The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini adalah tentang ekopelancongan bakau.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LAU YONG HUEY Moe, 2023-10-13 10:47:16

Ekopelancongan Bakau

Buku ini adalah tentang ekopelancongan bakau.

EKOPELANCONGAN BAKAU L au Yon g H ue y Lo w Zi Yu Won g Yin g L e C ha i M in R e C hok Joanne AHL I KUMPULAN GURU PEMBIMBING C ik g u N orul a ida B int i Ibr ahim K imbe r l y S i e w J i a H ui L e e Yu X uan C hloe G oh En T in g L im Wan F e i T eh H ui En L au Yon g H ue y Lo w Zi Yu Won g Yin g L e C ha i M in R e C hok Joanne SMK INFANT JESUS CONVENT JOHOR BAHRU K imbe r l y S i e w J i a H ui L e e Yu X uan C hloe G oh En T in g L im Wan F e i T eh H ui En


Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakanrakan serta ahli keluarga atas kerjasama, sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang kami menyiapkan buku skrap ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua guru-guru unit beruniform yang telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan dan memberi panduan yang sangat berguna. Sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menghasilkan buku skrap ini. Penghargaan


Buku skrap digital ini dibuat bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan jenis pokok bakau di Malaysia. Buku skrap ini untuk mencadangkan suatu pengumpulan maklumat berkaitan langkah-langkah untuk menggalakkan ekopelancongan bakau di Malaysia. Adalah diharapkan buku skrap ini akan dapat menyedarkan masyarakat kepentingan menggalakkan ekopelancongan bakau di Malaysia dan berusaha untuk mengelakkan kesan yang dibawa jika tidak menggalakkan ekopelancongan bakau di Malaysia. Hutan bakau merupakan satu ekosistem yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Fungsi hutan bakau sebagai benteng perlindungan terhadap komuniti yang tinggal di kawasan persisiran pantai, menghalang hakisan ombak dan menjadi habitat untuk hidupan akuatik sememangnya tidak dapat disangkal. Malaysia merupakan negara tropika yang kaya dengan pelbagai jenis hutan. Hutan bakau merupakan salah satu jenis hutan utama di Malaysia. Keluasan hutan bakau negara di Malaysia adalah seluas 629,038 hektar di mana 60% daripada jumlah itu terdapat di Sabah, 22% di Sarawak dan 18% di Semenanjung Malaysia. Hutan bakau mempunyai ekosistem unik dan terdiri daripada tumbuhan yang hidup di kawasan persisiran pantai dan muara sungai berlumpur. Pokok bakau boleh didefinisikan sebagai jenis tumbuhan berkayu yang hidup di kawasan pantai yang bersaliniti tinggi. Secara umumnya, perkataan bakau merujuk kepada tumbuhan yang ditenggelami air laut pasang surut. Setiap zon pokok bakau mengandungi spesies yang berlainan dan mempunyai adaptasi yang berbeza di setiap zon persekitarannya. Perbezaan saliniti dan substrat menyebabkan zon pokok bakau terdiri daripada spesies yang berlainan. Ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, kepada kawasan semula jadi untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semula jadi yang menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosio-ekonomi yang positif. Terdapat tempat tarikan ekopelancongan yang berjaya di Malaysia seperti Hutan Paya Bakau Matang dan Taman Paya Bakau Seri Manjung.


Jenis-Jenis Pokok Bakau BAKAU MINYAK Bakau Minyak tumbuh di tanah yang lembut,dalam dan sering dibanjiri dengan air. Ketinggian pokok juga boleh mencapai 30 meter. Pokok Bakau Minyak adalah akar jangkang, di mana akar-akar yang baru akan tumbuh di bawah akar-akar lama dan menyokongnya sehingga akar lama kelihatan terangkat. Daun Pokok Bakau berwarna hijau dan mempunyai pucuk muda berwarna merah. BAKAU KURAP Bakau Kurap sering berada di kawasan tebing pasir, tebing sungai dan juga kawasan muara. Bakau ini juga tumbuh baik di kawasan air dan di tanah kaya dengan humus. Bakau ini adalah akar jangkang, untuk menyokong daripada mudah tumbang di kawasan yang menakung air. Daun berwarna kekuning-kuningan dan bahagian bawah daun terdapat bintikbintik hitam yang kecil. BAKAU PASIR Bakau Pasir tumbuh di pelbagai habitat tetapi lebih mudah ditemui di kawasan pasir dan air pasang. Mempunyai akar banir dan pneumatofor yang berlutut tumbuh sehingga 20m. Akar pneumotafor boleh membantu untuk menyerap oksigen dan akar banir untuk menyokong pokok daripada mudah tumbang. Daun berwarna hijau dan terdapat struktur seperti jarum di hujung daun.


Aktiviti Luar Memerhatikan burung Memancing ikan Mengelilingi hutan bakau Pekerja mengenali hidupan liar yang bertempatan di kawasan pokok bakau dahulu sebelum memperkenal sebarang perkara kepada pelancong dengan menaiki sampan Penubuhan Pusat Konservasi Pokok Bakau Mengenali kepelbagaian spesies flora & fauna di kawasan pokok bakau Menjadi sukarelawan dan seterusnya membentuk imej baik dalam perkara ini untuk menarik kedatangan pelancong asing Membuat penyelidikan sebelum mempromosikan atau menanam pokok-pokok bakau Pokok Bakau Langkah-langkah Mempromosikan Ekopelancongan Bakau di Malaysia


Melengkapkan kemudahan, infrastruktur dan peneyelenggaran pokok bakau Tandas awam Surau Gerai makanan dan minuman Pondok istirahat Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal: Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.22 juta kepada Jabatan Perhutanan dari 2016 hingga 2019 untuk melindungi ekologi pantai termasuk penyelenggaraan hutan bakau. Sebanyak 6.06 juta anak pokok bakau telah ditanam di kawasan tanah paya seluas 1,698.7 hektar. Langkah-langkah Mempromosikan Ekopelancongan Bakau di Malaysia Mempromosikan ekopelancongan bakau kepada pelancong dari Malaysia atau di luar negara Mengadakan kempen untuk mempromosikan aktiviti di pusat konservasi hutan bakau Menpromosikan ekopelancongan bakau melalui media massa atau surat khabar Matang Mangrove Forest Reserve


Meningkatkan imej negara Melestarikan alam sekitar Negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa kerana berupaya mengekalkan keseimbangan flora dan fauna. Kepentingan Menggalakkan Ekopelancongan Bakau Membuka peluang pekerjaan Dengan menekankan aktiviti-aktiviti yang sensitif alam seperti ekopelancongan pokok bakau, ekopelancongan membantu memelihara ekologi dan biokepelbagaian. Sektor ekopelancongan memerlukan jumlah pekerja yang banyak terutama bagi sektor perkhidmatan seperti doktor haiwan dan kakitangan perkhidmatan pelancongan, manakala kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong membuka peluang kepada banyak perniagaan untuk berkembang


Kepentingan Menggalakkan Ekopelancongan Bakau Meningkatkan Ekonomi Negara Menggalakkan Aktiviti Menanam Bakau Menyedarkan Kepentingan Bakau kepada Manusia Ekopelancongan bakau dapat menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada penduduk tempatan dan kerajaan dan memberikan impak yang positif dari sudut pembangunan industri pelancongan negara Dapat memberi pendidikan kepada pelancong supaya mengetahui kepentingan pokok bakau kepada manusia Menyebabkan lebih banyak orang kenali pokok bakau Menyemai dan membangkitkan semangat penghargaan, penyertaan dan kepekaan penduduk tempatan dan pelancong dan menyebabkan mereka menghargai alam sekitar


Kesan Sekiranya Kegiatan Ekopelancongan Bakau di Malaysia Tidak Digiatkan EKONOMI Industri pelancongan negara tidak dapat dibangunkan Faedah dalam bentuk ekonomi kepada penduduk tempatan dan kerajaan berkurangan Kepelbagaian sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat tidak dapat dikembangkan Ekonomi setempat dan negara merosot Mengurangkan pendapatan tukaran wang asing yang mengalir masuk ke dalam negara SOSIAL Usaha pengekalan serta perkongsian mengenai budaya warisan tempatan untuk jangka masa panjang kepada pelancong tidak dapat diteruskan Pelancong kurang terdedah kepada perspektif sejarah mengenai penduduk orang asli, flora dan fauna Gagal menggalakkan komuniti setempat untuk menghargai dan menerima faedah daripada aset budaya dan sumber semula jadi ALAM SEKITAR Usaha melindungi alam semula jadi, hidupan liar, dan pelbagai jenis spesis di hutan tidak disokong Mudah mengganggu kepelbagaian biologi antara komponen biotik dan abiotik Pelindung semula jadi kepada bencana alam tidak berfungsi


Dengan terhasilnya buku skrap digital ini kami berharap buku skrap ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ekopelancongan bakau. Contohnya, kepentingan menggalakkan ekopelancongan bakau, langkah-langkah mempromosikan ekopelancongan bakau di Malaysia dan sebagainya yang dinyatakan dalam buku skrap kami. Selain itu, kami berharap buku skrap dapat menyebabkan setiap individu lebih menghargai alam semula jadi yang amat penting kapada manusia. https://www.majalahsains.com/ekopelancongan-danimpak-kepada-ekonomi-sosial-dan-alam-sekitar/ https://www.majalahsains.com/ekopelancongan-danimpak-kepada-ekonomi-sosial-dan-alam-sekitar/ http://journalarticle.ukm.my/6512/1/7.geografiajuly_2013-nuraian%26er-edam.pdf


Click to View FlipBook Version