USUL YANG DITERIMA TAHUN 2020
1. Setkan KPI bagi keceriaan kelas sehingga semuanya dapat diadakan
kelas yang berhawa dingin sehingga tahun 2023
Musa Abdul Wahab; 680603-01-5189; No.16, Jalan Pulai 31, Taman
Pulai Utama, JB
Jawapan Usul 1
Sistem pendawaian sekolah belum mampu menampung penggunaan
penghawa dingin untuk semua kelas. Ini juga akan mempengaruhi kos
bil
kerana akan melebihi peruntukan yang ditetapkan oleh pihak KPM.
2. Pihak sekolah hendaklah selalu berhubung dengan pihak berkuasa
Polis untuk memantau keselamatan anak-anak sewaktu pergi dan
balik sekolah
Mohd Izzaruddin bin Mohd Amin; 820130-01-5045; No.8, Jalan
Pertanian 8, Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 2
Pemantauan oleh pihak berkuasa (Polis) ada dilaksanakan, tetapi tidak
boleh dilakukan setiap hari kerana kekurangan anggota.
3. a) Mencadangkan memberikan makluman awal kepada ibu bapa
sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sesuatu majlis.
b) Beg sekolah murid tahun 1 terlalu berat. Mohon buku yang tiada
kerja sekolah disimpan di kelas untuk meringankan beban.
Nurliyana binti Hassan;860207-23-6724; No.37, Jalan penyiaran
44, Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 3
a) Cadangan yang sangat baik, pihak sekolah akan cuba memberikan
makluman lebih awal untuk aktiviti dan program sekolah akan
datang.
b) Dalam perhatian dan tindakan pihak sekolah. Rak-rak buku juga telah
disediakan di dalam setiap kelas.
SENARAI PENYANDANG YANG DIPERTUA PIBG
SK TAMAN UNIVERSITI 1
BIL NAMA PENYANDANG TAHUN
1. TN. HJ. SAIRAJI BIN SUHARDI 1995 – 1996
2. TN. HJ. SAIRAJI BIN SUHARDI 1996 – 1997
3. TN. HJ. SAIRAJI BIN SUHARDI 1997 – 1998
4. EN. MOHD. ZUBIL BIN BAHAK 1998 – 1999
5. EN. ABD. RAZAK BIN ISMAIL 1999 – 2000
6. EN. HASSAN BIN SABUDIN 2000 – 2001
7. EN. HASSAN BIN SABUDIN 2001 – 2002
8. EN. HASSAN BIN SABUDIN 2002 – 2003
9. EN. HASSAN BIN SABUDIN 2003 – 2004
10. PROF. MADYA DR. MAKETAB BIN MOHAMED 2004 – 2005
11. PROF. MADYA DR. MAKETAB BIN MOHAMED 2005 – 2006
12. PROF. MADYA DR. MAKETAB BIN MOHAMED 2006 – 2007
13. PROF. MADYA DR. MAKETAB BIN MOHAMED 2007 – 2008
14. EN. RUSMAN BIN MD. LIZAH 2008 – 2009
15. EN. RUSMAN BIN MD. LIZAH 2009 – 2010
16. EN. RUSMAN BIN MD LIZAH 2010 – 2011
17. EN. RUSMAN BIN MD. LIZAH 2011 – 2012
18. EN. RIZAL EFFENDY BIN RAMLY 2012 – 2013
19. EN. RIZAL EFFENDY BIN RAMLY 2013 – 2014
20. EN. RIZAL EFFENDY BIN RAMLY 2014 – 2015
21. EN. RIZAL EFFENDY BIN RAMLY 2015 – 2016
22. DR. YAHYA BIN MOHAMAD YATIM 2016 – 2017
23. PROF MADYA DR YAHYA BIN MOHAMAD 2017 - 2018
YATIM 2018 – 2019
24. PROF MADYA DR YAHYA BIN MOHAMAD
2019 - 2020
YATIM
25. PROF MADYA DR YAHYA BIN MOHAMAD
YATIM
3.0 Ucapan Perasmi (Puan Wan Khadijah bt Wan A. Ghani, Ahli Majlis Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri (MBPI))
3.1 Beliau mengalu – alukan Guru Besar SKTU 1, YDP PIBG, Naib YDP, guru –
guru Penolong Kanan, AJK PIBG, guru- guru, ibu bapa, murid dan hadirin yang
hadir.
3.2 Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar dan PIBG
kerana menjemput beliau menjadi perasmi pada majlis hari ini yang
merupakan julung kali buat beliau.
Makluman : Semua guru & ibu bapa
3.3 Anugerah Bintang Karisma diadakan untuk menghargai mujrid-murid yang
mendapat keputusan cemerlang pada tahun 2018. Pengiktirafan ini menjadi
pemangkin untuk anak-anak ini meneruskan kecemerlangan di peringkat yang
lebih tinggi pada masa akan datang.
3.4 Pendidikan telah berubah, bukan hanya dinilai dari segi akademik sahaja tetapi
anak-anak dididik menjadi anak-anak yang beradab dengan sahsiah terpuji.
YB Menteri pendidikan Dr. Maszlee juga berhasrat mengembalikan
kegembiraan murid-murid datang ke sekolah dan menanamkan sikap kasih-
sayang dan kecintaan ilmu dan sekolah.
3.5 Beliau turut menyatakan bahawa cabaran masa kini yang sangat mencabar
akibat daripada ledakan media sosial. Wujud komen-komen kurang beradab
dan kecaman yang berbahasa kesat yang jelas tidak menunjukkan budaya
murni masyarakat Malaysia.
Tindakan :Semua ibu bapa
3.6 Beliau turut menyampaikan ingatan kepada ibu bapa bahawa memupuk nilai-
nilai murni kepada pelajar adalah tanggungjawab bersama. Ibu bapa dan guru
perlu berkerjasama mewujudkan golongan terdidik yang berilmu dan beradab
serta berakhlak mulia.
Tindakan :Semua ibu bapa
3.7 Beliau berkata guru-guru perlu menyiapkan diri untuk membentuk anak-anaj
selaras dengan perkembangan dan perubahan pendidikan masa kini. Beliau
turut menyeru semua guru supaya menjadi wadah perubahan yang berkesan.
Disamping itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Puan Guru Besar yang
telah membuat penjenamaan semula majlis penyampaian hadiah
kecemerlangan murid-murid kepada Anugerah Bintang Karisma yang
kedengaran lebih gah dan berprestij.
Makluman :Semua guru & ibu bapa
3.8 Peranan ibu bapa amat penting untuk membantu pihak sekolah mencapai
kecemerlangan samada di peringkat zon, Daerah mahupun negeri. Bak kata
pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
Permuafakatan antara ibu bapa dan guru sangat penting untuk memastikan
sekolah menjadi lebih kukuh dan berfungsi dengan sewajarnya.
Makluman :Semua guru & ibu bapa
3.9 Pihak sekolah dan PIBG diharap lebih kreatif dalam menjalin kolaborasi
daripada pihak NGO untuk mendapatkan dana menaiktaraf prasarana
sekolah. Mengambil contoh sebuha sekolah di Kajang yang PIBGnya berjaya
mengumpul dana hampir RM 300 ribu.
3.10 Beliau mewakili MBIP dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada
komuniti dan masyarakat setempat. Tahun ini merupakan tahun ketiga
pihak MBIP menjalin kerjasama dengan pihak sekolah. Pihak MBIP
menjalankan program ‘Zero Tong Sampah’ dan ‘Sayangi Alam Sekitar’ dan
juga menyediakan anugerah kepada sekolah-sekolah yang cemerlang dalam
program-program ini. Selain itu, pihak MBIP juga memberi bantuan one-off
kepada anak-anak yang melanjutkan pelajaran peringkat Diploma RM500
dan ijazah RM1000. Pada tahun 2019 pula, caruman RM50 dalam SSPN
diberikan pada setiap kelahiran. Menurut beliau, insentif-insentif ini
disasarkan pada goongan B40 dan berharap agar semua ibu bapa dapat
mengambil manfaat daripada program kerajaan ini.
3.11 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG kerana telah
berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 24 dan Anugerah
Bintang Karisma 2018 dengan kehadiran ibu bapa yang baik iaitu seramai
hampir 300 orang.
3.12 Dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ beliau merasmikan Mesyuarat
Agong PIBG Kali Ke 24 bagi tahun 2019 dan Anugerah Bintang Karisma
2018.
4.0 Agenda Mesyuarat
4.1 Ucapan alu-aluan YDP PIBG (Prof Madya Dr Yahya bin Mohamad Yatim)
4.1.1 Prof Madya Dr Yahya bin Mohamad Yatim selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG
sesi 2017/2018 mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke
24 bagi tahun 2019.
SUMBANGAN DAN AKTIVITI PIBG
1. Memberi sumbangan / elaun kepada warder lalu lintas SKTU 1 pada setiap
bulan.
2. Memberikan sumbangan RM100.00 untuk semua guru kelas untuk
keceriaan kelas.
3. Menampung Sumbangan Majlis Sukan Sukan Zon Skudai
4. Membiayai program Kecemerlangan tahun 6.
5. Menampung sebahagian kos Sambutan Hari Guru.
6. Menampung kos penyelenggaraan Tandas.
7. Menampung kos Penyelenggaraan Tapak Perhimpunan.
8. Memberi sumbangan untuk murid yang menyertai Takraw MSSM.
9. Memberi sumbangan untuk murid yang menyertai Circuit Squash.
10. Menampung penyertaan Pertandingan Bola Sepak B11 anjuran Bank
Rakyat
11. Membiayai Jersi bola sepak untuk pasukan sekolah.
12. memberi sumbangan pada Pasukan Bola Baling sekolah.
13. Menyumbangkan Khemah untuk Perkhemahan luar sekolah.
14. Menampung kos Kursus Pengurusan PIBG.
15. Memberi sumbangan untuk Karnival Pendidikan Khas.
16. Memberi sumbangan set Kerusi dan Meja Kayu untuk Pendidikan Khas.
17. Menampung kos membekal dan memasang spotlight 150W di makmal
komputer.
18. Membiayai kos pemasangan Projector.
4.2 Pengesahan Minit Mesyuarat
4.2.1 En. Muhammad Safwan bin Sahar, selaku Setiausaha PIBG
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lepas.
4.2.2 Pn. Marini menyatakan bahawa minit mesyuarat yang lepas adalah
daripada muka surat 23-31 dan meminta hadirin untuk membaca
minit terlebih dahulu sebelum disahkan.
4.2.3 YDP meminta ibu bapa mencadangkan agar minit mesyuarat yang l
lepas disahkan.
4.2.4 Pn. Azlin Bt Abdul Jalil telah mencadangkan agar minit Mesyuarat
Agung kali ke 24 disahkan dan disokong oleh Pn Hajah Arnizam Bt
Abdul Rahman.
4.2.5 Puan Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah menerima
kerjasama baik daripada PIBG. Pada hari ini beliau berharap
kebersamaan ini dapat diteruskan. Beliau berharap ibu bapa yang
memberi usul, hadir untuk dibincangkan dalam suasana harmoni.
Tidak berlaku sikap saling menyalahkan antara satu sama lain.
Perbincangan harus dilaksanakan secara telus dan berhemah.
4.2.5 YDP membacakan sumbangan dan aktiviti PIBG sepanjang tahun
2018-2019. Pagar sekolah yang roboh telah diganti baru dan akan
diteruskan pada tahun ini. PIBG juga telah mengeluarkan kos
menampung gotong-royong pencegahan wabak denggi di sekolah
dan pencegahan semak-samun yang menjadi sarang binatang seperti
ular. Selain itu, pihak PIBG juga menampung kos menaiktaraf Bilik J-
Qaf dan telah berjaya menjadi Joghan Peringkat Daerah Johor Bahru.
4.3 Pengesahan Laporan Kewangan
4.3.1 Bendahari PIBG, Pn. Noorhayati bt Hussein telah cuti bersalin. Oleh
itu, YDP membacakan Laporan Kewangan PIBG Januari hingga
Disember Tahun 2018 untuk semakan ibu bapa.
4.3.2 YDP menyatakan baki di bank sehingga 31 Disember 2018 adalah
RM32,914.59 manakala baki di tangan adalah RM1586.48. Bagi
Laporan Kewangan yang berakhir pada 28 Februari 2019, baki di
bank adalah sebanyak RM28,246.59 manakala baki di tangan adalah
RM294.38.
4.3.3 YDP meminta ibu bapa menyemak Laporan Kewangan di muka
surat 32-34 dan beliau meminta ibu bapa yang hadir ke mesyuarat
lepas untuk pengesahan.
4.3.4 Encik Hamid telah bertanya tentang laporan kewangan nombor 5dan
nombor 29 berkenaan penyelenggaraan elektrik, adakah ia perkara
yang sama.
4.3.5 YDP telah menjelaskan bahawa perkara 5 ialah penyelenggaraan
elektrik bernilai RM2386.80 melibatkan penggantian kotak suis yang
baru, mengganti lampu-lampu bilik darjah dan koridor yang rosak.
Manakala perkara 29 pula adalah penyelenggaraan elektrik yang
melibatkan penggantian lampu-lampu di laluan susur gajah yang
rosak atau hilang untuk kemudahan anak-anak hadir ke sekolah pada
waktu pagi supaya laluan itu tidak gelap.
4.3.6 En. Firdaus bin Zakaria telah mencadangkan Laporan Kewangan
disahkan dan disokong oleh Pn. Nur Fatin Atiqah Bt Mohd Nasrun.
Laporan Kewangan diterima sebulat suara.
5.0 Menyatakan usul yang lalu
5.1 YDP meminta ibu bapa merujuk buku program pada halaman 37-39.
Berikut adalah usul yang diterima dan jawapan daripada pihak sekolah :
5.2 Menaik taraf tandas kearah yang lebih baik. Ini akan memberi keselesaan
terhadap murid-murid. Dari pemantauan saya, sistem tandas kurang baik
kerana keadaan tandas yang tersumbat dan banyak yang rosak.
Mary Qusee; 860305-13-5230; No.80, Jalan Pertanian 12, Taman
Universiti,
Jawapan Usul 1
Cadangan yang sangat baik. Pihak PIBG telah berkerjasama dengan pihak
Sekolah dan telah mengeluarkan belanja yang besar untuk memperbaiki
kualiti tandas dari tempoh 2017 hingga 2019. Proses penyelenggaraan
yang sepatutnya akan dilaksanakan mengikut keperluan pada masa akan
datang.
5.3 Mohon selenggarakan padang sekolah. Apabila hujan, padang sangat lecak.
Tidak sesuai untuk murid menjalankan latihan.
Eddy Asmawi b. Masrom; 810712-01-5097; No.21, Jalan Pertanian 38,
Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 2
Pihak PIBG dan Sekolah telah memperbaiki keadaan padang sekolah
dengan menambak pasir pada bahagian yang tidak rata. Proses ini telah
dijalankan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2018 dan 2019 dan akan
diteruskan mengikut keperluan pada masa akan datang.
5.2.3 Sediakan penapis air untuk kanak-kanak. Sekarang musim terlampau
panas.
Siti Maslilawati binti Cik Harun; 841118-03-5820; No.4, Jalan penyiaran
42, Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 3
Penapis air telah disediakan berhampiran dewan Munsyi untuk kegunaan
murid-murid.
5.2.4 Mengadakan sesi foto kelas supaya dapat simpan untuk kenangan. Harap
tandas pelajar lelaki tahap 1 dapat diperbaiki.
S. Nisha ; 751028-08-5008; No.51, Jalan Pertanian 26, Taman Universiti,
JB
Jawapan Usul 4
Cadangan sangat baik. Pihak sekolah akan bekerjasama dengan PIBG
untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan suatu hari nanti.
5.2.5 Usul saya adalah mengadakan kelas Bahasa Tamil di sekolah ini.
Ramesh A/L Krishnan; 751120-01-5459; No.43, Jalan Penyiaran 7,
Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 5
Cadangan sangat baik. Pihak sekolah akan bekerjasama dengan PIBG
untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan suatu hari nanti.
Namun buat masa sekarang, tiada guru yang boleh mengajar Bahasa
Tamil ditempatkan ke sekolah ini serta terdapat beberapa kekangan
lain.
5.2.6 Menyediakan loker di setiap bilik darjah. Hanya buku yang ada kerja
sekolah sahaja perlu dibawa pulang. Dengan ini,buku tidak rosak dan
beg sekolah anak tidak cepat koyak.
Nor Allena bt Ahmad Adnan; 850924-08-5966; No.25, Jalan Penyiaran
45, Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 6
Dalam pemerhatian sekolah, namun perlu diteliti dari pelbagai aspek
terutamanya aspek keselamatan serta ruang yang diperlukan untuk
menempatkan loker-loker tersebut.
5.2.7 Meminta guru mengurangkan kerja rumah mengikut keperluan anak-anak
murid. Memperbanyakkan kelas tambahan selepas waktu sekolah.
Mohd Hairol; 770128-01-7065; No.8, Jalan Pertanian 44, Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 7
Guru-guru akan memberikan kerja rumah yang secukupnya mengikut
keperluan anak-anak.
5.2.8 Gg Bantuan makan minum kepada pelajar miskin seperti kupon makanan.
Bantuan atau sumbangan zakat Ramadhan kepada pelajar miskin seperti
Sekolah Agama.
Zulkarnain bin Kamal; 690916-01-5183; No.25, Jalan Pertanian 39, Taman
Universiti, JB
Jawapan Usul 8
Bantuan makanan telah dilaksanakan melalui program RMT. Zakat Ramadhan
juga diedarkan kepada murid-murid yang memerlukan.
5.2.9 Nak minta kurangkan yuran PIBG.
Alin binti Alip; No.3, Jalan Pertanian 47, Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 9
Ibu bapa bersetuju untuk mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM100.00
bagi setiap keluarga.
Puan Junainah mencadangkan agar ibu bapa yang hadir ke mesyuarat PIBG
diberi diskaun dan dipersetujui dalam bentuk kupon.
Puan Faridah bt Ali telah menyokong usul kupon tersebut dan mendapat
sokongan dari majoriti ibu bapa yang hadir.
5.2.10 Penggunaan buku sekolah lebih efektif bagi memastikan beg sekolah tidak
terlalu berat. Contohnya, 1 matapelajaran perlu membawa 3 buah buku,
hanya buku yang perlu dibawa sahaja.
Mohd Hafiz Nizam bin Soib;851109-08-7097; No.47, Jalan Pertanian 52,
Taman Universiti, JB
Jawapan Usul 10
Guru-guru telah menetapkan buku-buku yang diperlukan. Kebanyakkan guru
juga mengarahkan murid menyimpan buku di rak/almari yang disediakan di
dalam kelas.
8.0 Bayaran Sumbangan PIBG 2018
8.1 Prof Madya Dr Yahya bin Mohd yatim, YDP PIBG mencadangkan agar bayaran
sumbangan PIBG untuk 2019 dikekalkan sebanyak RM100.00. YDP
mencadangkan agar dibuat undian untuk menentukan keputusan yang adil.
Sebanyak 300 orang telah bersetuju dengan bayaran sumbangan sebanyak
RM100 bagi satu keluarga. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk
menetapkan bayaran sebanyak RM100 bagi satu keluarga untuk tahun 2019.
Tindakan : Semua ibu bapa
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 Yang Dipertua PIBG mengharapkan agar barisan ahli PIBG serta ibu bapa boleh
berkerjasama demi memastikan kejayaan anak-anak didik di sekolah. Segala
makluman dan perkembangan terkini akan diwar-warkan kepada ibu bapa
dalam masa terdekat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
6.4 Usul 4
En. Mohd Maaruf mencadangkan sekiranya pihak sekolah kurang mampu
Untuk Menyediakan kemudahan, mungkin boleh diwujudkan satu tabung
dan digunakan Pada hari-hari atau acara yang bersesuaian. Selain itu, En.
Maaruf juga mencadangkan Sekolah untuk mendapatkan bantuan dari
agensi luar (NGO) seperti UTM dan Lain-lain.
Jawapan Usul
Puan Guru Besar menerangkan, pihak sekolah telah menjalinkan kerjasama
Bersama Beberapa pihak NGO dan akan terus menjalinkan kerjasama
bersama pihak komuniti Untuk membantu sekolah demi kemudahan murid-
murid dan warga sekolah.
6.5 Usul 5
Pn. Nurul Huda mencadangkan untuk diadakan peperiksaan bagi tahap 1.
Jawapan Usul
Puan Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama
Sekali Untuk menjalankan peperiksaan bagi tahap 1. Namun begitu, PBD
(Pentaksiran Bilik Darjah) akan dilaksanakan untuk mencatat perkembangan
murid secara menyeluruh Dalam bilik darjah.
6.6 Usul 6
Cadangan untuk mewujudkan Kelab Seni Mempertahankan Diri
Jawapan Usul
Puan Guru Besar memberi respon bahawa sekiranya ada keperluan, pihak
Sekolah Akan mempertimbangkan untuk diwujudkan semula.
7.0 Pelantikan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sesi 2019/2020
Ahli Jawatankuasa : 1. En. Kamarul Afizam
Wakil Ibu Bapa
7.2 Lantikan AJK baru dari kalangan ibu bapa (seorang) adalah untuk
menggantikan En Razak bin Jamaat yang mahu meletakkan jawatan.
5.2.11 -Meletakkan kon/penghadang besi dihadapan pintu masuk sekolah
supaya ibu bapa tidak meletakkan kereta sewenang-wenangnya semasa
menjemput anak pulang dari sekolah.
-Menasihati semua kebersihan kawasan sekolah dan Kawasan
persekitarannya adalah tanggungjawab bersama. Elak pelajar dari
membuang sampah sesuka hati.
Dr. Nazrul; 800517; Taman Pulai Flora, JB
Jawapan Usul 11
Akan diambil tindakan. Pihak sekolah dan PIBG sedang berusaha
mencari jalan penyelesaian bagi perkara tersebut.
6.0 Usul Tambahan
6.1 Usul 1
Pn Norlaila bt Mohamad mencadangkan agar kerja sekolah dimaklumkan di
dalam group whatsapp kelas .
Jawapan Usul
Guru Besar menjelaskan bahawa maklumat tentang kerja rumah akan
dimaklumkan bergantung kepada keperluan oleh guru subjek masing
masing.
6.2 Usul 2
En Khairulnizam menyatakan bahawa terdapat nama ibu bapa tidak
dicatatkan dalam Senarai kehadiran tahun 2018.
Jawapan Usul
Puan Guru Besar mengingatkan agar ibu bapa mendaftarkan nama di meja
Pendaftaran sebelum mesyuarat bermula.
6.3 Usul 3
Pn Fatahiayah bt Kassim mencadangkan agar bayaran tambahan
persekolahan dan Pembelian buku tulis dari kedai buku dijalankan dalam
satu hari yang sama. Selain itu Terdapat masalah kehabisan stok buku
latihan tambahan di kedai buku sekolah dan Kedai buku di luar.
Jawapan Usul
Puan Guru Besar mohon agar ibu bapa yang menghadapi masalah yang
disebutkan Untuk berbincang dengan pihak pentadbir untuk penjelasan
yang lebih jelas.