Pengorbanan
yang
tak dihargaii
Part 1
"Hannah... Kita janji tau, akan ada time susah dan
senang. Kita happy sama-sama... Kalau kau sedih, aku
akan lapkan air mata kau..."
"Dan, kalau kau sedih, aku ada dengan kau," Hannah
menyambung kata-kata Jannah. Senyuman terukir di
bibir.
"Haih... Jauhnya termenung cik Jannah oi," Hannah
menegur kawannya itu sambil menepuk perlahan
bahunya.
"Allahuakbar," Jannah tersedar dari lamunannya.
"Kenapa ni?" Hannah bertanya.
"It's nothing, I'm okay," Jannah tersenyum.
"Ermm... Jannah... Minta tolong sikit boleh?"
"Apa?"
"Ermm... Nak pinjam assignment kau, aku nak rujuk
jerr," Hannah buat muka kesian.
"Assignment mana satu?" Jannah menjongket kening.
"Yang Dr. Asrul punya,"
"Ouh... Bukan ke yang tu kena buat sendiri eh?"
"Alaa... Bolehlah, aku tak pandai,"
"Hurm... Yelah, tapi ingat kalau kantoi kau pandai-
pandailah ye jawab dengan Dr. Asrul tu," Jannah
mengalah akhirnya.
•••••••••••••••••••••
"Jannah... Macam mana assignment 3 orang pelajar
boleh sama dengan awak punya, bukan sorang tau, 3
orang," Dr. Asrul mencampak 3 assignment di atas
mejanya di hadapan Jannah. Jannah terkejut bukan
kerana bunyi dari campakan itu tapi terkejut dengan
kata-kata Dr. Asrul.
"Kenapa diam? Baik awak mengaku sekarang, awak
tahu kan? Saya memang pantang ada pelajar yang
meniru dalam setiap assignment," Dr. Asrul memandang
tajam ke arah Jannah.
"Maaf cikgu... Sebenarnya... " Jannah kelu.
"Sebenarnya apa?!"
"Sebenarnya... Kami buat study group, so mungkin
assignment kami sama," Jannah terpaksa menipu.
"Ermm... Kali ni awak terlepas, saya percaya dengan
awak,"
"Thanks, Dr.," Jannah tertunduk.
"Okay, awak boleh pergi sekarang," Dr. Asrul tersenyum
nipis.
"Thanks Dr. Saya pergi dulu," Jannah cepat-cepat
bangun dari kerusi dan keluar dari bilik itu. Di luar bili,
dia melepaskan nafas lega.
"Jannah ! " Hannah yang datang entah dari mana
datang ke arah Jannah.
"Ha?"
"Are you okay?"
"I'm okay,I go first," Jannah hanya tersenyum nipis lalu
berlalu dari situ.
•••••••••••••
Part 2
"Apa ni Jannah?" Hannah melepaskan marahnya secara
tiba-tiba apabila sampai di biliknya sambil menghempas
bengnya di atas katil.
"Kenapa ni Hannah, masuk bilik tak bagi salam, pastu
nak marah-marah Jannah, apahalnya?" Jannah
benggang. Sudahlah dia terpaksa menipu untuk tutup
kesalahan Hannah.
"Kenapa kau tanya?" Hannah mendekati Jannah.
"Yelah... Kalau aku ada buat salah bagitahu," suara
Jannah mulai kendur.
"Kau yang bagitahu Dr. Asrul yang aku tiru assignment
kau semalam?" Hannah berpeluk tubuh. Matanya
memandang tepat ke arah Jannah.
"What? Jadi betullah kau tiru assignment aku? Kau
cakap dekat aku kau nak rujuk je, pastu kau share pulak
assignment aku kat Qasya dengan Nana? Apa ni
Hannah?" Jannah membebel panjang. Tak sangka
kawannya yang dia percaya sanggup berbuat demikian.
"Jannah... Okay, I'm sorry... Aku yang bagi Qasya
dengan Nana pinjam assignment aku yang aku tiru dari
kau, tapi masalahnya macam mana boleh kantoi kalau
bukan kau yang bagitahu," Hannah cuba
mempertahankan dirinya.
"Dr. Asrul tu tak bodohlah, Dahlah... Aku tak ada mood,"
Jannah keluar dari bilik tanpa menghiraukan Hannah.
•••••••••••••••••
"Assalamualaikum, Jannah," Safiyyah datang menyapa.
"Waalaikumussalam, Safiyyah... Lama tak jumpa,"
Jannah tersenyum.
"Ha... Tulah, Fiya busy sikit nak siapkan projek akhir
sem ni,"
"Ouh.." Jannah diam.
"Are you okay Jannah?"
"Yes... I'm okay,"
"Jannah tau tak... Allah takkan hadirkan sesorang itu sia-
sia. Pasti Allah nak berikan sesuatu," safiyyah tahu jauh
di fikiran Jannah, dia sedang fikirkan sesuatu.
"Ye, Jannah tahu... Kita sebenarnya tak sedar, Allah
sedang uji kita setiap masa..." Jannah tersenyum. Pahit.
"Ermm... Jannah, jom makan... Fiya laparlah, it's sokay...
Hari ni Fiya yang belanja,"
"Kalau Fiya belanja, Jannah on je... Hhehee... Gurau je,
jom,"
Mereka berjalan ke caffe kampus yang tidak jauh dari
tasik itu.
"Fiya tahu tak... Tasiklah nilah tempat paling best bagi
Jannah,"
"Sebab?.."
"Sebab... Tempat nilah salah satunya dapat tenangkan
fikiran Jannah selain surau kita tu,"
••••••••••••••••
"Hannah... Ni Aku ada tapaukan nasi untuk kau," Jannah
menghulurkan sebungkus plastik.
"Hurmm... Thanks," Hannah tidak memandang Jannah
sedikitpun. Matanya fokus ke arah laptop.
"Hannah... Kalau aku ada buat salah aku minta maaf...
Tentang assignment tu aku tak tahu siapa yang beritahu
Dr. Asrul, sumpah bukan aku yang beritahu dia," Jannah
duduk di sisi Hannah. Dia tidak boleh melihat kawan
baiknya itu terus bermasam muka.
"Ye... Salah aku juga, aku minta maaf," Mereka
berpelukan.
••••••••••••••••
Part 3
"Hey, Hannah!" Wani memotong langkah Hannah dan
Jannah.
"Kenapa ni?" Hannah cuak. Siapa tak takut dengan diva
perasan cantik. Pantang dengan orang cari fasal
dengannya. Tambahan pula, dia tidak berseorangan.
"You ask me why?" Wani memberi senyuman sinis.
"Dah lah, buang masa je kita layan diorang ni," Hannah
menarik tangan Jannah supaya beredar dari situ.
"Hey! I belum habis cakap lagilah," Sekali lagi Wani
memotong langkah mereka.
"Ye, cik Wani ada apa ye?" Hannah tercegat sambil
berpeluk tubuh.
"I bagi amaran dekat you, sekali lagi I nampak you
jumpa boyfriend I, siap you!" Wani memberi amaran.
Tetapi disambut hilaian tawa dari Hannah. Jannah
hanya diam, tidak faham apa yang berlaku.
"Hahaha, wait! Kau ada pakwe ke? Siapa ye, boleh saya
tahu?"
"Oh my god! Dia ni memang cabar akulah!" Wani sudah
hilang sabar.
"Wani... Relaks, cuba awak beritahu one by one, kami
tak faham," Jannah cuba redakan keadaan. Risau juga
dia jika berlaku apa-apa.
"Eh, Budak genius pun ada kat sini, I tak perasaan pulak
ye, maaflah ye, you tak perlu masuk campur, ni urusan I
dengan Hannah je," Wani memerli Jannah. Jannah diam
sekali lagi.
"Wani, please straight to the point,jangan nak perli
kawan aku pulak!" Hannah cuba serius.
"Okay macam ni lah Hannah... Ammar tu I punya, so you
jangan mengedik pula dengan dia ye,"
"Ouh.. Hahaha, Si Ammar tu... Erm.. Macam ni lah Cik
Wani... For your information, aku dengan Ammar dan
group aku ada projek besar untuk sem ni, so, kami
terpaksa berhubung untuk siapkan projek kami, so kalau
nampak kitaorang jumpa atau tengah berborak tu jangan
jealous ye, lagipun aku tak jumpa dia sorang diri, aku
bawa kawan, tak elok berdua-duaan dengan ajnabi nanti
difitnah pula kan, faham ke tidak Cik Wani?" panjang
lebar Hannah memberi penjelasan. Dikuatkan sedikit
pada perkataan 'terpaksa' itu. Itulah... Suka sangat main
tuduh orang.
"Whatever, Girls... Let's go!" Wani berlalu dari situ.
Malulah tu!
Jannah hanya mampu menggeleng kepala. Haih...
Sanggup bermusuhan kerana seorang lelaki? Hurm...
"Jannah... Sorry tau," Hannah rasa bersalah.
"Sorry? It's okay, Let's go, we're late,"
Sampai di kelas...
"Alamak, Dr. Asrul dah masuk, macam mana ni
Jannah?" Hannah panik.
"Jap!" Jannah memberi salam lalu masuk bertemu
dengan Dr.Asrul. Hannah hanya memerhati dari luar
kelas. Seketika kemudian, Jannah mengajaknya masuk.
Haih... Jarang benar pelajar akan terlepas kalau masuk
kelas lambat.
••••••••••••••
"Jannah... Jom teman aku pergi caffe," Hannah
mengajak Jannah. Perutnya yang kosong itu minta diisi.
"Jom, aku pun lapar ni," Jannah mengemas-ngemas
buku-bukunya.
Di caffe...
"Ala... Semua meja penuhlah, cuma meja kat tengah tu
je ada,"Jannah dan Hannah melangkah ke arah tengah
caffe itu.
"Ermm... Kau pergi ambil dulu biar aku cop tempat
ni," Hannah duduk di tempat yang mereka pilih.
"Okay," Jannah berlalu.
"Girls, line clear!" Wani memberi isyarat ke arah 2 orang
kawannya, Kayla dan Rina.
"Eh kejap!" Jannah berpatah balik. Tetapi matanya
terarah ke arah gerak-geri 2 orang kawan Wani yang
mencurigakan. Langkahnya dipercepatkan. Apabila
melihat tangan Kayla yang memegang air merah di
angkat tinggi, Jannah lantas menahan tangan Kayla
mengakibatkan air itu tertumpah di atas baju putih
Jannah.
"Erkkk!" Kayla gugup. Rancangan mereka gagal!
Hannah terkedu melihat apa yang berlaku.
"Kayla! Rina!" Hannah bangun dari duduknya.
"Opss... Sorry I tak sengaja... Jom, Rina," Kayla berlalu
tanoa rasa bersalah.
"Hey, aku belum habis cakap lagilah," Hannah naik
angin.
"Hannah... Dahlah, malulah orang tengok," Jannah
menahan tindakan Hannah.
"Hurmm... Jannah..."
••••••••••••
Part 4
Jannah termenung sayu melihat baju putih
kesayangannya itu sudah tidak dapat digunakan lagi dek
kesan air merah yang tertumpah walaupun sudah
dibasuh. Itulah satu-satunya baju yang dihadiahkan oleh
ibunya ketika hari lahirnya. Air matanya menitis teringat
ibunya di kampung. Mereka bukanlah keluarga senang.
Ibunya berpenat lelah untuk menampung hidup mereka
sekeluarga.
"Jannah... Kenapa ni?" Safiyyah datang lalu duduk
disebelah Jannah.
"Fiya..." Jannah menangis lalu memeluk
Safiyyah.Safiyyah hairan namun dia hanya membiarkan.
Seketika kemudian, Jannah melepaskan pelukannya.
Safiyyah terpandang ke arah baju di dalam pelukan
Jannah. Tanpa meminta izin Jannah, Safiyyah
mengambil baju kemeja labuh yang berwarna putih itu.
"Jannah..." Safiyyah terkejut melihat warna baju itu
sudah berubah tonanya. Dia tahu itulah baju
kesayangan Jannah.
"Fiya..." Jannah hilang kata.
"Okay, Fiya akan cuba tolong Jannah. So, baju ni biar
Fiya bawa balik dulu, boleh kan?"
"Ermm... Susahkan Fiya pulak," Jannah cuba menolak.
"Tak... Anything for you Jannah..." Safiyyah
menggenggam tangan Jannah. Erat.
"Okay... Tapi, jangan sampai Fiya bazirkan duit Fiya
eh,"
"Baik Cik Jannah,"
••••••••••
"Hannah, kau tak nak ke surau ke?" Jannah pelik
melihat Hannah yang masih berbaring di atas katil.
"Jannah... Aku pening kepala sebenarnya... Rasa
macam nak demam," beritahu Hannah sambil memejam
mata.
"Laa... Kenapa tak bagitahu awal-awal," Jannah
mendekati Hannah lalu menyentuh dahi Hannah dengan
belakang tangannya. "Panas ni, dah makan ubat ke
belum?"
"Dah... Kau pergi jelah surau dengan Fiya, aku tak
larat,"
"Takpelah... Aku temankan kau, risau pulak aku,"
"Kan ada ceramah, kau pergi jelah, kau yang beriya-iya
nak pergi ceramah ustazah kesayangan kau tu... Aku
okay," Hannah tersenyum. Tak nak menyusahkan
kawan baiknya itu.
"Tapi, nanti kau sorang-sorang dalam bilik ni... Ceramah
tu boleh tengok dekat live fb," Jannah tetap mahu
menemani Hannah walaupun agak berat hati nak
lepaskan peluang mendengar ceramah lagi-lagi apabila
ceramah itu disampaikan oleh ustazah jemputan yang
sangat hebat.
"Assalamualaikum," Safiyyah memberi salam.
"Waalaikumussalam,"
"Jannah, Hannah... Jom," Safiyyah mengajak tanpa
mengetahui keadaan Hannah.
"Ermm... Fiya, kami tak pergi, Hannah demam so
Jannah temankan Hannah risau pulak dia sorang-sorang
kat bilik ni,"
"Ouhh... Dah makan ubat ke tu?" tanya safiyyah prihatin.
"Dah..."
"Okaylah, ni sebelum terlupa, ni baju Jannah," Safiyyah
menyerahkan baju putih Jannah.
"MasyaAllah..." Jannah terkejut melihat baju putihnya
sudah putih bersih. "Thanks, Fiya,"
"Most welcome... Okaylah, Fiya pergi dulu," Safiyyah
meminta diri.
"Fi Hifzillah, Fiya,"
•••••••••••••
Part 5
"Jannah... Betul ke aku dengar kau couple dengan
Ammar senior kita tu?" tanya Yana, classmatesnya.
"Siapa bawa cerita ni?" Jannah bertanya, fokusnya
untuk membaca sudah hilang.
"Taklah... Aku dengar-dengar je,"
"Fitnah semua tu," Jannah menidaknya.
"Yelah tu... Entah-entah korang dah lama couple kan?
Dahlah couple dengan hero idaman wanita dekat uni ni,
dia yang tackle dia ke kau yang tackle dia, tak sangka
lah dia boleh sangkut dengan kau yang bertutup litup ni,
kau pun tak malu ke dengan pakaian kau ni, haish...
Kalau aku kan..." Yana berbicara sesuka hatinya.
Selepas jawatan timbalan dakwah gagal diambil, hatinya
tidak senang melihat tingkah laku Jannah. Bila ada je
khabar angin yang entah dari mana, mulalah dia
membahan Jannah.
"Enough Yana!" Jannah bangun dari tempat duduknya.
"Kenapa? Aku salah cakap eh?" Yana berkata tanpa
bersalah.
"Dahlah Yana..." Jannah beredar dari dewan. Makin
lama dia di situ lain pula jadinya.
"Huh, pengecut..." Yana mencebik.
•••••••••••••••
Gossip panas itu terbang satu universiti itu. Mana taknya
tersebar kalau yang difitnah itu orang famous di
universiti itu. Ditambah pula sos dan kicap sebagai
penambah rasa yang membuatkan gossip itu lagi hangat.
Entah mana silapnya entah siapa puncanya, tahu-tahu
sudah heboh satu universiti.
Jannah menangis di dalam surau keseorangan. Tidak
tahu apa yang perlu dia lakukan. Yang dia mampu
hanyalah doa dan meminta pada Allah. Apa yang dia
lakukan hanyalah ingin menenangkan fikirannya agar
tidak bersifat terburu-buru dan tidak rasional.
Safiyyah hanya memerhati dari jauh. Sedih, kecewa dan
marah melihat kawannya difitnah. Tidak mahu
menganggu, biarkan dia tenang. Yang pasti dia tidak
bertindak diluar jangkaan.
"Nampak muka je baik, tapi hampeh,"
"Asallah dengan crush aku juga dia nak couple?"
"Weh, biar betul, hilang respect aku dekat timbalan
dakwah yang aku sanjung selama ni,"
"Apelah buat malu je lah..."
"Nasihat orang pung pang pung pang, alih-alih dia juga
juga yang couple,"
Hinaan demi cacian yang diterima. Siapa yang sanggup
dengar?
Jannah bangun tergesa-gesa apabila terima mesej dari
penasihat dakwah, Ustazah Fatimah agar berjumpa
dengannya segera. Apalagi, sebab fitnah itulah
agaknya.
•••••••••••••
"Jannah... Cuba awak explain dekat ustazah apa yang
berlaku sekarang, ustazah nak awak jujur," Ustazah
Fatimah cuba berlembut. Dia tahu Jannah tak akan buat
perkara yang Allah larang.
"Jannah tak tahu nak mula dari mana... Sebab semua ni
berlaku pantas sangat," Jannah buntu. Dia tertunduk.
"Okay... Cuba beritahu perkara sebenar, betul ke khabar
angin tu?"
"Tak... Itu fitnah... Ustazah percaya saya kan?"
"Ye mungkin itu satu fitnah, tapi pokok takkan bergoyang
kalau tak ada angin... Jannah, ustazah selalu pesan, kita
kena berhati-hati dalam tindak-tanduk kita, elakkan
timbulnya fitnah daripada tindakan kita yang boleh
menimbulkan salah faham," Ustazah Fatimah berkata
bersungguh-sungguh.
"Ustazah... Jannah tak pernah berurusan dengan dia,
Jannah kenal dia hanya sebagai Presiden kat uni ni,
apa-apa urusan yang berkaitan dengan program yang
perlu berurusan dengan presiden, semuanya Jannah
serahkan kat Ketua dakwah," Jannah cuba
menjelaskan.
"Pasti ada sesuatu yang Jannah sorok dari Ustazah ni...
Mungkin bukan dari Jannah, tapi dari Ammar sendiri,
cuba beritahu Ustazah... Jujur,"
"Ustazah... Saya tak tahu puncanya dari mana tapi..."
Jannah jeda. Berhenti seketika.
"But....?" Ustazah menanti kata-kata Jannah.
••••••••••••••••
Part 6
"Tapi... Dia selalu ganggu Jannah, kadang-kadang tu
tempat orang ramai, dalam kelas... Tapi, Jannah tak
pernah layan dia," Jannah jujur akhirnya.
"Aihh... Ammar pun, Ni lepas gossip ni tersebar, dia ada
ganggu Jannah lagi ke?" soal Ustazah Fatimah prihatin.
"Ermm... Ada..."
"Aihh..."
"Ustazah... Jannah takut disebabkan fitnah ni, dakwah
kita yang bawa dengan imej islam dah tercalar, maafkan
Jannah ustazah..." Jannah hampir-hampir ingin
menitiskan air matanya.
"Kita kena sabar Jannah... Teguh berdiri walaupun
dicaci, Tabah walaupun dihina, Sabar walaupun diejek...
Dakwah kita untuk orang dekat dengan Allah bukan
dengan kita, tapi caranya kita kena dekat dengan
diorang... Sebab tu dalam berdakwah, kita kena sentiasa
ingat, kita berdakwah bukan untuk mereka sahaja,
malah dakwah kita untuk diri kita sendiri juga," panjang
lebar Ustazah Fatimah memberi penjelasan. Mungkin
sedikit peringatan.
"Ye ustazah... Jannah ingat pesanan ustazah,"
"Ustazah harap Jannah sabar dan jangan bertindak
diluar kawalan. Fikir rasional, jangan celat marah... Ye,"
"InsyaAllah ustazah..."
••••••••••••••
"Assalamualaikum, Cik Jannah," Safiyyah memberi
salam kepada Jannah yang duduk bersendirian di tasik.
"Waalaikumussalam, Cik Fiya... Duduklah," Jannah
memjemput Safiyyah untum duduk disebelahnya.
"Tak elok, duduk sorang-sorang..."
"Ermm... Jannah dari bilik Ustazah Fatimah tadi, pergi
sorang-sorang, singgah sini kejap,"
"Ye, tahu... Tapi Fiya risau tau, kot-kot si Ammar tu
ganggu Jannah," Safiyyah meluahkan kerisauannya.
"Tak... Dia tak de ganggu Jannah,"
"Yelah tu, Fiya kenal sangatlah dengan Jannah, selalu
sangat nak berahsia,"
"Jannah tak tahulah... Jannah macam dalam dilemma
tau, Jannah rasa penat, tak kuat," Jannah meluahkan isi
hatinya.
"Maksud Jannah?" Safiyyah pasti, mesti ada maksud
tersirat di sebalik kata-kata Jannah.
"Entahlah..."
'Allahuakbar! Allahuakbar! '
Azan Asar sudah berkumandang dari surau.
"Jom, solat," Jannah mematikan kata-kata nya tadi.
••••••••••••••••
"Hannah mana kau? Dalam keadaan aku difitnah, kau
menghilang... Kau tak de untuk menjadi penguat aku..."
Jannah menangis di dalam bilik seorang diri. Hannah
tiada di bilik. Entah ke mana menghilangnya. Sejak dari
pagi tadi sehinggalah dah larut malam, dia tak nampak
batang hidung Hannah. Call, sms, whatsapp semuanya
tiada jawapan.
Jannah tertidur dalam tangisan. Sisa air matanya masih
ada di pipinya. Mungkin penat sangat memikirkan hal
dunia yang tak tahu kesudahannya.
Hannah masuk diam-diam ke dalam bilik. Macam orang
nak pecah masuk rumah. Tidak mahu kawan baiknya
terganggu.
"I'm so sorry Jannah... " Itu sahaja yang mampu
diungkap oleh Hannah.
•••••••••••••
Part 7
"Hannah?" Jannah pelik. 2 malam Hannah tak masuk
bilik. Kelas pun ponteng tiba-tiba hari ni Hannah elok je
berada di dalam biliknya. Hannah yang sedang
menyiapkan assignment itu berpaling.
"Jannah... kau okay ke?" Hannah bangun dari kerusinya
lalu duduk di sebelah Jannah yang baru selesai solat
Subuh.
"Okay... Hurrmm..." Jannah senyap. Tidak memandang
wajah kawan baiknya. Tersinggung dengan tindakan
Hannah yang menghilang tanpa khabar berita.
"Jannah... Aku minta maaf. Aku ada hal 2 bari lepas.
Aku tahu pasal kau semalam. Aku tak boleh balik,"
Hannah meminta maaf tanpa memberitahu hal sebenar.
"Kau pergi mana?"
"Aku... pergi kl,"
"Kl? Buat apa ?" Jannah terkejut.
"Erk... kau tak perlu tahu kot, privasi..."
"Sejak bila kita berahsia ni? Setahu aku family kau tak
ada yang duduk Kl,"Jannah cuba mengorek rahsia.
"Taklah...Aku tumpang rumah kawan, ha.. kawan aku
ada duk kl," Hannah cuba berhati-hati, takut kantoi pula
dia bercuti di kl dengan Qasya dan Nana.
"Kawan? Ouh... tak pelah, aku cuma risaukan
keselamatan kau," Jannah malas bersoal jawab lagi.
"Okaylah... Aku nak siapkan assignment jap," Hannah
bangun untuk meneruskan kerjanya yang tergendala.
"Aku ada salinkan nota untuk kau,"
"Betul ke? Thanks weh,"
••••••••••••••••
"So, macam mana? Best tak?"
"Best giler... memang tak menyesal aku ikut korang,"
Hannah berkata dengan suara yang penuh kegembiraan
"Aku dah cakap tempat tu memang best,"
"Nanti kita bolehlah pergi, next time..." Qasya memberi
cadangan.
Tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh Jannah
yang kebetulan lalu di situ. Tak sangka Hannah sanggup
tinggalkannya bersendirian saat dia difitnah dan disisih.
Jannah membuka langkah luas agar kelibatnya tidak
disedari oleh mereka.
"Eh, betul ke Jannah couple dengan Ammar?"Nana
membuka cerita.
"Jannah dengan Ammar? Couple? Hahaha... Aku pun
tak tahulah," Hannah mati kata. Lupa pula dia untuk
bertanya tentang hal itu kepada Jannah sendiri.
"Kau kan kawan dia, takkan dia tak ada cerita apa-apa?"
Qasya ingin tahu.
"Erm... sekarang ni kitaorang jarang berbual, dia macam
banyak simpan rahsia, aku pun tak tahulah," Hannah
meluahkan isi hatinya yang dipendam selama ini.
"Tula... Aku tengok korang macam tak rapat, asal eh?"
"Entah... Aku pun dah rasa kurang selesa dengan dia,"
Hannah berkata tanpa sedar.
"Tak pe kitaorang kan ada..." Nana menceriakan
keadaan yang sedikit muram.
•••••••••••••••
Part 8
Jannah mundar mandir di dalam bilik, matanya tak lepas
memandang pintu bilik yang tertutup rapat itu. Risaukan
Hannah yang belum balik lagi. Mana tak risaunya,
sekarang dah lewat malam. Tangannya tak henti-henti
mendail nombor Hannah. Namun hampa, Hannah
langsung tak angkat call, WhatsApp tak dibalas.
Jannah termenung mengenangkan hubungan mereka
yang semakin renggang. Entah di mana silapnya. Dia
perasan perubahan Hannah yang agak pelik dan jarang
berbual dengannya. Walaupun sebilik, Hannah selalu
pulang lewat membuatkan mereka jarang meluangkan
masa bersama.
Seketika kemudian, kedengaran suara orang ketawa.
Bukan hantu tapi, itulah Hannah, Qasya dan Nana.
Jannah membuka pintu. Ya, betul tekaannya.
"Bye, beb... see you tomorrow,"
"Bye," mereka berpecah dan menuju ke arah bilik
masing-masing.
"Eh, Jannah? What are you doing here?" Hannah
terkejut dengan kelibat Jannah yang tercegat di muka
pintu.
"Aku tunggu kau. Kau pergi mana?" Hannah masuk
diiringi Jannah.
"Aku keluar makan,"
"Makan? Sampai lewat malam macam ni?" Jannah tidak
berpuas hati.
"Yelah..."
"Hannah... Aku tak tahu apa salah aku, aku tak tahu
kalau aku ada sakitkan hati kau, aku minta maaf,"
"Dahlah Jannah, Aku penat... aku nak tidur," Hannah
terus berbaring dan memejamkan matanya tanpa
menghiraukan Jannah.
"Hannah... hurrmm,"
••••••••••••••••
"Hannah... Jom, kita lepak dekat caffe lepas kelas nanti,"
Jannah mengajak. Mengambil hati kawan baiknya yang
mula berubah hari demi hari.
"Lepak... Hurmm, aku ada janji dengan orang lain lah...
lain kali eh," Hannah cuba mengelak.
"Alaaa, kita kan dah lama tak makan sama-sama,"
Jannah cuba memujuk.
"Ermmm.... macam mana eh nak cakap... Aku...," belum
sempat Hannah menghabiskan ayatnya, tiba-tiba
telefonnya berdering.Tertera nama 'Qasya' pada skrin
telefonnya. Dia menarik nafas panjang."Kejap eh, aku
jawab call," Hannah bangun dan berjalan berjauhan dari
Jannah. "Hello, I'm here... apa? Urgent?okay² aku
datang sekarang," sengaja dikuatkan volume suaranya.
Jannah hanya diam membisu.
"Jannah... Aku kena gerak dulu, sorry, bye," Hannah
berlalu dari biliknya. Tidak menghiraukan perasaan
Jannah.
"Hannah..." Jannah hanya memberi senyuman palsu.
Mana mungkin dia boleh tersenyum sedangkan hatinya
sedang menangis penuh hiba. Mana senyuman yang
pernah mengubat hatinya. Mana tangan yang pernah
mengesat air matanya. Tanpa dipinta, air matanya
menitis sendu.
•••••••••••••
Part 9
"Ammar, kau ingat eh... sekali lagi kau kacau Jannah,
siap kau!" Safiyyah memberi amaran kepada
sepupunya.
"Apa kau ni?" Ammar buat-buat tak tahu.
"Eh, kau tak payah nak buat-buat tak tahu. Kau tu
pelajar hot kat uni, mak cik cleaner pun tahulah semua
gossip² kau," Safiyyah mencebik.
"Of course lah... orang famous," Ammar berlagak. Tak
berfikir langsung dengan setiap tindak-tanduknya.
"Okay macam nilah... Aku nak nasihatkan kau," Baru
sahaja Safiyyah ingin menyambung ayatnya, tetapi
dipotong oleh Ammar.
"Kau nak ceramah aku? Baik tak payah," Ammar ingin
berlalu pergi dari ruang tamu itu.
"Kejap, Aku nak kau bersihkan nama Jannah, kau sedar
tak disebabkan tindakan kau yang selalu ganggu Jannah
timbul pelbagai fitnah, kau sedar tak," Safiyyah tetap
menyuarakan pendapatnya.
"Mulut orang kita tak boleh tutup,"
"Apa guna pemimpin kalau sanggup tengok orang yang
dipimpin hidup tertekan, sengsara disebabkan pemimpin
itu sendiri?" Ayat pedas dari Safiyyah menyentap hati
Ammar.
"Erk... "
"Apa yang kamu berdua duk bertekak sejak tadi ni?"
Nenek tiba-tiba menyampuk yang dari tadi asyik perhati
je cucunya itu.
••••••••••••••
"Alhamdulillah ... nama Jannah dah bersih," Safiyyah
memberi berita gembira buat Jannah.
"Bersih? Meaning,"
"Ammar dah jelaskan hal yang sebenar yang
sebenarnya itu hanya fitnah," Safiyyah menjelaskan.
"Alhamdulillah..." titisan air jernih jatuh ke pipi Jannah.
Tangisannya semakin sayu apabila dia tiba-tiba
teringatkan Hannah. Safiyyah lantas memeluk Jannah.
Memberi sebuah kekuatan buat Jannah.
"Jannah... kadang Allah tak beri apa yang kita mahu
sebab Allah nak berikan yang lebih baik dan terbaik
untuk kita, tu ayat yang selalu Jannah ulang,"
••••••••••••
Part 10
"Maafkan aku Jannah... aku lebih bahagia dengan orang
yang menghargai aku walaupun aku tak selalu bersama
dia," Hannah meluahkan isi hatinya yang sudah lama
terbuku di dalam hatinya. Cuma dia tidak sampai hati
untuk meluahkan. Dia tahu Jannah akan kecewa dengan
kata-katanya.
"Kau mahu orang hargai kau?" Jannah cuba membuat
suatu persoalan. Sedikitpun Jannah tidak terasa dengan
kata-kata Hannah sebab dia sudah penat mengalirkan
air matanya, kecewa berkali-kali disebabkan tindakan
Hannah. Dia hanya menunggu kata-kata itu keluar dari
bibir Hannah.
"Of course, apa guna sahabat tapi tak pernah
menghargai kan?" dengan yakinnya Hannah
menyuarakan pandangannya.
"Huh, kau silap Hannah... kadang kita sangka
penghargaan itu melalui hadiah atau apa-apa tentang
duniawi, tapi itu silap," Jannah mematikan kata-katanya
seketika.
"Apa maksud kau?"
"Nothing!cuma aku nak kita muhasabah balik... jangan
rasa ingin dihargai kalau diri tak pernah menghargai, aku
pergi dulu," Jannah memberi sedikit kesedaran buat
Hannah.
"Jannah... I'm sorry..."
"And aku pun nak minta maaf sebab tak mampu jadi
sahabat yang baik untuk kau and halalkan makan
minum aku selama ni," Jannah berlalu pergi tanpa
sempat dihalang.
•••••••••••
Sahabat
Bukanlah orang yang hanya datang menyinggah
Dan menyapa 'hai' dalam hidup kita
Tapi dia adalah orang yang selalu ada bukan time
senang je
Tapi time susah dialah yang menjadi bahu untuk
menyandar
Dialah yang menyapu air mata kita
Dialah yang menyambut kita saat kita jatuh
Dialah yang menjadi pelindung kita
Dan
Kita dan dia bersama-sama untuk mencari redha Allah
-Jannah-
Kertas tersebut dilipat rapi walaupun seolah-olah sudah
digumpal. Fikirannya melayang mengenangkan
pengorbanan Jannah yang langsung dia tidak sedar
bahawa Jannah sudah banyak berkorban untuknya. Tapi,
dia sudah terlambat.
"Hannah... jom, kita dah lewat ni, kan kita nak melawat
kubur arwah Jannah?" Safiyyah mengajak Hannah yang
masih kaku di depan jendela.
"Dia maafkan aku tak? Aku banyak buat salah dekat
dia," soalan itu terus menghantui diri Hannah.
"Hannah... Fiya dah cakap sebelum ni, sebelum arwah
meninggal dia ada bagitahu yang dia dah maafkan
Hannah dia dah anggap Hannah macam keluarga dia,"
Safiyyah sabar melayan karenah Hannah yang baru
pulih dari pembedahan.
"Aku tak pernah berkorban untuk dia, dia banyak
berkorban untuk aku, dia sanggup bagi jantung dia dan
disebabkan jantung nilah dia mati... Fiya... siapa je yang
sanggup bagi jantung dia? Kau bagitahu aku," emosi
Hannah mula tidak stabil. Rasa bersalah menyerbu diri.
"Hannah... Kita doakan dia berada dalam kalangan
orang-orang yang soleh," Safiyyah hanya mampu
berkata sebegitu. Kemalangan yang berlaku ketika dia
dan Jannah mahu melawat Hannah di hospital, meragut
nyawa Jannah dan sempat untuk Jannah mewasiatkan
agar jantungnya 'dihadiahkan' kepada Hannah yang
menghidap penyakit jantung sejak sekian lama tanpa
diketahui oleh sesiapa. Hannah memerlukan penderma
jantung dalam masa terdekat. Mungkin itulah takdir yang
sudah Allah tetapkan kepadanya. Allah lebih
sayangkannya dan mungkin inilah pengorbanan Jannah
yang terakhir buat sahabat baiknya.
••••••••••••
The end