4 melantik jurulatih yang berpengalaman P5 menyediakan hadiah yang lumayan atau sijil penghargaan kepada pemain e-sukan sebagai galakan P6 membuka sebuah akademi atau sekolah e-sukan (iv) Tindakan-tindakan yang akan dilakukan P1 memberi penerangan yang lebih jelas tentang kebaikan e-sukan kepada ibu bapa P2 berjanji akan membahagikan masa dengan sebaik mungkin antara pelajaran dan e-sukan P3 menceritakan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pemain e-sukan P4 memastikan jadual e-sukan tidak mengganggu sesi pembelajaran di sekolah P5 meminta ibu bapa memantau setiap masa dan memberi teguran sekiranya lalai atau leka dengan e-sukan P6 meminta ibu bapa memantau prestasi pelajaran agar tidak merosot