Buah Melaka atau Ondeh-ondeh merupakan kuih tradisi masyarakat
Melayu. Mengapa ia digelar buah Melaka? Adakah ia berasal dari negeri
Melaka? Jawapannya mudah. Hal ini kerana kuih ini menggunakan gula
Melaka sebagai intinya. Buah melaka mudah didapati di gerai-gerai
yang menjual kuih-muih tradisional. Bukan itu sahaja, ia juga mudah
untuk dimasak dengan hanya menggunakan beberapa jenis bahan.
Tekstur buah melaka yang kenyal serta intinya yang cair merupakan
kombinasi yang baik bagi penggemar manisan.
Kuih Talam
Kuih Seri Muka
Kuih Seri Muka dimasak dengan kaedah yang sama
seperti kuih Talam. Bentuk kedua-dua kuih tradisional ini
juga kelihatan serupa. Namun begitu, tekstur kuih Seri
Muka agak berbeza berbanding kuih Talam. Lapisan
bawah kuih ini dimasak dengan beras pulut.
Pulut Panggang @ Pulut Lepa
Pulut Panggang juga dikenali dengan nama Pulut Lepa dan Rempah
Udang. Kuih ini merupakan resipi turun-temurun peranakan yang masih
menjadi kegemaran masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini. Pulut
Panggang dihasilkan dengan menggunakan beras pulut dan isi udang
kering atau isi ikan. Pulut dan inti tersebut dibalut dengan menggunakan
daun pisang. Bagaimana kuih tradisional ini memperoleh nama? Rempah
udang atau inti isi ikan itu berasal daripada masyarakat Nyonya.
Manakala Pulut Panggang pula lebih sinonim dengan masyarakat Melayu
dan Pulut Lepa pula mendapat nama menerusi rakyat di Pantai Timur.
Karipap @ Epok-epok
Epok-epok juga adalah antara kuih yang paling mudah untuk didapati di
setiap pelosok negeri dalam Malaysia. Kuih Epok-epok atau lebih dikenali
dengan Karipap merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada
pastri goreng dan berintikan kentang. Asal-usul kuih ini mempunyai
pelbagai versi. Ada yang mengatakan kuih ini inspirasi daripada kerajaan
British yang terdahulu. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa
Karipap diilhamkan daripada kuih Samosa dari India serta Portugis
Empnada. Inti Karipap dimasak secara berasingan dan kemudiannya diisi
di dalam tepung pastri yang berbentuk seperti poket kecil.