CARTA ORGANISASI UNIT HAL NAIB PENGERUSI 2 PN. NETY IRDAWATY LAHO (PEN. KANAN PETANG) - P PENYELARAS TINGKATAN (HEM/DISIPLIN) T1 – PN. MUNIRAH BINTI KASSIM T2 – PN. ELIZABETH LUNA T3 – PN. CORNELIA SIMON/ CIK.JACKQUELINE MOJINA T4 – PN. SYAZWANI SAWANG /PN. LEONA A CANDIA T5 – PN. SULIANI DANNY/EN.AHMAD MUSLIM PRA-U - EN. MOHD FOZI OMAR PPKI – EN. AMIR HUSSIN/PN.BERTHA MAIDOL UNIT ASRAMA • EN. OMAR HASSIM (K) • CIK.SHARIFA BT ABD RAZAK (T.K) • CIK. JACKQUELINE MOJINA (P) • EN. NORFAREEZIE BIN NORIZAN (P) UNIT SURA • USTZ. AJIAH BT MOHD HAJAR • USTZ. NOORHAIDATUL ASMA • UST. NORFAREEZIE BIN NORIZ • USTZ.MARIAHMAH BTE MATL • USTZ. FAIZAH MOHD DIN UNIT PPDA • PN. SANIMAH • PN. CHIN CHING HSIA PROG GURU PENYAYANG/ RIMUP • TN. HJ. MOHD SAING HAMZAH • • • • • • • GURU PENGAWAS • PN.UMI HAJAR (PAGI) • EN. AHMAD MUSLIM (PAGI) • PN. NOR EDA RAHAYU (PAGI) • PN. HAFIZAH BT AWANG (PTG) • PN. FAUZIAH ABBAS (PTG) • EN. IZHAN MOHAMMAD ZUHAIDI (PTG) • PN. NOOR AFEZAN (PTG) PENGERUS EN. ZAMHARIR HJ (PENGETUA TIMBALAN PENG EN. MOHAMED RASHID B.M (PENOLONG KANA NAIB PENGERUSI 1 EN. BASRI MUSA (PEN. KANAN 1) SETIAUSAHA HEM • PN. JUDITH JANE (PAGI) N ( UNIT DISIPLIN • PN. SYLVIA ZENO (KETUA GURU DISIPLIN PAGI) • EN. NAJIB BIN ABD LATIFF (T. GURU DISIPLIN 1) • PN. FLORA CHONG SUI MI (T. GURU DISIPLIN 2) • UST. SUHAIMI ABD HAMID(K.GURU DISIPLIN PTG) • PN. LEONA A CANDIA (SU. DISIPLIN) • ZAINUDDIN BIN AG. JALIL (K. GURU DISIPLIN PRA U) UNIT KANTIN • PN. HABSOH BINTI NOH (K) • PN. MARLIZAH KARIM (P) • NORHAFIZAH BINTI NERAWI (P) • PN. ERNA ZURAINAH KAMALIN • PN. MARYANIE • PN. NORIZAH PIUT • PN. ZURAIDAH HARITH • EN. ISMAIL BIN HUSSIN • PN. HII HAI YEN • F • N • N • P • N • P • N
EHWAL MURID TAHUN 2023-2024 NAIB PENGERUSI 4 PN. FARIDAH NASIF [ PEN. KANAN PRA-U ] KAUNSELOR -TN. HJ MOHD. SAING HAMZAH (K) - PN. ASNIMAH BT ASLI PN. MASUHARNI BT JONGKING - PN. HARTINI YUSSOF -PN. IRENEMOLIPAT@NURSHARINA ABDULLAH UNIT SPBT • PN. CERLOVELA JOSEPH (K. PAGI) • PN. JUMUIEYAH BT SHARA’AI (K. PTG) • EN. EDWARD APIN (P) • CIK. JACKQUELINE MOJINA • PN. JOHANAH RUSIAN • PN. JULIANA JAMES • EN. LAI SIU AUN • PN. RITA CHAU @ RITA JOSEPH • PN. ZAINAB BT JULASRIN • PN. ARITAH BINTI ZAKARIA (PPKI) AU R (KECERIAAN) AH ZAN LIN UNIT BIASISWA EN. ABD RASHID TALIKUN (K) PN. HASIFAH BT EKING (P) PN. HABIBAH BINTI SALLEH DATIN NORAIMAH BT JULAH (PRA U) UNIT KWAPM/ E KASIH PN. HERMAH BINTI SAPRI (K) PN. ZARINAH MULUK SARANA IBU BAPA NORYATI BT ABD MAJID(K) SI AHMAD A) GERUSI OHAMED JOHAR N HEM ) NAIB PENGERUSI 5 PN. SANRA AMILASAN [ PK PEND. KHAS ] NAIB PENGERUSI 3 EN. KAHAR OTHMAN (PEN. KANAN KOKUM) UNIT KEBAJIKAN FATIMAH BT. DATO MUTALIB (K) NORJANAH BT AHMAD NURUL IDAYU BT ABDUL RAJAK PN. HABIBAH BINTI SALLEH NORHAFIZAH BINTI NERAWI (PRA U/ K) PN. JANET GERALD (PRA U) NG CHEE KEAT (PPKI) UNIT 3K UNIT KESIHATAN • PN. SHIRLEY LO (K) • PN. EDNA EDWARD JUAN (P) • PN. FARAHIYAH (P) • PN. AIDAH HANTAR • PN. CORNELIA SIMON • PN. JULIANA LEONG SIU FONG • PN. SITI SARAH IDRIS • PN. LEONA A CANDIA (P) • PN. SULIANI BT DANNY • PN. ESTHER LEONG (PPKI) KEBERSIHAN • PN. ADINA DUANE JOKINOL (K) • PN. HANY PUSPITA ROHAIDI (P) • PN. KATINA MANTALUK • PN. MASNIAH MUKHTAR • PN. RAMATIA DULLAH • PN. SITI WANDAN KARTINI KECERIAAN/ SERASI (L) • PN. FRESCILA DAVID (K) • PN. BEATRICE GANNI (P) • PN. HARTINIH BINTI MUSLIM (P) • EN. NASRAN ABD RAHIM • PN. NORATINI ABD WAHID • EN. RAMLEE BIN IDRIS • PN. HERDAYANI T AG DAMIT (PSAK) • EN. CANAI AK BABANG (TAMAN SMKK) • PN. NADZIRAH BT BARSIL (P) • PN. SHIRLEY MAGDELIN KECERIAAN (D) • PN. WAN NADIA HARIANI • PN. KAMARIYAH MOHD SERI (PRA U) • ZUHAMAH @ JUANAH BT SAPLI (PRA U) • PN. LING HUI HSAI (MAKMAL) UNIT PENARAFAN TANDAS • PN. FATRINA MINIS (K) KESELAMATAN • EN. DANNY MAH YUEN CHOI (K) • EN. MOHD IZHAN MOHAMMAD ZUHAIDI • EN. NOR MUHAMMAD BIN JUHURI • EN. PETER ROBERT • CIK. RUPIDAH BINTI SAPPIN • EN. AMIR HUSSIN (PPKI)
SMK KINARUT, PAPAR, SABAH KETETAPAN HAL EHWAL MURID 2023 1.0 PENGENALAN Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid adalah satu proses pengendalian sumber sama ada manusia dan fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Pada waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa dan masyarakat. Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid di SMK Kinarut melibatkan beberapa unit atau jawatankuasa penting di bawahnya iaitu : 1.1SAHSIAH 1.1.1 Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas 1.1.2 Jawatankuasa Lembaga Disiplin 1.1.3 Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan 1.1.4 Kehadiran Murid 1.2 KEBAJIKAN 1.2.1 Jawatankuasa Biasiswa 1.2.2 Jawatankuasa KWAPM 1.2.3 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks 1.2.4 Jawatankuasa Kesihatan dan Bilik Rawatan 1.2.5 Jawatankuasa 3K Sekolah 1.2.6 Jawatankuasa Kantin Sekolah
1.3 BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.3.1 Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya 1.4 ASRAMA 1.4.1 Jawatankuasa Pengurusan Asrama 1.4.2 Pengurusan & Pentadbiran 1.4.3 Penjanaan Kejayaan Akademik 1.4.4 Pembangunan Sahsiah & Disiplin 1.4.5 Penjanaan Kejayaan Kokurikulum & Sukan 1.5 IKLIM 1.5.1 Jawatankuasa Pengurusan Surau 1.5.2 Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Dalaman 1.5.3 Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Luaran 1.5.4 Jawatankuasa Pengurusan Kebersihan Bilik Darjah 1.5.5 Jawatankuasa Pengurusan Kantin 1.5.6 Jawatankuasa Keselamatan Sekolah 1.5.7 Jawatankuasa 3K Sekolah
2.0 PENGURUSAN JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2.1 Setiap jawatankuasa dalam unit hem harus memiliki 1 fail yang elemen berikut; Fail Bahagian Kandungan 01 A Carta Organisasi Senarai Ahli Jawatankuasa B Surat Pekeliling / Siaran Surat Masuk Surat Keluar 02 A Surat Panggilan Mesyuarat Salinan Minit Mesyuarat Perancangan Aktiviti Jawatankuasa 03 A Pelan Strategik,Taktikal,Operasi B Laporan Unit Lampiran yang berkaitan 2.2 Mesyuarat diadakan 4 kali setahun mengikut takwin yang telah ditetapkan atau bila-bila masa dirasakan perlu. Agenda yang perlu dibincangkan. 1. Ucapan Pengurusi / Pentadbir 2. Maklum balas 3. Perbincangan program yang sedang dan akan dilaksanakan 4. Laporan / Kajian Aktiviti 5. Aktiviti Jawatankuasa 6. Belanjawan Jawatankuasa 7. Isu-isu semasa 8. Hal-hal lain 2.3 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan selewat-lewatnya DUA hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan 2.3.1. Surat panggilan tersebut mestilah mengandungi : 2.3.1.1 Nombor rujukan fail 2.3.1.2 Tarikh 2.3.1.3 Masa 2.3.1.4 Tempat 2.3.1.5 Agenda mesyuarat 2.3.2.1 Laporan/Minit hendaklah dibuat dan dimasukkan ke dalam fail unit dan disemak oleh Pk HEM.
3.0 DISIPLIN MURID 1. Semua guru adalah Guru Disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. 2. Guru-guru hendaklah mengambil tindakan mengikut Tatacara Pengendalian Disiplin Sekolah , dan Buku Peraturan Sekolah jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. 3. Guru-guru diingatkan jangan merotan murid. Hanya guru yang diberi surat kuasa merotan oleh Pengetua dibenarkan merotan murid. Murid perempuan tidak boleh dirotan. 4. Hukuman rotan dijalankan hanya setelah semua rekod dan prosedur disiplin diikuti dan perkara ini berlaku dalam makluman Pengetua. 5. Sebelum seseorang murid yang bersalah itu dihukum, guru hendaklah memberi peluang kepada murid itu untuk membela diri dan menentukan sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak. 6. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 7. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid 8. Guru penyelaras disiplin haruslah menghantar laporan disiplin sekurangkurangnya 2 kali dalam setahun. 3.1.1 KETETAPAN UMUM DISIPLIN 1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan Asrama . 2. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah 3. Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan dari masa ke semasa. 3.1.2 Pemeriksaan Gempar/Spot Check 1. Pemeriksaan Gempar/spot check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di dalam bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. 2. Guru disiplin/guru bertugas mingguan bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas menjalankan ‘spot check’ dengan disaksikan oleh murid berkenaan. 3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh AJK Disiplin dalam Buku Rekod Salah Laku . 4. Barang rampasan akan disimpan di bilik HEM/DISIPLIN. 5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibu bapa/penjaga murid apabila dijemput berjumpa dengan Pengetua/PK HEM/KGD. Barangan yang sama yang diambil untuk kali kedua akan diserahkan kembali pada minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. Barangan yang tidak
dituntut akan dilupuskan selepas satu tahun. 6. Tuntutan ke atas barang rampasan boleh dibuat sekali setahun iaitu minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. 7. Semua bahan larangan seperti telefon bimbit, kamera digital, komputer riba boleh bawa ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. 8. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab muridmurid. 3.1.3 Kaedah Mengatasi Disiplin 1. Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: - Semua guru - kelas-kelas (untuk tampal) - Bilik-bilik khas 2. Guru mata pelajaran/guru kelas merekod kesalahan murid dalam buku kawalan kelas ( BKK) - Guru penyelaras BKK akan kumpulkan salah laku murid - Guru penyelaras BKK membawa kes kepada AJK Disiplin yang berkenaan untuk diambil tindakan seterusnya mengikut Tatacara Pengendalian Disiplin. 3. Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan: - Kedatangan penuh – 2 kali setahun - Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras disiplin tingkatan) 4. Sijil kehadiran penuh - pelajar yang hadir penuh akan di beri sijil penghargaan pada HARI ANUGERAH HEM setiap akhir tahun . 3.1.4 Pengurusan Perhimpunan Rasmi & Harian 1. Perhimpunan Rasmi dua minggu sekali diuruskan oleh Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi & guru bertugas mingguan (Tertakluk kepada perubahan) 2. Perhimpunan Harian diuruskan oleh guru bertugas Mingguan 3. Guru yang bertugas akan mencatat postmortem Perhimpunan Rasmi & direkodkan dalam laporan mingguan guru bertugas. 4. Semua pelajar wajib membawa Buku Catatan semasaPerhimpunan Rasmi. 5. Semua guru diwajibkan hadir Perhimpunan Rasmi dan berada di atas pentas kecuali guru yang bertugas. 6. Ketua guru bertugas mingguan hendaklah memastikan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Lagu sekolah dan ikrar diketuai oleh sekumpulan pelajar /pengawas yang telah dibentuk oleh Ketua guru disiplin.
7. Guru-guru & pelajar juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut. 8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar tapak perhimpunan semasa perhimpunan sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru. 9. Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking perlu berada di belakang podium. Teks pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip dan dimaklumkan pada pengerusi majlis. 10. Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) kecuali Buku Catatan. 3.1.5 Aturcara Perhimpunan Rasmi : i. Ucapan Pengacara Perhimpunan - Lagu NegaraKu - Lagu Negeri Sabah ( Sabah Tanah Airku ) - Lagu Sekolah SMK Kinarut - Ikrar Pelajar ii. Ucapan Guru Bertugas Mingguan iii Ucapan Guru lain ( Jika ada ) ( mohon maklumkan kepada pengerusi majlis ) iv. Ucapan Guru Penolong Kanan v. Ucapan Pengetua vi Penyampaian hadiah ( jika ada ) • Pengumuman • Bersurai Nota : 1. pihak yang berhasrat untuk membuat penyampaian hadiah sewaktu perhimpunan rasmi hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Pengerusi majlis.
4.0 KETETAPAN AM PENGURUSAN DISIPLIN 4.1 Ponteng Sekolah 1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya. 2. Guru Tingkatan hendaklah menandakan ‘O’ dalam APDM. 3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng Sekolah adalah seperti berikut : PONTENG BERTURUT Amaran 1 - (3 hari) Amaran 2 - ( 3 + 7 = 10 hari ) Amaran Akhir - (10 + 17 = 27 hari ) Buang Sekolah - (17 + 14 = 31 hari) Bilangan Hari - 31 hari PONTENG TIDAK BERTURUT Amaran 1 - ( 10 hari ) Amaran 2 - ( 10 + 10 = 20 hari ) Amaran Akhir - ( 20 + 20 = 40 hari ) Buang Sekolah - ( 40 + 20 = 60 hari ) Bilangan Hari - 60 hari 4. Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah (RPS). Rekod hantaran surat kepada ibu bapa/penjaga hendaklah disimpan di dalam fail kelas. 5. Semua surat amaran surat dan buang sekolah hendaklah dicetak daripada sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 6. Surat Amaran 1, 2 dan Akhir mesti diisi dalam 4 salinan bersama dengan surat Jawapan Penjaga dan ditandatangani oleh : Amaran 1 Ditandatangani oleh PK HEM Amaran 2 Ditandatangani oleh PK HEM Amaran Akhir Ditandatangani oleh PENGETUA Salinan 1 (untuk ibu bapa / penjaga) Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku di bilik Disiplin) Salinan 3 (untuk GPK.HEM ) Salinan 4 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Tingkatan) 7. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
***Surat Buang Sekolah mesti disertakan dengan salinan Surat Amaran 1, 2 dan Akhir (daripada fail kelas GuruTingkatan), dan surat UBK. 8. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi : a. Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan guru kelas.. b. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu. c. Selepas surat Amaran Akhir, murid mestilah datang ke sekolah bersama Ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji. d.Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula( jika sudah dibuang sekolah) setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak Pendaftar Sekolah di JPNT. 4.1.2 Ponteng Kelas Kali 1 • Catat nama dalam borang salah laku dan surat amaran dihantar Kepada Ibubapa/penjaga • Nama direkod dalam buku salah laku murid Kali 2 • Panggil Ibubapa/penjaga dan diserahkan kepada Kaunselor • Nama direkod dalam buku salah laku murid Kali 3 • Rotan 1 kali Berikutnya - Rotan 2 kali / gantung 5.0 KETETAPAN PAKAIAN 1. Semua pelajar dikehendaki memakai uniform sekolah yang lengkap pada setiap hari kecuali ada aktiviti luar dan kokurikulum. 2. Semua pelajar dikehendaki memakai pakai Pendidikan Jasmani yang ditetapkan oleh pihak sekolah (warna hijau – sidang pagi / warna Merah gelap – sidang petang) pada hari yang ada PJK (2 masa). 3. Setiap hari Rabu semua pelajar mesti memakai pakaian unit beruniform yang lengkap, mengikut unit yang mereka anggotai. 4. Semua pelajar asrama hendaklah memakai baju-T asrama pada sekiranya ada aktiviti asrama dan keluar sekolah.
5. Pelajar lepasan SPM dan STPM yang akan mengambil keputusan hendaklah memakai pakaian yang sopan. Pelajar perempuan hendaklah berbaju kurung dan berkasut serta menutup aurat. Pelajar lelaki perlu memakai baju kemeja, berkasut dan tidak dibenarkan memakai sebarang jenis seluar ‘jeans’ 6.0 KETETAPAN AM PENGURUSAN KELAS 1. Fail Pemantauan Kelas (FPK) mesti ada setiap kelas 2. Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan sebelum akhir bulan pertama (Januari) persekolahan. Fail ini hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa. 3.Tandakan FPK pada setiap hari persekolahan oleh guru subjek (sekiranya guru subjek tidak hadir sekolah guru ganti berkenaan akan mengambil alih tugas tersebut ). Kehadiran murid perlu dicatat oleh guru masa pertama sebelum pukul selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi/ 1 petang. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah (catat dalam FPK). Murid yang datang selepas pukul 7 pagi / 12.20 tengahari /1 petang pada hari jumaat akan dikira lewat hadir ke sekolah ( ditulis lewat ). Murid yang terlihat dengan apa-apa aktiviti sekolah dikira hadir dan perlu dicatat dalam ruangan catatan.
4. Guru kelas hendaklah mendaftar masuk / kemaskini pelajar dalam APDMdari masa ke semasa dan mengesahkan data APDM pada hujung bulan, serta menyerahkan salinan APDM kepada SU HEM 5. Guru kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan FPK. Cecair/PITA pemadam tidak dibenarkan sama sekali. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas dan ditulis yang betul di atasnya. 6. Semua FPK hendaklah sentiasa diletakkan semula di rak pejabat bilik HEM/DISIPLIN (sidang pagi) / pejabat am sidang petang. FPK tidak boleh dibawa keluar daripada pejabat sekolah kecuali dengan kebenaran. FAIL PEMANTAUAN KELAS (FPK) 1. Semua Guru subjek mesti memastikan kelas mereka mempunyai FPK setiap hari 2. FPK hendaklah diambil dari pejabat dan sentiasa diletakkan atas meja guru (dalam bilik darjah) dan dicatat oleh guru subjek yang masuk kelas pada setiap waktu. 3. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. 4. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar. 5. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani FPK. 6. Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru semasa. Hanya kes-kes berat sahaja perlu catatkan dalam FPK untuk tindakan Penyelaras Tingkatan dan AJK Disiplin yang berkenaan pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam FPK dan terus maklumkan kepada Penyelaras BKK / AJK Disiplin yang berkenaan.
7. Penyelaras Disiplin akan menyemak FPK dari masa ke semasa dan menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah pada kepada AJK Disiplin yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 8. Guru Kelas/Ketua Kelas hendaklah menjaga FPK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir Penggal 1 & 2. Fail Peribadi Pelajar 1. Semua murid dari kelas Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam wajib mempunyai fail ini. 2. Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis pada helaian muka depan fail. 3. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan menggunakan kertas keras. 4. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan peperiksaan UPSR/PT3, dll disimpan dalam fail ini. Dengan salinan keputusan Peperiksaan Dalaman 5. Guru Kelas semasa hendaklah mengisi maklumat pelajar yang belum ada seperti yang dikehendaki. 6. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah. 7. Semua fail perlu disimpan oleh guru kelas ( tertakluk kpd perubahan ). Fail Kelas Guru Tingkatan 1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini. 2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung/buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini. 3. Fail kelas sentiasa berada dengan guru kelas
Pendaftaran Murid Baru 1. Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan/GPK.HEM. 2. Guru tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid sebelum urusan mendaftar dilakukan. Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM)/APDM dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga . Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. 3. Guru tingkatan 1 dan PraU(R) akan memasukkan data pelajar baru. Bagi guru tingkatan 2, 3, 4, 5 dan PraU(A), guru kelas hanya mengemaskini data SSDM /APDM yang telah dibuat.Guru tingkatan hendaklah menyemak ,jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. 4. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM. 5. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM, guru kebajikan 6. PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PEKA,Folio KH, PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu. 7. Murid baru akan menyerahkan borang SMM/APDM kepada guru tingkatan dan guru tingkatan akan memasukkan data pelajar baru dalam sistem data APDM. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah 1. Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima. 2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam FPK kelas. 3. Pertukaran keluar dari Negeri Terengganu menentukan semua buku teks telah dipulangkan. Merekodkan judul buku yang dipulangkan. (Sila guna borang khas di pejabat) Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. 4. Pertukaran dalam Negeri Terengganu Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.(Sila guna borang khas di pejabat). Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. 5. Guru tingkatan menyediakan dokumen –dokumen bertukar murid berkenaan untuk diserahkan kepada murid/penjaga melalui sekolah 6. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat dan diserahkan kepada murid /penjaga berkenaaan pada hari akhir persekolahan (bergantung kepada keadaan).
7.0 PENGURUSAN BUKU TEKS 1. Semua guru Jawatankuasa Buku Teks hendaklah memastikan semua pelajar mendapatkan kemudahan bekalan buku teks yang mencukupi 2. Semua jawatankuasa juga hendaklah sentiasa memantau buku teks pelajar bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan 3. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Negeri Terengganu. 4. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.( Jika ada) 5. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah di luar Negeri Terengganu memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. 6. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT. 7. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks. 8. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks. 9. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas .Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah / dalam kelas @ di mana sahaja. 10 .Guru mata pelajaran memastikan murid membawa buku teks ke sekolah. ( bergantung kepada keadaan ) 11.AJK SPBT akan mengadakan Operasi tiga bulan sekali , buku teks yang di ambil dalam operasi tersebut diberi tempoh seminggu untuk pelajar berkenaan menuntut balik dengan bayaran denda sebuah buku ( akan dimasukkan dalam Tabung Kebajikan Pelajar ). Nama pelajar tersebut akan dipamerkan di papan kenyataan oleh AJK SPBT 12. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan. 8.0 KETETAPAN PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) & BKP(U) 1 .Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang Berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingakatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa. 2. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa berkenaan dan pengeluaran wang biasiswa dihadkan kepada RM150.00 bagi setiap murid. 3. Sekiranya murid perlu mengeluarkan wang melebihi had yang dibenarkan murid perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Wang di Lampiran L dan mendapatkan Buku Akaun daripada Guru Biasiswa.
4. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. 5. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu di hantar kepada pihak penaja. 6. Guru Biasiswa hendaklah mengenalpasti jika ada murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah. 7. Walau pun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan biasiswa . 8. Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyambang semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan. 9. Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak sekolah terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kurang daripada RM1500 sebulan. 10. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa. 9.0 KETETAPAN UNIT BIMBINGAN & KAUSELING Khidmat Bimbingan dan Kaunseling 1. Kaunselor / Guru B&K mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi-sosial yang dihadapinya. 2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut ketikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja. 3. Kaunselor / Guru B&K boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. 4. Kaunselor / Guru B&K juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid. 5. Guru UBK harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. 6. Guru UBK mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam
bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan. 7. Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada Guru UBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling atau pun murid yang menghadapi masalah disiplin. 10.0 KEBAJIKAN MURID 1. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. - Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan / Ketua Guru Kebajikan untuk rujukan PK HEM 2. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit kritikal yang lain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya. 3. Derma akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau pelajar sendiri. Tabung Kebajikan Pelajar bagi yang terlibat diwujudkan. 11.0 KETETAPAN AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN a) REKOD KESIHATAN MURID 1. Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan. ( warna biru ) 2. Buku Rekod Kesihatan ini diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. 3.Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila maklumkan kepada PK HEM . 4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat atau pun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan. 5. Buku Rekod Kesihatan disimpan di bilik rawatan disusun mengikut tingkatan di bawah jagaan Ketua Guru Kesihatan (mengikut ketetapan Guru Kesihatan semasa) 6. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
b) KAD PERGIGIAN MURID 1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu. 2. Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan 12.0 KEROHANIAN / SURAU 1. Unit Kerohanian/ Surau hendaklah menyediakan perancangan yang teratur dalam melaksanakan aktiviti kerohanian pelajar 2. Pelajar pelajar menghadiri semua aktiviti kerohanian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah / asrama seperti ceramah, tazkirah dan lain-lain lagi 3. Semua pelajar SMK Kinarut wajib menghadiri bacaan yasin pagi d an ke r oh an ia n ( se ti ap ha r i Ju ma a t) . 4. Ketua unit surau perlu memastikan persediaan tikar di tapak perhimpuan sebelum bacaan yasin pagi. 13.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS 1. Melantik Jawatankuasa Kelas: Ketua Tingkatan i. Penolong Ketua Tingkatan ii. AJK Kebersihan iii. AJK Keceriaan iv. AJK Bendahari v. AJK Disiplin 2. Menyelaras penyediaan perkara berikut: i. Carta Organisasi Kelas – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas ii. Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan di hadapan kelas iii. Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas iv. Pelan kedudukan murid – ditampal di atas meja Guru v. Inventori Kelas - ditampal pada pintu vi. Papan Kenyataan - milik kelas tersebut vii. Moto Kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas viii Misi & Visi Sekolah, - ditampal pada papan ix. Misi & Visi KPM, kenyataan hadapan kelas Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, DLL. 3. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih. Memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi dan telah diberi nombor siri.Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang
rosak. 4. Kebersihan kelas: Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Guru masa pertama hendaklah mengambil masa 5 minit untuk untuk pelajar yang bertugas membersihkan kelas. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih. Memastikan sampah di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.5 minit sebelum berakhir P & P, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menaikkaan kerusi ke atas meja. Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.( tertakluk kpd keadaan) 5. Mengambil perhatian terhadap perkara berikut: • Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selama digunakan. • Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaan (Guru Pembangunan). • Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuhdedikasi. • Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan.) • Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut: + Bahan-bahan keceriaan kelas + Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain. 6. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun) Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut: Kelas : _ Nama Guru Tingkatan _______ Bil.Nama Penuh Murid / no. Kad pengenalan/jantina/agama 1. 2. 3. 4. 7. Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada minggu 1 sesi persekolahan
8.Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan. 14.0 KAD KELUAR KELAS 1. Semua Guru hendaklah mendapatkan kad kebenaran keluar daripada SU HEM pada awal sesi akademik. 2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas,berjumpa guru semasa pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya mesti memakai kad berkenaan, dengan menggangtungkan pada leher sepanjang masa berada di luar kelas. 3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas. 4. Kad keluar kelas yang rosak maklumkan kepada KGD / SU HEM (untuk mengantikan dengan kad yang baru) 15.0 KETETAPAN KANTIN 1. Kantin sekolah hendaklah dibuka setiap hari persekolahan. 2. Kantin hendaklah sentiasa bersih dan ceria 3. Proses jual beli hanya berlaku semasa rehat sahaja 4. Pihak luar tidak dibenarkan menjual makanan & minuman di kawasa sekolah 5. AJK kantin / GURU BERTUGAS hendaklah memastikan murid-murid beratur dengan baik semasa pembelian di kantin 6. AJK kantin hendaklah memastikan Murid-murid meletakkan bekas makanan & minuman yang sudah digunakan di dalam bekas yang disediakan. 7. Ketua JK Kantin hendaklah menghantar laporan Kendiri Kantin setiap akhir bulan kepada PPDM. 8. PK.HEM hendaklah menyemak dan menandatangan Laporan kendiri kantin setiap hari persekolahan 9. PK.HEM / AJK kantin hendaklah memastikan Kantin SMK Kinarut dalam keadaan yang baik. 10.Guru bertugas mingguan hendaklah sentiasa memantau makanan & minuman yang dijual di kantin sentiasa bersih untuk mengelak berlaku keracunan makanan.