The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SM SAINS HULU SELANGOR, 2021-08-15 04:30:33

Aku Manusia Bukan Malaikat

AKU
MANUSIA

BUKAN
MALAIKAT

Part 1

Tekun aku mendengar setiap patah guru mengajar sambil
mencatat secebis nasihat untuk dijadikan motivasi buat
diri.

"Assalamualaikum," kedengaran ada seseorang mengetuk
pintu dan memberi salam.

"Waalaikumusalam, ye ada apa?" soal Ustazah
Munawarah

"Maaf ganggu, arahan daripada Ustaz Fahmi... Qayyum
Irsyad diminta ke biliknya. Ustaz Fahmi nak jumpa
sekarang," beritahu ketua dakwah sekolah, Hafizul Asyraf.

"Qayyum Irsyad, silakan,"

Aku terkedu. 'Alamak, aku ada buat salah ke?' omel aku
dalam hati.

"Qayyum!" Omar disebelahku menyiku.

"Ha, ye! Ye!," lantas Aku bangun dan berlalu pergi
bersama Hafizul selepas meminta izin dari Ustazah Muna.

"Abang Hafiz, kenapa ustaz Fahmi nak jumpa saya?" Aku
menyoal.

"Nanti enta(awak bagi lelaki) tahu,"

"Hurm..."

Tiba di bilik ustaz Fahmi....

"Assalamualaikum, ustaz!"

"Waalaikumussalam, silakan masuk!"

"Syukran jazilan (terima kasih) ye, Hafiz," ucap ustaz
Fahmi sambil mengukir senyuman sebelum Hafizul berlalu.

"Ustaz nak jumpa saya?"

"Ha, ye... Silakan duduk,"

"Ustaz straight to the point ye... Ustaz dah bincang
dengan Ustazah Aisyah dan beberapa orang ajk dakwah.
Kami dah sepakat untuk melantik enta sebagai ketua
masjid sekolah,bagi menggantikan Badrul,"

Aku hilang kata-kata apabila satu persatu perkataan
masuk ke dalam telinga.

"Ustaz tahu enta terkejut. Tapi itu adalah keputusan
daripada pentadbir sekolah,"

"Tapi, kenapa saya... Bukanlah bermaksud saya ingin
mempersoalkan, tapi kenapa pilih saya?"

"Enta ada potensi untuk membantu pihak guru dalam
membentuk sakhsiah pelajar. Jiwa enta ada untuk
membangunkan islam, ustaz percaya enta boleh,"

"Hurm... Saya... Saya... InsyaAllah saya cuba usahakan
yang terbaik, tapi saya masih bertatih,"

"Enta jangan risau, enta boleh terus merujuk ustaz sendiri
atau Hafizul untuk apa-apa kekeliruan,"

"InsyaAllah..."

........................................

Part 2

Allahuakbar! Allahuakbar!

Laungan azan memenuhi ruang udara. Terhenti setiap
gerak geri sang manusia, mendengar betapa merdunya
suara si bilal. Gerangan si bilal menjadi bualan, siapakah
dia?

Tiada siapa lagi selain ketua masjid yang baru dilantik.

Selesai sahaja azan, aku mengucap syukur. Amanah
pertama aku telah aku laksanakan dengan baik.
Teringat akan perbualan aku dengan abang Hafizul
sebentar tadi.

"Qayyum, enta gantikan Shahrul untuk azan Zohor ye, dia
kurang sihat," arah Hafizul

"InsyaAllah..."

Aku berpaling ke belakang. Syukur, dah ramai memenuhi
ruangan surau.

.......................................

Hari ini, giliran aku untuk memberi sedikit tazkirah selepas
solat maghrib kepada pelajar-pelajar.

Cuba bayangkan aku baru sahaja berganjak 15 tahun,
tapi sudah dilatih untuk memberi tazkirah. Sungguh aku
rasa kerdilnya diri aku.

Namun, dengan sokongan abang Hafizul aku cuba untuk
biasakan diri.

"Cinta itu tak salah, tapi yang salah adalah cara kita
zahirkan rasa cinta tu. Kepada siapa kita luahkan cinta
kita? Kepada Allah atau manusia? Kalau yang kita
luahkan itu kepada Allah... Alhamdulillah. Tapi kalau
perkataan cinta itu dititip kepada manusia, lihatlah siapa
mereka... Adakah mereka itu mak ayah kita?
Alhamdulillah... Adakah mereka itu keluarga kita?
Alhamdulillah... Adakah mereka itu sahabat kita?
Alhamdulillah... Tapi jika mereka itu ajnabi kita?
Nauzubillahiminzalik... Cinta itu tersalah alamat. Tiada
istilah couple islamik ! Jangan cemarkan nama islam
dengan perbuatan yang jelas hukumnya haram," inilah
sedikit sebanyak yang cuba aku kongsikan.

Selesai sahaja tazkirah maghrib dan solat isya' , aku
beriktikaf sekejap.

"Assalamualaikum, ustaz," seseorang menegurku dari
belakang.

"Waalaikumussalam, eh, pakcik! Saya bukan ustaz..." aku
bersalaman dengan Pak Cik Abu, pengawal keselamatan
sekolah.

"Maafkan pak ciklah, mata pak cik kurang jelas. Kamu ni...
Yang beri tazkirah tadikan?"

"Ha... Ye!Ye, saya... Kenapa ya?"

"Tak de apalah... Pak cik bangga dengan kamu. Kecil-
kecil dah dilatih untuk berceramah,"

"Yelah, pak cik. Saya baru berjinak-jinak,"

"Cuma... Dulu ayah pak cik selalu cakap, dalam kita
memperingati seseorang tentang sesuatu, sebenarnya itu
adalah untuk diri kita,"

"Ye pak cik... Saya pegang ayat tu dari dulu lagi..."

.......................................

Aku melangkah pulang ke asrama selepas selesai
mengemas masjid. Sebenarnya, aku tak perlu kemas pun,
ajk aku yang kena buat... Tapi aku mencontohi
kepimpinan Rasulullah SAW, tidak hanya menyuruh tapi
baginda sendiri yang melakukannya mendahului sahabat-
sahabat baginda. MasyaAllah... Indah sungguh akhlak
Rasulullah. Kerana itu aku mengidolakan baginda.

"Assalamualaikum, Qayyum!" seseorang memberi salam.

"Waalaikumsalam, eh... Iz ! Dari mana nak kemana ni?"

"Ana (saya) dari asrama, nak ke padang... Main bola,
jomlah.." Izzuddin mengajak.

"Ouh... Boleh jugak, ana balik asrama dulu, nanti ana
datang, insyaallah,"

"Okay lah, ana pergi dulu,Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam, okay... Apa-apa ana roger enta ye,"
kami bersalaman sebelum berpisah.

Baru saja aku ingin mencorak langkah. Mata aku
terpandang seseorang.

"Eh, tu bukan Farhan ke? Apa yang dia buat berdua-dua
kat taman tu? Aku tegur jap," aku melangkah ke arah
Farhan.

"Assalamualaikum, Farhan!"

"Waalaikumusalam, Ya Allah, 'ustaz' apa khabar? Sihat?"
Farhan berseloroh.

"Sihat Alhamdulillah... Kau buat apa kat sini?" soal aku
tanpa menghiraukan seorang pelajar perempuan yang
ada di hadapan Farhan.

"Tak de apa - apa... Aku tengah belajar ni.." jawab Farhan
jujur. Aku tahu, ada buku math di hadapannya.

"MasyaAllah... Bagus eh kau," aku memuji ikhlas.

"Of course lah... " Farhan acah-acah berlagak.

"Tapi Farhan dan saudari... Cubalah untuk elakkan
berdua-dua walaupun untuk belajar... Kalau boleh cuba
cari kawan sejantina yang boleh belajar bersama, itu

paling aula'(utama), tak perlulah sampai berdua-duaan yg
boleh timbulkan fitnah. Kalau tak boleh juga, belajarlah
beramai-ramai, ajak kawan-kawan..." aku suarakan
pendap

at.

"Hahaha... Ha, yelah," Farhan mengiyakan. Pelajar
perempuan itu hanya menunduk.

......................................

"Esok kita ada perjumpaan ajk dakwah," beritahu abang
Hafizul.

"Esok? Bila tu?"

"Lepas solat Zohor di masjid,"

"Ouh, okey... "
Part 3

Aku mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut
abang Hafizul yang bersemangat sambil aku mencatat di
dalam buku nota kesayanganku.

"InsyaAllah... Kita akan melaksanakan satu program iaitu
kem membina jati diri untuk semua pelajar," beritahu
abang Hafizul.

Aku mengangguk-angguk. Sudah menjadi kebiasaan,
pelaksanaan kem ini adalah antara program wajib.

"Semalam, ajk tertinggi dakwah dah bincang dan rangka
sedikit sebanyak kertas kerja. Antaranya... Carta
organisasi, aktiviti-aktiviti dan beberapa perkara lagi...

Hmmm, Iskandar, boleh terangkan sedikit tentang
program kita,"

"Baik... Okay, nama program kita ialah 'Kem Terapi Jiwa
Muslim'. Program ni akan dilaksanakan pada 10/6 hingga
12/6 dan insyaAllah akan berlangsung di Tasik Melor,"
Iskandar berhenti seketika. "So, mengikut organisasi yang
dirangka semalam, semua ajk dakwah terlibat secara
langsung dalam program kita,"

................................

Aku beriktikaf sebentar di masjid selepas solat Asar.
Alunan selawat meluncur di bibirku. Mengingati kekasih
Allah yang berjuang untuk umat.

Setiap bait kata-kata Abang Hafizul tadi masih terngiang-
ngiang di cuping telingaku.

"Qayyum sebagai ketua unit kerohanian... So, enta dan
ajk² perlu bincangkan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan,
perbincangan ni perlu secepat mungkin, So kalau enta
nak buat perjumpaan bagitahu ana dulu ye,"

Terfikir-fikir apa yang perlu aku lakukan. Yelah, aku baru
dilantik sebagai ketua masjid. Tak adalah baru sangat,
dalam 2 minggu lebih dah. Dan sekarang... Entah.
Bukanlah bermaksud aku tidak redha. Tapi aku takut.

'Baik aku tanya abang Hafiz,' aku berkata-kata sendirian.
Merujuk kepada yang lebih berpengalaman itu jalan
terbaik bagi aku.

"Assalamualaikum," seseorang datang menyapa aku.

"Waalaikumussalam, eh, abang Hafiz! Baru je niat nak
jumpa abang," aku terus bersalaman dengannya lantas
mengajak dia duduk di sampingku.

"Haha... Kebetulan nampak enta kat sini, ana datang
tegurlah,"

"Ouh... Abang. Can I ask you something?"

"Tafaddol(Silakan),"

"Macam mana ana nak buat perjumpaan tu? I mean...
Perjumpaan tu kan campur ikhwan(ramai lelaki) dengan
akhowat(ramai perempuan), so macam mana ana nak
kawal nanti?"

"Ouh... First thing first... Jaga pandangan. Sebab daripada
pandanganlah turun ke hati dan perbincangan tu perlu
fokus kepada program kita, jangan sampai lagha, biar
perjumpaan tu dalam masa yang singkat dan ringkas,"

Aku mengangguk-angguk tanda faham. Betullah apa yang
abang Hafizul cuba sampaikan.

"Hurm... InsyaAllah, kalau macam tu ana nak buat
perjumpaan esok jelah," aku menyatakan kata putus.

"Ouh, okay... Nanti ana sampaikan kepada ajk
kerohanian,"

..................................

"Ada siapa-siapa yang mahu cadangkan aktiviti
kerohanian program kita? Tapi sebelum tu... Antara aktiviti
wajib ialah qiamullail dan tazkirah, so... Silakan kepada
sesiapa yang nak cadangkan aktiviti," aku membuka
peluang kepada ajk kerohanian untuk bersuara.

Keadaan senyap seketika. Mungkin mencari idea.

"Ana!" Nawfal bersuara.

"Ye?"

"Saya cadangkan untuk baca surah Al-mulk sebelum tidur
secara berjemaah," Nawfal mengutarakan pendapatnya.

"Cadangan yang bagus! Syukran... Annur tolong catat...
Cadangan seterusnya?"

"Ana mahu cadangkan... Kita baca ma'thurat lepas subuh
dan asar," Najdi mencadangkan ideanya.

"InsyaAllah... Syukran... Ada lagi cadangan lain?"

" Apa kata kita latih pelajar-pelajar untuk melaungkan
azan atau mengimamkan solat ?"

"Hurm... Boleh juga, bagus!... InsyaAllah cadangan² tadi
ana akan bincang kepada abang Hafiz sama ada boleh
atau tidak,"

"Ana nak tanya," Annur bersuara buat pertama kalinya.
Sungguh halus dan merdu suaranya.

"Ya? Silakan," Aku menangkat wajah. Melihat gerangan
tuan suara yang merdu itu. Tiba-tiba jantungku berdegup.
Astaghfirullah... Aku beristighfar.

"Dah ada jadual ke untuk tazkirah dan tazkirah tu setiap
kali lepas solat atau masa-masa tertentu sahaja?"

"Hurm... Mungkin masa-masa tertentu sahaja. Contohnya
lepas Subuh dan Maghrib sahaja, dan untuk jadual... Itu
ana akan uru
skan,"
"Okay... Ni cadangan daripada Jannah... Boleh tak kalau
untuk lepas Asar, kami nak buat sedikit tazkirah khas
untuk muslimat,"
"Boleh jika tiada halangan, tapi seeloknya kita kena tanya
abang Hafizul atau kak Liyana,"
....................…………………

Part 4

'Tit!'
Satu mesej masuk. Aku hanya memandang sekilas. Tiada
niat untuk membukanya. Aku kembali fokus pada
pembacaanku.
'Tit!'
Sekali lagi mesej masuk. Sekali lagi aku tak
menghiraukannya. Aku tak mahu pembacaanku diganggu
lantas aku matikan telefonku.

Setelah habis satu bab, aku menutup buku tersebut. Aku
teringat akan mesej tadi, lantas aku mengambil telefonku.

'Assalamualaikum'
'Ana... Annur Maisarah'
'Nak bagitahu ttg perbincangan semalam'
'Saya dah tanya kak Liyana. Dia setuju'

-unknown number-
-08:15 a.m.-

Aku terkedu. Sungguh aku tak sangka dia akan whatsApp
aku. Aku teragak-agak untuk membalasnya. Jika difikirkan
semula, perkara ni tidaklah berat sangat sehingga perlu
mesej aku.

Aku keliru dan akhirnya aku hanya membalas...

'Ok'
-Qayyum Irayad-

Lantas aku padamkan chatnya. Itu jalan paling selamat
untuk jaga hati aku.

Kalau sebelum ni, ada je perempuan yang 'chat' aku tapi
perkara yang tak penting. So, aku terus je block.
Senangkan?

…………………………..……

'Instagram @Qayy_Irsyad -Annur Mysarah started follow
you'

Satu notification masuk. Kebetulan aku tengah scroll²
instagram aku.

'Ouh, Annur ada ig... Tak tahu pulak aku. Stalk jap, saje
nak tengok,' aku bercakap seorang diri.

'Hurm... Posting dakwah, tak de pun gambar dia,eh... Ni
gambar niqabis, dia ke? Yelah, lupa dia pakai niqab...
Tapi, mana elok kalau dia post gambar dia kat public
macam ni... Kena tegur ni,' aku mengomel sambil melihat
keping gambar niqabis dengan caption ' Bila kita cari
redha manusia.. Percayalah Kita akan penat,Sebab ia tak
pernah cukup..Sebab tu kita perlu cari redha Allah... Itu
paling aula'... Allah pun sayang.'

'Nak komen kat sini ke nak dm eh?' Aku tertanya-tanya.
Tapi kalau komen nanti malu pulak. Tak pelah aku dm.

'Assalamualaikum, saudari'
'Alangkah indah kalau dirimu disorok dari pandangan
ajnabi, wanita yang ibarat mawar berduri yang sungguh
berharga. Wajahmu yang ditutup secebis kain tidak ternilai
jika dirimu menjadi tatapan ajnabi'
'Lebih elok jika gambar enti tak dipost sebegitu, enti(awak
untuk perempuan) boleh je post gambar² pemandangan
untuk tujuan berdakwah'
'Maaf ana hanya menegur,'
-@Qayy_Irsyad-

"Hey! Buat apa tu," Izzudin menerjah dari belakang.

"Allahuakbar! Eh, enta ni terkejut ana," aku mengurut
dada. Lantas juga aku mematikan telefonku.

"Hahhah... Aasiif (maaf), ana nampan enta khusyuk je
tengok fon. Macam penting je," Izzudin tersengih-sengih.

"Tak de apalah... Scroll² insta je,"

"Enta buat video baru ke?" Soalnya ingin tahu.

"Hurm.... Tak sempat buat lagi, busy dengan program
minggu depan," aku perjelaskan. Dah lama sebenarnya
aku tak buat video.

"Ouh... View video last enta cecah 5k... Banyak tu,"
Izzudin teruja.

"Ermm... Tak penting pun, asalkan input yang ana nak
sampaikan sampai kat hati diaorang," Aku hanya
tersenyum.

...................................

Part 5

Selepas 2 minggu chatnya tak berbalas, akhirnya...

'Waalaikumussalam'
'Syukran atas teguran dan nasihat enta'
'Ramai kawan-kawan ana cakap enta sombong yang jenis
tak layan perempuan'
'Betul ke?'
-@ Annur_Mysarah-

'Bukan sombong tapi jaga ikhtilat. Mereka yang chat saya
tanya perkara² yang tak penting'
'Lelaki pun kena jual mahal yang bermaruah'
-@ Qayy_Irsyad-

Aku melepaskan keluhan. 'Ada ke pulak akhowat cakap
aku sombong?' aku mengomel sendirian.

Aku mematikan telefon lalu membuka mushaf al-Quran.
Angin sepoi-sepoi bahasa di padang bola itu membuatkan
aku berasa tenang.

Rasa malas untuk menghafaz Al-Quran membuak-buak di
hati. Aku menutup kembali. Aku mendongak ke langit,
melihat langit biru. Gumpalan-gumpalan awan yang
mengindahkan pandangan mata. Fikiranku melayang.

"Assalamualaikum, Qayyum," seseorang datang menyapa.

Aku tersenyum lalu meminta dirinya untuk duduk di
sebelahku.

"Waalaikumussalam, ya akhi," aku menyambut huluran
tangannya.

"Enta buat apa kat sini?" Izzudin bertanya.

"Tak de apalah... Ambik angin petang, enta dari mana?"

"Ouh... Dari koperasi, beli barang sikit... Eh, tadi ana
jumpa Dania, dia cakap macam ni kat ana... Cakap kat
sahabat dunia akhirat enta, jangan sombong sangat nanti
orang benci,"

"Erk..." aku terdiam. Dania? Hurm... Macam kenal.

"Kenapa dia cakap macam tu?" Izzudin tertanya-tanya.

"Ahh... Ana pun tak sure," hanya itu yang aku mampu
katakan. Seingat aku dia pernah chat aku di whatsapp.
Tapi aku tidak melayannya. Mungkin sebab itulah dia
mengecop aku sombong. Mungkin?

"Hey! Ana cakap dengan enta ni... Enta termenung
ingatkan siapa?" Izzudin menepuk sedikit bahuku.

"Ha? Aasiif jiddan, enta cakap apa tadi?" aku menggaru
kepala yang tidak gatal.

"Sabarlah... Mungkin dari pandangannya saja enta
sombong, yelah dia perempuan... Ana tahu entah jenis
yang tak layan perempuan," Izzudin memegang bahuku
tanda memberi kekuatan.

Aku mengangguk-angguk sambil tertunduk.

"Eh, jom... Balik bilik,"

......................................

'Tit!'

'Ana nak minta maaf bagi pihak Dania, atas tindakannya
semalam'
'InsyaAllah... Ana akan tegur dia'

-Unknown number-
-09:05 a.m.-

Hurm... Annur ke?

'La ba'sa(tak mengapa), Ana tak kesah'
'Tapi apapun... Tegurlah dengar berhemah'
'Nanti bagitahu dia, ana minta maaf juga'
'Syukran'

-Qayyum Irsyad-
-09:07-

--
-insyaAllah... Ana cuba, enta doakan ye'

-Unknown number-
-09:08-

'Ye... Okaylah... Ana ada kerja sikit nak buat ni'

-Qayyum Irsyad-
-09:09-

Aku menghempaskan tubuhku di atas tilam. Aku
memejam mata seketika. Menghilangkan lelah yang
terbeban di bahu.

"Qayyum... Tak sihat ke?" izzudin menegur.

Aku bangun dari perbaringan.
"Ha? Taklah... Penat sikit," aku tersenyum pahit.

"Ouh... Takpelah enta rehatlah, kerja-kerja ni nanti biar
ana settlekan,don't worry,"

"Eh, takde apalah... Takpe ana tolong," aku lantas bangun
dari katil.

..........................

Part 6

Aku memandang sekeliling, tekunnya mereka menulis,
menyiapkan kerja yang diberikan oleh Ustazah
Munawwarah yang perlu dihantar esok. Yelah kan... Buat
kerja last minute. Aku? Dah siap semalam. Ustazah bagi
kerja dah lama, 2 minggu lepas lagi.

"Antum( ramai lelaki) ... Banyak lagi ke yang korang tak
siap?" Soal izzudin, ketua kelas yang prihatin.

"Sikit je lagi, penutup belum beres," seorang menyahut
dari belakang.

"Yang lain?"

"Samalah dengan Umar," ramai yang menyahut.

"Bagus...Esok pastikan semua siap ye, syumul(lengkap)!
Kalau tak ana yang akan rotan antum," Ujar Izzudin
lantang.

Aku menggeleng-gelengkan kepala dengan 'kenakalan'
Izzudin.

"Yelah!"

...............................

Aku berbaring di atas katil. Melepaskan lelah seketika
sebelum mengulangkaji.

'Tit!'
'Tit'
'Tit'

Notifikasi masuk. Aku membuka aplikasi whatsapp
(sememangnya aku online)

'Assalamualaikum'
'Qayyum... Tolong ana boleh tak?'
'Snap gambar tugasan ustazah Muna'
'Bahagian penutup, ana tak tahu nak buat macam mana'
'Jangan risau ana nak rujuk je, tak tiru enta pun'

-unknown number-
-10:10 p.m.-

'Hurm.. Siapa pulak ni?' aku tertanya-tanya. Kalau annur
aku dah save number dia. Dania? Lupa... Aku dah
unblock semua nombor yang aku block hari tu. Aduhh!

'Nak balas ke tak eh? Tak balas kesian pulak. Nanti dia
cakap aku sombong lagi. Lagipun dia tanya tentang kerja
sekolah. Erm.. Balaslah,' aku mengomel sendirian.

'Waalaikumussalam'
'Oh, kejap ye'
' (picture) '
'Asiif... tulisan ana tak berapa clear'

-Qayyum Irsyad-
-10:12-

..........................

'Qayyum, ana nak tanya sesuatu'
'Kenapa remaja sekarang masih ramai yang couple
sedangkan dia tahu couple tu haram?'

-Annur Maisarah-
-10:30 p.m.-

'Sebab nafsu. Nafsu sukakan keseronokan dan kepuasan'
'Dan sebab iman. Iman yang lemah mudah goyah dan
tergugat bila diuji dengan cinta manusia'
'Kebetulan enti tanya tentang couple ni, ana harap sangat
enti nasihatlah kawan-kawan enti yang couple'
'Sama-samalah kita cegah maksiat'

-Qayyum Irsyad-

-10:35-

Dari jam 10 malam tadi aku chatting dengan Annur. Bukan
chat yang mengarut. Just Annur tanya-tanya soalan.
Macam tu jelah.

Niat aku untuk mentadabbur Al-Quran dimatikan. Rasa
malas pulak.

Biasanya jam 11 malam aku dah dibuai mimpi. Tapi rasa
macam tak nak lepas telefon dari tangan.

"Qayyum tak tidur lagi ke?" soal Izzudin tiba-tiba.

"Belum, enta dah nak tidur?" aku layan acuh tak acuh saja.

"Ha'a... Baru siap homework sains," Izzudin sudah bersiap
sedia untuk tidur.

"Sains? Sains ada homework ke?" aku pelik.

"Ada... Latihan dalam buku teks,"

"Astagfirullah... Ana belum siap lagi," aku menepuk dahi.
Cepat-cepat aku bangun dari katil. Aku terus mematikan
telefon, walaupun aku tahu Annur sedang menunggu chat
aku.

Jam 12:00 a.m. aku menguap entah keberapa kalinya.
Aku mengemas meja belajarku selepas berperang dengan
buku sains. Mata semakin memberat. Akhirnya, aku
tertidur di meja belajar akibat terlalu penat dan mengantuk.

...........................

Part 7

Aku terpinga-pinga apabila pipiku ditepuk seseorang. Aku
menggosok mataku sambil menguap.

"Siapa pulak yang kacau aku nak tidur ni," aku bersuara
dalam keadaan mamai.

"Qayyum! Weh! Bangunlah... Dah lambat ni," Izzudin
menolak-nolak bahuku.

"Erk... Pukul berapa sekarang?" aku termenung di kerusi.
Kantuk masih belum hilang.

"Dah pukul 6 pagi lah,"

"Hah? Alamak ana dah lewat," aku bergegas bangkit dari
kerusi.

"Ana dah kejutkan banyak kali, dari pukul 5 lagi," Izzudin
mengomel, tergeleng-geleng dia dengan perangai aku.

"Dah-dah.. Ana dah lambat ni, lagi 10 minit nak subuh,"

...............................

"Ya Allah... Penatnya," aku melepaskan tubuhku di atas
katil sambil memejamkan mata. Penat. Pakaian sekolah
yg naaih belumku tanggalkan. Ye lah... Baru balik sekolah.

"Qayyum? Are you okay?"tanya Izzudin.

"hurm.. Kepala ana pening sikitlah," aku masih
memejamkan mata. Tidak larat untuk membuka mata.

"Boleh pergi masjid tak ni?"

"Hurm... Tak laratlah... Nanti tolong cakap kat abang Hafiz
ye, gantikan orang lain untuk azan,"

"Hurm... Yelah, jangan lupa solat pula, ana pergi mandi
dulu,"

Aku termenung di katil. Hurmm.. Apa nak jadi dengan aku
ni. Kerja sekolah tak siap. Tidur lewat. Bangun lewat.
Masa tasmi' tadi lupa ayat Quran. Haish...

Fikir punya fikir akhirnya aku terlelap.

"Maulayasolli wasallimdaiman abadan..."

Aku tersedar dek bunyi ringtone dari telefonku.

"Errmm... Siapa pulak yg call,"

Nama Annur Maisarah tertera pada skrin telefon.

"Eh?" aku pelik. Berani betul budak ni.

Aku pandang sekeliling bilik. Hanya aku di situ.

"Assalamualaikum," sayup-sayup kedengaran suara
Annur Maisarah.

"Waalaikumussalam. Ye? Ada hal penting ke sampai enti
kena call ana ni?" suaraku diperlahankan. Takut didengari
sesiapa.

"Tak ada... Dengar khabar, enta tak sihat,"

"Ermm..." acuh tak acuh saja aku menjawabnya.

"Semoga cepat sembuh ye... Jangan lupa makan ubat,
Bye.. Assalamualaikum," Annur terus mematikan

panggilan telefon. Kedengaran seperti takut. Entah.
Mungkin ada kawan-kawannya disitu.

Aku memandang jam di dinding. Haa... Sudah jam 2
petang. Aku belum solat lagi ni. Aku bergegas ke tandas.
Kawasan blok asrama kosang, mungkin mereka di dewan
makan.

..........................

Part 8

Aku berjalan masuk ke dalam kelas. Kenapa rasa lain
macam je? Aku mengangkat wajah. Memandang ke
sekeliling. Hurm... Kenapa mereka perhatikan aku? Ke
aku yang perasan? Aku tahulah aku tak datang kelas
semalam. Deman.

Aku duduk di tempat dudukku.

"Izz! Ana pakai baju terbalik ke?"

"Taklah... Kenapa?"

"Tak... Kenapa kawan-kawan kita tengok ana, macam ana
buat salah je?" akh meluahkan ketidakselesaanku.

"Errmm... Entahlah. Perasaan enta je kot," Izzudin berkata
untk menyedapkan hatiku.Gayanya seperti menyorokkan
sesuatu dariku.

"Ouh.. Yelah kot," aku tak mahu bertanya lebih-lebih.
Lantaklah.

.............................

Aku berseorangan di kantin. Izzudin ke bilik guru katanya
ada tugas yg mahu diselesaikan.

"Hai, Qayy!" Umar menegur.

"Ha? Eh, umar,"

"Termenung jauh nampak," Umar duduk disebelahku
tanpa meminta izin.

"Haha... Tak delah,"

"Kau nak dengar cerita tak?"

"Gossip?"

"Hurm.. Entah lah, tapi ni pasal kau,"ujar Umar
bersungguh.

"Aku?"

"Aku pun tak tahulah nak cakap macam mana... Aku rasa
aku patut bagitahu kau," Umar berteka-teki

"Kau ni... Buat aku saspen je lah,"aku berdebar.

"Macam ni... Semalam kan kau tak datang... Aku pun tak
tahulah siapa yg bawa cerita ni," Umar berhenti kata.

"Cerita apa pulak ni?"

"Tapi kau kena relaks... Jangan marah aku tau,"

"Ceritalah..."

"Macam ni... Aku tak tahulah kesahihannya... Entah dari
mana cerita ni. Ada orang cakap... Kau couple dengan
Annur Maisarah, betul ke?" Umar berkata takut-takut.

"Astaghfirullah al-Azim... Siapa pulak yang bawak cerita
ni," aku terkedu.

"Betul ke?"

"Ni fitnah Umar!" aku berkata tegas.

"Tulah... Aku tahu kau takkan buat benda-benda maksiat
ni," Umar menepuk bahuku, memberi semangat dan
kekuatan.

"Siapa yang bawa cerita ni?" soal aku ingin tahu.

"Aku tak sure lah... Tapi aku rasa cerita ni dari akhowat,"

'Hurmm...patutlah aku rasa pelik bila datang sekolah hari
ni,'aku bermonolog sendiri.

.........................

"Kata orang je lebih!"

"Ikhtilat tu!"

"Couple islamik konon!"

"Haram weh!"

"Diam-diam buat dosa"

Ejekan demi ejakan aku terima. Bukan setakat kat sekolah
tapi kat media sosial pun ada juga yang kecam aku.
Haishh...

"Qayyum... Ana tak tahulah nak cakap apa. But, as your
friend... Ana nak nasihatkan enta. Sumpah ana cakap,
ana nampak perubahan enta. Ana tak tahu apa yang enta
buat. Tapi yang ana nampak, enta makin kerap main fon.
Tidur sampai lewat malam. Balas comment akhowat kat
socmed. Ana cuba tegur enta, tapi tulah..." Izzudin cuba
bersuara menasihati aku.

"Enta pun nak ejek ana?" aku menduga.

"Alangkah baiknya kalau enta bersangka baik,"

"Hurmm..."

"Enta mengadulah pada Allah... Kalau cerita yang dibawa
itu fitnah. Mohonlah pada Allah agar enta kuat untuk
tempuh hari-hari mendatang.Tapi,kalau cerita itu benar,
mohon ampunlah pada Allah... Percayalah saat Allah uji
hamba-Nya pasti ada hikmah yang tersembunyi," izzudin
berceloteh panjang.

"Thanks Izz," air mataku mengalir laju membasahi pipi.
Tersentuh dan terkesan dengan kata-kata Izzudin yang
sangat bermakna. Aku memeluk Izzudin. Erat.

"Berterima kasihlah pada Allah.."

......................

Part 8

Malam yang suram, aku bangkit dari perbaringan. Air
yang sejuk membasahi kulitku. Akhirnya, aku sujud tunduk
pada sang Pencipta. Sudah lama rasanya aku tidak
bermadu kasih dengan sang Pencipta.

Aku duduk bertafakkur di sejadah. Lantunan istighfar laju
di bibirku. Namun fikiranku melayang. Mengenangkan
diriku yang sudah jauh berubah. Makin hari diriku makin
jauh dari Sang Pencipta.

Dalam masa aku menasihati kawan-kawan, namun aku
sendiri yang tersandung di dalam lopak maksiat.

Aku terleka. Sungguh aku rasakan ketika diri diulit cinta si
mawar berduri, diriku tak sedar bahawa sudah terjerat
dalam jerat syaitan.

Baru hari ini, aku tersedar... Sudah berbulan-bulan aku
berchatting dengan ajnabi(orang asing/ bukan mahram).
Berchatting hingga pukul 12 malam. Ikhtilat yang ku tegah
selama ini, aku sendiri yang lakukannya.

Namun, aku bersyukur... Allah tidak menyelamkan aku
dalam lautan cinta palsu.

Walaupun aku hanya sekadar berchatting. Nampak
kecilkan? Tak... Bagi aku itu adalah kesalahan besar bagi
aku. Chatting tanpa tujuan adalah salah satu jalan zina.
Dosa weh!

Aku capai telefonku. Semua nombor perempuan aku
delete. Aku delete semua mesej-mesej. Aku unfollow
semua perempuan di laman Instagram.

"Ya, Allah... Kau kuatkanlah hatiku," aku memejam
mataku serapat-rapatnya.Akhirnya, air mataku yang
ditahan dari tadi jatuh jua. Teresak-esak aku di atas
sejadah.

"Ya Allah maafkan aku.. Aku hanya manusia biasa, aku
hanyalah hambu-Mu yang kerdil. Aku bukanlah malaikat,"

.............................

"Qayyum okay?" Izzudin menyapa. Tangannya
memegang penyapu. Hari ini ada gotong-royong.

"Okay je," Aku mengangguk sambil mencantas ranting
pokok.

"Semalam... Enta tak de kat bilik, enta tidur mana? Bilik
Umar ke?"

"Semalam? Taklah... Ana tidur kat surau," aku berkata
jujur.

"Sorang diri?"

"Yaa..."

"Ouh.... Ana faham,"

Kami meneruskan kerja bergotong-royong.

Aku terasa seperti ada yang memerhatikan aku. Lantas,
aku berpaling ke belakang.

"Astaghfirullahalazim," aku beristighfar. Mengalihkan
pandangan ke tempat lain. Mana tidaknya. Annur
Maisarah tengah perhatikan aku. Dia tersipu-sipu malu
bila aku berpaling ke arahnya. Haish... Ni semua salah
aku.

"Izz... Aku masuk dalam surau jap, jap lagi aku sambung
cantas pokok ni,nak pantau kerja dalam surau," aku
melarikan diri ke dalam surau.

"Hurm... Yelah,"

................................

"Izz... Ana guna nombor baru,"

"Ouh, patutlah... Ana call hari tu tak dapat,"

"Hihihi.. Sorry tak bagitau awal-awal, tapi jangan share kat
siapa-siapa tau,"

"Baik, bos,"

..............................

part 9

"maksudnya... 'Adakah mereka fikir bahawa mereka akan
dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman'
dan mereka tidak diuji?... Surah Al-ankabut ayat 2," aku
jeda seketika. Sungguh ayat cinta dari Tuhan itu menusuk
ke dalam qalbuku.

"Hidup di dunia ni adalah satu ujian. Sedarkah kita,
sekarang ini kita diuji? Niat datang ke masjid, adakah
kerana Allah? Atau dipaksa? Atau untuk kepentingan
tertentu? Tapi, ana yakin semuanya datang kerana Allah,"
Aku merenung setiap pelusuk surau. Memerhati sekilas
pandang suasana surau ketika itu.

"Cantik itu ujian, kurang cantik itu ujian, kaya itu ujian,
miskin itu juga ujian... Sedar tak? Jadi... Apapun ujian
yang kita hadapi, sedarlah Allah bersama kita," aku
berkata dari hati.

"Alhamdulillah... Sungguh ana terkesan dengan kata-kata
enta tadi," abang Hafizul memegang bahuku.

"Haza min fadhli rabbi (ini adalah daripada kemuliaan
Allah)...ni pun atas tunjuk ajar abang jugak" Aku hanya
menunduk. Tiada apa yang perlu aku bermegah.
Semuanya Allah yang beri. Aku hanyalah manusia biasa
bukannya malaikat mahupun para anbiya' atau wali-wali
Allah.

..............................

Setelah berbulan-bulan aku kurang berkomunikasi dengan
perempuan nyata mata mahupun di alam maya. Kadang-
kadang rasa juga nak chatting, stalk akaun Socmed
mereka. Tapi, aku tak nak buat kesalahan yang sama
untuk kali kedua. Perit itu aku yang akan tanggung lebih
lagi.

Aku dah insaf dan bertaubat. Jatuh bangun aku, hanya
aku yang hadap. Bukan mereka.

Air mataku jatuh. Entah mengapa setiap kali aku
mengingati masa lalu air mataku akan jatuh. Disebabkan
itulah aku terus bangkit dan takkan ulang perkara yang
sama.

Sebenarnya aku menunggu kawan-kawan aku untuk
bermain bola sepak. Salah aku juga sebab turun awal
sangat tadi.

"Assalamualaikum, ya Akhi..." seketika kemudian
kedengaran suara-suara orang memberi salam.

"Waalaikumussalam... Ya Allah... Akhirnya penantianku
berakhir jua... Hehehe..." aku membuat lawak hambar.

"Hahaha... Lama sangat ke tunggu?" Izz menyambut
dengan hilaian tawa.

"Ana kan turun 15 minit awal tadi... Tu yang rasa lama
sikit,hihi,"

"Jom.. Warming up dulu," ajak Umar

"Jommm... "

...................................

'Tit!'

Satu notifikasi masuk dalam telefon ku.

'Assalamualaikum'
-unknown number-
-05:27p.m.-

Hurm... Siapa pulak yang chat aku. Kalau kawan-kawan
aku semua aku save nombor. Perempuan? Rasanya aku
tak bagitahu sesiapapun nombor baru aku ni. Nombor
tanpa sebarang profile.

Hurm... Chat pun bagi salam je. Huh.. Whatever. Aku
delete nombor tersebut tanpa membalas apa-apa. Tak
penting!

Aku kembali menyambung tugasanku menyiapkan kerja
sekolah.

...........................

Part 10

"Video ana hari ini khas untuk wanita-wanita diluar sana.
Dengarlah dengan hati bukan hanya dengar dengan
telinga... Wanita perhiasan dunia yang solehah,
dicemburui oleh bidadari syurga. Wanita solehah
bukanlah mereka yang sibuk dengan cinta. Wanita
solehah bukanlah mereka yang cair dengan siulan-siulan
ajnabi. Wanita solehah bukanlah mereka yang sanggup
meng 'update' gambar selfie sesuka hati di socmed.
Wanita solehah juga bukanlah mereka yang menjadi
rebutan si mata keranjang. Letaklah maruah setinggi
langit. Hiasilah diri dengan sifat malu. Biarlah diri digelar
jual mahal asalkan maruahmu tak dipijak sesuka hati.
Pasti Rasulullah sedih melihat kelakuan para wanita akhir
zaman. Sedarlah, duhai wanita... Engkau sangat berharga
lebih mahal dari batu permata... Lihatlah serikandi islam
pada zaman Rasulullah. Jadilah mereka sebagai
model..."

Aku bersandar seketika di bangku. Memang di situ tempat
yang paling aku suka. Tenang.

"Assalamualaikum, ya akhi..." izzudin tersenyum sambil
menghulurkan tangan.

"Waalaikumussalam..." Aku menayambut huluran
tangannya. Senyuman dihias di bibir.

"Tengah buat apa? Busy ke?" Izzudin bertanya.

"Baru lepas record video," aku berkata jujur.

"Ouhh... Ni nak tanya... Annur ada chat enta?"

"Ermm... Tak tahulah, tapi hari tu adalah someone chat,
tapi... Ana tak reply," jujur.

"Ouh... Sebabnya... Annur ada minta nombor enta dari
ana. Tapi ana tak kasi pun,"

"Hurmm...Ana dah lama tak chatting dengan akhowat,"
aku hanya menunduk. Perasaan kesal datang kembali.

"Baguslah... Ana yakin enta takkan berpatah balik,"
Izzudin menepuk-nepuk bahuku. Memberi kekuatan.

.................................

Aku perasaan perubahan Annur Maisarah. Bukanlah aku
stalk dia. Tapi, dia dah tak stalk aku dari jauh. Dia dah
unfollow account Instagram aku. Aku tak kesah pun
sebanarnya. Tapi, aku tahu dia mula nak berpatah balik
'mencari' Tuhan. Alhamdulillah...

Semalam pun aku diberitahu oleh Abang Hafizul, Annur
letak jawatan. Mungkin dia rasa itulah jalan yang terbaik
untuk dia lupakan cinta palsu. Untuk dia, aku hanya
doakan semoga dia jadi lebih baik dan diberi kekuatan
untuk menempuh jalan hijrah.

..............................

"Jadi itu... Apa yang ingin ana katakan.. Kita ini hanyalah
manusia bukanlah malaikat... Manusia yang imannya naik
dan turun... Manusia yang mudahnya terjerumus dalam
dosa... Walaupun, kita lihat ssesorang itu baik, soleh,
yang boleh kita cakap 'confirm lah ahli syurga ni', namun...
Pasti ada lompang dalam hidupnya kerana tiada manusia
yang sempurna kecuali Rasulullah SAW, tapi ingat... Bila
kita melakukan dosa atau maksiat, kembalilah pada
Allah," aku menyelit sedikit pesanan dalam tazkirah
Maghrib. Prinsip yang aku gengam selama ini. Yea... AKU
MANUSIA BUKANLAH MALAIKAT.

...............................
TAMAT


Click to View FlipBook Version